You are on page 1of 10

MATRIK NO.

SOALAN 1 (a)

Pentadbiran awam boleh dilihat sebagai analisis politik, akan tetapi, ia juga akan menyentuh

pelbagai disiplin akademik lain seperti ekonomi dan teori pengurusan. Pentadbiran awam

secara perbandingan dapat didefinisikan secara ringkas sebagai satu cabang di dalam

pentadbiran awam, yang mana merupakan kajian dan analisis terhadap sistem pentadbiran

awam di pelbagai negara yang berbeza. Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti kelemahan

dan kekuatan sesebuah negara dengan membandingkan sistem sedia ada dengan negara yang

lebih maju. Kajian perbandingan ini mula signifikan di kalangan pengkaji selepas tamatnya

perang dunia pertama, dan sambutan dan kekukuhan perlaksanaan kajian ini menjadi lebih

rancak setelah tamatnya perang dunia kedua dimana lebih banyak negara yang diberi

kemerdekaan (Chandler 2000). Kajian dalam membandingkan sistem pentadbiran awam ini

merupakan strategi penting bagi negara dunia ketiga dan negara membangun bagi membantu

mempertingkatkan keberkesanan pentadiran awam melalui dapatan kajian yang dibuat

dengan melihat kepada negara-negara maju yang ada.

Salah satu kebaikan dalam memahami pentadbiran awam secara perbandingan adalah ia

menjadikan pelajar, guru, penyelidik, pentadbir dan pakar sedar tentang pentadbiran awam

negeri atau sesebuah negara lain. Sebagai contohnya dalam federasi gugusan Malaysia yang

terbentuk hasil daripada gabungan tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak; ia mempunyai pentadbiran awam wilayah dan negeri yang berbeza

perlaksanaannya. Perlaksanaan polisi, undang-undang tempatan dan dan pembentukan

pentadbiran awam di wilayah tersebut mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Jesteru

itu, melalui kajian yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri / wilayah masing-masing dalam

1
MATRIK NO.:

membandingkan kebaikan dan keburukan perlaksanaan pentadbiran awam di negeri tersebut,

adaptasi bagi pentadbiran yang dianalisis sebagai berjaya boleh dilakukan atas dasar untuk

kebaikkan rakyat. Sebagai contohnya, dasar-dasar yang dibina di peringkat kerajaan

persekutuan bertujuan untuk membantu memberi kemudahan kepada rakyat seringkali

diadaptasikan di peringkat kerajaan negeri. Perkara ini boleh dilaksanakan berkat kajian di

dalam aspek pentadbiran awam secara perbandingan. Setiap polisi yang dilaksanakan di

geografi tempatan akan dinilai oleh individu yang berada di kawasan perlaksanaan

berkenaan. Oleh yang demikian, kefahaman terhadap pentadbiran awam secara perbandingan

ini membuka luas pemikiran bagi menterjemah perlaksanaan polisi oleh pentadbir awam

tersebut.

Selain itu, kebaikkan memahami pentadbiran awam secara perbandingan membolehkan

halatuju sesebuah negeri itu diubah mengikut keadaan persekitaran dalaman dan luaran

semasa yang paling relevan. Sebagai contohnya, pada era selepas kemerdekaan, Malaysia

masih bergantung kepada Britain bagi menentukan sistem pentadbiran awam yang sesuai

dilaksanakan. Seiring dengan masa, melalui kajian-kajian perbandingan, pentadbiran awam

mula beralih kepada negara Amerika Syarikat bermula tahun 1980-an selaras dengan

pertukaran pucuk pimpinan dengan sasaran untuk mencapai negara berstatus maju (Saadon

Awang 2006). Selaras dengan itu, Malaysia juga mengikuti perkembangan di Amerika

Syarikat yang banyak melaksanakan penswastaan perkhidmatan-perkhidmatan awam sebagai

salah satu dasar utama negara.

Tuntasnya, kebaikkan memahami pentadbiran awam secara perbandingan ini dapat membina

dan memperkukuhkan kualiti pentadbiran atau organisasi itu sendiri dalam menyampaikan

2
MATRIK NO.:

perkhidmatan dan mencapai objektif atau sasaran yang ditetapkan. Menurut Jreisat (2011),

pendekatan secara perbandingan merupakan satu bentuk daya tujah di dalam

mengembangkan pentadbiran awam, melalui pengembangan pengetahuan manusia dan

penemuan ilmiah yang dapat ditemui melalui praktik perbandingan.

Rujukan:

Chandler, J. .. 2000. Comparative Public Administration. First Edit. New York: Routledge.

Saadon Awang. 2006. “Pentadbiran Awam Dan Proses-Proses Pengurusan : Satu Kerangka

Konseptual.” Journal of Ethics, Legal and Governance 2:42–57.

Jreisat, J.E. 2011, Commentary - Comparative Public Administration: A Global Perspective.

Public Administration Review, 71: 834-838. https://doi.org/10.1111/j.1540-

6210.2011.02434.x

3
MATRIK NO.:

SOALAN 1 (b)

Pentadbiran awam melibatkan fungsi sebagai sebuah organsasi yang mana bertindak dan

melibatkan usaha sesebuah kumpulan yang terdiri daripada manusia untuk mencapai sasaran

dan objektif yang ditetapkan di dalam sesebuah organisasi tersebut. Antara faktor-faktor yang

boleh mempengaruhi pentadbiran awam melalui organisasi adalah faktor persekitaran.

Menurut Saadon Awang (2006), faktor persekitaran yang mempengaruhi pentadbiran awam

atau lebih tepat lagi sesebuah organisasi adalah melibatkan faktor persekitaran dalaman dan

luaran. Faktor-faktor persekitaran ini menguji tindakbalas organisasi berkenaan dalam

menangani atau mengambil peluang di persekitaran yang tersedia.

Bagi faktor persekitaran dalaman, ianya melibatkan sesuatu yang berada di bawah kawalan

sesebuah organisasi berkenaan. Persekitaran dalaman, walaupun berada di bawah kawalan

organisasi berkenaan, ianya memberi impak melalui kewujudannya, yakni sebagai kekuatan

ataupun kelemahan dalam organisasi tersebut. Antara contoh-contoh faktor persekitaran

dalam di dalam pentadbiran awam adalah pelan dan polisi, sumber manusia, sumber

kewangan, aset fizikal dan lain-lain. Elemen-elemen di dalam persekitaran dalaman ini akan

mempengaruhi secara lansung kepada penyampaian dan pengurusan pentadbiran awam.

Sebagai contoh yang paling mudah adalah sumber manusia. Kekurangan sumber manusia

dalam sesebuah organisasi akan mengganggu gugat penyampaian perkhidmatan atau

penghasilan produk, manakala kebanjiran sumber manusia pula memberi impak kewangan

kepada organisasi itu sendiri, di samping merencatkan efisyennya sebuah kerja atau tugasan

di dalam organisasi tersebut.

4
MATRIK NO.:

Manakala bagi faktor persekitaran luaran, ianya melibatkan sesuatu yang bukan berada di

bawah kawalan organisasi atau di dalam konteks ini, pentadbiran awam secara khususnya.

Faktor persekitaran luaran memberi impak dan mempengaruhi pentadbiran awam samaada di

dalam bentuk kekuatan kepada organisasi mahupun kelemahan. Contoh bagi faktor

persekitaran luaran adalah teknologi, pelanggan, orang awam, media massa dan lain-lain.

Pada zaman yang serba canggih ini, pentadbiran awam bergantung kepada perkembangan

teknologi, dan menggunapakai kemudahan berkenaan dengan menerapkan penggunaannya ke

dalam organisasi. Sebagai contohnya, pengujudan pelbagai sistem yang dikelola secara atas

talian merupakan kekuatan bagi organisasi berkenaan untuk mengumpul data, mengurus dan

melaksanakan perkhidmatan. Walaubagaimanapun, ancaman kebocoran data merupakan

kelemahan sistem berkenaan yang dilaksana secara atas talian.

Kesimpulannya, faktor-faktor persekitaran dalaman dan luaran ini akan memberi impak

secara lansung kepada pentadbiran awam. Kajian berterusan dalam mengenalpasti kekuatan

dan kelemahan faktor-faktor ini sentiasa dijalankan di dalam pentadbiran awam dari masa ke

semasa dengan menggunaan analisis seperti SWOT (strength, weaknesses, opportunity,

threat).

Rujukan:

Saadon Awang. 2006. “Pentadbiran Awam Dan Proses-Proses Pengurusan : Satu Kerangka

Konseptual.” Journal of Ethics, Legal and Governance 2:42–57.

5
MATRIK NO.:

SOALAN 2 (a)

Falsafah pengurusan awam baru (NPM) mula rancak digunapakai oleh pelbagai kerajaan

sejak tahun 1980an sebagai respon kepada sistem pengurusan awam tradisional, dengan

menyasarkan pembaharuan dan modernisasi kepada sektor pengurusan awam terutamanya di

negara-negara eropah (Barzelay 2001). Reformasi NPM dilihat sebagai batu loncatan dalam

mengorientasikan sektor awam dalam memastikan kerajaan mencapai pengurusan yang lebih

kos efektif dan berkesan. Menurut Bank Dunia, NPM juga mencadangkan pilihan struktur

atau organisasi yang menggalakkan kawalan terdesentralisasi melalui pelbagai jenis

mekanisme penyampaian perkhidmatan alternatif, termasuk pasaran kuasi dengan penyedia

perkhidmatan awam dan swasta bersaing untuk mendapatkan sumber daripada penggubal

dasar, penaja dan kontributor lain.

NPM diperkenalkan di dalam pentadbiran kerajaan di Malaysia sejajar dengan perkembangan

dan perubahan di dalam undang-undang, polisi, proses, inovasi, sains dan teknologi. Melalui

perkembangan globalisasi ini, ianya menuntut kerajaan untuk menerapkan polisi terkini bagi

memastikan sektor awam dapat bersaing, menjayakan aspirasi kerajaan dan rakyat (Rozita

Abdul Mutalib 2014). Penerapan NPM adalah berteraskan sistem tadbir urus pengurusan

swasta, bagi mengoptimumkan kecekapan perkhidmatan awam.

6
MATRIK NO.:

NPM memperkenalkan inisiatif baru bagi mempertingkat kecekapan perkhidmatan awam.

Antaranya adalah penerapan sistem pengurusan kualiti seperti MS ISO, penswastaan

perkhidmatan bagi tujuan pengecilan saiz perkhidmatan awam, perubahan struktur organisasi

atau agensi, penggubalan sistem, prosedur dan polisi, termasuk penetapan Petunjuk Utama

Prestasi (KPI) bagi menjamin sasaran yang ditetapkan boleh dicapai. Melalui pengurusan

kualiti sektor awam yang dipacu oleh NPM ini, ianya diyakini dapat mempertingkatkan lagi

kecekapan, dibantu dengan penerapan teknologi untuk mempermudahkan perlaksanaan kerja

dan komunikasi kepada pelanggan. Penerapan usaha-usaha ini ke dalam sektor awam dapat

diuji keberkesanannya melalui kajian terhadap persepsi masyarakat kepada perkhidmatan

awam berkaitan.

Secara ringkasnya, NPM diperkenalkan di dalam pentadbiran awam bagi menggantikan

pengurusan pentadbiran awam yang tradisional, bertujuan untuk mempertingkatkan

kecekapan penyampaian perkhidmatan. Perkara ini dicapai melalui penerapan dasar-dasar

kualiti di dalam sektor awam seperti yang digunapakai di dalam organisasi swasta. NPM

dapat memastikan sasaran dan objektif organisasi dapat dicapai untuk kepentingan

pelanggan.

Rujukan:

Barelay, M. 2001. The new public management. University of California Press.Chandler, J. ..

2000. Comparative Public Administration. First Edit. New York: Routledge.

7
MATRIK NO.:

Rozita Abdul Mutalib. 2014. “Pembaharuan Pentadbiran: Perlaksanaan Pengurusan Awam

Baru Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).” Proceedings the UUM International

Conference on Governance (ICG) 529–39.

SOALAN 2 (b)

Terdapat pelbagai ciri utama pengurusan awam baru yang dapat dikenalpasti melalui laporan

kajian dan literasi. Walaubagaimanapun, tiada ciri utama yang mutlak melibatkan ciri utama

pengurusan awam baru berikutan laporan yang tersedia lebih menjurus kepada sesebuah

organisasi yang terlibat sahaja. Akan tetapi, antara ciri utama yang mempunya persamaan

telak adalah anjakan matlamat pengurusan awam yang beralih daripada tradisi birokrasi yang

terikat kepada peraturan kepada suatu bentuk pengurusan yang lebih proaktif, fleksibel dan

boleh disesuaikan dengan polisi pensyarikatan. Selain itu, antara ciri utama lain yang dapat

dikenalpasti adalah penswastaan, akauntabiliti untuk kecekapan, disentralisasi, pengurusan

dan perancangan strategik, perubahan teknik pengurusan, pengukuran prestasi, penerapan

sistem kualiti perkhidmatan dan lain-lain (Rozai 2015).

Di Malaysia, ianya mewarisi sistem pengurusan awam dan pentadbiran daripada kolonial

British selepas merdeka. Bagi merubah ciri pengurusan ini, NPM diterapkan di dalam sistem

pentadbiran awam bagi membolehkan sektor awam ini berdaya saing dan mempertingkatkan

kecekapan dalam memberi perkhidmatan, seterusnya mentransformasikan pengurusan awam

kepada NPM semenjak tahun 1980an.

8
MATRIK NO.:

Salah satu ciri yang diterapkan adalah mengembangkan peranan sektor swasta. Perkara ini

dilihat dapat mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam itu sendiri melalui

persaingan dengan badan-badan swasta. Penerapan amalan dan pendekatan swasta seperti

pengurusan kualiti MS ISO, pengukuran prestasi dan pelbagai polisi dan strategi mula

diperkenalkan di peringkat sektor awam (Rozai 2015) agar penyampaian perkhidmatan

menjadi lebih telus, cekap dan berkesan disamping mengurangkan birokrasi. Contohnya,

penggunaan sistem kualiti untuk menjamin mutu perkhidmatan seperti MS ISO: 9001 di

semua agensi dan sektor awam. Elemen ini dapat memastikan perkhidmatan organisasi

adalah menepati ekspektasi awam terhadapnya.

Selain itu, antara ciri-ciri utama lain yang diterapkan oleh kerajaan ke dalam sektor awam

melalui NPM adalah dengan mengurangkan birokrasi, melalui pentadbiran melalui sasaran

tertentu, dan bukan melalui perundangan semata (Rozai 2015). Ini dapat memastikan akses

kepada produk dan perkhidmatan dari pelbagai sumber oleh rakyat, di samping mengekalkan

persaingan sihat antara pelbagai penyedia produk dan perkhidmatan. Dengan memberikan

kuasa kepada rakyat, perkara ini seterusnya mengurangkan birokrasi di dalam sektor awam.

Selain itu, kerajaan juga akan mengambil inisiatif dan alternatif untuk memastikan rakyat

berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk yang diberikan. Pengurangan birokrasi juga

memberi pilihan kepada kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sektor awam

sahaja dalam menyelesaikan masalah, dimana Kerjasama antara badan korporat lain termasuk

pihak swasta, NGO dan lain-lain boleh dipertimbangkan.

9
MATRIK NO.:

Ringkasnya, ideologi pengurusan awam baharu (NPM) ialah inovasi dalam tadbir urus yang

diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menggalakkan perubahan dalam pentadbiran dasar,

operasi dan proses, serta memperbaharui pengurusan awam untuk mengikuti piawaian yang

ditetapkan. Ciri-ciri utama yang diperkenalkan adalah relevan dalam menambahbaik sistem

pengurusan awam sedia ada, menjadikan ianya sehaluan dengan kemajuan dan

perkembangan teknologi masa kini.

Rujukan:

Rozai, Akmal Ahlami Bin Md. 2015. “NEW PUBLIC MANAGEMENT (NPM) IN

MALAYSIA.” The International Conference on Government & Public Affairs 2016

2016(2 (94)):1–7.

10

You might also like