You are on page 1of 193

Komunikasi Antarabudaya

v
vi
CCA2043

Komunikasi Antarabudaya
Syarizan Dalib
Haslina Halim
Marzura Ibrahim
Mohd. Hafidz Hussein

Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)


Universiti Utara Malaysia
Sintok • 2008

vii
ISBN 978-983-3827-85-5

Cetakan Pertama, 2008


© Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian


artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM
Sintok, Kedah Darul Aman.

Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran


kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia.
Siri Modul Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penyuntingan dan
penilaian. Mutu Siri Modul Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa
berdasarkan maklum balas daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad
dalam kawasan Universiti Utara Malaysia sahaja.

viii
ix
KANDUNGAN

Prakata xi
Penghargaan xiii
Kata Kunci xv
Matlamat dan objektif modul xvii
Pendahuluan xix
Senarai Rajah xxi
Senarai Jadual xxi

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

Objektif Bab 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Kepentingan Komunikasi Antarabudaya 2
1.2.1 Faktor Teknologi 2
1.2.2 Faktor Demografi 3
1.2.3 Faktor Ekonomi 4
1.3 Definisi Komunikasi Antarabudaya 5
1.4 Prinsip Komunikasi Antarabudaya 8
1.4.1 Komunikasi Ialah Proses yang Dinamik 8
1.4.2 Komunikasi Ialah Simbolik 8
1.4.3 Komunikasi Ialah Sistemik 9
1.4.4 Komunikasi Melibatkan Inferensi 10
1.4.5 Komunikasi Mempunyai Kesan 10
1.5 Rumusan 11
Soalan Penilaian Kendiri 12
Jawapan Soalan dalam Teks 12

BAB 2 ASAS DAN NILAI BUDAYA

Objektif Bab 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Elemen-Elemen Budaya 13
2.2.1 Sejarah 13
2.2.2 Agama 14
2.2.3 Nilai 15
2.2.4 Organisasi Sosial (Sistem/Struktur Sosial) 15
2.2.5 Bahasa 15
2.3 Ciri-Ciri Budaya 16
2.3.1 Budaya Dipelajari 16
2.3.2 Budaya Ditransmisikan 17
2.3.3 Budaya Bersifat Dinamik 17
2.4 Corak Budaya (Cultural Patterns) 18
v
2.4.1 Dimensi Nilai Oleh Hofstede (Hofstede’s Value
Dimensions) 19
2.4.2 Budaya High Context dan Low Context oleh Hall 31
2.5 Rumusan 34
Soalan Penilaian Kendiri 34
Jawapan Soalan dalam Teks 34

BAB 3 KEPELBAGAIAN BAHASA DAN BUDAYA

Objektif Bab 37
3.1 Pengenalan 37
3.2 Bahasa dan Komunikasi 37
3.3 Bahasa, Budaya dan Komunikasi Antarabudaya 38
3.3.1 Proses-Proses Verbal 39
3.3.2 Bahasa, Budaya dan Makna 39
3.3.3 Hipotesis Sapir-Whorf Tentang Relativiti
Linguistik (Linguistic Relativity) 40
3.3.4 Relativiti Linguitik (Linguistic Relativity) dan
Komunikasi Antarabudaya 41
3.3.5 Bahasa dan Komunikasi Antarabudaya 42
3.4 Budaya dan Peraturan Berinteraksi 43
3.4.1 Berterus Terang dan Berlapik 43
3.4.2 Mengekalkan Hubungan Sosial 44
3.4.3 Luahan Perasaan 45
3.5 Rumusan 47
Soalan Penilaian Kendiri 47
Jawapan Soalan dalam Teks 48

BAB 4 BUDAYA DAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Objektif Bab 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Komunikasi Bukan Lisan dan Budaya 50
4.3 Klasifikasi Komunikasi Bukan Lisan 51
4.3.1 Perlakuan Badan 52
4.3.2 Ekspresi Muka 54
4.3.3 Pandangan Mata 56
4.3.4 Sentuhan 56
4.3.5 Paralinguistik 57
4.3.6 Ruang dan Jarak (Proksemiks) 58
4.3.7 Masa 61
4.3.8 Kesenyapan/Berdiam diri 62
4.4 Rumusan 63
Soalan Penilaian Kendiri 64
Jawapan Soalan dalam Teks 64

vi
BAB 5 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS
PERNIAGAAN

Objektif Bab 67
5.1 Budaya dan Konteks 67
5.2 Komunikasi dan Konteks 68
5.3 Penilaian Terhadap Konteks (Assessing The Context) 69
5.3.1 Formaliti dan Tidak Formaliti (Formality and
Informality) 70
5.3.2 Sifat Pendesak dan Keharmonian Interpersonal
(Assertiveness and Interpersonal Harmony) 71
5.3.3 Status Hubungan (Status Relationship) 73
5.4 Konteks Perniagaan Multinasional 76
5.4.1 Protokol Perniagaan 76
5.4.2 Gaya Pengurusan (Management Styles) 79
5.4.3 Gaya Perundingan (Negotiation Styles) 80
5.4.4 Membuat Keputusan (Decision Making) 83
5.4.5 Pengurusan Konflik (Conflict Management) 84
5.5 Rumusan 86
Soalan Penilaian Kendiri 86
Jawapan Soalan dalam Teks 86

BAB 6 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS


PENDIDIKAN

Objektif Bab 91
6.1 Pengenalan 91
6.2 Budaya, Pendidikan dan Komunikasi 92
6.3 Pendekatan Pendidikan Budaya 93
6.3.1 Gaya Budaya 94
6.3.2 Gaya Pembelajaran dan Kognitif 95
6.4 Perspektif Pendidikan Multibudaya 100
6.4.1 Bilik Darjah sebagai Komuniti 100
6.4.2 Penstrukturan dalam Kelas Multibudaya 101
6.5 Bagaimana Membentuk Pendidikan Multibudaya yang
Berkesan 102
6.6 Rumusan 103
Soalan Penilaian Kendiri 104
Jawapan Soalan dalam Teks 104

BAB 7 PENGARUH BUDAYA DALAM KONTEKS


KESIHATAN

Objektif Bab 107


7.1 Budaya, Kesihatan dan Komunikasi 107

vii
7.2 Pandangan Dunia Mengenai Budaya dan Penjagaan
Kesihatan 108
7.3 Sistem Kepercayaan Kesihatan 109
7.4 Nilai Budaya yang Mempengaruhi Persekitaran Kesihatan 110
7.4.1 Peranan Keluarga 110
7.4.2 Halangan Bahasa 112
7.4.3 Mesej Bukan Lisan 113
7.4.4 Formaliti (Formality) 114
7.5 Keberkesanan dalam Penjagaan Kesihatan Multibudaya 115
7.6 Rumusan 117
Soalan Penilaian Kendiri 117
Jawapan Soalan dalam Teks 118

BAB 8 KOMPETENSI DALAM KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

Objektif Bab 121


8.1 Pengenalan 121
8.2 Definisi Komunikasi Antarabudaya yang Kompeten 121
8.3 Komponen-Komponen Asas Komunikasi Antarabudaya
yang Kompeten 122
8.4 Masalah yang Berpotensi Berlaku dalam Komunikasi
Antarabudaya 123
8.4.1 Mencari Persamaan 124
8.4.2 Pengunduran 124
8.4.3 Ketidakpastian dan Kerisauan 124
8.4.4 Stereotaip dan Prejudis 125
8.5 Rumusan 126
Soalan Penilaian Kendiri 126
Jawapan Soalan dalam Teks 126

BAB 9 ETIKA DALAM KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

Objektif Bab 127


9.1 Pengenalan 127
9.2 Definisi Etika 128
9.3 Prinsip Etika Relativism dan Universalism 129
9.4 Konsep Etika 130
9.4.1 Ethical Individualism 130
9.4.2 Ethical of Belief 130
9.4.3 Ethical of Life 131
9.5 Garis Panduan dalam Etika Komunikasi Antarabudaya 131
9.5.1 Mengambil Berat terhadap Komunikasi 132
9.5.2 Hormat 132

viii
9.5.3 Mencari persamaan 133
9.5.4 Kenalpasti Perbezaan 133
9.5.5 Peranan Etika 134
9.6 Aplikasi Etika dalam Pelbagai Budaya 135
9.7 Kepentingan Etika 136
9.8 Rumusan 138
Soalan Penilaian Kendiri 138
Jawapan Soalan dalam Teks 138

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI 141

BIBLIOGRAFI 163

ix
x
PRAKATA

Pihak penulis ingin merakamkan ucapan syabas kepada para pelajar atas
kejayaan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan
Kepujian (Bcomm. Hons) melalui kaedah pengajian luar kampus yang
diurus tadbir oleh pihak PACE-UUM.

Kursus Komunikasi Antarabudaya adalah kursus yang anda akan ikuti


dalam struktur Program Komunikasi. Dalam kursus ini anda akan
didedahkan dengan konsep-konsep asas berkaitan komunikasi
antarabudaya . Antara topik yang akan anda pelajari ialah tentang takrifan
dan kepentingan komunikasi antarabudaya, asas dan nilai yang terdapat
dalam budaya, budaya dan bahasa, budaya dan komunikasi bukan lisan,
pengaruh budaya dalam konteks perniagaan, kesihatan dan pendidikan,
kemahiran komunikasi antarabudaya dan etika dalam komunikasi
antarabudaya. Secara keseluruhan, moudl kursus Komunikasi Antarabudaya
ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang latarbelakang
komunikasi antarabudaya yang menjadi salah satu cabang pengajian
dalam bidang komunikasi.

Modul Komunikasi Antarabudaya direka bentuk dan disusun dengan


lebih kemas berkadasiakan silibus Program Komunikasi separuh masa.
Oleh itu, isi kandungan dan kualiti kursus ini adalah setaraf dengan
kursus pelajar sepenuh masa. Cuma yang berbeza ialah kaedah
pengajaran secara pengajian luar kampus lebih bergantung kepada modul
bercetak yang disediakan sebagai ganti kepada pensyarah di bilik kuliah.
Kuliah yang diatur oleh pihak PACE-UUM pula menjadi platform untuk
pensyarah dan pelajar berbincang dan memperjelaskan pemahaman atau
masalah yang mungkin wujud dalam memahami modul ini.

Setelah membaca setiap bab dalam modul in, pelajar dinasihatkan untuk
menyemak semula objektif bab yang disediakan bagi memastikan
kandungan pelajaran dapat dicapai. Soalan dalam Teks dan Soalan
Penilaian Kendiri turut disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.
Pelajar-pelajar boleh menyemak jawapan di akhir bab atau di akhir
modul. Jawapan-jawapan yang diberi hanyalah sebagai panduan dan
pelajar dinasihatkan membuat rujukan tambahan untuk melengkapkan
jawapan latihan tersebut.

Pihak penulis amat berharap agar pelajar dapat memanfaatkan modul ini
sebaik mungkin. Pelajar disarankan untuk menggunakan modul ini secara
berterusan dan merujuk kepada bahagian rujukan untuk menambah

xi
pengetahuan pelajar. Semoga modul ini dapat membantu pelajar
memahami komunikasi antarabudaya dan dapat menggunakan segala
pengetahuan yang dipelajari dalam komunikasi harian.

Selamat maju jaya.

Syarizan Dalib
Haslina Halim
Marzura Ibrahim
Mohd. Hafidz Hussein

xii
PENGHARGAAN

Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan


keizinan-Nya, dapatlah kami menyiapkan modul ini untuk kegunaan
pelajar-pelajar Program Pengajian Luar Kampus Ijazah Sarjana Muda
Komunikasi dengan Kepujian, Universiti Utara Malaysia.

Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan


Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden khususnya Jabatan Komunikasi
yang telah memberi peluang untuk kami menulis modul Komunikasi
Antarabudaya.

Ucapan penghargaan juga dirakamkan untuk pihak pengurusan Pusat


Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM yang dapat
merealisasikan penawaran Program Komunikasi melalui kaedah
pengajian luar kampus dan kepada semua staf PACE yang mengurus
penerbitan modul ini.

Syarizan Dalib
Haslina Halim
Marzura Ibrahim
Mohd. Hafidz Hussein

xiii
xiv
KATA KUNCI

Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini.
Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di
bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan
proses pengajaran dan pembelajaran anda.

Soalan Dalam Teks (SDT) atau soalan latihan yang


merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari.
Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab.

Soalan Penilaian Kendiri (SPK) atau soalan ulang kaji


merujuk kepada perbincangan keseluruhan bab. Skema
jawapan disediakan di akhir modul kursus.

Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan


contoh/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau
modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan
terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut.

Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di


sekeliling anda atau mengimbas kembali bab yang lepas.
Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bab tersebut akan
dikemukakan.

xv
xvi
MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL

MATLAMAT

Kursus ini memberi pendedahan tentang komunikasi antarabudaya


secara umum. Beberapa takrifan, teori dan konsep-konsep penting dalam
komunikasi antarabudaya akan dibincangkan. Pelajar juga akan
didedahkan dengan perbezaan komunikasi lisan dan bukan lisan
merentasi kepelbagaian budaya. Pemahaman ini penting agar pelajar akan
dapat memahami bagaimana budaya menentukan corak komunikasi
sesebuah budaya dan mempengaruhi interaksi dalam komunikasi
antarabudaya. Disamping itu, pelajar akan dijelaskan pengaruh budaya
dalam konteks perniagaan, kesihatan dan pendidikan. Dengan
memahami bagaimana budaya mempengaruhi proses komunikasi
antarabudaya dalam ketiga-tiga konteks berkenaan, pelajar akan dapat
mengelakkan persepsi negatif terhadap perbezaan budaya dan
menghormati perbezaan yang wujud. Pada akhir kursus ini, pelajar akan
memahami bagaimana budaya dan komunikasi saling mempengaruhi dan
dapat menggunakan etika serta kemahiran yang diperlukan apabila
berkomunikasi dengan mereka yang berbeza budaya.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti kursus ini, pelajar seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep komunikasi antarabudaya


2. Menerangkan teori-teori asas dalam pengajian komunikasi
antarabudaya
3. Mengaplikasikan etika dan kemahiran komunikasi
antarabudaya dalam persekitaran semasa.

xvii
xviii
PENDAHULUAN

Modul Komunikasi Antarabudaya ditulis berdasarkan silibus yang


digunapakai oleh pelajar-pelajar sepenuh masa. Namun begitu cara
pembelajaran pelajar program PJJ bertumpu kepada modul sebagai
pengganti pensyarah. Modul ialah bahan yang akan membantu pelajar
dalam mengikuti kursus ini. Para pelajar dinasihatkan supaya membuat
pembacaan modul secara intensif dan mengambil inisiatif membuat
rujukan tambahan bagi memperkukuhkan pemahaman mereka.
Pertemuan pensyarah-pelajar yang diatur bertujuan untuk sesi ulangkaji
dan soal jawab masalah pembelajaran yang dihadapi pelajar.

Dalam modul ini, sebanyak 9 bab akan dibincangkan tentang komunikasi


antarabudaya. Bab 1: Pengenalan kepada komunikasi antarabudaya
membincangkan takrifan komunikasi antarabudaya. Perbincangan juga
meliputi kepentingan komunikasi antarabudaya dan prinsip-prinsip
komunikasi antarabudaya yang akan dapat membantu pelajar memahami
proses komunikasi antarabudaya.

Dalam bab 2: Asas dan nilai budaya, pelajar akan mendalami pemahaman
mereka tentang budaya dengan melihat kepada elemen-elemen, ciri-ciri
dan corak budaya. Melalui perbincangan tentang corak budaya, pelajar
akan didedahkan dengan teori-teori berkaitan seperti dimensi budaya
Hofstede (Hofstede’s value dimensions) dan budaya konteks tinggi (high
context culture)/ konteks rendah (low context culture). Teori-teori ini
membolehkan pelajar memahami persamaan dan perbezaan budaya serta
kaitannya dengan komunikasi.

Bab 3: Kepelbagaian bahasa dan budaya pula akan membincangkan


bagaimana bahasa memainkan peranan yang penting dalam struktur
kehidupan manusia. Dalam bab ini, pelajar akan mempelajari kesan-kesan
sistem bahasa ke atas komunikasi antara budaya. Selain itu, pelajar juga
akan mendalami sifat-sifat semulajadi bahasa dan bagaimana kod-kod
lisan mempengaruhi komunikasi antarabudaya.

Bab 4: Budaya dan komunikasi bukan lisan membantu pelajar memahami


bagaimana komunikasi bukan lisan berfungsi dalam budaya yang
berbeza. Bab ini terlebih dahulu menyediakan pengetahuan kepada
pelajar tentang kepentingan perlakuan bukan lisan ini untuk
memudahkan pelajar memahami kenapa pengetahuan tentang
komunikasi bukan lisan penting dalam interaksi antarabudaya. Selepas
memahami kepentingan komunikasi bukan lisan dalam komunikasi
antarabudaya, pelajar akan didedahkan dengan klasifikasi komunikasi
bukan lisan dan bagaimana ia berbeza mengikut budaya.

xix
Setelah memahami beberapa asas penting dalam komunikasi
antarabudaya, pelajar akan mempelajari bagaimana budaya
mempengaruhi konteks komunikasi. Oleh itu Bab 5, bab 6 dan bab 7
akan membincangkan budaya terhadap tiga konteks iaitu perniagaan,
pendidikan dan kesihatan.

Bab 5: Pengaruh budaya dalam konteks perniagaan menyediakan pelajar


pengetahuan tentang bagaimana budaya mempengaruhi komunikasi
dalam konteks perniagaan. Pelajar akan dijelaskan terlebih dahulu
mengenai budaya dan konteks. Bab ini kemudiannya akan
membincangkan dengan lebih lanjut mengenai komunikasi dan konteks,
serta penilaian terhadap konteks. Perbincangan juga akan ditumpukan
kepada konteks perniagaan multinasional yang dapat membantu pelajar
memahami dengan jelas pengaruh budaya dalam konteks perniagaan.

Bab 6: Pengaruh budaya dalam konteks pendidikan pula membolehkan pelajar


melihat bagaimana budaya mempengaruhi proses komunikasi dalam
konteks pendidikan.Bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut
mengenai hubungan di antara budaya, pendidikan dan komunikasi serta
kepelbagaian budaya dalam pendidikan. Perbincangan juga akan
ditumpukan kepada pendidikan dalam masyarakat multibudaya dan
mempelajari kepelbagaian bahasa dalam pendidikan multibudaya. Pada
akhir bab, pelajar akan mempelajari bagaimana menjadi seorang
komunikator multibudaya yang cekap dalam konteks pendidikan.

Dalam Bab 7: Pengaruh budaya dalam konteks kesihatan menyediakan pelajar


dengan pemahaman tentang hubungan diantara budaya, kesihatan dan
komunikasi. Pemahaman ini penting kepada pelajar agar mereka
mengetahui bagaimana mereka yang berasal daripada latarbelakang
budaya mempunyai perbezaan jangkaan dan mengamalkan gaya
komunikasi yang berbeza. Keadaan ini dapat menjadikan pelajar yang
lebih peka dan sensitif kepada budaya jika mereka berkomunikasi secara
budaya yang bersesuaian dengan maklumat kesihatan dan rawatan.

Bab 8: Kompetensi dalam komunikasi antarabudaya mendedahkan pelajar


dengan pengetahuan tentang kompetensi dalam komunikasi
antarabudaya. Bab ini juga membincangkan beberapa komponen asas
komunikasi antarabudaya yang kompeten serta teknik-teknik yang khusus
untuk menjadi komunikator antarabudaya yang kompeten.

Dalam bab terakhir iaitu Bab 9: Etika dalam komunikasi antarabudaya,


perbincangan ditumpukan kepada keperluan etika dalam komunikasi
antarabudaya. Etika komunikasi antarabudaya perlu dipelajari untuk
menghasilkan proses komunikasi yang lebih lancar, berkesan dan teratur.
Pemahaman terhadap etika juga akan dapat memandu pelajar apabila
berhadapan dengan konflik antarabudaya.
xx
SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Saling Hubungan antara Budaya dan Komunikasi 7

Rajah 2.1 Ringkasan Perbezaan antara Individualisme-


Kolektivisme 22

Rajah 2.2 Perbezaan Budaya Low Uncertainty Avoidance dan


High Uncertainty Avoidance 25

Rajah 2.3 Ringkasan Perbezaan antara Budaya High Power


Distance dan Low Power Distanc 28

Rajah 2.4 Perbezaan Budaya Masculinity dan Femininity 31

Rajah 2.5 Perbezaan Budaya High Context dan Low Context 33

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 Nilai Individualisme/Kolektivisme bagi 50


Negara dan Tiga Rantau 20

Jadual 2.2 Nilai bagi Uncertainty Avoidance untuk 50 Buah


Negara dan Tiga Rantau 24

Jadual 2.3 Nilai untuk Power Distance untuk 50 Negara dan


Tiga Rantau 27

Jadual 2.4 Nilai Maskulin bagi 50 Buah Negara dan Tiga


Rantau 29

Jadual 2.5 Susunan Budaya Mengikut Kontinuum dari


Dimensi High Context ke Low Context 32

xxi
xxii
BAB 1

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan kepentingan komunikasi antarabudaya.
2. Menjelaskan maksud komunikasi antarabudaya.
3. Menjelaskan prinsip komunikasi antarabudaya.

1.1 PENGENALAN

Perkembangan komunikasi dan teknologi pengangkutan yang semakin


pesat telah memberi banyak peluang untuk kita bertemu dengan individu
lain dari pelbagai latarbelakang budaya. Kita pastinya pernah beinteraksi
dengan individu lain berbeza warna kulit, kewarganegaraan, agama,
kepercayaan dan nilai dengan kita tidak kiralah semasa kita melancong ke
luar negara, belajar mahupun ketika bekerja di negara sendiri.
Bagaimanapun, komunikasi dengan mereka yang berbeza latar belakang
budaya dengan kita pastinya lebih mencabar. Budaya mempengaruhi cara
kita berkomunikasi dan memberikan kesan kepada mesej komunikasi.
Atas faktor inilah, komunikasi antarabudaya menjadi bidang yang cukup
penting kerana ia memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran agar
kita mampu berkomunikasi dengan berkesan dengan mereka yang
berbeza budaya.

Komunikasi antarabudaya juga menjadi semakin penting kerana gerakan


kearah kepelbagaian budaya (multiculturalism) dan kebanjiran warga asing
berlaku di mana-mana negara. Kerajaan Malaysia sendiri sentiasa
meningkatkan usaha untuk mewujudkan integrasi kaum yang berbilang
budaya dan ini pastinya menuntut pemahaman terhadap komunikasi
antarabudaya. Organisasi diseluruh dunia juga pada masa kini memiliki
warga kerja yang berbeza budaya dan datang dari seluruh.dunia seperti di
Amerika Syarikat. Tanpa pemahaman tentang komunikasi antarabudaya,
pastinya timbul pelbagai konflik antarabudaya yang akhirnya
menyebabkan dunia menjadi tidak aman. Contohnya, kita sendiri telah
menyaksikan wujudnya konflik akibat perbezaaan budaya sepertimana
yang berlaku di Palestin, Korea, Sudan, Kuwait, Iraq dan Afganistan.

1
Komunikasi antarabudaya melengkapkan kita dengan pengetahuan untuk
berhadapan dengan perbezaan dan perubahan yang berlaku di dunia
dalam aspek hubungan sosial. Komunikasi antarabudaya juga dapat
membantu kita berhadapan dengan cabaran untuk menguruskan
perbezaan yang wujud dari aspek budaya baik diperingkat tempatan
mahupun antarabangsa.

Bab ini akan menyediakan kita untuk memahami konsep komunikasi


antarabudaya. Sebelum memahami konsep komunikasi antarabudaya, kita
akan membincangkan dengan lebih lanjut kepentingan komunikasi
antarabudaya. Perbincangan juga akan ditumpukan kepada prinsip
komunikasi antarabudaya yang akan membantu kita memahami proses
komunikasi antarabudaya.

1.2 KEPENTINGAN KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Mengapa kita perlu mempelajari komunikasi antarabudaya? Antara sebab


utamanya ialah dunia kini semakin global. Perkembangan teknologi yang
menjadi nadi globalisasi menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan
siapa saja di seluruh dunia tidak kira warna kulit, agama, kepercayaan,
bahasa dan nilai yang dipegang. Interaksi yang wujud mendorong kita
untuk membina hubungan yang saling bergantungan. Komunikasi di
antara individu yang berbeza budaya tidak semudah yang dijangka kerana
kita kebiasaannya akan membawa bersama nilai yang kita pegang dalam
budaya kita sendiri semasa berkomunikasi. Hasilnya, kita akan mudah
membuat persepsi negatif terhadap komunikasi yang ditunjukkan oleh
mereka yang berbeza budaya. Akibatnya, salah tanggapan timbul dan
mempengaruhi proses komunikasi. Jika kita memahami bagaimana
budaya dan komunikasi saling berkaitan, kita akan dapat mengelakkan
persepsi negatif dan melalui proses komunikasi antarabudaya yang
produktif.

Secara lebih khusus, terdapat tiga sebab utama mengapa kita perlu
mempelajari komunikasi antarabudaya:

1.2.1 Faktor Teknologi

Teknologi moden menyebabkan dunia menjadi semakin ‘kecil’. Marshall


McLuhan (seperti dipetik dalam Samovar, Porter & McDaniel, 2007)
menggambarkan keadaan ini sebagai Global Village. Kecanggihan
teknologi komunikasi dan teknologi komputer telah menghubungkan
kita ke seluruh pelosok dunia. Contohnya, perkembangan teknologi
pengangkutan yang semakin moden seperti kapal terbang membolehkan
kita berada dimana-mana bahagian dunia pada bila-bila masa. Kos
pengangkutan yang semakin murah menyebabkan bertambahnya peluang

2
untuk kita berhubung di seluruh dunia. Hasilnya, kita mudah bertemu
dengan pelbagai jenis budaya. Mungkin kita mendapati budaya yang
dilihat sebagai menarik, menyeronokkan, ganjil, penuh misteri dan
mungkin juga menimbulkan banyak persoalan kepada kita. Ini kerana
budaya berbeza bukan hanya melalui pemakaian dan makanan. Ia turut
berbeza dari segi bagaimana wanita atau mereka yang lebih tua perlu
dilayan, bagaimana masyarakatnya membentuk persepsi terhadap masa
dan bagaimana masyarakatnya menjalankan urusan perniagaan.

Sistem maklumat yang baru dan canggih juga telah menggalakkan dan
memudahkan interaksi antarabudaya. Satelit komunikasi, televisyen dan
teknologi tanpa wayar (wireless connection) membolehkan manusia diseluruh
dunia untuk berkongsi maklumat dan idea dengan kadar segera. Sistem
telefon tanpa wayar (wireless telephone systems) semakin pesat berkembang
dengan lebih dari 50,000 pengguna setiap hari (Samovar, Porter &
McDaniel, 2007). Sudah tentunya kesan dari internet terhadap
komunikasi tidak dapat dinafikan kehebatannya. Dengan hanya
menggunakan hujung jari kita, kita boleh berkomunikasi dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia dan berkongsi budaya.

1.2.2 Faktor Demografi

Menurut, Samovar, Porter dan McDaniel (2007) populasi dunia


meningkat pada kadar lebih kurang 200,000 orang sehari atau lebih
kurang 80 juta manusia sehari. Menjelang 2005, populasi dunia dijangka
meningkat kepada 7.1 bilion dan diramalkan akan mencapai angka 9.3
bilion menjelang 2050. Peningkatan populasi juga menyebabkan
berlakunya migrasi pada kadar yang tinggi. Ini dapat dilihat apabila lebih
dari 100 juta individu tinggal di luar dari negara kelahiran mereka
(Samovar, Porter &McDaniel, 2007)

Peningkatan populasi dunia membawa bersama isu-isu antarabangsa


seperti masalah sumber semulajad dan masalah alam sekitar. Keganasan
dan ketidakstabilan di Timur Tengah menyebabkan berlakunya krisis
penghasilan minyak yang merupakan salah satu sumber semulajadi utama
dunia. Permintaan terhadap minyak menjadi semakin penting apabila
negara China dan India yang mempunyai jumlah penduduk seramai lebih
2 bilion semakin menekankan perindustrian (Samovar, Porter &
McDaniel, 2007). Selain sumber minyak, sumber air juga diramalkan akan
menjadi punca kepada konflik antarabangsa berikutan krisis air yang
dialami di negara-negara Timur tengah, Asia, Afrika dan Amerika.
Pengurangan sumber makanan turut menambah isu berkaitan sumber
semulajadi. Menurut Tomlinson (seperti dipetik dalam Samovar, Porter
& McDaniel, 2007), lebih kurang 40 juta rakyat Afrika mengalami
masalah kekurangan bekalan makanan dan hanya bergantung kepada

3
bantuan antarabangsa untuk menghilangkan kebuluran. Lebih malang
lagi, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan setiap
tahun lebih 40 ribu kanak-kanak meninggal dunia kerana kekurangan zat
makanan (malnutrisi).

Kajian oleh PBB menunjukkan peningkatan populasi dunia dan aktiviti


ekonomi yang semakin berkembang memberi kesan kepada ekosistem
dunia (Samovar, Porter & McDaniel, 2007). Masalah alam sekitar seperti
banjir, hakisan tanah, pemusnahan hutan, pencemaran air dan udara,
pembuangan toksik dan kesan rumah hijau merupakan isu yang
menuntut komitmen dari semua negara untuk menyeimbangkan populasi
dunia yang kian bertambah.

Konflik antara negara dan manusia menyediakan satu lagi sebab mengapa
pentingnya komunikasi antarabudaya. Dianggarkan bahawa terdapat
lebih dari dua puluh tujuh konflik bersenjata berlaku di seluruh dunia.
Bukan hanya ribuan tentera terbunuh dan cedera, malah berjuta-juta
manusia yang kebanyakannya kanak-kanak menjadi mangsa
persengketaan. Fakta dari PBB menunjukkan hampir separuh dari 3.6
juta manusia yang terbunuh dalam perang sejak 1990 adalah kanak-kanak
(Samovar, Porter & McDaniel, 2007). Persengketaan dan konflik boleh
berlaku dimana-mana sahaja dan sekiranya tidak ditangani secara bijak
melalui komunikasi antarabudaya, kebanyakan ketegangan yang masil
berlarutan seperti di Iraq, Palestin, Checnya, Afrika dan Indonesia hanya
menunggu masa untuk meledak.

Isu berkaitan peningkatan populasi dunia yang mengundang masalah


sumber semulajadi, sumber makanan, alam sekitar dan konflik
antarabangsa ini menunjukkan betapa pentingnya komunikasi
antarabudaya apabila dunia perlu berbincang untuk menangani isu
berkenaan.

1.2.3 Faktor Ekonomi

Ekonomi global menyebabkan ekonomi dunia tidak lagi mempunyai


sempadan dan pasaran ekonomi disatukan. Dengan perkataan lain,
ekonomi global bermaksud corak pasaran yang dihasilkan adalah saling
berhubung (globally connected). Ekonomi global membolehkan individu-
individu dari pelbagai latarbelakang budaya sama-samak terlibat dalam
perniagaan dan berkomunikasi. Ekonomi global juga menyebabkan
organisasi perlu melakukan urusan perniagaan di banyak buah negara dan
memiliki tenaga kerja dari pelbagai budaya. Keadaan ini secara tidak
langsungmenyediakan cabaran untuk individu-individu dalam organisasi
berdepan dan berkomunikasi dengan budaya yang berbeza. Justeru,
komunikasi antarabudaya menjadi suatu kemestian untuk difahami oleh

4
organisasi agar mereka akan terus mampu bersaing di era global. Kita
akan membincangkan dengan lebih mendalam tentang komunikasi
antarabudaya dalam konteks perniagaan dalan Bab 5.

SOALAN DALAM TEKS

1. Namakan tiga faktor yang menyebabkan


pentingnya untuk mempelajari komunikasi
antarabudaya
2. Apakah konsep yang digunakan untuk
menerangkan bahawa dunia berada dalam keadaan
yang saling berhubungan? Siapakan yang
memperkenalkan konsep ini?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan faktor-faktor lain yang mendorong


kepada kepentingan komunikasi antarabudaya

1.3 DEFINISI KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Kita telah pun memahami dan membincangkan kepentingan komunikasi


antarabudaya. Sekarang, cuba anda fikirkan apakah maksud komunikasi
antarabudaya?Untuk memahami maksud komunikasi antarabudaya, kita
perlu mengetahui konsep komunikasi dan budaya, dan saling hubungan
komunikasi dengan budaya. Menurut Marsella (seperti dipetik dalam
Samovar & Porter, 2004), budaya merupakan perlakuan yang dipelajari
dikongsi dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi untuk
kelangsungan sosial. Perlakuan yang dipelajari merangkumi elemen-
elemen yang subjektif seperti kepercayaan, nilai, sikap dan tanggapan
dasar (underlying assumptions). Adler (2002) pula mentakrifkan budaya
sebagai satu set nilai, kepercayaan, norma, adat istiadat, peraturan dan
kod-kod amalan yang memandu manusia untuk melihat diri mereka
sebagai kumpulan yang berbeza, dan dalam masa yang sama mempunyai
rasa kekitaan (sense of community).

Zainon (1995) memberikan takrifan yang lebih terperinci tentang budaya.


Budaya terdiri dari aspek psikologi, sosial dan teknologi. Aspek psikologi
bermaksud nilai seseorang, kepercayaan, sikap dan konsep diri,

5
pandangannya tentang masa dan ruang serta hubungkait diri dengan
kosmos dan manusia. Aspek sosial merangkumi kedudukan, peranan dan
norma-norma yang telah dibuat dan dipatuhi dalam hubungan antara
satu sama lain dan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Aspek
terakhir iaitu teknologi meliputi tempat tinggal, makanan, peralatan
hiasan, rekreasi dan penghantaran mesej. Berdasarkan definisi diatas,
apabila kita mengelompokkan sekumpulan manusia dalam satu-satu
budaya, kita percaya bahawa mereka mempunyai latarbelakang yang sama
dari segi psikologi, sosial dan teknologi. Mereka ini mempunyai
pandangan yang sama tentnag dunia dan bagaimana berhubung antara
satu sama lain dan mempunyai sistem bahasa yang sama untuk
menjalankan aktiviti yang saling bergantung.

Komunikasi mempunyai definisi yang pelbagai kerana ia ditakrifkan oleh


para sarjana bergantung kepada tujuan komunikasi atau konteks.
Komunikasi berasal dari perkataan Latin communicare yang bermaksud to
share atau to make common seperti memberi kepada orang lain satu
bahagian atau berkongsi pengetahuan, harapan dan pengetahuan (Jandt,
2001). Untuk berkongsi persamaan, perlu ada proses pertukaran. Oleh
itu, Klyukanov (2005) menyatakan bahawa dalam proses komunikasi,
makna budaya merupakan sumber simbol yang dicipta dan ditukar. Maka
komunikasi ditakrifkan sebagai suatu amalan untuk mencipta dan
bertukar-tukar makna atau sumber simbol.

Secara lebih khusus, komunikasi ialah proses seseorang (atau lebih) untuk
menghantar dan menerima mesej, berlaku dalam sesuatu konteks,
memberikan kesan dan menghasilkan maklumbalas (DeVito, 2006).
Porter dan Samovar (2007) pula mentakrifkan komunikasi sebagai proses
dimana simbol-simbol disampaikan untuk tujuan menghasilkan
maklumbalas. Shockley-Zalabak (2002) mendefinisikan komunikasi
sebagai proses untuk menghasilkan perkongsian makna melalui interaksi
sosial. Daripada takrifa-takrifan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa
komunikasi merupakan proses menghantar dan menerima mesej atau
simbol-simbol bagi mencapai perkongsian makna diantara sumber dan
penerima melalui interaksi sosial.

Budaya dan komunikasi adalah saling mempengaruhi. Menurut Chen dan


Starosta (1998), budaya bukan hanya membentuk persepsi kita terhadap
realiti tetapi turut menentukan bahasa yang digunakan- apa, bila dan
bagaimana kita perlu bercakap adalah bergantung kepada peraturan
budaya. Budaya bukan sahaja membentuk corak komunikasi, malah
komunikasi juga akan mempengaruhi struktur budaya. Dengan kata lain,
budaya dan komunikasi merupakan dua konsep yang saling berhubungan
dan tidak dapat dipisahkan. Amalan komunikasi membolehkan makna
budaya untuk dicipta dan disampaikan, manakala budaya pula sebagai

6
satu sumber simbol membolehkan amalan komunikasi diteruskan
(Klyukanov, 2005). Contohnya, melalui proses komunikasi, masyarakat
Melayu meneruskan adat hantaran perkahwinan sebagai tanda pemberian
suami kepada isteri. Makna budaya ini,kemudiannya membolehkan
masyarakat Melayu untuk berkomunikasi diantara satu sama lain untuk
mengamalkan budaya ini dan turut bertukar-tukar makna budaya ini
dengan mereka dari budaya yang berbeza. Justeru, Klyukanov(2005)
merumuskan bahawa komunikasi dan budaya membentuk satu kitaran
dan hubungan yang dinamik, seperti ditunjukkan pada Rajah 1.1.

BUDAYA

KOMUNIKASI

Rajah 1.1: Saling hubungan antara budaya dan komunikasi

Berdasarkan perbincangan terhadap konsep budaya dan komunikasi, dan


saling hubungan antara budaya dan komunikasi, mari kita lihat definisi
komunikasi antarabudaya. Secara ringkasnya, komunikasi antarabudaya
ialah komunikasi di antara indidivu dari dua budaya yang berbeza (Ming
Chen & Starosta, 1998; Jandt, 2001). Namun definisi ini masih belum
lengkap bagi menerangkan komunikasi antarabudaya yang sebenarnya
kompleks. Oleh itu, Porter dan Samovar (2004) mentakrifkan
komunikasi antarabudaya sebagai interaksi diantara individu-individu
yang mempunyai persepsi budaya dan sistem simbol yang cukup berbeza
untuk mengubah proses komunikasi. Klyukanov (2005) pula melihat
komunikasi antarabudaya sebagai proses interaksi diantara sekumpulan
manusia yang mempunyai sistem simbol yang berbeza. Berdasarkan
takrifan-takrifan diatas, komunikasi antarabudaya bolehlah ditakrifkan
sebagai proses menghantar dan menerima mesej diantara individu-
individu yang mempunyai sistem simbol dari budaya yang berbeza dan
perbezaan yang wujud akan mempengaruhi maklumbalas yang terhasil.

Bagi mendalami proses komunikasi antara budaya, kita akan


membincangkan prinsip-prinsip komunikasi. Sebelum mempelajari
prinsip-prinsip berkenaan, perlu diingatkan bahawa komunikasi
sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang lebih dari apa yang akan kita
bincangkan. Kita juga perlu menyedari bahawa elemen-elemen
komunikasi yang akan dibincangkan adalah saling berkaitan.

7
SOALAN DALAM TEKS

3. Berikan definisi komunikasi antarabudaya


4. Bagaimanakah budaya dan komunikasi saling
mempengaruhi?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimana komunikasi boleh


digunakan untuk menyampaikan makna budaya kepada
generasi akan datang.

1.4 PRINSIP KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Terdapat lima prinsip yang akan kita pelajari iaitu

• Komunikasi adalah proses yang dinamik


• Komunikasi adalah simbolik
• Komunikasi adalah sistemik
• Komunikasi melibatkan inferensi
• Komunikasi mempunyai kesan

1.4.1 Komunikasi Ialah Proses yang Dinamik

Komunikasi merupakan proses yang berterusan dan tiada penamat.


Sesuatu perkataan atau perlakuan tidak akan kekal kaku apabila kita
berkomunikasi, ia akan dengan segeranya diganti dengan perkataan atau
perlakuan lain. Sebagai orang yang terlibat dengan komunikasi, kita juga
merasai proses komunikasi yang dinamik. Kita akan terpengaruh dengan
mesej yang disampaikan oleh orang lain dan kesannya, mesej yang
disampaikan sentiasa berubah. Memandangkan komunikasi bersifat
dinamik, kita juga akan mendapati bahawa budaya juga adalah dinamik.
Perbincangan lanjut tentang bagaimana budaya bersifat dinamik akan kita
dapati di bab 2.

1.4.2 Komunikasi Ialah Simbolik

Keupayaan manusia dalam membuat dan mencipta simbol membolehkan


interaksi berlaku dalam kehidupan seharian. Simbol adalah perwakilan
terhadap sesuatu dan ia boleh disampaikan dalam bentuk perkataan,
8
perlakuan, bunyi, pergerakan badan, isyarat, objek atau lukisan. Kita
menggunakan simbol baik secara lisan (seperti mengucapkan selamat
pagi) mahupun bukan lisan (senyum). Contohnya, mungkin kita pernah
menghadiahkan jam tangan atau bunga kepada rakan karib kita.
Perlakuan ini merupakan simbol bagi memberitahu rakan kita bahawa
kita menghargai persahabatan yang terjalin. Lebih tepat lagi, simbol
membolehkan kita untuk berkongsi pengalaman kita tentang dunia atau
apa yang kita rasa tentang dunia sekeliling kita.

Kita dapat menghasilkan, menerima, menyimpan dan memanipulasi


simbol melalui evolusi budaya, Melalui simbol pula, budaya dapat
diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Walaupun semua
budaya menggunakan simbol dalam proses komunikasi, budaya memberi
makna yang tersendiri terhadap simbol dan ini menjadikan simbol
bersifat subjektif. Selain memberikan makna yang berbeza terhadap
simbol, budaya juga menggunakan simbol untuk tujuan yang berbeza.
Contohnya, di Amerika Utara dan Eropah, komunikasi digunakan untuk
menyelesaikan tugasan. Sebaliknya, masyarakat di Jepun, Taiwan dan
China menggunakan komunikasi untuk membina hubungan yang saling
bergantungan.

1.4.3 Komunikasi Ialah Sistemik

Komunikasi berlaku dalam situasi atau sistem tertentu yang akan


mempengaruhi apa dan bagaimana kita berkomunikasi serta makna mesej
yang kita sampaikan. Komunikasi sentiasa berlaku mengikut konteks dan
komunikasi itu sendiri banyak bergantung kepada konteks. Konteks
menyediakan peraturan tentang bagaimana sesuatu perlakuan dibolehkan,
disukai atau dilarang. Konteks juga membantu kita untuk menentukan
perkataan atau perlakuan serta makna terhadap simbol yang dihasilkan
oleh orang lain.

Kita sentiasa menyesuaikan pemakaian, bahasa dan tajuk perbualan


berdasarkan konteks. Contohnya, cara kita berpakaian dan
berkomunikasi semasa di majlis hari jadi tentunya berbeza dengan cara
kita berpakaian dan berkomunikasi semasa kuliah berlangsung. Peraturan
untuk setiap konteks tidak kiralah sama ada di bilik mesyuarat, bilik
kuliah atau bilik mahkamah adalah bergantung kepada budaya.
Contohnya, dalam konteks perniagaan, budaya telah menetapkan secara
tersurat atau tersirat peraturan yang digunapakai dalam proses membuat
keputusan semasa mesyuarat. Dalam budaya Amerika, ketua
bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Dalam budaya Jepun pula,
sudah menjadi peraturan untuk ketua merujuk hampir semua orang di
dalam organisasi dalam proses pembuatan keputusan (Samovar, Porter &
McDaniel, 2007).

9
1.4.4 Komunikasi Melibatkan Inferensi

Kita tidak dapat membaca fikiran dan perasaan orang lain semasa
berkomunikasi. Namun kita boleh membuat tafsiran atau kesimpulan
(inferensi) terhadap apa yang dialami atau disampaikan oleh orang lain.
Kita boleh membuat inferensi dari perkataan, kesenyapan (silence), atau
anggukan yang dilakukan oleh orang lain semasa berkomunikasi.
Walaupun keupayaan kita untuk membaca fikiran dalam proses
komunikasi adalah terbatas, kaedah yang digunakan untuk mengatasi
keterbatasan ini bergantung kepada budaya.Contohnya terdapat budaya
yang percaya bahawa mereka berkongsi sejarah dan pengalaman yang
sama, menyebabkan mereka berupaya memahami apa yang dirasai atau
difikirkan oleh ahli-ahli lain dari budaya yang sama tanpa diluahkan.
Sebaliknya, terdapat budaya yang percaya bahawa ahli-ahli dari budaya
yang sama tidak berupaya untuk memahami perasaan dan pemikiran.
Oleh itu, mereka amat menekankan pendedahan kendiri yang tinggi dan
banyak bertanya soalan untuk membolehkan proses komunikasi berlaku
dengan berkesan.

1.4.5 Komunikasi Mempunyai Kesan

Apabila bercakap tentang komunikasi merupakan suatu proses,


sebenarnya pemahaman ini secara tidak langsung menunjukkan kita
bahawa perbuatan kita menghantar dan menerima mesej akan
mempengaruhi semua pihak yang terlibat semasa kitq berkomunikasi.
Proses komunikasi yang dilalui oleh kita membolehkan sesuatu berlaku
kepada kita dan rakan komunikasi kita. Contohnya, mungkin semasa di
awal perbualan dengan seorang rakan kita dari budaya berbeza, kita
mempunyai persepsi negatif terhadap beliau. Setelah berakhirnya
perbualan, mungkin persepsi kita berubah menjadi positif setelah
memahami budaya beliau yang unik.

Maklumbalas yang kita berikan berbeza mengikut tahap dan jenis.


Terdapat beberapa kategori maklumbalas yang kita berikan. Pertamanya,
maklumbalas yang kita beri kepada mesej adalah mudah dan jelas.
Contohnya, seseorang bertanya kepada kita dimana tempat yang dicari,
kita akan mudahnya menjawab “di sebelah kiri encik”, mungkin juga kita
akan menunjukkan tempat yang dicari dengan jari. Kedua, mesej yang
disampaikan memerlukan maklumbalas hanya di peringkat minda
kita.Contohnya, jika seseorang berkata “Kerajaan kita kurang
memperuntukkan sumber kewangan untuk tujuan pendidikan”.Mungkin
kita hanya memikirkan pernyataan itu, namun kita masih lagi memberi
maklum balas tetapi bukan dalam bentuk perlakuan. Ketiganya,
maklumbalas yang sukar untuk diberikan. Ini merupakan maklumbalas
kepada mesej yang diterima melalui peniruan, pemerhatian dan interaksi.

10
Kebiasaannya, kita tidak menyedari bahawa kita menerima mesej-mesej
sebegini. Contohnya, ibu bapa kita melaksanakan peranan masing-masing
berdasarkan jantina (gender roles), maka kita menerima mesej tentang
peranan kita berdasarkan jantina.

Setelah melihat kesemua prinsip komunikasi yang telah dibincangkan,


komunikasi sebenarnya merupakan proses yang rumit dan menjadi
bertambah rumit apabila melibatkan budaya.Walaupun semua budaya
menggunakan simbol untuk berkongsi realiti mereka, realiti yang
diwujudkan dan simbol yang digunakan adalah berbeza. Dalam satu
budaya, anda hanya memberikan senyuman sebagai tanda sapaan,
manakala dalam budaya yang lain anda perlu tunduk atau memberikan
menyapa rakan dengan penuh kemesraan dengan memberikan pelukan.
Di akhir perbincangan tentang prinsip komunikasi, kita telah pun
memahami konsep komunikasi dan peranan yang dimainakn dalam
interaksi kita seharian. Dengan adanya pemahaman ini, kita akan
menumpukan perhatian untuk membincangkan budaya dengan lebih
mendalam pada Bab 2.

SOALAN DALAM TEKS

5. Nyatakan lima prinsip komunikasi antarabudaya


6. Mengapakah kelima-lima prinsip komunikasi
antarabudaya perlu difahami?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

1.5 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat kepentingan komunikasi


antarabudaya, maksud komunikasi antarabudaya dan prinsip-prinsip
komunikasi antarabudaya. Kita telah membincangkan mengapa
komunikasi antarabudaya penting untuk difahami berdasarkan tiga sebab
utama iaitu faktor teknologi, faktor demografi dan faktor ekonomi.
Kemudian kita meneruskan perbincangan tentang konsep budaya dan
komunikasi, dan maksud komunikasi antarabudaya. Akhir sekali kita
telah membincangkan lima prinsip komunikasi antarabudaya agar kita
lebih memahami bagaimana komunikasi dan budaya saling
mempengaruhi.

11
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan bagaimana perubahan teknologi, ekonomi global dan


peningkatan populasi dunia akan memberi kesan terhadap anda.

2. Jelaskan kenapa dan bagaimana komunikasi dan budaya saling


berkaitan.

3. Bincangkan bagaimana prinsip komunikasi antarabudaya dapat


membantu anda dalam komunikasi antarabudaya.

Semak jawapan anda di akhir modul ini

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Faktor teknologi, demografi dan ekonomi global.

2. Global Village dan konsep ini diperkenalkan oleh Marshall


McLuhan.

3. Komunikasi antarabudaya ialah proses penghantaran dan


penerimaan mesej oleh individu-individu yang mempunyai sistem
simbol yang dibentuk dari budaya yang berbeza. Proses yang
dilakukan akan mempengaruhi maklumbalas yang terhasil.

4. Budaya mempengaruhi apa dan bagaimana sesuatu mesej


disampaikan dalam proses komunikasi. Komunikasi pula
mempengaruhi struktur budaya.

5. Lima prinsip komunikasi antarabudaya ialah komunikasi adalah


dinamik, komunikasi adalah sistemik, komunikasi bersifat
sistemik, komunikasi melibatkan inferensi dan komunikasi
memberi kesan.

6. Prinsip komunikasi antarabudaya membantu kita bagaimana


memahami peranan komunikasi serta melihat saling hubungan
antara komunikasi dan budaya dengan lebih mendalam.

12
BAB 2

ASAS DAN NILAI BUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan elemen-elemen budaya (elements of culture).
2. Menjelaskan ciri-ciri budaya (characteristics of culture).
3. Menjelaskan corak budaya (patterns of culture).

2.1 PENGENALAN

Dalam bab 1, kita telah membincangkan kepentingan dan pengertian


komunikasi antarabudaya. Kita telah pun mendapat pemahaman yang
jelas tentang konsep komunikasi antarabudaya. Bab ini akan
membincangkan dengan lebih mendalam tentang budaya dengan melihat
kepada elemen-elemen, ciri-ciri dan corak budaya. Melalu corak budaya,
kita juga akan membincangkan teori-teori penting dalam pengajian
komunikasi antarabudaya iaitu dimensi budaya Hofstede (Hosftede’s values
dimensions) dan budaya low context dan high context oleh Edward T.Hall.
Teori-teori ini dapat membantu kita memahami persamaan dan
perbezaan budaya serta kaitannya dengan komunikasi.

2.2 ELEMEN-ELEMEN BUDAYA

Kita telah memahami maksud budaya seperti mana yang dijelaskan dalam
bab 1. Sekarang cuba fikirkan apakah perkara-perkara yang wujud dalam
sesebuah budaya? Untuk menjawab persoalan ini, kita akan
membincangkan lima elemen budaya. Pemahaman terhadap elemen-
elemen berkenaan akan membantu kita menyedari bahawa walaupun
semua budaya mempunyai elemen-elemen yang sama, elemen-elemen
inilah yang membezakan satu budaya dengan budaya yang lain. Elemen-
elemen berkenaan ialah sejarah, agama, sistem sosial, nilai dan bahasa.

2.2.1 Sejarah

Sejarah merupakan peristiwa yang telah berlaku pada masa lepas yang
dapat memberi panduan masa hadapan kepada sesebuah budaya. Sejarah
sesebuah budaya juga disambungkan dan disampaikan dari satu generasi

13
ke generasi seterusnya. Ini kerana peristiwa-peristiwa yang berlaku pada
masa lampau memberi gambaran kepada sesebuah budaya tentang
identiti diri mereka. Sejarah juga penting kepada sesebuah budaya kerana
ia menunjukkan asal usul budaya serta segala pencapaian yang berjaya
dicapai oleh budaya berkenaan. Walaupun semua budaya mewariskan
sejarah mereka untuk membentuk kelompok masyarakatnya, setiap
sejarah adalah unik kepada budaya tertentu dan membawa mesej budaya
yang tertentu. Contohnya, pengajaran yang diambil dari penaklukan
portugis ke atas Tanah Melayu memberikan mesej dan nilai yang berbeza
dengan sejarah pembinaan Tembok Besar China atau Revolusi Amerika.

2.2.2 Agama

Agama wujud dalam semua budaya dan membentuk persepsi, nilai dan
perlakuan masyarakatnya. Budaya dan agama saling berkaitan. Setiap
budaya mempunyai agama dominant. Agama mempengaruhi ritual,
penceritaan (rites), taboo dan istiadat dalam sesebuah budaya. Agama juga
turut mempengaruhi amalan perniagaan, politik dan perlakuan
masyarakat dalam sesebuah budaya.

Walaupun budaya mempunyai agama dominant yang berbeza, namun


terdapat persamaan diantara agama. Antara persamaan yang wujud pada
mana-mana agama ialah setiap agama mempunyai kitab suci yang
tersendiri. Contohnya, kitab injil bagi agama kristian, Al-Quran bagi agama
Islam, Vedas bagi agama hindu, Pali Conan bagi agama Buddha dan
Analects bagi Confucianism. Kitab memainkan peranan penting untuk
menyambung tradisi sesuatu agama dari satu generasi ke generasi
seterusnya (Samovar, Porter & McDaniel, 2007).

Setiap agama juga mempunyai autoriti atau pengasas agama (founders of the
religion). Contohnya, Nabi Ibrahim dan Musa menjadi pengasas agama
Yahudi (mengikut kepercayaan pengikut agama Yahudi), Nabi
Muhammad S.A.W bagi agama Islam, Isa (Jesus) bagi penganut agama
Kristian dan Siddharta Gautama bagi agama Buddha. Selain itu, agama
mempunyai amalan (traditional rituals) atau sebarang perlakuan yang
menandakan simbol atau mesej agama dan amalan ini dilakukan oleh
masyarakat dalam apa jua budaya. Contohnya, menyalakan lilin, memakai
pakaian tertentu semasa melakukan upacara sembahyang serta amalan-
amalan khusus pada saat kelahiran bayi, perkahwinan dan kematian.
Mana-mana agama juga turut meletakkan peraturan atau etika tertentu
terhadap perlakuan yang dibenarkan atau sebaliknya oleh penganutnya.
Sebagai contohnya, Islam mewajibkan penganutnya menunaikan
sembahyang, membayar zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan.

14
2.2.3 Nilai

Setiap budaya pasti memegang nilai-nilai yang tertentu. Malah, tidak


dinafikan bahawa budaya dan nilai mempunyai saling hubungan yang
sangat kuat. Nilai merupakan panduan tentang bagaimana masyarakat
dalam sesebuah budaya harus menunjukkan perlakuan mereka.
Memandangkan nilai yang dipegang dalam sesebuah budaya berbeza, kita
pastinya dapat menjangkakan individu-individu yang terlibat dalam
komunikasi antarabudaya akan menunjukkan dan mengharapkan
perlakuan yang berbeza dalam satu situasi yang sama. Contohnya,
walaupun semua budaya menghormati mereka yang telah berumur,
sejauhmana penghormatan yang diberikan adalah berbeza mengikut
budaya. Contohnya, dalam budaya Korea, mereka yang tua sangat
dihargai dan dijadikan sebagai tempat rujukan. Sebaliknya dalam budaya
Amerika, penekanan lebih diberikan kepada golongan muda. Kita akan
membincangkan perbezaan nilai dalam sesebuah budaya dengan lebih
terperinci melalui subtopik corak budaya dalam bab ini nanti.

2.2.4 Organisasi Sosial (Sistem/Struktur Sosial)

Setiap budaya juga mempunyai organisasi sosial yang membentuk


masyarakatnya. Organisasi sosial juga dipanggil sebagai sistem sosial atau
struktur sosial. Istilah ini mewakili kepelbagaian unit sosial yang wujud
dalam sesebuah budaya. Sesetengah unit atau institusi seperti keluarga,
kerajaan, sekolah dan puak atau suku kaum membantu ahli masyarakat
dalam sesebuah budaya untuk mengorganisasikan kehidupan mereka.
Sistem sosial ini mewujudkan rangkaian komunikasi dan mentadbir
norma peribadi, keluarga dan etika sosial. Setiap budaya juga mempuyai
cara yang unik untuk menentukan bagaimana sistem sosial mereka
berfungsi dan bagaimana memperkembangkan norma yang dipegang.

2.2.5 Bahasa

Elemen terakhir iaitu bahasa tidak kurang pentingnya kepada mana-mana


budaya. Bahasa menjadi elemen yang cukup penting kepada mana-mana
budaya. Perbincangan lanjut tentang bahasa boleh kita dapati dalam Bab
3. Bahasa bukan hanya membolehkan ahli masyarakat dalam sesebuah
budaya untuk berkongsi idea, perasaan dan maklumat, malah ia
merupakan salah satu cara utama untuk meneruskan kelangsungan
budaya.

Kita telah membincangkan lima elemen yang wujud dalam semua


budaya. Walaupun semua budaya mempunyai persamaan dari segi
elemen-elemen yang wujud, elemen-elemen ini jugalah yang

15
membezakan satu budaya dengan budaya yang lain. Sekarang, kita
tumpukan perbincangan tentang ciri-ciri budaya. Ciri-ciri ini dapat
membantu kita memahami bagaimana budaya berfungsi.

SOALAN DALAM TEKS

4. Berikan lima elemen yang wujud dalam budaya.


5. Mengapakah kesemua elemen berkenaan penting
untuk kita pelajari?

Semak jawapan anda di akhir bab ini

Cuba anda fikirkan elemen-elemen lain yang terdapat


dalam budaya.

2.3 CIRI-CIRI BUDAYA

2.3.1 Budaya Dipelajari

Memandangkan budaya merupakan suatu sistem simbol yang dikongsi


oleh sekumpulan masyarakat, satu-satunya cara untuk memastikan ahli
masyarakat berkenaan terus berkongsi simbol ini adalah melalui proses
pembelajaran. Kita mula mempelajari budaya secara sedar mahupun
secara bawah sedar (unconciously) dalam kehidupan kita melalui proses
sosialisasi atau enculturation (Chen & Starosta, 1998). Bagaimanakah kita
melakukan proses enculturation? Menurut Porter, Samovar & MacDaniel
(2007), budaya dipelajari melalui dua cara iaitu secara formal dan secara
tidak formal.

Pembelajaran secara tidak formal tentang budaya berlaku melalui tiga


cara. Cara pertama yang paling biasa kita lakukan ialah melalui interaksi
dengan ahli keluaraga dan rakan-rakan. Contohnya ibu bapa kita
mengajar kita makan menggunakan tangan, maka secara tidak langsung
kita mempelajari adab makan dalam budaya kita. Keduanya, melalui
pemerhatian yang kita buat sendiri. Contohnya kita melihat ibu kita
menguruskan rumah dan ayah kita keluar mencari rezeki. Dari
pemerhatian ini kita belajar tentang peranan gender iaitu apa yang perlu
dilakukan oleh seorang lelaki dan apa yang perlu dilakukan oleh seorang
wanita dalam budaya kita. Cara ketiga ialah dengan meniru perlakuan.

16
Contohnya kita mungkin pernah meniru perlakuan ahli keluarga kita
seperti mencium tangan ibu baoa yang secara tidak langsung
menunjukkan budaya menghormati ibu bapa. Pembelajaran secara formal
tentang budaya pula tentunya lebih berstruktur. Pembelajaran melalui
cara ini dilakukan oleh institusi budaya seperti sekolah, masjid, gereja,
kuil dan lain-lain. Contohnya, kita mempelajari sejarah bangsa kita di
sekolah dan ini menyebabkan kita memahami asal usul bangsa dan
budaya kita. Selain itu, kita juga diajar nilai-nilai murni yang menjadi
pegangan budaya melalui sistem pendidikan seperti menghormati guru
kita dengan panggilan formal, semangat kerjasama, sopan santun dan
adab-adab tertentu dalam kehidupan seharian.

Sumber-sumber lain yang membolehkan kita mempelajari budaya ialah


media, cerita rakyat dan pepatah (Samovar, Porter & McDaniel, 2007).
Melalui media, sesebuah budaya dapat memberitahu masyarakatnya
tentang keunikan budaya mereka. Melalui cerita rakyat, sesebuah budaya
dapat menyampaikan pengajaran-pengajaran tertentu dalam budaya
berkenaan kepada masyarakatnya. Melalui pepatah pula, sesebuah budaya
dapat menyampaikan nilai-nilai yang sangat penting untuk diikuti oleh
masyarakatnya.

2.3.2 Budaya Ditransmisikan

Bagi membolehkan budaya terus kekal, masyarakat perlu memastikan


mesej-mesej penting dan elemen-elemen budaya bukan hanya dikongsi,
malah mesti diwariskan kepada generasi akan datang. Dengan cara ini,
apa yang berlaku pada masa lepas akan menjadi masa kini dan masa
hadapan kepada sesebuah budaya. Saling hubungan antara generasi bagi
menyambung budaya menunjukkan saling perkaitan di antara komunikasi
dan budaya. Komunikasilah yang menjadikan budaya sebagai satu proses
yang berterusan. Prinsip, nilai, sikap, bahasa dan agama yang wujud
dalam budaya disampaikan kepada generasi seterusnya melalui
komunikasi.

2.3.3 Budaya Bersifat Dinamik

Budaya juga tidak lari dari mengalami perubahan. Peningkatan populasi,


inovasi teknologi, krisis alam sekitar, penjajahan, migrasi, imigrasi atau
modifikasi perlakuan dan nilai menyebabkan perubahan berlaku dalam
sesebuah budaya (Porter, Samovar & McDaniel, 2007). Oleh kerana
perubahan sebeginilah, budaya dikatakan bersifat “fluctuate” dan tidak
bersifat statik. Walaupun budaya bersifat dinamik atau mengalami
perubahan, harus diingat bahawa apa yang menjadi asas kepada sesebuah
budaya tidak akan berubah. Contohnya, masyarakat dalam sesebuah
budaya mungkin berubah dari segi cara berpakaian, makanan dan

17
seninya. Bagaimanapun, perubahan yang berlaku biasanya selari dengan
nilai yang telah lama wujud dalam sesebuah budaya. Nilai-nilai yang
berkaitan dengan etika dan moral, kerja dan hiburan, makna kebebasan,
kepentingan sejarah, amalan agama dan sikap terhadap gender dan umur
yang diterapkan secara kukuh dalam sesebuah budaya tetap kekal untuk
diwariskan dari generasi ke generasi.

Kita telah membincangkan tiga ciri-ciri budaya iaitu budaya dipelajari,


ditransmisikan dan budaya bersifat dinamik. Daripada ciri-ciri budaya
berkenaan, secara tidak langsung kita mengetahui bahawa semua budaya
mempunyai nilai yang dipegang. Nilai-nilai ini diterjemahkan dalam
bentuk perlakuan dan juga komunikasi. Oleh itu,untuk memahami
persamaan serta perbezaan nilai-nilai yang dipegang dalam sesebuah
budaya, kita akan membincangkan corak budaya.

SOALAN DALAM TEKS

3. Berikan tiga ciri-ciri budaya.


4. Jelaskan apakah yang dimaksudkan “budaya
bersifat dinamik”?

Semak jawapan anda di akhir bab ini

Cuba anda fikirkan bagaimana anda mempelajari budaya


dalam kehidupan seharian

2.4 CORAK BUDAYA (Cultural Patterns)

Ahli-ahli antropologi, psikologi sosial dan komunikasi telah


mengemukakan taksonomi yang boleh digunakan untuk menganalisis
corak perlakuan yang wujud dalam setiap budaya. Kita akan
membincangkan dua taksonomi yang menerangkan corak budaya.
Taksonomi pertama diperkenalkan oleh Hofstede (Samovar, Porter &
McDaniel, 2007). Hofstede mengenalpasti empat dimensi nilai yang
dipegang dalam sesebuah budaya. Taksonomi kedua pula dikemukakan
oleh Hall yang mengkaji bagaimana budaya memberi respon kepada
mesej dalam proses komunikasi. Untuk menerangkan keadaan ini, Hall
memperkenalkan konsep budaya “high context” dan “low context”.

18
2.4.1 Dimensi Nilai oleh Hofstede (Hofstede’s Value Dimensions)

Dimensi nilai oleh Hofstede melihat perbezaan dalam pemikiran dan


tindakan sosial yang wujud dalam masyarakat di lebih 50 buah negara
(Samovar, Porter & McDaniel, 2007). Hofstede percaya bahawa
masyarakat mempunyai ‘program mental’ yang dibangunkan dalam
keluarga pada awal zaman kanak-kanak. ‘Program mental’ ini diberi
penekanan semasa kita berada di sekolah dan di organisasi. Hosftede
percaya bahawa ‘program mental’ ini merupakan komponen budaya dan
diekspresikan kedalam nilai yang diamalkan oleh kebanyakan kelompok
masyarakat dalam sesebuah budaya. Dalam melaksanakan kajian beliau,
Hofstede mengadakan tinjauan terhadap lebih seratus ribu pengurus
dalam organisasi multinasional di 50 negara dan tiga rantau. Setelah
membuat analisis, setiap negara dan rantau diberikan ranking dari satu
hinga 50 menggunakan empat dimensi nilai iaitu individualism/
kolektivisme, uncertainty avoidance, power distance dan masculinity/femininity.
Ranking yang diberikan dapat menjelaskan nilai yang menjadi pegangan
dalam sesebuah negara dan juga dapat membantu kita membuat
perbandingan budaya.

(a) Individualisme/kolektivisme

Menurut Gibson, Kirkman dan Shapiro (2001), budaya yang memegang


nilai individualisme lebih menekankan kepentingan diri berbanding
kepentingan kumpulan.

Sebaliknya Kolektivisme lebih menekankan kepentingan kumpulan


berbanding kepentingan diri. Lebih menarik lagi, individu dalam budaya
Kolektivisme membezakan kelompok masyarakatnya kepada in-group dan
out-group untuk membolehkan mereka melihat konsep diri (Oetzel &
Ting-Toomey, 2001). In-group merupakan kelompok untuk seseorang
kolektivis menunjukkan kebergantungan dan kepercayaan (contohnya
keluarga, organisasi dan puak/suku kaum) untuk menjaga mereka, dan
sebagai balasannya mereka memberikan kesetiaan kepada in-group
berkenaan (Samovar, Porter & McDaniel, 2007). Kolektivis melihat out-
group sebagai kelompok yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan in-
group dan mereka akan mengasingkan diri atau mungkin menganggap
kelompok berkenaan sebagai ancaman kepada in-group (Oetzel & Ting-
Toomey, 2001). Kolektivis membentuk konsep kendiri mereka
berdasarkan in-group ini yang menekankan nilai yang dikongsi bersama,
matlamat yang sama dan membina hubungan (Sosik, 2002).

Menurut Samovar, Porter dan McDaniel (2007), individu dalam budaya


kolektif mempunyai keluarga besar (extended families) yang memberi
sokongan dan perlindungan kepada individu berkenaan sebagai balasan

19
kepada ketaatan yang diberikan. keperluan dan pencapaian individu
diletakkan selepas keperluan in-group. Berbeza pula dengan budaya
individualis dimana autonomi, inisiatif dan pencapaian individu serta
keputusan yang dibuat secara individu sangat dihargai. Dalam budaya ini,
persaingan adalah lebih digalakkan berbanding kerjasama, matlamat
peribadi adalah lebih penting dari matlamat kumpulan dan individu
cenderung untuk tidak bergantung secara emosi terhadap organisasi dan
institusi, dan setiap inidvidu mempunyai hak ke atas harta peribadi,
pemikiran dan pendapat. Oleh kerana itu, Inkson dan Thomas (2003)
menyatakan individualis melihat diri mereka sebagai individu yang tidak
bergantung kepada hubungan (independent), manakalah kolektivis melihat
diri mereka sebagai saling bergantungan (interdependent). Secara tidak
langsung, perbezaan ini menggambarkan identiti diri masyarakat
kolektivis dan individualis. kolektivism lebih menekankan kepada identiti
“kita/kami” berbanding “saya”, manakala identiti “I” lebih ditekankan
berbanding “we” dalam budaya kolektivisme (Davidzihar & Xu, 2004).
Contohnya, individualis kebiasaannya menggunakan “saya” apabila
bercakap tentang pencapaian mereka, manakala kolektivis biasanya
menggunakan “kami”.

Samovar, Porter dan McDaniel (2007) membuat rumusan tentang


budaya individualisme iaitu seperti berikut:
(i) Individu merupakan unit yang terpenting dalam apa
sahaja konteks sosial.
(ii) Konsep berdikari (independence) lebih ditekankan
berbanding konsep saling bergantung (interdependence).
(iii) Memberi ganjaran berdasarkan pencapaian individu.
(iv) Sangat menghargai keunikan setiap individu.

Berdasarkan kajian Hofstede, negara-negara seperti Amerika Syarikat,


Australia, Britain, Canada, Netherlands dan New Zealand cenderung
kepada orientasi individualisme (lihat Jadual 2.1).

Jadual 2.1: Nilai Individualisme/Kolektivisme bagi 50 Negara dan Tiga


Rantau

Ranking Negara Ranking Negara


1 Amerika Syarikat 28 Turki
2 Australia 29 Uruguay
3 Great Britain 30 Greece
4/5 Canada 31 Filipina
4/5 Netherlands 32 Mexico
6 New Zealand 33/35 Yugoslavia
7 Itali 33/35 Portugal
8 Belgium 33/35 Afrika Timur
20
9 Denmark 36 Malaysia
10/11 Sweden 37 Hong Kong
10/11 Perancis 38 Chile
12 Ireland 39/41 Singapura
13 Norway 39/41 Thailand
14 Switzerland 39/41 Afrika Timur
15 Jerman 42 Salvador
16 Afrika Selatan 43 Korea Selatan
17 Finland 44 Taiwan
18 Austria 45 Peru
19 Israel 46 Costa Rica
20 Sepanyol 47/48 Pakistan
21 India 47/48 Indonesia
22/23 Jepun 49 Colombia
22/23 Argentina 50 Venezuela
24 Iran 51 Panama
25 Jamaica 52 Ecuador
26/27 Brazil 53 Guatemala
26/27 Negara-negara Arab
Semakin rendah angka, semakin cenderung negara berkenaan
menekankan individualisme. Angka yang tinggi menunjukkan negara
berkenaan diklasifikasikan sebagai negara kolektivistik.

Sumber: Samovar, Porter & McDaniel. (2007).

Triandis (seperti dipetik dalam Samovar, Porter & McDaniel, 2007) pula
memberi rumusan tentang ciri-ciri budaya kolektivisme iaitu:
(i) Pendapat, keperluan and matlamat dalam in-group lebih
penting berbanding diri sendiri.
(ii) Norma sosial dan tugas ditentukan oleh in-group daripada
perlakuan untuk mendapatkan keseronokan oleh
individu.
(iii) Individu lebih menekankan perkongsian kepercayaan
dengan in-group berbanding kepercayaan yang
mengasingkan diri individu dari in-group.
(iv) Individu mempunyai kesediaan yang tinggi untuk
bekerjasama dengan in-group.

Bagi memudahkan pemahaman kita, rumusan keseluruhan tentang


perbezaan antara budaya kolektivisme dan individualisme boleh dilihat
pada Rajah 2.1.

21
Individualisme Kolektivisme
1. Menekankan individu. 1. Menekankan kumpulan (in-group).
2. Menekankan diri yang berdikari 2. Menekankan konsep diri yang saling
dan tidak saling bergantung bergantungan (interdependency).
(independent). 3. Memberi ganjaran berdasarkan
3. Memberi ganjaran berdasarkan kumpulan.
pencapaian individu. 4. Berkongsi kepercayaan in-group.
4. Menghargai keunikan individu. 5. Contoh negara: Pakistan, Venezuela,
5. Contoh negara: Amerika Syarikat, Colombia, Taiwan, Peru dan Afrika
Australia, Britain, Canada dan
New Zealand.

Rajah 2.1: Ringkasan perbezaan antara individualisme-kolektivisme

Walaupun perbincangan tentang kedua-dua konsep diatas seolah-olah


menunjukkan ia merupakan dua entiti yang terpisah, perlu untuk diingat
bahawa semua budaya mempunyai kedua-dua dimensi ini. Perbezaan
budaya adalah berasaskan kepada dimensi manakah diantara
individualisme atau kolektivisme yang lebih diberi penekanan oleh
budaya. Menurut Inkson dan Thomas(2003), adalah penting untuk kita
tidak mengaitkan individualism dengan sikap mementingkan diri
(selfishness). Kedua-dua jenis budaya mempunyai konsep hubungan dan
kumpulan tetapi bentuk hubungan yang terjalin adalah berbeza.
Kolektivis mempunyai kelompok in-group yang dipercayai seperti
keluarga dan puak sendiri untuk menjaga mereka, dan kolektivis
memberikan kesetiaan kepada in-group sebagai balasan terhadap
kepercayaan yang diberi (Samovar & Porter, 2004). Schmitz, Walker &
Walker (2003) menyatakan individualis juga membentuk hubungan
namun ikatan yang dibina adalah bersifat superficial. Tanggungjawab
individualis terhadap orang lain diminimakan dan ikatan sosial yang
dijalinkan tidaklah sekuat ikatan sosial dalam budaya kolektivisme.

Dengan memahami konsep Individualisme dan kolektivisme, ia dapat


membantu kita memahami bagaimana sesebuah budaya melihat
hubungan mereka dengan orang lain. Budaya boleh juga dibezakan
berdasarkan bagaimana mereka memberi respon kepada keadaan yang
tidak pasti. Oleh itu, Hofstede mengemukakan dimensi kedua iaitu
uncertainty avoidance.

(b) Uncertainty avoidance

Sebagai manusia, kita sukar untuk menentukan apa yang akan berlaku
pada masa hadapan. Walaupun kita boleh mencuba, kita tidak akan dapat
menjangka secara tepat apa yang akan berlaku pada minit, jam, hari,

22
tahun mahupun dekad akan datang. Justeru, menurut Samovar, Porter &
McDaniel (2007), uncertainty avoidance merujuk kepada sejauhmana
masyarakat dalam sesebuah budaya boleh menerima situasi yang tidak
berstruktur, tidak jelas atau tidak dapat diramalkan. Konsep in juga
melihat kepada sejauhmana budaya mengelakkan situasi berkenaan
dengan mewujudkan kod perlakuan yang tidak boleh diubah dan
kepercayaan terhadap kebenaran mutlak (absolute truths).

Berdasarkan definisi uncertainty avoidance diatas, Hofstede mengemukakan


dua orientasi budaya untuk menjelaskan sejauhmana sesebuah budaya
boleh menerima keadaan yang tidak pasti. Orientasi bekenaan ialah
budaya yang lebih menekankan high uncertainty avoidance iaitu
kecenderungan pada tahap tinggi untuk masyarakatnya mengelak dari
sebarang keadaan yang tidak pasti dan low uncertainty avoidance yang
menggambarkan kecenderungan pada tahap rendah untuk masyarakatnya
mengelak sebarang ketidakpastian.

Budaya yang mempunyai orientasi high uncertainty avoidance cuba untuk


mengelakkan ketidakpastian dan kekaburan dengan menyediakan
kestabilan kepada ahli masyarakatnya dengan mengemukakan lebih
banyak peraturan-peraturan formal, tidak boleh menerima idea dan
kelakuan yang pelik (deviant ideas and behaviours), mencari konsensus serta
percaya kepada kebenaran mutlak dan pendapat pakar. Budaya sebegini
juga mempunyai tahap tekanan dan kerisauan yang tinggi. Masyarakat
dalam orientasi ini percaya bahawa kehidupan ini mengundang bahaya
yang berpotensi untuk berterusan. Bagi mengelak bahaya, masyarakat
sangat memerlukan peraturan bertulis, perancangan, pengawalan, ritual,
upacara dan protokol komunikasi untuk menghasilkan kehidupan yang
lebih berstruktur.

Budaya yang mempunyai orientasi low uncertainty avoidance pula lebih


mudah untuk menerima keadaan yang tidak pasti dalam kehidupan,
mudah untuk bertoleransi dengan perkara yang diluar kebiasaan serta
tidak merasa terancam dengan individu dan idea yang berbeza. Mereka
sukakan inisiatif, tidak menyukai struktur dan hirarki, bersedia untuk
mengambil risiko, fleksibel, berpendapat bahawa peraturan perlu
dikurangkan dan tidak terlalu bergantung kepada pakar sebaliknya
bergantung kepada diri sendiri. Masyarakat dalam budaya sebegini kurang
mengalami tekanan.

Perbezaan dalam dimensi uncertainty avoidance mempengaruhi komunikasi


antarabudaya. Contohnya, dalam sebuah kelas di negara yang
mengamalkan low uncertainty avoidance, kita boleh menjangkakan pelajar-
pelajarnya selesa dengan situasi pembelajaran yang tidak berstruktur.dan
diberi ganjaran apabila dapat menyelesaikan masalah secara inovatif.

23
Berbeza dengan budaya high uncertainty avoidance, para pelajarnya
mengharapkan situasi pembelajaran yang berstruktur dan jawapan-
jawapan betul.

Dimensi ini turut mempengaruhi proses perundingan yang melibatkan


ahli-ahli dari kedua-dua orientasi budaya. Ahli-ahli yang mempunyai high
uncertainty avoidance lebih menyukai perundingan yang menyediakan
maklumat yang terperinci berbanding mereka dari budaya low uncertainty
avoidance. Proses perundingan juga menunjukkan perbezaan dari segi
pengambilan risiko (risk taking). Contohnya, individu dari budaya low
uncertainty avoidace tidak akan terhalang dengan perkara-perkara yang tidak
diketahui dan sanggup mengambil risiko berbanding individu dari budaya
high uncertainty avoidance. Contoh negara-negara yang memegang nilai
high uncertainty avoidance dan low uncertainty avoidance dapat dilihat pada
Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Nilai bagi Uncertainty Avoidance untuk 50 Buah Negara dan
Tiga Rantau

Rank Negara Rank Negara


1 Greece 28 Ecuador
2 Portugal 29 Jerman
3 Guatemala 30 Thailand
4 Uruguay 31/32 Iran
5/6 Belgium 31/32 Finland
5/6 Salvador 33 Switzerland
7 Jepun 34 Africa Timur
8 Yugoslavia 35 Netherlands
9 Peru 36 East Africa
10/15 Sepanyol 37 Australia
10/15 Argentina 38 Norway
10/15 Panama 39/40 Afrika Selatan
10/15 Perancis 39/40 New Zealand
10/15 Chile 41/42 Indonesia
10/15 Costa Rica 41/42 Canada
16/17 Turkey 43 Amerika Syarikat
16/17 Korea Selatan 44 Filipina
18 Mexico 45 India
19 Israel 46 Malaysia
20 Colombia 47/48 Great Britain
21/22 Venezuela 47/48 Ireland
21/22 Brazil 49/50 Hong Kong
23 Itali 49/50 Sweden

24
24/25 Pakistan 51 Denmark
24/25 Austria 52 Jamaica
26 Taiwan 53 Singapura
27 Negara-negara Arab
Semakin rendah angka, semakin cenderung negara berkenaan
menekankan high uncertainty avoidance. Angka yang tinggi menunjukkan
negara berkenaan diklasifikasikan dalam budaya low uncertainty avoidance.

Sumber: Diadaptasikan daripada Samovar, Porter & McDaniel. (2007).

Bagi memudahkan pemahaman kita, rumusan tentang perbezaan kedua-


dua orientasi budaya dapat dilihat pada Rajah 2.2.

High uncertainty avoidance Low uncertainty avoidance


1. Mengelak daripada ketidakpastian 1. Menerima ketidakpastian.
dan kekaburan. 2. Kurang peraturan.
2. Lebih banyak peraturan formal. 3. Boleh menerima sesuatu
3. Tidak dapat menerima yang luar biasa (unusual).
idea/perlakuan yang berbeza. 4. Tidak menyukai hierarki.
4. Mencari konsensus. 5. Bergantung pada diri sendiri
5. Percaya kepada kebenaran atau berbanding mereka yang
kepakaran mutlak. pakar.
6. Contoh: negara: Portugal, Greece, 6. Contoh: Sweden, Denmark,
Peru, Belgium dan Jepun. Norway, Amerika Syarikat,
Finland dan Netherlands.

Rajah 2.2: Perbezaan budaya low uncertainty avoidance dan high uncertainty
avoidance

Melalui konsep uncertainty avoidance, kita telah melihat bagaimana budaya


berbeza dari aspek penerimaan terhadap keadaan yang tidak pasti.
Seterusnya, Hofstede melihat kepada bagaimana masyarakat dalam
sesebuah budaya membentuk persepsi terhadap kuasa dan status melalui
dimensi ketiga, power distance.

(c) Power distance

Power distance merupakan dimensi yang menjelaskan sejauhmana


sesebuah masyarakat menyukai kuasa dalam hubungan, institusi dan
organisasi diagihkan secara sama rata (Samovar & Porter, 2004).
Hofstede (1980) mengkategorikan budaya kepada dua orientasi iaitu high
power distance dan low power distance. Menurut Samovar dan Porter (2004),

25
adalah penting untuk kita menyedari bahawa semua budaya mempunyai
kedua-dua orientasi, namun perbezaan dibuat berdasarkan orientasi mana
yang lebih mendominasi dalam sesebuah budaya.

Budaya yang menekankan orientasi high power distance menerima


ketidaksamaan agihan kuasa dalam masyarakat (Czaplewski, Miliman &
Taylor, 2002). Masyarakat dalam budaya ini percaya bahawa manusia
tidak sama dan setiap individu mempunyai tempatnya yang tersendiri
(Samovar & Porter, 2004). Sebaliknya, budaya low power distance
mengurangkan ketidaksamaan kuasa dan mengagihkan kuasa secara
saksama dalam masyarakat (Gibson, Kirkman & Shapiro, 2001; Samovar
& Porter, 2004). Masyarakat dalam budaya ini melihat satu sama lain
sebagai sama dan percaya bahawa masyarakat perlu diberikan kuasa
(Bantz, 1993; Golden & Viga, 2005).

Dalam konteks organisasi, budaya high power distance menerima


ketidaksamaan dalam peringkat hirarki. Ketidaksamaan hirarki
memberikan kesan kepada hubungan superior-subordinat dalam
organisasi yang mengamalkan budaya high power distance (Bantz, 1993).
Subordinat kebiasaannya mempunyai hubungan yang formal dengan
superior dimana panggilan pangkat biasanya digunakan untuk
menunjukkan jawatan superior dalam struktur organisasi (Samovar &
Porter, 2004). Oleh kerana superior memegang kuasa dan membuat
keputusan, mereka diberi autoriti dan rasa hormat yang mutlak dari
subordinat (Rutherford, 2005). Menurut Gibson et al. (2001), masyarakat
dalam budaya high power distance bahawa mereka perlu taat kepada
superior.Mereka akur kepada pemimpin menyebabkan mereka cenderung
untuk bersifat submisif, mengelak memberi pendapat yang bertentangan
dan mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua tanpa banyak soal.
Samovar dan Porter (2004) merumuskan bahawa organisasi high power
distance mengamalkan pemusatan kuasa, menekankan status dan ranking,
serta mengelakkan penyertaan subordinat apabila membuat keputusan.
Gibson et al. (2003) mendapati bahawa negara yang mempunyai orientasi
high power distance juga memegang nilai kolektivisme.

Dalam budaya low power distance, peringkat-peringkat dalam organisasi


kebiasannya tidak begitu dipentingkan dan setiap individu dilayan secara
sama rata (Bennett et al., 2003). Hubungan diantara superior dan
subordinat bersifat tidak formal dimana individu cuba mengelakkan
panggilan pangkat dan lebih gemar menggunakan nama semasa
berinteraksi (Samovar & Porter, 2004). Pemberian layanan istimewa
dianggap sebagai membodek dan permintaan untuk dilayan secara
berbeza dianggap sebagai tanda keangkuhan. Samovar dan Porter (2004)
mendapati bahawa hirarki dalam organisasi low power distance dianggap
sebagai peranan yang diwujudkan bagi memudahkan urusan dijalankan

26
dalam organisasi. Justeru, menurur Bichelmeye et al. (2005), hirarki yang
wujud adalah berasaskan kedudukan formal dan kepakaran. Pengurus
cuba untuk menonjolkan diri mereka sebagai orang mempunyai kuasa
yang sedikit dan selalu bekerjasama dengan subordinat. Subordinat
dilihat sebagai individu yang mempunyai status yang sama seperti
superior dan ini mendorong organisasi untuk menekankan pemberian
kuasa (empowerment) dan penyertaan (participation). Oleh itu organisasi low
power distance kebiasaannya berkongsi keputusan, merujuk subordinat,
bergantung kepada pembentukan kumpulan dan mengurangkan simbol
status.

Jadual 2.3 menunjukkan contoh-contoh negara yang mengamalkan


budaya low power distance dan high power distance.

Jadual 2.3: Nilai untuk Power Distance untuk 50 Negara dan Tiga Rantau

Rank Negara Rank Negara


1 Malaysia 27/28 Korea Selatan
2/3 Guatemala 29/30 Iran
2/3 Panama 29/30 Taiwan
4 Filipina 31 Sepanyol
5/6 Mexico 32 Pakistan
5/6 Venezuela 33 Jepun
7 Negara-negara Arab 34 Itali
8/9 Ekuador 35/36 Argentina
8/9 Indonesia 35/36 Afrika Selatan
10/11 India 37 Jamaica
10/11 Afrika Barat 38 Amerika Syarikat
12 Yugoslavia 39 Kanada
13 Singapura 40 Netherlands
14 Brazil 41 Australia
15/16 Perancis 42/44 Costa Rica
15/16 Hong Kong 42/44 Jerman
17 Colombia 42/44 Great Britain
18/19 Salvador 45 Switzerland
18/19 Turki 46 Finland
20 Belgium 47/48 Norway
21/23 Afrika Timur 47/48 Sweden
21/23 Peru 49 Ireland

27
21/23 Thailand 50 New Zealand
24/25 Chile 51 Denmark
24/25 Portugal 52 Israel
26 Uruguay 53 Austria
27/28 Greece
Semakin rendah angka, semakin menunjukkan negara berkenaan
mempunyai orientasi high power distance. Angka yang meningkat
menunjukkan negara berkenaan lebih menekankan orientasi low power
distance.

Sumber: Samovar, Porter & McDaniel. (2007).

Untuk memudahkan pemahaman kita, Rajah 2.3 di bawah memberi


ringkasan perbezaan antara budaya low power distance dan high power distance.

High power distance Low power distance


o Masyarakat tidak berkongsi kuasa. o Meminimakan kuasa.
o Masyarakat tidak sama status. o Masyarakat boleh mendapatkan
o Wujud hierarki sosial untuk kuasa.
menunjukkan ketidaksamarataan o Hierarki digunakan untuk
(inequality). menunjukkan ketidaksamaan
o Menekankan status dan rank. peranan.
o Contoh: India, Afrika, Brazil, o Superior tidak begitu menunjukkan
Singapura, Greece, Venezuela, kuasa.
Mexico dan Filipina. o Contoh: Austria, Finland, Denmark,
Norway, Amerika Syarikat, New
Zealand & Israel.

Rajah 2.3: Ringkasan perbezaan antara budaya high power distance dan
low power distanc

(d) Masculinity/femininity

Menurut Porter, Samovar dan McDaniel (2007), Hofstede menggunakan


perkataan masculinity dan femininity untuk merujuk kepada sejauhmana
ciri-ciri maskulin atau feminin dihargai dan ditonjolkan dalam sesebuah
budaya. Hofstede melihat bahawa kebanyakan perlakuan maskulin dan
feminin dipelajari dan disalurkan melalui norma-norma dan tradisi
budaya.

28
Maskuliniti merujuk kepada sejauhmana nilai dominan dalam sesebuah
masyarakat adalah berorientasikan lelaki. Budaya yang lebih menekankan
ciri-ciri maskulin menggunakan sifat biologi untuk mentakrifkan peranan
sosial bagi kaum lelaki dan wanita. Mereka mengharapkan lelaki untuk
bersifat asertif, bercita-cita tinggi, suka bersaing, berusaha untuk
mencapai kejayaan material dan menghormati sesuatu yang besar, kuat
dan pantas.

Ireland, Filipina, Greece, Venezuela, Austria, Jepun, Itali dan Mexico


merupakan contoh-contoh negera yang menekankan nilai maskulin (sila
lihat Jadual 2.4). Contohnya di Ireland, kaum wanita hanya menduduki
32 kerusi berbanding 226 kerusai yang dipertandingkan di parlimen. Nilai
yang lebih menekankan orientasi maskulin ini dapat dilihat dalam arena
politik di negara-negara yang mengamalkan budaya masculiniti.

Jadual 2.4: Nilai Maskulin bagi 50 Buah Negara dan Tiga Rantau

Ranking Negara Ranking Negara


1 Jepun 28 Singapura
2/3 Austria 29 Israel
2/3 Venezuela 30/31 Indonesia
4/5 Itali 30/31 Afrika Barat
4/5 Switzerland 32/33 Turki
6 Mexico 32/33 Taiwan
7/8 Ireland 34 Panama
7/8 Jamaica 35/36 Iran
9/10 Great Britain 35/36 Perancis
9/10 Jerman 37/38 Sepanyol
11/12 Filipina 37/38 Peru
11/12 Colombia 39 Afrika Timur
13/14 Afrika Selatan 40 Salvador
13/14 Ecuador 41 Korea Selatan
15 Amerika Syarikat 42 Uruguay
16 Australia 43 Guatemala
18/19 Greece 45 Portugal
18/19 Hong Kong 46 Chile
20/21 Argentina 47 Finland
20/21 India 48/49 Yugoslavia

29
22 Belgium 48/49 Costa Rica
23 Negara-negara Arab 50 Denmark
24 Kanada 51 Netherlands
25/26 Malaysia 52 Norway
25/26 Pakistan 53 Sweden
27 Brazil
Semakin rendah angka, semakin negara berkenaan tergolong dalam
budaya maskulin. Angka yang tinggi menunjukkan negara berkenaan
cenderung kepada nilai-nilai feminin.

Sumber: Samovar, Porter & McDaniel. (2007).

Budaya femininity pula menekankan perlakuan nurturing. Budaya ini


percaya bahawa lelaki tidak perlu menjadi asertif dan memainkan peranan
nurturing disamping menggalakkan persamaan gender dan percaya bahwa
manusia dan alam sekitar adalah dua entiti yang cukup penting.
Perlakuan yang saling bergantung (interdependence) adalah ideal dan
masyarakat mudah bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Sweden, Norway, Finland dan Denmark cenderung ke arah menekankan
nilai feminin. Contohnya di Sweden, wanita mewakili sebanyak 45
peratus dari 349 kerusi pada pilihanraya 2002.

Peranan gender juga dapat diperhatikan di tempat kerja dalam kedua-dua


orientasi budaya. Menurut Kim (seperti dipetik dalam Samovar, Porter &
McDaniel, 2007), dalam budaya maskulin, wanita perlu tinggal di rumah
dan masyarakatnya tidak menggalakkan wanita untuk mengejar kerjaya
profesional. Oleh kerana itu dalam budaya maskulin seperti di Jepun,
Jerman, Eropah dan Asia, wanita menghadapi halangan besar untuk
mencapai kesamaan gender di tempat kerja. Mereka diharapkan untuk
membantu lelaki dan diberi pendapatan yang lebih rendah, pekerjaan
yang kurang stabil dan peluang yang sedikit untuk mencapai kemajuan
diri. Sebaliknya masyarakat dalam budaya feminin mengharapkan wanita
untuk bekerja dan selalunya menyediakan sistem sokongan sosial.
Contohnya di Sweden, ibu bapa diberi cuti bersalin untuk menjaga bayi
yang baru lahir dan kerajaan menyediakan nurseri bagi menjaga kanak-
kanak.

Untuk memudahkan pemahaman, Rajah 2.4 menunjukkan ringkasan


perbezaan budaya maskulinity dan femininity.

30
Masculinity Femininity
1. Nilai dominan adalah 1. Memainkan peranan untuk
berorientasikan kepada kaum memelihara dan memupuk
lelaki. (Nurturing roles).
2. Percaya lelaki perlu bersifat asertif, 2. Menggalakkan persamaan
bercita-cita tinggi dan suka gender promote sexual equality.
bersaing. 3. Contoh: Sweden, Norway,
3. Contoh: Ireland, the Philippines, Finland, Denmark dan
Greece, Venezuela, Austria, Japan, Netherlands.
Italy dan Mexico.

Rajah 2.4: Perbezaan budaya masculinity dan femininity

Secara keseluruhannya, kesemua dimensi Hofstede pastinya telah dapat


membantu kita memahami nilai-nilai yang lebih diberi penekanan dalam
sesebuah budaya. Kesemua dimensi berkenaan juga membantu kita
memahami bagaimana sebuah budaya berbeza dengan budaya lain. Selain
itu, dimensi-dimensi berkenaan mendorong kita untuk menghargai dan
memahami perlakuan masyarakat dalam sesebuah budaya.

Kita akan meneruskan perbincangan kepada taksonomi kedua yang


diperkenalkan oleh Edward T. Hall iaitu budaya high context dan low context

2.4.2 Budaya High Context dan Low Context oleh Hall

Samovar dan Porter (2004) percaya dimensi ini amat berguna untuk
memahami perbezaan budaya dari sudut konteks komunikasi. Mereka
menjelaskan bahawa konteks komunikasi merujuk kepada sejauhmana
makna terhadap mesej komunikasi datang dari persekitaran atau
perkataan yang dituturkan.

Hall (seperti dipetik dalam Samovar & Porter, 2004) mengkategorikan


budaya dalam high context dan low context. Budaya high context
berkomunikasi dengan cara yang berlapik. Kebanyakan makna tidak
terdapat pada perkataan yang digunakan tetapi melalui komunikasi bukan
lisan seperti gerak badan, kesenyapan (silence), ruang peribadi, nada
suara, gerakan kepala dan tangan dan pengulangan perkataan. Schmitz et
al. (2003) menyatakan komunikasi high context timbul dari hubungan yang
kuat diantara komunikator yang membenarkan mereka untuk berkongsi
pemahaman tentang komunikasi bukan lisan bagi membolehkan mereka
mentafsir mesej yang berlapik. Contohnya, ucapan “Ya” dalam budaya
high context membawa makna ya, tidak atau mungkin. Komunikator perlu
memberi perhatian kepada intonasi, gerakan badan atau mata untuk

31
mendapatkan makna sebenar. Mengucapkan “tidak” secara terus dalam
budaya high context dianggap sebagai biadap dan boleh menjatuhkan air
muka orang lain.

Menurut Porter dan Samovar (2004), kesenyapan (silence) dilihat melalui


cara yang unik kerana komunikator dalam budaya high context percaya
bahawa penghantaran mesej melalui kesenyapan selalunya lebih baik dari
menggunakan perkataan. Schmitz et al. (2003) menyatakan kesenyapan
(silence) membawa makna dan menggambarkan pemikiran terutamanya
bagi negara di Asia Tenggara. Cara ini juga merupakan strategi untuk
menjaga air muka atau membuka pilihan. Tindakan untuk mengisi
kesenyapan dianggap sebagai agresif dan emosional.

Budaya low context pula bergantung kepada komunikasi yang jelas dan
tidak berlapik. Kebanyakan maklumat datang dari komunikasi verbal
yang mendorong masyarakatnya untuk kerap bercakap. Menurut Schmitz
et al. (2003), masyarakat dalam budaya low context menumpukan perhatian
kepada perkataan untuk membawa makna dan mengelak sebarang
gangguan dari komunikasi non-verbal. Mereka sangat menghargai
ketepatan dan kejelasan komunikasi verbal, dan sangat tidak selesa
dengan infomasi yang berdasarkan konteks.

Czaplewski et al. (2002) mendapati bahawa perbezaan bentuk komunikasi


ini mempengaruhi budaya dari segi penggunaan teknologi. Komunikator
dari budaya low context berupaya untuk membina hubungan melalui
telefon, faks dan internet. Sebaliknya, komunikator dari budaya high
context tidak gemar untuk berinteraksi tanpa komunikasi bersemuka dan
bermasalah untuk membina hubungan melalui teknologi.

Contoh-contoh negara yang dikategorikan dalam budaya high context dan


low context dapat dilihat pada jadual 2.5 seperti di bawah.

Jadual 2.5: Susunan Budaya Mengikut Kontinuum dari Dimensi High


Context ke Low Context.

Budaya high context

Masyarakat Jepun
Masyarakat China

Masyarakat Korea
Masyarakat Afrika Amerika

Masyarakat Asli Amerika


32
Masyarakat Arab

Masyarakat Greek

Masyarakat Latin

Masyarakat Itali

Masyarakat Britain

Masyarakat Perancis

Masyarakat Amerika Selatan

Masyarakat Skandinavia

Masyarakat Jerman

Masyarakat Jerman/Swiss

Budaya low context

Sumber: Samovar, Porter & McDaniel. (2007).

Untuk memudahkan pemahaman kita, Rajah 2.5 memberi ringkasan


perbezaan antara budaya high context dan low context oleh Hall.

High context Low context

• Kebanyakan makna datang dari o Masyarakat kurang bersifat


konteks. homogenous.
• Masyarakat bersifat homogenous. o Kebanyakan makna datang
• Banyak menggunakan komunikasi dari mesej verbal.
bukan lisan seperti gerak badan o Komunikasi melalui
(gestures), kesenyapan (silence) dan perkataan yang dituturkan.
ruang (space). o Contoh: Jerman,
Switzerland, Skandinavia dan
• Contoh: Masyarakat orang asli
Amerika Utara.
Amerika (Native Americans), Jepun,
Arab, China dan Korea.

Rajah 2.5: Perbezaan budaya high context dan low context

33
2.5 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat asas dan nilai budaya. Dalam
membincangkan topik ini, kita telah membincangkan elemen-elemen
yang wujud dalam budaya yang meliputi sejarah, agama, nilai, bahasa dan
unit sosial. Kita juga telah membincangkan tiga ciri-ciri budaya iaitu
budaya dipelajari, budaya ditransmisikan dan budaya bersifat dinamik.
Akhir sekali, kita telah membincangkan corak budaya dengan memahami
dua taksonomi budaya iaitu dimensi nilai budaya Hofstede (Hofstede’s
Value Dimensions) dan budaya low context dan high context oleh Hall. Setelah
melalui perbincangan tentang asas dan nilai budaya, sudah pasti kita tidak
akan mudah membuat persepsi negatif terhadap perbezaan budaya.
Sebaliknya, perbezaan serta persamaan yang wujud antara budaya
membuatkan pengajian komunikasi antarabudaya sebagai suatu bidang
yang menarik.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan bagaimana dengan mempelajari sesebuah budaya,ia


dapat membantu memahami budaya yang lain.

2. Jelaskan perbezaan perlakuan yang ditunjukkan oleh individu


yang datang dari budaya individualisme dan kolektivisme.

3. Bincangkan konsep high context dan low context. Apakah masalah


yang akan anda hadapi apabila berkomunikasi dengan individu
yang mempunyai konteks budaya yang berbeza.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Lima elemen budaya ialah bahasa, agama, sejarah, sistem sosial


dan nilai.

2. Elemen-elemen budaya penting untuk membantu memahami


persamaan dan perbezaan yang wujud antara satu budaya dengan
budaya yang lain.

34
3. Tiga ciri-ciri budaya ialah budaya dipelajari, budaya
ditransmisikan dan budaya bersifat dinamik.

4. Budaya bersifat dinamik bermaksud budaya tidak lari dari


mengalami perubahan. Antara faktor yang menyebabkan
berlakunya perubahan dalam sesebuah budaya ialah seperti
peningkatan populasi, inovasi teknologi, krisis alam sekitar,
penjajahan, migrasi, imigrasi atau modifikasi perlakuan. Oleh
kerana perubahan sebeginilah, budaya dikatakan bersifat
“fluctuate” dan tidak bersifat statik.

5. Individualisme/kolektivisme, uncertainty avoidance, power distance


dan masculinity/femininity.

6. Budaya high context ialah budaya yang lebih menekankan


komunikasi yang berlapik. Makna komunikasi kebanyakannya
datang dari konteks, bukannya dari perkataan. Masyarakat dalam
budaya high context lebih banyak menggunakan komunikasi
bukan lisan seperti mimik muka, gerakan badan dan kesenyapan
untuk menyampaikan makna sesuatu mesej apabila
berkomunikasi. Budaya low context pula ialah budaya yang lebih
menekankan penggunaan komunikasi verbal atau penggunaan
perkataan yang tepat. Masyarakat dalam budaya ini lebih
bergantung kepada perkataan berbanding komunikasi bukan lisan
bagi menyampaikan makna sesuatu mesej apabila berkomunikasi.

35
36
BAB 3

KEPELBAGAIAN BAHASA DAN BUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mengetahui bagaimana bahasa memainkan peranan dalam
struktur kehidupan manusia.
2. Mengenalpasti kepentingan bahasa dalam komunikasi dan
interaksi.
3. Mempelajari bagaimana bahasa membentuk identiti bangsa.
4. Memahami dengan lebih jelas akan kepelbagaian cara
penggunaan bahasa dalam budaya yang berbeza.

3.1 PENGENALAN

Dalam bab yang terdahulu, kita telah melihat dan membincangkan


tentang asas dan nilai budaya. Seterusnya dalam bab ini kita akan melihat
bagaimana bahasa memainkan peranan yang penting dalam struktur
kehidupan manusia. Mungkin sukar untuk kita membayangkan
bagaimana kehidupan kita tanpa bahasa. Ia telah menjadi sebahagian
daripada pengalaman hidup kita di mana apabila dua individu berada
bersama, mereka pasti akan berkomunikasi. Proses berkomunikasi akan
menjadi lebih sukar apabila individu dari budaya yang berbeza perlu
berkomunikasi. Jadi dalam bab ini kita akan mengenalpasti kesan-kesan
sistem bahasa ke atas kemampuan kita untuk berkomunikasi antara
budaya. Selain daripada itu, kita juga akan mendalami sifat-sifat
semulajadi bahasa dan bagaimana kod-kod lisan mempengaruhi
komunikasi kita yang datang dari latarbelakang budaya yang berbeza.

3.2 BAHASA DAN KOMUNIKASI

Bahasa merupakan cara utama untuk kita berkomunikasi antara satu


sama lain dan hakikat ini amat nyata. Hubungan dinamik di antara bahasa
dan komunikasi merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan
disebabkan oleh faktor itu, kita selalunya gagal untuk mengenalpasti
kepentingan bahasa dalam komunikasi dan interaksi kita dengan orang
lain. Seperti yang dinyatakan oleh Lustig dan Koester (1993), bahasa—
tidak kira sama ada ianya Inggeris, Melayu, Peranchis, Urdu atau

37
Mandarin—merupakan sesuatu yang dipandang mudah dan ringan. Kita
menggunakan bahasa untuk menyampaikan pandangan, perasaan, niat
dan keinginan kita kepada orang lain (Bonvillain, 2003). Kita belajar
tentang orang lain melalui apa yang mereka katakan dan bagaimana
mereka menyatakannya dan kita juga belajar tentang diri kita sendiri
melalui reaksi orang lain terhadap apa yang kita katakan. Kita juga belajar
tentang hubungan kita dengan orang lain melalui sikap tolak ansur kita
apabila kita berinteraksi dengan mereka.

Bahasa memainkan beberapa peranan utama yang merangkumi budaya,


kehidupan dan masyarakat (Samovar, Porter & McDaniel, 2007).
Pertama, dari perspektif budaya, ia merupakan salah satu cara untuk kita
mengekalkan budaya dan ia juga merupakan medium untuk
memindahkan budaya kepada generasi baru. Kedua, ia membantu
membentuk dan mengekalkan komuniti dengan menyatukan individu-
individu dalam sesebuah masyarakan yang mempunyai identiti yang
serupa. Akhirnya, pada peringkat masyarakat, ia amat penting dalam
semua aspek interaksi manusia.

3.3 BAHASA, BUDAYA DAN KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Penggunaan dan gaya bahasa mencerminkan identiti sesuatu budaya,


sama seperti ia menggambarkan personaliti seseorang individu. Seperti
yang dinyatakan oleh Saville-Troike (2003), terdapat hubungan yang jelas
di antara bentuk dan kandungan bahasa dengan kepercayaan, nilai dan
keperluan yang wujud di dalam budaya seseorang. Bahasa sering
dikaitkan dengan identiti bangsa dan tidak hairanlah jika ramai pemimpin
politik dan negara menekankan bahawa bahasa dan budaya tidak dapat
dipisahkan. Oleh itu, tidak hairanlah jika di negara kita sendiri, ramai ahli
politik mahupun badan-badan bukan kerajaan yang begitu sensitif
dengan penggunaan bahasa dan menekankan penggunaan bahasa Melayu
dalam semua peringkat interaksi. Kerajaan juga cuba untuk mengambil
langkah-langkah untuk menghalang perubahan-perubahan yang cuba
dilakukan ke atas perkataan-perkataan tertentu dalam Bahasa Melayu
kerana ditakuti ianya akan mencemarkan budaya dan identiti kita.
Bagaimanapun, walau sejauh mana kita cuba untuk mengekalkan bahasa
termasuk penggunaannya, adalah penting juga bagi kita untuk menyedari
bahawa bahasa memerlukan penggunaan perkataan dari bahasa yang lain.
Contohnya, bahasa Melayu sendiri banyak meminjam perkataan-
perkataan dari bahasa-bahasa lain seperti bahasa Melayu Indonesia dan
bahasa Inggeris.

38
3.3.1 Proses-Proses Verbal
Seperti yang kita telah lihat, adalah mustahil untuk kita memisahkan
bahasa dan budaya. Di peringkat paling asas, bahasa merupakan satu
elemen dan peraturan untuk kita gunakan bagi menghubungkan kita
dengan orang lain. Elemen-elemen ini, yang merangkumi perkataan,
bunyi serta peraturan-peraturan untuk menggunakan simbol-simbol dan
bunyi juga berbeza antara satu budaya dengan budaya yang lain.
Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu
benda juga berbeza. Masyarakat Malaysia tinggal di dalam ‘rumah’ tetapi
di England, masyarakatnya tinggal di dalam ‘house’. Ini merupakan contoh
yang paling mudah dan jelas. Selain daripada itu terdapat juga
kepelbagaian linguistik yang lain, yang mungkin tidak sebegitu jelas.
Contohnya, fonologi, iaitu sistem bunyi yang merangkumi sebutan
sesuatu perkataan juga berbeza dari satu budaya. Bahasa Melayu
mempunyai 24 bunyi konsonan dan enam vokal. Bahasa Inggeris pula
mempunyai 21 bunyi konsonan dan lima vokal.
Selain daripada itu, tatabahasa juga berbeza dari satu bahasa ke bahasa
yang lain. Dalam bahasa Melayu, kita membezakan bilangan—satu dan
banyak, dengan menggunakan perkataan tertentu seperti banyak, ramai
ataupun menggunakan perkataan berganda. Tetapi di dalam bahasa
Inggeris, satu dan banyak dibezakan dengan meletakkan hurus ‘s’ di
penghujung perkataan yang perlu. Contohnya, ‘boy’ untuk seorang budak
lelaki dan ‘boys’ untuk ramai budak lelaki. Jika dilihat betul-betul,
perbezaan-perbezaan yang wujud dalam proses-proses verbal seperti ini
menunjukkan bahawa jika kita ingin berkomunikasi di dalam bahasa yang
lain selain dari bahasa ibunda kita, adalah penting untuk kita mengetahui
bukan sahaja perkataan dalam bahasa tersebut tetapi juga peraturan
untuk menggunakan perkataan-perkataan tersebut.
3.3.2 Bahasa, Budaya dan Makna
Setiap perkataan yang kita tuturkan mempunyai maksud yang berbeza,
bergantung kepada latarbelakang dan konteks dimana setiap pekataan itu
dituturkan. Seperti contoh, dalam bahasa Inggeris, cool mempunyai
makna yang berbeza di antara individu. Pada A, cool bermakna sejuk,
merujuk kepada cuaca tetapi pada B, cool mungkin bermakna cantik dan
bergaya. Dalam bahasa Melayu pula, perkataan daki contohnya, boleh
membawa maksud yang berbeza. Pada A, daki mungkin merujuk kepada
kotoron yang melekat dibadan. Tapi pada B, daki mungkin merujuk
kepada perbuatan, iaitu menaiki atau memanjat (i.e. mendaki gunung).
Jelas di sini bahawa setiap individu mentafsir makna berdasarkan kepada
latarbelakang diri masing-masing. Kita akan memberikan tafsiran yang
sama kepada setiap perkataan hanya jika kita mempunyai atau
mengharapkan pengalaman yang sama.
39
3.3.3 Hipotesis Sapir-Whorf tentang Relativiti Linguistik
(Linguistic Relativity)

Sehingga awal abad ke20, bahasa sering dianggap sebagai satu medium
neutral yang tidak memberikan sebarang pengaruh kepada kita dalam
mengumpulkan sebarang pengalaman dalam kehidupan kita. Pada waktu
itu, adalah dipercayai bahawa tidak kira samada kita membesar, belajar
dan bercakap bahasa Melayu atau Inggeris, kita akan melalui kehidupan
ini dengan cara yang sama (Lustig & Koester, 1993). Ini bermakna
perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam sesuatu bahasa tidak akan
mempengaruhi individu-individu yang datang dan bercakap dalam bahasa
yang berbeza.

Namun, dalam tahun 1921, ahli Antropologi Edward Sapir mula melihat
dan mentafsir bahasa melalui sudut yang berbeza—bahasa
mempengaruhi dan mampu menentukan cara kita berfikir. Pemikiran
beliau kemudian diteruskan oleh Benjamin Whorf sehingga tahun
1950an. Idea-idea mereka kemudiannya dikenali antaranya sebagai theory
of linguistic determinism, theory of linguistic relativity, hipotesis Sapir-Whorf dan
hypotesis Whorfian. Sapir (dalam Whorf, 1956: 134) menegaskan:

Manusia tidak hidup sendirian dalam dunia yang objektif


ini, tidak juga bersendirian dalam dunia yang penuh dengan
aktiviti sosial seperti yang biasa difahami, tetapi bergantung
kepada belas kasihan (mercy) bahasa tertentu yang telah
menjadi medium untuk mengekspresikan diri dalam
masyarakat mereka. Amat sukar untuk membayangkan
bahawa seseorang itu menyesuaikan diri dengan realiti tanpa
menggunakan bahasa dan bahasa merupakan suatu cara
untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik dalam
komunikasi atau refleksi diri. Fakta sebenar tentang perkara
ini ialah “dunia sebenar” secara tidak sedar banyak
dipengaruhi oleh kebiasaan berbahasa sesuatu
kumpulan....Kita melihat dan mendengar serta mengumpul
banyak pengalaman kerana kebiasaan-kebiasaan berbahasa
dalam masyarakat kita memperlihatkan pilihan-pilihan
tertentu dalam menterjemahkan diri.

Sepanjang tiga dekad mereka berkongsi idea-idea mereka, pandangan-


pandangan mereka telah dilihat agak berubah dan tulisan-tulisan mereka
telah banyak dimasukkan dengan pandangan-pandangan yang lebih
“tegas” tentang hubungan di antara bahasa dan pemikiran dan
pandangan yang lebih “lembut” yang menjelaskan bagaimana bahasa
mempengaruhi atau membentuk pemikiran (Lustig & Koester, 1993).

40
Dalam pandangan yang “tegas” atau versi deterministic dalam hipotesis
mereka, bahasa dilihat berfungsi sebagai penjara—apabila kita
mempelajarai bahasa, kita tidak akan dapat lari daripada dipengaruhi oleh
sifat-sifatnya. Versi yang lebih “lembut pula merupakan pandangan
tentang sifat semulajadi antara hubungan bahasa dan pemikiran.
Mengikut pandangan ini, bahasa membentuk cara kita berfikir dan
melalui kehidupan dan pengaruh ini tidak akan berkurangan malah
adalah tidak mustahil untuk kita yang mempunyai sistem bahasa yang
berbeza untuk mempelajari perkataan-perkataan dan kategori-kategori
yang hampir serupa supaya komunikasi akan menjadi lebih tepat.

Sumbangan utama daripada kajian Sapir dan Whorf kepada komunikasi


antarabudaya ialah kejayaan mereka menarik perhatian umum terhadap
hubungan penting di antara pemikiran, budaya dan bahasa.

3.3.4 Relativiti Linguitik (Linguistic Relativity) dan Komunikasi


Antarabudaya

Ciri-ciri semantik dan sintaktik bahasa merupakan pembentuk utama


bagaimana kita melalui kehidupan secara fizikal dan sosial Kenyataan
Sapir dan Whorf bahawa bahasa menentukan realiti telah terbukti salah.
Bahasa tidak menentukan kemampuan kita untuk merasai kehidupan
fizikal, malah bahasa pertama yang kita pelajari juga tidak menentukan
cara pemikiran kita sehingga kita tidak dapat keluar untuk menerima
pandangan yang lain. Bagaimanapun, bahasa berupaya membentuk dan
mempengaruhi pemikiran dan perlakuan kita (Lustig & Koester, 1993).
Katakerja dalam bahasa menggambarkan apa yang perlu kita tahu untuk
kita berdepan dengan persekitaran dan bentuk budaya kita. Sementara
itu, komponen-komponen semantik dan sintaktik sesuatu bahasa
membolehkan kita untuk mengenalpasti perkara-perkara tertentu
disekeliling kita serta melabelkan mereka dalam cara yang tertentu.
Komponen-komponen bahasa juga mencipta bentuk-bentuk respon yang
menjadi kebiasaan kepada kita, peristiwa-peristiwa dan mesej-mesej yang
mengelilingi kita. Bahasa saling berkait dengan aspek-aspek lain di dalam
budaya untuk memperkukuhkan bentuk budaya yang kita pelajari.

Kita boleh mengelak daripada pengaruh bahasa tertentu tetapi adalah


mustahil untuk kita mengelak daripada menterjemah atau berinteraksi di
dalam bahasa kedua. Bagaimanapun, memandangkan kategori-kategori di
mana kita membuat koding dan mengasingkan pengalaman kita
sebenarnya ditentukan oleh bahasa, kita tidak dapat mengelak daripada
melihat dunia ini dengan cara tertentu dan realiti yang kita cipta juga
adalah berbeza dengan individu lain yang menggunakan bahasa yang
berbeza dengan kategori yang berbeza. Apabila perbezaan kategori-
kategori ini terlalu besar, kita akan menghadapi masalah berkomunikasi

41
di antara satu sama lain. Perbezaan-perbezaan bahasa ini mempengaruhi
apa yang selalunya mudah untuk dikata dan apa yang pada zahirnya
mustahil untuk dikata.

Walaupun dalam sebuah negara yang hanya mempunyai satu bahasa


pertuturan, masih terdapat banyak variasi bagaimana bahasa
dipertuturkan. Selain daripada itu, terdapat kepelbagaian yang ketara
bagaimana perkataan digunakan dan apa maksud yang cuba disampaikan.
Contohnya, di kalangan masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa
Melayupun, kita masih dapat melihat kepelbagaian dialek yang digunakan.
Orang utara mempunyai dialek mereka sendiri. Begitu juga orang Perak,
Negeri Sembilan dan orang pantai timur. Selain daripada itu, sudah
menjadi kebiasaan juga kepada kita untuk mendengar perkataan-
perkataan, ayat-ayat dan ungkapan-ungkapan yang hanya dipertuturkan
disatu-satu bahagian saja dalam negara kita. Rasanya kita dapat
bayangkan perbezaan-perbezaan dialek ini serta perkataan-perkataan
yang berbeza dengan apa yang kita pertuturkan seharian.

Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat Malaysia yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pertuturan
mereka seharian. Contohnya, masyarakat Cina dan India yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa utama dalam
pertuturan mereka seharian. Sehubungan dengan itu, YAB Timbalan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan
bahawa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan
ditukar kepada bahasa Malaysia yang lebih menunjukkan bahawa bahasa
Melayu itu sebenarnya milik semua rakyat Malaysia dan bukannya hanya
untuk orang Melayu sahaja. Selain daripada itu, para majikan juga perlu
lebih peka terhadap bahasa-bahasa yang berbeza yang dituturkan oleh
kakitangan atau pekerjanya kerana dalam masyarkat majmuk sebegini,
rakyat negara ini akan lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Memandangkan perbezaan-perbezaan bahasa ini
merupakan faktor-faktor kukuh yang mempengaruhi hubungan di antara
etnik dan kumpulan-kumpulan tertentu yang wujud dalam sesuatu
komuniti dan negara, kita perlu lebih peka apabila menggunakan bahasa
dalam pertuturan kita.

3.3.5 Bahasa dan Komunikasi Antarabudaya

Walaupun dalam sebuah negara yang hanya mempunyai satu bahasa


pertuturan, masih terdapat banyak variasi bagaimana bahasa
dipertuturkan. Selain daripada itu, terdapat kepelbagaian yang ketara
bagaimana perkataan digunakan dan apa maksud yang cuba disampaikan.
Contohnya, di kalangan masyarakat Malaysia yang menggunakan bahasa
Melayupun, kita masih dapat melihat kepelbagaian dialek yang digunakan.

42
Orang utara mempunyai dialek mereka sendiri. Begitu juga orang Perak,
Negeri Sembilan dan orang pantai timur. Selain daripada itu, sudah
menjadi kebiasaan juga kepada kita untuk mendengar perkataan-
perkataan, ayat-ayat dan ungkapan-ungkapan yang hanya dipertuturkan
disatu-satu bahagian saja dalam negara kita. Rasanya kita dapat
bayangkan perbezaan-perbezaan dialek ini serta perkataan-perkataan
yang berbeza dengan apa yang kita pertuturkan seharian.

Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat Malaysia yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam pertuturan
mereka seharian. Contohnya, masyarakat Cina dan India yang
menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa utama dalam
pertuturan mereka seharian. Sehubungan dengan itu, YAB Timbalan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan
bahawa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara akan
ditukar kepada bahasa Malaysia yang lebih menunjukkan bahawa bahasa
Melayu itu sebenarnya milik semua rakyat Malaysia dan bukannya hanya
untuk orang Melayu sahaja. Selain daripada itu, para majikan juga perlu
lebih peka terhadap bahasa-bahasa yang berbeza yang dituturkan oleh
kakitangan atau pekerjanya kerana dalam masyarkat majmuk sebegini,
rakyat negara ini akan lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Memandangkan perbezaan-perbezaan bahasa ini
merupakan faktor-faktor kukuh yang mempengaruhi hubungan di antara
etnik dan kumpulan-kumpulan tertentu yang wujud dalam sesuatu
komuniti dan negara, kita perlu lebih peka apabila menggunakan bahasa
dalam pertuturan kita.

3.4 BUDAYA DAN PERATURAN BERINTERAKSI

Kita telah melihat bagaimana peraturan dan cara penggunaan pelbagai


bahasa ini selalunya tidak jelas dan mungkin sukar untuk diterima akal
kepada orang lain yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama. Namun,
kepada mereka yang menggunakan bahasa ibunda tersebut, peraturan-
peraturan ini amat mudah diterima, wajar dan ada logiknya jika
dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Jadi, untuk kita memahami
dengan lebih jelas akan kepelbagaian tentang cara penggunaan bahasa
dalam budaya yang berbeza ini, elok jika kita melihat empat ciri utama
bahasa yang merangkumi peraturan-peraturan ini (Samovar et al., 2007):
berterus terang dan berlapik; pengekalan sistem dan hubungan sosial; dan
luahan perasaan.

3.4.1 Berterus Terang dan Berlapik

Penggunaan bahasa menggambarkan struktur nilai dan budaya yang


mendalam. Samovar et al. (2007) menjelaskan bahawa tahap di mana

43
sesuatu budaya itu menilai sifat berterus terang dan berlapik dapat dilihat
melalui cara bahasa digunakan di dalam sesuatu budaya. Contohnya,
orang Melayu lebih bersifat berlapik apabila bercakap kerana kita lebih
menekankan untuk menjaga perasaan dan air muka orang lain. Jadi
perkataan-perkataan yang kita gunakan adalah lebih lembut tetapi penuh
dengan ketidakjelasan. Selalunya ia tidak menjurus tepat kepada maksud
yang ingin disampaikan. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan rakyat
Amerika, mereka lebih bersifat terus terang kerana gaya sebegitu telah
menjadi sebahagian daripada budaya interaksi yang dominan dalam
masyarakatnya. Mereka lebih bersifat terbuka. Bagaimanapun, gaya
bahasa yang digunakan itu boleh disifatkan oleh rakyat Amerika sebagai
membabi buta, terbuka tetapi ikhlas. Mereka sebenarnya cuba untuk
mengelakkan kekeliruan dan kesamaran serta ingin terus kepada maksud
yang ingin disampaikan. Contoh ringkas yang membandingkan kedua-
dua budaya ini ialah apabila kita bertandang ke rumah rakan atau saudara
kita. Sebagai tetamu kita selalunya, ditanya jika kita ingin minum. Kita
akan menjawab ‘tidak’, atau ‘tidak payah’ (walaupun kita sebenarnya ingin
sekali untuk minum) kerana kita tidak mahu menyusahkan tuan rumah.
Tetapi bagi rakyat Amerika, apabila ditanya soalan yang sama, mereka
akan terus menjawab ‘ya’ atau ‘tidak’ tanpa teragak-agak.

Bagi kebanyakan masyarakat timur, fungsi utama percakapan ialah untuk


mengekalkan hubungan sosial yang harmoni (Samovar et al., 2007). Jadi,
dalam masyarakat Melayu terdapat pepatah yang mengatakan bahawa
‘kerana mulut badan binasa’ Penggunaan bahasa-bahasa yang berlapik ini
dapat membantu dalam menghindarkan perasaan malu dan secara tidak
langsung mengekalkan hubungan sosial yang harmoni. Dalam masyarakat
ini juga, penutur berharap agar pasangannya mampu untuk mentafsir
makna disebalik apa yang diucapkannya. Kita ambil contoh ‘ya’ dan
‘tidak’ yang dikatakan tadi. Penggunaan perkataan-perkataan ini
sebenarnya mendatangkan masalah apabila dua budaya yang berbeza ini
bertembung. Rakyat Amerika akan menyatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ bagi
melahirkan pandangan mereka. Tetapi bagi rakyat Malaysia, kita selalunya
cuba untuk menyimpan jawapan tersebut bagi menunjukkan rasa hormat
kepada perasaan orang lain sehinggakan kita sanggup untuk menyatakan
‘ya’ kepada sesuatu yang tidak dan menyatakan tidak kepada sesuatu yang
sebenarnya kita katakan ‘ya’. Namun ini sebenarnya merupakan satu
pendekatan komunikasi yang berlapik di mana kita cuba untuk mengelak
implikasi negatif daripada hubungan interpersonal tersebut.

3.4.2 Mengekalkan Hubungan Sosial

Samovar et al. (2007) juga mencadangkan bahawa bahasa merupakan


medium utama untuk mengekalkan dan mempertingkatkan status dan

44
hubungan sosial. Ia juga jelas menunjukkan bahawa budaya mengekalkan
struktur nilai yang kukuh iaitu sifat formal dan tidak formal. Contohnya,
dalam masyarakat Melayu, apabila kita merujuk kepada seseorang secara
formal, kita selalunya merujuk kepada mereka mengikut status dan
pangkat. Contohnya, Encik, Tuan, Yang Berhormat, Datuk dan
sebagainya. Tetapi dalam konteks tidak formal, kita boleh menggunakan
‘awak’, ‘engkau’ atau kadang-kadang mengikut panggilan menggunakan
pangkat dalam keluarga.

Penggunaan bahasa juga melambangkan status sosial dan ini merupakan


satu perbezaan yang ketara di antara budaya. Contohnya, kita ambil
perbezaan antara masyarakat Melayu dan Amerika tadi. Dalam
masyarakat Melayu, struktur penggunaan bahasa lebih menekankan
kepada hubungan kemanusiaan, tetapi dalam masyarakat Amerika,
bahasa lebih memfokuskan kepada objek atau apa yang dirujuk (referen)
dan hubungan logik di antara keduanya. Bagi masyarakat kita, terdapat
banyak peraturan-peraturan yang ketat yang membentuk hubungan dan
status sosial dalam semua aspek kehidupan. Kita mempunyai perkataan-
perkataan berbeza untuk merujuk kepada pegawai atasan kita, rakan
sejawatan dan orang bawahan kita. Kita mempunyai gaya dan cara yang
berbeza apabila bercakap dengan orang atasan, bawahan dan rakan
sekerja kita walaupun mesej yang ingin disampaikan adalah sama. Selain
daripada itu, kita juga menggunakan panggilan yang berbeza untuk
mereka mengikut kedudukan dan pangkat.

Selain daripada itu, masyarakat Melayu juga mempunyai panggilan-


panggilan tertentu untuk adik beradik atau saudara yang lain mengikut
pangkat dan kedudukan dalam keluarga bagi menunjukkan rasa hormat
kita kepada mereka. Contohnya, panggilan Along untuk kakak atau abang
yang sulung. Pak Long atau Mak Long untuk bapa atau ibu saudara yang
sulung. Tetapi dalam masyarkat Amerika, mereka selalunya menggunakan
nama sahaja. Bagi masyarakat Melayu pula, penggunaan nama dianggap
agak kasar dan tidak menunjukkan rasa hormat.

3.4.3 Luahan Perasaan

Antara perbezaan lain yang dapat dilihat dalam budaya yang berbeza
adalah cara kita meluahkan perasaan. Secara umumnya, masyarakat timur
tidak meluahkan perasaan kita secara bebas dan terbuka sepertimana
masyarakat barat. Contohnya, dalam masyarakat timur, kasih sayang dan
kemesraan tidak diluahkan secara terbuka.

Sekalipun kita tidak memahami bahasa yang digunakan oleh orang lain
yang bercakap dengan kita, masih terdapat pelbagai cara yang boleh kita
lakukan bagi membantu kita memahami apa yang cuba disampaikan.

45
Samovar et al. (2007) menegaskan bahawa bahasa bukan hanya berfungsi
sebagai medium untuk berkomunikasi, ia juga mengajar tentang gaya
hidup sesuatu budaya, cara berfikir dan bagaimana kita melihat dunia ini
serta bentuk interaksi yang berbeza. Menurut Samovar et al., masyarakat
Cina begitu berhati-hati apabila bertutur dan bagi mereka, pertuturan
dilihat sebagai tidak begitu penting. Penekanan yang kurang ke atas
pertuturan bermaksud bahawa masyarakat cina mempercayai bahawa
pertuturan mempunyai limitasi dan makna boleh ditafsirkan bukan hanya
melalui perkataan. Jadi apabila kita memahami perbezaan-perbezaan
sebegini ia akan dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati apabila
berkomunikasi dengan mereka yang datang dari negara China dan secara
tidak langsung ia juga membantu kita untuk menjadi lebih kompeten
apabila berdepan dengan mereka yang datang dari budaya yang berbeza.

Daripada apa yang diperkatakan di atas, kita dapat melihat bahawa


perbezaan budaya boleh mendatangkan salah faham di antara individu-
individu yang datang daripada budaya yang berbeza. Antara perbezaan-
perbezaan lain yang perlu kita ingat ialah:

(i) Perkataan-perkataan yang digunakan selalunya tertakluk


kepada budaya. Contohnya, perkataan-perkataan tertentu,
apabila digabungkan, memberikan makna yang berbeza.
Ini dapat dilihat dengan jelas dalam frasa berikut—give me
a ring. Pada masyarakat Amerika, ia bermaksud ‘telefonlah
saya’. Tetapi jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
ia bermaksud, ‘berikan saya cincin’.

SOALAN DALAM TEKS

1. Jelaskan bagaimana bahasa dapat memainkan


peranan utama dalam komunikasi.
2. Bincangkan bagaimana Sapir dan Whorf
membezakan pandangan-pandangan yang “tegas”
dan “lembut” berkaitan fungsi-fungsi bahasa.
3. Nyatakan ciri-ciri utama bahasa.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

46
(ii) Sensitiviti terhadap persekitaran dan orang lain. Ini
bermaksud kita perlu sensitif terhadap sistem-sistem
mesej yang digunakan dalam budaya lain. Contohnya,
dalam masyarakat kita, kanak-kanak yang mengidap down
syndrome dirujuk sebagai kanak-kanak istimewa bagi
mengelakkan mereka daripada merasa tersisih. Selain
daripada itu, kita juga perlu peka dengan perkataan-
perkataan yang mereka sering gunakan. Contohnya, di
kalangan remaja, mereka mempunyai perkataan-perkataan
tertentu merujuk kepada perkara-perkara tertentu. Jadi
jika kita tidak berada dalam kelompok budaya mereka,
kita tidak akan memahami apa yang dikatakan mereka.

3.5 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat bahawa bahasa merupakan elemen
penting dalam aktiviti kemanusiaan kerana ia merupakan medium utama
untuk kita berhubung dengan orang lain. Bahasa juga mempunyai
fungsinya yang tersendiri seperti mengekalkan dan menyebarkan budaya
sesuatu bangsa. Selain daripada itu kita juga telah membincangkan
bagaimana bahasa berbeza dari satu budaya ke budaya yang lain dan ini
termasuklah perkataan-perkataan yang digunakan termasuk peraturan
dan gaya bahasa yang digunakan. Banyak yang perlu dipelajari dan
dielakkan apabila kita berada di dalam budaya yang berbeza kerana
perasaan tidak sensitif kita kepada perbezaan-perbezaan yang wujud akan
menyebabkan berlakunya salah faham.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bagaimanakah bahasa mempengaruhi persepsi dan pandangan


kita tentang kehidupan sejagat?

2. Bincangkan sumbangan utama daripada kajian yang dijalankan


oleh Sapir dan Whorf.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

47
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Bahasa memainkan beberapa peranan utama yang merangkumi


budaya, kehidupan dan masyarakat. Pertama, dari perspektif
budaya, ia merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan
budaya dan ia juga merupakan medium untuk memindahkan
budaya kepada generasi baru. Kedua, ia membantu membentuk
dan mengekalkan komuniti dengan menyatukan individu-individu
dalam sesebuah masyarakan yang mempunyai identiti yang
serupa. Akhirnya, pada peringkat masyarakat, ia amat penting
dalam semua aspek interaksi manusia.

2. Sepanjang tiga dekad mereka berkongsi idea-idea mereka,


pandangan-pandangan mereka telah dilihat agak berubah dan
tulisan-tulisan mereka telah banyak dimasukkan dengan
pandangan-pandangan yang lebih “tegas” tentang hubungan di
antara bahasa dan pemikiran dan pandangan yang lebih “lembut”
yang menjelaskan bagaimana bahasa mempengaruhi atau
membentuk pemikiran.

Dalam pandangan yang “tegas” atau versi deterministic dalam


hipotesis mereka, bahasa dilihat berfungsi sebagai penjara—
apabila kita mempelajarai bahasa, kita tidak akan dapat lari
daripada dipengaruhi oleh sifat-sifatnya. Versi yang lebih “lembut
pula merupakan pandangan tentang sifat semulajadi antara
hubungan bahasa dan pemikiran. Mengikut pandangan ini,
bahasa membentuk cara kita berfikir dan melalui kehidupan dan
pengaruh ini tidak akan berkurangan malah adalah tidak mustahil
untuk kita yang mempunyai sistem bahasa yang berbeza untuk
mempelajari perkataan-perkataan dan kategori-kategori yang
hampir serupa supaya komunikasi akan menjadi lebih tepat.

3. a. Berterus terang dan berlapik.


b. Pengekalan sistem dan hubungan sosial.
c. Luahan perasaan.

48
BAB 4

BUDAYA DAN KOMUNIKASI


BUKAN LISAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mempertingkatkan minat terhadap komunikasi bukan lisan.
2. Mengetahui fungsi komunikasi bukan lisan dalam budaya yang
berbeza.
3. Mengenalpasti bahawa walaupun komunikasi bukan lisan
bersifat universal, kebanyakan daripada tindakan-tindakan bukan
lisan tersebut dipengaruhi oleh budaya.
4. Mengenalpasti klasifikasi komunikasi bukan lisan.

4.1 PENGENALAN

Dalam bab yang terdahulu, kita telah melihat bagaimana bahasa


digunakan dalam pelbagai budaya. Kita juga telah mengetahui bagaimana
setiap bahasa mempunyai peraturan-peraturan dan gaya tertentu
mengikut budaya. Dalam bab ini kita akan melihat pula bagaimana
komunikasi bukan lisan berfungsi di dalam budaya yang berbeza.

Sebelum kita melihat dengan lebih jauh tentang komunikasi bukan lisan
dan bagaimana ia berperanan dalam budaya yang berbeza, elok jika kita
melihat terlebih dahulu kepada kepentingan-kepentingan perlakuan
bukan lisan ini. Ini akan lebih memudahkan lagi kita untuk memahami
kenapa pengetahuan tentang komunikasi bukan lisan ini penting dalam
interaksi antarabudaya (Samovar, Porter & McDaniel, 2007).

Pertama, kerana sifat komunikasi bukan lisan itu sendiri yang berbentuk
universal—kita perlu menyedari bahawa manusia, tidak kira di mana
mereka berada, menggunakan komunikasi bukan lisan. Komunikasi jenis
ini merupakan cara paling asas untuk kita memberikan kesan (contoh:
menyampaikan perasaan) dan mendapatkan tindakbalas. Contohnya,
perasaan marah, gembira dan kasih sayang yang terdapat dalam diri
seseorang tidak kira di mana mereka berada. Senyuman, lambaian tangan
dan sentuhan semuanya merupakan ekspresi bukan lisan yang digunakan
setiap hari dalam semua budaya bagi menyampaikan maksud.

49
Kedua, menilai perasaan dalaman. Kita menggunakan sistem mesej ini
untuk menunjukkan tingkahlaku, perasaaan dan emosi. Samada secara
sedar atau tidak, secara sengaja atau tidak, kita membuat penilaian dan
keputusan berkaitan perasaan dalaman orang lain tanpa menggunakan
perkataan. Contohnya, apabila kita bertemu dengan rakan kita dengan
ekspresi muka yang muram, kita tidak perlukan perkataan untuk
memberitahu kita bahawa dia tidak gembira. Emosi kita—gembira, sedih,
marah atau takut, boleh dilihat melalui cara kita duduk, muka dan mata
kita dan kita boleh mengekspresikannya tanpa sebarang perkataan.
Malah, nada suara kita juga mampu untuk menyampaikan sesuatu.

Ketiga, komunikasi bukan lisan juga dapat membentuk tanggapan.


Dalam banyak situasi, mesej-mesej bukan lisan dapat kita lihat terlebih
dahulu jika dibandingkan dengan yang lisan dan ia seterusnya
mempengaruhi urutan interaksi yang berlaku. Jadi tidak hairanlah jika
terdapat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang mengatakan bahawa ‘first
impression counts’. Terdapat bahan bacaan yang mencadangkan bahawa
dalam kebanyakan temuduga kerja, 10 saat yang pertama adalah sangat
kritikal kerana diwaktu itu penemuduga akan membentuk tanggapan
tentang diri kita. Pengalaman-pengalaman peribadi kita sendiri akan
memberitahu kita sejauh mana penilaian pertama kita terhadap orang lain
dibuat berdasarkan kepada warna kulit (bangsa), ekspresi muka, cara
berpakaian atau samada individu itu adalah orang kurang upaya. Malah,
bagaimana kita memilih kawan juga ada waktunya dipengaruhi oleh
tanggapan pertama.

Akhirnya, komunikasi bukan lisan membantu kita menguruskan interaksi


kita dengan orang lain. Perlakuan-perlakuan bukan lisan kita, samada
secara sengaja atau tidak, memberikan bayangan kepada individu lain
yang berinteraksi dengan kita. Ini termasuklah: bila untuk memulakan
perbualan; giliran siapa untuk bercakap; bagaimana untuk mendapatkan
peluang untuk bercakap; bagaimana untuk memberikan isyarat kepada
orang lain untuk terus bercakap; dan bagaimana untuk menamatkan
perbualan (Guerrero, DeVito & Hecht, 1999).

4.2 KOMUNIKASI BUKAN LISAN DAN BUDAYA

Komunikasi bukan lisan mungkin bersifat universal seperti yang


dikatakan di atas. Namun, terdapat juga perlakuan-perlakuan bukan lisan
ini yang bertunjang dari budaya kita sendiri. Seperti yang dinyatakan oleh
Rosenblatt (1997: 36), “Apa yang dirasai, bagaimana ia diekspresikan dan
bagaimana ia difahami bergantung kepada budaya.” Jadi jelas bahawa
komunikasi bukan lisan memainkan peranan yang penting dalam
interaksi yang berlaku di antara individu pelbagai budaya.

50
Hall (1959) menegaskan bahawa kebanyakan daripada masalah yang
timbul di antara individu dari budaya yang berbeza berpunca daripada
hakikat bahawa terlalu sedikit yang kita tahu tentang komunikasi
antarabudaya. Latihan-latihan yang berkaitan dengan bahasa, sejarah,
kerajaan dan adat sesebuah negara mungkin hanya sebahagian daripada
apa yang kita perlukan apabila kita ingin ke negara lain tetapi perkara lain
yang perlu diambilkira secara serious adalah bahasa-bahasa bukan lisan
yang wujud di dalam negara tersebut.

Dengan memahami perbezaan-perbezaan budaya yang penting berkaitan


perlakuan bukan lisan, kita mampu mengumpul pembayang tentang
perlakuan dan nilai dalam budaya lain. Senyuman dan bersalaman
contohnya, tertakluk pada budaya. Menundukkan badan seperti dalam
masyarakat Jepun menunjukkan bahawa mereka mementingkan formaliti,
kedudukan dan status (Samovar et al., 2007). Dalam masyarakat Melayu
anak-anak akan mencium tangan ibu bapa mereka bagi menunjukkan
rasa hormat. Hall (1959) dan Andersen (2000) menegaskan bahawa
kebanyakan daripada perlakuan bukan lisan kita, sama seperti budaya,
adalah tidak begitu jelas, spontan dan berlaku di luar kesedaran kita.
Selain daripada itu, budaya dan perlakuan bukan lisan, kedua-duanya
perlu dipelajari. Walaupun kebanyakan daripada perlakuan yang dapat
dilihat dengan jelas (contoh: senyuman, pandangan mata dan sentuhan),
kita sebenarnya tidak dilahirkan dengan pengetahuan tentang dimensi
komunikasi yang berkait dengan mesej-mesej bukan lisan. Seperti yang
dinyatakan oleh Macaronis (1998: 92):

Manusia di seluruh dunia mempunyai emosi asas yang


sama. Tetapi apa yang menyebabkan emosi-emosi
tertentu, bagaimana dan di mana individu tersebut
mengekspresikan perasaannya, dan bagaimana manusia
mendefinisikan emosi secara umum berbeza disebabkan
oleh budaya. Walau bagaimanapun dari perspektif global,
kehidupan seharian berbeza bukan hanya dari segi
bagaimana kita berfikir dan bertindak, tetapi juga
bagaimana kita memenuhi kehidupan kita dengan
perasaan.

4.3 KLASIFIKASI KOMUNIKASI BUKAN LISAN

Samovar et al. (2007) mengklasifikasikan komunikasi bukan lisan ini


kepada dua kategori utama iaitu: perlakuan bukan lisan yang dihasilkan
oleh badan seperti penampilan, pergerakan, ekspresi muka, pandangan
mata, sentuhan, bau dan bunyi selain daripada perkataan yang keluar dari
mulut; dan perlakuan lain yang dihasilkan bersama dengan keadaan
tertentu seperti jarak, masa dan berdiam diri. Richmond, McCracken dan
Payne (1991) menegaskan bahawa setiap mesej yang dihasilkan oleh
51
setiap kategori komunikasi bukan lisan tidak wujud secara berasingan
tetapi wujud secara bersama dengan mesej-mesej dari kategori yang lain,
mesej lisan, konteks serta individu yang berfungsi sebagai penerima
mesej.

4.3.1 Perlakuan Badan

Penampilan keseluruhan. Sebagai manusia kita selalunya mengambil


berat tentang penampilan diri kita—baju yang dipakai, pemakaian
tudung, bentuk badan (badan yang kurus sentiasa menjadi idaman),
pelekap mata, maskara, pembedahan plastik dan penggunaan botox
untuk kelihatan cantik. Semua ini menunjukkan bahawa kita
mementingkan bagaimana orang melihat kita walaupun kadang-kadang
apa yang kita lakukan itu boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada
diri kita sendiri. Contohnya, pengambilan pil-pil pelangsing badan yang
tidak diiktiraf boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita
sendiri tetapi kita masih mahu mengambil risiko dari pengambilan ubat-
ubat pelangsing ini. Semua ini kita lakukan kerana kita menyedari
bahawa penampilan luaran ini boleh menampilkan persona fizikal kita.
Ruben (1992) menyatakan bahawa kita selalunya mengaitkan tarikan
seseorang, pakaian dan aksesori yang digayakan bagi membentuk inferen
(walaupun dalam banyak keadaan ianya tidak benar) tentang
kebijaksanaan, gender, umur, mudah didekati, kedudukan kewangan,
gaya hidup, selera, nilai dan latar belakang budaya.

Warna kulit merupakan contoh jelas bagaimana penampilan umum boleh


dikaitkan dengan persepsi dan komunikasi. Warna kulit merupakan tanda
jelas kepada kanak-kanak dalam membezakan sesuatu bangsa.
Masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri dari tiga bangsa utama—
Melayu, Cina dan India juga selalunya dibezakan mengikut warna kulit
walaupun kadang-kadang kita juga tertipu dengan komunikasi bukan
lisan ini.

Penampilan peribadi dan tafsiran kecantikan merupakan sesuatu yang


dititikberatkan semenjak dari zaman dahulu lagi. Di zaman dahulu nenek
moyang kita mungkin menggunakan tulang-tulang kecil untuk dijadikan
aksesori badan tetapi di zaman ini, terdapat pelbagai jenis aksesori badan
yang mungkin tidak terfikir oleh kita. Dahulu, menindik hidung hanya
wujud di kalangan masyarakat India tetapi hari ini, menindik hidung
sudah diterima menjadi satu budaya. Malah, bukan setakat hidung sahaja
yang ditindik, bibir, kening dan bahagian atas telinga juga turut ditindik.
Penggunaan tatu badan juga semakin menular di kalangan ahli
masyarakat. Namun di kalangan masyarakat Islam, pemakaian tatu badan
adalah haram. Dalam masyarakat Iban di Sarawak, kaum wanita memakai
anting-anting yang berat supaya bahagian bawah cuping telinga akan

52
melebar dan labuh ke bawah dan ini membuatkan mereka akan kelihatan
lebih cantik. Sama juga dengan kaum wanita di Afrika yang memakai
gelang yang besar di leher masing-masing supaya leher mereka lebih
panjang. Pada mereka, dengan leher yang panjang, mereka akan kelihatan
lebih cantik. Penilaian terhadap kecantikan adalah subjektif mengikut
budaya. Apa yang dilihat sebagai cantik di dalam sesuatu budaya
mungkin menjadi sesuatu yang hodoh di dalam budaya yang lain.

Cara pemakaian juga berbeza mengikut budaya dan ia menyampaikan


sesuatu kepada orang lain. Dari perspektif budaya, pakaian boleh menjadi
gambaran kepada orientasi nilai sesuatu budaya. Contohnya, kaum wanita
Islam wajib memakai pakaian yang menutup aurat (perlu diingat bahawa
agama dan budaya saling berkait). Di Amerika, pakaian boleh digunakan
untuk menyampaikan sesuatu kepada orang lain—status ekonomi, tahap
pendidikan, status sosial, minat, kepercayaan dan lain-lain. Dalam
masyarakat Arab, kaum wanita tidak dibenarkan untuk mengambil kelas
renang kerana ia mendedahkan aurat. Dalam masyarakat Malaysia sendiri,
setiap bangsa dan etnik mempunyai pakaian tradisional masing-masing
dan melalui pakaian ini, kita selalunya dapat mengenalpasti mereka
berada di dalam kelompok mana. Samada ianya orang Sikh yang
memakai serban, orang Jepun yang memakai kimono, orang India yang
memakai sari atau lelaki Scotland yang memakai ‘kilt’ (skirt dari kain
bercorak kotak-kotak), kita perlu belajar untuk bertoleransi dengan
perbezaan-perbezaan luaran ini supaya kita tidak membiarkan perbezaan
ini menghalang komunikasi kita dengan mereka.

Kinesik (pergerakan badan). Kita sudah pasti tahu bahawa setiap


tindakan kita menyatakan sesuatu kepada orang lain. Morreale, Spitzberg
dan Barge (2001) menegaskan bahawa walau bagaimana kita membawa
diri kita—duduk, berdiri dan berjalan, ia menyampaikan mesej bukan
lisan yang kuat kepada orang lain. Samada kita sengaja ingin menghantar
mesej tersebut atau tidak, setiap pergerakan yang kita buat berpotensi
untuk menyatakan sesuatu kepada orang lain. Menurut Samovar et al.
(2007) tanda-tanda kinesik ini adalah pergerakan badan yang dapat dilihat
dan dapat menghantar mesej kepada orang lain tentang:

(i) Sikap kita terhadap individu yang berinteraksi dengan


kita—bercakap dengan melihat kepada muka orang lain
atau badan sedikit ke hadapan menunjukkan bahawa kita
berada dalam keadaan yang relaks.
(ii) Tahap emosi kita—membengkokkan jari-jari kita,
bermain dengan pensil atau pen menunjukkan bahawa
kita gementar dan tidak selesa.
(iii) Keinginan kita untuk mengawal keadaan—mengajak
orang lain untuk datang hampir kepada kita menunjukkan
bahawa kita ingin bercakap dengannya.
53
Bagaimana kita menggerakkan anggota badan kita juga boleh
menyampaikan sesuatu kepada orang lain. Ia memberikan kita gambaran
tentang struktur budaya yang kukuh dan kita boleh melihat kepada
contoh jelas bagaimana budaya dan nilai saling berkait dengan merujuk
kepada masyarakat Jepun, Thai dan beberapa budaya lain dalam
masyarakat timur. Dalam masyarakat-masyarakat ini, menundukkan
(membongkokkan) badan bukan hanya membawa maksud mengucap
selamat tetapi ia juga menunjukkan bahawa masyarakat dalam budaya-
budaya ini mementingkan kedudukan dan status. Dalam masyarakat
Jepun, membongkokkan badan bermaksud menghormati dan lagi rendah
kita menundukkan badan bermakna orang yang kita hormati itu
mempunyai pangkat dan kedudukan yang lebih tinggi. Walaupun
perbuatan ini nampak begitu mudah tetapi ia sebenarnya agak sukar. Di
Thailand pula, mereka menunjukkan rasa hormat dengan merapatkan
kedua-dua tapak tangan mereka dan dibawa ke dada. Lebih rendah
kepala ditundukkan ke tangan yang dirapatkan tadi, lebih besar perasaan
hormat tersebut.

Penggunaan pergerakan tangan sebagai salah satu cara berkomunikasi


juga perlu diberikan perhatian dalam komunikasi antara budaya. Salah
satu contoh paling mudah ialah bagaimana individu yang cacat
pendengaran menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi sesama
mereka. Kita akan melihat bahawa pergerakan tangan ini penting dalam
komunikasi antarabudaya kerana terdapat pergerakan tangan yang positif,
kelakar dan tidak merbahaya dalam sesuatu budaya, boleh menjadi
sebaliknya dalam budaya yang lain. Contohnya, di Amerika, apabila
mereka ingin menunjukkan sesuatu kepada seseorang, mereka
menggunakan jari telunjuk tetapi dalam masyarakat kita ianya boleh
kelihatan kasar kerana kita menggunakan ibu jari untuk menunjukkan
sesuatu kepada orang lain.

Gerakan kepala bagi menandakan persetujuan atau memahami sesuatu


perkara merupakan contoh lain yang bermula dari budaya. Dalam budaya
kita, anggukkan kepala menandakan kita memahami atau bersetuju.
Tetapi di dalam budaya lain, gerakan yang sama tidak semestinya
memberikan makna yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Lynch
dan Hanson (1998), di kalangan beberapa negara Asian, penduduk asli
Amerika, Timur Tengah dan Kepulauan Pasifik, anggukkan seperti itu
bermaksud “Saya dengar apa yang awak katakan.”

4.3.2 Ekspresi Muka

Banyak buku dalam bidang komunikasi menyatakan bahawa wajah kita


merupakan penyampai mesej yang utama. Apa yang menarik tentang
pengajian tentang wajah ini ialah kita mempunyai tiga wajah (Samovar et

54
al., 2007). Pertama, wajah yang dikurniakan oleh Pencipta iaitu wajah
sebagaimana kita dilahirkan. Walaupun wajah mungkin berubah usia,
kesihatan atau kosmetik dan pembedahan plastik, ia tetap wajah kita yang
asal. Kedua, wajah yang boleh kita manipulasikan sekiranya kita
berkehendakkan begitu. Kita boleh memutuskan untuk senyum, marah
dan sebagainya. Akhirnya, kita mempunyai wajah yang berubah
mengikut keadaan dan mesej yang diterima. Wajah inilah, samada kita
suka atau tidak akan menunjukkan rasa takut, gembira, sedih dan lain-
lain.

Di kalangan para sarjana, kepentingan ketiga-tiga wajah ini amat jelas.


Contohnya, tanda-tanda bukan lisan diwajah kita boleh menunjukkan
tindakan yang akan diambil, menyampaikan mesej-mesej berkaitan
penerimaan sosial dan sifat yang dominan, memaklumkan kepada orang
lain samada kita berminat, menunjukkan tahap penglibatan,
menggambarkan perasaan kita dan menunjukkan samada tindakbalas
kita adalah spontan atau dikawal (Keating, 1994; Leathers, 1992;
Patterson, 2003).

Di negara-negara Mediterranean, perasaan sedih boleh ditunjukkan


dengan cara yang berlebih-lebihan. Jadi adalah tidak asing untuk melihat
orang lelaki di sana menangis dikhalayak ramai. Di Malaysia, orang lelaki
selalunya tidak menunjukkan emosi sebegini. Malah di Jepun, kaum
lelakinya malah cuba untuk menyembunyikan perasaan marah, sedih,
kekeliruan atau tidak suka dengan ketawa atau senyuman (Matsumoto,
1996).

Senyuman juga merupakan satu lagi emosi jelas yang berkait dengan
budaya (Samovar et al., 2007). Kita dilahirkan dengan mengetahui
bagaimana untuk tersenyum. Bagaimanapun, banyak mana kita harus
senyum, punca yang menyebabkan kita tersenyum dan juga apa yang
cuba disampaikan melalui senyuman tersebut berbeza mengikut budaya.
Di negara kita, serta banyak negara lain, senyuman menandakan
kegembiraan atau menunjukkan sifat kita yang terbuka, suka berkawan.
Tetapi di Jerman senyuman adalah sesuatu yang mahal dan hanya
diberikan kepada individu yang kita kenali atau sukai (Nees, 2000).
Dalam masyarakat Jepun pula, senyuman boleh menutupi perasaan
sebenar atau digunakan untuk mengelakkan kita dari menjawab soalan
(Dresser, 1996). Bagaimanapun, di Thailand, rakyatnya sentiasa
tersenyum. Kajian yang dilakukan oleh Pearson, West dan Turner (1995),
mendapati bahawa jika dibandingkan dengan kaum lelaki, kaum wanita
menggunakan lebih banyak ekspresi muka, lebih ekspresif, lebih banyak
tersenyum, lebih gemar untuk memberikan senyuman balas dan lebih
terpikat kepada orang yang suka tersenyum.

55
4.3.3 Pandangan Mata

Antara sebab kenapa mata merupakan alat komunikasi yang penting ialah
tiadanya had untuk kita menghantar mesej melalui mata kita. Mata boleh
berfungsi untuk: menyatakan minat dan membangkitkan perasaan;
mengawal interaksi; dan mendefinisikan kuasa dan status dalam
hubungan. Malah mata juga boleh digunakan untuk menipu (Leathers,
1986; Remland, 2000). Dalam masyarakat kita, pandangan mata amat
perlu apabila kita bercakap dengan orang lain dan ianya sangat bernilai.
Malah, kita juga berharap agar individu yang bercakap dengan kita akan
melihat ke mata kita apabila bercakap dengan kita. Kita akan selalunya
merasa bagaikan ada sesuatu yang tidak kena apabila orang lain tidak
melihat ke mata kita apabila bercakap dengan kita.

Bagaimanapun, bagi masyarakat Jepun, adalah tidak asing untuk kita


mendapati bahawa mereka akan mengelak untuk bertembung mata
apabila bercakap dengan orang lain. Memandang ke mata orang lain
dengan agak lama juga boleh dianggap sebagai kurang ajar, mengancam
atau menghina (Morsbach, 1982). Di negara-negara Amerika Latin dan
Carribbean, rakyatnya akan cuba mengelak untuk bertembung mata bagi
menunjukkan rasa hormat (Dresser, 1996). Di India, jangka waktu untuk
memandang ke mata orang lain bergantung kepada kelas sosial
seseorang. Mereka yang datang dari kelas sosial yang berbeza akan
mengelak daripada bertembung mata (Luckmann, 1999). Manakala di
Mesir pula, isu utama bukan lagi status sosial tetapi jantina seseorang.
Kaum wanita dan lelaki yang saling tidak mengenali akan mengelak dari
berpandangan mata kerana kepercayaan dan hormat kepada agama yang
dianuti iaitu agama Islam (Meleis & Meleis, 1998).

Masalah mungkin timbul apabila individu dari dua budaya yang berbeza
bertemu. Contohnya, apa akan berlaku apabila individu dari Malaysia dan
Amerika berinteraksi dengan individu yang mementingkan pandangan
mata yang berterusan? Bagi masyarakat Timur Tengah, bertukar
pandangan di antara kaum lelaki adalah sesuatu yang boleh diterima
kerana mereka mempercayai bahawa pandangan mata sebegini
menunjukkan minat terhadap apa yang diperkatakan dan ia juga dapat
membantu individu yang bercakap untuk menilai keihklasan atau
kebenaran di dalam kata-kata yang diucapkan (Beamer & Varner, 2001).

4.3.4 Sentuhan

Samada sentuhan dilakukan secara sedar atau tidak, perlakuan ini


merupakan tindakbalas daripada apa yang kita rasakan dan alami pada
waktu tersebut. Oleh itu, makna yang cuba disampaikan apabila kita
disentuh dan alasan kenapa kita menyentuh orang lain memberikan
tafsiran dan makna kepada pertemuan tersebut.
56
Orang Arab menggunakan sentuhan sebagai salah satu daripada gaya
berkomunikasi. Disebabkan oleh agama dan tradisi, bangsa Arab makan
dan melakukan tugas-tugas lain dengan menggunakan tangan kanan.
Mereka juga bersalam dengan menggunakan tangan kanan. Budaya ini
adalah sama dengan apa yang dipraktikkan di Malaysia. Dalam
masyarakat Asia juga, menyentuh kepala orang lain adalah sesuatu yang
sukar untuk diterima kerana kepala adalah sesuatu yang diletakkan
ditempat yang cukup tinggi dan berkait dengan maruah. Ciuman dan
pelukan adalah kebiasaan bagi masyarakat barat bagi menunjukkan kasih
sayang tetapi dalam masyarakat Asia, perasaan ini selalunya tidak
ditunjukkan secara terbuka.

Melihat kepada jantina, kaum lelaki agak kurang bersentuhan jika


dibandingkan dengan kaum wanita tetapi kaum lelaki lebih banyak
menyentuh kaum wanita berbanding dengan sebaliknya (Adler &
Rodman, 2003; Morreale et al., 2001). Selain daripada itu, terdapat juga
perbezaan budaya berkaitan sentuhan dan jantina. Seperti yang
dinyatakan oleh Novinger (2001), bangsa Yahudi yang ortodoks dan
orang Islam tidak akan bersalaman dengan kaum wanita yang bukan
muhrim kerana ini merupakan sebahagian daripada larangan agama.

4.3.5 Paralinguistik

Dalam konteks ini, suara bermaksud bunyi yang keluar dari mulut kita
selain daripada perkataan atau bunyi bahasa. Ianya boleh dibahagikan
kepada tiga (Samovar et l., 2006): 1) vocal qualifiers (ketinggian nada suara,
kenyaringan, tempo, ton, rithma); 2) vocal characterizers (ketawa,
mengerang, merungut, menguap); dan 3) vocal segregates (“uh”, “oh”,
“hmmm”, “shh”, “uh-huh”).

Pembayang-pembayang suara dapat membantu kita untuk membuat


kesimpulan tentang keadaan emosi seseorang, status ekonomi,
kebijaksanaan, tempat asal mahupun tahap pendidikan (Richmond et al.,
1991). Dalam konteks kualiti vokal ini, ketinggian nada suara merupakan
perbezaan yang ketara di antara budaya. Orang Arab bercakap dengan
nada suara yang tinggi kerana ketinggian nada suara menunjukkan
kekuatan dan kejujuran (Triandis, 1994) manakala di Brazil pula ianya
menunjukkan minat dan penglibatan (Novinger, 2003). Bagaimanapun
terdapat juga budaya yang tidak melihat karektor ini dari sudut yang
sama. Contohnya, Remland (2000) menyatakan bahawa masyarakat
Britain lebih menyukai nada suara yang rendah dan tidak mengganggu.
Di Thailand, malah di negara kita sendiri, nada yang tinggi dianggap
sebagai kasar. Di Jepun, meninggikan nada suara boleh ditafsirkan
sebagai hilang kawalan diri kerana dalam masyarakat mereka suara yang
lemah lembut menunjukkan kesopanan dan membantu untuk
mengekalkan keharmonian sosial (Cooper & Cooper, 1994).
57
Selain daripada itu, perbezaan yang jelas juga dapat dilihat dalam
penggunaan nada suara di kalangan kaum lelaki dan wanita. Dalam
banyak kajian, kaum wanita didapati bercakap dengan lebih cepat dan
tidak banyak berhenti (pauses) apabila bercakap berbanding dengan kaum
lelaki (Siegman & Feldstein, 1987). Kaum wanita juga bercakap dengan
menggunakan pitch yang tinggi, lebih lembut, lebih ekspresif dan dengan
sebutan yang jelas berbanding dengan lelaki (Pearson et al., 1995). Selain
daripada itu, kaum wanita juga mempunyai variasi suara yang lebih
apabila bercakap jika dibandingkan dengan lelaki (Argye, 1999).

Dalam konteks vocal segregates (pengasing vokal), bunyi-bunyi yang keluar


dari mulut kita tidak mempunyai makna yang banyak dan kita
menggunakannya bagi menggantikan perkataan. Contohnya apabila kita
berucap, kita tidak sedar bahawa di antara perkataan-perkataan yang
diucapkan kita menggunakan pengasing vokal seperti “hmm”, “uh” dan
sebagainya tanpa kita sedari. Namun dalam masyarakat Melayu, “hmm”
boleh juga menunjukkan bahawa kita bersetuju.

4.3.6 Ruang dan Jarak (Proksemiks)

Ianya bermaksud jarak dimana kita merasa selesa apabila berinteraksi


dengan orang lain. Bayangkan waktu-waktu dimana kita membenarkan
individu yang bercakap dengan kita untuk duduk atau berdiri hampir atau
jauh dengan kita. Bentuk sistem mesej ini melibatkan ruang personal,
tempat duduk dan susunan perabut.

Ruang personal merupakan keadaan berhampiran kita yang memberikan


kita keselesaan. Jadi apabila ada orang yang datang terlalu hampir dengan
kita, kita akan merasa tidak selesa. Walaupun tiada sempadan yang jelas,
tetapi kita akan mengetahui apabila ruang personal kita telah dicerobohi.
Kita boleh memutuskan siapa yang boleh datang hampir kepada kita,
menggunakan kerusi kita atau menggunakan barangan kita. Apabila
ruang personal kita dicerobohi, kita boleh bertindakbalas dalam pelbagai
cara—berundur ataupun marah. Seperti perlakuan komunikasi yang lain,
ruang personal boleh dipelajari samada secara sedar atau tidak. Hall
(1959) mengklasifikasikan ruang personal kepada empat kategori:

(i) Intim—jarak intim (dari sentuhan sehingga 18 inci) ini


hanya untuk hubungan yang intim atau rakan yang akrab,
termasuk di antara ahli keluarga. Dalam jarak ini kita
boleh memegang atau menyentuh orang yang bercakap
dengan kita.
(ii) Jarak personal—(18 inci ke 4 kaki) ia menyukarkan kita
untuk menyentuh atau mempunyai kontak fizikal.

58
(iii) Jarak sosial—(4 ke 12 kaki) merupakan jarak di mana kita
selalunya berurusan secara rasmi.
(iv) Jarak umum—selalunya digunakan dalam pembentangan
umum seperti dalam kuliah, syarahan atau ceramah di
mana kita berhadapan dengan audien yang ramai.

Penggunaan ruang juga berkait dengan budaya. Contohnya, dalam


budaya yang lebih mementingkan individualisma seperti di negara-negara
barat, penduduknya memerlukan ruang yang lebih besar berbanding
dengan masyarakat Asia yang lebih bersifat kolektif. Mereka juga akan
menjadi lebih agresif apabila ruang mereka dicerobohi (Gudykunst, Ting-
Toomey, Sudweeks & Steward, 1995). Dalam masyarakat Arab dan
Afrika, mereka memerlukan jarak yang dekat apabila bercakap dengan
orang lain, sekalipun dengan orang asing yang tidak dikenali (Richmond
& Gestrin, 1998). Selain daripada itu, dalam budaya Asia juga, kita
selalunya tidak berada begitu hampir dengan orang yang mempunyai
kedudukan yang lebih tinggi daripada kita sebagai bagi menunjukkan rasa
hormat kita kepada mereka. Pelajar tidak menghampiri jarak intim
apabila bercakap dengan pensyarahnya, kakitangan tidak datang terlalu
hampir kepada majikannya.

Tempat duduk juga memainkan peranan yang penting dan ia juga


menyampaikan maksud tertentu kepada orang lain. Contohnya, apabila
kita bermesyuarat, ketua selalunya akan duduk di bahagian hujung atau
tengah meja bergantung kepada jenis meja yang digunakan ketika
mesyuarat di adakan. Tempat duduk, samada dalam mesyuarat rasmi atau
separa rasmi adalah mengikut hirarki. Tetapi di China pula, susunan
tempat duduk memberikan makna yang berbeza. Mereka akan merasa
tidak selesa dan tersisih apabila duduk bertentang dengan orang lain.
Mereka lebih suka untuk duduk bersebelahan (Matocha, 1998). Jadi,
walaupun dalam konteks rasmi, mesyuarat selalunya di adakan dengan
duduk bersebelahan. Di Korea pula, susunan tempat duduk
menunjukkan status dan peranan. Samada di dalam kereta, pejabat atau
di rumah, tempat duduk disebelah kanan merupakan satu penghormatan.
Lihat contoh jelas di bawah:

Sekumpulan kakitangan awam dari Korea Selatan telah


datang ke Universiti Utara Malaysia bagi mengikuti satu
kursus pendek. Bagi menghormati tetamu yang hadir, salah
seorang pensyarah telah bermurah hati untuk menghantar
salah seorang pelawat tersebut pulang ke tempat
penginapan mereka. Pelawat tersebut menaiki kereta dan
duduk ditempat duduk belakang dan pensyarah tersebut
merasa terkejut kerana dia mengharapkan pelawat tersebut
duduk ditempat duduk penumpang bersebelahannya.
Pensyarah tersebut terus mempelawa pelawat untuk duduk
59
dihadapan tetapi pelawat tersebut masih enggan berbuat
demikian dan pensyarah tersebut menjadi keliru dan melihat
kepada kekeliruan tersebut, pelawat dari Korea Selatan itu
menjelaskan bahawa tempat duduk dihadapan itu terlalu
mulia untuk dia sebagai pelajar duduk. Kepada pensyarah
tersebut, duduk dibelakang bermaksud dia menjadi
pemandu kepada seorang tuan besar, yang mana ini tidak
seharusnya berlaku kerana kedudukannya lebih lebih tinggi
dari pelawat tersebut.

Jadi daripada contoh di atas, kita dapat melihat bagaiman salah faham
boleh timbul jika kita tidak cuba untuk memahami perbezaan yang wujud
di antara sesuatu budaya.

Selain daripada ruang personal dan tempat duduk, susunan perabut juga
memainkan peranannya yang tersendiri dalam komunikasi bukan lisan.
Contohnya, masyarakat Cina amat mempercayai feng shui iaitu seni dalam
memanipulasikan persekitaran fizikal bagi mendatangkan keharmonian
dengan persekitaran asli bagi mencapai kegembiraan, murah rezeki dan
kesihatan yang baik (Jandt, 2004). Susunan perabut, pokok dan
sebagainya memberikan makna tertentu kepada masyarakat Cina.

Susunan perabut juga boleh menggambarkan nilai-nilai budaya. Di


negara kita, susunan perabut di rumah juga boleh melambangkan privasi
dan ia boleh digunakan untuk mengelak atau berundur dari sebarang
interaksi. Contohnya, sofa di ruang tamu disusun mengadap ke
televisyen. Tetapi bagi masyarakat Peranchis, Itali mahupun Mexico,
mereka akan merasa terkejut melihat susunan ini kerana bagi mereka
perbualan amat penting dan menyusun perabut sebegitu rupa akan
menghalang perbualan (Hall & Hall, 1990). Susunan perabut di pejabat
juga boleh memberitahu kita tentang karektor dan nilai seseorang. Di
Jerman, di mana privasi amat ditekankan, perabut pejabat disusun
berselerak memenuhi ruang pejabat. Di Jepun pula, di mana penglibatan
kumpulan digalakkan, meja-meja disusun mengikut hirarki di bahagian
tengah ruang umum yang tidak mempunyai dinding atau pembahagi
ruang (partition) dengan penyelia dan pengurus diletakkan berhampiran
tingkap. Susunan seperti ini menggalakkan kepada pertukaran maklumat,
membantu pencapaian kerja dan mempromosikan konsep belajar melalui
pemerhatian (Samovar et al., 2007).

Di jalanan, kumpulan-kumpulan samseng juga mempunyai kawasan


mereka yang tersendiri dan kumpulan lain yang menceroboh akan
menyebabkan pergaduhan di antara mereka. Kaum wanita selalunya lebih
menyukai jarak yang dekat berbanding dengan lelaki dan ini dapat dilihat
dari kajian Leathers (1986). Menurut Leathers, kaum lelaki menggunakan
ruang untuk menunjukkan sifat dominan mereka ke atas wanita: mereka
60
memerlukan ruang yang lebih besar berbanding wanita; mereka
melindungi kawasan mereka secara aktif; apabila tempat telah dipenuhi
dan padat, mereka menjadi lebih agresif untuk mendapatkan semula
ruang privasi; dan mereka lebih kerap berjalan melintasi kaum wanita
berbanding sebaliknya.

4.3.7 Masa

Bagaimana kita menggunakan masa akan menggamarkan siapa kita. Jika


kita terlewat 30 minit dari masa yang sepatutnya dan tidak memohon
maaf di atas kelewatan tersebut, kita sebenarnya menghantar mesej
tentang diri kita. Seperti yang ditekankan oleh Gonzales dan Zimbardo
(1999), perspektif duniawi kita mempengaruhi pelbagai proses
psikologikal, dari motivasi, emosi dan sifat spontan hingga ke keupayaan
mengambil risiko, kreativiti dan penyelesaian masalah. Pepatah Melayu
ada mengatakan bahawa “masa itu emas” dan Amerika Syarikat bekas
Presidennya ada mengatakan bahawa “masa itu wang.” Jadi, di situ kita
dapat melihat bagaimana pentingnya penggunaan masa.

Budaya memainkan peranan yang penting dalam kita mentafsir dan


menggunakan masa. Apabila dua individu dari dua budaya yang berbeza
menggunakan masa dalam cara yang berbeza, interaksi mereka boleh
menimbulkan salah faham, salaf tafsiran dan sebagainya.

Dalam banyak keadaan, peraturan-peraturan penggunaan masa seperti


ketepatan masa dan rentak tidak diajar secara formal atau terbuka.
Perkataan lewat itu sendiri sebenarnya begitu subjektif. Di Amerika dan
Britain, masyarakatnya selalu menepati masa untuk temujanji dan jika
terlewat, mungkin hanya dalam lima minit dan bukan 15 atau 30 minit
yang mana kelewatan sebegini adalah biasa di negara-negara Arab.
Bagaimanapun, di Britain, adalah baik untuk kita terlewat 15-20 minit
untuk jemputan makan malam kerana kita tidak mahu dilihat sebagai
tidak sabar. Masyarakat Melayu juga mempunyai sikap yang sama dengan
masyarakat Arab, iaitu tidak menepati masa sehinggakan kadang-kadang
mereka perlu diingatkan untuk hadir ke mesyuarat mengikut jam ‘orang
putih!’ Dari contoh yang diberikan, kita dapat melihat bahawa menepati
masa bermula dari pengalaman budaya.

Jika diperhatikan kepada pergerakan kita dalam mengejar masa juga amat
berbeza dari satu budaya kebudaya yang lain. Masyarakat barat akan
kelihatan sentiasa terkejar-kejar untuk melakukan sesuatu. Pergerakan
mereka sentiasa pantas. Mereka melihat bahawa masa amat penting
untuk melakukan sesuatu. Sikap ini amat berbeza dengan masyarakat
timur seperti Malaysia, Indonesia dan Jepun yang lebih menekankan
kepada hubungan. Seperti contoh, dalam urusniaga antara rakyat

61
Amerika dan Jepun. Orang Amerika ingin terus untuk berbincang
tentang bisnes kerana bagi mereka, masa itu wang. Masa yang sikit boleh
diperuntukkan untuk sesi berkenalan, bercakap tentang perkara-perkara
lain selain dari bisnes. Tetapi bagi orang Jepun, mereka ingin mengenali
terlebih dahulu rakan bisnes mereka. Mereka merasakan bahawa mereka
perlu mempunyai masa yang panjang untuk berbincang tentang pelbagai
topik. Orang Jepun boleh memberikan masa yang panjang dan mereka
merasa selesa dengan keadaan tersebut dan ini sudah tentu
mendatangkan masalah kepada rakan bisnes dari Amerika.

4.3.8 Kesenyapan/Berdiam diri

Samovar et al. (2007) menekankan bahawa kesenyapan juga dapat


menghantar pembayang bukan lisan berkaitan situasi komunikasi yang
melibatkan kita. Beberapa saat yang diberikan untuk berdiam diri
mempengaruhi komunikasi interpersonal. Masa ini boleh digunakan
untuk berfikir, menilai emosi ataupun enkod respon. Kesenyapan juga
dapat membantu dalam memberikan maklumbalas, memaklumkan
kepada kedua-dua, pengirim dan penerima tentang kejelasan idea atau
kesignifikanan pertukaran maklumat. Pembayang ini juga boleh diterima
sebagai tanda persetujuan, tidak berminat, terasa hati atau marah. Bagi
rakyat Amerika, kesenyapan menunjukkan kurang perhatian dan minat.
Jadi mereka selalunya akan memulakan perbualan dan memastikan ianya
berterusan, sekalipun dengan orang yang tidak dikenali.

Konsep kesenyapan ini mungkin boleh dikongsi oleh pelbagai budaya.


Dalam konteks bisnes umpamanya, reaksi berdiam diri dilihat sebagai
negatif oleh masyarakat Amerika, Jerman, Peranchis, Eropah dan Arab
(Lewis, 1999). Malah terdapat hubungan yang jelas di antara budaya yang
mementingkan interaksi sosial seperti Itali, Peranchis dan Arab, dengan
persepsi mereka tentang penggunaan konsep kesenyapan ini. Dalam
budaya masyarakat Greek, terdapat kepercayaan bahawa berada
disekeliling orang lain dari terlibat dengan perbualan merupakan tanda-
tanda sebuah kehidupan yang baik.

Dalam masyarakat timur, mereka amat selesa dengan kebisingan atau


percakapan dan mereka mencuba sedaya upaya untuk mengisi
kesenyapan yang hadir. Terdapat kepercayaan di kalangan masyarakat
timur bahawa perkataan boleh mencemar pengalaman dan kesejahteraan
dalaman hanya akan datang melalui kesenyapan. Bagi banyak masyarakat
Asia, kesenyapan digunakan sebagai salah satu cara untuk mengelak
konflik. Seperti yang dinyatakan oleh Chan (1998), amalan biasa di
kalangan penduduk Asia ia mengelak untuk bercakap lebih lanjut apabila
mereka tidak dapat menerima sikap, pendapat ataupun cara berfikir
seseorang tentang sesuatu isu atau tajuk. Dalam masyarakat Jepun, di

62
kalangan ahli keluarga, kesenyapan merupakan salah satu cara untuk
bercakap dan kesenyapan juga selalu dikaitkan dengan kredibiliti, di mana
seseorang yang berdiam diri selalunya dilihat sebagai mempunyai
kredibiliti yang tinggi berbanding dengan orang yang banyak bercakap.

Masyarakat Scandinavia juga mempunyai pandangan yang sama tentang


kesenyapan. Umpamanya di Finland, Sweden, Denmark dan Norway,
kesenyapan membawa maksud berminat dan pertimbangan. Berdiam diri
juga dapat memberitahu orang lain bahawa kita mahupun mereka untuk
terus bercakap (Smith & Bond, 1999).
Dari perbincangan tentang kesenyapan di atas, kita dapat menyimpulkan
bahawa manusia berkomunikasi bukan hanya apabila mereka bercakap.
Sekalipun kita berdiam diri, tafsiran makna boleh dibuat ke atas sikap
tersebut. Selain daripada itu, disebabkan oleh kepelbagaian budaya ini, ia
mungkin memaksa kita untuk lebih memahami perbezaan budaya
tentang, percakapan, kebisingan dan kesenyapan. Pengetahuan ini dapat
membantu kita dari mengalami kejutan budaya, kerisauan dan
memperlekehkan budaya orang lain.

SOALAN DALAM TEKS

1. Nyatakan kepentingan perlakuan-perlakuan


komunikasi bukan lisan.
2. Nyatakan fungsi-fungsi mata.
3. Bincangkan tiga wajah yang kita miliki. Berikan
contoh-contoh yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

4.4 RUMUSAN
Di dalam bab ini kita telah membincangkan bagaimana komunikasi
bukan lisan juga memainkan peranan yang besar dalam komunikasi
antarabudaya. Mesej-mesej yang disampaikan boleh dihantar samada
secara sengaja atau tidak, samada secara sedar atau tidak. Perbezaan-
perbezaan yang wujud dari segi perlakuan badan (termasuk pergerakan
badan), ekspresi muka, pandangan mata, sentuhan, paralinguistik, ruang
dan jarak, masa serta kesenyapan memerlukan kita untuk menjadi lebih
sensitif dan peka terhadap budaya orang lain. Selain daripada itu, kita
juga dapat melihat bahawa perbezaan-perbezaan bukan lisan ini juga
boleh bergantung kepada budaya.
63
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bincangkan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila


individu dari budaya yang berbeza berinteraksi. Kenapa masalah-
masalah ini timbul?

2. Bagaimanakah mesej-mesej yang dihasilkan dikatakan wujud


secara berasingan.

3. Bincangkan bagaimana pembelajaran kita tentang aspek-aspek


komunikasi antarabudaya dapat membantu kita untuk
mengetahui lebih lanjut tentang sifat ‘ethnocentrism’ yang ada
pada diri kita.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. a. Sifat komunikasi bukan lisan yang berbentuk universal.


b. Menilai perasaan dalaman.
c. Dapat membentuk tanggapan.
d. Membantu kita menguruskan interaksi dengan orang lain.

2. a. Menyatakan minat dan membangkitkan perasaan.


b. Mengawal interaksi.
c. Mendefinisikan kuasa dan status dalam hubungan.

3. Apa yang menarik tentang pengajian tentang wajah ini ialah kita
mempunyai tiga wajah Pertama, wajah yang dikurniakan oleh
Pencipta iaitu wajah sebagaimana kita dilahirkan. Walaupun
wajah mungkin berubah usia, kesihatan atau kosmetik dan
pembedahan plastik, ia tetap wajah kita yang asal. Kedua, wajah
yang boleh kita manipulasikan sekiranya kita berkehendakkan
begitu. Kita boleh memutuskan untuk senyum, marah dan
sebagainya. Akhirnya, kita mempunyai wajah yang berubah

mengikut keadaan dan mesej yang diterima. Wajah inilah, samada


kita suka atau tidak akan menunjukkan rasa takut, gembira, sedih
dan lain-lain.

64
Di kalangan para sarjana, kepentingan ketiga-tiga wajah ini amat
jelas. Contohnya, tanda-tanda bukan lisan diwajah kita boleh
menunjukkan tindakan yang akan diambil, menyampaikan mesej-
mesej berkaitan penerimaan sosial dan sifat yang dominan,
memaklumkan kepada orang lain samada kita berminat,
menunjukkan tahap penglibatan, menggambarkan perasaan kita
dan menunjukkan samada tindakbalas kita adalah spontan atau
dikawal.

Di negara-negara Mediterranean, perasaan sedih boleh


ditunjukkan dengan cara yang berlebih-lebihan. Jadi adalah tidak
asing untuk melihat orang lelaki di sana menangis dikhalayak
ramai. Di Malaysia, orang lelaki selalunya tidak menunjukkan
emosi sebegini. Malah di Jepun, kaum lelakinya malah cuba
untuk menyembunyikan perasaan marah, sedih, kekeliruan atau
tidak suka dengan ketawa atau senyuman.

65
66
BAB 5

PENGARUH BUDAYA DALAM


KONTEKS PERNIAGAAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mengetahui mengenai konteks komunikasi yang merujuk kepada
persekitaran budaya di mana komunikasi berlaku.
2. Mengetahui kepelbagaian peraturan budaya yang menerangkan
bagaimana komunikasi berlaku melalui gelagat dalam pelbagai
konteks.
3. Mempelajari kriteria penilaian budaya dalam konteks perniagaan
yang meliputi aspek informaliti dan formaliti, sikap mendesak dan
keharmonian interpersonal serta hubungan status boleh didapati
dalam setiap persekitaran komunikasi.
4. Memahami dengan lebih jelas perbezaan budaya dalam konteks
perniagaan multinasional yang melibatkan pendekatan protokol,
pengurusan, perundingan, pembuatan keputusan dan pengurusan
konflik.

5.1 BUDAYA DAN KONTEKS

Konteks adalah merupakan bagaimana proses komunikasi itu berlaku.


Segala bentuk interaksi manusia yang berlaku dipengaruhi pelbagai
konteks budaya, sosial dan fizikal yang dikenali sebagai konteks
komunikasi. Contohnya, apabila kita berkomunikasi dengan rakan yang
sama budaya, kita tidak akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi
kerana kita sudah mengetahui peraturan atau tatasusila serta adab budaya
kita antara satu sama lain. Sebaliknya apabila kita berkomunikasi dengan
individu yang berlainan budaya, adalah sukar untuk kita berkomunikasi
secara efektif kerana individu tersebut mempunyai kefahaman budaya
yang berbeza. Oleh itu, untuk menjadi komunikator antarabudaya yang
cekap, kita perlu mengamati bagaimana peraturan kepelbagaian budaya
mempengaruhi konteks komunikasi.

Bab ini akan menyediakan kita untuk memahami pengaruh budaya dalam
konteks perniagaan. Sebelum memahami pengaruh budaya dalam
konteks perniagaan, kita akan memahami terlebih dahulu mengenai
budaya dan konteks serta akan membincangkan dengan lebih lanjut
67
mengenai komunikasi dan konteks dan penilaian terhadap konteks.
Perbincangan juga akan ditumpukan kepada konteks perniagaan
multinasional yang akan membantu kita memahami dengan jelas
pengaruh budaya dalam konteks perniagaan.
5.2 KOMUNIKASI DAN KONTEKS
Terdapat tiga andaian asas mengenai komunikasi manusia iaitu:
(i) Komunikasi ialah rule governed.
(ii) Konteks menentukan peraturan komunikasi yang
bersesuaian.
(iii) Peraturan komunikasi adalah pelbagai dari segi budaya.

1. Komunikasi ialah rule governed


Secara sedar atau tidak, setiap individu menjangkakan bahawa interaksi
mereka akan mengikut peraturan yang telah dikenalpasti dari segi budaya
dan dikongsi dalam bentuk gelagat. Di Arab Saudi, peraturan yang
diperintahkan melarang lelaki dan wanita termasuk pasangan yang telah
berkahwin bersentuh – sentuhan antara satu sama lain di tempat umum.
Peraturan komunikasi yang diperintahkan sama ada gelagat secara lisan
atau bukan lisan bukan sahaja mengai apa yang diperkatakan tetapi juga
mengenai bagaimana ianya diperkatakan. Peraturan bukan lisan yang
diperintahkan adalah seperti sentuhan, ’eye contect’, laras bahasa dan ’facial
expression’. Manakala peraturan bukan lisan yang telah ditetapkan ialah
seperti pengambilan tempat, nada suara dan bahasa formal yang
digunakan. Secara jelasnya, peraturan adalah berbeza berdasarkan
konteks atau situasi yang berbeza. Contohnya semasa temubual kerja,
penemuduga perlu menggunakan bahasa formal seperti ’tuan’ atau ’puan’
apabila bertindak balas dengan pekerja yang berpotensi. Contohnya
apabila bermain bola sepak di padang, kita lebih selesa menggunakan
bahasa tidak formal seperti ’awak’ dan’saya’
2. Konteks menentukan peraturan komunikasi yang
bersesuaian
Andaian yang kedua mengenai komunikasi ialah konteks menentukan
peraturan komunikasi yang bersesuaian. Setiap konteks yang berbeza
mempunyai peraturan komunikasi yang berbeza. Contohnya, di rumah,
bahasa yang digunakan adalah tidak formal berbanding dengan bahasa
yang digunakan di pejabat iaitu lebih formal seperti ’tuan’ atau ’puan’.
3. Peraturan komunikasi ialah pelbagai dari segi budaya
Walaupun budaya mempunyai banyak persamaan dari segi konteks atau
persekitaran sosial, sebaliknya mereka secara kerapnya menerima

68
peraturan yang berbeza. Oleh sebab itu, konsep berpakaian, masa,
bahasa, sesuatu perkara, gelagat bukan lisan dan kawalan komunikasi
merosot dan aliran adalah berbeza secara signifikan di kalangan budaya.
Contohnya, dalam konteks perniagaa di Turki, orang Turki akan
mendesak pembayaran ke atas semua bentuk hiburan tetapi jika ianya
berkaitan dengan kemudahan atau hospitaliti, mereka tidak dibenarkan
untuk membuat pembayaran atas perkhidmatan yang disediakan.
Manakala di United States, peraturan untuk melaksanakan perniagaan
adalah sangat berbeza. Kos hidangan atau hiburan selalunya dikongsi.

Untuk mencapai keberkesanan dalam komunikasi antara budaya, kita


perlu menyedari asas peraturan budaya kita sendiri dan pada masa yang
sama kita mengetahui dan memahami peraturan budaya individu yang
berinteraksi dengan kita. Jika kita memahami sesuatu peraturan, ia akan
memudahkan kita untuk membuat persediaan dan kawalan diri serta
mengubah gelagat kita agar menepati atau memenuhi jangkaan budaya
individu yang berbeza ini.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah yang anda fahami perkaitan di antara budaya


dan konteks?. Huraikan dan berikan contoh yang
sesuai.
2. Apakah tiga andaian asas mengenai komunikasi
manusia?.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan perkaitan antara komunikasi dan


konteks.

5.3 PENILAIAN TERHADAP KONTEKS (ASSESSING THE


CONTEXT)

Sebelum kita menumpukan kepada analisis yang lebih mendalam


mengenai persekitaran atau konteks, kita perlu mengetahui dan
mengenalpasti tiga pembolehubah komunikasi yang berlaku dalam

69
persekitaran komunikasi. Tanpa mengambil kira konteks komunikasi,
terdapat tiga peranan utama mengenai bagaimana seseorang individu itu
bertindakbalas dalam persekitaran organisasi dan secara interpersonal
iaitu:

(i) Formaliti dan tidak formaliliti (formality and informality).


(ii) Sifat pendesak dan keharmonian interpersonal
(assertiveness and interpersonal harmony).
(iii) Status hubungan (status relationships).

5.3.1 Formaliti dan Tidak Formaliti (Formality and Informality)

Budaya cenderung kepada lingkungan hasil daripada pandangan tidak


formal terhadap sesuatu perkara dan persepsi manusia bahawa ia adalah
kurang formal. Manifesto formaliti dan tidak formaliti mengambil kira
banyak bentuk dan ianya termasuklah pelbagai gelagat seperti bagaimana
manusia berpakaian, pergerakan postur badan dan ucapan yang
digunakan.

(a) Tidak formal (Informality)

Pegangan yang kuat dalam individualism dan kesamarataan, Amerika


telah dipertimbangkan mengamalkan budaya tidak formal. Contohnya,
rakyat di Amerika Utara lebih cenderung melatih antara satu sama lain
dengan cara tidak formal dan secara langsung. Mereka sebolehnya
mengelak daripada menggunakan kod yang formal, tajuk, gelaran dan
perkara yang ritualistik semasa berinteraksi antara satu sama lain (Javidi
dan Javidi, 1997).

Informaliti Amerika adalah merupakan manifesto utama dalam


perjalanan hidup mereka. Contohnya, kebanyakan orang Amerika lebih
selesa menggunakan kata nama pertama apabila berjumpa dengan orang
luar atau semasa memulakan perniagaan mereka tanpa menghiraukan
posisi sosial mereka. Sapaan yang ringkas seperti ’Hi’ digunakan sebagai
refleksi informaliti rakyat Amerika dalam budaya mereka. Budaya ini jauh
berbeza jika dibandingkan dengan budaya di Malaysia yang mana budaya
kita lebih menitikberatkan kepada rasa hormat menghormati antara satu
sama lain. Dalam menjalankan perniagaan umpamanya, kita lebih selesa
menggunakan bahasa yang formal seperti ’tuan’ dan ’puan’ serta kita akan
meletakkan gelaran atau jawatan dalam memperkenalkan seseorang
kepada individu luar semasa mesyuarat atau sebagainya.

Dilihat juga bahawa informaliti dan keterbukaan yang diamalkan di


Amerika boleh menjadi sumber kepada kekeliruan, kesalahfahaman dan
keaiban kepada individu yang mengamalkan budaya yang formal ini.
70
(b) Formaliti (Formality)

Terdapat juga beberapa budaya yang meletakkan nilai yang tinggi ke atas
formaliti ini. Contohnya, di Egypt, Turki dan Jepun, hubungan pelajar
dengan guru adalah sangat formal seperti juga di negara kita, Malaysia.
Apabila guru memasuki bilik darjah, pelajar akan berdiri dan memberi
tanda hormat atau salam. Selain itu, apabila guru berjumpa pelajarnya di
tepi jalan, pelajar tersebut akan memberi tunduk hormat. Budaya ini
berbeza dengan budaya di Amerika di mana hubungan antara guru
dengan pelajar adalah lebih relaks dan tidak formal.

Hall dan Hall (1990) menyatakan bahawa informaliti yang diamalkan oleh
orang Amerika dan lebih gemar memanggil seseorang dengan panggilan
nama pertama menyebabkan orang Jerman tidak berasa selesa
terutamanya apabila orang muda atau mereka yang berada pada tahap
hirarki yang rendah memanggil orang yang lebih tinggi status atau yang
lebih tua dengan nama pertama. Oleh itu, penggunaan gelaran untuk
mengenalpasti posisi mereka dalam struktur sosial adalah penting dalam
konteks perniagaan budaya Jerman yang menggambarkan formaliti.
Malah di Mexican terutmanya dalam konteks perniagaan, penggunaan
gelaran adalah penting bagi mengambarkan rasa hormat. Dalam
perniagaan, mereka akan menempatkan pengurus mereka sebagai
pengarah, doktor, jurutera (ingeniero) atau licienciado (seseorang yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi) dalam Schneider dan
Silverman (1997).

Signifikan formaliti dan informaliti dalam komunikasi boleh dilihat


dengan jelas dalam budaya melalui bahasa yang digunakan. Garies (1995)
menyatakan bahawa budaya Amerika lebih mudah menilai manakala
budaya Jerman lebih cenderung kepada formal dan perahsia walaupun
semasa bersama dengan rakan mereka.

5.3.2 Sifat Pendesak dan Keharmonian Interpersonal


(Assertiveness and Interpersonal Harmony)

Dimensi budaya yang penting yang memberi kesan ke atas konteks


komunikasi ialah mengenai bagaimana seseorang individu itu mewakilkan
diri mereka kepada orang. Walaupun terdapat banyak aspek gaya
komunikasi, aspek ’assertiveness and interpersonal harmony’ mempengaruhi
secara langsung persekitaran antara budaya yang berlaku semasa
mesyuarat perniagaan, bilik darjah atau konteks penjagaan kesihatan.

(a) Sifat pendesak

Budaya Amerika sepertimana yang kita ketahui mengamalkan gaya


komunikasi yang bersifat mendesak. Ianya tidak sama dengan Amerika
71
untuk menerima kelas latihan pendesakan, di mana mereka ini lebih
membantu, mengajar secara jujur, terbuka dan telus apabila berurusan
antara satu sama lain.

Terdapat banyak simbol-simbol gelagat yang mendesak dan agresif di


kalangan masyarakat Amerika seperti semua aspek budaya yang tidak
dibina melaui peluang. Budaya mereka mempunyai sejarah yang lama
mengenai nilai ketidaksahan (valuing nonconfirmity), individualism
(individualism), persaingan (competition), kebebasan (freedom of expression) dan
beberapa bentuk pemberontakan yang lahir untuk menggalakkan gelagat
atau sifat pendesak ini. Antara sebab wujudnya gaya komunikasi sebegini
di kalangan Amerika Utara ini adalah kerana mereka ini mempunyai
keberanian untuk mendapatkan hak dan selalu terlibat dalam konfrontasi
(Nadler, Nadler dan Broome, 1985). Walaubagaimanapun, idea ini telah
diperkukuhkan oleh Wenzhong dan Grove (1991):

“Dalam budaya di mana individualism adalah tinggi nilainya


seperti di Amerika, mereka akan mengambil inisiatif dalam
memenuhi keperluan personal mereka, lebih mendesak dan
telus semasa berinteraksi dengan satu sama lain. Tahap sosial
yang tinggi dan mobiliti geografi serta sifat asas semulajadi
secara komparatif kebanyakan manusia mencipta suasana di
mana persaingan interpersonal dan tahap kekasaran yang
rendah telah ditoleransikan dan dijangkakan.”

(b) Keharmonian interpersonal (Interpersonal harmony)

Selain Amerika dan budaya Eropah Barat seperti Jerman dan Israel
melihat pendesakan sebagai satu aset, budaya lain melihat pendesakan ini
sebagai ancaman dan mendatangkan bahaya kepada hubungan
interpersonal yang harmoni. Bagi budaya utara dan selatan Asian,
perjanjian bersama, kesetiaan dan kewajipan dalam timbal balik
merupakan asas penting ke atas hubungan yang harmoni.

Untuk lebih memahami nilai keharmonian interpersonal, mari kita


melihat kepada budaya orang Filipina. Menurut Gochnenour (1990),
Filipina mempunyai dua perkara dalam menyatakan penkonsepan
harmoni ini iaitu “amor propio” dan “pakikisama”. “Amor propio” bermakna
harmoni dan merujuk kepada nilai perasaan peribadi yang sangat rapuh
dan penghormatan diri. Dalam interaksi antara satu sama lain, mereka
tidak dilayan sebagai manusia tetapi lebih kepada suatu objek. Nilai ini
membuatkan orang Filipina terutamanya mudah tersinggung dengan kata
– kata negatif dan keadaan ini boleh memberi kesan ke atas pendirian
mereka dalam masyarakat. Selain itu, orang Filipina jarang mengkritik

72
atau membuat konfrontasi secara lisan tetapi sekiranya mereka membuat
sedemikian, ianya masih dalam perkara yang baik. Mereka melihat sifat
suka berterus terang dan kejujuran sebagai sifat yang tidak bertamadun.
Sebaliknya mereka menilaikannya sebagai “pakikisama” atau hubungan
interpersonal yang selesa.

Di Jepun pula, mengekalkan hubungan yang harmoni adalah merupakan


pertimbangan utama dalam kedua-dua persekitaran personal dan
profesional. Dalam budaya Jepun, sifat harmoni adalah merupakan
produk untuk menerima model gelagat berbanding dengan prinsip
paksaan. Sejak ‘deviance’ di pertimbangkan sebagai ancaman dan
menimbulkan gangguan, kebanyakan orang Jepun lebih menerima dan
mengambil jangkaan normatif semasa interaksi sosial dan profesional.
Schneider dan Silverman (1997) menyatakan bahawa dalam masyarakat
Jepun, nilai dan norma dengan tegas promosi kawalan diri dan
pengelakan konfrontasi personal secara langsung. Oleh sebab itu, untuk
menggelakkan kekacauan dan mengekalkan hubungan yang harmoni
dengan organisasi, pasaran atau nation, eksekutif perniagaan Jepun akan
selalunya membuat keuntungan korporat dengan mempertimbangkan
subordinat.

Selain itu, kaum Cina juga cenderung menganggap konflik dan


konfrontasi sebagai tidak elok dan perlu dibantah (Gao dan Ting-Toomy,
1998). Budaya Mexico juga mengamalkan nilai hubungan interpersonal
secara lembut dan cuba menggelakkan konfrontasi bersemuka. Keadaan
ini membentuk konsep kebenaran situasi di Mexico dalam usaha untuk
mengekalkan hubungan yang positif dan menjaga hati seseorang, dalam
budaya Mexico, mereka sanggup mengubah fakta sebenar dan menahan
maklumat negatif. Condon (1985) menyatakan bahawa amalan
menyembunyikan fakta sebenar di Mexico telah merebak dan ia boleh
menjadi satu institusi. Ruch (1989) dalam konteks perniagaan, apabila
pelawat menanyakan maklumat yang tidak dimiliki oleh orang Mexico,
mereka akan mencuba sedaya upaya mereka untuk memberikan
maklumat yang dapat membantu pelawat tersebut.

Daripada contoh – contoh yang diberikan, anda boleh membayangkan


permasalahan komunikasi yang akan berlaku apabila individu daripada
budaya yang bersifat mendesak dalam hubungan dengan individu
daripada budaya yang mempunyai nilai tanpa paksaan dan harmoni ini.

5.3.3 Status Hubungan (Status Relationship)

Status merupakan pembolehubah komunikasi yang ketiga yang


mempengaruhi persekitaran komunikasi yang berkait dengan pandangan
budaya. Setiap masyarakat dan organisasi mempunyai budaya secara

73
spesific berdasarkan nilai dan protokol sebagai panduan interaksi di
antara individu yang mempunyai pelbagai posisi sosial. Berdasarkan skala
klasifikasi yang luas, budaya boleh secara umumnya dikategarikan sebagai
egalitarian dengan menumpukan kepada tahap bawah untuk perbezaan
sosial atau hirarki di mana wujudnya signifikan ke atas status dan tahap.

(a) Egalitarian (Egalitarian)

Egalitarian bermaksud orang yang memegang prinsip hak yang sama


untuk semua perkara (Kamus Dwibahasa Oxford, 2004). Egalitarianism
memudahkan dan menggalakan interaksi informal di antara subordinat
dan senior, meminimunkan jangkaan atau keperluan untuk rasa hormat
dan formaliti. Status individu adalah selalunya diperolehi melalui usaha
individu dan bukannya diperolehi melalui kelahiran, perjumpaan atau
umur. Keadaan ini telah mencipta persekitaran mobiliti sosial dengan
menggalakkan kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai peluang
untuk meningkatkan status sosial mereka. Walaubagaimanapun, individu
yang mempunyai kuasa dalam jawatan selalunya menjadikan egalitarian
sebagai habit untuk meningkatkan kuasa dan prestij.

Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand mengamalkan budaya


egalitarian yang tinggi. Kebanyakan orang Amerika hanya sedikit
tumpukan kepada perbezaan dalam status sosial dan kuasa. Ini adalah
sebahagian daripada pejuang nasional Amerika apabila perlu bekerja
keras untuk meneruskan kehidupan. Dalam konteks perniagaan di
Amerika, ’equality’ (kesamarataan) boleh dilihat melalui penggunaan kata
nama pertama berbanding penggunaan gelaran atau pangkat bertujuan
untuk memudahkan menilai pekerja oleh penyelia. Mereka yang
diletakkan kepada posisi telah ditingkatkan responsibiliti berdasarkan
kepada keupayaan bukannya berdasarkan kepada faktor umur atau
kepentingan dengan organisasi.

(b) Hirarki (Hierarchical)

Budaya yang melihat hirarki sebagai status sosial adalah berlawanan


dengan budaya egalitarian. Contohnya di negara seperti Jepun dan Spain,
perbezaan status dilaksanakan dengan jelas melalui larangan protokol
melalui aktiviti organisasi dan interpersonal serta gaya bahasa yang
digunakan. Kuasa sebenar adalah terdiri daripada individu yang boleh
mencapai kedudukan melalui hubungan keluarga, tahap pendidikan atau
umur. Merit atau keupayaan adalah merupakan pertimbangan kedua.
Interaksi di antara subordinat dan senior telah dilaksanakan dalam
suasana formal dan gelaran selalu digunakan. Senior selalunya berperanan
sebagai ketua keluarga dalam memberi respon kepada junior sebagai satu
bentuk penghormatan.
74
Tradisi hirarki kebanyakan negara Asian bermula daripada falsafah
Confucian yang berasal daripada negara China. Confucianism
menghasilkan secara spesifik struktur hirarki sosial dan mengandungi
panduan yang jelas tentang hubungan antara senior dan junior.
Penjelasan mengenai hirarki sosial Confucian secara jelasnya terbukti di
Negara China, Jepun, Korea, Taiwan, Vietnam dan Singapura di mana
guru sedaya upaya perlu diberi penghormatan dan pelajar tidak dijangka
untuk menyoal profesor mereka. Di Jepun pula, apabila mesyuarat, junior
akan tunduk lebih rendah daripada senior. Selain itu, junior akan
menggunakan bahasa yang formal dan sopan sebaliknya senior boleh
memilih menggunakan gaya bahasa yang tidak formal.

Variasi bahasa di kalangan individu daripada budaya hirarki tidak terhad


kepada Asia. Contohnya di Spain, Mexico dan kebanyakan Spanish lebih
gemar menggunakan tu (you) apabila bercakap dengan rakan, ahli
keluarga dan kenalan rapat. Sebaliknya apabila berurusan dengan
seseorang yang bukan kenalan yang rapat, bahasa yang lebih formal
seperti usted digunakan. Negara India juga mempunyai sejarah
pembahagian hirarki yang berasal sistem kasta walaupun sistem tersebut
telah dihapuskan oleh undang–undang.

Dalam konteks perniagaan, hubungan yang tidak selari dengan cepat


boleh berlaku sekiranya masih terdapat individu yang memberikan
pandangan yag konflik ke atas egalitarianism dan hirarki. Gelagat dan
tindakan yang berkaitan dengan peraturan kepada status, aktiviti bebas
yang dilakukan dan keindividualiti, pandangan yang distrukturkan,
prosedur yang diperintahkan mengikut hirarki sebagai tidak munasabah
dan terlalu formal.

Selepas kita melihat variabel komunikasi seperti informaliti, formaliti,


pendesakan, keharmonian interpersonal dan hubungan status, kita kini
sudah bersedia untuk mengaplikasikannya dalam persekitaran
antarabudaya. Seterusnya, kita akan melihat konteks perniagaan
antarabangsa termasuk protokol, pengurusan, perundingan, membuat
keputusan dan pengurusan konflik.

75
SOALAN DALAM TEKS

3. Nyatakan tiga kriteria penilaian budaya dalam


konteks komunikasi yang mempengaruhi
persekitaran perniagaan.
4. Apakah yang dimaksudkan dengan egalitarian dan
hirarki dalam penilaian budaya mengenai status
hubungan dalam konteks perniagaan? Sila berikan
contoh yang sesuai.
5. Apakah ciri sifat pendesak dan keharmonian
interpesonal yang mempengaruhi persekitaran
perniagaan dalam multibudaya dan berikan contoh
yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimana penilaian terhadap


pengaruh budaya dibuat dalam konteks perniagaan
multibudaya.

5.4 KONTEKS PERNIAGAAN MULTINASIONAL

Kita sekarang akan memberi tumpuan kepada konteks perniagaan


multinasional dan pelbagai pandangan budaya yang berkaitan protokol
perniagaan, pengurusan, perundingan, pembuatan keputusan dan
pengurusan konflik.

5.4.1 Protokol Perniagaan

Terdapat empat elemen protokol yang berkaitan dengan perniagaan iaitu:

(i) Tandatangan (initial contact).


(ii) Gelagat berucap (greeting behavior).
(iii) Perwatakan personal (personal appearance).
(iv) Pemberian hadiah (gift giving).

(a) Tandatangan (Initial contact)

Faktor penting yang perlu kita pertimbangkan apabila beruursan dalam


perniagaan antarabangsa yang melibatkan pelbagai budaya ialah initial

76
business contact yang dilakukan dan jumlah notis tambahan yang berkaitan
dan temujanji.

Dalam El Salvador dan kebanyakan Amerika Latin termasuk Mexico,


temujanji perlu dibuat sekurang-kurangnya satu bulan dengan
menghantar emel atau melalui telefon dan perlu disahkan dalam tempoh
satu minggu sebelum mesyuarat berlangsung. Dalam budaya Amerika
Latin, mereka perlu mengukuhkan hubungan sebagai peningkatan dalam
organisasi dengan segera. Di Egypt, apabila kita hendak membuat
temujanji, kita perlu menghantar surat pengenalan kepada orang Egypt
yang boleh memudahkan urusan melaksanakan mesyuarat. Penggunaan
orang tengah yang akan menguruskan temujanji dengan orang yang
berkenaan adalah asas kepada konteks perniagaan di Egypt.

Selain itu, apabila kita merancang untuk melaksanakan mesyuarat dengan


wakil perniagaan daripada luar negara, perkara yang penting perlu kita
ambil perhatian ialah tarikh. Kebanyaka budaya mempunyai jadual
kebangsaan dan cuti yang unik serta mereka yang berjaya dalam
perniagaan antarabangsa selalu mengambil berat mengenai tarikh.
Contohnya, di China, kebanyakan perniagaan ditutup seminggu sebelum
dan selepas Tahun Baru Cina. Di Malaysia, urusan perniagaan ditutup
sempena Hari Raya Puasa ataupun Hari Raya Haji.

(b) Gelagat berucap (Greeting behavior)

Gelagat berucap bagi setiap budaya adalah berbeza. Di Amerika, mereka


lebih cenderung berucap secara tidak formal dan lebih mesra. Kedua –
dua wanita dan lelaki berjabat tangan semasa bermula dan selesai
mesyuarat. Nama pertama digunakan dengan pengecualian senior atau
kedudukan formal. Mereka saling bertukar kad perniagaan semasa
mesyuarat tetapi jarang bersosial. Gelagat berucap dalam budaya
Amerika dan Kanada adalah tidak sama dengan kebanyakan budaya.
Contohnya di Arab Saudi, gelagat berucap lebih banyak dengan berjabat
tangan dan cenderung kepada ekpresif dan perbincangan. Lelaki Arab
akan mencium pipi sebaliknya wanita Arab jarang terlibat dengan
mesyuarat tetapi sekiranya mereka ada, mereka tidak akan diperkenalkan.
Gelaran adalah penting dalam budaya Arab dan ianya selalu digunakan.
Kad perniagaan saling bertukar dan dicetak dalam bahasa Inggeris dan
Arab.

Sebaliknya, komuniti perniaga China adalah lebih formal berbanding


Amerika. Zinzius (2004) menyatakan bahawa sepanjang berbincang
dengan orang China, kaki mesti diletakkan ke bawah kerana ianya
nampak lebih tertib dan sekiranya kaki bersilang, ia menunjukkan orang
itu tidak menghormati. Dalam asas hirarki masyarakat China turut

77
mengenalpasti bahawa ’eye contact’ perlu dielakkan kerana ia dianggap
tidak sopan dan tidak hormat berbanding budaya barat, ’eye contact’
menunjukkan kita memberikan perhatian semasa bermesyuarat.

Dalam konteks perniagaan di Finland, gelagat memberi salam di kalangan


lelaki dan wanita ialah dengan berjabat tangan secara tegas (firm
shakehand) dengan didahulukan peniaga wanita. Selain itu, pelukan dan
ciuman hanya untuk kenalan rapat sahaja. Mereka akan memperkenalkan
dengan nama pertama, akhir dan gelaran yang terdapat pada ahli
perniagaan tersebut. Berbeza dengan budaya orang China, budaya orang
Finland mengharapkan adanya ’eye contact’ sepanjang perbincangan
berlangsung.

(c) Perwatakan personal (Personal appearance)

Dalam perniagaan antarabangsa, halangan bahasa boleh menyebabkan


keupayaan diri terganggu, oleh itu, perwatakan personal menjadi penting
dalam hal ini. Contohnya, budaya di Amerika yang pelajari sebelum ini
mengamalkan informaliti adalah berkaitan dengan polisi ’casual friday’ di
mana kebanyakan organisasi menggunakannya. Bagi organisasi dot.com
di Silicus, kebanyakan mereka datang ke pejabat dengan memakai baju t-
shirt dan seluar jean. Sebaliknya terdapat budaya yang pentingkan
keformalitian dalam berpakaian kerana sikap ini akan menunjukkan
ketrampilan personal diri terutamanya semasa berinteraksi atau
menguruskan perniagaan kerana ketrampilan personal dapat memberikan
imej organisasi kepada peniaga dari budaya yang berbeza.

Contohnya di Jepun, uniform standard bagi pekerja korporat mereka


adalah berwarna biru hitam tetapi kini, generasi muda orang Jepun telah
mula memakai pakaian yang berwarna warni dan gaya yang pelbagai. Di
German, golongan usahawan lelaki dan wanita berpakaian secara
konservatif dengan norma sut hitam dan t-shirt putih. Di Malaysia, cara
berpakaian juga dititikberatkan di mana lelaki perlu memakai kemeja dan
berseluar hitam manakala golongan wanita perlu berpakaian sopan
seperti baju kurung atau yang bersesuaian.

Oleh itu, ketrampilan personal adalah penting dalam komunikasi


antarabudaya dalam konteks perniagaan ini supaya tidak berlaku halangan
dan ia membantu memudahkan proses komunikasi dengan lebih
berkesan dan berjaya walaupun di antara mereka mempunyai
latarbelakang budaya yang berbeza.

(d) Pemberian hadiah (Gift giving)

Pemberian hadiah merupakan amalan biasa bagi kebanyakan budaya


malah ia dilakukan untuk membina hubungan, membalas budi dan
78
menjamin pertimbangan supaya lebih disukai pada masa akan datang.
Contohnya, budaya individualistik barat seperti Amerika melihat
pemberian hadiah dalam bentuk pembayaran wang ini sebagai satu
bentuk rasuah. Budaya China juga telah mengharamkan rasuah dalam
perniagaan.

Pertukaran hadiah adalah merupakan satu bentuk protokol perniagaan


yang biasa tetapi dalam sesetengah budaya dalam perniagaan
antarabangsa ianya boleh dipertimbangkan sama ada ianya sebagai
saguhati atau rasuah.

Jika kita melihat dari perspektif Amerika, hadiah di kalangan pekerja


daripada organisasi antarabangsa adalah kecil, secara relatifnya adalah
murah untuk menyambut sesuatu acara atau memberi penghormatan dan
mewujudkan perpaduan. Hadiah yang kecil seperti pen dan cawan yang
mempunyai logo organisasi perniagaan turut diterima di dalam
perniagaan peringkat global selain majalah, buku dan perkakasan pejabat
atau rumah.

Selain itu, apabila kita menjalankan perniagaan ke luar negara, kita bukan
sahaja perlu tahu mengenai amalan pemberian hadiah tetapi mesti tahu
apakah jenis hadiah yang sesuai dengan budaya luar di mana perniagaan
akan dilaksanakan dan bila ianya sesuai diberikan. Di Jepun, hadiah
ditukar pada permulaan perniagaan yang baru dibina di mana nilai dan
jenis hadiah adalah bergantung ke atas saiz dan masa depan perniagaan
dan status hubungan (Nishiyama, 2000). Sebaliknya, di Chile, hadiah
tidak diberikan sehingga hubungan perniagaan menjadi kukuh.

5.4.2 Gaya Pengurusan (Management Styles)

Gaya pengurusan yang pelbagai diamalkan oleh pengurus adalah


bertujuan untuk memotivasikan pekerja untuk bekerja secara koperatif
dan produktif dalam mencapai matlamat yang spesifik. Bagi pengurus
perniagaan antarabangsa, tugas yang kompleks ini dilihat akan
mempengaruhi budaya dalam bentuk gaya kepimpinan, gelagat
komunikasi, proses membuat keputusan, prosedur perundingan,
hubungan supervisor/subordinat, pengiktirafan personal dan semua
aspek yang berkaitan tempat kerja. Menurut Earley dan Ang (2003),
pemahaman yang mendalam mengenai perbezaan budaya akan dapat
meningkatkan keupayaan untuk mencapai kecemerlangan diri sebagai
pengurus perniagaan antarabangsa.

Di Amerika, mesyuarat dilaksanakan adalah untuk menyebarkan


maklumat dan membuat keputusan. Walaubagaimanapun, mesyuarat
hanya akan diadakan apabila ianya penting, tepat pada masanya,

79
mengikut agenda yang telah ditetapkan dan berakhir mengikut masa.
Untuk pengetahuan anda, tidak semua budaya mengamalkan mesyuarat
seperti Amerika ini.

Di Perancis, mereka mempertimbangkan mesyuarat sebagai satu bentuk


forum untuk pertukaran maklumat atau sebagai tempat untuk membuat
atau menetapkan keputusan di mana ianya telah ditentukan oleh pihak
pengurusan atasan. Jika dibandingkan dengan budaya Amerika, budaya
mesyuarat di French lebih formal, bahasa yang formal dan mengikut
hirarki organisasi.

5.4.3 Gaya Perundingan (Negotiation styles)

Gaya perundingan memainkan peranan penting dalam perniagaan


antarabangsa. Proses ini adalah penting kerana terdapat sesetengah
pendapat mencadangkan supaya eksekutif antarabangsa menumpukan
lebih 20 peratus masa mereka dengan aktiviti perundingan. Wakil dalam
perundingan perniagaan sama ada pada peringkat antarabangsa dan
tempatan berkerjasama untuk mencapai persetujuan bersama disamping
mencuba untuk mengurangkan perbezaan, kesalahfahaman dan konflik.
Oleh itu, objektif ini hanya boleh dicapai dengan berkomunikasi kerana
ia memainkan peranan yang penting dalam proses perundingan.

Terdapat tiga aspek yang berkaitan dengan proses perundingan iaitu:

(i) Perspektif penglibatan (participant perspective).


(ii) Faktor luaran (external factor).
(iii) Hasil yang dijangkakan (expected outcomes).

(a) Penglibatan peserta (Participant perspective)

Budaya akan menunjukkan bagaimana manusia itu melihat proses


perundingan secara menyeluruh, persepsi dan bagaimana mereka secara
sebenarnya menguruskan sesi tawar menawar ini. Contohnya, budaya
Amerika, pendekatan kepada perundingan ialah kepetahan retorikal
produk tradisi Greek, penghujahan, perbahasan dan pemujukan. Wakil
perniagaan atau korporat Amerika melaksanakan perundingan secara
langsung di mana ianya lebih kepada pendekatan konfrontasional.
Mereka berpandangan bahawa proses tawar menawar sebagai berlawanan
dengan sifat semulajadi malah ianya menjurus kepada objektif untuk
mencapai kemenangan. Selain itu, mereka turut berpendapat bahawa
proses tawar–menawar dalam perundingan ini mengandungi keputusan
segera di mana ianya meminimumkan keuntungan dan menghasilkan

80
perspektif jangka pendek. Hubungan antara satu sama lain terutamanya
hubungan jangka panjang merupakan pertimbangan kedua.
Pandangan Amerika menyatakan bahawa perundingan dengan budaya
berasaskan kolektivism secara mudah boleh mencipta masalah.
Contohnya perunding China dan Jepun mengambil masa yang lama
untuk menguruskan perniagaan. Matlamat utama mereka ialah bekerja
untuk membina hubungan, mengukuhkan tahap kepercayaan dan
mengenalpasti minat untuk memasuki kesatuan yang wujud dengan
organisasi. Pendekatan ini lebih kepada tuntutan dan fokus ke atas minat
bersama, peningkatan kepada perspektif menang – menang di mana
ianya berlawanan dengan pandangan Amerika yang berpegang kepada
prinsip perniagaan adalah perniagaan (”business is business”).

Selain itu, umur perunding juga turut menjadi faktor penting dalam
proses perundingan. Dalam budaya perundingan di negara China,
perunding yang muda mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada
perunding yang lebih tua dan menganggap bahawa mereka ini
mempunyai kepandaian atau kebijaksanaan yang tinggi berbanding
dengan mereka yang lebih muda. Berbeza dengan budaya Barat seperti
Amerika ini, umur bukan ukuran bagi mereka dalam perundingan,
sebaliknya kepakaran dan kecekapan adalah perkara utama dalam
perundingan.

(b) Faktor luaran (External factor)

Antara faktor luaran yang akan mempengaruhi budaya konteks


perniagaan terutamanya dalam proses perundingan ialah aspek formaliti
dan informaliti, status keahlian, pertimbangan masa, peranan kerajaan,
standard etika, emosi dan gaya komunikasi.

Sebelum ini, kita telah berbincang mengenai bagaimana nilai budaya


formaliti dan informaliti boleh mempengaruhi cara manusia berpakaian,
bertingkah laku dan gaya berkomunikasi. Semua aspek yang disebutkan
menjadi aspek penting dalam proses perundingan. Perunding daripada
Amerika mengamalkan budaya tidak formal, lebih cenderung untuk tidak
menggunakan gelaran atau pangkat dan lebih gemar menggunakan kata
nama pertama apabila berjumpa dengan seseorang. Tindakan ini kurang
ditumpukan dalam budaya Eropah seperti French, Jerman dan England
di mana formaliti memainkan peranan utama dan gelaran atau pangkat
adalah penting untuk menggambarkan identiti. Begitu juga wakil
perunding daripada China, Jepun dan Korea juga menjangkakan
perundingan dilaksanakan secara formal berbanding wakil daripada
budaya Australia. Malah Lewis (1999) menyatakan perunding Korea lebih
gemar menggunakan gelaran atau pangkat berbanding nama walaupun di
kalangan mereka.
81
Status sosial atau keahlian organisasi dalam kumpulan perundingan
adalah dalam pertimbangan budaya yang penting. Amerika yang kita
sedia maklum adalah sangat egalitarian, iaitu lebih cenderung untuk
memilih ahli berdasarkan ke atas peningkatan dalam pengurusan atau
keupayaan teknikal dengan sedikit pertimbangan ke atas kedudukan atau
pangkat dalam organisasi. Di Asia timur, bilangan ahli yang terlibat dalam
kumpulan disimbolkan sebagai penting kepada perundingan.

Dalam aspek masa, Amerika melihat masa sebagai komoditi atau produk
yang boleh memberikan keuntungan serta sesuatu yang tidak boleh
dibazirkan. Oleh itu, mereka dengan pantas akan bergerak kepada satu
objektif kepada objektif yang lain dengan meminimumkan aktiviti di
antara setiap aturcara yang berlaku. Minat barat untuk melaksanakan
perundingan dengan segera merupakan pendekatan yang tidak popular
dalam budaya China dan Jepun. Oleh itu, untuk budaya ini, masa
diterima secara berbeza berbanding di Barat.

Dalam konteks perniagaan bagi budaya Jepun dan China, matlamat


utama ialah mengenal antara satu sama lain. Mereka melihat memasuki
dunia perniagaan seolah-olah seperti memasuki alam perkahwinan di
mana ianya perlu mengambil masa yang lama dan akan memberi faedah
kepada kedua-dua pihak. Ini bermakna mereka perlu mengambil masa
untuk memastikan bahawa hubungan dengan organisasi yang dirunding
adalah sesuai dan produktif. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini,
pertimbangan masa telah dipenuhi dengan hiburan dan aktiviti
sampingan untuk meningkatkan pengetahuan ahli di kalangan kumpulan
perundingan. Pada peringkat awa permulaan mesyuarat akan lebih fokus
ke atas latarbelakang umum organisasi dan kurang tumpuan ke atas
tujuan perniagaan yaang akan dijalankan.

Seterusnya, kita melihat pula kepada peranan kerajaan dalam perniagaan


yang sebelum ini merupakan faktor dalam perniagaan antarabangsa.
Perunding korporat Amerika mempertimbangkan kerajaan sebagai badan
asing dan sebahagian daripada urusan perniagaan. Fungsi kerajaan adalah
untuk mengukuhkan dan menguatkuasakan undang-undang yang
dibentuk untuk melaksanakan aktiviti ekonomi. Penglibatan yang aktif
oleh kerajaan dalam perundingan secara komersial dilihat sebagai
berpotensi sebagai penghalang kepada kejayaan sesuatu perundingan di
antara pihak yang terlibat.

Standard etika bagi sesetengah budaya adalah faktor penting perlu


difahami dalam melaksanakan perundingan. Pemberian hadiah hendaklah
bergantung kepada budaya tersebut. Contohnya di Amerika, terdapat
standard etika dalam menjalankan perundingan perniagaan. Bentuk
pembayaran perlu diperjelaskan bagi menggelakkan ianya diklasifikasikan
sebagai rasuah dan sebagainya.
82
Pendedahan emosi oleh perunding juga boleh menyebabkan halangan
kepada hasil perundingan dalam perniagaan antarabangsa. Wakil
perniagaan barat selalu mencirikan orang Asian sebagai sukar difahami
menyebabkan kurangnya ekpresi muka ditunjukkan semasa proses tawar-
menawar berlaku. Bagi budaya Amerika, ia adalah normal dan
kebanyakan mereka menggunakan gelagat bukan lisan sebagai simbol
luaran untuk mengambarkan perasaan.

Gaya komunikasi perunding juga boleh dilihat sebagai sumber perbezaan


dalam perniagaan antarabangsa. Wakil perunding daripada budaya
kolektivism seperti China, Jepun, Korea dan Indonesia meletakkan
pertimbangan nilai untuk menjaga hubungan positif antara ahli–ahli
perundingan, mereka lebih gemar menggunakan gaya komunikasi secara
tidak langsung. Isu–isu sensitif yang berpotensi untuk mencetuskan
konflik akan diselesaikan dengan berhati–hati dan secara normalnya
diletakkan dalam perkara yang tidak langsung. Contohnya orang China
dan Jepun akan selalu menggunakan kata–kata seperti “Ini salah saya”,
“kita perlu belajar lagi” atau “kita akan fikirkan hal ini”. Di Indonesia,
untuk mengekalkan hubungan yang harmoni, seringkali ucapan “ngak
apa-apa” sering dituturkan. Magnitud yang tidak secara langsung ini
sebenarnya boleh menimbulkan masalah, kekeliruan dan salahfaham
kepada perunding barat yang lebih gemar mengamalkan gaya komunikasi
yang lebih terbuka dan secara langsung ini.

(c) Hasil jangkaan (Expected outcomes)

Faktor budaya turut memainkan peranan dalam menentukan hasil


perundingan yang akan dicapai dan bentuk keputusan yang akan
dilaksanakan dalam akhir perundingan. Perunding Amerika melihat
objektif akhir perundingan yang berjaya sebagai tandatangan dan
mengikat kontrak atau perjanjian. Persepsi ini kontra dengan budaya
kolektivism di mana perundingan mengenai perniagaan adalah
dipertimbangkan untuk mengukuhkan hubungan jangka panjang
berbanding menghasilkan dokumen undang-undang yang dilaksanakan
oleh kerajaan. Bagi budaya China pula, perundingan yang dibentuk
adalah untuk mengukuhkan parameter hubungan dan kontrak atau
perjanjian hanya disediakan mengikut perjanjian atau panduan.

5.4.4 Membuat Keputusan (Decisian Making)

Proses membuat keputusan adalah sangat kritikal dalam proses


perundingan. Oleh demikian, untuk mencapai keputusan yang efektif,
pengurus perniagaan antarabangsa perlu mengetahui siapa yang akan
membuat keputusan dan bagaimana keputusan dibuat melalui perbezaan
budaya. Contohnya, dalam budaya French, individu yang berada pada

83
tahap yang tinggi selalunya mempunyai responsibiliti untuk membuat
semua keputusan. Sebaliknya dalam budaya tertentu, individu yang
terlibat secara langsung dalam proses perundingan dibolehkan untuk
membuat keputusan. Di sektor korporat Amerika, keputusan merupakan
produk proses top down dan disebarkan ke bawah secara berstruktur
melalui autoritatif dan semi autoritatif. Keputusan selalunya dibuat oleh
banyak individu atau eksekutif selepas mereka dipertimbangkan
mempunyai pengaruh dan pelbagai kumpulan pengaruh. Prosedur ini
menyebabkan keputusan yang dihasilkan mengandungi egalitarianism,
saling bergantungan, kekerapan perubahan dan lebih cenderung untuk
mencetuskan konflik.

Manakala di Jepun, orientasi kumpulan yang kuat dan mempunyai


kestabilan sosial telah dipertimbangkan secara konsensus berdasarkan
kepada proses membuat keputusan. Proses membuat keputusan di Jepun
adalah terdiri daripada pengurus pertengahan dan diikuti dengan proses
atas ke bawah yang dikenali sebagai ”ringi seido”. Dalam hal ini, terdapat
beberapa pekerja akan menulis proposal (ringi sho) yang diambil dalam
bentuk di mana subordinat menerima secara hormat pendapat superior.
Semua dilibatkan dalam menghasilkan proposal untuk perbincangan
secara komprehensif sebelum menerima dokumen rasmi. Pada tahap ini,
merit dan kesan ke atas cadangan tersebut akan diteliti dengan mendalam
dan sekiranya persetujuan tidak tercapai, pengurus akan menandatangani
dan menilai semula proposal. Sekiranya disokong, dokumen tersebut
akan segera dihantar kepada pengurusan atasan. Apabila konsensus
adalah jelas, proposal tersebut akan dijadikan polisi. Kunci utama kepada
proses ini ialah konsensus hendaklah tercapai.

Perbezaan di antara orang Jepun dan Amerika membuat keputusan


menerangkan tentang pengaruh budaya dan kesedaran mengenai peranan
budaya memainkan peranan penting dalam perniagaan antarabangsa.
Sebaliknya kesedaran mengenai budaya ini tidak mencukupi dengan
menyediakan perniagaan antarabangsa sebagai asas kepada kecekapan
budaya di mana ia memerlukan kesedaran mengenai perbezaan dan
pemahaman mengenai faktor budaya yang memotivasikan
ketidaksamaan. Contohnya, budaya Amerika boleh menerima dan
berurusan secara konfrontasi sebaliknya budaya Jepun bekerja untuk
mengelakkan konflik.

5.4.5 Pengurusan Konflik (Conflict Management)

Seterusnya, kita lihat pula kepada perbezaan budaya dalam aspek


pengurusan konflik. Konflik ialah aspek hubungan yang tidak dapat
dielakkan dan sekiranya diuruskan dengan cara yang tidak betul, ia boleh
membawa kepada kerosakan yang tidak boleh diperbaiki lagi misalnya
seperti perpisahan atau perceraian, peperangan dan sebagainya.
84
Faktor budaya juga dapat mengenalpasti bagaimana konflik itu dilihat
atau diuruskan.

Sikap terhadap konflik ini kebiasaannya dapat dilihat dalam pasaran


Amerika di mana perselisihan faham dan pertelagahan adalah perkara
biasa dan merupakan satu kelebihan untuk mendapatkan penyelesaian
yang munasabah. Organisasi dalam budaya kolektivistik yang sangat
sensitif kepada bahaya ketidakharmonian ini telah menetapkan
kepelbagaian makna untuk menghindarkan atau mengurangkan insiden
perselisihan faham ini. Contohnya di Jepun, bagi mengurangkan konflik,
mereka telah melaksanakan beberapa program untuk mensosialisasikan
pekerja dengan organisasi sebagai sebahagian daripada keperluan
profesional dan personal. Selain itu, pihak pengurusan akan berbincang
dalam kumpulan kecil dan menggunakan orang tengah bagi membantu
menyelesaikan konflik. Kritikan atau wujudnya perselisihan faham telah
dilepaskan secara tidak langsung, secara pasif dan lebih bertolak ansur.
Konflik yang dilihat mempunyai potensi boleh menjatuhkan maruah atau
air muka, budaya Jepun dan China lebih gemar mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri atau lebih selesa menggunakan gelagat bukan
lisan untuk menggambarkan ketidakpersetujuan manakala komen juga
telah dibuat melalui lawak jenaka, humor atau menggunakan orang
ketiga.
Berbeza pula dalam budaya individualistik seperti Amerika, mereka
mempunyai kaedah yang tertentu dalam menguruskan konflik. Peraturan
dan keputusan sebelah pihak dan daripada pihak atasan adalah teknik
pengurusan yang biasa di Amerika. Sekiranya terdapat pekerja tidak
bersetuju dengan keputusan tersebut, mereka mempunyai pelbagai
pilihan secara terbuka untuk melahirkan ketidakpuasan hati kepada pihak
pengurusan atasan, cuba untuk mempertahankan keputusan melalui
undang–undang atau saluran pengadilan, mengumpul konco-konco
untuk bertindak terhadap keputusan yang dibuat meninggalkan
organisasi atau mencari pekerjaan lain. Keadaan ini tidak membawa
kepada keharmonian kumpulan atau kesepaduan organisasi.

SOALAN DALAM TEKS

6. Apakah aspek pengaruh budaya yang


mempengaruhi proses perundingan dalam
perniagaan multinasional?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

85
5.5 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat perkaitan antara budaya, komunikasi
dan konteks. Kita juga telah membincangkan mengenai penilaian budaya
dalam konteks perniagaan yang meliputi aspek formaliti dan informaliti,
sifat mendesak dan keharmonian interpersonal dan status hubungan
untuk difahami secara umum. Akhir sekali telah membincangkan
mengenai pengaruh budaya dalam konteks perniagaan multinasional yang
meliputi aspek protokol perniagaan, gaya pengurusan, perundingan,
membuat keputusan dan pengurusan konflik.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “communication is rule


governed”?. Huraikan dan berikan contoh yang sesuai.

2. Bagaimanakah budaya mempengaruhi konteks komunikasi dalam


persekitaran perniagaan dalam aspek pemberian hadiah?.

3. Bagaimanakah perspektif penglibatan mempengaruhi proses


perundingan dalam perniagaan multinasional?. Huraikan dan
berikan contoh yang sesuai.

Semak jawapan anda di akhir modul ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Konteks adalah merupakan bagaimana proses komunikasi itu


berlaku. Segala bentuk interaksi manusia yang berlaku
dipengaruhi pelbagai konteks budaya, sosial dan fizikal yang
dikenali sebagai konteks komunikasi. Contohnya, apabila kita
berkomunikasi dengan rakan yang sama budaya, kita tidak akan
menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana kita sudah
mengetahui peraturan atau tatasusila serta adab budaya kita
antara satu sama lain. Sebaliknya apabila kita berkomunikasi
dengan individu yang berlainan budaya, adalah sukar untuk kita
berkomunikasi secara efektif kerana individu tersebut
mempunyai kefahaman budaya yang berbeza. Oleh itu, untuk
86
menjadi komunikator antarabudaya yang cekap, kita perlu
mengamati bagaimana peraturan kepelbagaian budaya
mempengaruhi konteks komunikasi.

2. Terdapat tiga andaian asas mengenai komunikasi manusia iaitu:


(a) Komunikasi adalah rule governed.
(b) Konteks menentukan peraturan komunikasi yang
bersesuaian.
(c) Peraturan komunikasi adalah pelbagai dari segi budaya.

3. Tiga peranan utama mengenai bagaimana seseorang individu itu


bertindakbalas dalam persekitaran organisasi dan secara
interpersonal iaitu:
(a) Formaliti dan tidak formaliliti (Formality and informality)
(b) Pendesak dan keharmonian interpersonal (assertiveness and
interpersonal harmony)
(c) Status hubungan (status relationships)

4. (a) Egalitarian (Egalitarian)

Egalitarian bermaksud orang yang memegang prinsip hak yang


sama untuk semua (Kamus Dwibahasa Oxford, 2004).
Egalitarianism memudahkan dan menggalakan interaksi informal
di antara subordinat dan senior, meminimunkan jangkaan atau
keperluan untuk rasa hormat dan formaliti. Status individu
adalah selalunya diperolehi melalui usaha individu dan bukannya
diperolehi melalui kelahiran, perjumpaan atau umur. Keadaan ini
telah mencipta persekitaran mobiliti sosial dengan menggalakkan
kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk
meningkatkan status sosial mereka. Walaubagaimanapun,
individu yang mempunyai kuasa dalam jawatan selalunya
membuat ini sebagai habit untuk meningkatkan kuasa dan prestij.

United States, Australia dan New Zealand telah dipertimbangkan


mengamalkan budaya egalitarian yang tinggi. Kebanyakan orang
Amerika hanya sedikit tumpukan kepada perbezaan dalam status
sosial dan kuasa. Ini adalah sebahagian daripada pejuang nasional
Amerika apabila perlu bekerja keras untuk meneruskan
kehidupan. Dalam konteks perniagaan di Amerika, ’equality’
(kesamarataan) boleh dilihat melalui penggunaan kata nama
pertama berbanding penggunaan gelaran atau pangkat bertujuan
untuk memudahkan menilai pekerja oleh penyelia. Mereka yang
diletakkan kepada posisi telah ditingkatkan responsibiliti
berdasarkan kepada keupayaan bukannya berdasarkan kepada
faktor umur atau kepentingan dengan organisasi.

87
(b) Hirarki (Hierarchical)

Budaya yang melihat hirarki sebagai status sosial adalah


berlawanan dengan budaya egalitarian. Contohnya di negara
seperti Jepun dan Spain, perbezaan status dilaksanakan dengan
jelas melalui larangan protokol melalui aktiviti organisasi dan
interpersonal serta gaya bahasa yang digunakan. Kuasa sebenar
adalah terdiri daripada individu yang boleh mencapai kedudukan
melalui hubungan keluarga, tahap pendidikan atau umur. Merit
atau keupayaan adalah merupakan pertimbangan kedua.
Interaksi di antara subordinat dan senior telah dilaksanakan
dalam suasana formal dan gelaran selalu digunakan. Senior
selalunya berperanan sebagai ketua keluarga dalam memberi
respon kepada junior sebagai satu bentuk penghormatan.

Tradisi hirarki kebanyakan negara Asian bermula daripada


falsafah Confucian yang berasal daripada negara China.
Confucianism menghasilkan secara spesifik struktur hirarki sosial
dan mengandungi panduan yang jelas tentang hubungan antara
senior dan junior. Penjelasan mengenai Confucian hirarki sosial
secara jelasnya terbukti di Negara China, Jepun, Korea, Taiwan,
Vietnam dan Singapura di mana guru sedaya upaya perlu diberi
penghormatan dan pelajar tidak dijangka untuk menyoal profesor
mereka. Di Jepun pula, apabila mesyuarat, junior akan tunduk
lebih rendah daripada senior. Selain itu, junior akan
menggunakan bahasa yang formal dan sopan sebaliknya senior
boleh memilih menggunakan gaya bahasa yang tidak formal.
Variasi bahasa di kalangan individu daripada budaya hirarki tidak
terhad kepada Asia. Contohnya di Spain, Mexico dan kebanyakan
Spanish lebih gemar menggunakan tu (you) apabila bercakap
dengan rakan, ahli keluarga dan kenalan rapat. Sebaliknya apabila
berurusan dengan seseorang yang bukan kenalan yang rapat,
bahasa yang lebih formal seperti usted digunakan. Negara India
juga mempunyai sejarah pembahagian hirarki yang berasal sistem
kasta walaupun sistem tersebut telah dihapuskan oleh undang –
undang.

Dalam konteks perniagaan, hubungan yang tidak selari dengan


cepat boleh berlaku sekiranya masih terdapat individu yang
memberikan pandangan yag konflik ke atas egalitarianism dan
hirarki. Gelagat dan tindakan yang berkaitan dengan peraturan
kepada status, aktiviti bebas yang dilakukan dan keindividualiti,
pandangan yang distrukturkan, prosedur yang diperintahkan
mengikut hirarki sebagai tidak munasabah dan terlalu formal.

88
5. (a) Sifat mendesak (Assertiveness)

Budaya Amerika sepertimana yang kita ketahui mengamalkan


gaya komunikasi yang bersifat mendesak. Ianya tidak sama
dengan Amerika untuk menerima kelas latihan pendesakan, di
mana mereka ini lebih membantu, mengajar secara jujur, terbuka
dan telus apabila berurusan antara satu sama lain.

Terdapat banyak simbol – simbol gelagat yang mendesak dan


agresif di kalangan Amerika seperti semua aspek budaya yang
tidak dibina melaui peluang. Budaya mereka mempunyai sejarah
yang lama mengenai nilai ketidaksahan (valuing nonconfirmity),
individualism (individualism), persaingan (competition),
kebebasan (freedom of expression) dan beberapa bentuk
pemberontakan yang lahir untuk menggalakkan gelagat atau sifat
pendesak ini

(b) Keharmonian interpersonal (Interpersonal harmony)

Selain Amerika dan budaya Eropah Barat seperti Jerman dan


Israel melihat pendesakan sebagai satu aset, budaya lain melihat
pendesakan ini sebagai ancaman dan mendatangkan bahaya
kepada hubungan interpersonal yang harmoni. Bagi budaya utara
dan selatan Asian, perjanjian bersama, kesetiaan dan kewajipan
dalam timbal balik merupakan asas penting ke atas hubungan
yang harmoni. Contohnya budaya orang Filipina. Menurut
Gochnenour (1990), Filipina mempunyai dua perkara dalam
menyatakan penkonsepan harmoni ini iaitu ”amor propio” dan
”pakikisama”. ”Amor propio” bermakna harmoni dan merujuk
kepada nilai perasaan peribadi yang sangat rapuh dan
penghormatan diri. Dalam interaksi antara satu sama lain, mereka
tidak dilayan sebagai manusia tetapi lebih kepada suatu objek.
Nilai ini membuatkan orang Filipina terutamanya mudah
tersinggung dengan kata – kata negatif dan keadaan ini boleh
memberi kesan ke atas pendirian mereka dalam masyarakat.
Selain itu, orang Filipina jarang mengkritik atau membuat
konfrontasi secara lisan tetapi sekiranya mereka membuat
sedemikian, ianya masih dalam perkara yang baik. Mereka melihat
sifat suka berterus terang dan kejujuran sebagai sifat yang tidak
bertamadun. Sebaliknya mereka menilaikannya sebagai
”pakikisama” atau hubungan interpersonal yang selesa.

6. Aspek pengaruh budaya dalam konteks komunikasi yang


mempengaruhi proses perundingan ialah perspektif penglibatan,
faktor luaran dan jangkaan hasil.

89
90
BAB 6

PENGARUH BUDAYA DALAM


KONTEKS PENDIDIKAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mengenalpasti hubungan di antara budaya, pendidikan dan
komunikasi.
2. Mengenalpasti pendekatan pendidikan multibudaya.
3. Mengetahui gaya budaya dan gaya pembelajaran dan kognitif
dalam pendidikan.
4. Mengenalpasti perspektif dalam pendidikan multibudaya.
5. Mengetahui bagaimana menjadi komunikator pendidikan
multibudaya yang cekap.

6.1 PENGENALAN

Dalam bab yang terdahulu, kita telah membincangkan mengenai


pengaruh budaya dalam konteks perniagaan. Seterusnya dalam bab ini,
kita akan melihat pula bagaimana pengaruh budaya dalam konteks
pendidikan. Porter dan Samovar (1991) menyatakan bahawa apa yang
kita cakap, bagaimana kita bercakap, apa yang kita lihat dan dapatkan
atau tinggalkan, bagaimana kita berfikir dan apa yang kita fikir telah
dipengaruhi oleh budaya dan ia membantu kita untuk membentuk,
mendefinisikan dan mengekalkan budaya. Pembelajaran dan pemikiran
sentiasa berada dalam persekitaran budaya dan selalunya bergantung ke
atas penggunaan sumber budaya (Bruner, 1996).

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman


budaya. Institusi pendidikan seperti sekolah juga menyediakan konteks
dalam mana kedua – dua proses sosialisasi dan pembelajaran berlaku
kerana berlakunya interaksi antara budaya di sekolah. Oleh itu, untuk
mencapai kecekapan dalam komunikasi antara budaya dalam persekitaran
pendidikan ialah dengan memahami apakah sebenarnya budaya dan
pendidikan serta hubungan antara budaya, komunikasi dan pendidikan.

91
Bab ini akan menyediakan kita untuk memahami pengaruh budaya dalam
konteks pendidikan. Kita akan membincangkan dengan lebih lanjut
mengenai hubungan di antara budaya, pendidikan dan komunikasi serta
kepelbagaian budaya dalam pendidikan. Perbincangan juga akan
ditumpukan kepada pendidikan dalam masyarakat multibudaya dan
mempelajari kepelbagaian bahasa dalam pendidikan multibudaya. Akhir
sekali kita akan mempelajari bagaimana menjadi seorang komunikator
multibudaya yang cekap.

6.2 BUDAYA, PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI

Mengajar adalah merupakan aktiviti linguistik dan bahasa ialah asas


mengajar (Smith, 1971). Apabila kita membuat tugasan, memberi arahan,
menerangkan aturcara, mengintepretasikan perkataan, meningkatkan
kedudukan, mengenalpasti keputusan dan tindakan, membuat perjanjian
dan sebagainya, semuanya melibatkan penggunaan bahasa. Kualiti
perlaksanaan tugasan ini adalah bergantung kepada bagaimana
seseoarang guru itu boleh berkomunikasi dengan pelajar–pelajarnya.

Porter dan Samovar (1991) dalam kajian mereka mengenai asas budaya
dan komunikasi mendapati bahawa pengulangan yang teguh yang wujud
di antara budaya dan komunikasi ini dan kepentingan aspek ini kepada
interaksi memberikan maklumat yang berguna untuk mengajar mengenai
budaya. Mereka menerangkan komunikasi sebagai sesuatu yang rumit
dalam persekitaran sosial dan memberi kesan ke atas kehidupan manusia.
Persekitaran sosial adalah budaya dan apabila kita benar–benar
memahami komunikasi, kita juga akan memahami budaya.

Sebagaimana yang kita pelajari pada bab yang lepas, komunikasi adalah
satu bentuk peraturan yang diperintahkan yang berlaku dalam konteks
sosial dan fizikal. Budaya ialah sistem yang diperintahkan di mana ia
menerangkan bentuk, fungsi dan kandungan komunikasi. Pemahaman
mengenai hubungan antara budaya dan komunikasi adalah kritikal untuk
meningkatkan interaksi antarabudaya. Ini kerana budaya adalah berbeza
antara satu sama lain, amalan komunikasi dan gelagat individu setiap
budaya turut berbeza serta kadar pengaruh budaya ke atas komunikasi
antarabudaya adalah fungis ketidaksamaan budaya (Samovar & Porter,
1991).

Komunikasi mengandungi lebih daripada kandungan dan struktur


penulisan dan bahasa ucapan memberikan makna yang meluas
berbanding pengaliran maklumat. Komunikasi adalah asas di mana
proses memberi makna antara satu sama lain sama ada dalam bentuk
kasih sayang, perkongsian, pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi
juga adalah untuk memudahkan pengetahuan dan menilai pengetahuan.

92
Ini adalah idea utama hipotesis Sapir Whort mengenai hubungan antara
bahasa, pemikiran dan gelagat. Bahasa adalah cara untuk menerangkan
pengalaman, pemikiran dan pengetahuan. Bahasa merupakan satu bentuk
sistem makna semantik yang selalu digunakan oleh manusia untuk
mengekod, menganalisis, mengkategorikan dan mengintepretasikan
pengalaman (Carroll, 1956; Hoijer, 1991; Mandebaum, 1968).

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan perkaitan antara budaya, pendidikan


dan komunikasi.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan perkaitan antara budaya, pendidikan


dan komunikasi dengan contoh yang sesuai

6.3 PENDEKATAN PENDIDIKAN BUDAYA

Berkaitan dengan budaya, sistem pendidikan menjadikan manusia


berguna dan berkhidmat dengan masyarakat. Bagi memuaskan keperluan
ini, sistem pendidikan yang dibentuk dapat memenuhi era perubahan
maklumat pada masa kini yang dapat memenuhi keperluan pasaran
global. Keadaan ini dikenali sebagai proses evolusi.

Holland (1997) menyatakan bahawa matlamat pendidikan multibudaya


adalah untuk membantu pelajar dan guru untuk melihat dunia daripada
rangka rujuk yang pelbagai dan berbeza, mengambil pertimbangan,
memberikan signifikan dan penghormatan yang adil untuk membezakan
sifat yang boleh memberikan kesan ke atas pembangunan dunia moden.
Kesedaran budaya boleh ditingkatkan apabila pelajar berfikir untuk
mencari kesamarataan dalam budaya yang berbeza.

Pendidikan pelbagai budaya juga mengandungi komunikasi manusia yang


bergantung ke atas satu pengetahuan budaya. Dalam pendekatan ini,
guru dan pelajar mendapatkan pengetahuan secara budaya dan maklumat
ini boleh meningkatkan penghormatan dan sensitiviti budaya pelajar itu
sendiri. Pandangan ini dilihat dapat membantu kita untuk mengubah

93
kesalahfahaman mengenai konsep budaya di mana pada masa tertentu
boleh menyebabkan masalah komunikasi di antara individu yang pelbagai
budaya. Keberkesanan dalam pendidikan multibudaya apabila pelajar dan
guru memahami antara satu sama lain semasa berkomunikasi.

Pendidikan multibudaya adalah bertujuan untuk membantu pelajar untuk


membangunkan pengetahuan, sikap dan kemahiran untuk melibatkan diri
dalam masyarakat yang bebas dan demokrasi. Oleh itu, untuk mencapai
objektif dalam pendekatan multibudaya ini, Gollnick dan Chinn (2002)
percaya bahawa amalan pendidikan multibudaya perlu berasaskan kepada
set kepercayaan dan andaian berikut:

(i) Perbezaan budaya mempunyai kekuatan dan nilai.


(ii) Institusi pendidikan perlu menjadi model untuk
melahirkan hak manusia dan menghormati perbezaan
budaya.
(iii) Keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua individu
perlu menjadi kepentingan dalam membentuk dan
membawa kokurikulum.
(iv) Sikap dan nilai yang berterusan dalam masyarakat
demokrasi boleh diperkenalkan di institusi pendidikan.
(v) Aktiviti persekolahan memberikan pengetahuan,
penyusunan dan kemahiran untuk mengagihkan semula
kuasa dan hasil di kalangan kumpulan yang pelbagai.
(vi) Pendidik yang bekerja dengan keluarga dan komuniti
boleh mencipta persekitaran yang boleh menyokong
multiculturalism.

Dalam memahami pendekatan pendidikan budaya, terdapat dua gaya


pendekatan pendidikan budaya. Dua gaya dalam pendekatan pendidikan
budaya ialah:

(i) Gaya budaya.


(ii) Gaya pembelajaran dan kognitif.

6.3.1 Gaya Budaya

Gaya budaya menerangkan koleksi orientasi budaya kumpulan budaya


etno. Orientasi ini dilahirkan sebagai gelagat yang mengingatkan kita
mengenai model personaliti. Modal personaliti atau gaya sesebuah
kumpulan ini merujuk kepada gelagat di mana ia boleh diperolehi dalam
sampel sesuatu populasi. Terdapat tiga jenis gaya budaya iaitu:

(i) Budaya aktif linear.


(ii) Budaya aktif multi.
(iii) Budaya reaktif.
94
Ciri–ciri gaya dan gelagat budaya aktif linear yang diamalkan dalam
budaya Amerika dan budaya Eropah barat. Antaranya ialah:

(i) Nilai fakta dan angka.


(ii) Penghormatan yang tinggi kepada perancang organisasi.
(iii) Berfikir secara linear.
(iv) Menggunakan gaya komunikasi secara langsung dan
terbuka.
(v) Menggunakan pendekatan berorientasikan tugas.
(vi) Lebih gemar secara rasional dan sains berbanding
keagamaan.

Manakala ciri –ciri gaya dan gelagat budaya aktif multi yang diamalkan
dalam budaya Amerika, Afrika, Arab dan Latin. Antaranya ialah:

(i) Mempunyai nilai emosi, hubungan yang rapat, perasaan


belas kasihan, kemesraan dan perasaan.
(ii) Bertindak secara desakan yang lebih berbanding gaya
budaya secara aktif linear dan gaya budaya secara reaktif.
(iii) Lebih gemar interaksi secara bersemuka.
(iv) Menggunakan gaya komunikasi secara langsung dan
beranimasi.
(v) Tidak berasa selesa dengan mendiamkan diri.

Akhir sekali antara ciri – ciri gaya dan gelagat budaya reaktif yang
diamalkan dalam budaya Amerika Asian, Kepulauan pasifik dan Amerika
natif. Antaranya ialah:

(i) Berkomunikasi secara lembut, mendengar kemudian baru


bertindak.
(ii) Kejujuran harmoni, bersifat kemanusiaan dan perjanjian.
(iii) Menggunakan gaya komunikasi yang tidak langsung.
(iv) Bertoleransi dengan cara mendiamkan diri dan mencari
sendiri apa yang dimaksudkan.

6.3.2 Gaya Pembelajaran dan Kognitif

Ciri–ciri gaya budaya ini juga memberi kesan ke atas bagaimana manusia
itu belajar kerana ciri–ciri gaya budaya ini mempengaruhi gaya
pembelajaran dan kognitif. Pengkaji pendidikan telah mengenalpasti
bahawa gaya pembelajaran dan kaedah mengajar yang dilakukan adalah
untuk mengenalpasti bagaimana kanak–kanak daripada kepelbagaian
latarbelakang lebih gemar untuk belajar. Terdapat 10 gaya pembelajaran
dan kognitif yang boleh dibangunkan untuk meningkatkan minat
bagaimana individu daripada budaya yang berbeza dan sub-budaya gemar
untuk belajar.
95
1. Berdikari lawan sensitiviti – merujuk kepada perkara di mana
pelajar itu cenderung untuk menerima persekitaran dan
menempatkan diri mereka dan menjadi sebahagian dalam
persekitaran tersebut. Pelajar yang bersifat sensitiviti mempunyai
perspektif yang global mengenai keadaan sekeliling iaitu mereka
lebih peka kepada keadaan sosial. Bagi pelajar yang bersifat
berdikari pula cenderung untuk menjadi lebih analitikal dan lebih
selesa fokus ke atas diri secara personal dan rangsang kepada
aspek persekitaran yang abstrak. Pelajar yang bersifat sensitiviti
lebih gemar untuk bekerja secara berkumpulan, mendapatkan
panduan daripada guru dan menerima ganjaran berdasarkan
kepada hubungan berkumpulan. Berbeza dengan pelajar yang
bersifat berdikari lebih gemar bekerja secara berdikari,
berorientasikan tugas dan gemarkan ganjaran berdasarkan kepada
persaingan individu. Antara ciri–ciri individu yang bersifat
berdikari ialah mengamalkan budaya konteks rendah,
diindustrikan secara tinggi dan masyarakat individualistik seperti
United States manakala budaya konteks tinggi, tradisional,
masyarakat kollektivistik seperti budaya orang Mexico dan
budaya Jepun.

2. Kerjasama lawan persaingan – merujuk kepada gaya kognitif


yang menerangkan sama ada pelajar tersebut lebih gemar bekerja
bersama–sama dalam persekitaran kerjasama atau bekerja secara
berdikari dalam persaingan antara satu sama lain. Pelajar daripada
budaya kolektivistik pakar dan menerima kerja secara
berkumpulan dan lebih bekerja kuat secara berkumpulan
berbanding secara individu serta lebih baik bekerja secara
individu. Contohnya dalam budaya orang Latin, guru mengajar
pelajar bekerjasama dan bekerja secara kolektif dalam kumpulan
manakala dalam budaya orang Amerika Utara, guru mengajar
pelajarnya untuk bekerja secara individu dan bersaing dengan
satu sama lain.

3. Trial and error versus “watch than do” - merujuk kepada


kegemaran seseorang pelajar itu untuk belajar melalui ikatan
mereka dalam tugasan dan pembelajaran untuk melaksanakannya
melalui kaedah cuba jaya atau sama ada mereka lebih gemar
untuk memerhati dahulu dan kemudian berusaha untuk
mendapatkan tugasan tersebut. Pelajar Amerika lebih gemar
untuk menyelesaikan masalah dan mencari penyelesaian melalui
kaedah cuba jaya. Ini berlainan dengan pelajar daripada golongan
bumiputera Amerika yang lebih gemar melihat dahulu sehingga
mereka merasa cekap dan selesa untuk mengikuti aktiviti
pendidikan.

96
4. Toleransi lawan ketidaksabaran untuk kesamaran – merujuk
kepada bagaimana seseorang itu menguruskan situasi kekaburan.
Sesetengah budaya lebih terbuka mengenai percanggahan,
perbezaan dan ketidakpastian. Manakala terdapat pula sesetengah
budaya gemar distrukturkan dan meramalkan persekitaran
melalui perubahan. Contohnya budaya Amerika mempunyai
toleransi kepada kekaburan yang rendah dalam bilik darjah.

5. Komunikasi secara langsung lawan komunikasi tidak


langsung – Dalam bilik darjah, komunikasi adalah aktiviti utama
kerana ia merupakan mekanisma di mana pembelajaran berlaku.
Komunikasi melibatkan pengucapan, pendengaran dan pemikiran
secara kritikal. Cara bagaimana manusia itu berkomunikasi antara
satu sama lain dikenali sebagai gaya komunikasi. Komunikasi
secara langsung lawan komunikasi tidak langsung merujuk
kepada darjah di mana budaya mempengaruhi sama ada
seseorang itu gemar untuk berkomunikasi secara langsung atau
tidak langsung. Gaya komunikasi dalam budaya Amerika
cenderung untuk lebih berterus–terang. Cleary dan peacock
(1998) menyatakan bahawa guru yang tidak biasa dengan
kebudayaan lebih gemar berkomunikasi sama ada secara langsung
atau tidak dan menerima pelajar yang gemar berkomunikasi
secara tidak langsung sebagai tidak pandai, tidak bermotivasi dan
kurang berpelajaran.

6. Komunikasi formal lawan komunikasi tidak formal –


merujuk kepada darjah formaliti yang dijangka dalam situasi
komunikasi. Perbezaan budaya yang mengaitkan formaliti dan
informaliti boleh menyebabkan masalah komunikasi yang serious
dalam bilik darjah. Menurut Althen (1988) kebanyakan pelajar
asing dibiasakan sama sekali dengan hubungan formal dan
kadangkala sukar untuk membawa mereka bercakap dengan guru
di dalam kelas. Contohnya di Egypt, Turki dan Iran, hubungan di
antara guru dengan pelajar adalah lebih formal dan saling
menghormati.

7. Komunikasi bukan lisan – komunikasi budaya selalunya


dipengaruhi budaya dan menyebabkan berlakunya salahtafsiran
di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu menjadi lebih peka dengan
komunikasi bukan lisan yang dikaitkan dengan budaya pelajarnya
di dalam kelas. Di Jamaica, pelajar akan menepuk tangan apabila
mereka mengetahui jawapan kepada soalan yang diberikan di
dalam kelas tetapi di United States, pelajar akan mengangkat
tangan untuk menjawab soalan yang diberikan. Di kebanyakan
budaya Asian dan budaya Amerika Latin, hubungan mata secara
langsung dengan guru dianggap sebagai kurang sopan manakala
97
di United States, kekurangan hubungan mata secara langsung
dianggap sebagai kurang sopan dan tidak hormat. Penggunaan
warna oleh guru turut memberikan kesan kepada komunikasi
lisan. Di United States, dakwat merah selalu digunakan oleh guru
untuk memberi markah kepada pelajar sebaliknya di Korea dan
Mexico, dakwat merah menunjukkan simbol kematian, sekiranya
nama pelajar ditulis dengan dakwat merah, ia menunjukkan
pelajar tersebut sudah meninggal dunia. Oleh itu, guru perlu peka
dengan gelagat bukan lisan budaya bagi setiap pelajar agar ia
dapat membantu guru tersebut untuk mengurangkan salahtafsir
komunikasi dan meningkatkan pembelajaran.

8. Komunikasi berasaskan tajuk lawan komunikasi berkaitan


tajuk – merujuk kepada di mana pelajar mengenal tajuk dan
mempelajarinya. Pelajar Amerika Eropah cenderung kepada
berasaskan tajuk dalam pendekatan mereka. Manakala pelajar
Amerika Afrika lebih menggunakan pendekatan berkaitan tajuk.

9. Pembelajaran secara berdikari lawan pembelajaran secara


tidak berdikari – merujuk kepada di mana pelajar bergantung ke
atas sokongan, pertolongan dan pendapat guru mereka. Apabila
guru menyedari akan isu ini, mereka boleh membina strategi
sokongan yang efektif di dalam kelas untuk pelajar yang
menunjukkan sedikit inisiatif atau berdikari.

10. Penglibatan lawan pembelajaran pasif – menerangkan


bagaiamam pelajar lebih gemar untuk melibatkan diri dalam
proses pembelajaran. Dalam sesetengah budaya, elajar berfikir
untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
dengan menanyakan soalan dan melaksanakan perbincangan.
Dalam sesetengah budaya yang lain pula, guru menyimpan semua
maklumat dan menyebarkan kepada pelajar yang secara pasifnya
mendengar dan mengambil nota. Contohnya, budaya Hispanic,
Asian dan Pasific Rim meramalkan bahawa pelajar mereka
mempelajari melalui pendengaran, melihat (pemerhatian) dan
pencontohan. Sebaliknya dalam sistem persekolahan Amerika,
pelajar diandaikan mempunyai pemikiran secara kritikal,
mempersoalkan kesimpulan dan aktif dalam perbincangan.
Dengan ini ia memberi peluang kepada guru yang tidak biasa
dengan perbezaan budaya untuk mengetahui bagaimana pelajar
melibatkan diri mereka dalam proses pembelajaran untuk
membuat kesimpulan mengenai minat, motivasi dan
kebijaksanaan pelajar di dalam kelas sekiranya mereka tidak
melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.

98
11. Reflektiviti lawan dorongan – merujuk kepada tempoh pelajar
berfikir mengenai sesuatu persoalan atau permasalahan sebelum
membuat kesimpulan. Di United States, pelajar segera berfikir
untuk memberi maklumbalas kepada persoalan yang diberikan.
Manakala Gollnick dan Chinn (1994) mendapati bahawa
student yang bersifat impulsive ini memberi maklum balas yang
pantas mengenai tugasan, mereka adalah orang pertama yang
akan mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru di dalam kelas dan menyelesaikan ujian
yang dibuat. Dalam budaya seperti Jepun, pelajar adalah reflektif
dan lambat menjawab soalan. Perbezaan kepada dua budaya ini
ialah motivasi untuk memberi maklumbalas.

12. Pembelajaran secara lisan, visual dan mendengar –


ditumpukan kepada darjah di mana pelajar secara utamanya
belajar secara lisan, menggunakan visual dan mendengar.
Contohnya, budaya Amerika cenderung menggunakan kedua –
dua pembelajaran lisan dan visual serta cenderung
menggabungkan kedua – dua gaya visual dan oral.
Walaubagaimanapun, mereka lebih gemar menggunakan
pembelajaran secara visual. Ini bermakna mereka akan belajar
dengan lebih baik dan berkesan melalui pemerhatian dan
imaginasi. Bagi pelajar di negara India, mereka akan mendengar
dan hanya memberi sedikit maklumbalas dan kesannya
menyebabkan guru mereka mengganggap mereka sebagai tidak
memberi maklum balas dan tidak melibatkan diri dalam proses
pembelajaran. Oleh itu, apabila di dalam kelas mengandungi
pelajar yang belajar secara oral, visual dan pendengaran,
pendekatan multisensori untuk mengajar selalunya efektif.

13. Pembelajaran secara tegas lawan pembelajaran secara


tenang – menerangkan sama ada pelajar lebih baik dalam
pembelajaran secara aktif dan beranimasi atau dalam persekitaran
yang tenang dan sederhana. Pelajar dari Amerika lebih kepada
pembelajaran secara rangsangan.

14. Motivasi dalaman lawan motivasi luaran – adalah merujuk


kepada sumber motivasi. Motivasi adalah perkara utama yang
ditumpukan kepada guru multibudaya yang perlu menggunakan
pelbagai teknik motivasi yang berkaitan dengan latar belakang
budaya pelajar. Motivasi intrinsic adalah merupakan bentuk
desakan dalaman manakala motivasi extrinsic pula adalah desakan
luaran yang memberi kesan ke atas pelajar. Contohnya pelajar
Amerika Eropah didesak oleh motivasi dalaman untuk belajar.
Berbeza dengan budaya pelajar Asian, mereka telah
99
dimotivasikan secara luaran oleh ibu bapa mereka. Manakala
pelajar Amerika dimotivasikan untuk belajar supaya mereka dapat
membantu atau membalas budi ibubapa mereka berbanding
untuk menyakitkan atau menyusahkan keluarga mereka.

15. Pembelajaran ke atas permintaan lawan pembelajaran


mengenai sesuatu yang relevan atau menarik – menerangkan
sama ada proses pembelajaran itu adalah disebabkan oleh minat
pelajar tersebut atau disebabkan oleh set kokurikulum yang telah
ditetapkan. Grossman (1995) menyatakan bahawa sesetengah
budaya menggalakkan pelajarnya mempelajari segala perkara
manakala sesetengah budaya pula hanya menggalakkan pelajarnya
mempelajari sesuatu perkara yang berguna dan berkaitan.
Budaya Jepun menggalakkan pelajarnya mengingati maklumat
seperti tarikh, formula matematik, sains dan pengajian sosial.

SOALAN DALAM TEKS

2. Nyatakan tiga jenis gaya budaya dalam proses


pengajaran.
3. Nyatakan lima jenis gaya pembelajaran dan kognitif
yang mempengaruhi proses pembelajaran dan
pengajaran.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimana gaya budaya dan gaya


pembelajaran serta kognitif mempengaruhi proses
pengajaran.

6.4 PERSPEKTIF PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

Terdapat dua perspektif pendidikan multibudaya yang boleh diamalkan


oleh guru iaitu dengan menjadikan kelas sebagai satu bentuk komuniti
dan menstrukturkan kelas untuk pembelajaran yang optima.

6.4.1 Bilik Darjah sebagai Komuniti

Guru boleh memulakan pendekatan ini dengan mencipta makna


komuniti dalam bilik darjah. Bagi mencapai komuniti dalam bilik darjah,
100
dicadangkan supaya para guru mengubah daripada amalan mengajar
kepada pendekatan pendidikan yang diiktiraf. Orbe (1995)
mencadangkan enam ciri komuniti yang sebenar yang boleh diaplikasikan
di dalam bilik darjah yang multibudaya iaitu:

(i) Komuniti adalah menyeluruh – ia perlu dibina melalui


penerimaan umum dan perbezaan diharga. Komuniti
perlu menekankan bahawa perbezaan adalah secara
asasnya sama ada positif atau negatif tetapi hanya
perbezaan.
(ii) Ahli komuniti perlu mengiktirafkan asas konsensus -
komuniti bilik darjah yang sebenar perlu membentuk
keupayaan pengetahuan dan proses perbezaan budaya
sehingga mencapai konsensus.
(vii) Ahli komuniti perlu mempunyai rasa tanggungjawab yang
kuat – hanya melalui komitmen membolehkan mereka
menerima kedua – dua pengalaman positif atau negatif.
(viii) Ahli komuniti perlu mempunyai kesedaran di antara satu
sama lain – pengiktirafan ini membawa mereka untuk
membangunkan pengetahuan bagaimana dua entiti
berinteraksi dengan persekitaran luaran yang luas.
(ix) Ahli dalam komuniti mesti tabah dan kuat sekiranya
terasa di antara satu sama lain – Persekitaran bilik darjah
yang selesa di mana pelajar dapat menerima antara satu
sama lain.
(x) Ahli komuniti berupaya untuk menyelesaikan perbezaan
– Dalam sesetengah komuniti, para ahli boleh
menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi
pengurangan konflik yang produktif iaitu untuk
mengurangkan atau meminumunkan perbezaan.

6.4.2 Penstrukturan dalam Kelas Multibudaya

Pendekatan lain untuk pembangunan secara sosial pedagogi yang sensitif


ialah mengekalkan struktur dalam bilik darjah. Struktur mengandungi
rutin harian di mana ia dapat membantu menggabungkan makna setiap
bentuk linguistik yang minimal. Pestrukturan di dalam kelas
memudahkan para pelajar untuk memahami dengan ebih komprehensif
mengenai komuniti dan masyarakat yang dicirikan melalui pelbagai
budaya. Aronson (2000) menyatakan penstrukturan adalah konsep yang
dikenali sebagai bilik darjah jigsaw iaitu jenis pembelajaran secara
berkumpulan di mana ia memerlukan setiap pelajar berkerjasama untuk
menghasilkan produk. Apa yang penting, pelajar mempunyai keupayaan
untuk menerima pelbagai budaya dan sistem linguistik dengan lebih
cepat.

101
SOALAN DALAM TEKS

4. Nyatakan dua perspektif pendidikan multibudaya.


5. Apakah yang dimaksudkan dengan penstrukturan
di dalam kelas multibudaya.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimana cara yang perlu


dilaksanakan oleh pendidik untuk menjadikan kelas atau
bilik darjah sebagai satu bentuk komuniti.

6.5 BAGAIMANA MEMBENTUK PENDIDIKAN


MULTIBUDAYA YANG BERKESAN

Terdapat beberapa kaedah yang bersesuaian untuk proses pendidikan


multibudaya yang cekap. Antaranya ialah:

(i) Memahami kepelbagaian – Sebagai seorang pendidik, adalah


penting kepada mereka untuk mengetahui dan memahami
mengenai latarbelakang budaya pelajar mereka. Para guru
perlu biasa dengan struktur pendidikan budaya kebangsaan
pelajar terutamanya yang berkaitan dengan gaya
pembelajaran, peraturan linguistik, gelagat bukan lisan dan
jangkaan peranan jantina.
(ii) Pemahaman kendiri – Pemahaman kendiri adalah nasihat
yang penting kepada sesiapa yang akan mengajar di dalam
kelas multibudaya. Guru perlu sedar mengenai apa yang
dibawa didalam kelas dan sedar bagaimana budaya sendiri
memberi kesan ke atas kelas yang dinamik. Kejujuran dan
penilaian yang berterus terang boleh membantu dalam
pembelajaran kepada semua pelajar.
(iii) Mengakses kebudayaan – keupayaan guru untuk mengakses
kebudayaan pelajar akan membantu guru mengenalpasti
bagaimana pelajar terlibat dalam budaya mereka. Guru boleh
menggunakan pelbagai prosedur atau kaedah untuk
mengakses kebudayaan pelajar atau dengan cara membuat
pemerhatian ke atas gelagat pelajar dari segi bagaimana cara

102
mereka bersosialisasi, bahasa yang digunakan, bagaimana
mereka memperkenalkan diri, cara mereka berpakaian dan
sebagainya.
(iv) Kecekapan komunikasi – guru perlu mengekalkan dialog
terbuka dengan pelajar. Ini bermakna pelajar dan guru perlu
berbincang dan berunding serta berkomunikasi antara satu
sama lain. Ini membolehkan pelajar membentuk hubungan
dan kaedah yang digemari dalam pembelajaran. Segala
pendapat yang dikemukakan oleh pelajar perlu didengari
secara jujur oleh guru melalui perbincangan terbuka. Dengan
cara ini, guru dan pelajar boleh mencapai perkongsian dan
pemahaman mengenai kod komunikasi yang digunakan.
Oleh itu, komunikasi boleh membantu pelajar menyukai dan
menghormati guru mereka.
(v) Empati – Guru perlu mempunyai rasa empati iaitu merasai
diri seperti mana yang dirasai oleh pelajar mereka. Guru
boleh untuk mengimaginasikan apa yang boleh dicuba dan
diterima di dalam kelas di mana persekitaran, bahasa dan
gelagat adalah berbeza dan berlainan. Oleh itu, guru boleh
menggunakan pengetahuan budaya dan maklumat penilaian
kebudayaan untuk mengenalpasti maklumbalas yang
bersesuaian dengan keperluan budaya para pelajarnya. Guru
akan melahirkan rasa empati melalui pemerhatian dan
sekaligus pelajar akan mempelajari empati dan bertoleransi.

SOALAN DALAM TEKS

6. Bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang


pendidik multibudaya yang cekap?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

6.6 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat perkaitan di antara budaya,


komunikasi dan pendidikan. Kita juga membincangkan mengenai
pendekatan dalam pendidikan multibudaya yang meliputi pelbagai gaya
budaya dan gaya pembelajaran dan kognitif. Kemudian kita telah
meneruskan perbincangan mengenai perspektif pendidikan multibudaya
yang boleh diamalkan oleh guru yang terlibat dalam persekitaran

103
pendidikan multibudaya. Akhir sekali kita telah membincangkan
mengenai beberapa langkah atau kaedah untuk menjadi pendidik
multibudaya yang berjaya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan ciri–ciri gaya budaya berserta dengan contoh yang


sesuai.
2. Apakah tujuan pendekatan pendidikan multibudaya dan nyatakan
andaian yang dibuat untuk mencapai objektifnya?
3. Bagaimanakah caranya untuk membina kecekapan dalam
pendidikan multibudaya?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Perkaitan antara budaya, pendidikan dan komunikasi.

Mengajar adalah merupakan aktiviti linguistik dan bahasa ialah


asas mengajar (Smith, 1971). Apabila kita membuat tugasan,
memberi arahan, menerangkan aturcara, mengintepretasikan
perkataan, meningkatkan kedudukan, mengenalpasti keputusan
dan tindakan, membuat perjanjian dan sebagainya, semuanya
melibatkan penggunaan bahasa. Kualiti perlaksanaan tugasan ini
adalah bergantung kepada bagaimana seseoarang guru itu boleh
berkomunikasi dengan pelajar–pelajarnya.

Porter dan Samovar (1991) dalam kajian mereka mengenai asas


budaya dan komunikasi mendapati bahawa pengulangan yang
teguh yang wujud di antara budaya dan komunikasi ini dan
kepentingan aspek ini kepada interaksi memberikan maklumat
yang berguna untuk mengajar mengenai budaya. Mereka
menerangkan komunikasi sebagai sesuatu yang rumit dalam
persekitaran sosial dan memberi kesan ke atas kehidupan
manusia. Persekitaran sosial adalah budaya dan apabila kita
benar–benar memahami komunikasi, kita juga akan memahami
budaya.

104
Komunikasi adalah satu bentuk peraturan yang diperintahkan
yang berlaku dalam konteks sosial dan fizikal. Budaya ialah sistem
yang diperintahkan di mana ia menerangkan bentuk, fungsi dan
kandungan komunikasi. Pemahaman mengenai hubungan antara
budaya dan komunikasi adalah kritikal untuk meningkatkan
interaksi antarabudaya. Ini kerana budaya adalah berbeza antara
satu sama lain, amalan komunikasi dan gelagat individu setiap
budaya turut berbeza serta kadar pengaruh budaya ke atas
komunikasi antarabudaya adalah fungsi ketidaksamaan budaya
(Porter & Samovar, 1991).

Komunikasi mengandungi lebih daripada kandungan dan


struktur penulisan dan bahasa ucapan memberikan makna yang
meluas berbanding pengaliran maklumat. Komunikasi adalah
asas di mana proses memberi makna antara satu sama lain sama
ada dalam bentuk kasih sayang, perkongsian, pengajaran dan
pembelajaran. Komunikasi juga adalah untuk memudahkan
pengetahuan dan menilai pengetahuan. Ini adalah idea utama
hipotesis Sapir Whort mengenai hubungan antara bahasa,
pemikiran dan gelagat. Bahasa adalah cara untuk menerangkan
pengalaman, pemikiran dan pengetahuan. Bahasa merupakan satu
bentuk sistem makna semantik yang selalu digunakan oleh
manusia untuk mengekod, menganalisis, mengkategorikan dan
mengintepretasikan pengalaman (Carroll, 1956; Hoijer, 1991;
Mandebaum, 1968).

2. Tiga jenis gaya budaya dalam proses pembelajaran ialah gaya


budaya linear aktif, gaya budaya multi aktif dan gaya budaya
reaktif.

3. Terdapat sepuluh jenis gaya pembelajaran dan kognitif yang


mempengaruhi pembelajaran iaitu:
• Berdikari lawan sensitif.
• Kerjasama lawan persaingan.
• Gaya cuba jaya lawan lihat dan buat.
• Toleransi lawan ketidaksabaran untuk kesamaran.
• Komunikasi secara langsung lawan komunikasi tidak
langsung.

4. Dua perspektif pendidikan multibudaya iaitu bilik darjah sebagai


komuniti dan penstrukturan bilik darjah multibudaya.

5. Penstrukturan dalam kelas multibudaya bermaksud Pendekatan


lain untuk pembangunan secara sosial pedagogi yang sensitif ialah

105
mengekalkan struktur dalam bilik darjah. Struktur mengandungi
rutin harian di mana ia dapat membantu menggabungkan makna
setiap bentuk linguistik yang minimal. Pestrukturan di dalam
kelas memudahkan para pelajar untuk memahami dengan ebih
komprehensif mengenai komuniti dan masyarakat yang dicirikan
melalui pelbagai budaya. Aronson (2000) menyatakan
penstrukturan adalah konsep yang dikenali sebagai bilik darjah
jigsaw iaitu jenis pembelajaran secara berkumpulan di mana ia
memerlukan setiap pelajar berkerjasama untuk menghasilkan
produk. Apa yang penting, pelajar mempunyai keupayaan untuk
menerima pelbagai budaya dan sistem linguistik dengan lebih
cepat.

106
BAB 7

PENGARUH BUDAYA DALAM


KONTEKS KESIHATAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Mengenalpasti hubungan antara budaya, kesihatan dan
komunikasi.
2. Mengetahui pandangan dunia mengenai budaya dan kesihatan.
3. Mengetahui sistem kepercayaan dalam penjagaan kesihatan.
4. Mengenalpasti faktor–faktor nilai budaya yang mempengaruhi
penjagaan kesihatan.
5. Mengetahui keberkesanan dalam penjagaan kesihatan
multibudaya.

7.1 BUDAYA, KESIHATAN DAN KOMUNIKASI

Pemahaman tentang hubungan antara budaya, kesihatan dan komunikasi


adalah asas kepada sesiapa yang terlibat dalam profesion dalam penjagaan
kesihatan. Manakala komunikasi boleh diibaratkan sebagai bahan asas
secara maya bagi setiap ubat dan kesihatan. Sekiranya ia tidak jelas dan
bermakna, komunikasi di antara pesakit dan doktor serta proses rawatan
perubatan boleh menimbulkan permasalahan. Potensi kepada krisis yang
serius adalah disebabkan variabel budaya telah diletakkan sama rata
dalam setiap budaya. Kundhal dan Kundhal (2003) menyatakan bahawa
budaya dan latarbelakang pesakit boleh membentuk pandangan tentang
kesakitan dalam bentuk fizikal dan spiritual dan memberi kesan ke atas
persepsi penjagaan kesihatan seperti hasil kepada rawatan.

Selain itu, individu yang terlibat dengan penjagaan kesihatan perlu


mempertimbangkan kepelbagai budaya untuk memberikan penjagaan
yang optima kepada pelanggan. Dalam masyarakat multibudaya, mereka
yang berasal daripada latarbelakang budaya yang berbeza selalunya
mempunyai perbezaan jangkaan dan mengamalkan gaya komunikasi yang
berbeza. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam profesion penjagaan
kesihatan perlu lebih peka dan sensitif kepada budaya jika mereka
berkomunikasi secara budaya yang bersesuaian dengan maklumat

107
kesihatan dan rawatan. Keberkesanan komunikasi penjagaan kesihatan
memerlukan doktor dan pesakit bebas berkongsi pemikiran dan
perasaan.

7.2 PANDANGAN DUNIA MENGENAI BUDAYA DAN


PENJAGAAN KESIHATAN

Terdapat dua jenis pandangan dunia mengenai budaya dan penjagaan


kesihatan iaitu:

1. Pandangan dunia mengenai dualistik dan holistik

Pandangan dualistik menyatakan bahawa manusia dan alam semulajadi


adalah terpisah dan dua entiti yang berasingan dan nilai pencegahan
perubatan dibawa oleh jururawat dan pengamal penjagaan kesihatan.
Hubungan dualistik di antara manusia dan alam semulajadi telah
dikenalpasti, berdasarkan kepada pendapat Smart (1988) iaitu di
kalangan ahli agama seperti Judaism, kristian dan Islam kerana mereka ini
telah memisahkan dua bahagian kepada kenyataan iaitu Tuhan dan
penciptaan. Contohnya budaya barat tidak dualistik dan lebih berpegang
kepada visi holistik dunia.

2. Pandangan mekanistik dan bukan mekanistik

Pandangan mengenai mekanistik adalah sama dengan budaya United


States dan dikenali sebagai pelbagai identiti seperti sebab lawan gerak
hati, objektiviti lawan subjektiviti atau sains lawan agama. Secara
ringkasnya, pandangan mekanistik ialah ortodok dan dinamik yang
menyerap dalam budaya barat. Apabila pandangan mekanistik
diaplikasikan dalam penjagaan kesihatan, kepercayaan yang kuat ke atas
faedah sains dan teknologi. Kepakaran penjagaan kesihatan
menggunakan peralatan saintifik yang moden seperti x-rays, CAT, PET,
MRI atau imbasan bunyi, ujian darah dan sebagainya untuk
mendedahkan sebab pelanggan sakit dan memudahkan untuk
melaksanakan terapi yang bersesuaian untuk rawatan. Pandangan bukan
mekanistik pula melihat sejarah telah digabungkan daripada sesetengah
budaya seperti India, Tibet, Jepun dan China. Pandangan bukan
mekanistik telah diambil daripada tradisi spiritual seperti Buddha, Hindu,
Taoism dan Zen. Peranan sains dan teknologi adalah kurang penting
berbanding di Barat. Oleh itu, apabila menguruskan keuzuran atau
rawatan, mereka yang memegang kepada pandangan barat tidak
mekanistik lebih percaya kepada keajaiban dan paranormal yang boleh
mengubati penyakit.

108
SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan perkaitan antara budaya, kesihatan dan


komunikasi
2. Bagaimanakah pandangan mekanistik dan bukan
mekanistik mengenai budaya dan penjagaan
kesihatan?.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Cuba anda fikirkan bagaimanakah budaya mempengaruhi


kita dalam konteks penjagaan kesihatan.

7.3 SISTEM KEPERCAYAAN KESIHATAN

Budaya adalah pelbagai dalam memahami perkara yang menyebabkan


kesakitan dan bagaimana ia dirawat dan dicegah. Andrews (2003)
menyatakan terdapat paradigma di mana semua sistem kepercayaan
kesihatan boleh dibahagikan kepada tiga major kategori iaitu:

(i) Sistem saintifik/perubatan bio.


(ii) Sistem agama – ilmu ghaib.
(iii) Sistem holistik.

1. Sistem saintifik/perubatan bio

Sistem saintifik dan perubatan bio diambil daripada pandangan dualistik


dan mekanistik dan merupakan sistem kepercayaan dominan dalam
United States yang menumpukan ke atas objektif diagnosis dan
penerangan saintifik mengenai penyakit. Kepercayaan di bawah
paradigma ini ialah kehidupan dikawal oleh proses fizikal dan biokimia
yang boleh dipelajari dan dimanipulasikan oleh manusia. Kesihatan
manusia adalah dibawah proses fizikal dan kimia. Rawatan dalam
pendekatan ini adalah untuk mengurangkan agen penyebab, memperbaiki
badan yang diserang dan mengawal sistem pertahanan badan.

2. Sistem agama – ilmu ghaib

Sistem agama dan ilmu ghaib ini diambil daripada pandangan di mana
dunia dilihat sebagai arena dibawah desakan supernatural. Penyakit
109
dianggap sebagai pencegahan yang aktif supernatural seperti tuhan, hantu
atau ilmu syaitan dan manusia seperti bomoh. Mereka mengganggap
pesakit adalah mangsa kepada hukuman kepada agen supernatural.
Rawatan merupakan pencapaian positif yang berkaitan dengan jiwa, roh
dan sebagainya.

3. Sistem holistik

Perspektif holistik menumpukan bahawa alam sejagat telah diperintahkan


oleh undang – undang semulajadi untuk mengekalkan arahan dan
desakan semulajadi boleh diambil daripada peninggalan dan keharmonian
semulajadi. Keseimbangan perlu dikekalkan di antara manusia dan dunia
sejagat. Pendekatan holistik untuk mengubat lebih cenderung menjadi
tidak mekanistik dan menerangkan kesakitan sebagai desakan dalaman
atau persekitaran termasuk sejuk, panas, ribut, taufan an sebagainya
dalam mencapai kesimbangan elemen badan. Dalam sistem ini, penyakit
berpunca daripada ketidakseimbangan di antara elemen badan yang
panas dan sejuk. Segala makanan, ubat-ubatan, persekitaran dan emosi
disifatkan sebagai kualiti panas atau sejuk. Rawatan kepada kesakitan ini
ialah dengan menyimpan semula keseimbangan panas atau sejuk. Ini
dilakukan dengan menyediakan penawar desakan panas untuk merawat
kesakitan sejuk dan menggunakan penawar sejuk untuk merawat
kesakitan panas. Pencegahan kepada kesakitan ialah dengan mengekalkan
keseimbangan desakan panas dan sejuk dengan minda, anggota badan
dan persekitaran.

7.4 NILAI BUDAYA YANG MEMPENGARUHI


PERSEKITARAN KESIHATAN

7.4.1 Peranan Keluarga

Peranan menyumbangkan kepada struktur dan panduan yang


memberitahu ahli keluarga bagaimana menerima, berkomunikasi
mengenai sesuatu perkara dan berurusan dengan isu penjagaan kesihatan.
Kepentingan peranan keluarga kepada komunikasi dalam penjagaan
kesihatan ialah untuk membantu kita untuk menentukan nilai, corak
membuat keputusan dan keseluruhan komunikasi dengan isi rumah. Ia
juga digunakan untuk mengenalpasti pesakit yang perlu diberi keutamaan
dalam penjagaan kesihatan dan siapa yang bertanggungjawab untuk
membuat keputusan ke atas penjagaan kesihatan. Oleh itu, kita akan
mengenalpasti bagaimana peranan keluarga mempengaruhi komunikasi
dalam persekitaran penjagaan kesihatan dengan membincangkan
mengenai kesannya ke atas (a) corak dominan, (b) kesopanan dan
kesucian wanita, (c) kehamilan dan kelahiran bayi serta (d) pendedahan
kendiri.

110
(a) Corak dominan

Peranan jantina bukan satu aliran dalam sesetengah budaya seperti


United States, kebanyakan budaya memberikan perbezaan yang kuat di
antara gelagat yang bersesuaian dengan lelaki dan wanita. Kesedaran
mengenai corak dominan keluarga adalah penting untuk mengenalpasti
siapa pekerja penjagaan kesihatan boleh terlibat dalam perbualan.
Contohnya, dalam keluarga Amerika Afrika, ketua keluarga adalah ibu
tetapi corak ini mendapat bantahan manakala dalam budaya keluarga
Latin, bapa mempunyai peranan dominan yang dianggap mempunyai
tanggungjawab sebagai ketua rumah dan pembuat keputusan. Dalam
budaya Timur Tengah, Asia, Amerika Latin, Mexico dan Afrika, lelaki
adalah dalam kedudukan autoriti yang tinggi sama ada di dalam atau di
luar rumah. Jika ciri–ciri budaya ini tidak difahami oleh penjaga
kesihatan, ia boleh menyebabkan kekeliruan dan konflik dalam
persekitaran penjagaan kesihatan.

Beralih kepada budaya India Timur, wanita Hindu mempunyai kesetiaan


dan ketaatan yang tinggi kepada suami. Suami dianggap sebagai ketua
keluarga dan bertindak sebagai penyelesai masalah dalam keluarga
termasuklah mengenai penjagaan kesihatan ahli keluarga. Berbeza dengan
budaya Arab Saudi, golongan lelaki mempercayai bahawa tugas mereka
adalah sebagai pengantara di antara dunia dan isteri mereka. Apabila
mereka membawa isteri ke Amerika, terdapat ruang kecemasan untuk
rawatan atau untuk doktor melawat, mereka selalunya akan menjawab
soalan yang dikemukakan kepada isteri mereka. Kesalahfahaman
mengenai jantina boleh menyebabkan prosedur harian terpaksa
ditangguhkan yang boleh menyebabkan nyawa pesakit berada dalam
bahaya.

(b) Kesopanan dan kesucian wanita

Kesopanan dan kesucian wanita boleh memberi kesan kepada gelagat


dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Wanita daripada budaya di mana
ia mementingkan nilai kesopanan yang tinggi mungkin tidak akan
memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan, mengikut nasihat
perubatan atau tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.
Walaubagaimanapun, peramal Barat tidak selalu memahami
kebarangkalian berlaku perlanggaran ke atas norma budaya ini
terutamanya jika terdapat wanita berasal daripada latarbelakang budaya
yang ekstrim ini.

Kepentingan budaya ke atas kesopanan dan pengelakkan untuk


melakukan pemeriksaan kesihatan seperti yang dilaporkan oleh Abu
Gharbieh (1998) menyebabkan banyak wanita di kalangan Arab

111
mengelak daripada melakukan pemeriksaan kesihatan. Budaya Arab,
lelaki mesti dirawat oleh doktor lelaki manakala perempuan mesti dirawat
oleh doktor wanita.

(c) Kehamilan dan kelahiran bayi

Setiap budaya mempunyai sikap yang spesifik, amalan, peranan berkaitan


dengan jantina dan gelagat normatif yang berkaitan dengan kehamilan
dan kelahiran bayi. Contohnya, dalam budaya Mexico, status wanita
adalah berdasarkan kepada bilangan jumlah anak yang dilahirkan.
Manakala dalam budaya Asian, kanak–kanak terutamanya lelaki
mempunyai nilai yang tinggi kerana mereka membawa nama keluarga dan
secara tradisionalnya akan menjaga ibubapa mereka apabila tua nanti.

(d) Pendedahan kendiri

Penjagaan kesihatan yang efektif diperolehi apabila pesakit mempercayai


profesional penjagaan kesihatan dan kedua-dua pihak saling bertukar
maklumat asas mengenai perubatan. Adat budaya secara kuatnya
mempengaruhi pendedahan kendiri dan komunikasi. Walau
bagaimanapun, Amerika lebih cenderung untuk meragui mengenai
pendedahan maklumat personal kerana sesetengah budaya, maklumat
personal dipertimbangkan sebagai rahsia dan sukar untuk diperolehi.
Budaya Latin, golongan wanita akan merasa malu apabila bercakap
mengenai masalah wanita dan beralih daripada bercakap mengenai
kawalan kelahiran atau kelahiran bayi dengan Amerika.

Selain itu, dalam budaya China, apabila banyak bercakap mengenai


perkara peribadi selalunya dianggap tidak sopan. Kesimpulannya, wanita
Asia mungkin akan mengelak daripapada berbicara atau berbincang
mengenai masalah wanita.

7.4.2 Halangan Bahasa

Peranan bahasa dalam konteks penjagaan kesihatan perlu diambil


perhatian kerana ia dilihat akan melahirkan situasi dijangkakan. Elgin
(2000) bahasa manusia diseluruh dunia memberikan perbezaan makna
mengenai kesihatan, kesakitan, kecederaan, ketidakupayaan dan
penjagaan kesihatan bergantung ke atas metafor penggunaan bahasa dan
semuanya berkait dengan fenomena.

Masalah yang ketara seperti perbezaan bahasa dan penggunaan pentafsir


boleh menyebabkan proses interaksi menjadi lebih kompleks.
Contohnya masalah yang berlaku apabila doktor Barat bercakap
mengenai ‘datang bulan’ kepada pesakit yang budayanya tidak

112
menggunakan istilah ini. Ini akan mendatangkan masalah kepada wanita
tersebut untuk memahaminya. Keadaan ini menimbulkan masalah dalam
proses komunikasi dalam penjagaan kesihatan.

7.4.3 Mesej Bukan Lisan

Mesej bukan lisan juga memberi kesan ke atas komunikasi dalam


penjagaan kesihatan. Kedua-dua peramal perubatan dan pesakit kerap
melahirkan kepercayaan, perasaan dan sikap mengenai kesakitan dan
rawatan secara bukan lisan. Bagaimanapun, ia akan menjadi lebih baik
sekiranya peramal perubatan mempunyai pengetahuan budaya mengenai
gelagat bukan lisan pesakit. Terdapat empat komunikasi bukan lisan
terutamanya yang berlaku semasa proses komunikasi dalam kesihatan
iaitu hubungan mata, pengungkapan air muka, sentuhan dan penggunaan
masa.

(a) Hubungan mata (eye contact)

Gelagat mengenai hubungan mata adalah secara kerapnya adalah sumber


kekeliruan bukan lisan. Hubungan mata secara langsung secara lazimnya
adalah dominan dalam budaya Amerika dan kurangnya hubungan mata
dianggap sebagai simbol ketidaksopanan dan tidak memberi tumpuan.

Manakala sesetengah budaya pula kurang mengamalkan hubungan mata


secara langsung kerana mengganggap ia sebagai tidak sopan terutamanya
apabila berbicara dengan pihak profesional perubatan. Contohnya,
Amerika akan merasa tidak selesa apabila bertentang mata dengan orang
asing manakala orang Jepun, pengelakkan wujudnya hubungan mata ini
secara tradisionalnya menyumbang kepada rasa hormat sebaliknya
hubungan mata secara langsung ini dengan orang asing telah
diinterpretasikan sebagai simbol permusuhan. Contoh lain ialah budaya
Amerika apabila berkomunikasi akan menghadapkan muka ke lantai dan
mempercayai bahawa gelagat ini menunjukkan perhatian yang penuh
kepada pengucap manakala kebanyakan orang vietnam merasa tidak
selesa dengan hubungan mata secara langsung dan lebih gemar dengan
hanya memandang sepintas lalu apabila berkomunikasi antara satu sama
lain.

(b) Pengungkapan air muka (facial expression)

Pengungkapan air muka diterima sebagai panduan kepada individu


melahirkan perasaan. Kebanyakan budaya dan sub-budaya seperti Itali,
Jawa, Amerika Afrika dan Spanish bercakap sambil tersenyum dan
menggunakan pelbagai pengungkapan air muka.

113
Selain itu, senyum dan ketawa menunjukkan kegembiraan dalam budaya
dominan Amerika. Dalam budaya tertentu, senyuman memberikan
pelbagai maksud emosi sama ada keliru, gangguan atau kesopanan.
Pengungkapan air muka boleh digunakan untuk melahirkan perasaan
yang tidak dapat digambarkan atau diluahkan dengan perkataan atau
ucapan. Contohnya kebanyakan budaya Asian, kesan negatif selalunya
dikaitkan dengan senyuman. Dalam budaya orang vietnam, senyuman
menyukarkan mereka untuk mengambarkan apa yang difikirkan dan
bagaimana untuk memahami antara satu sama lain.

(c) Sentuhan (touch)

Gelagat bukan lisan seperti sentuhan dilihat juga mempengaruhi


komunikasi bukan lisan dalam konteks penjagaan kesihatan. Budaya
dominan Amerika selalunya menerima sentuhan semasa rawatan
sebaliknya budaya lain tidak boleh menerimanya. Contohnya, pesakit
Vietnam lebih gemar meminimumkan sentuhan badan apabila
mendapatkan rawatan.

(d) Masa (time)

Orientasi masa adalah penting dalam persekitaran kesihatan kerana


perspektif masa pesakit boleh memberi kesan apabila atau sama ada
mereka membuat temujanji. Perbezaan dalam orientasi masa boleh juga
mempengaruhi jumlah peruntukkan masa para profesional dalam
penjagaan kesihatan. Contohnya, ahli dalam budaya dominan Amerika
cenderung mengikut orientasi masa M dan tidak sepenuhnya memenuhi
masa secara fizikal untuk mengukuhkan hubungan atau membincangkan
mengenai sebab dan rawatan untuk kesakitan yang dialami. Manakala ahli
budaya yang mengamalkan orientasi masa P terikat kepada jangkaan yang
berbeza dan menjangkakan bahawa fizikal atau rawatan untuk memenuhi
masa bagi membina hubungan interpersonal sebagai menerangkan secara
teliti mengenai kesakitan atau pencegahan.

7.4.4 Formaliti (Formality)

Gelagat formaliti juga turut mempengaruhi persekitaran kesihatan. Ahli-


ahli dalam budaya Asian, Latin dan Eropah lebih gemar menggunakan
bahasa formal berbanding dengan ahli-ahli dalam budaya Amerika Utara.
Dalam budaya Asian, mereka lebih gemar menggunakan kata nama
pertama berbanding menggunakan gelaran boleh mengurangkan atau
menghapuskan keredibiliti mereka.

Formaliti juga menunjukkan darjah yang berbeza mengenai kesopanan.


Adat kesopanan budaya orang China akan menolak sebanyak tiga kali

114
sebelum menerimanya. Manakala adat kesopanan dalam budaya Amerika
contohnya, apabila mengatakan ‘tidak’ bermakna ‘tidak’ pada kali
pertama dan seterusnya. Ini boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya
pesakit China secara sopannya menolak tawaran pertama untuk
menjalani perubatan daripada jururawat daripada budaya Amerika Utara
kerana tawaran kedua atau ketiga untuk mendapatkan semula rawatan
tidak akan diberikan lagi.

Berdasarkan kepada contoh–contoh yang diberikan, terdapat banyak


kesalahfahaman dalam persekitaran kesihatan boleh dikenalpasti dalam
masalah komunikasi. Oleh itu, para profesional dalam penjagaan
kesihatan perlu mempunyai kemahiran komunikasi antarabudaya yang
cemerlang. Seterusnya, anda akan melihat beberapa kemahiran untuk
meningkatkan keberkesanan dalam penjagaan kesihatan multibudaya.

SOALAN DALAM TEKS

3. Nyatakan tiga jenis sistem kepercayaan kesihatan


4. Apakah nilai budaya yang mempengaruhi
penjagaan kesihatan?.

Semak jawapan anda di akhir bab ini

Cuba anda fikirkan bagaimanakah nilai budaya dapat


mempengaruhi kita dalam penjagaan kesihatan. Bezakan
cara penjagaan kesihatan di antara budaya barat dan
budaya timur.

7.5 KEBERKESANAN DALAM PENJAGAAN KESIHATAN


MULTIBUDAYA

Terdapat dua cara untuk mencapai keberkesanan dalam penjagaan


kesihatan multibudaya iaitu:

(i) Mengiktirafkan sistem perubatan yang pelbagai


(ii) Mengiktirafkan etnocentrism

1. Mengiktirafkan sistem perubatan yang pelbagai

Pengiktirafan perlu diberikan kepada kebanyakan budaya yang


mempunyai pelbagai sistem perubatan. Contohnya di Amerika, terdapat
115
banyak sistem perubatan alternatif yang diwujudkan. Perubatan bio barat
apabila dikombinasikan dengan kaedah alternatif akan memberikan
kejayaan yang berkesan. Keberkesanan komunikasi dengan pesakit
memerlukan kepercayaan yang menumpukan kepada sebab sakit,
bagaimana kesakitan ini boleh dirawat dan bagaimana ianya boleh
dicegah dalam pengetahuan masa depan. Oleh itu, mengiktiraf dan lebih
sensitif dengan kepercayaan pesakit memerlukan maklumat yang meluas.
Kesedaran kepada corak komunikasi dan pertambahan kepada
pengetahuan budaya seperti pengetahuan secara individu adalah penting
apabila berurusan dengan pesakit daripada budaya dan sistem
kepercayaan yang berlainan.

2. Mengiktirafkan etnosentrism

Apabila kita percaya bahawa hanya budaya kita sahaja yang dapat
memberikan jawapan kepada persoalan tertentu, kita terikat kepada
etnosentrism. Etnosentrism juga dilihat dapat mempengaruhi isu yang
berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Perkara pertama untuk
mengelakkan etnosentrism ialah dengan mengenalpasti setiap perasaan
yang berkaitan dengan budaya yang mana boleh mempengaruhi
persekitaran penjagaan kesihatan. Pemahaman dan penyesuaian budaya
komuniti melibatkan di mana kita perlu untuk mengetahui etnosentrism
kita sendiri. Apa yang penting, penggelakkan pergantungan kepada
etnosentrism membawa pertimbangan kepada kedua–dua latarbelakang
budaya pesakit dan pengamal perubatan.

Ludwick dan Silva (2004) memberikan enam cadangan yang dapat


membantu kita mengenalpasti sama ada terdapat kecenderungan
etnosentrism semasa di tempat kerja atau semasa berurusan atau
berkomunikasi dengan pesakit iaitu:

(i) Mengiktirafkan bahawa nilai dan kepercayaan tidak hanya


berubah di kalangan perbezaan budaya tetapi juga dalam
budaya tersebut.
(ii) Melihat nilai dan budaya daripada perbezaan kebudayaan
dengan sejarah, penjagaan kesihatan, budaya, spiritual dan
konteks agama.
(iii) Mempelajari sebanyak mana yang boleh mengenai
bahasa, adat, kepercayaan dan nilai budaya sesuatu
kumpulan terutamanya apabila kita mengenali ramai
orang.
(iv) Berhati – hati dengan nilai budaya sendiri dan bias. Ini
merupakan di antara langkah utama untuk mengurangkan
etnosentrism dan pendesakan budaya.
(v) Lebih peka dan cuba memahami dengan lebih jelas
komunikasi bukan lisan budaya kita dan pelbagai budaya
116
seperti ruang personal, bahasa badan, gaya rambut dan
cara pemakaian.
(vi) Berhati–hati dengan perbezaan bio budaya yang
dimanifestasikan dalam pemeriksaan fizikal seperti jenis
kesakitan, maklumbalas terhadap dadah dan dalam
amalan penjagaan kesihatan.

SOALAN DALAM TEKS

5. Bagaimanakah cara untuk mencapai keberkesanan


dalam penjagaan kesihatan multibudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

7.6 RUMUSAN

Di dalam bab ini kita telah melihat perkaitan antara budaya, kesihatan
dan komunikasi. Kita juga telah membincangkan mengenai pandangan
dunia mengenai budaya dan kesihatan. Kemudian kita meneruskan pula
perbincangan mengenai sistem kepercayaan dalam penjagaan kesihatan.
Seterusnya kita telah dapat mengenalpasti nilai–nilai budaya yang
mempengaruhi dalam penjagaan kesihatan. Akhir sekali kita telah
membincangkan mengenai cara bagaimana untuk mencapai
keberkesanan dalam penjagaan kesihatan multibudaya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Bagaimanakah peranan keluarga mempengaruhi komunikasi


dalam penjagaan kesihatan.
2. Apakah kesan peranan keluarga ke atas corak dominan,
kesopanan dan kesucian gadis serta kehamilan dan kelahiran
bayi.
3. Bagaimanakah peranan mesej bukan lisan mempengaruhi
komunikasi dalam persekitaran kesihatan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

117
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Perkaitan antara budaya, kesihatan dan komunikasi - Pemahaman


tentang hubungan di antara budaya, kesihatan dan komunikasi
adalah asas kepada sesiapa yang terlibat dalam profesion dalam
penjagaan kesihatan. Manakala komunikasi boleh diibaratkan
sebagai bahan asas secara maya bagi setiap ubat dan kesihatan.
Sekiranya ia tidak jelas dan bermakna, komunikasi di antara
pesakit dan doktor serta proses rawatan perubatan boleh
menimbulkan permasalahan. Potensi kepada krisis yang serius
adalah disebabkan variabel budaya telah diletakkan sama rata
dalam setiap budaya. Kundhal dan Kundhal (2003) menyatakan
bahawa budaya dan latarbelakang pesakit boleh membentuk
pandangan tentang kesakitan dalam bentuk fizikal dan spiritual
dan memberi kesan ke atas persepsi penjagaan kesihatan seperti
hasil kepada rawatan. Selain itu, individu yang terlibat dengan
penjagaan kesihatan perlu mempertimbangkan kepelbagai budaya
untuk memberikan penjagaan yang optima kepada pelanggan.
Dalam masyarakat multibudaya, mereka yang berasal daripada
latarbelakang budaya yang berbeza selalunya mempunyai
perbezaan jangkaan dan mengamalkan gaya komunikasi yang
berbeza. Oleh itu, mereka yang terlibat dalam profesion
penjagaan kesihatan perlu lebih peka dan sensitif kepada budaya
jika mereka berkomunikasi secara budaya yang bersesuaian
dengan maklumat kesihatan dan rawatan. Keberkesanan
komunikasi penjagaan kesihatan memerlukan doktor dan pesakit
bebas berkongsi pemikiran dan perasaan.

2. Pandangan mekanistik dan bukan mekanistik – Pandangan


mengenai mekanistik adalah sama dengan budaya Amerika dan
dikenali sebagai pelbagai identiti seperti sebab lawan gerak hati,
objektiviti lawan subjektiviti atau sains lawan agama. Secara
ringkasnya, pandangan mekanistik ialah ortodok dan dinamik
yang menyerap dalam budaya barat. Apabila pandangan
mekanistik diaplikasikan dalam penjagaan kesihatan, kepercayaan
yang kuat ke atas faedah sains dan teknologi. Kepakaran
penjagaan kesihatan menggunakan peralatan saintifik yang
moden seperti x-rays, CAT, PET, MRI atau imbasan bunyi, ujian
darah dan sebagainya untuk mendedahkan sebab pelanggan sakit
dan memudahkan untuk melaksanakan terapi yang bersesuaian
untuk rawatan. Pandangan bukan mekanistik pula melihat sejarah
telah digabungkan daripada sesetengah budaya seperti India,
Tibet, Jepun dan China. Pandangan bukan mekanistik telah
diambil daripada tradisi spiritual seperti Buddha, Hindu, Taoism
dan Zen. Peranan sains dan teknologi adalah kurang penting

118
berbanding di Barat. Oleh itu, apabila menguruskan keuzuran
atau rawatan, mereka yang memegang kepada pandangan barat
tidak mekanistik lebih percaya kepada keajaiban dan paranormal
yang boleh mengubati penyakit.

3. Tiga jenis sistem kepercayaan kesihatan - sistem saintifik/


perubatan bio, Sistem agama – ilmu ghaib dan Sistem holistik.

4. Nilai budaya yang mempengaruhi kesihatan ialah:-


• Peranan keluarga.
• Halangan bahasa.
• Mesej bukan lisan.
• Formaliti.

5. Cara untuk mencapai keberkesanan dalam penjagaan kesihatan


multibudaya ialah dengan mengiktirafkan budaya yang pelbagai
dan mengiktirafkan etnosentrism.

119
120
BAB 8

KOMPETENSI DALAM
KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan takrifan kompetensi
2. Menghuraikan komponen-komponen asas kompetensi dalam
komunikasi antarabudaya.
3. Membincangkan masalah dan pennyelesaian komunikasi
antarabudaya.

8.1 PENGENALAN

Kita telah mengenalpasti tentang kepentingan komunikasi antarabudaya.


Keperluan tersebut semakin berkembang dan maju,namun kita juga perlu
mengambil kira sensitiviti dan norma-norma hidup masyarakat seluruh
dunia.Sebelum kita melihat teknik-teknik yang khusus untuk menjadi
kompeten dalam komunikasi antarabudaya eloklah kita mendefinasikan
kecekapan komunikasi antarabudaya (kompetensi) dan seterusnya
membincangkan beberapa komponen asas.

8.2 DEFINISI KOMUNIKASI ANTARABUDAYA YANG


KOMPETEN

Spitzberg (seperti dipetik dalam Samovar, Porter dan McDaniel,


2007)menyatakan komunikasi antarabudaya yang kompeten ialah
tingkahlaku yang sesuai dan berkesan dalam sesuatu konteks.
Komunikasi yang kompeten juga merujuk kepada keseluruhan kebolehan
diri seseorang individu terhadap cabaran-cabaran yang terdapat dalam
komunikasi antarabudaya seperti perbezaan budaya dan ketidakbiasaan
dengan orang orang tertentu atau kumpulan-kumpulan luar dan
berkebolehan menangkis stres (Kim, 1991). Kedua-dua definasi itu
menyatakan sekiranya hendak mencapai taraf kompeten berkomunikasi
antarabudaya bermakna kita perlu mempunyai kebolehan menganalisa
situasi dan memilih tingkahlaku yang bersesuaian mengikut keadaan.

121
8.3 KOMPONEN-KOMPONEN ASAS KOMUNIKASI
ANTARABUDAYA YANG KOMPETEN

Kebanyakan penyelidikan dalam bidang komunikasi yang kompeten


mengekalkan pemilihan dari aspek kesesuaian aksi atau tingkahlaku.
Porter, Samovar dan McDaniel (2007) memberi empat komponen
penting untuk dikenalpasti sekiranya kita hendak menjadi seorang
komunikator yang berkesan dalam komunikasi antarabudaya. Berikut
dibincangkan empat komponen:

1. Motivasi

Motivasi dikaitkan dengan kecekapan seseorang komunikator yang ingin


berkomunikasi atau berinteraksi dengan seseorang dari lain budaya.
Sekiranya kita melayan perasaan kerisauan, etnosentrik dan prejudis
menguasai aksi kita,maka sudah tentu kita kurang bermotivasi yang
diperlukan untuk menjadi komunikator antarabudaya yang berkesan.
Sebaliknya kita perlu komited kepada keseluruhan proses komunikasi.

2. Pengetahuan

Mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai kompetensi


komunikasi bermakna kita kaya dengan maklumat mengenai orang lain
dan budayanya. Sebagai contoh boleh kita lihat bagaimana seorang
jururawat terpaksa merawat pesakit yang terdiri dari pelbagai bangsa dan
budaya. Sekiranya jururawat tersebut tidak mempunyai pengetahuan
mengenai perbezaan budaya maka beliau menghadapi risiko
menginterpretasi pesakit-pesakit yang berkomunikasi dengannya.
Mengikut Morreale, Spitzberg dan Barge (2001), kita memerlukan dua
jenis pengetahuan untuk menjadi kompeten – kandungan pengetahuan
(content knowledge) dan pengetahuan prosedur (procedural knowledge).
Pengetahuan dari sudut kandungan melibatkan memahami topik-topik,
perkataan-perkataan, makna dan sebagainya yang diperlukan dalam
sesuatu situasi. Manakala pengetahuan prosedur ialah tahu bagaimana
hendak menyusun,merancang dan membuat persembahan dari
kandungan pengetahuan dalam sesuatu situasi. Kita perlu kedua-dua
pengetahuan tersebut untuk membolehkan kita mengatur strategi
komunikasi, protokol yang betul, dan adat serta tatatertib yang perlu
diberi perhatian.

3. Kemahiran

Kemahiran ialah aplikasi yang sebenar mengenai tingkahlaku tertentu


yang membolehkan kita mencapai matlamat komunikasi. Ini
diperjelaskan lagi oleh Morreale, Spitzberg, dan Barge apabila mereka

122
melihat bahawa kemahiran ialah matlamat yang diarah semestinya
direkabentuk untuk mencapai sesuatu. Mengikut Smith dan Bond (1994)
kemahiran perlu diadaptasikan mengikut peraturan interaksi yang sesuai
terhadap budaya tuan rumah. Kita telah pun mempelajari kemahiran
kemahiran tertentu dalam keseluruhan hidup kita maka kita boleh
berfungsi secara efektif sebagai ahli dalam budaya kita. Walau
bagaimanapun segala kemahiran yang berjaya dalam sesuatu kumpulan
tidak semestinya bersesuaian dengan budaya yang telah lama kita
amalkan. Sebagai contoh masyarakat Jepun tidak senang sekiranya kita
bercakap bertentang mata.

4. Perwatakan

Idea disebalik perwatakan adalah mudah- sekiranya kita tidak dilihat oleh
orang yang berkomunikasi dengan kita sebagai orang baik budi pekerti
maka peluang untuk terus berkomunikasi akan berkurangan. Dalam
banyak segi perwatakan kita dipengaruhi oleh sejarah hidup kita dan
bagaimana kita mempamerkan diri dari sejarah itu. Kata seorang ahli
falsafah Amerika P.B. Fitzwater “Perwatakan ada campuran dan jumlah
pilihan seseorang.” Ini bermakna kita memilih bagaimana kita perlu
berkelakuan apabila kita berinteraksi dengan seseorang dari budaya lain.
Mungkin perkara yang paling mustahak yang dapat dikaitkan dengan
perwatakan seseorang ialah kebolehpercayaan.Perwatakan ini sering
dikaitkan dengan intergriti, hormat, keikhlasan, dan perasaan muhibah
antara kaum.

8.4 MASALAH YANG BERPOTENSI BERLAKU DALAM


KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

Kita telah lihat komponen-komponen untuk mencapai matlamat


komunikasi antarabudaya yang kompeten iaitu kita perlu dimotivasikan
dan mempunyai pengetahuan serta menguasai kemahiran-kemahiran
tertentu, dan memelihara perwatakan yang baik. Sekarang kita sudah
bersedia untuk bercakap bagaimana hendak mencapai matlamat tersebut.
Kita akan bermula dengan membincangkan sebahagian dari beberapa
masalah besar yang berkemungkinan menjadi penghalang terhadap usaha
kita mencapai matlamat menjadi seorang komunikator antarabudaya yang
kompeten. Sebelum membincangkan masalah eloklah kita melihat tiga
perkara mustahak yang di kemukakan oleh Porter, Samovar dan
McDaniel (2007). Pertama mereka menyatakan dalam banyak keadaan
masalah komunikasi berlaku dalam pelbagai keaadaan dan sebab.
Sekiranya kita naik marah secara tiba-tiba sewaktu berbual dengan
sahabat kita, perlulah kita mengkaji diri samaada sebab kemarahan itu
munkin berpunca dari diri kita sendiri. Mungkin kita sudah lama
menyimpan perasaan dendam.Kedua manusia mempunyai sifat

123
semulajadi yang kompleks dan ketiga dapat dilihat dari teori-teori
tertentu dalam komunikasi antarabudaya. Samovar menyatakan dalam
tiap tiap budaya terdapat agenda yang tersembunyi dan ini boleh
mempengaruhi cara manusia menerima dan berinteraksi dengan dunia.
Marilah kita melihat beberapa potensi yang boleh menjadi masalah
kepada komunikasi antarabudaya. Masalah ini telahpun dibincangkan
dalam bab bab awal.

8.4.1 Mencari Persamaan

Kebanyakan manusia suka mendekati orang-orang yang mempunyai


persamaan dari segi pandangan hidup, kebiasaan dan sifat-sifat
keperibadian yang mirip dengan kehidupan peribadinya.. Sekiranya kita
disoal siapakah kumpulan yang kita suka bersama,,maka tentu sekali
orang yang mempunyai ciri-ciri persamaan.Ini membolehkan kita
berbincang dengan selesa tanpa kerisauan. Dalam komunikasi antara
budaya persamaan ini menjadi sukar dan kompleks. Masalah ini sekiranya
dilihat secara global tentu sekali boleh menyusahkan kita kerana
persamaan yang dicari itu semakin jauh malah terdapat ketidaksamaan
dari segi etnik,agama,ekonomik,dan idelogi.Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi maka berkemunkinan orang-orang tertentu akan menarik
diri dari terus berinteraksi.

8.4.2 Pengunduran

Bila kita bercakap tentang pengunduran,kita juga bercakap pengunduran


interpersonal antara budaya dan juga peringkat internasional. Masalah
berlaku apabila kita menarik diri dari bersemuka atau Negara-negara
mengundur diri dari komuniti dunia. Sejarah telah membuktikan bahawa
Negara-negara engan berkomunikasi sesama sendiri. Sebagai contoh kita
membaca dan mendengar melalui media bahawa Korea Utara dan Korea
selatan, India dan Pakistan Israel dan Mesir, Cuba dan Amerika Syarikat
pernah menarik diri dari berkomunikasi sesama sendiri. Dalam zaman
sekarang apa saja yang berlaku di mana–mana tempat di dunia boleh
mempengaruhi Negara-negara lain. Jelas disini pengunduran tidaklah
begitu baik. Ahli filosofis Flewelling pernah menyatakan “Neither province,
parish, nor nation; family, nor individual, can live profitably in exclusion from the
rest of the world.”

8.4.3 Ketidakpastian dan Kerisauan

Seperti yang disebut sebelum ini ini tahap ketidakpastian dan kerisauan
yang tinggi boleh menjejaskan kelancaran komunikasi antara budaya.
Kerisauan boleh menjejaskan keupayaan memproses maklumat. Seorang
ahli psikologi Herman dan Schield (1961) merumuskan “The immediate

124
psychological result of being in a new situation is lack of security.” Rasa tidak
selamat boleh menyebabkan kita mengalami kerisauan.Manakala Barna
(1991) pula menyatakan “For most people it takes insight,training,and sometimes
an alteration of long-standing habits or cherished beliefs before progress can be
made.The increasing need for global understanding and cooperation,however,makes the
effort worthwhile.” Barna menekankan bahawa kepertluan latihan sangat
diperlukan. Secara ringkasnya tugas kita ialah mencuba mengurangkan
ketidakpastian dan kerisauan untuk menghasilkan komunikasi antara
budaya secara berkesan.

8.4.4 Stereotaip dan Prejudis

Stereotaip dan prejudis adalah dua faktor utama yang berkait rapat
dengan proses komunikasi antara budaya. Kedua-duanya boleh menjadi
penghalang besar kepada komunikasi antara budaya yang berkesan.
Stereotaip menjadi kompleks kerana manusia mengkategori seseorang
mengikut fahamannya dan pengalamannya sendiri. Dari sudut psikologi,
manusia bertindak demikian kerana dunia terlalu besar dan kompleks
untuk memahami secara mendalam sesuatu fenomena. Stereotip dan
komunikasi antara budaya adalah hasil dari kebolehan yang terhad,malas
dan persepsi yang salah. Prejudis merujuk kepada reaksi dan emosi
negatif terhadap orang lain.Prejudis merupakan satu proses di mana kita
menghakimi seseorang dari luaran semata-mata seperti penampilan dan
warna kulit tanpa usul periksa.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah takrifan komunikasi antarabudaya yang


kompeten?
2. Berikan empat (4) komponen asas komunikasi
antarabudaya yang kompeten
3. Jelaskan masalah-masalah dalam komunikasi
antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

Fikirkan apakah masalah-masalah yang anda hadapi


apabila berkomunikasi dengan mereka yang berlainan
budaya dalam kehidupan anda.

125
8.5 RUMUSAN

Dalam bab ini, kita telah membincangkan takrifan kompetensi,


komponen-komponen asas dalam membina kompetensi dalam
komunikasi antarabudaya dan masalah dalam komunikasi antarabudaya
serta penyelesaiannya. Untuk memperoleh kompetensi dalam komunikasi
antarabudaya, kita hendaklah mengenalpasti masalah yang mungkin
timbul apabila kita berkomunikasi dengan mereka yang berlainan budaya
seperti sikap prejudis mahupun stereotaip terhadap sesebuah budaya.
Dengan cara ini, kita akan mampu membentuk komunikasi yang positif
untuk berinteraksi dengan mereka yang berbeza latarbelakang budaya.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan maksud kompetensi dalam komunikasi antarabudaya

2. Jelaskan empat(4) komponen asas yang perlu diketahui oleh


seseorang yang ingin menjadi kompeten dalam komunikasi
antarabudaya

3. Jelaskan beberapa potensi yang membolehkan berlakunya


masalah dalam komunikasi antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Komunikasi antarabudaya yang kompeten bermaksud


komunikasi yang kompeten ialah keseluruhan kebolehan diri
seseorang individu terhadap cabaran-cabaran yang terdapat dalam
komunikasi antarabudaya seperti perbezaan budaya dan
ketidakbiasaan dengan orang orang tertentu atau kumpulan-
kumpulan luar dan berkebolehan menangkis tekanan.

2. Komponen-komponen asas dalam komunikasi antarabudaya


yang kompeten ialah motivasi, pengetahuan, kemahiran dan
perwatakan.

3. Masalah-masalah yang berlaku dalam komunikasi antarabudaya


ialah mencari persamaan, ketidakpastian dan kerisauan,
pengunduran dan, stereotaip dan prejudis.
126
BAB 9

ETIKA DALAM KOMUNIKASI ANTARABUDAYA

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda akan dapat:


1. Menjelaskan definisi etika dalam komunikasi antarabudaya.
2. Menjelaskan prinsip etika relativisme dan universalisme.
3. Menjelaskan konsep etika.
4. Menjelaskan garis panduan dalam etika komunikasi
antarabudaya.
5. Menjelaskan aplikasi etika dalam pelbagai budaya.
6. Menjelaskan kepentingan etika.

9.1 PENGENALAN

Pengetahuan tentang budaya sendiri dengan budaya orang lain amat


penting dalam meneruskan proses komunikasi dengan masyarakat tidak
kira masyarakat yang mempunyai persamaan atau perbezaan budaya.
Budaya bermaksud gaya atau cara hidup atau sesuatu yang merupakan
kebiasaan dalam masyarakat. Budaya dapat mencerminkan siapa diri dan
asal usul kita. Setiap budaya semestinya ada perbezaan dan persamaan
diantara satu sama lain.

Komunikasi antarabudaya pula adalah proses interaksi antara orang yang


mempunyai persepsi kebudayaan dan sistem simbol yang cukup jelas
tentang sejarah budaya orang lain (Samovar, Porter, & McDaniel, 2007).
Dapat dilihat di sini bahawa komunikasi antara budaya penting dalam
memahami budaya seseorang berdasarkan simbol-simbol dan peraturan
yang tertentu.

Bagi melancarkan proses komunikasi tidak kira ia berkaitan dengan


budaya ataupun berbentuk peribadi, etika amat diperlukan. Setiap
individu perlu memahami etika dalam berkomunikasi supaya proses
komunikasi lebih teratur dan berkesan. Kekeliruan dan konflik juga
jarang berlaku berdasarkan pemaham etika ini.

127
9.2 DEFINISI ETIKA

Menurut Johannesen (seperti dipetik dalam Samovar, Porter &


McDaniel, 2007), etika ialah sesuatu persoalan untuk memahami apa
yang dapat membentuk kehidupan yang baik dan sesuatu urusan untuk
mencapai kehidupan yang lebih sempurna. Secara lebih khusus, etika
adalah penerimaan piawaian dalam bentuk peribadi atau kebajikan sosial
yang dipercayai sebagai benar, apa yang dirasai sebagai betul dan sesuai
dengan kepercayaan agama dan peraturan (Rensik, 1998). Etika juga
boleh ditakrifkan sebagai prinsip yang membantu mengawal perlakuan
individu dan kumpulan dimana prinsip berkenaan datang dari konsensus
komuniti terhadap apa yang dikatakan perlakuan baik dan buruk (Martin
& Nakayama, 2004).

Etika, komunikasi dan budaya mempunyai hubungan yang saling


berkaitan. Saling kaitan ini wujud kerana menurut Casmir (1997), setiap
individu yang berada dalam sesebuah budaya atau komuniti secara tidak
langsung akan mempunyai ‘persetujuan tanpa bertulis’ (tacit agreements)
tentang apa yang dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan. Persetujuan
berkenaan akan membentuk nilai-nilai yang dipegang dalam sesebuah
budaya dan seterusnya membentuk etika dalam masyarakat berkenaan
(Casmir, 1997). Budaya yang berbeza mempunyai etika yang berbeza.
Justeru, semakin berbeza etika yang dipersetujui secara umum dalam
proses komunikasi antarabudaya, semakin penting untuk kita membina
etika antarabudaya yang dapat memberikan faedah bersama bagi
membolehkan kita berkomunikasi dengan berkesan.

Etika antarabudaya memberi panduan kepada manusia supaya


mengambil berat dalam kekuatan berkomunikasi, menghormati setiap
individu, mencari kesamarataan semua orang dan mengenalpasti
kesahihan di kalangan individu yang sanggup memikul tanggungjawab
atas kelakuan diri dan lebih bermotivasi. Etika merupakan penilaian yang
berfokus kepada darjah penilaian sama ada betul atau salah, kebaikan
atau keburukan dan kewajipan sifat kemanusian. Etika digunakan sebagai
alat yang dapat membuat atau membantu kita dalam membuat keputusan
kehidupan seharian. Pembuatan keputusan akan menjadi keliru apabila
terdapatnya pertembungan nilai-nilai antara etika. Eika juga melibatkan
perdebatan antara betul atau salah terhadap sesuatu pernyataan. Etika
berasas daripada perkataan Greek iaitu ‘ ethikos’ yang mempunyai maksud
yang selari dengan ‘ethos’ yang membawa maksud kelakuan dan secara
tidak langsung juga dikaitkan dengan adat sosial, kebiasaan. Moralis
bermaksud satu yang berkaitan dengan mores dalam Latin iaitu sikap
kelakuan, adat dan kebiasaan.

128
Secara kasarnya kedua-dua etika dan moral memberi maksud yang sama
kerana mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Kedua-duanya akan
membantu untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan seperti
“bagaimana seseorang menjalani kehidupan sehariannya?” atau
“bagaimana seseorang itu patut melakukan sesuatu perkara?”. Bermula
dari pertengahan abad ini, terdapat keinginan untuk membezakan etika
dari morality. Moraliti tertakluk kepada skop teori etika moden seperti
‘utilitariansm’ dan ‘deontology’ yang tidak sahaja menerap peraturan yang
berbeza dalam sistem koheren, tetapi juga membina peraturan universal
tertentu yang boleh digunakan oleh semua masyarakat. Ia berkait rapat
dengan penekanan kewajipan atau pelaksanaan, satu permintaan tegas
untuk tanggungjawab dan sebahagian tumpuan untuk kebaikan maya.
Manakala, etika juga digunakan untuk merangkumi, sebagai tambahan,
pendekatan Aristotle dalam menekankan farmasi kebaikan dalaman
berbanding kepada perlakuan dan ia adalah berhubung kait dengan
perasaan berbanding dengan kewajipan atau paksaan. Nilai kebaikannya
masih dipergunakan sehingga hari ini.

9.3 PRINSIP ETIKA RELATIVISM DAN UNIVERSALISM

Terdapat dua prinsip penting dalam etika komunikasi antarabudaya iaitu


relativism dan universalism (Samovar & Porter, 2004). Kedua-dua
prinsip ini mempunyai ciri yang berbeza antaranya adalah keputusan
dalam menentukan etika dalam sesebuah masyarakat.

Etika relativism merujuk kepada setiap budaya menentukan perkara yang


betul dan salah dalam budaya mereka. Hal ini kerana perbezaan
kumpulan budaya mempunyai nilai dan norma yang berbeza. Perbezaan
budaya menyebabkan kita membuat keputusan yang berbeza terhadap
satu subjek yang sama kerana tidak terdapat kaedah yang munasabah dan
tegas dapat dibuat dalam mengatasi antara konflik itu. Hal ini kerana
tidak terdapat objektif etika yang benar.

Prinsip moral secara umumnya bukan berkesan dan boleh dilakukan


tetapi hanya boleh mengikut adat yang ada pada masyarkat kini. Selain
itu, individu mungkin mempunyai kumpulan yang berlainan seperti
keluarga, komuniti, parti politik atau negara, kesemua ini akan
mewujudkan konflik yang melanggar dengan prinsip. Misalnya, “you have
your way and I have mine” terbukti kepada kita adalah tidak mungkin
kepada orang yang dari budaya berbeza untuk bekerjasama dalam
mengatasi masalah yang dihadapi.

Etika Universalism bemaksud mendirikan pendirian tanpa menghiraukan


konteks atau budaya, terdapat etika tentu dan umum yang kita boleh
gunakan dalam semua budaya. Ketika dalam pembelajaran perbezaan

129
amalan dan kepercayaan, namun ia masih memiliki nilai, moral dan
keunikan tersendiri dan ini merupakan cara memesong keluar dan masuk
daripada budaya. Dengan khususnya ini adalah satu pernyataan yang
prinsip etika ini dipegang oleh semua orang dan bukan kepada
sesetengah orang. Kant iaitu ahli falsafah German percaya dengan
bertindak dengan etika yang betul, setiap orang mampu menguasai
perkataan dan tindakan untuk hukum universal, iaitu semua orang
menuruti suatu garis panduan yang sama iaitu hukum universal. Ini
adalah jelas dengan dikatakan bahawa etika adalah rumit dan sulit.

Contohnya setiap budaya dan agama menyuruh dan mewajibkan


penganut dan pengikutnya membuat kebaikan dan memberikan
kebajikan kepada semua orang. Selain itu, nilai-nilai murni turut
diamalkan bagi memenuhi kehendak budaya dan agama. Hal ini dapat
dilihat bahawa kebaikan itu merupaka etika yang perlu dan harus diikuti
oleh semua manusia di muka bumi ini.

9.4 KONSEP ETIKA

Terdapat beberapa cabang etika yang dituruti oleh setiap individu


walaupun ia secara tidak langsung. Cabang-cabang etika dapat
dibahagikan kepada beberapa bahagian antaranya ialah ethical individualism,
ethical of belief dan ethical of life.

9.4.1 Ethical Individualism

Ethical Individualism ini menyatakan bahawa kedudukan individu sebagai


subjek moral dan nilai-nilai yang menjadi pusat kepada perlakuan dan
sikap individu melalui nilai moral yang dipraktikkan. Nilai moral ini
bergantung kepada individu dan individu mempunyai kuasa dan pemisah
kepada nilai moral. Di sini dapat dilihat bahawa individu itu sendiri yang
dapat mengubah sikap dan pendirian mereka dan itu juga merupakan hak
individu. Pada abad ke-20 lagi ia telah digambarkan oleh ‘existentation’
yang menyatakan bahawa manusia bebas memilih pelbagai tindakan dan
menyatakan juga bahawa morality itu tidak ubah seperti pernyataan sikap
seseorang.

9.4.2 Ethical of Belief

Ethical of Belief merujuk kepada apa yang kita mahu percaya. Kita
mempunyai kuasa untuk percaya terhadap perkara yang harus kita
percaya atau kita tidak perlu percaya. Kita sendiri yang menentukan
perkara yang kita percaya itu benar. Dalam aspek budaya, kaum melayu
percaya bahawa kita tidak boleh memakai baju terbalik kerana dikhuatiri
kita akan sesat. Apabila kita terlalu mempercayai perkara tersebut, hal ini

130
akan menjadi kenyataan kerana secara tidak langsung kita memikirkan
perkara tersebut. Dapat dirinkaskan bahawa ‘ethical of belief’ ialah
darjah berkenaan dengan usul yang harus seimbang dengan dengan
kekuatan kepercayaan kita.

9.4.3 Ethical of Life

Ethical of life adalah sistem untuk mengenali norma dan prinsip etika
dalam sesuatu budaya dan sosial dimana ia dapat menyusun dan dapat
diterima oleh semua pihak. Dalam konteks budaya, ‘ethical of life’ amat
perlu kerana ia mnejadi lambang kepada sikap dan tingkah laku kita
sebagai individu dalam sesebuah masyarakat yang berbudaya tinggi.
Berdasarkan konsep ini, individu dijamin dapat memperolehi kebebasan
dan kegembiraan dengan mematuhi nilai-nilai norma kehidupan.
Tanggungjawab dalam konsep ini merupakan tanggungjawab orang ramai
yang datang daripada hubungan individu dan tuntutan masyarakat.

Secara keseluruhannya, dapat dilihat melalui pemahaman individu dalam


konsep ini dapat mewujudkan individu yang beretika tinggi. Apabila
wujud individu yang beretika tinggi, tidak mustahil wujud juga
masyarakat yang mempunyai etika dan budaya yang dikagumi oleh
masyarakat yang lain.

SOALAN DALAM TEKS

1. Apakah takrifan etika?


2. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip
relativisme dan universalisme?
3. Berikan tiga (3) cabang dalam konsep etika.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

9.5 GARIS PANDUAN DALAM ETIKA KOMUNIKASI


ANTARABUDAYA

Di dalam komunikasi antarabudaya, terdapat empat garis panduan etika


yang perlu diamalkan bagi mencapai persefahaman antara budaya lain
iaitu mengambil berat terhadap komunikasi, hormat, mencari persamaan
dan mengenalpasti perbezaan. Elemen-elemen ini penting dalam etika
kerana boleh mengelakkan konflik dan boleh menjadikan panduan dalam
memperbaiki komunikasi antarabudaya.
131
9.5.1 Mengambil Berat terhadap Komunikasi

Di dalam persekitaran antarabudaya, terdapat kesukaran untuk


memahami mesej dan tindakbalas kerana perbezaan budaya yang di
amalkan oleh seseorang individu. Jika keadaan ini berlaku kita akan
mencuba untuk mengambil berat terhadap komunikasi dan sedaya- upaya
akan memahaminya supaya tidak wujud salah faham dan perbezaan
terhadap mesej yang ingin disampaikan. Ini kerana jika mesej yang ingin
disampaikan oleh kita sekiranya disalahtafsirkan oleh penerima, penerima
itu akan memberi pandangan negatif terhadap kita dan budaya kita. Oleh
itu, mengambil berat terhadap komunikasi antarabudaya ini sangat
penting.

Komunikasi yang baik antara budaya akan meningkatkan lagi fahaman


kita tentang satu-satu masyarakat dan budaya yang berbeza dengan
budaya yang diamalkan oleh kita. Melalui komunikasi kita akan dapat
menerangkan dengan lebih mendalam tentang budaya yang diamalkan
oleh negara kita kerana dengan penjelasan yang baik kita akan dapat
mengurangkan tanggapan yang tidak betul terhadap budaya kita oleh
negara lain. Komunikasi perlu dititikberatkan kerana komunikasi akan
menggambarkan sikap kita. Kita juga perlu memberi perhatian terhadap
komunikasi yang disampaikan oleh individu yang berlainan budaya agar
persefahaman dapat dicapai oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, komunikasi
yang baik sangat penting terutamanya ketika berkomunikasi dengan
masyarakat yang berbeza budaya dengan kita.

9.5.2 Hormat

Setiap individu menginginkan satu tahap untuk dihormati, bermaruah,


dan perasaan dihargai. Namun, kita tidak perlu menyanjung seseorang
individu berlebih-lebihan tetapi kita perlu menghormati semua individu
secara samarata tidak kira sama ada berbeza adat, kefahaman dan budaya.
Menurut Confucius, tanpa perasaan hormat, tiada apa yang dapat
membezakan antara manusia dengan haiwan.

Melalui etika, ia dapat memupuk perasaan hormat-menghormati terhadap


individu yang berlainan budaya dengan kita. Ini kerana jika kita
mempunyai perasaan tersebut terhadap budaya lain, ia akan memberi
kesan yang positif dan masyarakat lain akan menghormati budaya yang
kita amalkan. Jika tidak, ia akan mewujudkan konflik antara sesuatu
budaya dengan budaya lain. Konflik akan wujud jika kita tidak
menghormati dan memandang rendah terhadap budaya lain.

Oleh itu, kita seharusnya menghormati budaya lain walaupun terdapat


perbezaan budaya antara masyarakat kita dengan mereka. Perasaan

132
hormat-menghormati penting kerana ia boleh mewujudkan persamaan.
Hormat- menghormati antara budaya sangat penting kerana ia
merupakan etika yang baik dan membolehkan budaya kita diterima oleh
budaya lain kerana mempunyai nilai etika yang tinggi.

9.5.3 Mencari Persamaan

Tidak kira berapa banyak perbezaan yang wujud, dasarnya terdapat


persamaan dan penting untuk kita mengenalpasti persamaan antara
budaya. Jika kita beretika ia akan mewujudkan banyak persamaan.
Kerana etika akan memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita. Persamaan
yang wujudkan akan mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat yang
berlainan budaya. Walaupun pada luarannya terdapat perbezaan, tetapi
sebagai seorang yang beretika, kita perlu mencari persamaan agar boleh
berkomunikasi dengan baik antara individu daripada budaya yang
berbeza. Persamaan yang wujud antara budaya akan menyebabkan kita
dapat berinteraksi dengan lebih baik dan dapat berkongsi nilai-nilai yang
sama.

Persamaan etika yang terdapat dalam budaya yang berbeza akan


mengurangkan jurang perbezaan antara budaya. Ini kerana kita dapat
berkongsi nilai dan cara yang sama yang diamalkan dalam budaya yang
berbeza. Persamaan ini akan menyebabkan kita tidak akan berasa janggal
untuk berinteraksi dengan masyarakat lain. Ini akan membolehkan kita
berkongsi maklumat dan idea yang sama.

Di samping itu, persamaan etika ini akan mewujudkan satu kelompok


komuniti yang besar dan dapat bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu
perkara. Keadaan ini membolehkan kita mempunyai kenalan yang ramai
dan dan mengajar kita mempelajari dan berkongsi idea dengan budaya
lain.

9.5.4 Kenalpasti Perbezaan

Melalui etika kita akan dapat mengenalpasti perbezaan yang ada dan kita
akan sedaya-upaya untuk mengurangkan perbezaan yang wujud antara
budaya yang berbeza-beza. Sekiranya perbezaan ini dapat dikenalpasti
kita akan dapat menilai nila-nilai yang baik atau tidak untuk dijadikan
panduan kita. Jika ia bercanggah dengan budaya masyarakat kita, kita
seharusnya menolak dengan cara yang baik agar tidak mengganggu
sensitiviti masyarakat lain.

Selain itu, perbezaan yang wujud akan menyebabkan adanya keunikan


dalam sesuatu budaya. Keunikan yang ada dalam sesuatu budaya adalah

133
kerana perbezaan dan cara yang tidak sama yang diamalkan dalam budaya
mereka. Perbezaan ini akan menyebabkan kita mengkaji perbezaan
tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam perbezaan itu.

Disamping itu, kita perlu mengenalpasti perbezaan yang ada antara


budaya bagi mengelakkan pertindihan pendapat tentang budaya masing-
masing. Oleh itu, kita perlu mengenalpasti perbezaan yang terdapat
dalam etika ini. Perbezaan yang ada tidak perlu dipersoalkan kerana ia
akan menyebabkan pertelingkahan sesama kita kerana isu budaya ini
boleh dikatakan isu yang sensitif. Sekiranya terdapat perbezaan, kita
perlulah menghormatinya dan berusaha untuk mengurangkan perbezaan
yang wujud dengan memahami budaya dan cuba merapatkan jurang yang
ada. Hal ini kerana, etika megajar kita tentang menghormati hak orang
lain dan memahaminya.

9.5.5 Peranan Etika

Etika mempunyai peranan yang penting dalam menjalinkan komunikasi


yang berjaya. Selain itu dengan mengetahui etika sesebuah budaya, ia
dapat merapatkan jurang antara perhubungan dengan orang lain.

Antara peranan etika dalam komunikasi antarabudaya adalah etika dapat


menguat serta memperkukuhkan lagi norma-norma sesuatu masyarakat.
Disini dapat dilihat apabila etika menjadi simbol kepada sesebuah
masyarakat. Apabila kita sebagai salah satu individu dalam masyarakat
mengamalkan etika yang logik dan wajar, sudah tentu orang lain juga
tidak teragak-agak untuk mengetahui etika masyarakat kita. Hal ini
seterusya dapat meningkat norma dan nilai-nilai dalam sesebuah
masyarakat.

Kekeliruan etika sesuatu masyarakat boleh berlaku apabila kita tidak


dapat memahami etika mereka. Contohnya masyarakat melayu
mengamalkan apabila melintas dihadapan oarang yang lebih tua dari kita,
kita perlu tunduk. Tunduk di sini dapat membawa maksud hormat.
Namun di Jepun, tunduk itu pula bermaksud terima kasih.

Etika juga dikatakan sebagai kod kepada cara berkomunikasi. Di dalam


setiap budaya mempunyai kod komunikasi masing-masing. Kod arahan
ini adalah satu bentuk himpunan ajaran-ajaran moral serta nilai yang
dimiliki oleh setiap budaya. Setiap budaya secara umumnya, mempunyai
kod komunikasi yang berbeza-beza tetapi sekiranya diteliti, terdapat
beberapa ciri persamaan yang utama. Sebagai contoh terdapat peraturan
di dalam semua budaya yang menyuruh penganutnya berbuat kebaikan
dalam berkomunikasi dengan orang lain seperti mana mereka mahukan
orang lain berbuat kebaikan terhadap mereka.

134
Etika juga dapat mengawal komunikasi yang sedang berlaku dan yang
akan berlaku. Ini kerana, dengan adanya etika dalam berkomunikasi
individu tidak akan berkomunikasi dengan cara yang tidak sesuai, sukar
difahami dan keterlaluan. Setiap individu yang berkomunikasi dengan
individu yang berlainan budaya, mereka mesti mengetahui serba sedikit
mengenai budaya tersebut. Contohnya orang barat kurang gemar apabila
ada individu bertanyakan tentang gaji yang mereka perolehi setiap bulan.
Maka apabila seseorang individu mengetahui tentang perkara tersebut,
soalan berkenaan gaji tidak akan timbul.

Etika juga dapat membantu komunikasi berjalan dengan lancar. Etika


juga merupakan salah satu alat di mana ia berfungsi supaya setiap
komunikasi diantara individu dan sekumpulan individu berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan. Contohnya, dalam sesebuah
perundingan diantara individu dan negara, aspek-aspek etika perlu
ditekankan bagi bagi menghormati setiap budaya yang ada pada setiap
individuatau negara yang menjalankan perundingan.

9.6 APLIKASI ETIKA DALAM PELBAGAI BUDAYA

Seperti yang di ketahui, terdapat pelbagai budaya yang berbeza bagi


setiap negara. Oleh itu, kita perlu menyesuaikan diri dengan budaya yang
ada kerana jika kita tidak mengikuti segala kehendak budaya yang ada,
kita akan di anggap tidak beretika. Dalam konteks budaya yang sering
diamalkan secara universal bagi setiap negara adalah budaya berkerja.

Terdapat beberapa negara yang mengamalkan etika kerja yang sama


dengan negara lain kerana kesesuaian dan keserasian yang diamalkan
dalam budaya kerja tersebut. Oleh itu, jika dilihat di beberapa buah
negara asia akan terdapat persamaan dengan negara asia yang lain yang
diguna pakai bersama. Seperti negara Jepun dan Malaysia, hubungan
komunikasi telah lama wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih
berterusan hingga kini kerana terdapat persamaan dari segi penerimaan
setiap mesej dan maklumat walaupun berbeza bahasa. Selain itu, sikap
bertolak ansur yang diamalkan antara kedua-dua negara dan saling
melengkapi antara satu sama lain menyebabkan hubungan komunikasi
masih berjalan baik dan banyak amalan-amalan kerja yang baik dari
negara Jepun diamalkan di Malaysia. Ini menyebabkan banyak
keuntungan yang diperolehi antara kedua-dua negara.

Namun, bagi negara barat etika kerja yang diamalkan amat berlainan
dengan budaya kerja di negara asia. Seperti contoh, kebanyakan orang
barat khususnya Amerika Syarikat amat mementingkan ketepatan masa.
Oleh itu, apabila kita berada di Amerika Syarikat kita hendaklah menepati
waktu. Kegagalan untuk menghadirkan diri pada waktu yang ditetapkan

135
dianggap tidak beretika oleh orang-orang Amerika Syarikat. Jika kita
lewat, kita hendaklah segera meminta maaf dan menjelaskan sebab
kelewatan itu walaupun budaya kita mungkin menganggap lewat itu
sebagai perkara biasa dan tidak perlu diberi penjelasan.

Bagi negara yang mengamalkan sikap berkecuali seperti negara Korea


Utara, mereka hanya mengetahui etika negara mereka sendiri. Mereka
kurang mengamalkan komunikasi dengan dunia luar dahulunya. Mereka
menganggap bahawa budaya atau cara kerja orang luar kurang efektif dan
hanya mengikut dan menuruti budaya sendiri. Kesannya, negara Korea
Utara kurang maju berbanding negara-negara yang lain kerana tida
kemajuan yang diperolehi. Mereka hanya bertumpu kepada pendapat dan
caar kerja mereka tanpa mengira perkembangan semasa.

Dalam konteks ini, dapat dilihat kita perlu menyesuaikan diri dengan
setiap negara walaupun bercanggah dengan amalan yang biasa dilakukan
di negara sendiri agar kita akan dianggap beretika dan mampu
menyesuaikan diri dengan setiap persekitaran budaya dan negara lain.
Walaupun terdapat dilema atau kejutan budaya tetapi kita perlu berusaha
untuk beretika agar dapat mempertingkatkan keberkesanan etika budaya
dalam negara tersebut. Selain itu, pemahaman agama negara lain turut
diambil perhatian untuk mencapai matlamat dan tujuan masing-masing
dengan efektif.

9.7 KEPENTINGAN ETIKA

Apabila kita berkomunikasi dengan orang lain kita perlu beretika. Ini
kerana apabila kita beretika semasa berkomunikasi dengan orang lain,
kita dapat mengelak daripada berlakunya sebarang konflik, salah faham
dan campur tangan luaran, mengeratkan hubungan lebih memahami
orang lain dan sebagainya.

Etika penting dalam komunikasi bagi mengelakkan timbulnya pelbagai


konflik dan spekulasi negatif sewaktu kita berkomunikasi. Hal ini kerana
apabila kita berada di sesebuah masyarakat yang berlainan nilai dan adat
dengan kita, jika kita tidak belajar serba sedikit tentang budaya mereka ini
akan menimbulkan kekeliruan. Contohnya di negara Jepun, apabila kita
mengeluarkan bunyi ‘slruupp’ sewaktu memakan sup, kita dianggap
sedang memuji masakan sup tersebut. Namun apabila kita mengeluarkan
bunyi tersebut ketika berada di negara barat, kita dianggap sebagai kurang
sopan. Pemahaman tentang etika perlu diketahui bagi mengelakkan
konflik berlaku.

Mengetahui dan mempraktikkan etika juga dapat mengeratkan hubungan


dengan orang lain. Hal ini kerana individu yang beretika akan mengambil

136
kira apa yang terjadi terhadapnya dan akan mengeratkan hubungan
dengan individu yang lain untuk memikirkan bagaimana untuk menjalin
hubungan yang baik serta berinteraksi dengan orang lain dalam situasi
yang sopan-santun dan bekerjasama dalam melakukan tugasan. Etika
dalam komunikasi antara budaya dapat melahirkan individu yang ikhlas.
Misalnya dalam satu sesi suai kenal, seseorang dapat mengenali antara
satu sama lain dengan rakan yang baru dan juga dapat mengeratkan
hubungan mereka.

Etika juga penting dalam komunikasi antarabudaya kerana kita dapat


lebih memahami budaya orang lain. Seperti yang diketahui bahawa
budaya merangkumi cara pemikiran, cara hidup dan cara bertindak dalam
seluruh kehidupan sesebuah masyarakat. Semakin manusia maju, semakin
ramai manusia yang akan berhijrah keluar dari kelompok masyarakat dan
budayanya. Akibat dari penghijrahan yang tidak mempelajari dan
memahami etika budaya masyarakat lain, terdapat banyak berlakunya
kesalahfahaman yang berpunca dari salah tafsir situasi komunikasi. Jika
kita beretika semasa berkomunikasi dengan orang lain, kita akan dapat
mengelakkan pertembongan antara ahli-ahli yang pelbagai budaya, dan
dapat lebih memahami budaya lain.

Kepentingan etika yang seterusya adalah sebagai panduan pelajaran. Hal


ini dapat dilihat apabila kita mahu berhijrah, kita harus mempelajari etika
masyarakat ditempat yang kita ingin kunjungi. Secara tidak langsung, ia
dapat memberikan satu pelajaran yang baru terhadap individu tersebut.
Apabila berlaku sebrang konflik terhadap etika yang di praktikkan, kita
perlu membetulkan dan meneliti semula kesan yang timbul. Melalui
konflik dalam komunikasi tersebut, kita juga dapat mempelajari sesuatu
perkara yang baru supaya ia dapat menyelesaikan pelbagai konflik.

SOALAN DALAM TEKS

4. Berikan empat (4) garispanduan yang perlu diikuti


dalam komunikasi antarabudaya.
5. Bagaimanakah etika diaplikasikan dalam komunikasi
antarabudaya.
6. Apakah kepentingan etika dalam komunikasi
antarabudaya?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

137
9.8 RUMUSAN

Komunikator yang tidak beretika adalah komunikator yang tidak


berdisiplin dan tidak berpelajaran. Hal ini kerana etika merupakan salah
satu simbol yang ada dalam diri setiap individu. Etika memainkan
peranan yang amat penting dalam kehidupan kita. Disebabkan dengan
adanya etika, kita dapat berkomunikasi dan bertindak dengan sempurna
dan mengelakkan konflik terutamanya berinteraksi dengan orang yang
berlainan budaya.

Kepentingan dan peranan etika perlu diambil perhatian untuk


meningkatkan keberkesanan komunikasi dan supaya dapat merapatkan
hubungan dengan budaya orang lain. Pemahaman tentang budaya orang
lain berdasarkan etika dapat menyesuaikan diri kita dengan budaya
tersebut. Secara keseluruhannya, etika dalam budaya perlu difahami
secara sepenuhnya disebabkan dunia kini mengamalkan globalisasi dalam
sebarang tujuan dan matlamat. Apabila semua orang memahami budaya
lain, ia akan dapat mengelakkan konflik yang berlaku dan negara akan
menjadi aman dan damai.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan tiga (3) cabang etika dalam komunikasi antarabudaya.

2. Jelaskan peranan etika dalam komunikasi antarabudaya.

3. Jelaskan tiga (3) garispanduan yang perlu diikuti dalam


komunikasi antarabudaya

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Etika merupakan penilaian yang berfokus kepada darjah penilaian


sama ada betul atau salah, kebaikan atau keburukan dan
kewajipan sifat kemanusian. Etika digunakan sebagai alat yang
dapat membuat atau membantu kita dalam membuat keputusan
kehidupan seharian.

138
2. Etika relativism merujuk kepada setiap budaya menentukan
perkara yang betul dan salah dalam budaya mereka. Hal ini
kerana perbezaan kumpulan budaya mempunyai nilai dan norma
yang berbeza. Etika Universalism bemaksud mendirikan
pendirian tanpa menghiraukan konteks atau budaya, terdapat
etika tentu dan umum yang kita boleh gunakan dalam semua
budaya.. Dengan khususnya ini adalah satu pernyataan yang
prinsip etika ini dipegang oleh semua orang dan bukan kepada
sesetengah orang.

3. Tiga cabang dalam konsep etika ialah Ethical Individualism, Ethical


of Belief dan Ethical of Life.

4. Empat(4) garispanduan yang perlu diikuti dalam komunikasi


antarabudaya adalah Mengambil berat terhadap komunikasi,
hormat, kenalpasti perbezaan dan mencari persamaan.

5. Etika diaplikasikan dalam komunikasi antarabudaya apabila


terdapat beberapa negara yang mengamalkan etika kerja yang
sama dengan negara lain. Contohnya, di negara Jepun dan
Malaysia, terdapat persmaan dari segi penerimaan mesej dan
maklumat walaupun berbeza bahasa. Sikap bertolak ansur juga
diamalkan menyebabkan banyak amalan kerja yang baik di Jepun
turut diamalkan di Malaysia. Etika juga diamalkan apabla kita
menyesuaikan diri dengan etika kerja negara lain. Contohnya,
apabila berada di Amerika Syarikat, kita perlu menepati masa
kerana mereka amat mementingkan ketepatan masa.

6. Kepentingan etika dalam komunikasi antarabudaya ialah kita


dapat mengelak konflik dalam komunikasi antarabudaya, salah
faham, campur tangan luar, mengeratkan hubungan dan lebih
memudah memahami budaya yang berbeza.

139
140
JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI

BAB 1

1. Perubahan teknologi, ekonomi global dan peningkatan populasi


dunia memberi kesan dari aspek komunikasi. Melalui perubahan
berkenaan, dunia menjadi semakin ‘kecil’ dan saling berhubungan
menyebabkan kita mudah untuk berkomunikasi dengan individu
yang berbeza budaya di tempat kerja, tempat kita belajar, tempat
tinggal dan dimana-mana sahaja.

Perubahan teknologi komunikasi yang semakin canggih


membolehkan kita untuk berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa
mengira sempadan geografi dan budaya dengan hanya
menggunakan hujung jari. Interaksi yang dilakukan menyebabkan
kita menyedari bagaimana budaya berbeza dan mungkin juga kita
akan menghadapi masalah apabila berkomunikasi dengan mereka
yang berbeza budaya.

Ekonomi global menyebabkan negara-negara di dunia tidak dapat


mengelak untuk berkomunikasi diantara satu sama lain bagi
menjalankan urusan perniagaan. Ekonomi global juga
menyebabkan kita mungkin terpaksa mempelajari lebih dari satu
bahasa dan memahami peraturan yang dipakai dalam budaya lain
agar kita mampu berkomunikasi dengan lebih berkesan apabila
melaksanakan urusan perniagaan.

Peningkatan populasi dunia pula menyebabkan berlakunya isu alam


sekitar, krisis sumber semulajadi, kekurangan sumber makanan
dan konflik antarabangsa. Justeru, dunia perlu bersatu dan
berkomunikasi untuk menangani krisis yang kian mendesak ini.
Sekiranya mereka gagal untuk memahami pentingnya komunikasi
antarabudaya sebagai alat untuk membantu mereka
menyelesaikan krisis yang berlaku, tentunya dunia akan menjadi
tidak selamat.

2. Budaya dan komunikasi adalah saling berkaitan kerana


komunikasi adalah budaya dan budaya adalah komunikasi. Ini
bermaksud, budaya memerlukan komunikasi untuk meneruskan
kelangsungannya manakala komunikasi pula dibentuk oleh
budaya. Budaya bukan hanya membentuk persepsi terhadap
realiti tetapi turut menentukan bahasa yang digunakan- apa, bila
dan bagaimana kita perlu bercakap. Amalan komunikasi
membolehkan makna budaya untuk dicipta dan disampaikan,
manakala budaya pula sebagai satu sumber simbol membolehkan
amalan komunikasi diteruskan.
141
3. Prinsip komunikasi antarabudaya membantu kita untuk
memahami bagaimana komunikasi berperanan dalam interaksi
antarabudaya. Setelah mengetahui prinsip-prinsip komunikasi
antara budaya, ia dapat menyedarkan kita bahawa komunikasi
antarabudaya sebenarnya kompleks.

BAB 2

1. Dengan mempelajari sesebuah budaya, kita dapat mengenalpasti


elemen-elemen serta ciri-ciri yang wujud. Elemen-elemen budaya
seperti bahasa, agama, sistem sosial, nilai dan sejarah tidak wujud
dalam sesebuah budaya sahaja, malah ia juga wujud dalam
budaya-budaya yang lain. Elemen-elemen berkenaan menjelaskan
bagaimana sesebuah budaya membentuk bahasa, sistem sosial,
nilai serta bagaimana sejarah sesebuah budaya mempengaruhi
identiti budaya itu sendiri. Secara tidak langsung, elemen-elemen
berkenaan menunjukkan keunikan sesebuah budaya dan secara
tidak langsung ini juga membantu kita memahami bagaimana
sesebuah budaya berbeza dengan sebuah budaya yang lain.

2. Individu yang datang dari budaya individualisme akan lebih


menekankan matlamat diri berbanding matlamat kumpulan,
menggalakkan diri individu untuk berdikari dan mewujudkan
hubungan yang tidak saling bergantungan (independent),
menghargai keunikan individu dan memberikan ganjaran
berdasarkan pencapaian individu. Individu yang datang dari
budaya kolektivisme pula lebih mementingkan kepentingan in-
group berbanding kepentingan diri, melihat diri sebagai individu
yang mempunyai hubungan yang saling bergantungan
(interdependent) dengan in-group, berkongsi kepercayaan in-group
dan tidak suka membezakan dirinya dari in-group, dan suka
memberi ganjaran berdasarkan kumpulan berbanding diri sendiri.

3. High context bermaksud konteks komunikasi yang lebih


menekankan kepada komunikasi yang berlapik. Kebanyakan
makna tidak terdapat pada perkataan yang digunakan tetapi
melalui komunikasi bukan lisan seperti gerak badan, kesenyapan
(silence), ruang peribadi, nada suara, gerakan kepala dan tangan
dan pengulangan perkataan. Komunikasi high context timbul dari
hubungan yang kuat diantara komunikator yang membenarkan
mereka untuk berkongsi pemahaman tentang komunikasi bukan
lisan bagi membolehkan mereka mentafsir mesej yang berlapik.

Low context pula merujuk kepada komunikasi yang jelas dan tidak
berlapik. Kebanyakan maklumat datang dari komunikasi verbal

142
yang mendorong masyarakat yang mengamalkan konteks ini
untuk kerap bercakap. Masyarakat dalam budaya low context
menumpukan perhatian kepada perkataan untuk membawa
makna dan mengelak sebarang gangguan dari komunikasi bukan
lisan. Mereka sangat menghargai ketepatan dan kejelasan
komunikasi verbal, dan sangat tidak selesa dengan infomasi yang
berdasarkan konteks. Masalah yang akan dihadapi ialah masalah
komunikasi apabila berkomunikasi dengan individu yang datang
dari konteks berbeza. Individu dari orientasi low context sukar
memahami mesej yang disampaikan oleh individu high context
yang banyak menggunakan komunikasi bukan verbal. Contohnya,
individu dari orientasi low context memahami sebutan “Ya” oleh
individu high context sebagai bersetuju, tetapi sebenarnya ia
bermaksud “saya mendengar apa yang anda perkatakan”. Secara
tidak langsung, ini menyebabkan salah tafsiran terhadap mesej
yang disampaikan dan menyebabkan masalah komunikasi.

BAB 3

1. Bahasa merupakan cara utama untuk kita berkomunikasi antara


satu sama lain dan hakikat ini amat nyata. Hubungan dinamik di
antara bahasa dan komunikasi merupakan sebahagian daripada
kehidupan kita dan disebabkan oleh faktor itu, kita selalunya
gagal untuk mengenalpasti kepentingan bahasa dalam komunikasi
dan interaksi kita dengan orang lain. Bahasa—tidak kira sama ada
ianya Inggeris, Melayu, Peranchis, Urdu atau Mandarin—
merupakan sesuatu yang dipandang mudah dan ringan. Kita
menggunakan bahasa untuk menyampaikan pandangan, perasaan,
niat dan keinginan kita kepada orang lain. Kita belajar tentang
orang lain melalui apa yang mereka katakan dan bagaimana
mereka menyatakannya dan kita juga belajar tentang diri kita
sendiri melalui reaksi orang lain terhadap apa yang kita katakan.
Kita juga belajar tentang hubungan kita dengan orang lain melalui
sikap tolak ansur kita apabila kita berinteraksi dengan mereka.

Bahasa memainkan beberapa peranan utama yang merangkumi


budaya, kehidupan dan masyarakat. Pertama, dari perspektif
budaya, ia merupakan salah satu cara untuk kita mengekalkan
budaya dan ia juga merupakan medium untuk memindahkan
budaya kepada generasi baru. Kedua, ia membantu membentuk
dan mengekalkan komuniti dengan menyatukan individu-individu
dalam sesebuah masyarakan yang mempunyai identiti yang
serupa. Akhirnya, pada peringkat masyarakat, ia amat penting
dalam semua aspek interaksi manusia.

143
Penggunaan dan gaya bahasa mencerminkan identiti sesuatu
budaya, sama seperti ia menggambarkan personaliti seseorang
individu. Terdapat hubungan yang jelas di antara bentuk dan
kandungan bahasa dengan kepercayaan, nilai dan keperluan yang
wujud di dalam budaya seseorang. Bahasa sering dikaitkan
dengan identiti bangsa dan tidak hairanlah jika ramai pemimpin
politik dan negara menekankan bahawa bahasa dan budaya tidak
dapat dipisahkan.

Jadi berdasarkan kepada perbincangan di atas kita yakin bahawa


bahasa dapat menggambarkan identiti budaya. Kita akan dapat
melihat bahawa setiap bangsa mempunyai bahasa pertuturan
mereka sendiri dan kita tidak seharusnya memandang rendah
kepada bangsa lain kerana menggunakan bahasa yang berbeza
daripada kita. Bahasa juga sebenarnya menjadikan sesuatu budaya
itu lebih unik dan memberikan lebih warna dalam kehidupan.

2. Ahli Antropologi Edward Sapir mula melihat dan mentafsir


bahasa melalui sudut yang berbeza—bahasa mempengaruhi dan
mampu menentukan cara kita berfikir. Pemikiran beliau
kemudian diteruskan oleh Benjamin Whorf sehingga tahun
1950an. Idea-idea mereka kemudiannya dikenali antaranya
sebagai theory of linguistic determinism, theory of linguistic relativity,
hipotesis Sapir-Whorf dan hypotesis Whorfian.

Namun, dalam tahun 1921, Sapir mula melihat dan mentafsir


bahasa melalui sudut yang berbeza—bahasa mempengaruhi dan
mampu menentukan cara kita berfikir. Pemikiran beliau
kemudian diteruskan oleh Benjamin Whorf sehingga tahun
1950an. Idea-idea mereka kemudiannya dikenali antaranya
sebagai theory of linguistic determinism, theory of linguistic relativity,
hipotesis Sapir-Whorf dan hypotesis Whorfian. Sapir (1956: 134)
menegaskan:

Manusia tidak hidup sendirian dalam dunia yang


objektif ini, tidak juga bersendirian dalam dunia
yang penuh dengan aktiviti sosial seperti yang biasa
difahami, tetapi bergantung kepada belas kasihan
(mercy) bahasa tertentu yang telah menjadi medium
untuk mengekspresikan diri dalam masyarakat
mereka. Amat sukar untuk membayangkan bahawa
seseorang itu menyesuaikan diri dengan realiti tanpa
menggunakan bahasa dan bahasa merupakan suatu
cara untuk menyelesaikan masalah-masalah spesifik
dalam komunikasi atau refleksi diri. Fakta sebenar

144
tentang perkara ini ialah “dunia sebenar” secara
tidak sedar banyak dipengaruhi oleh kebiasaan
berbahasa sesuatu kumpulan....Kita melihat dan
mendengar serta mengumpul banyak pengalaman
kerana kebiasaan-kebiasaan berbahasa dalam
masyarakat kita memperlihatkan pilihan-pilihan
tertentu dalam menterjemahkan diri.

Sepanjang tiga dekad mereka berkongsi idea-idea mereka,


pandangan-pandangan mereka telah dilihat agak berubah dan
tulisan-tulisan mereka telah banyak dimasukkan dengan
pandangan-pandangan yang lebih “tegas” tentang hubungan di
antara bahasa dan pemikiran dan pandangan yang lebih “lembut”
yang menjelaskan bagaimana bahasa mempengaruhi atau
membentuk pemikiran.

Dalam pandangan yang “tegas” atau versi deterministic dalam


hipotesis mereka, bahasa dilihat berfungsi sebagai penjara—
apabila kita mempelajarai bahasa, kita tidak akan dapat lari
daripada dipengaruhi oleh sifat-sifatnya. Versi yang lebih “lembut
pula merupakan pandangan tentang sifat semulajadi antara
hubungan bahasa dan pemikiran. Mengikut pandangan ini,
bahasa membentuk cara kita berfikir dan melalui kehidupan dan
pengaruh ini tidak akan berkurangan malah adalah tidak mustahil
untuk kita yang mempunyai sistem bahasa yang berbeza untuk
mempelajari perkataan-perkataan dan kategori-kategori yang
hampir serupa supaya komunikasi akan menjadi lebih tepat.

Sumbangan utama daripada kajian Sapir dan Whorf kepada


komunikasi antarabudaya ialah kejayaan mereka menarik
perhatian umum terhadap hubungan penting di antara pemikiran,
budaya dan bahasa.

Relativiti Linguitik (Linguistic Relativity) dan Komunikasi


Antarabudaya. Ciri-ciri semantik dan sintaktik bahasa merupakan
pembentuk utama bagaimana kita melalui kehidupan secara
fizikal dan sosial Kenyataan Sapir dan Whorf bahawa bahasa
menentukan realiti telah terbukti salah. Bahasa tidak menentukan
kemampuan kita untuk merasai kehidupan fizikal, malah bahasa
pertama yang kita pelajari juga tidak menentukan cara pemikiran
kita sehingga kita tidak dapat keluar untuk menerima pandangan
yang lain. Bagaimanapun, bahasa berupaya membentuk dan
mempengaruhi pemikiran dan perlakuan kita. Katakerja dalam
bahasa menggambarkan apa yang perlu kita tahu untuk kita
berdepan dengan persekitaran dan bentuk budaya kita.

145
Sementara itu, komponen-komponen semantik dan sintaktik
sesuatu bahasa membolehkan kita untuk mengenalpasti perkara-
perkara tertentu disekeliling kita serta melabelkan mereka dalam
cara yang tertentu. Komponen-komponen bahasa juga mencipta
bentuk-bentuk respon yang menjadi kebiasaan kepada kita,
peristiwa-peristiwa dan mesej-mesej yang mengelilingi kita.
Bahasa saling berkait dengan aspek-aspek lain di dalam budaya
untuk memperkukuhkan bentuk budaya yang kita pelajari.

Kita boleh mengelak daripada pengaruh bahasa tertentu tetapi


adalah mustahil untuk kita mengelak daripada menterjemah atau
berinteraksi di dalam bahasa kedua. Bagaimanapun,
memandangkan kategori-kategori di mana kita membuat koding
dan mengasingkan pengalaman kita sebenarnya ditentukan oleh
bahasa, kita tidak dapat mengelak daripada melihat dunia ini
dengan cara tertentu dan realiti yang kita cipta juga adalah
berbeza dengan individu lain yang menggunakan bahasa yang
berbeza dengan kategori yang berbeza. Apabila perbezaan
kategori-kategori ini terlalu besar, kita akan menghadapi masalah
berkomunikasi di antara satu sama lain. Perbezaan-perbezaan
bahasa ini mempengaruhi apa yang selalunya mudah untuk dikata
dan apa yang pada zahirnya mustahil untuk dikata.

BAB 4

1. Komunikasi bukan lisan mungkin bersifat universal seperti yang


dikatakan di atas. Namun, terdapat juga perlakuan-perlakuan
bukan lisan ini yang bertunjang dari budaya kita sendiri. Seperti
yang dinyatakan oleh Rosenblatt, “Apa yang dirasai, bagaimana ia
diekspresikan dan bagaimana ia difahami bergantung kepada
budaya.” Jadi jelas bahawa komunikasi bukan lisan memainkan
peranan yang penting dalam interaksi yang berlaku di antara
individu pelbagai budaya.

Hall menegaskan bahawa kebanyakan daripada masalah yang


timbul di antara individu dari budaya yang berbeza berpunca
daripada hakikat bahawa terlalu sedikit yang kita tahu tentang
komunikasi antarabudaya. Latihan-latihan yang berkaitan dengan
bahasa, sejarah, kerajaan dan adat sesebuah negara mungkin
hanya sebahagian daripada apa yang kita perlukan apabila kita
ingin ke negara lain tetapi perkara lain yang perlu diambilkira
secara serious adalah bahasa-bahasa bukan lisan yang wujud di
dalam negara tersebut.

146
Dengan memahami perbezaan-perbezaan budaya yang penting
berkaitan perlakuan bukan lisan, kita mampu mengumpul
pembayang tentang perlakuan dan nilai dalam budaya lain.
Senyuman dan bersalaman contohnya, tertakluk pada budaya.
Menundukkan badan seperti dalam masyarakat Jepun
menunjukkan bahawa mereka mementingkan formaliti,
kedudukan dan status. Dalam masyarakat Melayu anak-anak akan
mencium tangan ibu bapa mereka bagi menunjukkan rasa
hormat. Para sarjana menegaskan bahawa kebanyakan daripada
perlakuan bukan lisan kita, sama seperti budaya, adalah tidak
begitu jelas, spontan dan berlaku di luar kesedaran kita. Selain
daripada itu, budaya dan perlakuan bukan lisan, kedua-duanya
perlu dipelajari. Walaupun kebanyakan daripada perlakuan yang
dapat dilihat dengan jelas (contoh: senyuman, pandangan mata
dan sentuhan), kita sebenarnya tidak dilahirkan dengan
pengetahuan tentang dimensi komunikasi yang berkait dengan
mesej-mesej bukan lisan. Seperti yang dinyatakan oleh Macaronis
(1998: 92):
Manusia di seluruh dunia mempunyai emosi asas yang
sama. Tetapi apa yang menyebabkan emosi-emosi
tertentu, bagaimana dan di mana individu tersebut
mengekspresikan perasaannya, dan bagaimana
manusia mendefinisikan emosi secara umum berbeza
disebabkan oleh budaya. Walau bagaimanapun dari
perspektif global, kehidupan seharian berbeza bukan
hanya dari segi bagaimana kita berfikir dan bertindak,
tetapi juga bagaimana kita memenuhi kehidupan kita
dengan perasaan.
2. Samovar et al. mengklasifikasikan komunikasi bukan lisan ini
kepada dua kategori utama iaitu: 1) perlakuan bukan lisan yang
dihasilkan oleh badan seperti penampilan, pergerakan, ekspresi
muka, pandangan mata, sentuhan, bau dan bunyi selain daripada
perkataan yang keluar dari mulut; dan 2) perlakuan lain yang
dihasilkan bersama dengan keadaan tertentu seperti jarak, masa
dan berdiam diri. Richmond, McCracken dan Payne pula
menegaskan bahawa setiap mesej yang dihasilkan oleh setiap
kategori komunikasi bukan lisan tidak wujud secara berasingan
tetapi wujud secara bersama dengan mesej-mesej dari kategori
yang lain, mesej lisan, konteks serta individu yang berfungsi
sebagai penerima mesej.

3. Semua budaya mengajar masyarakatnya tentang cara yang


‘diterima’ untuk bertindakbalas dengan persekitaran yang ada,
yang mana ianya disifatkan sebagai ‘semulajadi’ dan ‘sesuai’ Jadi
147
kita selalunya melihat bahawa pengalaman kita, sebagaimana yang
dibentuk oleh tekanan budaya sebagai apa yang semulajadi,
bersifat kemanusiaan dan juga dialami oleh orang lain, ditempat
lain. Sehubungan dengan itu, penilaian kita tentang apa yang baik
dan buruk, apa yang betul dan salah boleh membentuk
tindakbalas emosional kepada perbezaan-perbezaan yang boleh
menghalang kemampuan kita untuk memahami simbol-simbol
dalam budaya yang lain kerana semua budaya lebih cenderung
untuk mengajar masyarakatnya untuk menggunakan kategori-
kategori yang ada di dalam pengalaman budaya masing-masing
apabila mereka menilai pengalaman orang lain dari budaya yang
berbeza.

Oleh itu, pengetahuan kita tentang budaya lain akan membuatkan


kita lebih memahami akan keunikan sesuatu budaya dan tidak
melihat bahawa budaya orang lain sebagai tidak elok atau tidak
betul. Pengetahuan yang ada akan membuatkan kita lebih
mengerti akan perbezaan-perbezaan yang wujud dan seterusnya
membuatkan kita lebih menghargai perbezaan tersebut dan
kepelbagaian budaya yang wujud di dalam dunia.

BAB 5

1. Komunikasi adalah rule governed.

Secara sedar atau tidak, setiap individu menjangkakan bahawa


interaksi mereka akan mengikut peraturan yang telah dikenalpasti
dari segi budaya dan dikongsi dalam bentuk gelagat. Di Arab
Saudi, peraturan yang diperintahkan melarang lelaku dan wanita
termasuk pasangan yang telah berkahwin bersentuh – sentuhan
antara satu sama lain di tempat umum. Peraturan komunikasi
yang diperintahkan sama ada gelagat secara lisan atau bukan lisan
bukan sahaja mengai apa yang diperkatakan tetapi juga mengenai
bagaimana ianya diperkatakan. Peraturan bukan lisan yang
diperintahkan adalah seperti sentuhan, ’eye contect’, laras bahasa
dan ’facial expression’. Manakala peraturan bukan lisan yang telah
ditetapkan ialah seperti pengambilan tempat, nada suara dan
bahasa formal yang digunakan. Secara jelasnya, peraturan adalah
berbeza berdasarkan konteks atau situasi yang berbeza.
Contohnya semasa temubual kerja, penemuduga perlu
menggunakan bahasa formal seperti ’tuan’ atau ’puan’ apabila
bertindak balas dengan pekerja yang berpotensi. Contohnya
apabila bermain bola sepak di padang, kita lebih selesa
menggunakan bahasa tidak formal.

148
2. Pemberian hadiah (gift giving)

Pemberian hadiah merupakan amalan biasa bagi kebanyakan


budaya malah ia dilakukan untuk membina hubungan, membalas
budi dan menjamin pertimbangan supaya lebih disukai pada masa
akan datang. Contohnya, budaya individualistik barat seperti
Amerika melihat pemberian hadiah dalam bentuk pembayaran
wang ini sebagai satu bentuk rasuah. Budaya China juga telah
mengharamkan rasuah dalam perniagaan.

Pertukaran hadiah adalah merupakan satu bentuk protokol


perniagaan yang biasa tetapi dalam sesetengah budaya dalam
perniagaan antarabangsa ianya boleh dipertimbangkan sama ada
ianya sebagai saguhati atau rasuah.

Jika kita melihat dari perspektif Amerika, hadiah di kalangan


pekerja daripada organisasi antarabangsa adalah kecil, secara
relatifnya adalah murah untuk menyambut sesuatu acara atau
memberi penghormatan dan mewujudkan perpaduan. Hadiah
yang kecil seperti pen dan cawan yang mempunyai logo
organisasi perniagaan turut diterima di dalam perniagaan
peringkat global selain majalah, buku dan perkakasan pejabat atau
rumah.

Selain itu, apabila kita menjalankan perniagaan ke luar negara,


kita bukan sahaja perlu tahu mengenai amalan pemberian hadiah
tetapi mesti tahu apakah jenis hadiah yang sesuai dengan budaya
luar di mana perniagaan akan dilaksanakan dan bila ianya sesuai
diberikan. Di Jepun, hadiah ditukar pada permulaan perniagaan
yang baru dibina di mana nilai dan jenis hadiah adalah
bergantung ke atas saiz dan masa depan perniagaan dan status
hubungan (Nishiyama, 2000). Sebaliknya, di Chile, hadiah tidak
diberikan sehingga hubungan perniagaan menjadi kukuh.

3. Penglibatan peserta (Participant perspective)

Budaya akan menunjukkan bagaimana manusia itu melihat proses


perundingan secara menyeluruh, persepsi dan bagaimana mereka
secara sebenarnya menguruskan sesi tawar menawar ini.
Contohnya, budaya Amerika, pendekatan kepada perundingan
ialah kepetahan retorikal produk tradisi Greek, penghujahan,
perbahasan dan pemujukan. Wakil perniagaan atau korporat
Amerika melaksanakan perundingan secara langsung di mana
ianya lebih kepada pendekatan konfrontasional. Mereka
berpandangan bahawa proses tawar menawar sebagai berlawanan

149
dengan sifat semulajadi malah ianya menjurus kepada objektif
untuk mencapai kemenangan. Selain itu, mereka turut
berpendapat bahawa proses tawar – menawar dalam perundingan
ini mengandungi keputusan segera di mana ianya
meminimumkan keuntungan dan menghasilkan perspektif jangka
pendek. Hubungan antara satu sama lain terutamanya hubungan
jangka panjang merupakan pertimbangan kedua.

Pandangan Amerika menyatakan bahawa perundingan dengan


budaya berasaskan kolektivism secara mudah boleh mencipta
masalah. Contohnya perunding China dan Jepun mengambil
masa yang lama untuk menguruskan perniagaan. Matlamat utama
mereka ialah bekerja untuk membina hubungan, mengukuhkan
tahap kepercayaan dan mengenalpasti minat untuk memasuki
kesatuan yang wujud dengan organisasi. Pendekatan ini lebih
kepada tuntutan dan fokus ke atas minat bersama, peningkatan
kepada perspektif menang–menang di mana ianya berlawanan
dengan pandangan Amerika yang berpegang kepada prinsip
perniagaan adalah perniagaan (”business is business”).

Selain itu, umur perunding juga turut menjadi faktor penting


dalam proses perundingan. Dalam budaya perundingan di negara
China, perunding yang muda mempunyai rasa hormat yang tinggi
kepada perunding yang lebih tua dan menganggap bahawa
mereka ini mempunyai kepandaian atau kebijaksanaan yang tinggi
berbanding dengan mereka yang lebih muda. Berbeza dengan
budaya Barat seperti Amerika ini, umur bukan ukuran bagi
mereka dalam perundingan, sebaliknya kepakaran dan kecekapan
adalah perkara utama dalam perundingan.

BAB 6

1. Terdapat tiga jenis gaya budaya. Antaranya ialah:


(a) Gaya budaya linear aktif — Ciri–ciri gaya dan gelagat
budaya aktif linear yang diamalkan dalam budaya
Amerika dan budaya Eropah barat. Antaranya ialah:
• Nilai fakta dan angka
• Penghormatan yang tinggi kepada perancang
organisasi
• Berfikir secara linear
• Menggunakan gaya komunikasi secara langsung dan
terbuka
• Menggunakan pendekatan berorientasikan tugas
• Lebih gemar secara rasional dan sains berbanding
keagamaan
150
(b) Gaya budaya multi aktif — ciri–ciri gaya dan gelagat
budaya aktif multi yang diamalkan dalam budaya
Amerika, Afrika, Arab dan Latin. Antaranya ialah:
• Mempunyai nilai emosi, hubungan yang rapat,
perasaan belas kasihan, kemesraan dan perasaan.
• Bertindak secara desakan yang lebih berbanding
gaya budaya secara aktif linear dan gaya budaya
secara reaktif.
• Lebih gemar interaksi secara bersemuka
• Menggunakan gaya komunikasi secara langsung
dan beranimasi
• Tidak berasa selesa dengan mendiamkan diri

(c) Gaya budaya reaktif — ciri–ciri gaya dan gelagat budaya


reaktif yang diamalkan dalam budaya Amerika Asian,
Kepulauan pasifik dan bumiputra Amerika . Antaranya
ialah:
• Berkomunikasi secara lembut, mendengar
kemudian baru bertindak
• Kejujuran harmoni, bersifat kemanusiaan dan
perjanjian
• Menggunakan gaya komunikasi yang tidak langsung
Bertoleransi dengan cara mendiamkan diri dan
mencari sendiri apa yang dimaksudkan

2. Pendidikan multibudaya adalah bertujuan untuk membantu


pelajar untuk membangunkan pengetahuan, sikap dan kemahiran
untuk melibatkan diri dalam masyarakat yang bebas dan
demokrasi. Oleh itu, untuk mencapai objektif dalam pendekatan
multibudaya ini, Gollnick dan Chinn (2002) percaya bahawa
amalan pendidikan multibudaya perlu berasaskan kepada set
kepercayaan dan andaian berikut:
• Perbezaan budaya mempunyai kekuatan dan nilai.
• Institusi pendidikan perlu menjadi model untuk
melahirkan hak manusia dan menghormati perbezaan
budaya.
• Keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua individu
perlu menjadi kepentingan dalam membentuk dan
membawa kokurikulum.
• Sikap dan nilai yang berterusan dalam masyarakat
demokrasi boleh diperkenalkan di institusi pendidikan.

151
• Aktiviti persekolahan memberikan pengetahuan,
penyusunan dan kemahiran untuk mengagihkan semula
kuasa dan hasil di kalangan kumpulan yang pelbagai.
• Pendidik yang bekerja dengan keluarga dan komuniti
boleh mencipta persekitaran yang boleh menyokong
multiculturalism.

3. Terdapat beberapa kaedah yang bersesuaian untuk proses


pendidikan multibudaya yang cekap. Antaranya ialah:
• Memahami kepelbagaian – Sebagai seorang pendidik,
adalah penting kepada mereka untuk mengetahui dan
memahami mengenai latarbelakang budaya pelajar
mereka. Para guru perlu biasa dengan struktur pendidikan
budaya kebangsaan pelajar terutamanya yang berkaitan
dengan gaya pembelajaran, peraturan linguistik, gelagat
bukan lisan dan jangkaan peranan jantina.
• Pemahaman kendiri – Pemahaman kendiri adalah nasihat
yang penting kepada sesiapa yang akan mengajar di dalam
kelas multibudaya. Guru perlu sedar mengenai apa yang
dibawa didalam kelas dan sedar bagaimana budaya sendiri
memberi kesan ke atas kelas yang dinamik. Kejujuran
dan penilaian yang berterus terang boleh membantu
dalam pembelajaran kepada semua pelajar.
• Mengakses kebudayaan – keupayaan guru untuk
mengakses kebudayaan pelajar akan membantu guru
mengenalpasti bagaimana pelajar terlibat dalam budaya
mereka. Guru boleh menggunakan pelbagai prosedur
atau kaedah untuk mengakses kebudayaan pelajar atau
dengan cara membuat pemerhatian ke atas gelagat pelajar
dari segi bagaimana cara mereka bersosialisasi, bahasa
yang digunakan, bagaimana mereka memperkenalkan diri,
cara mereka berpakaian dan sebagainya.
• Kecekapan komunikasi – guru perlu mengekalkan dialog
terbuka dengan pelajar. Ini bermakna pelajar dan guru
perlu berbincang dan berunding serta berkomunikasi
antara satu sama lain. Ini membolehkan pelajar
membentuk hubungan dan kaedah yang digemari dalam
pembelajaran. Segala pendapat yang dikemukakan oleh
pelajar perlu didengari secara jujur oleh guru melalui
perbincangan terbuka. Dengan cara ini, guru dan pelajar
boleh mencapai perkongsian dan pemahaman mengenai
kod komunikasi yang digunakan. Oleh itu, komunikasi
boleh membantu pelajar menyukai dan menghormati
guru mereka.

152
• Empati – Guru perlu mempunyai rasa empati iaitu
merasai diri seperti mana yang dirasai oleh pelajar
mereka. Guru boleh untuk mengimaginasikan apa yang
boleh dicuba dan diterima di dalam kelas di mana
persekitaran, bahasa dan gelagat adalah berbeza dan
berlainan. Oleh itu, guru boleh menggunakan
pengetahuan budaya dan maklumat penilaian kebudayaan
untuk mengenalpasti maklumbalas yang bersesuaian
dengan keperluan budaya para pelajarnya. Guru akan
melahirkan rasa empati melalui pemerhatian dan sekaligus
pelajar akan mempelajari empati dan bertoleransi.

BAB 7

1. Peranan keluarga

Peranan keluarga menyumbangkan kepada struktur dan panduan


yang memberitahu ahli keluarga bagaimana menerima,
berkomunikasi mengenai sesuatu perkara dan berurusan dengan
isu penjagaan kesihatan. Kepentingan peranan keluarga kepada
komunikasi dalam penjagaan kesihatan ialah untuk membantu
kita untuk menentukan nilai, corak membuat keputusan dan
keseluruhan komunikasi dengan isi rumah. Ia juga digunakan
untuk mengenalpasti pesakit yang perlu diberi keutamaan dalam
penjagaan kesihatan dan siapa yang bertanggungjawab untuk
membuat keputusan ke atas penjagaan kesihatan.

2. Peranan keluarga akan memberikan kesan ke atas perkara berikut:

(a) Corak dominan

Peranan jantina bukan satu aliran dalam sesetengah budaya


seperti United States, kebanyakan budaya memberikan perbezaan
yang kuat di antara gelagat yang bersesuaian dengan lelaki dan
wanita. Kesedaran mengenai corak dominan keluarga adalah
penting untuk mengenalpasti siapa pekerja penjagaan kesihatan
boleh terlibat dalam perbualan. Contohnya, dalam keluarga
Amerika Afrika, ketua keluarga adalah ibu tetapi corak ini
mendapat bantahan manakala dalam budaya keluarga Latin, bapa
mempunyai peranan dominan yang dianggap mempunyai
tanggungjawab sebagai ketua rumah dan pembuat keputusan.
Dalam budaya Timur Tengah, Asia, Amerika Latin, Mexico dan
Afrika, lelaki adalah dalam kedudukan autoriti yang tinggi sama
ada di dalam atau di luar rumah. Jika ciri – ciri budaya ini tidak
difahami oleh penjaga kesihatan, ia boleh menyebabkan
kekeliruan dan konflik dalam persekitaran penjagaan kesihatan.
153
Beralih kepada budaya India Timur, wanita Hindu mempunyai
kesetiaan dan ketaatan yang tinggi kepada suami. Suami dianggap
sebagai ketua keluarga dan bertindak sebagai penyelesai masalah
dalam keluarga termasuklah mengenai penjagaan kesihatan ahli
keluarga. Berbeza dengan budaya Arab Saudi, golongan lelaki
mempercayai bahawa tugas mereka adalah sebagai pengantara di
antara dunia dan isteri mereka. Apabila mereka membawa isteri
ke Amerika, terdapat ruang kecemasan untuk rawatan atau untuk
doktor melawat, mereka selalunya akan menjawab soalan yang
dikemukakan kepada isteri mereka. Kesalahfahaman mengenai
jantina boleh menyebabkan prosedur harian terpaksa
ditangguhkan yang boleh menyebabkan nyawa pesakit berada
dalam bahaya.

(b) Kesopanan dan kesucian wanita

Kesopanan dan kesucian wanita boleh memberi kesan kepada


gelagat dalam persekitaran penjagaan kesihatan. Wanita daripada
budaya di mana ia mementingkan nilai kesopanan yang tinggi
mungkin tidak akan memberi perhatian dalam penjagaan
kesihatan, mengikut nasihat perubatan atau tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan. Walau bagaimanapun, peramal Barat
tidak selalu memahami kebarangkalian berlaku perlanggaran ke
atas norma budaya ini terutamanya jika terdapat wanita berasal
daripada latarbelakang budaya yang ekstrim ini.

Kepentingan budaya ke atas kesopanan dan pengelakan untuk


melakukan pemeriksaan kesihatan seperti yang dilaporkan oleh
Abu Gharbieh (1998) menyebabkan banyak wanita di kalangan
Arab mengelak daripada melakukan pemeriksaan kesihatan.
Budaya Arab, lelaki mesti dirawat oleh doktor lelaki manakala
perempuan mesti dirawat oleh doktor wanita.

(c) Kehamilan dan kelahiran bayi

Setiap budaya mempunyai sikap yang spesifik, amalan, peranan


berkaitan dengan jantina dan gelagat normatif yang berkaitan
dengan kehamilan dan kelahiran bayi. Contohnya, dalam budaya
Mexico, status wanita adalah berdasarkan kepada bilangan jumlah
anak yang dilahirkan. Manakala dalam budaya Asian, kanak –
kanak terutamanya lelaki mempunyai nilai yang tinggi kerana
mereka membawa nama keluarga dan secara tradisionalnya akan
menjaga ibubapa mereka apabila tua nanti.

154
(d) Pendedahan kendiri

Penjagaan kesihatan yang efektif diperolehi apabila pesakit


mempercayai profesional penjagaan kesihatan dan kedua-dua
pihak saling bertukar maklumat asas mengenai perubatan. Adat
budaya secara kuatnya mempengaruhi pendedahan kendiri dan
komunikasi. Walau bagaimanapun, Amerika lebih cenderung
untuk meragui mengenai pendedahan maklumat personal kerana
sesetengah budaya, maklumat personal dipertimbangkan sebagai
rahsia dan sukar untuk diperolehi. Budaya Latin, golongan wanita
akan merasa malu apabila bercakap mengenai masalah wanita dan
beralih daripada bercakap mengenai kawalan kelahiran atau
kelahiran bayi dengan Amerika.

Selain itu, dalam budaya China, apabila banyak bercakap


mengenai perkara peribadi selalunya dianggap tidak sopan.
Kesimpulannya, wanita Asia mungkin akan mengelak daripapada
berbicara atau berbincang mengenai masalah wanita.

3. Mesej bukan lisanMesej bukan lisan juga memberi kesan ke atas


komunikasi dalam penjagaan kesihatan. Kedua–dua peramal
perubatan dan pesakit kerap melahirkan kepercayaan, perasaan
dan sikap mengenai kesakitan dan rawatan secara bukan lisan.
Bagaimanapun, ia akan menjadi lebih baik sekiranya peramal
perubatan mempunyai pengetahuan budaya mengenai gelagat
bukan lisan pesakit. Terdapat empat komunikasi bukan lisan
terutamanya yang berlaku semasa proses komunikasi dalam
kesihatan iaitu hubungan mata, pengungkapan air muka,
sentuhan dan penggunaan masa.

(a) Hubungan mata (eye contact)

Gelagat mengenai hubungan mata adalah secara kerapnya adalah


sumber kekeliruan bukan lisan. Hubungan mata secara langsung
secara lazimnya adalah dominan dalam budaya Amerika dan
kurangnya hubungan mata dianggap sebagai simbol
ketidaksopanan dan tidak memberi tumpuan.

Manakala sesetengah budaya pula kurang mengamalkan


hubungan mata secara langsung kerana mengganggap ia sebagai
tidak sopan terutamanya apabila berbicara dengan pihak
profesional perubatan. Contohnya, Amerika akan merasa tidak
selesa apabila bertentang mata dengan orang asing manakala
orang Jepun, pengelakkan wujudnya hubungan mata ini secara
tradisionalnya menyumbang kepada rasa hormat sebaliknya

155
hubungan mata secara langsung ini dengan orang asing telah
diinterpretasikan sebagai simbol permusuhan. Contoh lain ialah
budaya Amerika apabila berkomunikasi akan menghadapkan
muka ke lantai dan mempercayai bahawa gelagat ini
menunjukkan perhatian yang penuh kepada pengucap manakala
kebanyakan orang vietnam merasa tidak selesa dengan hubungan
mata secara langsung dan lebih gemar dengan hanya memandang
sepintas lalu apabila berkomunikasi antara satu sama lain.

(b) Pengungkapan air muka (facial expression)

Pengungkapan air muka diterima sebagai panduan kepada


individu melahirkan perasaan. Kebanyakan budaya dan sub-
budaya seperti Itali, Jawa, Amerika Afrika dan Spanish bercakap
sambil tersenyum dan menggunakan pelbagai pengungkapan air
muka.

Selain itu, senyum dan ketawa menunjukkan kegembiraan dalam


budaya dominan Amerika. Dalam budaya tertentu, senyuman
memberikan pelbagai maksud emosi sama ada keliru, gangguan
atau kesopanan. Pengungkapan air muka boleh digunakan untuk
melahirkan perasaan yang tidak dapat digambarkan atau
diluahkan dengan perkataan atau ucapan. Contohnya kebanyakan
budaya Asian, kesan negatif selalunya dikaitkan dengan
senyuman. Dalam budaya orang vietnam, senyuman
menyukarkan mereka untuk mengambarkan apa yang difikirkan
dan bagaimana untuk memahami antara satu sama lain.

(c) Sentuhan (Touch)

Gelagat bukan lisan seperti sentuhan dilihat juga mempengaruhi


komunikasi bukan lisan dalam konteks penjagaan kesihatan.
Budaya dominan Amerika selalunya menerima sentuhan semasa
rawatan sebaliknya budaya lain tidak boleh menerimanya.
Contohnya, pesakit Vietnam lebih gemar meminimumkan
sentuhan badan apabila mendapatkan rawatan.

(d) Masa (Time)

Orientasi masa adalah penting dalam persekitaran kesihatan


kerana perspektif masa pesakit boleh memberi kesan apabila atau
sama ada mereka membuat temujanji. Perbezaan dalam orientasi
masa boleh juga mempengaruhi jumlah peruntukkan masa para
profesional dalam penjagaan kesihatan. Contohnya, ahli dalam
budaya dominan Amerika cenderung mengikut orientasi masa M

156
dan tidak sepenuhnya memenuhi masa secara fizikal untuk
mengukuhkan hubungan atau membincangkan mengenai sebab
dan rawatan untuk kesakitan yang dialami. Manakala ahli budaya
yang mengamalkan orientasi masa P terikat kepada jangkaan yang
berbeza dan menjangkakan bahawa fizikal atau rawatan untuk
memenuhi masa bagi membina hubungan interpersonal sebagai
menerangkan secara teliti mengenai kesakitan atau pencegahan.

BAB 8

1. Kompetensi bermaksud tingkahlaku serta keupyaan individu


berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam komunikasi
antarabudaya. Individu yang mempunyai kompetensi mempunyai
kebolehan menangani tekanan, menganalisa situasi dan memilih
tingkahlaku yang sesuai dengan keadaan.

2. Empat komponen asas dalam komunikasi antarabudaya yang


kompeten ialah:

• Motivasi - motivasi dikaitkan dengan kecekapan seseorang


komunikator yang ingin berkomunikasi atau berinteraksi
dengan seseorang dari lain budaya. Sekiranya kita melayan
perasaan kerisauan,etnosentrik dan prejudis menguasai
aksi kita ,maka sudah tentu kita kurang bermotivasi yang
diperlukan untuk menjadi komunikator antarabudaya
yang berkesan. Sebaliknya kita perlu komited kepada
keseluruhan proses komunikasi .
• Pengetahuan- mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam mengenai kompetensi komunikasi bermakna
kita kaya dengan maklumat mengenai orang lain dan
budayanya. Kita memerlukan dua jenis pengetahuan
untuk menjadi kompeten iaitu pengetahuan kandungan
(content knowledge) dan pengetahuan prosedur (procedural
knowledge). Pengetahuan dari sudut kandungan melibatkan
memahami topik-topik,perkataan-perkataan,makna dan
sebagainya yang diperlukan dalam sesuatu situasi.
Manakala pengetahuan prosedur ialah tahu bagaimana
hendak meyusun,merancang dan membuat persembahan
dari kandungan pengetahuan dalam sesuatu situasi. Kita
perlu kedua-dua pengetahuan tersebut untuk
membolehkan kita mengatur strategi komunikasi,
protokol yang betul,dan adat serta tatatertib yang perlu
diberi perhatian.
• Kemahiran- Kemahiran adalah aplikasi yang sebenar
mengenai tingkahlaku tertentu yang membolehkan kita
157
mencapai matlamat komunikasi. Kemahiran adalah
matlamat yang direkabentuk untuk mencapai sesuatu.
Kemahiran juga perlu diadaptasikan mengikut peraturan
interaksi yang sesuai terhadap budaya tuan rumah.
• Perwatakan- Sekiranya kita tidak dilihat oleh orang yang
berkomunikasi dengan kita sebagai orang baik budi
pekerti maka peluang untuk terus berkomunikasi akan
berkurangan. Kita memilih bagaimana kita perlu
berkelakuan apabila kita berinteraksi dengan seseorang
dari budaya lain. Perwatakan dikaitkan dengan intergriti,
hormat, keikhlasan, dan perasaan muhibah antara kaum.

3. Antara masalah yang berpotensi timbul dalam komunikasi


antarabudaya ialah:

• Pengunduran- Masalah berlaku apabila kita menarik diri


dari bersemuka kerana perbezaan yang wujud. Ini
menyukarkan komunikasi antarabudaya. Sejarah telah
membuktikan bahawa negara-negara engan
berkomunikasi sesama sendiri. Sebagai contoh Korea
Utara dan Korea selatan,India dan Pakistan Israel dan
Mesir, Cuba dan Amerika Syarikat pernah menarik diri
dari berkomunikasi sesama sendiri dan menyukarkan
dialog untuk menyelesaikan konflik
• Ketidakpastian dan kerisauan- tahap ketidakpastian dan
kerisauan yang tinggi boleh menjejaskan kelancaran
komunikasi antara budaya. Kerisauan boleh menjejaskan
keupayaan memproses maklumat. Rasa tidak selamat
boleh menyebabkan kita mengalami kerisauan. Dalam
mengatasi kerisauan ini, keperluan latihan sangat
diperlukan.
• Stereotaip dan prejudis- Stereotaip dan prejudis adalah
dua faktor utama yang berkait rapat dengan proses
komunikasi antara budaya. Kedua-duanya boleh menjadi
penghalang besar kepada komunikasi antara budaya yang
berkesan. Stereotaip menjadi kompleks kerana manusia
mengkategori seseorang mengikut fahamannya dan
pengalamannya sendiri. Prejudis merujuk kepada reaksi
dan emosi negatif terhadap orang lain Prejudis
merupakan satu proses di mana kita menghakimi
seseorang dari luaran semata-mata seperti penampilan
dan warna kulit tanpa usul periksa

158
BAB 9

1. Tiga cabang etika dalam komunikasi antarabudaya ialah:

(a) Ethical Individualism – etika ini menyatakan bahawa


kedudukan individu sebagai subjek moral dan nilai-nilai
yang menjadi pusat kepada perlakuan dan sikap individu
melalui nilai moral yang dipraktikkan. Nilai moral ini
bergantung kepada individu dan individu mempunyai
kuasa dan pemisah kepada nilai moral. Di sini dapat
dilihat bahawa individu itu sendiri yang dapat mengubah
sikap dan pendirian mereka dan itu juga merupakan hak
individu. Pada abad ke-20 lagi ia telah digambarkan oleh
‘existentation’ yang menyatakan bahawa manusia bebas
memilih pelbagai tindakan dan menyatakan juga bahawa
morality itu tidak ubah seperti pernyataan sikap
seseorang.

(b) Ethical of Belief – etika ini merujuk kepada apa yang kita
mahu percaya. Kita mempunyai kuasa untuk percaya
terhadap perkara yang harus kita percaya atau kita tidak
perlu percaya. Kita sendiri yang menentukan perkara yang
kita percaya itu benar. Dalam aspek budaya, kaum melayu
percaya bahawa kita tidak boleh memakai baju terbalik
kerana dikhuatiri kita akan sesat. Apabila kita terlalu
mempercayai perkara tersebut, hal ini akan menjadi
kenyataan kerana secara tidak langsung kita memikirkan
perkara tersebut. Dapat dirinkaskan bahawa ‘ethical of
belief’ adalah adalah darjah berkenaan dengan usul yang
harus seimbang dengan dengan kekuatan kepercayaan
kita.

(c) Ethical of Life – Etika ini merujuk kepada sistem untuk


mengenali norma dan prinsip etika dalam sesuatu budaya
dan sosial dimana ia dapat menyusun dan dapat diterima
oleh semua pihak. Dalam konteks budaya, ‘ethical of life’
amat perlu kerana ia mnejadi lambang kepada sikap dan
tingkah laku kita sebagai individu dalam sesebuah
masyarakat yang berbudaya tinggi. Berdasarkan konsep
ini, individu dijamin dapat memperolehi kebebasan dan
kegembiraan dengan mematuhi nilai-nilai norma
kehidupan. Tanggungjawab dalam konsep ini merupakan
tanggungjawab orang ramai yang datang daripada
hubungan individu dan tuntutan masyarakat.

159
2. Antara peranan etika dalam komunikasi antarabudaya adalah
etika dapat menguat serta memperkukuhkan lagi norma-norma
sesuatu masyarakat. Disini dapat dilihat apabila etika menjadi
simbol kepada sesebuah masyarakat. Apabila kita sebagai salah
satu individu dalam masyarakat mengamalkan etika yang logik
dan wajar, sudah tentu orang lain juga tidak teragak-agak untuk
mengetahui etika masyarakat kita. Hal ini seterusya dapat
meningkat norma dan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat.

Etika juga dikatakan sebagai kod kepada cara berkomunikasi. Di


dalam setiap budaya mempunyai kod komunikasi masing-masing.
Kod arahan ini adalah satu bentuk himpunan ajaran-ajaran moral
serta nilai yang dimiliki oleh setiap budaya. Setiap budaya secara
umumnya, mempunyai kod komunikasi yang berbeza-beza tetapi
sekiranya diteliti, terdapat beberapa ciri persamaan yang utama.
Sebagai contoh terdapat peraturan di dalam semua budaya yang
menyuruh penganutnya berbuat kebaikan dalam berkomunikasi
dengan orang lain seperti mana mereka mahukan orang lain
berbuat kebaikan terhadap mereka.

Etika juga dapat mengawal komunikasi yang sedang berlaku dan


yang akan berlaku. Ini kerana, dengan adanya etika dalam
berkomunikasi individu tidak akan berkomunikasi dengan cara
yang tidak sesuai, sukar difahami dan keterlaluan. Setiap individu
yang berkomunikasi dengan individu yang berlainan budaya,
mereka mesti mengetahui serba sedikit mengenai budaya
tersebut. Contohnya orang barat kurang gemar apabila ada
individu bertanyakan tentang gaji yang mereka perolehi setiap
bulan. Maka apabila seseorang individu mengetahui tentang
perkara tersebut, soalan berkenana gaji tidak akan timbul.

Etika juga dapat membantu komunikasi berjalan dengan lancar.


Etika juga merupakan salah satu alat di mana ia berfungsi supaya
setiap komunikasi diantara individu dan sekumpulan individu
berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Contohnya
dalam sesebuah perundingan diantara individu dan negara, aspek-
aspek etika perlu ditekankan bagi bagi menghormati setiap
budaya yang ada pada setiap individuatau negara yang
menjalankan perundingan.

160
3. Tiga garis panduan yang perlu diikuti dalam komunikasi
antarabudaya ialah:

(a) Mengambil berat terhadap komunikasi

Komunikasi yang baik antara budaya akan meningkatkan lagi


fahaman kita tentang satu- satu masyarakat dan budaya yang
berbeza dengan budaya yang diamalkan oleh kita. Melalui
komunikasi kita akan dapat menerangkan dengan lebih
mendalam tentang budaya yang diamalkan oleh negara kita
kerana dengan penjelasan yang baik kita akan dapat
mengurangkan tanggapan yang tidak betul terhadap budaya kita
oleh negara lain. Komunikasi perlu dititikberatkan kerana
komunikasi akan menggambarkan sikap kita. Kita juga perlu
memberi perhatian terhadap komunikasi yang disampaikan oleh
individu yang berlainan budaya agar persefahaman dapat dicapai
oleh kedua-dua pihak. Oleh itu, komunikasi yang baik sangat
penting terutamanya ketika berkomunikasi dengan masyarakat
yang berbeza budaya dengan kita.

(b) Hormat

Setiap individu menginginkan satu tahap untuk dihormati,


bermaruah, dan perasaan dihargai. Namun, kita tidak perlu
menyanjung seseorang individu berlebih-lebihan tetapi kita perlu
menghormati semua individu secara samarata tidak kira sama ada
berbeza adat, kefahaman dan budaya. Menurut Confucius, tanpa
perasaan hormat, tiada apa yang dapat membezakan antara
manusia dengan haiwan.

Melalui etika, ia dapat memupuk perasaan hormat-menghormati


terhadap individu yang berlainan budaya dengan kita. Ini kerana
jika kita mempunyai perasaan tersebut terhadap budaya lain, ia
akan memberi kesan yang positif dan masyarakat lain akan
menghormati budaya yang kita amalkan. Jika tidak, ia akan
mewujudkan konflik antara sesuatu budaya dengan budaya lain.
Konflik akan wujud jika kita tidak menghormati dan memandang
rendah terhadap budaya lain.

(c) Mencari persamaan

Jika kita beretika ia akan mewujudkan banyak persamaan. Etika


akan dapat memupuk nilai- nilai murni dalam diri kita. Persamaan
yang diwujudkan akan mengeratkan lagi hubungan antara
masyarakat yang berlainan budaya. Walaupun pada luarannya

161
terdapat perbezaan, tetapi sebagai seorang yang beretika, kita
perlu mencari persamaan agar boleh berkomunikasi dengan baik
antara individu daripada budaya yang berbeza. Persamaan yang
wujud antara budaya akan menyebabkan kita dapat berinteraksi
dengan lebih baik dan dapat berkongsi nilai-nilai yang sama.

Persamaan etika yang terdapat dalam budaya yang berbeza akan


mengurangkan jurang perbezaan antara budaya. Ini kerana kita
dapat berkongsi nilai dan cara yang sama yang diamalkan dalam
budaya yang berbeza. Persamaan ini akan menyebabkan kita tidak
akan berasa janggal untuk berinteraksi dengan masyarakat lain.
Ini akan membolehkan kita berkongsi maklumat dan idea yang
sama.

Di samping itu, persamaan etika ini akan mewujudkan satu


kelompok komuniti yang besar dan dapat bekerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Keadaan ini membolehkan kita
mempunyai kenalan yang ramai dan dan mengajar kita
mempelajari dan berkongsi idea dengan budaya

162
BIBLIOGRAFI
Abu Gharbieh. P. (1998). ‘Arab American’ in transcultural health care: A
culturally competent approach. Philadelphia: F. A. Davis.

Adler, N. J. (2002). From Boston to Beijing. Cincinnati, OH: South-Western.

Adler, R. B., & Rodman, G. (2003). Understanding human communication


(8th ed.). New York: Oxford University Press.

Althen, G. (1988). American ways: A guide for foreigners in the United States.
Yarmouth, ME: Intercultural Press.

Andersen, P. (2000). Cues of culture: The basis of intercultural


differences in nonverbal communication. In L. A. Samovar and
R. E. Porter (Eds.). Intercultural communication: A reader (9th ed.).
Belmont, CA: Wadsworth.

Andrews, M. M. (2003). The influence of cultural and health belief


systems on health care practices. In Andrew, M. M., & Boyle, J.
M. (Eds.). Transcultural concepts in nursing care (4th ed.).
Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins.

Argye, M. (1999). Nonverbal vocalizations. In L. K. Guerro, J. A. De


Vito and H. L. Hecht (Eds.). The nonverbal communication: Classic
and contemporary reading (2nd ed.). Prospect Heights, IL: Waveland
Press.

Aronson. E. (2000). Nobody left to hate: Teaching compaasion after Columbine.


New York: W. H. Freeman.

Bantz, C. R. (1993). Cultural diversity and group cross-cultural team


research. Journal of Applied Communication Research, 21(1), 1-20.
Retrieved April 10, from EBSCO database.

Barna, L. (1991). Stumbling Blocks in intercultural communication. In L.


A. Samovar and R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication: A
reader. Belmont, CA: Wadsworth.

Beamer, L., & Varner, I. (2001). Intercultural communication in the global


workplace. New York: McGraw-Hill.

Bonvillain, N. (2003). Language, culture and communication: The meaning of


messages (4th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

163
Bruner, I. (1996). The culture of education. Cambridge, MA: Havard
University Press.

Casmir, F. L. (1997). Ethics, culture and communication: An pplication


of the third-culture building model to international and
intercultural communication. In F. L. Casmir (Ed.), Ethics in
intercultural and international Communication. London: Routledge.

Carroll, J. B. (1956). Language, thought and reality: Selected writings of Benjamin


Lee Whorf. Cambridge, MA: MIT Press.

Chan, S. (1998). Families with Asian roots. In E. W. Lynch and M. J.


Hanson (Eds.). Developing cross-cultural competence (2nd ed.).
Baltimore, MD: Paul H. Brooks.

Chen, G.M., & Starosta, M.J. (1998). Foundations of intercultural


communication. Needham Height, MA: Allyn & Bacon.

Cleary, L. M., & Peacock, T. D. (1998). Collected wisdom: American Indian


education. Boston: Allyn & Bacon.

Condon, J. (1985). Good neighbors: Communicating with the Mexicon.


Yarmouth, ME: Intercultural Press.

Cooper, R., & Cooper, N. (1994). Culture shock: Thailand. Portland, OR:
Graphic Arts Center.

Czaplewski, A. J., Milliman, J., & Taylor, S. (2002). Cross-cultural


performance feedback in multinational enterprises: Opportunity
for organizational learning. Human Resource Planning, 25(3), 29-43.
Retrieved April 5, 2007 from EBSCO database.

Davidzihar, R., & Xu, Y. (2004). Conflict management styles of Asian


and Asian American nurses. Health Care Manager, 23(1), 46-53.
Retrieved Mei 10, 2007 from EBSCO database.

DeVito, J. A (2006). Human communication: The basic course(10th ed.).


Boston, MA: Pearson Education.

Dresser, N. (1996). Multicultural manners. NY: Wiley.

Earley, P. C., & Ang, S. (2003). Cultural intelligence: Individual interactions


across cultures. Stanford, CA: Stanford Business Books.

164
Elgin, S. H. (2000). The language imperative. Cambridge, MA: Perseus
Books.

Gao, G., & Ting-Toomy, S. (1998). Communicating effectively with the Chinese.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Garies, E. (1995). Intercultural friendships: A qualitative study. NewYork.


University Press Of America.

Gibson, C. B., Kirkman, B. L., & Shapiro, D. L. (2001). Exporting teams:


Enhancing the implementation and effectiveness of work teams
in global affiliates. Organizational Dynamics, 30(1), 12-20. Retrieved
Mei 12, 2007 from EBSCO database.

Gochnenour, T. (1990). Considering Filipinos. Yarmouth, ME:


Intercultural Press.

Gollnick, D. M., & Chinn, P. C. (2002). Multicultural education in a


pluralistic society (6th ed.). Upper Saddle River, NJ: Merrill
Prentice Hall.

Gonzalez, A., & Zimbardo, P. G. (1999). Time in perspective. In L. K.


Guerrero, J. A. DeVito and M. L. Hecht (Eds.), The nonverbal
communication reader: Classic and contemporary readings (2nd ed.).
Prospect, IL: Waveland Press.

Grossman, H. (1995). Teaching in diverse society. Boston: Allyn & Bacon.

Gudykunst, W. B., Ting-Toomey, S., Sudweeks, S., & Steward, L. P.


(1995). Building bridges: Interpersonal skills for a changing world.
Boston: Houghton Mifflin.

Guerrero, L. K., DeVito, J. A., & Hecht, M. L. (1999). The nonverbal


communication reader: Classic and contemporary readings (2nd ed.).
Prospect, IL: Waveland Press.

Hall, E. T. (1959). The silent language. New York: Fawcett.

Hall, E. T., & Hall, M. R. (1990). Understanding cultural differences: Germans,


French and Americans. Yarmouth, ME: Intercultural Press.

Hawkins, J. M. (2004). Kamus Dwibahasa Oxford. Selangor: Penerbit Fajar


Bakti Sdn Bhd.

165
Herman, S., & Schield, E. (1961). The stranger group in a cross cultural
situation. Sociometry, 24(1), 165.

Hofstede, G. (1980). Motivation, Leadership, and Organization: Do


American Theories Apply Abroad? Organizational Dynamics, 9(1),
42-63. Retrieved Mei 6, 2007 from EBSCO database.

Hoijer, H. (1991). The Sapir – Whorf hypothesis. Ia L. A. Samovar and


R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication: A reader (6th ed.)
(pp:244-251). Belmont, CA: Wadsworth.

Holland. J. (1997). Enhancing multicultural sensitivity through teaching


multiculturally in recreation. Park and recreation, 323 (5).

Inkson, K., & Thomas, D. C. (2003). Intercultural intelligence: People skills for
global business. San Francisco, CA: Berrett-Koehler.

Jandt, F. E. (2001). Intercultural communication: An introduction (3rd ed.).


Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Jandt, F. E. (2004). An introduction to intercultural communication: Identity in a


global community (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

Javidi, A., & Javidi, M. (1997). Cross cultural analysis of interpersonal


bonding. In L. A. Samovar and R. E. Porter (Eds.). A look at east
and west in intercultural communication: A reader (8th ed.) Belmont,
CA: Wadsworth.

Keating, C. F. (1994). World without words: Message from face and


body. In W. J. Lonner and R. S. Malpass (Eds.), Psychology and
culture. Boston: Allyn & Bacon.

Kim, Y. Y. (1991). Intercultural communication competence. In S. Ting-


Toomey and R. Korzenny (Eds.), Cross-cultural Interpersonal
Communication (pp. 259). Newbury Park, CA: Sage Publications.

Klyukanov, I. E. (2005). Principles of intercultural communication. Boston,


MA: Pearson Education Inc.

Kundhal, K. K., & Kundhal, P. S. (2003). Cultural diversity: An evolving


challenge to physician – patient communication. Journal of the
American Medical Association,1(1). Pp: 94.

Leathers, D. (1986). Successful nonverbal communication: Principles and


applications. New York: Macmillan.

166
Lewis, R. D. (1999). When cultures collide: Managing successfully across cultures.
London: Nicholas Brealey.

Lewis, R. (1999). When cultures collide (2nd ed.). London: Nicholas


Brealey.

Luckman, J. (1999). Transcultural communication in nursing. Albany, NY:


Delmar.

Ludwick, R., & Silva, M. C. (2004). Nursing around the world: Cultural
values and ethical conflicts. Online Journal of Issue in Nursing.
Retrieved December 14, 2004 from www.nursingworld.org.

Lustig, M. W., & Koester, J. (1993). Intercultural competence: Interpersonal


communication across cultures. New York: HarperCollins.

Lynch, E. W., & Hanson, M. J. (1998). Developing cross-cultural competence.


(2nd ed.). Baltimore, MD: Paul H. Brooks.

Macaronis, J. J. (1998). Society: The basics (4th ed). Upper Saddle River,
NJ: Prentice Hall.

Mandebaum, D. G. (1968). Selected writing of Edward Sapir in language, culture


and personality. Berkeley: University of California Press.

Martin, J. N., & Nakayama, T. K. (2004). Intercultural communication in


contexts (3rd ed.). New York: McGraw Hill.

Matocha, L. K. (1998). Chinese-Americans. In L. D. Purnell and B. J.


Paulanka (Eds.), Transcultural health care: A culturally competent
approach. Philadelphia: F.A. Davis.

Matsumoto, D. (1996). Unmasking Japan: Myths and realities about the


emotions of the Japanese. Stanford, CA: Stanford University Press.

Meleis, A. F., & Meleis, M. (1998). Egyptian-Americans. In L. D. Purnell


and B. J. Paulanka (Eds.), Transcultural health care: A culturally
competent approach. Philadelphia: F.A. Davis.

Morreale, S. P., Spitzberg, B. H., & Barge, J. K. (2001). Human


communication: Motivation, knowledge and skills. Belmont, CA:
Wadsworth/Thomson Learning.

167
Morsbach, H. (1982). Aspects of nonverbal communication in Japan. In
L. A. Samovar and R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication:
A reader (3rd ed.). Belmont, CA: Wadsworth.

Nadler, L. B., Nadler, M. K., & Broome, B. (1985). Culture and


management of conflict situation. Communication, culture and
organization process. In W. B., Gudykunst, Stewart, L. P., & S. T.,
Toomy. (Eds.). Beverly Hills, CA: Sage Publication.

Ness, G. (2000). Germany: Unraveling an enigma. Yarmouth, ME:


Intercultural Press.

Nishiyama. K. (2000). Doing business with Japan. Honululu: University of


Hawaii Press.

Novinger, T. (2001). Intercultural communication: A practical guide. Austin,


TX: University of Texas Press.

Novinger, T. (2003). Communicating with Brazilians. Austin, TX: University


of Texas Press.

Oetzel, J. G., & Ting Toomey, S. (2001). Managing intercultural conflict


effectively. Thousand Oaks, CA: Sage.

Orbe, M. P. (1995). Building community in diverse classromm: Strategies


for communication professor. Paper presented at annual meeting
of the Central States Communication Association, Indianapolis,
Indiana. April.

Patterson, M. (2003). Evolution and nonverbal behavior: Functions and


mediating processes. Journal of Nonverbal Behavior, 3, 205-210.

Pearson, J. C., West, R. L., & Turner, L. H. (1995). Gender and


communication (3rd ed.). Dubuque, IA: Wm. C. Brown.

Porter, R. E., & Samovar, L. A. (1991). Basic principles of intercultural


communication. In L. A. Samovar & R. E. Porter (Eds.),
Intercultural communication: A reader (6th ed.). Belmont, CA:
Wadsworth.

Remland, M. S. (2000). Nonverbal communication in everyday life. New York:


Houghton Mifflin.

Rensik, D. V. (1998). The Ethics of Science: An Introduction (Vol. 280).


Mortimer Street, London: Routledge, Taylor & Francis Group.

168
Richmond, V. P., McCracken, J. C., & Payne, S. K. (1991). Nonverbal
communication in interpersonal communication (2nd ed.). New Jersey:
Prentice Hall.

Richmond, Y., & Gestrin, P. (1998). Into Africa: Intercultural insights.


Yarmouth, ME: Intercultural Press.

Rosenblatt, P. C. (1997). Grief in small-scale societies. In C. M. Parks, P.


Laungani and B. Young (Eds.), Death and bereavement across cultures.
New York: Routledge.

Ruben, B. D. (1992). Communication and human behavior (3rd ed.).


Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Ruch, W. V. (1989). International handbook of corporate communication.


Jefferson, NC: McFarland.

Rutherford, D. (2005). Who's in charge? Business Mexico, 15(2), 36-37.


Retrieved Mei 10, 2007 from EBSCO database.

Samovar, L. A., & Porter, R. E. (2004). Communication between cultures (5th


ed.). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning.

Samovar, L. A., Porter, R.E., & McDaniel, E.R. (2007). Communication


between cultures (6th ed.). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Saville-Troike, M. (2003). The ethnography of communication: An introduction


(3rd ed.). Madden, MA: Blackwell Publishing.

Schmitz, J., Walker, D. M., & Walker, T. (2003). Doing business


internationally: The guide to cross-cultural success. New York: McGraw-
Hill.

Schneider, L., & Silverman, A. (1997). Global sociology: Introducing five


contemporary societies. New York: McGraw Hill.

Shockley-Zalabak, P. (2002). Fundamentals of organizational communication:


Knowledge, sensitivity, skills, values (5th ed.). Boston: Allyn and
Bacon.

Siegman, A. W., & Feldstein, S. (1987). Nonverbal communication and


behavior (2nd ed.). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.

Smart, R. (1988). Religious – caused complications in intercultural


communication. Intercultural communication: A reader (5th ed.). In

169
L. A. Samovar, & R. E. Porter (Eds.). Belmont, CA:
Wadsworth.

Smith, B. O. (1971). On the anatomy of teaching. In R. T. Hyman (Ed.),


Contemporary thought on teaching. Englewood Cliffs, NJ: Prentice
Hall.

Smith, P.B., & Bond, M. H. (1994). Social psychology across cultures. Boston:
Allyn & Bacon.

Sosik, J.J. (2002). Work-group characteristics and performance in


collectivistic and individualistic cultures. Journal of Social Psychology,
142(1), 5-23. Retrieved Mac 7, 2006 from EBSCO database.

Triandis, H. (1994). Culture and social behavior. New York: McGraw-Hill.

Wenzhong, H., & Grove C. L. (1991). Encountering the Chinese: A guide to


Americans. Yarmouth, ME: Intercultural Press.

Whorf, B. L. (1956). Language, thought and reality. Cambridge, MA: MIT


Press.

Zaiton Darois. (1995). Komunikasi antara budaya. Selangor, Malaysia:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zinzius, B. (2004). Doing business in the New China. Westport. CT: Praeger.

170

You might also like