You are on page 1of 15

(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85

https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

Program Pemulihan di dalam Penjara bagi Pesalah Jenayah: Kajian di


Jabatan Penjara Malaysia
(Prison Rehabilitation Programme for Criminal Offenders: A Study in
Malaysian Prison Department)
HASNIZAM HASHIM
NORMAN ZAKIYY CHOW JEN-T’CHIANG
RAMALINGGAM RAJAMANICKAM

ABSTRAK

Dalam memahami konsep kepenjaraan pada masa ini, penjara sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat
untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang
bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan
bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, agenda
pemulihan pesalah jenayah merupakan agenda utama kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.
Menyedari hakikat ini, kerajaan melalui Pelan Hala Tuju Transformasi telah memberikan penekanan terhadap
kepentingan memperbaik program pemulihan dalam penjara untuk mengurangkan kecenderungan kesalahan
berulang. Penulisan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menjelaskan tentang program pemulihan
di dalam penjara yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia ke atas pesalah jenayah yang menjalani
hukuman penjara. Penulisan dibuat dengan merujuk dokumen berkaitan modul pemulihan serta temu bual
pakar. Penulisan ini penting bagi mengetengahkan pengalaman Jabatan Penjara Malaysia dalam membangun
dan melaksanakan modul pemulihan di dalam penjara. Kajian mendapati bahawa pembangunan modul
pemulihan bagi pesalah jenayah yang menjalani hukuman penjara adalah seimbang dengan mengambil kira
aspek pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani.

Kata kunci: Program pemulihan; pesalah jenayah; Jabatan Penjara Malaysia

ABSTRACT

In today’s effort to foster a better understanding on the concept of imprisonment, it is essential to presume that
a prison is not a place to punish offenders, but as an institution which is responsible to rehabilitate, guide and
educate offenders so that they may become disciplined and responsible individuals upon their return to the
community. In the Malaysian context, rehabilitation of criminal offenders has become the government’s main
agenda in its pursuit to reduce the commission of crimes. Taking cognisance of this reality, the Government
through the Government Transformation Plan emphasized on the need to improve the prison rehabilitation
programme in order to reduce the tendency of repetition in the commission of offences. This writing, which
adopts the qualitative approach attempts to explain the implementation of prison rehabilitation programme for
criminal offenders who are serving terms of imprisonment. This writing is based on reference to documents
relating to rehabilitation module in prison apart from interviewing experts. The importance of this writing is
seen in its emphasis on the experiences of the Malaysian Prison Department in developing and in implementing
the rehabilitation module in prison. The findings show that the development of the rehabilitation module for
criminal offenders serving their imprisonment terms is well-balanced, taking into consideration of various
aspects which include physical rehabilitation, mental, attitude, behaviour and spiritual.

Keywords: Rehabilitation programme; criminal offenders; Malaysian Prison Department

72
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

PENGENALAN berdisiplin dan bertanggungjawab setelah


mereka kembali ke pangkuan masyarakat.4
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) Program pemulihan banduan atau
merupakan institusi terakhir dalam pesalah di bawah kendalian Jabatan
melaksanakan sistem keadilan jenayah Penjara Malaysia boleh dibahagikan
negara (Criminal Justice System) dan kepada dua kategori, iaitu Program
bertanggungjawab kepada Kementerian Pemulihan di dalam Penjara dan Program
Keselamatan Dalam Negeri (KDN).1 Pemulihan di Luar Penjara (Program
Penjara merupakan tempat untuk menahan Pemasyarakatan Banduan). Semasa berada
seseorang yang telah dijatuhi hukuman di penjara, banduan akan melalui beberapa
penjara oleh mahkamah atas kesalahan program sebelum dibebaskan atau kembali
jenayah atau penahanan seseorang yang semula ke pangkuan masyarakat. Antara
sedang menunggu untuk perbicaraan.2 Bagi program tersebut ialah orientasi,
yang telah dijatuhi hukuman penjara oleh pembentukan personaliti, latihan
mahkamah, mereka dikenali sebagai kemahiran dan pemasyarakatan.
banduan. Banduan atau tahanan atau juga Penerangan secara terperinci tentang
dikenali sebagai penghuni penjara ini program pemulihan di dalam penjara bagi
diwajibkan mematuhi segala peraturan pesalah jenayah oleh Jabatan Penjara
yang telah ditetapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia akan dihuraikan secara rinci
Malaysia dan pergerakan mereka adalah dalam penulisan ini.
amat terkawal.
Dalam konsep kepenjaraan masa
ini, selain merupakan tempat penahanan EVOLUSI PEMULIHAN PESALAH
banduan, penjara juga merupakan tempat JENAYAH DI JABATAN PENJARA
bagi banduan atau tahanan menjalani MALAYSIA
pelbagai aktiviti pemulihan sehinggalah
tarikh mereka dibebaskan. Jabatan Penjara Pada masa ini, terdapat 33 buah penjara di
Malaysia memberi khidmat kepada Malaysia.5 Dari segi sejarah, penjara di
masyarakat dengan menahan mereka yang Malaysia sudah berusia 225 tahun, hampir
dihukum oleh mahkamah bagi menjamin sama usianya dengan penjara-penjara lain
keselamatan awam dan pada masa yang di dunia.6 Penjara yang ada di Malaysia
sama, membantu untuk memulihkan pada hari ini ialah sesuatu yang diwarisi
banduan atau tahanan supaya mereka dapat daripada pihak British.7 Semasa
menjalani kehidupan yang berfaedah serta pentadbiran British, penjara adalah
mematuhi undang-undang semasa dalam merupakan tempat untuk menghukum dan
tahanan dan selepas dibebaskan.3 Menurut menyeksa pesalah semata-mata. Sejarah
Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua menyaksikan bahawa banduan Penjara
Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, dalam Cornwallis, iaitu penjara pertama yang
memahami konsep kepenjaraan masa ini, dibina di Malaysia pada tahun 1790
penjara ialah tempat bagi mereka yang dijadikan buruh dan dilayan secara
didapati bersalah oleh mahkamah akan kekerasan dan dipaksa memecahkan batu
ditahan, dikawal dan menjalani pelbagai bata untuk membina kota, kubu, benteng,
program pemulihan. Penjara sebenarnya jalan dan lain-lain. Pembinaan Penjara
bukan sahaja merupakan tempat untuk Taiping sebagai penjara kedua di Malaysia
menghukum mereka yang melakukan yang dahulunya dikenali sebagai Penjara
kesalahan, namun lebih menjurus sebagai Larut pada sekitar tahun 1879 juga
institusi yang bertanggungjawab untuk menyaksikan bahawa tawanan dan
memulih, memimpin dan mendidik banduan yang dibawa dari Afrika telah
pesalah agar menjadi individu yang digunakan sebagai buruh paksa. Keadaan
yang berlaku ini memperlihatkan bahawa
matlamat utama penahanan banduan di

73
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

penjara pada ketika itu adalah untuk khusus bagi penagih dadah.13 Model ini
mendapatkan tenaga buruh yang murah berasal dari barat dan disesuaikan dengan
dengan menghukum mereka melakukan budaya timur. Model ini menggunakan
kerja-kerja berat berikutan penamatan pendekatan modifikasi tingkah laku, emosi
perdagangan perhambaan dan juga dan psikologi, intelektual dan spiritual
penghapusan sistem perhambaan di negeri- serta vokasional dan kemahiran.14
negeri Melayu oleh Parlimen British pada Seterusnya, Program Halaqah
tahun 1897.8 Konsep penjara sebagai diperkenalkan pada bulan Februari 1996
tempat untuk menyeksa dan sebagai langkah pemulihan alternatif yang
mengsengsarakan banduan ini juga dapat dibentuk untuk banduan yang beragama
dilihat semasa negara dijajah oleh Jepun Islam. Program ini memberikan tumpuan
dari tahun 1941 hingga 1945.9 terhadap pembelajaran serta latihan amali,
Selepas British menguasai semula ilmu agama dan kerohanian. Bagi tujuan
Tanah Melayu daripada Jepun pada tahun pengukuhan keseluruhan program
1946, matlamat penjara masih lagi pemulihan, pada bulan Februari 2002,
berteraskan menghukum pesalah. Walau sistem pemulihan dilaksanakan melalui
bagaimanapun, antara tahun 1950 hingga Program Pembangunan Insan (PPI).15
tahun 1960, sejarah memperlihatkan Pada 8 Februari 2014, konsep
bahawa terdapat aktiviti perusahaan yang Penjara Sejahtera telah diperkenalkan bagi
telah dijalankan di Penjara Taiping. memperkasakan pengurusan kepenjaraan
Kebanyakan banduan di penjara ini diberi dan mematuhi standard dan piawaian
latihan membuat rotan, menjilid buku, antarabangsa selaras dengan pendekatan
bengkel kayu, besi, tembaga, bengkel kraft penjara sebagai institusi koreksional.
tangan, bengkel kasut, plastik, tilam, Konsep Penjara Sejahtera telah dicetuskan
bengkel menjahit dan sebagainya.10 oleh Menteri dalam Negeri pada ketika itu.
Selepas negara beroleh Konsep Penjara Sejahtera merupakan
kemerdekaan, program pemulihan oleh transformasi utama Jabatan Penjara
Jabatan Penjara Malaysia telah dimulakan Malaysia ke arah pencapaian dua matlamat
dengan program khidmat bakti dan unggulnya, iaitu penahanan yang selamat
dikenali sebagai “Sistem Ibrahim.”11 dan pemulihan yang berkesan.16 Menurut
Program ini seterusnya diperluas Dato’ Seri Zulkifli bin Omar, penjara
menggunakan kaedah yang diintegrasikan sejahtera ini diperkenalkan dengan
melalui aktiviti pemulihan, vokasional, tanggapan bahawa seseorang itu mampu
agama dan latihan fizikal. Pada bulan Julai diubah dan dibentuk menjadi insan yang
1980, Program Konsultatif diperkenalkan lebih baik dan seterusnya tidak
sebagai sokongan terhadap sistem mengulangi kesilapan yang telah
pemulihan dan rawatan.12 Program ini dilakukan.17
disusuli pula oleh Program Therapeutic
Community yang diperkenalkan pada
bulan September 1992 sebagai alternatif
bagi modul pemulihan yang dibentuk

74
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

• Penghuni bersedia untuk • Penghuni yang terdedah


dibebaskan ke pangkuan dikawa dengan selamat
masyarakat dan membantu
mengurangkan residivis

PEMASYARAKATAN KESELAMATAN

PEMULIHAN LAYANAN

• Penghuni berpeluang • Penghuni dilayan dengan


melibatkan diri dalam menghormati hak sebagai
aktiviti yang bermanfaat manusia
kepada mereka

RAJAH 1. Ukuran Kepada Penjara Sejahtera


Sumber: Jabatan Penjara Malaysia

RAJAH 1 di atas menunjukkan konsep penghuni yang dibebaskan supaya dapat


Penjara Sejahtera yang diperkenalkan oleh kembali kemula ke pangkuan masyarakat
Jabatan Penjara Malaysia pada 8 Februari dan pada masa yang sama dapat
2014. Konsep ini, pada asalnya di mengurangkan kadar residivis.
erkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Peruntukan Undang-Undang bagi
Sedunia atau dkenali sebagai World Health Pelaksanaan Program Pemulihan bagi
Organization (WHO). Berdasarkan konsep pesalah jenayah di Jabatan Penjara
ini, penjara sejahtera ialah sebuah penjara Malaysia
yang mempunyai persekitaran penahanan Dalam melaksanakan peranan dan
yang kondusif dari segi keselamatan, tanggungjawabnya sebagai sebuah institusi
pemulihan, layanan dan pemasyarakatan. penahanan dan pemulihan, Jabatan Penjara
Dari segi keselamatan, penghuni penjara Malaysia tertakluk pada akta dan peraturan
akan dikawal dengan selamat ketika yang telah diluluskan oleh Parlimen
berada di dalam penjara dan ketika Malaysia. Akta dan peraturan-peraturan
mengadakan aktiviti di luar penjara. tersebutlah yang memberikan kuasa
Pemulihan pula akan memastikan kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk
penghuni penjara diberi peluang untuk menahan seseorang sebagai penghuni
melibatkan diri dalam aktiviti yang penjara dan melaksanakan program-
memberikan manfaat kepada mereka. program pemulihan kepadanya secara sah.
Setiap penghuni yang menjalani hukuman Akta dan peraturan tersebut adalah seperti
penjara akan dilayan dengan menghormati yang berikut:18
hak mereka sebagai manusia. Elemen
pemasyarakatan dalam konsep penjara
sejahtera akan memastikan persediaan

75
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

AKTA PENJARA 1995 AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI


1960 (SEMAKAN 1972)
Akta ini ialah pindaan daripada Ordinan
Penjara 1952 dan mula berkuat kuasa pada Akta ini mula berkuat kuasa di
18 Januari 1996. Akta ini juga dikenali Semenanjung Malaysia pada 1 Ogos 1960
sebagai Akta 537. Akta ini merupakan dan bagi Sabah dan Sarawak pada 16
suatu akta untuk menyatu dan meminda September 1963. Akta ini telah disemak
undang-undang berhubung dengan penjara, semula pada tahun 1972. Akta ini
banduan dan perkara-perkara yang merupakan suatu Akta untuk mengadakan
berkaitan. peruntukan bagi keselamatan dalam negeri
Malaysia, tahanan pencegahan,
AKTA PENJARA (PINDAAN) 2008 pencegahan subversif, penghapusan
keganasan terancang terhadap orang dan
Akta ini ialah pindaan daripada Akta
harta di dalam kawasan tertentu di
Penjara 1955 dan mula berkuat kuasa pada
Malaysia, dan mengenai perkara yang
30 Jun 2008. Akta ini juga dikenali
berkaitan dengannya.
sebagai Akta A1332. Akta ini merupakan
suatu akta untuk menyatu dan meminda KAEDAH-KAEDAH KESELAMATAN
undang-undang berhubung dengan penjara, DALAM NEGERI (ORDINAN ORANG
banduan, parol dan perkara-perkara yang TAHANAN) 1960
berkaitan.
Kaedah-Kaedah Keselamatan Dalam
PERATURAN PENJARA 2000 Negeri (Ordinan Orang Tahanan) 1960
diwujudkan bertujuan menyelaras
Peraturan ini merupakan pindaan daripada pentadbiran dan pengurusan orang-orang
Peraturan Penjara 1953 dan mula berkuat tahanan di pusat-pusat pemulihan akhlak.
kuasa pada tahun 1 September 2000.
Peraturan Penjara 2000 menjelaskan ORDINAN DARURAT (KETENTERAMAN
prinsip-prinsip am pentadbiran penjara dan AWAM DAN MENCEGAH JENAYAH)
pemakaian peraturan-peraturan. 1969

AKTA KANAK-KANAK 2001 Ordinan ini dibuat di bawah perkara 150


(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos Ordinan ini bertujuan untuk keselamatan
2002 dengan menggantikan Akta dan ketenteraman awam, mengekang
Mahkamah Juvana 1947 (Semakan 1972). keganasan dan mencegah jenayah
Akta ini bertujuan melindungi kanak- keganasan. Ordinan ini berkuatkuasa pada
kanak dan kepentingannya. Pada tahun 16 Mei 1969.
2016, Akta ini telah dipinda dan beberapa
penambahan serta pembaharuan telah KAEDAH-KAEDAH DARURAT
dimasukkan. (KETENTERAMAN AWAM DAN
MENCEGAH JENAYAH) 1970
KAEDAH-KAEDAH SEKOLAH HENRY
GURNEY 1949 Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa pada 1
Januari 1971. Kaedah ini bertujuan
Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney menyelaras pentadbiran dan pengurusan
1949 diperbuat di bawah Ordinan orang-orang tahanan di pusat-pusat
Mahkamah Juvana 1947. Kaedah ini pemulihan akhlak.
bertujuan menyelaras peraturan-peraturan
berkaitan pengurusan dan layanan di
sekolah Henry Gurney.

76
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

AKTA DADAH BERBAHAYA semula fizikal, mental, sikap, akhlak, dan


(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN rohani berasaskan nilai murni dan
KHAS) 1985 seterusnya membentuk pendekatan
pemulihan yang benar-benar bersesuaian
Akta ini dikenali juga sebagai Akta 316.
dengan keperluan pesalah agar perubahan
Akta ini berkuat kuasa pada 30 Mei 1985.
sikap yang positif terhasil dalam kalangan
Akta ini bertujuan membuat peruntukan
pesalah. Pesalah akan dididik dan
mengenai pencegahan orang-orang yang
diberikan pendedahan serta latihan yang
ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang
seimbang dalam aspek jasmani dan rohani
berhubung dengan atau yang melibatkan
bagi keperluan dunia dan akhirat melalui
pengedaran dadah berbahaya.
penerapan lima elemen teras pemulihan,
PERINTAH TETAP KETUA PENGARAH iaitu:
PENJARA
K : Pengetahuan (Knowledge)
Dalam Perintah Tetap ini, kuasa diberikan A : Sikap (Attidude)
kepada Ketua Pengarah di bawah seksyen S : Kemahiran (Skill)
12 Akta Penjara 1995. Ketua Pengarah, I : Kecerdasan (Intelligence)
pada menjalankan kuasanya, boleh H : Kemanusiaan (Humanity)
mengeluarkan apa-apa perintah tetap
berhubung dengan pengurusan Selaras dengan objektif ini,
kepenjaraan. Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Pemulihan dan Rawatan), JPM telah
UNITED NATIONS STANDARD melaksanakan program yang dinamakan
MINIMUM RULES FOR THE TREATMENT sebagai Program Pembangunan Insan
OF PRISONERS
(PPI) untuk pesalah yang ditempatkan di
United Nation Standard Minimum Rules dalam penjara dan bagi mereka yang
for the Treatment of Prisoners kemudiannya berkelayakan untuk
diperkenalkan pada tahun 1955 di memohon melakukan aktiviti Parol dan
“Congress on the Prevention of Crime and Kem Kemasyarakatan sebagai pemulihan
the Treatment of Offenders, Geneva.” di luar penjara. Di samping PPI, JPM
Instrumen ini telah diluluskan pada 31 dalam usaha menerapkan nilai agama
Julai 1957 dan dipinda pada 13 Mei 1977 kepada pesalah, JPM telah membuka
dengan tujuan untuk menetapkan satu sekolah agama di dalam penjara yang
standard umum berkaitan prinsip dan pertama di dunia di Johor sebagai langkah
pelaksanaan terhadap layanan kepada percubaan. 19
banduan dan pengurusan institusi penjara.
PROGRAM PEMULIHAN DI DALAM
PENJARA DI BAWAH KENDALIAN PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN
JABATAN PENJARA MALAYSIA (PPI)

Di Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Program Pembangunan Insan (PPI) ialah


bahagian yang bertanggungjawab dalam satu sistem pemulihan yang bersepadu,
merencana dan melaksanakan program merangkumi segala aktiviti fizikal dan
pemulihan ke atas pesalah atau banduan kerohanian. Program ini mula
ialah Bahagian Pengurusan Banduan diperkenalkan pada Februari 2002. PPI
(Seksyen Pemulihan & Rawatan). dilaksanakan dengan memberikan
Bahagian ini bertanggungjawab penekanan terhadap pembentukan disiplin
merancang dan melaksanakan program dan dan disusuli dengan pembentukan sahsiah
aktiviti rawatan dan pemulihan kepada untuk membina semula sikap jati diri dan
pesalah bagi memperbaik dan membina keyakinan dalam kalangan pesalah.20

77
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

Pesalah dalam Program PPI ini pesalah. Fasa ini menumpukan pada
dibekalkan dengan kemahiran melalui pembentukan kepatuhan disiplin dan
kelas-kelas vokasional yang disokong peraturan, kenegaraan dan sivik, kesihatan
melalui pensijilan oleh agensi berkaitan. dan kebersihan diri.24
Pesalah juga berpeluang melanjutkan Modul Pendidikan dan Bimbingan
pelajaran melalui program pengajian disokong oleh Sub-Modul Pesalah Jenayah
akademik yang disediakan di peringkat Umum, Sub-Modul Pesalah Kolar Putih,
kelas 3M, Penilaian Menegah Rendah, Sub-Modul Pesalah Seksual, Sub-Modul
Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pesalah Trafik. Kekuatan modul-modul ini
Pelajaran Malaysia, dan bagi mereka yang disokong dengan pengisian pendidikan
berkelayakan, peluang akademik dalam Sub-Modul Kenegaraan, Sub-
disediakan sehingga ke pengajian Modul Kebudayaan, Sub-Modul
peringkat tinggi seperti diploma, sarjana Pengurusan Diri, Sub-Modul Moral, Sub-
muda dan sarjana. Sehingga Januari 2016, Modul Muhasabah Diri, Sub-Modul
dua orang banduan sedang mengikuti Kemasyarakatan, Sub-Modul Kemahiran
pengajian di peringkat doktor falsafah Sosial, Sub-Modul Perlakuan Jenayah,
(PhD), 10 orang di peringkat sarjana, dan Sub-Modul Kerohanian, dan Sub-Modul
60 orang di peringkat ijazah sarjana Terapi Kekeluargaan.25
muda.21
Modul terakhir dalam PPI ialah FASA II: FASA PENGUKUHAN SAHSIAH
Modul Pemasyarakatan yang bertujuan
sebagai latihan dan persediaan dalam Pada fasa ini, program pemulihan yang
kalangan pesalah untuk diintegrasikan diwujudkan sebagai rawatan utama (core
semula ke masyarakat. Modul ini treatment) dalam Program Pembangunan
melibatkan program-program yang Insan.26 Program ini dilaksanakan dalam
dilaksanakan di bawah Kem tempoh antara enam bulan hingga 12
Pemasyarakatan dan Parol di luar bulan. Penekanan diberikan apada aspek
penjara.22 pembentukan jati diri dan perubahan
tingkah laku.27 Pada fasa ini, pesalah akan
OBJEKTIF PPI mengikuti empat modul utama, iaitu:

PPI dibina berasaskan sistem fasa dan 1. Modul Pendidikan dan Bimbingan
bertujuan membentuk akhlak penghuni (sambungan Fasa 1).
melalui sistem pemulihan yang efektif dan Modul Halaqah (bagi yang
efisien supaya mereka kembali kepada beragama Islam) atau Modul Moral
masyarakat sebagai individu yang (bagi yang bukan beragama Islam).
bertanggungjawab dan produktif Modul Halaqah ini mengandungi
berteraskan pembentukan sikap, kemahiran pengajian Akidah, Fekah, Tilawah
dan pengetahuan.23 al-Quran, Tafsir, Hadis, Sirah,
Akhlak dan Kesejahteraan Insan.
KERANGKA PROGRAM PPI 2. Modul Therapeutic Community.
Modul Therapeutic Community
PPI dilaksanakan secara berperingkat ialah program pemulihan
mengikut sistem fasa yang mempunyai berasaskan terapi kekeluargaan.
tempoh masa yang tertentu. Modul ini menekankan tiga elemen
FASA I: FASA ORIENTASI sebagai teras pemulihan untuk
membawa perubahan diri pesalah,
Fasa I ialah fasa untuk pesalah mengikuti iaitu suri teladan (role model),
Modul Pendidikan dan Bimbingan. Fasa tekanan atau sokongan rakan
ini meliputi tempoh masa antara dua sebaya (peer pressure support) dan
hingga tiga bulan berdasarkan kriteria ikatan kekeluargaan (family

78
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

millieu). Melalui modul ini, kepada banduan yang ingin,


penghuni diberi tanggungjawab pada masa lapangnya,
merancang, mengatur dan memperbaik pendidikan
mengurus aktiviti harian mereka melalui kursus
berasaskan nilai dan suasana korespondens atau pengajian
kekeluargaan. Setiap individu persendirian atau untuk berlatih
dalam sistem ini merupakan kraf tangan.
“keluarga” dan setiap mereka b. Perhatian khas hendaklah
berperanan untuk saling membantu diberikan kepada pendidikan
serta saling memperingati antara bagi banduan buta huruf dalam
satu sama lain (Man help man to masa yang ditentukan oleh
help himself). Teguran dan tekanan Pegawai yang Menjaga.
akan diberi oleh rakan-rakan c. Tiap-tiap banduan yang boleh
mereka sendiri yang merupakan mendapat manfaat melalui
“keluarga” supaya mereka akan kemudahan pendidikan yang
dapat menyedarkan penghuni disediakan hendaklah
memahami kelemahan dirinya. digalakkan untuk berbuat
Apabila kesedaran ini timbul, demikian. Bagi tujuan
perubahan terhadap cara berfikir pelaksanaan pendidikan yang
dapat membantu perubahan tingkah berkesan, Perpustakaan yang
laku penghuni. Modul ini juga dilengkapi dengan bahan
menggunakan pendekatan ganjaran bacaan di penjara diwujudkan,
(promotion) dan denda (demotion) ceramah, debat dan perlantikan
bagi mewujudkan semangat dan guru sukarela bagi
motivasi penghuni untuk mencapai mengendalikan apa-apa kelas
matlamat pemulihan total. 28 yang diluluskan boleh
3. Modul Akademik. dibenarkan oleh Ketua
Modul Therapeutic Community Pengarah Penjara atas syor
dan Modul Akademik adalah bagi Pegawai yang Menjaga.
pesalah yang berkelayakan dan
berminat. Bagi Modul Halaqah,
guru-guru agama dibekalkan oleh FASA III: FASA KEMAHIRAN
Jabatan Kemajuan Islam Fasa kemahiran membuka peluang kepada
Malaysia.29 Modul Halaqah pesalah untuk membentuk kemahiran diri
digunakan untuk semua banduan dalam bidang vokasional. Kemahiran
tanpa mengira sama ada banduan vokasional ini turut dibantu oleh beberapa
tersebut telah dijatuhi hukuman agensi yang membolehkan kemahiran
penjara oleh mahkamah sivil tersebut dipersijilkan.32
ataupun syariah.30 Pewujudan Modul utama yang terdapat dalam
kelas pendidikan kepada penghuni program ini ialah Modul Kemahiran
penjara ini dapat dilihat dalam Bersijil, Modul Vokasional, Model Usaha
Perkara 151 Peraturan-Peraturan sama dalam Penjara.33
Penjara 1995 yang Fasa ini dikemaskinikan kepada
31
memperuntukkan bahawa: penghuni yang melepasi Fasa I dengan
a. Di tiap-tiap penjara program memperoleh PGNK 3.0 dan ke atas. Fasa
kelas pendidikan hendaklah ini bermatlamat melahirkan penghuni yang
diatur dan kemudahan yang berkemahiran dan diiktiraf. Penghuni yang
munasabah, atas syarat-syarat berada pada fasa ini perlu mengikuti
yang ditentukan oleh Ketua aktiviti pemulihan yang ditetapkan, iaitu
Pengarah, boleh dibenarkan dua jam seminggu. Fasa kemahiran ini

79
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

tidak menentu tempohnya bergantung pada dan menggalakkan penyertaan awam


bidang kemahiran yang diikuti oleh dalam membantu proses asimilasi
penghuni tersebut.34 penghuni ke alam masyarakat. Di samping
Modul Kerohanian juga masih aktiviti utama, penghuni di fasa ini juga
menjadi modul teras dalam fasa ini dan didedahkan dengan program sampingan
dilaksanakan kepada semua penghuni seperti we care dan community care.36
tanpa mengambil kira anutan agama Fasa ini juga merupakan persediaan
mereka.35 kepada pesalah untuk menyertai program
pemasyarakatan (di kem-kem
FASA IV: FASA PRABEBAS Pemasyarakatan dan juga Parol).
Fasa ini merupakan fasa penghayatan. Berikut merupakan skema pemarkahan
Penghuni dikehendaki menghayati apa yang digunakan bagi penghuni untuk
yang telah dipelajari dan memohon program parol dan program
menterjemahkannya semasa menjalani fasa kemasyarakatan di kem-kem
37
ini. Objektif utama fasa ini adalah untuk kemasyarakatan.
menyediakan penghuni dalam menghadapi
stigma sosial apabila mereka dibebaskan

JADUAL 2. Skema Pemarkahan Program Pembangunan Insan JPM


Peratusan Markah Gred Nilaian Gred PGNK
80-100 A 4.00
70-79 B 3.00
60-69 C 2.00
59 ke bawah D 1.00
Sumber: Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Pemulihan & Rawatan), JPM

Jadual 2 di atas merupakan skema sekolah aliran agama yang pernah


pemarkahan yang digunakan oleh JPM diwujudkan di dalam penjara di dunia.38
dalam menentukan sama ada pesalah Sekolah ini ditubuhkan pada 28 November
tersebut telah berjaya melepasi suatu fasa 2013 di Kompleks Penjara Kluang,
atau tidak. Nilaian bagi gred tertinggi atau Johor.39 Sekolah agama di dalam penjara
“A” ialah PGNK 4 dengan markah dari 80 ini merupakan projek perintis dan
hingga 100. Gred lulus bagi membolehkan ditubuhkan atas inisiatif Kementerian
pesalah tersebut masuk ke fasa seterusnya Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara
ialah PGNK 3 atau “B” dengan markah untuk membimbing banduan mendapatkan
perolehan dari 70 hingga 79. Pesalah yang pendidikan agama dengan sempurna
mendapat PGNK kurang dari 3.00 dikira sebelum dibebaskan.40 Sekolah ini
gagal dan tidak dibenarkan untuk beralih merupakan usaha sama Jabatan Agama
ke fasa seterusnya. Islam Johor (JAIJ), Majlis Agama Islam
Johor (MAIJ) dan Jabatan Penjara
Malaysia dalam memantapkan dan
SEKOLAH AGAMA TARBIYAH memperluas lagi cabang pemulihan untuk
HUSNUL KHATIMAH penghuni dengan memberikan peluang
kepada mereka mendalami ilmu-ilmu
Sekolah Agama Tarbiyah Husnul
agama Islam dengan lebih baik.41
Khatimah adalah merupakan sekolah aliran
Penubuhan Sekolah Agama di dalam
agama yang pertama dibuka di penjara
penjara ini merupakan langkah permulaan
Malaysia, bahkan ia ialah satu-satunya

80
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

kepada penubuhan sekolah seumpamanya KESIMPULAN


di seluruh institusi penjara di Malaysia.
Buat masa ini, ia hanya dilaksanakan di Agenda keselamatan merupakan antara
Penjara Kluang Johor sahaja.42 agenda utama dalam sesebuah negara. Ini
Penubuhan Sekolah Agama kerana jaminan keselamatan akan
Tarbiyah Husnul Khatimah bermatlamat memberikan peluang yang luas kepada
memperluas cabang pemulihan bagi pembangunan dan kemajuan
penghuni penjara sekali gus melengkapkan masyarakat.Oleh itu, bagi mengekalkan
banduan dengan aspek kerohanian bagi aspek keselamatan ini, hukuman wajar
membolehkan mereka menghadapi dikenakan ke atas perbuatan jenayah yang
pelbagai cabaran apabila dibebaskan kelak. boleh mengancam keselamatan dan
Hal ini kerana pendidikan agama ialah merencatkan pembangunan dan kemajuan
nadi perubahan dan mampu menjana masyarakat. Namun demikian, perlu
kehidupan yang lebih baik kepada setiap difahami bahawa antara aspek yang perlu
insan.43 Menurut Timbalan Ketua diberikan perhatian untuk menghindari
Pengarah Penjara (Keselamatan dan perlakuan jenayah dan perlakuan jenayah
Koreksional) Datuk Hasan Sakimon: berulang bukanlah dengan meletakkan
Pendekatan kerohanian sebenarnya amat beban ke atas peranan hukuman berbentuk
berkesan dalam program pemulihan kerana keseksaan semata-mata bahkan aspek
mereka ini kadang-kadang tidak tahu pemulihan mereka juga mesti diambil kira.
mengenai agama dan inilah peluang Hal ini kerana program pemulihan yang
mereka memenuhi agama.44 efektif akan berupaya menghalang
Dari segi pelaksanaan, terdapat dua penjenayah daripada mengulangi
program yang disediakan di Sekolah perbuatan jenayahnya pada masa-masa
Agama Tarbiyah Husnul Khatimah, iaitu akan datang.
Program Tahfiz al-Quran dan Kelas Fardu Bagi tujuan tersebut, Jabatan
ÑAin. Pada peringkat awal penubuhan Penjara Malaysia telah mengambil
sekolah ini, seramai 20 orang penghuni pelbagai langkah proaktif dalam
terlibat dalam pelajaran agama dan Fardu melakukan kajian, merencana dan
ÑAin manakala 20 orang lagi dalam malaksanakan program pemulihan secara
hafazan al-Quran.45 sistematik, tersusun dan seimbang dari
Sekolah ini membolehkan banduan berusia aspek fizikal dan rohani ke atas pesalah
21 tahun ke bawah menghadiri kelas fardu jenayah yang menjalani hukuman penjara.
ain manakala banduan berusia 21 tahun ke Pelaksanaan Program Pembangunan Insan
atas menghadiri kelas Tahfiz al-Quran.46 yang melibatkan empat fasa, iaitu fasa
Dari segi pengurusan, sekolah ini diurus orientasi, fasa pengukuhan sahsiah, fasa
bersama oleh tiga agensi, iaitu Jabatan kemahiran dan fasa prabebas yang
Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam dilaksanakan ke atas setiap pesalah yang
Johor dan Jabatan Penjara Malaysia. Guru menjalani hukuman penjara jelas
dan kurikulum pengajian disediakan oleh memperlihatkan usaha gigih JPM untuk
JAIJ dan MAIJ manakala Jabatan Penjara membentuk akhlak pesalah atau penghuni
Malaysia berperanan menyediakan penjara melalui sistem pemulihan yang
kemudahan asas dan prasarana yang efektif dan efisien supaya mereka dapat
diperlukan.47 Selepas dibebaskan, para dikembalikan kepada masyarakat sebagai
pesalah ini akan dihantar ke surau-surau di individu yang bertanggungjawab dan
negeri Johor untuk menjadi imam.48 produktif berteraskan pembentukan sikap,
kemahiran dan pengetahuan. Pelaksanaan
program pemulihan oleh Jabatan Penjara
Malaysia juga dilihat mampu berubah
stigma atau persepsi masyarakat yang

81
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

beranggapan bahawa penjara merupakan tempat hukuman semata-mata.

NOTA
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Sains Sosial
dan Kemanusiaan UKM, 2014, hlm 1-6.
1 9
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Malaysia, Kajang Selangor. Malaysia, Kajang Selangor.
2 10
Anon. 2012. Portal Rasmi Jabatan Penjara Mohd Bin Samsudin, Kertas Kerja: Sejarah
Malaysia Kementerian Dalam Negeri. Penjara Moden Di Malaysia. Seminar Sejarah
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hij Penubuhan Penjara di Malaysia pada 16
au/sejarah [2 Mac 2015] Oktober 2014 bertempat di Bilik Persidangan
3
Anon. 2012. Sejarah Penjara. Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, anjuran
Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama
Negeri. Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Sains Sosial
http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/hij dan Kemanusiaan, UKM, 2014, hlm 1-6.
au/sejarah [2 Mac 2015] 11
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
4
Ucapan Perasmian Dato’ Seri Haji Zulkifli Bin Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Omar, Ketua Pengarah Penjara Jabatan Penjara Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Malaysia dalam Seminar Sejarah Penubuhan Malaysia, Kajang Selangor.
Penjara Malaysia pada 16 Oktober 2014 di Bilik 12
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Persidangan Fakulti Sains dan Teknologi, Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
UKM, anjuran Jabatan Penjara Malaysia Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
dengan kerjasama Pusat Sejarah, Politik dan Malaysia, Kajang Selangor.
13
Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Jamaludin Saad, “Cabaran Dalam Usaha
UKM. Membangunkan Dan Melaksanakan Modul
5
Anon, “Jabatan Penjara rangka program Pemulihan Di Dalam Penjara Untuk Pesalah
pemulihan lebih efektif,” Utusan Online, Jenayah Syariah” (2015) 27(1) Jurnal Kanun,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2 hlm 170.
010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Te 14
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
rkini&pg=bt_12.htm#ixzz3X4as4lgZ, 30 Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Disember 2010. Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
6
Mohd Bin Samsudin, Kertas Kerja: Sejarah Malaysia, Kajang Selangor.
15
Penjara Moden Di Malaysia. Seminar Sejarah Jamaludin Saad, “Cabaran Dalam Usaha
Penubuhan Penjara di Malaysia pada 16 Membangunkan Dan Melaksanakan Modul
Oktober 2014 bertempat di Bilik Persidangan Pemulihan Di Dalam Penjara Untuk Pesalah
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, anjuran Jenayah Syariah” (2015) 27(1) Jurnal Kanun,
Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama hlm 171.
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti, 16
Pamplet Penjara Sejahtera: Apa?, Mengapa?,
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, 2014, Bagaimana?, Di mana? oleh Jabatan Penjara
hlm 1-6. Malaysia.
7
Ucapan Perasmian oleh Dato’ Seri Haji Zulkifli 17
Ucapan Perasmian oleh Dato’ Seri Haji Zulkifli
Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia
dalam Seminar Sejarah Penubuhan Penjara dalam Seminar Sejarah Penubuhan Penjara
Malaysia, 16 Oktober 2014, Bilik Persidangan Malaysia, 16 Oktober 2014, Bilik Persidangan
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Anjuran Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, anjuran
Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama
Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Pusat Sejarah, Politik dan Strategi, Sains Sosial
Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. dan Kemanusiaan, UKM.
8 18
Mohd Bin Samsudin, Kertas Kerja: Sejarah Anon. 2012. Undang-Undang. Portal Rasmi
Penjara Moden di Malaysia. Seminar Sejarah Jabatan Penjara Malaysia Kementerian Dalam
Penubuhan Penjara di Malaysia pada 16 Negeri.
Oktober 2014 bertempat di Bilik Persidangan http://www.prison.gov.my/portal/page/portal/bir
Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, anjuran u/undang2 [4 Mac 2015]
Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama 19
TKPj Jamaludin Saad, Pengarah Bahagian
Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia,

82
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

Pemulihan Pesalah Syarie Jabatan Penjara Pemulihan Pesalah Syarie Jabatan Penjara
Malaysia. Temu bual, Persidangan Meja Bulat Malaysia. Temu bual, Persidangan Meja Bulat
Kali Kedua anjuran Kumpulan Penyelidikan Kali Kedua Anjuran Grup Penyelidikan
FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8 bertempat di FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8 bertempat di
Hotel Puri Pujangga UKM pada 30 April 2015. Hotel Puri Pujangga UKM pada 30 April 2015.
20 31
TKPj Jamaludin Saad, Pengarah Bahagian Lihat Perkara 152, 153, 154 dan 156 dalam
Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Peraturan-Peraturan Penjara 1995.
32
Pemulihan Pesalah Syarie Jabatan Penjara Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Malaysia. Temu bual, Persidangan Meja Bulat Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Kali Kedua anjuran Kumpulan Penyelidikan Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8 bertempat di Malaysia, Kajang Selangor.
33
Hotel Puri Pujangga UKM pada 30 April 2015. Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
21
Betty Surbayati, “Dua banduan lanjut pengajian Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
PhD,” Berita Harian Online, Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
http://www.bharian.com.my/node/117574?m=1, Malaysia, Kajang Selangor.
34
24 Januari 2016. Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
22
TKPj Jamaludin Saad, Pengarah Bahagian Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Pemulihan Pesalah Syarie Jabatan Penjara Malaysia, Kajang Selangor.
35
Malaysia. Temu bual, Persidangan Meja Bulat Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Kali Kedua Anjuran Grup Penyelidikan Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8 bertempat di Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Hotel Puri Pujangga UKM pada 30 April 2015. Malaysia, Kajang Selangor.
23 36
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Malaysia, Kajang Selangor. Malaysia, Kajang Selangor.
24 37
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen
Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara
Malaysia, Kajang Selangor. Malaysia, Kajang Selangor.
25 38
Jamaludin Saad, “Cabaran Dalam Usaha Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr
Membangunkan Dan Melaksanakan Modul Ahmad Zahid Hamidi semasa menyandang
Pemulihan Di Dalam Penjara Untuk Pesalah jawatan sebagai Menteri di Kementerian Dalam
Jenayah Syariah: (2015) 27(1) Jurnal Kanun, Negeri dalam Seminar Penjara Sejahtera: Ke
hlm 170. Arah Institusi Koreksional Bertaraf Dunia pada
26
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh 8 Februari 2014 bertempat di Dewan Kelab
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Penjara Kajang Selangor. Anjuran Jabatan
Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Penjara Malaysia. Lihat juga Hajah Azizah
Malaysia, Kajang Selangor. Awang et al., Malaysia 2014: Laporan Rasmi
27
Pamplet Program Pembangunan Insan oleh Tahunan, Putrajaya: Jabatan Penerangan
Bahagian Pengurusan Banduan (Seksyen Malaysia, 2014, hlm 264-265.
39
Pemulihan & Rawatan, Ibu Pejabat Penjara Hajah Azizah Awang et al., Malaysia 2014:
Malaysia, Kajang Selangor. Laporan Rasmi Tahunan, Putrajaya: Jabatan
28
Lihat Anon, “Terapi kekeluargaan: Modul Penerangan Malaysia, 2014, hlm 264-265.
40
pemulihan yang berkesan,” Utusan Online, Hajah Azizah Awang et al., Malaysia 2014:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2 Laporan Rasmi Tahunan, Putrajaya: Jabatan
005&dt=0208&pub=utusan_malaysia&sec=pen Penerangan Malaysia, 2014, hlm 264-265.
41
didikan&pg=pe_04.htm&arc=hive, 8 Februari Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 2013.
2005). Ucapan Menteri Dalam Negeri Semasa
29
TKPj Jamaludin Saad, Pengarah Bahagian Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul
Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia, Khatimah di Penjara Kluang Johor oleh DYMM
Pemulihan Pesalah Syarie Jabatan Penjara Sultan Johor.
Malaysia. Temu bual, Persidangan Meja Bulat http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kdn-
Kali Kedua anjuran Kumpulan Penyelidikan sana-sini/1226-ucapan-menteri-dalam-negeri-
FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8 bertempat di perasmian-sekolah-agama-tarbiyah-husnul-
Hotel Puri Pujangga UKM pada 30 April 2015. khatimah-di-penjara-kluang-johor-oleh-dymm-
30
TKPj Jamaludin Saad, Pengarah Bahagian sultan-johor [4 Mac 2015]
Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia,

83
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

42
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 2013.
Ucapan Menteri Dalam Negeri Semasa RUJUKAN
Perasmian Sekolah Agama Tarbiyah Husnul
Khatimah di Penjara Kluang Johor oleh DYMM Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Sultan Johor. Pencegahan Khas) 1985
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/kdn-
sana-sini/1226-ucapan-menteri-dalam-negeri- Akta Kanak-Kanak 2001
perasmian-sekolah-agama-tarbiyah-husnul- Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
khatimah-di-penjara-kluang-johor-oleh-dymm- (Semakan 1972)
sultan-johor [4 Mac 2015] Akta Penjara (Pindaan) 2008
43
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 2013. Akta Penjara 1995 dan Peraturan Peraturan
Sekolah Agama di Penjara Harap Dapat
Perluaskan Cabang Pemulihan-Ahmad Zahid. (Akta 537)
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/berita- Anon. 2010. Jabatan Penjara rangka
kdn/1221-sekolah-agama-di-penjara-harap- program pemulihan lebih efektif.
dapat-perluaskan-cabang-pemulihan-ahmad- Utusan Online,
zahid [4 Mac 2015] http://ww1.utusan.com.my/utusan/i
44
Anon, “Sekolah Agama Menengah Husnul
Khatimah mungkin diperluas ke Penjara nfo.asp?y=2010&dt=1230&pub=U
Sabah.” Berita Wilayah, tusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=
http://www.bernama.com/bernama/state_news/ bt_12.htm#ixzz3X4as4lgZ.
bm/news.php?cat=sbm&id=1029952. 11 April Accessed on: 30 Disember 2010.
2014. Anon. Sekolah Agama Menengah Husnul
45
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 2013.
Sekolah Agama di Penjara Harap Dapat Khatimah mungkin diperluas ke
Perluaskan Cabang Pemulihan-Ahmad Zahid. Penjara Sabah. Berita Wilayah,
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/berita- http://www.bernama.com/bernama/
kdn/1221-sekolah-agama-di-penjara-harap- state_news/bm/news.php?cat=sbm
dapat-perluaskan-cabang-pemulihan-ahmad- &id=1029952 [11 April 2014].
zahid [4 Mac 2015]
46
Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr Anon. 2012. Portal Rasmi Jabatan Penjara
Ahmad Zahid Hamidi semasa menyandang Malaysia Kementerian Dalam
jawatan sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri.
Negeri dalam Seminar Penjara Sejahtera: Ke http://www.prison.gov.my/portal/p
Arah Institusi Koreksional Bertaraf Dunia pada age/portal/hijau/sejarah [2 Mac
8 Februari 2014 bertempat di Dewan Kelab
Penjara Kajang Selangor. Anjuran Jabatan 2015]
Penjara Malaysia. Anon. 2012. Sejarah Penjara. Portal Rasmi
47
Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri. 2013. Jabatan Penjara Malaysia
Sekolah Agama di Penjara Harap Dapat Kementerian Dalam Negeri.
Perluaskan Cabang Pemulihan-Ahmad Zahid. http://www.prison.gov.my/portal/p
http://www.moha.gov.my/index.php/ms/berita-
kdn/1221-sekolah-agama-di-penjara-harap- age/portal/hijau/sejarah [2 Mac
dapat-perluaskan-cabang-pemulihan-ahmad- 2015]
zahid [4 Mac 2015] Anon. 2012. Undang-Undang. Portal
48
Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri Dr Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
Ahmad Zahid Hamidi semasa menyandang Kementerian Dalam Negeri.
jawatan sebagai Menteri di Kementerian Dalam
Negeri dalam Seminar Penjara Sejahtera: Ke http://www.prison.gov.my/portal/p
Arah Institusi Koreksional Bertaraf Dunia pada age/portal/biru/undang2 [4 Mac
8 Februari 2014 bertempat di Dewan Kelab 2015]
Penjara Kajang Selangor. Anjuran Jabatan Betty Surbayati. 2016. “Dua banduan
Penjara Malaysia. lanjut pengajian PhD,” Berita
Harian
Online,http://www.bharian.com.my
/node/117574?m=1, 24 Januari
2016.

84
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

Hajah Azizah Awang et al. 2014. Malaysia Pamplet Penjara Sejahtera: Apa?,
2014: Laporan Rasmi Tahunan. Mengapa?, Bagaimana?, Di mana?
Putrajaya: Jabatan Penerangan oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Malaysia. Pamplet Program Pembangunan Insan oleh
Jamaluddin Saad. 2015. Cabaran dalam Bahagian Pengurusan Banduan
usaha membangunkan dan (Seksyen Pemulihan & Rawatan,
melaksanakan modul pemulihan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia,
dalam penjara untuk pesalah Kajang Selangor.
jenayah syariah. Jurnal Kanun Peraturan Penjara 2000
27(1) Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara
Kaedah-Kaedah Darurat (Ketenteraman Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Awam dan Mencegah Jenayah) Portal Rasmi Kementerian Dalam Negeri.
1970 2013. Sekolah Agama di Penjara
Kaedah-Kaedah Keselamatan Dalam Harap Dapat Perluaskan Cabang
Negeri (Ordinan Orang Tahanan) Pemulihan-Ahmad Zahid.
1960 http://www.moha.gov.my/index.ph
Kaedah-Kaedah Sekolah Henry Gurney p/ms/berita-kdn/1221-sekolah-
1949 agama-di-penjara-harap-dapat-
perluaskan-cabang-pemulihan-
KPj Jamaludin Saad. Pengarah Bahagian ahmad-zahid [4 Mac 2015]
Pengurusan Banduan, Jabatan Ucapan Perasmian Dato’ Seri Haji Zulkifli
Penjara Malaysia. 2015. Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara
Pemulihan Pesalah Syarie. Jabatan Penjara Malaysia dalam
Persidangan Meja Bulat kali Kedua Seminar Sejarah Penubuhan
anjuran Kumpulan Penyelidikan Penjara Malaysia pada 16 Oktober
FRGS (Kod Penyelidikan: 2014 di Bilik Persidangan Fakulti
FRGS/2/2013/SSI10/UKM/02/8) Sains dan Teknologi, UKM,
bertempat di Hotel Puri Pujangga anjuran Jabatan Penjara Malaysia
UKM pada 30 April 2015. dengan kerjasama Pusat Sejarah,
Anon, “Terapi kekeluargaan: Modul Politik dan Strategi, Fakulti Sains
pemulihan yang berkesan,” Utusan Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Online, Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri
http://ww1.utusan.com.my/utusan/i Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa
nfo.asp?y=2005&dt=0208&pub=ut menyandang jawatan sebagai
usan_malaysia&sec=pendidikan&p Menteri di Kementerian Dalam
g=pe_04.htm&arc=hive [8 Februari Negeri dalam Seminar Penjara
2005]. Sejahtera: Ke Arah Institusi
Mohd Samsudin. 2014. Kertas Kerja: Koreksional Bertaraf Dunia pada 8
Sejarah Penjara Moden Di Februari 2014 bertempat di Dewan
Malaysia. Seminar Sejarah Kelab Penjara Kajang Selangor.
Penubuhan Penjara di Malaysia Anjuran Jabatan Penjara Malaysia.
pada 16 Oktober 2014 bertempat di Lihat juga Hajah Azizah Awang et
Bilik Persidangan Fakulti Sains al., Malaysia 2014: Laporan Rasmi
dan Teknologi, UKM anjuran Tahunan, Putrajaya: Jabatan
Jabatan Penjara Malaysia dengan Penerangan Malaysia, 2014, hlm
kerjasama Pusat Sejarah, Politik 264-265.
dan Strategi , Sains Sosial dan
Kemanusiaan, UKM.

85
(2018) JUUM (ISU KHAS/SPECIAL ISSUE) 72 – 85
https://doi.org/10.17576/juum-2018-special-05

Hasnizam Hashim
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Malaysia
E-mel: hasnizam@usim.edu.my

Norman Zakiyy Chow Jen T’Ciang


Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Malaysia
E-mel: zakiyy@usim.edu.my

Ramalinggam Rajamanickam
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi
Selangor
Malaysia
E-mel: rama@ukm.edu.my

86

You might also like