You are on page 1of 12

GST DI NEGARA YANG DIPILIH (SINGAPURA)

Pengenalan
Pada masa ini sebanyak 146 buah negara telah pun melaksanakan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST). Negara yang paling awal melaksanakan GST ialah Perancis
pada tahun 1954. Di ASEAN, negara paling awal ialah Indonesia yang telah
melaksanakan GST pada 1984. Kini semua negara ASEAN telah pun melaksanakan
GST kecuali Malaysia, Brunei dan Myanmar.
Singapura merupakan salah satu negara ASEAN yang telah melaksanakan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara-negara ASEAN.
Jadual 1
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan dalam kalangan Negara ASEAN
NEGARA

TAHUN

KADAR AWAL (%)

KADAR SEMASA (%)

PELAKSANAAN
Indonesia

1984

10

10

Filipina

1988

10

12

Thailand

1992

10

Singapura

1994

Vietnam

1999

10

10

Kemboja

1999

10

10

Laos

2009

10

10

Malaysia

2015

Berdasarkan Jadual 1, Singapura merupakan negara Asean yang keempat telah


melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas negara Indonesia,
Filipina

dan

Thailand.

Singapura

telah

melaksanakan

Cukai

Barangan

dan

Perkhidmatan bermula pada tahun 1994 dengan kadar awal sebanyak 3% dan
meningkat kepada 7% pada masa sekarang. Menurut Ahkong dan Alain (1993), pada
Jun 1993, persidangan parlimen Singapura telah mengumumkan bahawa kerajaan
Singapura akan melaksanakan GST di negara mereka pada 1 April 1994.

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura


Fasa Pelaksanaan
Singapura telah menguatkuasakan sepenuhnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) pada 1 April 1994. Sebelum tarikh pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) tersebut, terdapat beberapa badan yang bertanggungjawab dalam
membuat beberapa penambahbaikan ke atas perundangan GST. Antaranya ialah
Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS) telah mula memperkenalkan tentang
GST kepada pengguna di Singapura melalui beberapa seminar berkolaborasi dengan
sesetengah agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Lembaga
Pembangunan Perdagangan dan juga agensi-agensi swasta yang terlibat serta badanbadan profesional yang berkaitan.
Tujuan seminar berikut dijalankan adalah untuk menerangkan bagaimana GST
memainkan peranan dalam ekonomi dan juga untuk mendapatkan maklum balas
tentang bagaimana GST akan memberi kesan kepada beberapa sektor dan industri.
Dalam tempoh sebelum perlaksanaan itu juga, jawatankuasa yang dipilih untuk
menggubal

perundangan

penambahbaikan

terakhir

GST
ke

ini

atas

dikehendaki
perundangan

membuat
tersebut,

draf
dengan

cadangan
harapan

Jawatankuasa yang terpilih dapat melengkapkan perundangan GST sebelum GST


benar-benar akan dilaksanakan.
Singapura mula menguatkuasakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
pada 1 April 1994 dengan kadar tunggal sebanyak 3%, yang merupakan kadar
terendah di dalam dunia ketika itu. Pada masa yang sama ia mengurangkan kadar

cukai korporat dan kadar cukai pendapatan individu, juga sebanyak 3%, masing-masing
dari 30% kepada 27% dan dari kadar marginal tertinggi 33% kepada 30%.
Pada fasa permulaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan ini,
tujuannya adalah bukan untuk meningkatkan pungutan cukai tetapi lebih kepada utuk
mendidik dan bagi membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai baru ini.
Serentak dengan itu pada tahun 1994 melalui pelaksanaan GST ini, kerajaan Singapura
juga menubuhkan Committee Against Profiteering (CAP) bagi menyiasat segala
rungutan dan feedback mengenai perbuatan profiteering dan menaikkan harga
sewenang-wenangnya oleh peniaga dengan mengunakan pelaksanaan GST oleh
kerajaan sebagai alasan.
Fasa permulaan atau pertama ini berlangsung selama hampir 9 tahun. Lim dan
Lisa (2007) membincangkan tentang kadar peratusan GST yang ditetapkan oleh
kerajaan Singapura. Menurutnya, kerajaan Singapura telah memaklumkan kepada
pengguna di negara tersebut bahawa kadar peratusan cukai GST yang akan dikenakan
pada tahun pertama pelaksanaan adalah 3% sekurang-kurangnya untuk tempoh lima
tahun yang pertama. Kerajaan juga memberi jaminan bahawa walaupun setelah
tempoh tersebut, berlaku kenaikan % GST, namun keadaan seperti itu tidak akan kekal
lama kerana hasil negara masih lagi dapat menampung perbelanjaan negara. Oleh itu,
kerajaan Singapura telah mencapai sasaran iaitu tidak akan menaikkan kadar
peratusan GST untuk tempoh lima tahun pertama pelaksanaannya melalui pelaksanaan
GST pada fasa pertama yang bertahan selama 9 tahun.
Mulai 1 Januari 2003, kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah
dinaikkan kepada 4%. Selepas itu, Singapura telah menaikkan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) kepada 5% mulai 1 Januari 2004. Seterusnya, mulai 1 Julai 2007,
Cukai Barangan dan Perkhidmatan telah dinaikkan kepada 7% dan kadar ini telah kekal
sehingga tahun ini.
Ciri-ciri Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Di Singapura, cukai barangan dan perkhidmatan atau goods and services tax (GST)
merupakan cukai nilai ditambah (value-added tax) berasas meluas (broad-based)
dikenakan ke atas barangan import dan semua barangan dan perkhidmatan kecuali
jualan, sewaan hartanah perumahan (tempat kediaman) dan perkhidmatan pembiayaan
(financial services). Namun begitu, barangan yang dieksport dan perkhidmatan
antarabangsa kadar cukainya adalah sifar. Hal ini adalah ianya merupakan cukai
berkadar rata (flat rate) berbanding cukai pendapatan yang kadarnya semakin tinggi
apabila pendapatan semakin tinggi.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan di Singapura serentak
dengan pelaksanaan offset package bertujuan meringankan kesan negatif GST ke
atas isi rumah, khasnya yang berpendapatan rendah. Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) diperkenalkan di Singapura pada 1 april 1994, iaitu, 18 tahun yang
lalu. Sebelum tahun 1986, kadar cukai pendapatan korporat ialah 40%. Begitu juga
kadar cukai pendapatan perseorangan yang berkadar menaik dan bagi lingkungan
pendapatan individu tertinggi (top marginal rate) kadarnya ialah 40%.
Namun begitu, kadar ini didapati tidak berdaya saing dan gagal membangunan
ekonomi Singapura. Oleh itu, Jawatankuasa Ekonomi pada tahun 1986 telah
mencadangkan

supaya

Singapura

mengubah

dasar

percukaiannya

daripada

pergantungan besar ke atas cukai langsung kepada cukai tidak langsung jika mahu
berdaya saing dengan Negara-negara yang lebih maju bagi menarik pelaburan,
melestarikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan negara yang berpendapatan
tinggi.
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai tidak langsung
berasaskan meluas (broad-based). Dengan penduduk yang berusia semakin besar
bilangannya di Singapura, asas cukai (tax base) di negara itu dijangka mengecil. Oleh
itu, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu diperkenalkan bagi
mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan
tua tidak membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung.

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membolehkan beban


cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak langsung
(indirect taxes) meluaskan asas cukai sekaligus membolehkan cukai dipungut dari lebih
ramai penduduk. Pada asasnya, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah
merupakan cukai yang dikenakan ke atas sesiapa yang menggunakan barangan dan
perkhidmatan, tidak mengira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau
miskin. Oleh itu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kadangkala dikatakan
sebagai tidak masuk akal kerana semua rakyat daripada segenap lapisan akan
dikenakan cukai.
Sementara itu, dalam sistem cukai langsung (cukai korporat dan cukai
pendapatan individu), hanya segolongan tertentu penduduk membayar cukai tetapi di
bawah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tiada siapa boleh
mengelak dan terkecuali daripada membayar cukai. Ini menyebabkan pengkritik GST
melihat cukai ini sebagai regresif kerana orang miskin, sebagai nisbah kepada
pendapatan mereka, membayar lebih cukai berbanding orang kaya. Namun begitu,
pihak yang menyokong GST, tanpa menafikan isu regresiviti ini, mencadangkan jalan
pembetulan, iaitu, memastikan agihan cukai yang dipungut dilakanakan dalam cara
yang boleh mengurangkan beban cukai ke atas golongan berpendapatan rendah.
Di samping itu, tidak dinafikan bahawa bahawa pelaksanaan Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) akan menambahkan beban cukai ke atas isi rumah
(household) khasnya golongan yang berpendapatan rendah. Oleh itu, serentak dengan
pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kerajaan Singapura telah
memperkenalkan offset package merangkumi penurunan kadar cukai korporat, kadar
cukai pendapatan individu dan pindahan manfaat langsung kepada isi rumah yang
layak.
Jadual 2 menunjukkan peningkatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) dan penurunan serentak kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
Jadual 2

Peningkatan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penurunan serentak
kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
Tarikh

Kadar GST

Kadar Cukai

Kadar Cukai

Penurunan

Korporat

Pendaptan

kadar Cukai

GST

Individu (top

Korporat dan

1 April 1994
2003
2004
1 Julai 2007

rate)
30%
29%
28%
26%

Individu
-3%
-1%
-1%
-2%

Kuatkuasa

3%
4%
5%
7%

27%
26%
25%
23%

Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai korporat dan cukai


pendapatan individu, inisiatif yang telah dimulakan sejak tahun 1986. Pada tahun 2010,
kadar cukai korporat di Singapura ialah 17% dan cukai pendapatan individu sebanyak
20% (lingkungan pendapatan tertinggi). Selain itu, kadar cukai efektif adalah lebih
rendah.

Pelaksanaan offset package


Apabila kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dinaikkan kepada 7%
berkuatkuasa pada 1 julai 2007, kerajaan Singapura juga telah melebarkan offset
package dalam bentuk pindahan langsung manfaat, iaitu dalam bentuk bayaran tunai
(kredit GST, dividen pertumbuhan ekonomi dan bonus warga emas) dan menambah
caruman kepada kumpulan wang simpanan pekerja (CPF top-up), misalannya

menambah caruman kepada akaun pendidikan selepas menengah (post-secondary


education account top-up) dan menambah caruman bantuan perubatan untuk golongan
warga emas (Medisave top-up for older Singaporeans).
Selain itu, offset package juga merangkumi pemberian rebat (di atas caj utiliti
dan penyelengaraan rumah awam) dan melaksanakan program Tambahan Pendapatan
Pekerja (Workforce Income Supplement). Kerajaan Singapura juga telah menurunkan
kadar cukai bagi golongan berpendapatan rendah dan skop pengecualian cukai
diluaskan. Di samping itu, cukai hartanah juga diturunkan melalui pelaksanaan offset
package. Offset package ini bertujuan mengurangkan beban Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) ke atas golongan berpendapatan rendah. Oleh itu, pakej ini
sememangnya telah berjaya mengurangkan beban cukai ke atas penduduk Singapura
keseluruhannya.
Seterusnya, dilaporkan bahawa hasil daripada pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) serentak dengan offest package, sistem cukai yang merangkumi
semua jenis cukai cukai seperti pendapatan, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai
tidak langsung, di Singapura kini cukup progresif di mana golongan berpendapatan
tinggi membayar paling banyak cukai berdasarkan kepada nisbah cukai kepada
pendapatan. Di samping itu, 10% isi rumah yang paling atas (dari segi pendapatan)
menyumbang 38% dari seluruh cukai yang dipungut dan 20% isi rumah yang paling
atas menyumbang 53%. Golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula
sebenarnya menerima lebih bayaran pindahan berbanding cukai yang mereka bayar.
Sementara itu, kajian yang dibuat dalam tahun 2010 mendapati bahawa 84.2%
dari jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dipungut, disumbang oleh
orang asing (bukan penduduk) dan 40% isi rumah yang paling atas dan 20 isi rumah
yang paling bawah pula menyumbang hanya 4% dari GST yang dipungut. Oleh itu,
pelaksanaan GST di Singapura amat bijak dan tidak membebankan penduduk yang
berpendapatan tinggi dan menguntungkan penduduk berpendapatan rendah. Bagi
Singapura, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan kekal kerana pelaksanaan
yang serentak dengan offset package membawa kesan progresiviti, menjamin

kesaksamaan sistem cukai (equitability) dan menyediakan sumber yang selesa bagi
kerajaan membawa kebajikan kepada rakyat khasnya golongan berpendapatan rendah.
Kelebihan Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan di Singapura
Antara kelebihan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura
adalah untuk mendidik dan membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai
baru. Pada permulaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada
tahun 1994, kerajaan Singapura juga telah mengurangkan kadar cukai korporat dan
kadar cukai pendapatan individu bagi mengurangkan beban penduduk agar dapat
menyesuaikan dengan sistem cukai yang baru.
Selain itu, pada setiap kali kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
dinaikkan sepanjang tempoh pelaksanaan bermula dari tahun 1994 hingga kini, maka
kadar cukai langsung juga turut diturunkan dengan poin peratusan yang sama.
Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai langsung selepas tahun 2007 tetapi
mengekalkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 7%. Pada
tahun 2010, kadar cukai korporat ialah 17% sementara kadar marginal tertinggi cukai
individu ialah 20%.
Di samping itu, penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu
bertujuan meletakkan kedua-duanya pada kadar yang internationally competitive bagi
menarik pelaburan langsung asing dan buruh berpendidikan dan dan berkemahiran
tinggi (pakar pelbagai bidang) masuk membuat pelaburan ke Singapura.
Penerusan dan pengekalan dasar ini bermakna Singapura menjadikan Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sumber utama hasil kerajaan sekali gus
mengelakkan beban cukai jatuh lebih berat ke atas rakyat Singapura berpendapatan
rendah dan miskin. Seterusnya, tindakan kerajaan Singapura mewujudkan offset
package serentak dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah
membantu rakyat berpendapatan rendah. Offset package mengandungi penurunan
kadar cukai dan perlepasan cukai atas rakyat Singapura berpendapatan rendah,
menurunkan cukai hartanah, memberi rebat ke atas bayaran sewa dan caj

perkhidmatan dan caj konservansi atas perumahan awam dan menambahkan subsidi
ke atas perkhidmatan komuniti, pendidikan dan kesihatan.
Kesan Penurunan dan Perlepasan Cukai (Offset package)
Antara kesan dari penurunan dan perlepasan cukai hasil kewujudan Offset package
telah menyebabkan dalam tahun 1994, 70 peratus daripada individu yang sebelum
perlaksanaan GST kena membayar cukai, tidak lagi membayar cukai selepas itu
melalui pemberian rebat.
Selain itu, apabila kesemua jenis cukai diambil kira (cukai korporat, cukai
pendapatan individu, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung) maka di
dapati bahawa golongan 10 peratus paling atas dari bilangan isivrumah Singapura telah
menyumbang 38 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut. Golongan 20 peratus
paling atas dari bilangan isi rumah Singapura menyumbang 52 peratus dari
keseluruhan cukai yang dipungut. Golongan rakyat Singapura berpendapatan terendah
menerima lebih besar bayaran pindahan (transfers) berbanding cukai yang dibayar.
Manakala golongan isirumah berpendapatan rendah hingga sederhana juga secara
efektifnya menerima bayaran pindahan lebih besar dari cukai yang dibayar (negative
tax).
Di samping itu, kajian menunjukkan bahawa di antara tahun 2006 hingga 2010,
golongan 10 peratus paling bawah daripada isi rumah Singapura menerima pindahan
bersih (pindahan yang diterima daripada kerajaan ditolak cukai yang dibayar kepada
kerajaan) sebanyak 23 peratus daripada pendapatan mereka, golongan 10 peratus
kelima, sebanyak 0 peratus dan kadar cukai efektif bagi golongan 10 peratus paling
atas dari isi rumah Singapura hanya 11 peratus.
Apabila kadar cukai GST dinaikkan dari 5 peratus ke 7 peratus berkuatkuasa
mulai 1 Julai 2007, didapati bahawa golongan 20 peratus paling bawah daripada
isurumah Singapura membayar GST tambahan sebanyak SD370 setahun tetapi
menerima offset package sebanyak SD910 setahun ditambah lagi dengan bayaran
manfaat kekal sebanyak SD1,000 setahun.

Sementara itu, pada tahun 2010, kerajaan Singapura telah mendedahkan


bahawa sebanyak 84.2 peratus dari pungutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) disumbang oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura dan
golongan 40 peratus paling atas isi rumah Singapura. Golongan 20 peratus paling
bawah dari isi rumah Singapura hanya menyumbang 4 peratus dari GST yang dipungut.
Oleh itu, jelaslah bahawa kerajaan Singapura telah secara sedar dan sistematik
melaksanakan offset package serentak dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan

(GST)

sehingga

dapat

mengekalkan

darjah

progresiviti

cukai

keseluruhan di Singapura. Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa lebih besar beban


cukai ditanggung apabila semakin tinggi pendapatan seseorang.

Barang-barang yang dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)


Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai penggunaan menyeluruh yang
dikenakan ke atas barangan import (melalui Kastam Singapura), dan hampir semua
barangan dan perkhidmatan di Singapura. Satu-satunya pengecualian adalah bagi
jualan dan pajakan hartanah kediaman, barangan logam berharga bagi tujuan import
dan bekalan tempatan serta perkhidmatan kewangan. Selain itu, eksport barangan dan
perkhidmatan antarabangsa adalah berkadar sifar. Di sesetengah negara, Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dikenali sebagai Cukai Tambah Nilai ( VAT).

Jadual 3 dan 4 menunjukkan barangan yang dikenakan dan barangan yang tidak
dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Jadual 3
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap barangan .
Barangan yang dikenakan cukai
Cukai standard
(7% GST)

Zero-Rated
Supplies

(0%

GST)

Barangan Kebanyakkan
jualan tempatan
berada di bawah
kategori ini
Contoh:
set tv di kedai

Barangan export
contoh:
laptop yg dijual
kepada pelanggan
luar negara.
Barang tersebut
dihantar terus ke

Barangan yang tidak dikenakan


Exempt

cukai
Out-Of-Scope

Supplies (GST

Supplies

is not

(GST is not

applicable)

applicable)

Sewaan dan
jualan kediaman
yang tidak
mempunyai
perabot

Jualan di mana
barang dihantar
dari satu negara
ke negara lain di
luar negara

Contoh:
Contoh:
Barangan logam
Transaksi
yang berharga
peribadi

alamat penerima
Jadual 4
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap perkhidmatan.
Barangan yang dikenakan cukai

Barangan yang tidak dikenakan


cukai
Out-Of-Scope

Cukai standard

Zero-Rated

Exempt

(7% GST)

Supplies

Supplies (GST

Supplies

(0% GST)

is not

(GST is not

applicable)

applicable)

Perkhidmatan

Kebanyakkan

Perkhidmatan

perkhidmatan

servis tempatan

yang

kewangan

berada di

dikategorikan

bawah kategori

sebagai servis

ini.

antarabangsa

Contoh:

Contoh: tiket

perkhidmatan

penerbangan

spa di singapura dari singapura


ke thailand
Berdasarkan jadual di atas, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikenakan
terhadap kebanyakkan barangan dan perkhidmatan di Singapura. Namun begitu, masih
lagi terdapat beberapa barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 3 dan 4 di
atas. Oleh itu, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura tidak
membebankan penduduk kerana masih terdapat barangan dan perkhidmatan yang
dikecualikan daripada dikenakan cukai.

You might also like