You are on page 1of 19

Soalan Dua : Ombudsman

DEFINISI

1. Modul Undang – Undang Pentadbiran

Ombudsman adalah bermaksud pembela atau wakil. Ia ditubuhkan di Sweden pada abad ke
18 oleh Raja Charles XII bagi tujuan menyelia perlaksanaan undang-undang. Selepas
perlembagaan Sweden digubal, kuasa untuk melantik ombudsman telah berpindah dari Raja
kepada parlimen Sweden yang dipanggil Risdag. Ombudsman ini kemudiannya telah
ditubuhkan di Finland pada tahun 1919, di Denmark pada tahun 1953, di Norway pada tahun
1963, di New Zealand pada tahun 1962, di Amerika pada tahun 1960an dan di England pada
tahun 1967. Ombudsman di Amerika dikenali dengan nama Civil Advisory dan di England ia
dikenali sebagai Pesuruhjaya Parlimen (Parlimentary Commission). Walaupun setiap negara
memanggil ombudsman dengan nama yang berbeza tetapi fungsi kewujudan ombudsman
adalah sama.1

2. Wikipedia

Ombudsman (pinjaman bahasa Denmark-Norway-Sweden daripada bahasa Norse Lama


umboðsmaðr iaitu "wakil") ialah pegawai yang ditugaskan mewakili kepentingan umum
dengan menyiasat dan menghadapi aduan salah tadbir atau pelanggaran hak-hak. Pegawai-
pegawai ini biasanya dilantik pemerintah atau parlimen, tetapi dengan suatu takat kebebasan
yang tertentu. Inspektor jeneral, peguam bela rakyat atau pegawai lain mungkin akan
memainkan peranan ini serta dilantik badan kehakiman di sesetengah negara. Ombudsman
boleh juga dilantik dalam peringkat lebih bawah seperti dalam peringkat pemerintah
perbandaran, tempatan mahupun negeri. Pekerjaan ini juga dilantik secara tidak rasminya
oleh dan untuk syarikat tertentu seperti syarikat pembekal, akhbar, badan bukan kerajaan,
atau badan peraturan profesional. Ombudsman biasanya menyiasat aduan yang dilaporkan
serta cuba menyelesaikannya sama ada melalui cadang (terikat atau sebaliknya) mahupun
penengah atau pengantaraan (mediation). Mereka juga bertumpu kepada pengenalpastian isu-
isu sistematik yang membawa kepada perkhidmatan yang tidak baik atau pelanggaran hak-
hak orang ramai.2

1
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10
2
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ombudsman

1
KEPENTINGAN OMBUSMAN

Ombudsman diperlukan untuk memantau ketidakcekapan pentadbiran yang berleluasa oleh


pentadbir kerana badan-badan yang memantau ketidakcekapan pentadbiran seperti
mahkamah, badan perundangan dan badan eksekutif tidak mampu untuk membuat
pemantauan yang cukup ke atas badan pentadbiran.3

I. Mahkamah tidak dapat mengawal sepenuhnya badan pentadbiran kerana


 Hanya kes-kes yang penting sahaja di bawa kemahkamah. Kes-kes yang
remeh seperti kelambatan pekerja dikaunter atau kes-kes yang melibatkan
jumlah kerugian yang kecil tidak akan di bawa ke mahkamah walaupun
menimbulkan ketidakpuasan hati kepada orang awam yang berurusan.
 Mahkamah hanya boleh mengarahkan pentadbir melaksanakan kuasa yang
berbentuk mandatory sahaja tetapi tidak boleh mengarahkan pentadbir
untuk mematuhi kuasa direktori walaupun hak seseorang individu itu
terjejas apabila kuasa direktori itu tidak dipatuhi.
 Mahkamah tidak boleh membuat pemeriksaan ke atas semua dokumen
atau fail rahsia atau fail sulit kerajaan. Pihak pentadbir mempunyai
keistimewaan untuk tidak mengemukakan dokumen berkenaan kepada
mahkamah. Ini menyebabkan mahkamah tidak boleh membuat keputusan
berdasarkan semua bukti-bukti yang diperlukan.
 Tidak semua pihak mampu membawa kes ke mahkamah kerana
perbelanjaannya adalah mahal.

II. Badan perundangan menghadapi masalah dalam mengawal tindakan pentadbiran


dengan berkesan disebabkan
 Dalam konsep negara moden sekarang, pihak eksekutif atau pentadbiran
banyak mengawal perundangan kerana mereka banyak diberi kuasa untuk
membuat undang-undang kecil. Ini menyulitkan badan perundangan untuk
membuat undang-undang yang boleh mengawal badan eksekutif.
 Badan perundangan terpaksa menyelesaikan masalah-masalah lain yang
lebih besar yang melibatkan kepentingan negara, jadi mereka kesuntukan
masa untuk mengawal tindakan pentadbiran. Ini kerana proses untuk

3
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

2
membuat undang-undang oleh badan perundangan memakan masa yang
lama dan perlu melalui banyak prosedur.
 Pihak eksekutif juga menyediakan kawalan ke atas tindakan pentadbiran
tetapi ianya tidak mencukupi. Lagipun, institusi yang mengawal adalah
institusi yang setaraf dengan institusi yang bertindak. Keadaan ini boleh
menyebabkan keputusan yang adil tidak dapat dicapai.

CIRI-CIRI OMBUDSMAN4

Terdapat beberapa ciri yang sepatutnya ada pada sesebuah ombudsman bagi
membolehkannya mengatasi masalah ketidakcekapan pentadbiran (maladministration)
dengan lebih berkesan, iaitu

 Ombudsman hendaklah diwujudkan melalui perlembagaan supaya ia boleh menjadi


satu institusi untuk menyiasat dengan bebas dan berkecuali dari pengaruh pihak
eksekutif.
 Perlantikannya hendaklah dibuat oleh badan perundangan. Pegawai ombudsman
hendaklah bertanggungjawab dan menyediakan laporan kepada badan perundangan.
 Ia diberi kuasa untuk meminta dan melihat dokumen kerajaan walaupun ianya sulit
dan rahsia bagi membolehkannya membuat sesuatu keputusan dengan teliti dan adil
jika aduan adalah berkaitan dengan dokumen berkenaan.
 Ia juga diberi kuasa untuk menjalankan siasatan berdasarkan aduan bernas yang
diterima ataupun atas inisiatif sendiri.
 Ombudsman juga sepatutnya diberi kuasa menegur dan mengkritik pegawai dan
institusi pentadbiran yang membuat kesalahan dan meminta mereka membetulkan
kesalahan.
 Ia juga dibenarkan untuk mendedahkan kepada orang ramai keputusan penyiasatan
berkaitan ketidakcekapan pentadbiran.

KEBAIKAN OMBUDSMAN

Terdapat beberapa kebaikan yang dikenal pasti, iaitu5

4
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10
5
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

3
 Orang yang membuat aduan tidak perlu memberi memberi keterangan yang lengkap
sebagaimana di mahkamah kerana ombudsman akan membuat penyiasatan berkenaan
aduan tersebut sama ada munasabah atau tidak. Ini akan memudahkan orang awam
untuk membuat pengaduan.
 Ombudsman akan membuat penyiasatan sendiri dalam menentukan sesuatu aduan itu
munasabah atau tidak. Jika aduan didapati menasabah, maka ombudsman akan
meneruskan siasatan terhadap pegawai dan institusi berkenaan.
 Semua aduan yang dibuat tidak akan didedahkan kepada umum untuk membolehkan
ombudsman membuat penyiasatan secara senyap tanpa diketahui pegawai dan
institusi berkenaan. Ini penting supaya pegawai berkenaan tidak cuba melindungkan
kesalahannya dengan memusnahkan bukti-bukti ketidakcekapan pentadbiran yang
ada.
 Ombudsman diberi kuasa untuk memeriksa semua dokumen kerajaan walaupun ianya
adalah sulit yang tidak dapat diminta oleh mahkamah. Perkara ini penting bagi
meneliti semua bukti yang ada dan membuat sesuatu keputusan dengan adil.
 Oleh kerana perlantikannya adalah di bawah badan perundangan, maka ia adalah satu
institusi yang bebas dari pengaruh pihak eksekutif. Ini akan memberi keyakinan
kepada orang awam untuk meggunakan perkhidmatan ombudsman dalam
menyelesaikan masalah pentadbiran.
 Orang yang membuat aduan berkenaan ketidakcekapan pentadbiran tidak akan
dikenakan apa-apa bayaran. Perkhidmatan ombudsman adalah percuma. Ini dapat
membantu pihak yang teraniaya atau terjejas haknya disebabkan tindakan pentadbir
tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan.
 Penyiasatan yang dibuat oleh ombudsman tidak akan memakan masa yang lama
seperti di mahkamah kerana ia tidak perlu mematuhi prosedur yang ketat yang
diamalkan oleh mahkamah.
 Sistem ombudsman ini juga dapat mengurangkan beban mahkamah untuk
menyelesaikan kes yang sememangnya banyak dan tertunggak. Ini kerana tidak
semua kes akan dibawa ke mahkamah bila ada kemudahan aduan kepada ombudsman.
 Ombudsman mempunyai peguamnya sendiri kerana ia dilantik oleh badan
perundangan dan pegawai ombudsman mempunyai pengetahuan dalam bidang
perundangan.

4
 Ombudsman dapat mengawal etika dan moral pihak pentadbiran kerajaan dengan
memastikan ketua jabatan dan pekerja bawahannya menjalankan tugas mengikut
peraturan yang ada berdasarkan siasatan terhadap aduan oleh orang awam.
 Dengan membuat siasatan ke atas pihak pentadbir kerajaan dan menyediakan laporan
berkaitan kepada pihak berkenaan, ombudsman dapat memperbaiki perlaksanaan
tugas pentadbiran dengan cadangan yang diberikan dalam laporan tersebut.
 Ombudsman juga dapat merapatkan hubungan di antara kerajaan dan orang awam. Ini
dapat dilakukan bila aduan diterima dari orang awam dan ombudsman menyiasat dan
mencadangkan tindakan pembetulan yang patut dilakukan oleh pihak pentadbir
kerajaan.
 Apabila ombudsman menyiasat aduan orang awam berkenaan penyelewengan
pentadbiran pihak kerajaan, ia dapat menjamin supaya hasil dan perbelanjaan dijaga
dengan betul untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Keadaan ini dapat
menjamin keadilan dan membersihkan rasuah, penyelewengan kuasa, dan kecuaian di
dalam pentadbiran kerajaan.

OMBUDSMAN DI NEGARA LUAR

Negara – Negara Komanwel6

Ombudsman di England

Ombudsman di England dikenali sebagai Pesuruhjaya Parlimen (Parliamentary Commission)


dan ditubuhkan di bawah Akta Pesuruhjaya Parlimen 1967. Selepas berlakunya skandal
‘Crichel Down’, pihak kerajaan England sedar wujudnya ketidakcekapan pentadbiran di
negara tersebut. Pada tahun 1960, International Commission of Jurist telah menjalankan
siasatan ke atas pihak pentadbiran dan kemudiannya membuat laporan yang perlu
dipertimbangkan iaitu

 Berkaitan keputusan salah yang menjejaskan hak individu; dan


 Aduan terhadap ketidakcekapan pentadbiran (maladministration).

6
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

5
Hasil dari laporan tersebut, Akta Pesuruhjaya Parlimen 1967 telah digubal dan ombudsman
ditubuhkan dengan nama Pesuruhjaya Parlimen. Seorang Pesuruhjaya Parlimen adalah
dilantik oleh kerajaan dan boleh dipecat oleh kedua-dua Dewan Perundangan. Umur
persaraannya adalah pada 65 tahun. Seksyen 5 Akta tersebut memperuntukkan bahawa
Pesuruhjaya Parlimen boleh menyiasat apa-apa tindakan yang dilakukan oleh atau bagi pihak
jabatan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa atau jabatan yang disenaraikan dalam
Jadual Kedua Akta. Tindakan yang boleh disiasat ialah tindakan yang diambil dalam
melaksanakan tugas pentadbiran jabatan atau pihak berkuasa berkenaan. Walau
bagaimanapun, Pesuruhjaya Parlimen tidak ada kuasa untuk menyiasat perkara-perkara yang
melibatkan perlaksanaan kuasa berkaitan kepentingan awam, keselamatan negara, perkara
yang diisytiharkan Menteri menjejaskan hubungan dengan negara lain, pemberian anugerah
dan kebebasan, pentadbiran jajahan, kuasa pengampunan, tindakan kontraktual atau
perdagangan, dan perlantikan atau pemecatan dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam.7

Aduan hanya boleh dibuat oleh mereka yang ada locus standi atau oleh badan atau individu
yang haknya terjejas. Prosedur untuk membuat adauan diperuntukkan dalam seksyen 5(1),
iaitu aduan hendaklah dibuat kepada ahli House of Common dahulu, barulah dirujuk pada
Pesuruhjaya Parlimen dan aduan tersebut mestilah dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh
tindakan diambil. Seksyen 7(1) memperuntukkan Pesuruhjaya Parlimen hendaklah memberi
peluang kepada pihak pentadbir yang berkenaan untuk menerangkan kedudukan berkaitan
dengan tuduhan yang dikenakan dan penyiasatan ini dijalankan tanpa pengetahuan orang
awam. Seksyen 10 pula menyatakan Pesuruhjaya Parlimen perlu memberi laporan kepada
menteri apabila menjalankan siasatan atau memberi penerangan jika tiada siasatan dijalankan.
Pesuruhjaya juga perlu memberi laporan kepada parlimen tentang perlaksanaan tugasnya.
Laporan berkenaan dengan kesalahan pihak pentadbir akan dibuat selepas siasatan
dijalankan. Pesuruhjaya tidak ada kuasa untuk memaksa pihak pentadbir membetulkan
kesalahan, tetapi hanya boleh membuat cadangan untuk memperbetulkan kesalahan tersebut.
Laporan ini juga dihantar kepada ketua pentadbiran yang bertanggungjawab untuk mentadbir
jabatannya dengan betul dan dihantar juga kepada parlimen di mana menteri berkenaan
bertanggungjawab ke atas salahlaku jabatan di bawahnya.

Ombudsman di Australia

7
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

6
Ombudsman di Australia ditubuhkan melalui Ombudsman Commonwealth Act 1976. Ia
terdapat diperingkat pusat dan juga disetiap negeri yang mana terdiri dari seorang
Ombudsman Commonwealth, tiga orang timbalan ombudsman dan seorang Ombudsman
Pertahanan. Perlantikan ombudsman dibuat oleh Gabenor General dan tempoh jawatan
sebagai ombudsman adalah tujuh tahun tetapi boleh dilantik semula. Umur persaraan seorang
ombudsman ialah 65 tahun. Ombudsman tidak boleh dipecat kecuali mendapat persetujuan
dari dua dewan di parlimen atas alasan salahlaku atau tidak upaya dari segi fizikal dan
mental. Tugas utama ombudsman ini adalah untuk menyiasat aduan yang diterima dari orang
awam mengenai salahlaku pentadbir. Walau bagaimanapun, ombudsman tidak boleh
menyiasat sebarang tindakan yang telah diambil oleh Menteri tetapi boleh menyiasat jika
tindakan dibuat oleh wakil atau jabatan yang memberi nasihat kepada Menteri.8

Akta Ombudsman 1976 menyenaraikan keadaan-keadaan yang dianggap sebagai kecacatan


tindakan pentadbiran, iaitu

 Bilamana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.


 Tindakan yang tidak menasabah, tidak adil, diskriminasi atau menekan.
 Tindakan berdasarkan kesilapan undang-undang dan fakta.
 Tindakan dalam keadan yang salah.

Ianya adalah kuasa budibicara ombudsman untuk menerima atau menolak sesuatu aduan.
Ombudsman boleh menolak aduan yang dirasakan ada remedi alternatif lain yang boleh
dipohon oleh pembuat aduan. Walaupun siasatan dijalankan, ombudsman tidak boleh
membatalkan keputusan salah yang dibuat oleh pihak pentadbir tetapi hanya boleh membuat
cadangan untuk membetulkan kesalahan tersebut. Antara cadangan yang boleh dibuat ialah

 Kecacatan tindakan pentadbiran dirujuk kepada pihak berkuasa untuk


mengambil tindakan selanjutnya.
 Memberi cadangan sama ada tindakan pentadbiran yang salah itu sepatutnya
dibatalkan ataupun diubah.
 Sebarang keputusan pentadbiran perlu diubah bila berlaku kecacatan walaupun
ianya adalah mengikut undang-undang.

8
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

7
 Mencadangkan pihak pentadbir memberi alasan untuk setiap keputusan
yang dibuat.
 Perkara-perkara lain yang sepatutnya dilakukan berkaitan kecacatan keputusan
pihak pentadbiran.

Ombudsman hendaklah membuat laporan kepada Menteri dan laporan tahunan hendaklah
dibuat kepada parlimen.

Ombudsman di New Zealand9

Di New Zealand, tugas ombudsman adalah untuk menyiasat sebarang tindakan keputusan,
cadangan atau semua aspek pentadbiran kecuali perkara yang melibatkan polisi kerajaan.
Ombudsman berhak untuk menyemak tindakan pentadbiran yang salah, walaupun akta
memperuntukkan tindakan pentadbir adalah muktamad. Hanya seseorang yang mempunyai
locus standi sahaja yang boleh membuat aduan berkaitan salahlaku pentadbiran kepada
ombudsman. Ombudsman mempunyai kuasa budibicara, sama ada untuk menerima atau
menolak aduan yang dibuat. Biasanya ombudsman akan menolak aduan yang dirasakan
pengadu dapat mencari remedi lain ataupun boleh membuat rayuan di bawah undang-undang.
Ombudsman menjalankan siasatan secara senyap untuk mengelakkan pentadbir yang
membuat kesalahan memusnahkan bukti yang ada atau melindungi kesalahannya. Apa saja
keputusan yang dibuat oleh ombudsman tidak boleh dicabar di mahkamah kecuali atas alasan
berlakunya kesilapan undang-undang. Jika berlaku keraguan terhadap keputusan pentadbir,
ianya boleh dirujuk kepada Mahkamah Agong New Zealand. Ombudsman tidak boleh
memaksa pentadbir mengikut cadangan yang diberikan, tetapi kebiasaannya pihak pentadbir
akan mengikut cadangan tersebut. Ombudsman boleh membuat laporan kepada parlimen,
terhadap perkara-perkara berikut:

 Menyarankan prosedur pentadbiran yang perlu didedahkan kepada orang awam


supaya mereka tahu keputusan dibuat berdasarkan prosedur yang adil.
 Mengkritik pekeliling yang mengelirukan maklumat salah yang diberikan oleh
pentadbiran.
 Mengkritik pentadbir yang membuat keputusan tanpa fakta yang lengkap atau
kelambatan membuat keputusan.

9
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

8
 Mengkritik cara perlaksanaan kuasa budibicara pentadbir yang salah.
 Mencadangkan pembayaran ex-gratia atau gantirugi yang menasabah kepada pengadu
yang haknya terjejas akibat keputusan pentadbir yang tidak bertanggungjawab dari
segi moral. Contohnya, pekerja di kaunter yang memaki hamun dan menjatuhkan
maruah orang yang berurusan dengannya.
 Pentadbir hendaklah membayar gantirugi bila seseorang teraniaya akibat tindakan
kecacatan pentadbiran yang dilakukannya.
 Menyatakan keputusan kuasa budi bicara pentadbir yang tidak adil, tidak mengikut
undang-undang, menekan atau berlakunya diskriminasi.

SEJARAH OMBUDSMAN DI MALAYSIA10

Pada tahun 1967 Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menjemput
ombudsman yang pertama di negara Komanwel, iaitu Sir Guy Powles dari New Zealand
untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penubuhan ombudsman di Malaysia.
Sir Guy Powles kemudiannya telah menyerahkan ‘Powles Report’ iaitu cadangan bagaimana
sistem ombudsman boleh dilaksanakan dengan cara paling baik di Malaysia. Pada 23
September 1970, apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, beliau menyatakan
cadangan kerajaan untuk menubuhkan sebuah unit ombudsman di bawah penyeliaan Ketua
Setiausaha Negara. Kemudiannya pada 23 Julai 1971, Tun Abdul Razak telah mengumumkan
penubuhan ombudsman di Malaysia yang dipanggil dengan nama Biro Pengaduan Awam
(BPA) yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada permulaan penubuhannya,
fungsi BPA hanyalah untuk menerima aduan dari orang awam dan menyalurkannya kepada
kementerian yang berkenaan. Aduan adalah berkenaan dengan kelambatan, ketidakcekapan,
keputusan yang tidak adil, rasuah, tiada kerjasama, sikap negatif dan kasar oleh pegawai
awam. BPA ini juga adalah tempat untuk orang awam memohon nasihat dan meminta
bantuan berkaitan dengan undang-undang atau jika mereka memerlukan maklumat berkaitan
dengan kerajaan dan Biro Bantuan Guaman (BBG) untuk tindakan yang selanjutnya. Pada
tahun 1978, Pekeliling Am Bilangan 1 telah dibuat, dan ditubuhkan Jawatankuasa Tetap.

Biro Pengaduan Awam

Tujuan ia ditubuhkan adalah untuk memastikan penyaluran aduan sampai ke peringkat


jabatan atau kementerian yang berkenaan. BPA juga akan menjalankan siasatan dan
10
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

9
mengikuti perkembangan tindakan yang selanjutnya diambil oleh jabatan atau kementerian
berkenaan. Walau bagaimanapun, BPA ini tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan-
aduan yang berkaitan dengan polisi kerajaan dan sector swasta. Kemudiannya, Pekeliling Am
Bilangan 1 1978 telah dibatalkan dan diganti dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 4 pada tahun 1992. Antara peruntukan dalam pekeliling ini adalah
membenarkan orang awam untuk membuat aduan jika mereka tidak berpuashati dengan
tindakan pihak pentadbiran kerajaan, iaitu termasuklah agensi-agensi yang telah diswastakan
dan institusi berbentuk monopoli. Antara aduan yang boleh dikemukakan ialah hal yang
berkaitan dengan perkhidmatan awam yang tidak adil atau tidak mengikuti undang-undang,
atau jika berlaku penyelewengan, salah laku, salah guna kuasa, dan sebagainya yang
menyebabkan berlakunya ketidakcekapan dalam pentadbiran. Walau bagaimanapun, BPA
masih tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat aduan berkaitan dasar kerajaan dan perkara di
bawah bidang kuasa Badan Pencegah Rasuah, Biro Bantuan Guaman, Jawatankuasa Khas
Kabinet mengenai pengurusan kerajaan, dan Jawatankuasa Kira-kira Awam.11

Secara ringkasnya, tugas BPA adalah seperti berikut:12

 Menerima aduan dari orang awam berkenaan dengan ketidakpuasan terhadap tindakan
pentadbiran kerajaan dalam perkara-perkara yang dinyatakan pada peraturan satu,
Pekeliling 1992.
 Menyiasat aduan-aduan yang dianggap menasabah dan berasas.

11
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

12
GLUL 3113 Undang _Undang pentadbiran, Bab 10

10
 Memperakukan hasil siasatan mengenai aduan-aduan dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam dan pihak berkuasa yang berkenaan.
 Menyampaikan keputusan Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam kepada
kementerian, Jabatan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, pihak berkuasa
tempatan, atau agensi berkenaan.
 Memberi maklumbalas pihak-pihak yang berkenaan kepada Jawatankuasa Tetap
Pengaduan Awam.
 Mengawasi tindakan pembetulan yang diambil oleh pihak–pihak yang berkenaan dan
memberikan maklumbalas kepada Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam.

Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam boleh dari semasa ke semasa menurunkan kuasa
siasatan melalui arahan pentadbiran kepada BPA untuk menjalankan penyiasatan secara
terperinci terhadap adauan yang melibatkan pihak-pihak di atas tadi. Kuasa penyiasatan ini

termasuklah:

 Meminta dan mendapatkan maklumat dari pihak-pihak berkenaan.


 Memeriksa rekod, dokumen, dan fail yang berkaitan.
 Mendapatkan penjelasan dari pegawai yang berkenaan.

Walaupun ombudsman telah ditubuhkan di Malaysia, tetapi ia masih mempunyai banyak


kelemahan-kelemahan. Antara kelemahannya ialah

 Malaysia adalah satu negara yang terdiri dari berbilang kaum, pendedahan yang
keterlaluan mengenai tindakan seseorang pentadbir kerajaan boleh menyebabkan
berlakunya eksplotasi perkauman.
 Ahli badan perundangan di Malaysia adalah juga ahli badan eksekutif. Walaupun
ombudsman adalah di bawah badan perundangan, ia masih lagi boleh dipengaruhi
oleh pihak eksekutif secara tidak langsung.
 Pihak kerajaan sukar untuk mengawal dokumendokumen dan maklumat rahsia
kerajaan terutamanya yang digunakan untuk tujuan keselamatan, keamanan, dan
kepentingan awam. Ini boleh menjejaskan kelicinan perjalanan pentadbiran negara.
 Ombudsman hanya boleh memberi cadangan pembetulan kepada pihak pentadbiran
kerajaan tetapi tidak boleh memaksa pihak berkenaan untuk mengikut dan
melaksanakan cadangan atau saranan yang diberikan.

11
 Perbelanjaan perjalanan ombudsman adalah tinggi kerana ia melakukan penyiasatan
sendiri, mengupah peguam sendiri, dan tidak mengenakan apa-apa bayaran terhadap
aduan yang diterima.
 Bidangkuasa ombudsman adalah terhad, iaitu ia tidak mempunyai kuasa untuk
menyiasat aduan berkaitan dengan dasar kerajaan dan apa-apa perkara di bawah
bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Bantuan Guaman,
Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pengurusan kerajaan dan Jawatankuasa Kira-
Kira Awam.

Ombudsman di Universiti Sains Malaysia13

Penubuhan Pejabat Ombudsman adalah selaras dengan penguatkuasaan Perlembagaan baru


Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1 Julai 2011. Sebelum ini, Pejabat Ombudsman
beroperasi di bawah Pejabat Perundangan USM. Menurut Ombudsman USM, Profesor Dato’
Seri Dr Md Salleh Yaapar, tugas ombudsman bertindak sebagai wakil yang menerima
sebarang bentuk aduan dari warga kampus seperti aduan perkhidmatan, kemudahan,
pentadbiran dan sebagainya. Kemudiannya, aduan tersebut akan diselidik sama ada ia benar-
benar berlaku berdasarkan aduan yang dibuat oleh pengadu. Sejurus itu, ombudsman harus
menyelesaikan aduan tersebut supaya perkara yang tidak harmoni menjadi harmoni. Pejabat
Ombudsman USM bukanlah badan yang menghukum mana-mana individu atau jabatan-
jabatan yang didapati bersalah seperti dalam aduan yang dilaporkan.

Aduan Landasan Penambahbaikan

Aduan yang diterima oleh ombudsman USM dari mana-mana individu atau jabatan tidak
semestinya perkara yang negatif sebaliknya aduan tersebut boleh menjadi penyumbang
kepada kesan positif. Hal ini bergantung kepada tatacara aduan tersebut dilakukan dan
penyelesaian aduan dijalankan. Aduan yang dibuat haruslah bersifat ikhlas, tidak bersifat
peribadi dan berasaskan ketidakpuasan sebenar dan disertakan dengan bukti. Pengadu tidak
perlu bimbang dengan aduan yang telah dibuat kerana pengadu akan dilindungi di bawah
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Perlembangaan Universiti jika kesahihan
laporan dibuktikan.

13
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1788-ombudsman-utamakan-integriti-dalam-
siasatan

12
Penubuhan Pejabat Ombudsman juga bertujuan membantu pengurusan tertinggi universiti
dalam menangani pertikaian dan aduan dalaman dengan mengamalkan prinsip bebas,
kerahsiaan dan tidak berat sebelah serta tidak formal. Pejabat Ombudsman boleh membuat
syor-syor kepada pengurusan tertinggi ke atas perkara atau masalah yang dikendalikan.
Pengurusan universiti tidak semestinya menerima syor tersebut. Dalam hal ini, peranan
ombudsman adalah sebagai fasilitator yang bebas, tidak emosi dan tidak berat sebelah pada
mana-mana pihak serta perlu bijak menangani permasalahan yang berlaku. Apabila
menangani masalah, ombudsman turut menjadi agen perubah untuk meleraikan masalah
antara kedua-dua belah pihak demi menjaga keharmonian dan menjernihkan hubungan antara
satu dengan yang lain.14

Integriti Kerja Ombudsman

Ombudsman berpegang kepada 4 Prinsip semasa menjalankan proses menerima, menyelidik


dan menyelesaikan aduan yang diterima. Amalan ini membolehkan ombudsman berfungsi
dengan bebas, sulit, dan mengehadkan skop perkhidmatan aduan dengan cara tidak formal.

i. Kebebasan

Ombudsman USM haruslah bertindak berdasarkan prinsip kebebasan di mana tiada campur
tangan daripada mana-mana pihak semasa proses penyiasatan dan penyelesaian masalah
dijalankan. Hal ini bertujuan memastikan ombudsman berada dalam keadaan bebas.
Ombudsman juga haruslah mempunyai ruang sumber supaya boleh beroperasi secara
profesional.

ii. Kerahsiaan

Dalam mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang berlaku, ombudsman seharusnya
mengekalkan kerahsiaan berkenaan hal perihal pengadunya dan melindungi kerahsiaan warga
universiti yang melibatkan pekara tertentu seperti keselamatan, kemudaratan dan pelanggaran
undang-undang atau diskriminasi kaum.

iii. Neutral

14
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1788-ombudsman-utamakan-integriti-dalam-
siasatan

13
Peranan sebagai ombudsman memerlukan individu yang bersifat neutral dalam memastikan
perkara atau perihal yang diselidik tidak memihak pada mana-mana pihak. Hal ini bertujuan
mengimbangi kepentingan dan kebimbangan semua pihak agar ia saksama dalam semua
pekara. Ini juga bertujuan memudahkan komunikasi dan mencapai penyelesaian secara adil
selaras dengan misi dan dasar universiti.

iv. Tidak Formal

Penyiasatan yang dijalankan haruslah secara tidak rasmi tetapi secara adil dan ombudsman
juga hendaklah menjadi sumber penyelesaian masalah yang tidak formal.

Bidang Kuasa Ombudsman15

Bagi memastikan aduan yang dibuat dapat selesaikan secara saksama, ombudsman diberikan
kuasa dalam menjalankan siasatan secara tidak formal. Ombudsman boleh memulakan
siasatan tidak rasmi berkenaan aduan yang diterimanya. Bagi mencari maklumat berkaitan
aduan, akses kepada maklumat menjadi keutamaan bagi ombudsman. Permintaan maklumat
oleh ombudsman akan dikendalikan secara mesra dan beretika oleh mana-mana individu atau
jabatan yang terlibat. Ombudsman juga boleh melibatkan diri atau menarik diri apabila ia
berkaitan dengan penglibatan akhir suatu pekara yang disiasat. Ini kerana ia bergantung
kepada relevannya perkara tersebut. Dalam pada yang sama, ombudsman berkuasa untuk
membuat perbincangan dengan pengadu bagi membincangkan pilihan penyelesaian yang
dirasakan sesuai dengan mengambil kira dasar-dasar tertentu.

Selain itu, ombudsman tidak terlepas daripada nasihat undang-undang oleh Penasihat
Undang-Undang yang berasingan sekiranya ombudsman diminta mengemukakan dokumen
berdasarkan aktiviti ombudsman. Integriti kerja ombudsman menjadikannya ia sebagai badan
yang dipercayai dan ini dapat memenuhi fungsi-fungsinya sebagai ombudsman. Pada masa
yang sama, ia dapat melahirkan etika kerja yang baik dalam perkhidmatan dan cemerlang
semasa menjalankan tugasnya. Ini juga mencerminkan komitmen dan mengekalkan
integritinya. Menerusinya, warga universiti haruslah menerima Pejabat Ombudsman sebagai
satu kemudahan yang amat baik dan ia dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga universiti

15
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1788-ombudsman-utamakan-integriti-dalam-
siasatan

14
dengan cara yang positif. Sehingga dengan itu, akan wujud satu rasa dan semua pekara
berjalan lancar dan sempurna tanpa ada sebarang masalah.16

Ombudsman untuk Servis Kewangan

Ombudsman for Financial Services (OFS) [dahulunya dikenali sebagai Biro Pengantaraan
Kewangan] ditubuhkan pada 30 Ogos 2004 dan memulakan perkhidmatan pada 20 Januari
2005. OFS dilantik oleh BNM sebagai pengendali Skim Ombudsman Kewangan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

FOS dilancarkan pada 1 Oktober 2016. OFS adalah sebuah organisasi tidak berasaskan
keuntungan dan berfungsi sebagai saluran alternatif penyelesaian pertikaian untuk
menyelesaikan pertikaian di antara pengguna kewangan dan Anggota yang merupakan
penyedia perkhidmatan kewangan (FSP), yang dilesenkan atau diluluskan oleh BNM.17

Tujuan

Adalah untuk menyelesaikan pertikaian di antara pengguna kewangan dan penyedia


perkhidmatan kewangan secara bebas, adil dan pantas:

 Tidak memihak kepada sesiapa semasa menyelesaikan pertikaian.

 Membuat keputusan berdasarkan kepada fakta / bukti yang relevan dan keadaan pada
setiap pertikaian.

Visi

Menambah baik kualiti perkhidmatan kewangan dan meningkatkan keyakinan terhadap


sistem kewangan Malaysia.

Misi

16
http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1788-ombudsman-utamakan-integriti-dalam-
siasatan
17
https://www.ofs.org.my/bm/company_overview

15
Komited untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian alternatif yang bebas,
dipercayai, cekap dan berkualiti kepada pengguna kewangan dan penyedia perkhidmatan
kewangan.

Prinsip Panduan

Operasi yang berpandukan kepada prinsip- prinsip berikut:

a. Bebas
b. Adil dan Saksama
c. Mudah Akses
d. Kebertanggungjawaban
e. Ketelusan
f. Keberkesanan

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, ombudsman adalah satu institusi yang berguna untuk orang awam
menyalurkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan pihak pentadbiran kerajaan. Ia
mempunyai banyak kebaikan untuk memudahkan orang awam berbuat demikian berbanding
untuk membawa sesuatu kes ke mahkamah. Disebabkan sistemnya banyak memberi manfaat
kepada orang awam dan juga kerajaan, maka ia telah ditubuhkan di banyak tempat di dunia
ini. Walaupun ia masih ada kelemahan tertentu seperti bidangkuasanya dihadkan untuk tidak
boleh menyiasat polisi kerajaan, tetapi manfaat yang didapati dari sistem tersebut adalah jauh
lebih banyak dan boleh membantu orang awam dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah
berkaitan dengan kepentingan awam.

JUMLAH PATAH PERKATAAN : 3800

16
RUJUKAN

https://www.ofs.org.my/bm/company_overview

https://www.academia.edu/31095613/mr4dl5ce3d_Definisi_Ombudsman

http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1788-ombudsman-utamakan-
integriti-dalam-siasatan

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ombudsman-malaysia-ditubuh-bagi-tangani-
aduan-awam-tun-mahathir-186219

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/19/ombudsman-malaysia-
ganti-bpa-dijangka-operasi-suku-pertama-2020/

Modul GLUL 3113 Undang – Undang Pentadbiran, Bab 10

17
Assessment rubric

Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very Mark Weigh-


attribute Good s tage
(0-2) (3-5) (6-8)
(9-10)

Clear Delivery Able to Able to Able to Able to


delivery of of clear deliver deliver deliver deliver
ideas and ideas and ideas ideas ideas with
defined require fairly clearly great
ideas further clearly clarity
which can improve- and
be well ments require
minor
Verbal improve-
Communi ments
-cation Understan Able to Able to Able to Able to Able to
d and understan understan under- respond fully
respond to d and d and stand and to understan
questions respond answer answer question d and
to questions questions s well respond
questions. but not satisfac- to
able to torily questions
accurately very well
answer the
question
TOTAL

Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very


attribute Good
(0-2) (3-5) (6-8)
(9-10)

Written Clearly Writing an Able to Able to Able to Able to


Communi written academic write write write write
-cation academic discourse ideas ideas ideas ideas with
discourse that fulfills with fairly clearly excellent
the limited clearly clarity
grammar clarity but
rules and and require
can deliver require minor
the correct further improve-
meaning. improve- ments
ments
Systemati Writing an Able to Able to Able to Excellent
-cally academic write write write ability to
written discourse ideas ideas ideas write
academic which has with fairly systema- ideas
discourse an limited systemati tically systemati
approach or system cally -cally
flow or and but
systematic require require

18
arrangemen further minor
t that is improve- improve-
clear and ments ments
easy to
comprehen
d.
TOTAL

19

You might also like