You are on page 1of 21

BAB 3

FAKTOR DALAM PEMBUATAN


DASAR AWAM

NAMA : JEFFERY SIA


NO.MATRIK : 224444
&
NAMA : AZHAR BIN MUHAJIM
NO.MATRIK : 224389
PENGENALAN
Pembentukan dasar sesebuah kerajaan menentukan arah tuju pentadbiran negara
tersebut.

Pentadbiran Malaysia-aktor utama yang terlibat dalam pembentukan dasar datang


daripada orang-orang politik atau pihak eksekutif.

Penglibatan aktor-aktor lain juga kian ketara dengan perkembangan semasa dan
globalisasi.

Peranan pentadbir awam dan pihak profesional yang lain kini menjadi perhatian pihak
eksekutif untuk pembentukan dasar yang lebih berkesan.

Aktortidak rasmi yang lain seperti kumpulan berkepentingan,pihak media,masyarakat


dan individu tertentu juga kian dianggap penting sebagai sumber dalam pembentukan
dasar awam negara.

Walaupun begitu,sumber-sumber tersebut masih dikawal oleh sumber utama iaitu


eksekutif ataupun ahli politik.
AKTOR-AKTOR DASAR
(POLICY ACTORS)

Pihak yang terlibat dalam pembuat dasar digelar sebagai aktor


dasar.

Aktor dasar merupakan individu atau kumpulan individu yang


bertanggungjawab atau mempunyai kuasa atau hak dalam
menggubal dan perlaksanaan sesuatu dasar.

Terbahagi kepada dua


-Aktor rasmi.
-Aktor tidak rasmi.
AKTOR RASMI

Terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen,Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan


Menteri Besar atau Perdana Menteri serta timbalan-timbalannya.

Peringkatnegeri, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri serta ahli-ahli Dewan


Undangan Negeri juga
dianggap sebagai aktor-aktor dalam membuat dasar.

Selain itu, pegawai-pegawai kerajaan dari peringkat yang tertinggi iaitu A


hinggalah ke peringkat kanan serta kumpulan satu dianggap mereka yang
terlibat sama dalam membuat dasar.

Terdapat dua kategori aktor rasmi iaitu aktor utama atau primer dan aktor
pelengkap atau supplementary.
Aktor primer ialah aktor yang mendapat mandat secara
langsung daripada Perlembagaan dalam proses sesuatu
dasar.

Mempunyai kuasa merumuskan dasar-dasar dan


mempunyai kuasa terhadap dasar yang diluluskan

Aktor supplementary pula mendapat mandat daripada


aktor primer.

Contohnya polis yang mendapat mandat daripada


Parlimen melalui Akta Polis.
AKTOR RASMI YANG TERLIBAT
PARLIMEN
ditubuhkan oleh Perlembagaan yang berkuat kuasa pada Hari Merdeka.

Parlimen merupakan suatu badan yang terpenting berdasarkan kuasa yang


dimiliki olehnya.

Mengikut Tun Mohamad Suffian (1976), dari semasa ke semasa apabila


kerajaan yang ditubuhkan oleh parti yang mempunyai lebih suara hendak
meluluskan sesuatu undang-undang baru, meminda atau memansuhkan
undang-undang lama, maka Parlimen akan dipanggil bersidang.

Menurut Perkara 44, secara rasminya Parlimen mempunyai kuasa


perundangan Persekutuan atau kuasa Kerajaan Persekutuan untuk membuat
undang-undang.

Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
Yang Di-Pertuan Agong(YDPA)
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan sebahagian daripada Parlimen.

berperanan sebagai memberi titah ucapan kepada mana-mana satu Majlis


Parlimen atau kepada kedua-dua Majlis Parlimen secara bersama.

Peranan utama YDPA ialah memanggil mesyuarat parlimen.

Secara
umumnya, raja-raja di Malaysia kelihatannya tidak terlibat di dalam
pembuatan dasar.

peranan YDPA memastikan dasar yang diwujudkan adil untuk kesemua


pihak terutama untuk kesejahteraan rakyat dan seterusnya keamanan negara
Perdana Menteri
PerdanaMenteri ialah aktor utama dalam sesebuah kerajaan yang
memerintah.

Di Malaysia, sehingga hari ini kebanyakan dasar yang dilaksanakan dibentuk
dan digubal oleh pemimpin utama negara iaitu Perdana Menteri.

Dasar pertama yang telah diperkenalkan selepas merdeka di bawah


pemerintahan Tunku Abdul Rahman ialah Dasar Pro-Barat.

seterusnya Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan dasar pertama yang


berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi di Tanah Melayu melalui
Rancangan Malaya Pertama (RM1) untuk tempoh 1956 hingga 1960.

RM1 ini bermatlamatkan membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi


merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara luar bandar dan bandar
serta mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat luar bandar.

SeterusnyaTunku telah meneruskan dasar tersebut di bawah Rancangan


Malaya Kedua (RM2) untuk tempoh 1961 hingga 1965.
.Di bawah Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak, dasar awam Malaysia
diteruskan dengan Rancangan Malaysia yang Pertama (RM-1) (1966 – 1970).

SeterusnyaTun Abdul Razak telah meneruskan Rancangan Malaysia yang kedua (RM2) bagi
tempoh 1971 hingga 1975.

RM2 merupakan rancangan yang berasaskan kepada keadaan negara yang masih mengalami
kemiskinan.

Dalam rancangan ini, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan. DEB telah diperkenalkan
pada tahun 1970 bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi yang wujud antara
kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.

Seterusnyapentadbiran negara Malaysia telah diteruskan oleh Perdana Menteri ketiga iaitu
Tun Hussein b. Dato’ Onn.

Beliau telah memberi penekanan terhadap DEB di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3).

Antara penekanannya ialah menjamin keselamatan negara dengan memberi penekanan kepada
pembasmian kemiskinan, menyemai rasa tanggungjawab rakyat untuk memelihara keamanan
negara, menyedarkan rakyat supaya bersatu dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang
akan mengancam negara dan mengingatkan rakyat betapa pentingnya berpegang kepada
prinsip-prinsip rukun negara untuk menjamin perpaduan negara di masa hadapan.
Dasar-dasar negara telah diperkenal dan dilaksanakan dengan giatnya pada zaman pemerintahan
Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memerintah negara sejak tahun
1981 hingga 2003.

Antaradasar yang telah diperkenalkan di bawah kepimpinan beliau ialah Dasar Persyarikatan
Malaysia iaitu Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyat ialah pekerja dan pemegang
saham.

 DasarKependudukan Negara pula bermatlamatkan rakyat Malaysia akan mencapai seramai 70 juta
orang bagi menyokong ke arah negara maju.

Dasar penerapan nilainilai Islam ialah sebagai wadah menerapkan budaya kerja yang selari dengan
ajaran Islam.

DasarPandang ke Timur pula bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai etika kerja yang positif di
kalangan kakitangan awam dan rakyat Malaysia dengan merujuk kepada negara Jepun dan Korea.

Dasarpenswastaan diketengahkan pula sebagai satu usaha mengurangkan beban kewangan kerajaan
dalam menjana projek-projek pembangunan.

Untuk memajukan industri negara, Dasar Perindustrian Negara telah diperkenalkan.

Beliau
juga ingin menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 dengan melancarkan
Wawasan 2020.

Dalammenjayakan hasrat tersebut beberapa dasar baru telah diperkenalkan. Antaranya Dasar
Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Perdana Menteri yang kelima telah dilantik dengan rasminya pada 31
Oktober 2003.

DatoSeri Abdullah Ahmad Badawi menjadi pemimpin negara yang kelima


Malaysia.

Pada awal pentadbiran beliau, belum ada dasar-dasar baru yang


diperkenalkan.
Menteri-Menteri/ Eksekutif

Menurut K. Ramanathan, 1989, secara umumnya parti politik boleh didefinisikan


sebagai kumpulan dalam negeri yang ahli-ahlinya bergabung untuk menguasai
teraju pemerintahan dan memerintah sesebuah negara.

Manakala Sigmund Neuman, 1980, pula mendefinisikan parti politik sebagai


organisasi yang bersendi dengan organisasi politik, masyarakat perantaraan, begitu
juga .dengan sesiapa yang ada kaitan dengan kawalan kuasa, kerajaan dan sesiapa
yang bertanding untuk mendapat lebih sokongan daripada kumpulan lain atau
kumpulan yang menyimpang pandangan daripada yang lain.

Melalui definisi yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa ahli politik


berperanan penting dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya
parti politik yang memegang pentadbiran negara tersebut.

Oleh itu,secara keseluruhannya pendapat Joseph La Palombara dan Myron


Weiner (dalam K. Ramanathan, 1989), yang menyatakan parti politik
ialah organisasi yang mementingkan kestabilan dan penekanan
meneruskan kestabilan pimpinan.
.Maksud politik sukar didefinisikan secara jelas kerana bidang politik adalah
luas.

K.Ramanathan (2000), politik dianggap sebagai pengkajian tentang


pemerintahan ataupun tinjauan tentang kegiatan yang melibatkan semua
perkara yang berhubung kait dengan pemerintahan, iaitu bentuk, struktur, fungsi
dan dasar-dasar kerajaan.

Manakala menurut Geoffrey K. Robert (dlm. Ramanathan, 2000), istilah politik


bukan sahaja digunakan untuk menandakan sesuatu jenis aktiviti tetapi juga ia
digunakan untuk menjelaskan pengkajian aktiviti berkenaan.

Lantaran itu, sesuatu politik itu diwujudkan oleh sekumpulan individu sebagai
pemain utama untuk sebarang aktiviti politik dan kerajaan

Olehitu, untuk menjayakan sesebuah kerajaan, satu parti politik diperlukan


untuk memimpin sesebuah negara.

Untuk mengekalkan pemerintahan sesebuah negara, ahli-ahli politik yang


memerintah akan memastikan setiap dasar yang mereka gubal dan laksanakan
perlulah mendapat keabsahan ataupun legitimasi daripada rakyat.
Melalui dasar yang dilaksanakan, maka ahli politik dapat
memperkukuhkan kedudukan parti mereka sekiranya dasar tersebut dapat
menjaga kepentingan rakyat.

Menurut amalan demokrasi yang telah diamalkan di Malaysia, pemilihan


bagi ahli politik sama ada ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri
dibuat melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali.

Biasanya,parti-parti politik akan memilih calon mereka untuk bertanding


sama ada di peringkat Parlimen atau DUN.

Menurut Ahmad Atory (1996), pada praktiknya, tiap-tiap bahagian UMNO


mengemukakan nama-nama calon untuk menjadi calon ahli Parlimen
kepada Presiden Parti dan keputusan muktamad akan dibuat oleh Presiden.

Secara praktiknya, pemilihan calon wakil rakyat lebih banyak ditentukan


oleh Ahli-Ahli UMNO Bahagian, Ahli-Ahli Jawatankuasa Peringkat Bahagian
yang menentukan seseorang bakal calon itu.
Bagijawatan Ahli Dewan Negara (DN) pula, pemilihan dibuat bukan
melalui pilihan raya tetapi dipilih oleh YDA dan juga oleh PM.
BIROKRAT / PENTADBIR AWAM
Kumpulan pelaksana dasar tersebut dikenali sebagai Birokrat ataupun
pentadbir. Golongan pentadbir awam ini bertanggungjawab ke arah
melaksana dan menentukan berjaya atau tidak sesuatu undang-undang
atau dasar yang telah ditetapkan oleh pentadbir atau ahli-ahli politik.

Menurut Ahmad Atory (1990), secara teorinya, golongan birokrat bersikap


berkecuali (neutral) dalam hal-ehwal politik. Di Malaysia, golongan ini
tertakluk di bawah Perintah Am Bab D yang melarang mereka melibatkan
diri secara aktif dengan parti politik.
AKTOR TIDAK RASMI
 Aktor tidak rasmi tidak mempunyai kuasa yang sah untuk memutuskan
sesuatu dasar. Aktor tidak rasmi ini menjadi sumber tambahan dengan
memberi maklumat serta cadangan yang tertentu untuk aktor rasmi
mengenai dasar.
 Aktor tidak rasmi ini menjadi sumber tambahan dengan memberi
maklumat serta cadangan yang tertentu untuk aktor rasmi mengenai
dasar yang akan, sedang dan telah dilaksanakan.

Agensi Swasta
Agensi swasta merupakan salah satu aktor tidak rasmi yang penting
dalam mempengaruhi persekitaran dasar telah dilaksanakan.
Dalam menjayakan sesuatu dasar selalunya agensi swasta
difokuskan untuk menjayakan dasar utama ekonomi yang sepatutnya
diwujudkan untuk meneruskan usaha ke arah kemakmuran dan
ekonomi yang bersaing
Media

Media ialah satu alat penyampaian maklumat semasa yang


digunakan oleh pihak tertentu untuk memastikan maklumat
tersebut disebarkan secara meluas. Awal permulaaan penulisan,
media yang digunakanhanyalah sekadar media cetak. Tetapi
dengan perkembangan semasa kini, pelbagai bentuk media telah
diwujudkan, seperti media elektronik danmedia melalui teknologi
terkini yang dikenali sebagai teknologimaklumat.

Menurut McQuail (1994), media mempunyai tiga pengaruh besar iaitu,


kuasa media, integrasi sosial dan pengetahuan awam. Melalui kuasa
media, beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kuasa media
berdasarkan pemerhatian tentang pencapaian yang memberangsangkan
dan kesan peranannya terutama melalui akhbar.
KUMPULAN BUKAN KERAJAAN

 Kumpulan Bukan Kerajaan (NGO) ialah sebuah badan yang tidak


berasaskan keuntungan politik mahupun kepentingan awam.
Melihat kepada aktiviti yang dijalankan, mereka cuba menarik
perhatian rakyat supaya lebih peka dan aktif terhadap sesuatu
isu dalam sesebuah negara. NGO juga aktif dalam
memperjuangkan sesuatu perkara atau isu di dalam sesebuah
negara. Keanggotaan NGO terbuka kepada sesiapa sahaja

 Di Malaysia, NGO sering memainkan peranan dalam


mempengaruhi sesuatu pembentukan dasar. Mereka
memperjuangkan sesuatu perkara bagi memastikan masyarakat
mendapat hak mereka. Antara badan NGO yang aktif membantu
masyarakat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Tujuan kumpulan berkepentingan ini diwujudkan bagimewakili


kepentingan golongan-golongon tertentu untuk kepentingan ahli
ahlinya. kumpulan berkepentingan meainkan peranan yang
penting dalam pembentukan sesuatu dasar awam. kuasa yang
mereka miliki bergantung kepada jenis pemerintahan Sesebuah
negara sama ada negara demokratik, diktator, negara maju,
membangun atau mundur.

Di Malaysia, Persatuan Pengguna (FOMCA) antara kumpulan


berkepentingan yang memainkan peranan dalam menjaga hak-
hak pengguna bagi rakyat Malaysia. FOMCA merupakan sebuah
pertubuhan sukarela yang tidak mementingkan keuntungan,
bukan politik dan pertubuhan sivik. FOMCA bekerja rapat
dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat,
pendidikan dan perlindungan pengguna.
INDIVIDU AWAM
 peranan individu awam dalam penglibatan
mereka untuk sesuatu pembentukan dasar awam
jarang dibincangkan serta diberi perhatian.
Sebenarnya seseorang individu awam boleh
melibatkan diri secara langsung dalam proses
pembuatan keputusan.

 Dalam negara demokrasi seperti Malaysia,


sebenarnya individu awam boleh mempengaruhi
sesuatu dasar apabila mereka mempunyai hak
untuk mengundi.
KESIMPULAN

 Penggubalan dan pelaksanaan dasar awam


selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan
politik negara. Selain itu, sesuatu dasar awam
dibentuk berdasarkan sumbangan dan
penglibatan kerajaan, pihak swasta, media,
kumpulan berkepentingan dan masyarakat
keseluruhannya. Kerajaan Tidak mampu
merealisasikan sesuatu dasar awam sekiranya
tidak mendapat input serta sokongan daripada
pihak lain seperti media, NGO, badan
berkepentingan dan individu

You might also like