You are on page 1of 15

216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Hak asasi manusia merupakan satu hak yang bersifat universal dan dimiliki oleh setiap

manusia didunia.Berdasarkan kepada Universal Declaration of Human Rights yang

diamalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (UN) , hak asasi manusia sejagat

dibahagikan kepada empat hak kebebasan utama iaitu kebebasan daripada ketakutan,

kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan kepercayaan yang

merangkumi dalam semua aspek-aspek kehidupan sama ada daripada hak sivil, politik,

ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan ( Paul, 1981). Deklarasi ini telah menjadi panduan

umum sejagat yang menggariskan tentang hak setiap warganegara dalam sesuatu

persekutuaan dalam mengubal perlembagaan dan undang-undang berkuatkuasa. Selain

daripada Universal Declaration of Human Rights yang lebih bersifat sekular, negara-negara

Islam melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam(OIC) telah menyediakan alternatif dokumen

hak asasi manusia berlandaskan syariah yang dikenali sebagai Cairo Declaration on Human

Rights in Islam pada tahun 1990 (University of Minnesota, 1993). Ini jelas menunjukkan

bahawa hak asasi manusia adalah satu hak istimewa yang dilindungi dan dinikmati oleh

masyarakat antarabangsa.

Kebebasan bersuara adalah salah satu daripada element hak asasi manusia yang telah

digariskan oleh deklarasi UDHR berdasarkan kepada artikel 19 dan 20 yang menyatakan :-

(19) Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom

56 to hold opinions without interference and to seek, receive and impart information and

ideas through any media and regardless of frontiers.

(20) (i) Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association

(ii) No one may be compelled to belong to an association.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 1


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

2.0 HAK ASASI DAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAAN 1957

Perlembagaan Persekutuaan 1957 yang digubal oleh Suruhanjaya Reid bagi pihak

Persekutuan Tanah Melayu telah menjamin hak asasi warganegara seperti yang telah

termaktub di dalam Deklarasi UDHR sebagai asasnya. Secara umumnya, Perlembagaan

Persekutuaan 1957 ini menjamin setiap warganegara kebebasan untuk hidup, kebebasan

bergerak, bersuara, berhimpun secara aman, berpersatuan, beragama dan juga hak-hak lain

yang bersangkutan dengan pendidikan. Hal ini dengan jelas boleh didapati dalam Bahagian 2

Perlembagaan Persekutuaan 1957 yang bermula daripada Perkara 5 sehingga Perkara 13

seperti berikut:-

Perkara 5: Kebebasan individu

Perkara 6: Larangan perhambaan dan buruh paksa

Perkara 7: Perlindungan dari undang-undang retrospektif and perbicaraan berulang-ulang

Perkara 8: Kesamarataan

Perkara 9: Larangan buang negara dan kebebasan bergerak

Perkara 10: Kebebasan bersuara, berhimpun dan berpesatuan

Perkara 11: Kebebasan Beragama

Perkara 12: Hak kepada pendidikan

Perkara 13: Hak Terhadap Harta

Hak asasi manusia di Malaysia di lindungi oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM) melalui Akta 597 atau Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 yang

berkuatkuasa pada tahun 2000.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 2


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

2.1 KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuaan 1957, setiap warganegara adalah berhak

untuk bebas bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan tertakluk kepada Perkara 2, 3 dan

4 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini diterangkan di dalam Perkara 10 Perlembagaan

Persekutuaan berbunyi:-

Perkara 10(1)(a)tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan

fikiran;

Perkara 10(1)(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan

tidak bersenjata;

Perkara 10(1)(c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan;

Namun begitu, berdasarkan kepada keadaan sosiobudaya masyarakat di Malaysia yang terdiri

daripada kepelbagaian etnik, maka terdapat sekatan-sekatan yang dikenakan didalam

perlembagaan terhadap kebebasan tersebut. Sekatan-sekatan ini diperlukan bagi memastikan

keamanan, keharmonian dan perpaduan dapat dikekalkan . Ini adalah berdasarkan kepada

Fasal 2(a) yang menyatakan sekatan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1),

yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-

mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman

awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan

Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan

mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan; sekatan ke atas hak yang diberi oleh

perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi

kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman

awam; dan sekatan ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 3


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-

mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

Selain itu, Perlembagaan Persekutuaan juga menyatakan sekatan-sekatan yang dikenakan

terhadap kebebasan ini dalam perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,

keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh

peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan 181 yang melibatkan Hak Istimewa orang

Melayu dan Bumiputera dan Raja-Rajanya. Sekatan-sekatan yang dikenakan adalah bagi

memastikan tiada ancaman subversive berlaku dalam Persekutuaan yang boleh menjejaskan

keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum yang menjadi formula pembinaan negara dan

kontrak sosial.

3.0 UNDANG-UNDANG BERKAITAN KEBEBASAN

3.1 AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI 1960 (ISA)

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan sebuah akta pencegahan yang berfungsi

untuk menghalang kegiatan subversif dan keganasan yang menjadi ancaman kepada

negara.Akta ini di anggap sebagai satu sekatan kepada kebebasan bersuara dan berpersatuan

kerana menghalang warganegara menyebarkan fahaman dan idelogi yang memberi ancaman

kepada keselamatan negara.Akta ini membenarkan sesorang warga ditahan polis selama 60

hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam

keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.Selepas 60 hari, seseorang

tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal

Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.Pada

tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini

telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 4


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Akta Keselamatan Dalam Negeri menggariskan sekatan-sekatan penerbitan, pencetakkan,

penjualan dan pengeluaran atau pengedaran dokumen yang mengadungi bahan terlarang

seperti dalam Seksyen 22 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 :-

Jika ternyata pada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi mesin cetak

dan penerbitan bahawa apa-apa dokumen atau penerbitan (a) mengandungi apa-apa

pengapian kepada keganasan; (b) mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau

kepada apa-apa perintah yang sah; (c) dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan

pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan

yang berlainan; atau (d) memudaratkan kepentingan negara, ketenteraman awam atau

keselamatan Malaysia

Menurut Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis

Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri Prof Dr Jayum Jawan berkata akta seperti ISA

sememangnya diperlukan untuk sesebuah negara menangani pelbagai ancaman baharu yang

menggugat ketenteraman awam dan kestabilan negara.

3.2 AKTA RAHSIA RASMI 1972 (OSA)

Kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuaan juga terhad kepada perkara-

perkara yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).Akta ini digubal bagi

memastikan kerahsiaan dokumen terpelihara dan mengekang penyebaran maklumat-

maklumat sensitif yang melibatkan keselamatan dan ketenteraman negara. Rahsia Rasmi

bermaksud apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan

berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain

sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai Rahsia Besar , Rahsia , Sulit atau Terhad,

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 5


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri

sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B Akta ini.

3.3 AKTA HASUTAN 1948

Akta ini telah diperkenalkan oleh British pada tahun 1948.Akta Hasutan 1948

merupakan satu akta yang digubal bagi mencegah dan menghalang sebarang perbincangan

yang boleh dikatakan atau didakwa sebagai tujuan untuk menghasut. Menurut tafsiran dalam

Akta ini, sebarang ucapan yang mempunyai kecenderungan menghasut adalah boleh

dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah berdasarkan Fasal 2 Akta tersebut :-

menghasut apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan,

ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan,

perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan

menghasut;

Akta ini bagaimanapun menjadi kontrovesi berikutan keluasan konsep kencenderungan

menghasut yang sukar ditafsiran sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dan

menyekat kebebasan bersuara dalam mengkritik kerajaan.

3.4 AKTA SURUHANJAYA MULTIMEDIA DAN KOMUNIKASI 1998

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan satu Akta yang digubal bagi mengawal

kandungan multimedia dan penyebarannya. Akta ini mempunyai dua (2) pruntukan utama

yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan

multimedia yang jelik dan tidak wajar. Akta ini juga digunakan bagi menyekat penyebaran

maklumat-maklumat digunakan bersama-sama dengan akta-akta lain yang berkuatkuasa.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 6


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

3.5 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (AUKU)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) digubal dan dikuatkuasakan bagi

mengawal aktiviti-aktivi mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi.Seksyen 15 Akta ini

memperuntukkan bahawa setiap Mahasiswa adalah tertakluk kepada kuasa kawal selia

Universiti bagi menawal aktiviti-aktiviti mahasiswa.Naib canselor universiti juga berhak

untuk membubarkan atau menggantung mana-mana badan, persatuan, dan kumpulan pelajar

yang difikirkan boleh mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan Universiti.Pindaan-

pindaan telah dilakukan bagi mengreformasikan Akta ini bagi memastikan suara mahasiswa

tidak disekat dengan kebenaran untuk mempraktikan kebebasan secara akademik dalam apa-

apa sahaja bidang penyeledikan dalam seminar, symposium dan majlis akademik.

3.6 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

Akta Perhimpunan Aman 2012 merupakan satu akta yang digubal berhubung dengan hak

untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Akta ini juga memperuntukkan sekatan-

sekatan yang difikirkan perlu dan bermanfaat bagi keamanan dan ketenteraman awam dan

perlindungan hak dan kebebasan orang lain. Akta ini juga meliputi hak bukan sahaja kepada

penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut

mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

3.7 AKTA-AKTA LAIN

i) Ordinan Darurat (EO)

ii) Akta Dadah Merbahaya 1952

iii) Akta Kediaman Terhad 1933

iv) Akta Buang Negeri 1959

v) Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor 2011

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 7


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

4.0 PROSIDING MAHKAMAH BERKAITAN HAK ASASI DI MALAYSIA

4.1 KES 1: NIK NAZMI NIK AHMAD vs DPP FAIRUZ JOHARI

HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN

Dalam Kamar Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia (Bidangkuasa Rayuan) di Mahkamah

Tinggi Malaya Shah Alam, perayu Nik Nazmi Nik Ahamd telah mengemukakan rayuan

terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan beliau untuk

mengistiharkan Seksyen 9(1) dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak

sah dan bertentangan dengan Perlembagaan sekaligus membebaskan beliau daripada tuduhan

dibawah seksyen tersebut. Sebelum itu, Nik Nazmi Nik Ahmad telah ditahan dan dikenakan

tuduhan di Makamah Seksyen Petaling Jaya di bawah seksyen 9(1) dan dikenakan hukuman

berdasarkan seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Beliau telah didakwa gagal

mengemukakan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan aman berdasarkan Seksyen

9(1) yang menyatakan :-

9(1) sesorang penganjur hendaklah , sepuluh hari sebelum tarikh perhimpunan,

memberitahu Pegawai yang menjaga daerah Polis dimana perhimpunan itu hendak

dijalankan.

Asas kepada rayuan Nik Nazmi adalah kerana Seksyen 9(1) tersebut adalah tidak

berpelembagaan dan merupakan sekatan yang tidak perlu berdasarkan kepada hak kebebasan

untuk berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuaan. Respondent pula

berpendapat bahawa Seksyen 9(1) adalah berperlembagaan dan tidak ultra vires terhadap

Perlembagaan Persekutuaan dan terpakai dengan Perkara 10(2)(b) Perlembagaan

Persekutuaan yang mengatakan bahawa :-

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 8


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya

perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana

bahagiannya, atau ketenteraman awam;

Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya telah membenarkan rayuan Nik Nazmi Nik

Ahmad dengan menyokong pendapat bahawa Seksyen 9(1) dan 9(5) adalah tidak relevan as

it amounts to an effective prohibitions against urgent and spontaneous assemblies. Ini

bermaksud bahawa seksyen tersebut merupakan sekatan yang tidak diperlukan terhadap

kebebasan yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuaan.Oleh sebab itu, penghakiman

tersebut telah mengambil kira unsur-unsur sekatan terhadap kebebasan yang dijamin dalam

Perlembagaan adalah tidak berasas dan terbatal. Kamar Hakim menjelaskan bahawa

berdasarkan kes Muhammad Hilman Idham & Ors vs Kerajaan Malaysian &Ors , [2011] 9

CLJ 50, Hishamuddin Mohd Yunus JCA menyatakan :-

any restriction imposed must be reasonable and the court had the power to examine

whether the restriction imposed was reasonable or otherwise. If the restriction was

unreasonable, the impugned law imposing the restriction could be declared as

unconstitutional and accordingly null and void .

Berdasarkan keyataan diatas, Yang Arif mendapati bahawa sekatan mestilah munasabah dan

mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan samada perkara tersebut adalah munasabah

dan menyatakan bahawa jika sekatan yang dikenakan adalah tidak munasabah, maka seksyen

tersebut adalah tidak berperlembagaan dan terbatal setakat mana ia bercanggah dengan

perlembagaan.

Selain itu, penghakiman ini juga mengambil kira berdasarkan kes Sivakumar vs State of

Tamilnadu [2013] 7 MJL 395.Mahkamah Tinggi Madras menyatakan bahawa mana-mana

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 9


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

sekatan terhadap hak kebebasan asasi hendaklah merupakan sebuah sekatan yang

munasabah.SEKATAN MUNASABAHyang dimaksudkan adalah apabila perhimpunan itu

menimbulkan kerusuhan, keresahan dan risiko ketenteraman awam. Oleh itu, di dalam kes

Nik Nazmi ini, Yang Arif menyatakan bahawa tiada apa-apa perkara yang mencadangkan

kepada kerusuhan, keresahan dan risiko kepada ketenteraman awam yang memerlukan

pemakluman perhimpunan tersebut kepada Ketua Polis Daerah. Hakim Mah Weng Kwai juga

mengatakan bahawa bagi membolehkan Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuaan

berkuatkuasa berkenaan dengan sekatan munasabah iaitu keperluan untuk memberitahu Pihak

Berkuasa Daerah dalam tempoh sepuluh hari sebelum tarikh perhimpunan , pertama haruslah

membuktikan bahawa terdapat ancaman terhadap ketenteraman dan keselamatan

Persekutuaan dan sebahagian daripadanya. Berdasarkan kepada keperluan ini, pihak

respondent telah gagal untuk memgemukakan sebab keperluan yang menghendaki

pemberitahuan 10 hari tersebut dengan ancaman terhadap ketenteraman dan keselamatan

Persekutuaan dan sebahagian daripadanya.Fakta kes menunjukkan bahawa perhimpunan

yang dianjurkan adalah di dalam ruang tertutup iaitu di sebuah stadium pada waktu malam

yang tidak menggangu ketenteraman awam.Secara signifikan, Yang Arif menyatakan bawah

perhimpunan yang diadakan merupakan perhimpunan static dan bukan perhimpunan

jalanan.Parlimen hanya boleh mengenakan sekatan terhadap kebebasan hak asasi berdasarkan

kepada pekara-pekara yang munasabah.

Kepentingan-kepentingan awam yang lain juga harus diambil kira dalam menentukan alasan

yang munasabah tersebut. Namun begitu, dalam sesuatu perhimpunan, kepentingan awam

peserta-peserta perhimpunan adalah lebih besar daripada kepentingan-kepentingan lain

seperti kesesakan lalulintas dan kesusahan perniagaan.Jika mana-mana peserta melanggar

mana-mana peraturan, maka pendakwaan hendaklah dilakukan dibawah udang-undang yang

berkuatkuasa seperti Akta Jalanraya 1987, Kod Penal dan lain-lain lagi.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 10


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Oleh itu, seksyen 9(1) dan 9(5) Akta Perhimpunan Aman dilihat sebagai satu sekatan kepada

spontaneous and urgent assemblies kerana ia memerlukan notis pemberitahuan 10 hari

sebelum perhimpunan dan tidak berperlembagaan.Kes ini mengambarkan bahawa hak asasi

warga dijamin sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuaan walaupun terdapat sekatan

undang-undang daripada pengubalan akta-akta yang bercanggah dengan perkara yang

terkadung didalam Perlembagaan Persekutuaan itu sendiri.

4.2 KES 2: MUHAMMAD HILMAN IDHAM & ORS VS KERAJAAN MALAYSIA &
ORS

HAK UNTUK BERCAKAP

Dalam Kamar Rayuan Mahkamah Rayuan Malaysia (Bidangkuasa Rayuan) di Palace of

Justice Putrajaya, perayu Muhammad Hilman Idham dan 3 mahasiswa UKM telah

mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak

permohonan mereka untuk mengistiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej

Universiti sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuuan Perkara

10(1)(a) sekaligus membebaskan mereka daripada tuduhan dan tindakan disiplin oleh

Universiti Kebangsaan Malaysia dibawah seksyen tersebut. Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti

dan Kolej Universiti menyatakan bahawa :-

Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan

pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh

menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai

menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap

i) Parti Politik, dalam dan luar negara

Perkara ini didapati bercanggah dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuaan yang

menyatakan bahawa:-

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 11


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

Sebelum itu, keempat-empat mahasiswa Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia telah

ditahan polis di Pekan Rasa dan Ampang Pecah, Hulu Selangor pada 22 April 2010. Mereka

terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin

dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang

dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej

Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang. Kesemua mahasiswa ini

dituduh terlibat dalam kempen PRK Hulu Selangor tetapi telah bebas tuduh pada Ogos 2010.

Berasaskan kepada hujah-hujan pihak rayuan, Kamar hakim telah membenarkan rayuan

mereka untuk mengisytiharkan Seskyen 15(5)(a) tersebut adalah tidak berperlembagaan dan

mencabuli Perlembagaan Persekutuaan perkara 10(1)(a). Hakim Mahkamah rayuan

berpendapat bahawa Seksyen 15(5)(a) menyekat pembangunan mahasiswa yang kritis dan

asli penuntut di mana objektif institusi pengajian tinggi berusaha untuk mencapainya.

Menurut beliau lagi , universiti seharusnya menjadi tapak semaian ahli reformis dan pemikir

dan bukan institusi untuk melahirkan penuntut ibarat robot (Hishamudin, 2011). Hakim

Mahkamah Rayuan juga mempetimbangkan kes Sweezy vs New Hampshire 354 US

234(1957) di mana Ketua Hakim Mahkamah Agung Warren Burger menyatakan :-

Scholarship cannot flourish in an atmosphere of suspicion and distrust. Teachers and

students must always remain free to inquire, to study and to evaluate to gain new maturity

and understandings; otherwise our civilization will stagnate and die

Ini bermaksud, mahasiswa harus mepunyai kebebasan seperti yang dijamin oleh

Perlembagaan Persekutuaan untuk bersuara bagi memastikan perkembangan intelektual

mahasiswa selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 12


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

2020. Menurut Hakim Mohd Hishamudin Yunus, tidak dipertikaikan bahawa peruntukan

yang menjadi persoalan dalam AUKU tersebutmerupakan sebuah bentuk sekatan ke atas

pelajar dalam hak untuk kebebasan bersuara, dan, oleh itu, ia merupakan kes prima facie,

iaitu melanggar jaminan perlembagaan Perkara 10(1)(a). Oleh sebab itu, andaikata sekatan-

sekatan yang diberikan itu tidak mematuhi perkara 10(2)(a), maka secara automatiknya

sekatan-sekatan tersebut adalah tidak berperlembagaan. Pihak responden telah menyatakan

bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti adalah dibenarkan dibawah

Perkara 10(2)(a) dengan mengemukakan hujah bahawa sekatan ke atas kebebasan bersuara

dibenarkan oleh sebab perlu atau suai manfaat demi kepentingan ketenteraman awam atau

prinsip moral. Perayu, di sisi lain, berpendapat bahawa apa-apa sekatan ke ataskebebasan

bersuara mestilah untuk salah satu tujuan yang dinyatakan oleh Perkara 10(2)(a).Di samping

itu, sekatan itu perlu juga menjadimunasabah. Penghakiman juga berhujah bahawa tidak

terdapat apa-apa penjelasan yang tepat mengenai hubungan antara melarang pelajar universiti

daripadamenyatakan sokongan kepada atau pembangkang terhadap sebuah parti politik

danpenyelenggaraan ketenteraman awam atau prinsip moral awam.Malah, dalam ucapan

Menteri Pengajian Tinggi semasa pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti.tidak ada

kaitan antara mencetuskan gangguan awam dengan pelajar yang menyatakan pandangan

mereka dalam menyokong atau menentang parti-parti politik. Sebaliknya, Menteri bercakap

mengenaipemeliharaan hak-hak asasi pelajar sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan Persekutuan.Selain itu, Menteri Pengajian Tinggi juga menyatakan bahawa

masyarakat pelajar pada masa ini lebih matang dalam menangani erti kebebasan dan

kepelbagaian.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 13


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

5.0 KESIMPULAN

Kebebasan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia telah terjamin melalui peruntukan-

peruntukan yang terkandung dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuuan merangkumi

semua aspek sosiobudaya, ekonomi , poltik dan pendidikan.Walaubagaimanapun, hak dan

kebebasan yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 mempunyai had

dan batasan serta sekatan bagi memastikan keharmonian, ketenteraman dan keamanan negara

terus terjamin. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berperanan untuk melindungi

dan memperkasakan hak asasi manusia di Malaysia. Walaupun terdapat akta-akta sekatan

yang digubal bagi mengenakan sekatan terhadap hak asasi ini, namun pada akhirnya

Perlembagaan Persekutuaan akan menjadi rujukan sebagai undang-undnag tertinggi negara.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 14


216033 GLUL3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

RUJUKAN

Paul William. (1981) The International Bill of Human Rights.

Harlida Abdul Wahab & Asiah Bidi. . Akta 597 : Satu Perkembangan Hak Asasi Manusia di

Malaysia. Universiti Utara Malaysia.

Univeristy of Minnesota. (1993) Cairo Declaration on Human Rights in Islam,Aug. 5, 1990,

U.N.GAOR, World Conf. on Hum.Rts., 4th Sess., Agenda Item 5, U.N. Doc.

A/CONF.157/PC/62/Add.18 (1993)

United Nations Universal Declaration of Human Rights 1948 (1949) The United Nations,

New York.

Perlembagaan Persekutuaan 1957

Rayuan Jenayah No: B-09-303-11/2013 .Mahkamah Rayuan Malaysia. Selangor Darul Ehsan

Rayuan Awam No : W-01(IM)-636-2010 . Mahkamah Rayuan Malaysia. Putrajaya

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN 15

You might also like