You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pilih 2 Bahan Rujukan Akedemik Berkaitan Pengurusan Awam Baru


(NPM)

01. Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005


Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi
tulisan Dato' Mohtar Bin Abas 2

1.1 Pengenalan Isu 2


1.2 Kupasan Artikel 4
1.3 Kesimpulan 8
1.4 Soalan Esei & Skema Jawapan 8

02. Birokrasi di Kalangan Kerajaan Perwakilan: Satu Tinjauan


Terhadap Kerajaan Tempatan di Malaysia.
Mohd Ab Malek bin Md Shah & Jeniwaty Mohd Jody 11

2.1 Pengenalan Isu. 11


2.2 Kupasan Artikel 12
2.3 Kesimpulan 16
2.4 Soalan Esei & Skema 17

Bibliografi

Lampiran 1

i. Jurnal
ii. Rujukan Skema

1
Pilih 2 Bahan Rujukan Akedemik Berkaitan Pengurusan Awam Baru (NPM)

01. Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005 Pembangunan Kepimpinan
Dalam Organisasi tulisan Dato' Mohtar Bin Abas

1.1 Pengenalan Isu

Penerapan konsep pengurusan awam baru dapat dipandang sebagai satu bentuk modenisasi atau

reformasi pengurusan dan pentadbiran awam. Perubahan tersebut juga telah mengubah peranan

pemerintah terutamanya dalam hal hubungan antara pemerintah yang lebih dikenali sebagai

kerajaan dengan masyarakat. Pembaharuan yang digunakan bagi meningkatkan kecekapan

penyampaian perkhidmatan awam oleh kerajaan. Agensi awam perlu responsif dan bersedia untuk

berubah demi merealisasikan aspirasi kerajaan dan seterusnya rakyat.Pembaharuan pentadbiran di

Malaysia didominasi oleh gerakan Pengurusan Awam Baru (New Public Management NPM) yang

berteraskan idea bahawa teknik pengurusan sektor swasta dan mekanisme pasaran dapat

meningkatkan kecekapan sektor awam

Justeru, kepimpinan dalam organisasi merupakan syarat bagi meningkatkan kecekapan

dalam perkhidmatan awam. Kepimpinan mempunyai kriteria-kriteria tertentu dalam usaha

mencapai objektif organisasi. Secara umumnya, Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai

keupayaan mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria

tertentu dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar

mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat

mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender 1960) dan (Halpin

1960). Mereka boleh memantau orang bawahan agar mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan

pembangunan dan kejayaan di samping dapat mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat.

2
Hanya organisasi yang mempunyai matlamat yang jelas sahaja yang boleh merangsang dan

menggerakkan stafnya untuk menyumbang ke arah pencapaian organisasi cemerlang (Robinson

2006; Bush 2008; Robinson et al. 2008. Kepimpinan yang berkesan ini sering dilihat sebagai

sesuatu yang amat penting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan

organisasi. Bennis dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah

disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat, kepimpinan

memberi impak yang positif terhadap kejayaan organisasi.

Pemimpin yang dapat menangani perubahan-perubahan ini akan dapat membawa

organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan. Kepimpinan berkesan sering dikaitkan

dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika.. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi

impak kepada perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi

organisasi (Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Wilhelm (1996)

menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang pemimpin

berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran

dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler.

3
1.2 Kupasan Artikel

Atrikel ini bertajuk “Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi “,Jurnal Pengurusan Awam

Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005, tulisan Dato' Mohtar Bin Abas memberi fokus kepada peranan

pemimpin serta kecekapan dalam melaksanakan dasar kerajaan sehingga membawa kepada

kecemerlangan kepada organisas. Pemimpin sememangnya telah diiktiraf sebagai faktor penting

yang menerajui organisasi bagi menuju wawasan, matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Keupayaan pernimpin dalam menerajui organisasi telah diterima sebagai faktor yang boleh

menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi berkenaan.

Selaras dengan dasar pengurusan awam baru iaitu untuk mencipta konsep-konsep baru,

teknik dan prosedur maka pemimpin wajar mencari hala tuju sektor awam sehingga boleh secara

berkesan mencapai matlamat dalam persekitaran perubahan globalisasi. Pemimpin dalam

organisasi adalah organ yang memaikan peranan penting dalam melestarikan transfomasi tersebut.

Dalam hal ini, peranan pemimpin dan pengurus perlulah dibezakan di mana pengurus adalah

pegawai yang melaksanakan fungsi pengurusan dan pentadbiran organisasi berasaskan prosedur

dan garis panduan yang ditetapkan manakala pemimpin adalah seorang yang mengemudi hala tuju

dan strategi organisasi dengan melaksanakan peranan yang lebih daripada pengurusan dan

pentadbiran semata-mata. Kaedah-kaedah, amalan dan prosedur daripada pentadbiran secara tidak

langsung membantu dalam menambah baik pengurusan awam ini.

Sejajar dengan matlamat Pengurusan awam sebagai satu proses menyatukan sumber-

sumber dan menggunakannya melalui aktiviti dan proses ke arah mencapai matlamat kebajikan

sosial Jurnal Pembangunan Kepimpinan Dalam Organisasi tulisan Dato' Mohtar Bin Abas telah

4
mengekspetasi pucuk pimpinan, kemahuan pelanggan dan menangani isu-isu semasa, pengurusan

awam dari segi perkhidmatan dan pentadbirannya berteraskan pendekatan berikut;

i. Pemimpin Menetapkan Wawasan Dan Hala tuju Organisasi


ii. Pemimpin Menggembleng Sumber Termasuk Sumber Manusia ke Arah Hala tuju
Organisasi
iii. Pemimpin Memupuk Motivasi Pekerja
iv. Pemimpin Membangunkan Keupayaan Strategik Organisasi
v. Pemimpin Merealisasikan Perubahan
vi. Pemimpin Membawa Organisasi Memenuhi Tuntutan Masa Hadapan

Berdasarkan kriteria pucuk kepimpinan tersebut, kepimpinan yang berkoordinasi, dapat

membawa perubahan ke arah sistem pentadbiran kerajaan yang lebih efisyen. dan berkesan bagi

meningkatkan usaha berasaskan ciri-ciri utama yang diperkenalkan melalui falsafah NPM.

Reformasi yang dibuat dalam pengurusan awam menekankan tentang penyerapan pembaharuan

pengurusan bagi meningkatkan daya produktiviti dan kualiti. Program pembangunan yang

diwujudkan bermotif untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan para pegawai dan

kakitangan dalam melaksanakan kerja dengan mencapai piawaian yang memuaskan berdasarkan

usaha yang dijalankan. Menurut penulis, organisasi swasta biasanya melaksanakan banyak usaha

untuk mendapatkan pemimpin terbaik atau membangunkan program kepimpinan yang terancang

dengan tujuan untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan organisasi. Perkara ini telah

dilaksanakan oleh organisasi seperti Colgate Palmolive, BP Amoco, Hewlett-Packard, 3M dan

Johnson & Johnson. Organisasi awam seharusnya juga memberikan tumpuan utama kepada

membangunkan pemimpin yang berwibawa bagi memimpin organisasi sektor awam.

Justeru, pegawai pegawai-pegawai awam yang berprestasi tinggi dan berpotensi harus

diberikan pendedahan, latihan dan bimbingan yang sesuai untuk membangun dan memupuk ciri-

5
ciri kepimpinan bagi membolehkan mereka mengambil alih kepimpinan perkhidmatan awam di

masa akan datang. Justeru, Dato' Mohtar Bin Abas menyenarikan cadangan program program

pembangunan kepimpinan iaitu;

i. Menggubal Pelan. Latihan Pembangunan organisasi.


ii. Melaksanakan Program Pembangunan
iii. Penempatan Atau Pusingan Kerja
iv. Peningkatan Secara Fast Track

Pembaharuan yang dilakukan ini ialah usaha-usaha program yang dibentuk dan

dilaksanakan berpandukan kepada keperluan semasa dan selaras dengan matlamat pembangunan

sesebuah negara. Transfomasi kompetensi yang perlu ada pada pemimpin berkualiti iaitu

berpengetahuan, berkeperibadian positif, mempunyai kemahiran, sanggup menjadi pemimpin dan

menyumbang kepada organisasi. Pemimpin perlu mempunyai pengetahuan dalam bidangnya agar

dihormati staf di samping meningkatkan keyakinan diri (Cherif et al. 2009). Umumnya, seorang

pemimpin dipandang sebagai seorang yang bijak dan mempunyai pengetahuan dalam semua

aspek. Oleh itu, pemimpin perlu mempunyai pengetahuan agar tidak mudah dipergunakan atau

ditipu oleh staf. Sementelah lagi, pemimpin adalah sumber rujukan staf bagi menyelesaikan

sesuatu masalah dan sebagai penggerak dasar.

Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang

dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas

perjalanan aktiviti. Pemimpin seharusnya berkeupayaan untuk memujuk agar dapat mendorong

orang bawahan bekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan dapat

memberi kepuasan kepada pengikut dan keadaan ini akan menghasilkan prestasi kerja yang

cemerlang. Pekerja akan bekerja bersungguh-sungguh sehingga objektif organisasi tercapai.

6
Tekanan dan hukuman hanya dapat meningkatkan produktiviti dalam jangkamasa yang pendek,

tetapi dalam jangka masa panjang pekerja akan menimbulkan reaksi negatif dan melahirkan rasa

tidak puas hati dan bersikap menentang. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi,

peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan

jelas dan nyata. Jika dilihat dalam konteks Malaysia sendiri, bagi meningkatkan daya saing,

perkhidmatan awam telah berusaha untuk menyediakan persekitaran yang dapat merangsangkan

pertumbuhan ekonomi negara. Bagi menyempurnakan peranan ini perkhidmatan awam telah

mengorak langkah dengan mengadakan program pembaharuan menjurus kepada meningkatkan

kualiti sektor sokongan perkidmatan awam. Matlamat kepada usaha-usaha ini agar memastikan

sektor awam mempunyai kualiti perkhidmatan yang baik berasakan kepada nilai-niali teras iaitu

kualiti, produktiviti, inovasi, integrity, berdisplin dan profesional.

Pembangunan kepimpinan dalam organisasi yang efektif dan efisien boleh menyumbang

kepada kejayaan organisasi mencapai matlamat yang dikehendaki. Keberkesanan kepimpinan dan

motivasi boleh dikatakan bergantung kepada beberapa faktor seperti sifat diri pemimpin itu sendiri,

situasi dalaman organisasi dan juga faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan kakitangan dalam

sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan

merupakan cabaran berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam

semua sektor. faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan perubahan yang berterusan adalah

seperti kepantasan perubahan dalam teknologi terutamanya dalam ICT, perkongsian dan kerjasama

antara berbagai organisasi dalam kedua-dua sektor makin mustahak dan ini memerlukan

pengurusan penjaringan yang berkesan, keperluan untuk melakukan transformasi secara besar-

besaran dalam organisasi dan tekanan ekonomi atau kewangan.

7
1.3 Kesimpulan

Daripada kupasan jurnal ini keupayaan sesebuah organisasi melaksanakan perubahan

melalui satu anjakan paradigma merupakan satu jaminan untuk mencapai kecemerlangan

organisasi. Apabila tanggapan pekerja organisasi telah bersedia untuk berubah, sudah pasti

pelaksanaan perubahan organisasi dapat dilaksanakan dengan mudah. Justeru, kepimpinan adalah

proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain didalam kumpulannya

kearah mencapai tujuan dan matlamat dalam organisasi . Dalam erti kata yang lain, kepimpinan

ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi

mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka.

1.4 Soalan Esei

Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan yang boleh membawa kepada kejayaan sesebuah
organisasi. Huraikan peranan yang boleh dimainkan oleh pemimpin kearah pencapaian
berkenaan.

Skema Jawapan.
- Pemimpin bertanggungjawab menentukan hala tuju organisasi yang dipimpinnya.

- Kejayaan seseorang pemimpin diukur melalui pencapaian yang telah dicapai oleh

organisasi yang diwakilinya.

- Stail kepimpinan yang dipilih oleh seseorang pemimpin akan menentukan identitinya di

mata pengikut-pengikutnya (Razali, 1990).

8
Antara peranan seorang pemimpin ialah:

i. Menerima dan memberi maklumat

o Seorang pemimpin memerlukan maklumat bagi mengenal pasti dan

menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan pekerjanya.

o Hubungan yang baik antara pemimpin dan pihak pekerja memudahkan proses

mendapatkan maklumat sama ada maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam

mahupun di luar organisasi.

o Melalui kerjasama yang erat ini, perkongsian maklumat bukan sahaja akan

bertambah mudah, namun secara sendirinya akan mengurangkan jurang antara

pihak pengurus dan pihak pekerja.

ii. Berwawasan Ke Hadapan

o Mempunyai strategi yang jelas dan kemas bagi membolehkan beliau membawa

organisasi beliau ke hadapan dan ke suatu tahap yang lebih baik.

iii. Agen Kejayaan

o Pemimpin hendaklah sentiasa mempersoalkan dirinya berhubung arah dan hala

tuju pimpinannya itu.

o Mampu serta sedia untuk mencipta kejayaan.

mengubah lanskap organisasi sedia ada kepada era perubahan yang boleh

mencipta kegemilangan dan seterusnya menzahirkan kejayaan dalam organisasi

9
iv. Melaksanakan misi dan visi organisasi

o Pemimpin bertanggungjawab untuk menggubal dan memastikan dasar yang telah

digubal dilaksanakan dengan baik serta memastikan misi dan visi organisasi

tercapai.

o Jika organisasi yang diwakili bermotifkan keuntungan, maka jumlah keuntungan

akan menjadi garis panduan kepada kejayaan syarikat tersebut.

o Manakala jika organisasi yang diwakili berbentuk perkhidmatan seperti sektor

awam, maka bilangan aduan awam akan dijadikan sebagai ukuran kejayaan atau

kegagalan.

v. Mengeratkan hubungan antara subordinat

o Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada kerjasama dan bantuan yang

diberikan oleh subordinatnya.

o Tugas utama pemimpin ialah memastikan dan mendorong pihak bawahannya agar

melaksanakan tugas yang diarahkan dengan rela hati dangembira dengan setiap

keputusan yang telah dibuat.

vi. Membuat keputusan

o Setiap keputusan yang dilakukan berhadapan dengan risiko dari segi kos, kredibiliti

dan juga masa depan organisasi yang diwakili.

o Impak negatif atau positif bergantung kepada cara pembuatan keputusan tersebut

dibuat serta cara penerimaan daripada pihak pekerja.

o Oleh itu, setiap keputusan yang hendak dilakukan haruslah berdasarkan kepada

fakta dan maklumat yang relevan.

10
Jurnal 2. Birokrasi di Kalangan Kerajaan Perwakilan: Satu Tinjauan Terhadap Kerajaan
Tempatan di Malaysia. Mohd Ab Malek bin Md Shah & Jeniwaty Mohd Jody

2.1. Pengenalan Isu.

Pengurusan awam baru merupakan satu usaha pembaharuan pengurusan dan pentadbiran awam

untuk membawa perubahan ke atas sesuatu sistem pentadbiran kerajaan supaya pentadbiran dan

sitem pengurusannya dapat dikemaskinikan dan dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan.

Manakala Reformasi pengurusan awam baru ini (NPM) dikatakan satu revolusi saintifik yang

berlaku dalam abad ke 20 berkaitan dengan tadbir urus bertujuan meningkatkan kecekapan

perkhidmatan awam. Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan aspek reformasi pentadbiran

yang berlaku dalam sektor awam Malaysia khususnya dalam konteks biokrasi. Oleh kerana

matlamat NPM adalah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, maka kajian ini

menjurus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia memandangkan majoriti rakyat

berurusan dengan kerajaan peringkat ketiga ini (PBT).Pembangunan, kemajuan serta

perkembangan dalam pentadbiran awam berjalan seiring dengan birokrasi dan birokrasi yang lebih

efesyen dan moden membawa kepada kemajuan masyarakat dalam sesebuah negara. Untuk

mendapat sistem birokrasi yang lebih berkesan, kajian yang lebih berkesan dan mendalam patut

ditumpukan terhadap pentadbiran awam dan pentadbiran awam dapat membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh birokrasi awam menerusi aktiviti penyelidikan dan perundingan ahli-

ahli pendidikan pentadbiran awam. Pengetahuan dalam kajian pentadbiran awam juga

membolehkan seseorang warganegara dalam negara demokrasi meneliti dan menilai aktiviti dan

birokrasi awam.

Manakala sektor awam adalah penggerak utama segala usaha kerajaan. Tugas utamanya

adalah untuk memelihara kepentingan rakyat dan berusaha menambahkan kesejahteraan rakyat.

11
Justeru itu, budaya mesra rakyat dan mementingkan keperluan dan kehendak pelanggan perlu

diutamakan dan diamalkan.Malangnya, jika disebut tentang sektor awam, tidak dapat tidak, pasti

terpacul perihal karenah birokrasi. Justeru, melalui indikator pencapaian kerja dan akauntabiliti

pengurus awam itu sendiri wujudnya perubahan program secara sistamatik.

1.2 Kupasan Artikel

Kupasan artikel ‘ Birokrasi di Kalangan Kerajaan Perwakilan: Satu Tinjauan Terhadap Kerajaan

Tempatan di Malaysia oleh Mohd Ab Malek bin Md Shah Department dan Jeniwaty Mohd Jody,

membincangkan birokrasi perwakilan yang mengambil sampel penglibatan rakyat dalam

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Tempatan di Malaysia serta campurtangan ahli politik dalam

membuat keputusan.

Sebenarnya definisi awal birokrasi menurut Max Weber adalah berbeza dengan pandangan

mengenai birokrasi yang ada pada hari ini. Dari segi konsep, Weber merujuk birokrasi sebagai

satu jenis struktur pentadbiran yang dibangunkan dalam satu pertubuhan dimana adanya autoriti

“rasional-sah” (Scott, 2003). Weber menerangkan jenis birokrasi yang ideal dari sudut yang

positif, beliau menganggap organisasi birokrasi adalah organisasi yang lebih rasional dan lebih

cekap. Jenis birokrasi yang ideal termasuklah tidak ada jenis autoriti atau perhubungan yang lain,

tidak mempunyai persahabatan dan permusuhan, tidak mempunyai komplot, dan tidak mempunyai

badan jawatankuasa. Sesuatu birokrasi yang dikatakan ideal hanya wujud dimana individu

memberi dan menerima arahan sebagai satu peraturan dalam sistem rasional.

Konsep birokrasi berperwakilan, merujuk kepada semua kumpulan sama ada berdasarkan

suku kaum, agama, ras dan jantina akan diberi peluang untuk penyertaan dalam proses

12
pemerintahan. Lazimnya wakil-wakil mereka akan diberi peluang dalam penyertaan pembentukan

dasar-dasar kerajaan serta diberi pelbagai perlindungan supaya rakyat jelata menikmati layanan

yang sama tanpa mengira tanpa mengira asal usul, jantina atau suku kaum. Menurut pendirian ini

jentera pentadbiran atau birokrasi haruslah mencerminkan aspek-aspek asas prinsip demokrasi

khususnya dari segi kakitangan yang mengendalikan badan pentadbiran. Diharapkan jika

komposisi jentera pentadbiran setimpal dengan komposisi masyarakat maka ia dapat bertindak

lebih responsif terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Mills juga menyatakan

kebaikan penyertaan rakyat adalah penting dalam memperjuangkan kebebasan demokrasi

(Warner, 2001). Penguasaan golongan majoriti adalah akibat kekurangan penyertaan pelbagai

individu untuk mencapai kata sepakat. ‘Ideal Rational Demokrasi’ adalah melalui penyertaan

rakyat dan bukannya ‘berkerajaan sendiri’ yang bertujuan demi kepentingan peribadi. Ini kerana

apabila politik cenderung kepada penguasaan satu-satu kumpulan maka penyalahgunaan kuasa

boleh berlaku.

Manakala Kerajaan Tempatan merupakan badan yang ditubuhkan diperingkat bawah bagi

menjamin ketulusan pengurusan pentadbiran. Penyertaan rakyat dalam kerajaan tempatan yang

menunjukkan keberkesanan pengurusan kerajaan tempatan dalam membincangkan persoalan

berhubung keberkesanan sesebuah pentadbiran. Namun begitu, menurut Nalbandian (1994), ahli

politik kurang memahami aspek pentadbiran secara keseluruhannya. Oleh itu, peraturan dan

pembuatan polisi yang dibuat menyebabkan pentadbir kurang bebas dalam membuat keputusan.

Adakala peraturan tersebut menambahkan lagi beban kerja pentadbir. Pengaruh politik samada

secara langsung atau tak langsung membuatkan pentadbir sukar untuk membuat keputusan.

Merujuk kepada artikel ‘Administration Discretion and Representative Bureaucracy’ (Mohamed,

13
2004; Huther & Shah 1998), akauntabiliti sesebuah institusi awam dapat diukur menerusi sejauh

mana keberkesanannya dalam melindungi kepentingan awam. Dalam urus tadbir yang baik harus

meningkatkan akauntabiliti kepada rakyat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut pendirian ini jentera pentadbiran atau birokrasi haruslah mencerminkan aspek-

aspek asas prinsip demokrasi khususnya dari segi kakitangan yang mengendalikan badan

pentadbiran. Oleh itu sering diamalkan “demokrasi berperwakilan”, rakyat memilih wakil

untuk membuat keputusan bagi pihak mereka. Hal ini juga menimbulkan masalah kerana

seseorang itu boleh menjadi wakil rakyat sebab ia berkongsi pendapat dengan segolongan

pengundi dan sekaligus menentang kepentingan segolongan pengundi atau rakyat yang lain.

Berdasarkan isu yang dikemukan dalam jurnal ini, kerajaan tempatan amatlah sukar untuk

membuat keputusan sebagai contoh membaiki jambatan atau jalan raya penduduk kawasan dengan

segera kerana melibatkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Sebenarnya ketidak peribadian atau impersonality adalah salah satu ciri yang diusulkan

oleh Weber dalam teori beliau yang mana beliau berpendapat bahawa pegawai awam atau

pentadbir tidak boleh mementingkan diri sendiri dan perlu ada kerjasama serta perkongsian idea

bagi mencapai matlamat dan tujuan sesebuah organisasi. Isu melengah-lengah membuat

keputusan menunjukkan pengurusan kerja tidak efektif. Sehinggakan wakil rakyat (ahli politik)

tepaksa campurtangan untuk menyelesaikan isu ini dan mengambil peluang untuk menunjukkan

peranan kerana ingin menjaga pandangan rakyat dan media terhadap imej mereka. ‘Symbol’

membawa peranan sebagai lebih berkuasa atau berpengaruh untuk membuat perubahan terhadap

sesuatu isu. Sedangkan jika kerajaan tempatan melakukannya, ia harus mengikut prosedur dan

proses kerja boleh mengambil masa selama sebulan, kurang ataupun mengambil masa yang lebih

14
lama lagi. Ini kerana penguasa tempatan menggunakan ‘information’, ‘money’, ‘people’ dan

‘things’ dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Sikap sambil lewa, melengah dan menangguhkan kerja yang sebati dengan kakitangan

awam bukan sahaja menunjukkan kelemahan pentadbiran malahan menjejaskan mutu

perkhidmatan awam dan kerajaan secara keseluruhan. Kebiasaan ini ditakuti akan turut memberi

peluang kepada kakitangan melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebarang

aduan, teguran dan cadangan daripada orang awam, pegawai dan kakitangan dalam jabatan perlu

dilihat sebagai proses memberi maklum balas membina ke arah meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sektor awam sendiri. Pemusatan kuasa di tangan sebahagian kecil individu

menyebabkan mereka menggunakan kedudukan mereka di dalam bahagian yang mereka ketuai

untuk meningkatkan keuntungan dan kepentingan diri mereka sendiri. .

Pendorong utama terhadap perlunya birokrasi berperwakilan ialah untuk menjamin

keadilan masyarakat. Sebuah kerajaan bercorak demokratik bukan sahaja perlu bertindak bereaksi

terhadap kehendak rakyat jelata, malah perlu berusaha kearah menyediakan berbagai-bagai

kemudahan asas yang dinikmati secara adil dan saksama. Golongan yang dipilih akan memikul

tanggungjawab dan membuat dasar-dasar yang berkaitan dengan penduduk secara langsung dan

tidak langsung samada secara individu atau kolektif. Oleh itu, sistem pilihanraya ini memberi

peluang kepada masyarakat untuk memilih mereka yang dirasakan layak dan sanggup berjuang

untuk kepentingan serta kebajikan masyarakat setempat dan bukannya untuk kepentingan individu

ataupun kepentingan pihak lain. Golongan pekerja penguasa tempatan pula membolehkan

15
masyarakat setempat berpeluang untuk berkhidmat kepada masyarakat mereka melalui bidang

tugas masing-masing

Teorinya mudah, lebih banyak pegawai menangani masalah, isu dan membuat keputusan,

lebih cepat rakyat memperoleh keputusan, iaitu secara tidak langsung memperlihatkan corak

perkhidmatan yang cekap. Langkah pembaharuan besar-besaran dalam sektor awam bermula

dengan penubuhan ´pusat pembuat keputusan´ di setiap kementerian dan jabatan. Pusat itu bukan

saja membolehkan keputusan segera dibuat tanpa perlu menunggu ketua jabatan atau timbalannya,

malah langkah ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan dan melatih pegawai rendah

yang akan dinaikkan pangkat suatu masa nanti. Langkah ini adalah bertujuan mengurangkan

kerenah birokrasi dan mengenepikan sebarang halangan bagi mempercepatkan proses membuat

keputusan dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta melicinkan perancangan

pembangunan.

2.3 Kesimpulan

Berdasarkan kupasan isu, terdapat tiga pertimbangan yang diambil kira dalam teori

birokrasi perwakilan iaitu pertama ialah kebertanggungjawapan (accountability), kedua ialah

hierarki dan definisi tanggungjawab, manakala yang ketiga pula ialah penyediaan untuk kerja..

Namun demikian pegawai awam berkelakuan yakni apabila menjalankan tugas adalah kerana

didorongi kepentingan diri. Oleh itu, kebanyakan daripada mereka adakalanya dikatakan sebagai

tidak jujur dan berpura-pura dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

16
2.3 Soalan Esei

Birokrasi merupakan satu isu penting dalam pentadbiran awam. Jelaskan kekuatan dan dan
kelebihan teori biokrasi.

i. Kekuatan teori Birokrasi

Kettner (2002), terdapat tiga pertimbangan yang diambil kira dalam teori birokrasi iaitu pertama

ialah kebertanggungjawapan (accountability), kedua ialah hierarki dan definisi tanggungjawab,

manakala yang ketiga pula ialah penyediaan untuk kerja. Kesemua instrumen tersebut adalah

kekuatan kepada teori ini dan inilah yang membezakannnya dengan teori organisasi yang lain.

a. Kebertanggungjawaban

o Mengenalpasti dengan lebih tepat tanggungjawab dalam proses pembuatan

keputusan.

o organisasi yang memerlukan kebertanggungjawapan yang tinggi dalam pembuatan

keputusan, birokrasi adalah merupakan satu pilihan yang lebih praktikal.

b. Hierarki Dan Definisi Tanggungjawab ciri penting birokrasi dalam –

o Membantu pengurusan tempat kerja yang tersusun. Lakaran prinsipal terhadap

semua tugas haruslah jelas dan harus disusun dalam bentuk hierarki.

o Spesifikasi memberi kekuatan terhadap organisasi birokrasi kerana ia dapat

memantapkan lingkungan kuasa yang ada pada jabatan, program, unit kecil dan

bagi setiap pekerja itu sendiri.

o Setiap pekerja t jelas serta tahu kerja dan tugas harian yang patut dilakukan oleh

mereka, tanpa perlu bergantung kepada arahan untuk melakukan sesuatu tugas

daripada pihak lain.

17
c. Penyediaan untuk kerja,

a. Organisasi birokrasi mengamalkan kaedah pemilihan pekerja yang benar-benar

layak untuk bekerja di organisasinya dan tujuan utamanya ialah untuk mencapai

kecekapan dalam melaksanakan tugas

ii. Kelemahan Biokrasi

a. “red tape” .

Merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan sehingga menyebabkan

kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses merekod segala tindakan, keputusan dan

peraturan dalam pentadbiran proses perjalanan urusan dokumentasi menjadi lambat.

b. Cenderung kepada amalan pengurusan berbentuk pemusatan kuasa atau oligarki,

- Autoriti atau kuasa dalam sesebuah organisasi terletak didalam tangan satu golongan kecil.

- Pemusatan kuasa di tangan sebahagian kecil individu akan menyebabkan mereka

menggunakan kedudukan mereka di dalam bahagian atau pejabat yang mereka ketuai untuk

meningkatkan keuntungan dan kepentingan diri mereka sendiri.

c. Timbulnya Ketidakcekapan.

- Pekerja yang hanya berfokus kepada apa yang mereka minat sahaja dalam menjalankan

pekerjaan mereka.

- Pekerja juga kerap hilang keupayaan untuk mendengar serta memahami masalah dan

keperluan pengguna atau orang yang menggunakan perkhidmatan organisasi tersebut.

18
d. Organisasi yang “mengembung”, istilah mengembung ini diberikan oleh Parkinson

(1957) terhadap birokrasi. Menurut Parkinson individu-individu yang mempunyai autoriti

dalam birokrasi cenderung mengembangkan jumlah pekerja yang dirasakan tidak sesuai

dengan keadaan keperluan sebenar organisasi (Scott, 2003).

e. Kurang Mengambil Kira Faktor Manusia.

- Terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa dipengaruhi oleh perasaan.

- Menghindarkan pertimbangan peribadi dalam hubungannya dengan orang bawahan

ataupun orang awam yang dilayaninya. walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk

memberikan perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau

tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti sehingga

menyebabkan timbulnya ketidakcekapan.

19
BIBLIOGRAFI

Ahmad Atory Hussain. 1997. Pentadbiran Awam: asas pemikiran dan falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fawzi Mohd Basri & Mohd Idris Salleh, 2006. Menelusuri Pembangunan(1982-1990)
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mahmud Taib. 1992. Kemajuan Pentadbiran Awam di Malaysia. Kuala Lumpur:


Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

A. Rahman A. N. (September, 2009). Teori Birokrasi Max Weber; Pengenalan,


Struktur, Objektif, Kekuatan dan Kelemahan. Diambil pada November 29, 2013, daripada
http://nikalila.wordpress.com/2012/03/24/teori-birokrasimax-weber-pengenalan-struktur-
objektif-kekuatan-dan-kelemahan-3/

Abdullah Sanusi Ahmad, Norma Mansor & Abdul Kuddus Ahmad. (2003). The Malaysian
Bureaucracy: four decades of development. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia; New York:
Pearson Prentice Hall, Inc

Ahmad Atory Husain. (1998). Reformasi Pentadbiran di Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka

Ahmad Atory Husain & Malike Brahim. (n. d). Politik pentadbiran di Malaysia: Penilaian pegawai
awam terhadap dasar politik dan kepimpinan nasional.

Mahmud Taib. 1992. Kemajuan Pentadbiran Awam di Malaysia. Kuala


Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Intitut Tadbiran Awam Malaysia 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam
Malaysia.

K. Ramanathan 1993. Konsep Asas Pentadbiran Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

20

You might also like