You are on page 1of 27

BAHAGIAN A

PENGGUNAAN PROJEK UNTUK PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL

01. Pendahuluan

Pentaksiran adalah untuk memantau dan mengetahui keberkesanan dan kecemerlangan


program yang dilaksanakan serta merupakan sebahagian daripada proses PdP (Sulaiman
Shamsuri, 2008). Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan
mengumpul maklumat untuk membuat suatu tafsiran (Tam, 2006). Pentaksiran adalah satu
bahagian penting, bukan sahaja dalam pendidikan, tetapi dalam kehidupan harian kita. Dalam
pendidikan, aktiviti pentaksiran merupakan sebahagian proses pembelajaran dan pengajaran
(PdP).

Dalam Pendidikan Moral di sekolah rendah, pentaksiran dijalankan bagi


mengukur pembelajaran murid dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan
moral. Proses pentaksiran memberi peluang kepada murid untukmenilai sejauhmana mereka
telah menguasai apa yang dipelajari dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki seterusnya
melalui proses pembelajaran dengan berjaya . Pentaksiran pendidikan moral juga bertujuan
mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi
setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Proses pentaksiran Pendidikan Moral di sekolah rendah melibatkan aktiviti-aktviti


seperti mengumpul maklumat, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid . Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor untuk
memudahkan murid mengesan kekuatan dan kelemahan mereka sepanjang pembelajaran
.Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan ,kebolehan, bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang
lain. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan dapat
menggambarkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid.

1
Guru dapat mempelbagai aktiviti pembelajaran untuk tujuan penyampaian isi
pelajaran secara mudah, lancar dan tersusun mengikuti langkah pengajaran yang dibuat.
Sehubungan itu, tindakan guru membuat aktiviti perbincangan secara berkumpulan
memperlihatkan guru menekankan pembelajaran berpusatkan murid. Aktiviti berkumpulan
ini menggalakkan kolaborasi di kalangan murid di samping meningkatkan pemikiran secara
reflektif terhadap isi pelajaran yang boleh dikongsi bersama dengan rakan lain.

Manakala pentaksiran tentang pembelajaran bermaksud proses pengumpulan


maklumat untuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar
selesai mengikuti sesuatu kursus, unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang
ditetapkan. Ia dilaksanakan pada akhir segmen pengajaran, contoh, pada akhir semester, atau
pada akhir tahun akademik.

Tujuan ialah untuk menentukan sama ada pembelajaran disempurnakan secukupnya


untuk mengalih pelajar ke segmen pengajaran berikut. Ia digunakan untuk memberi gred
kursus atau untuk pensijilan tentang penguasaan pelajar dalam hasil pembelajaran yang
diingini. Dalam konteks bilik darjah sekolah Malaysia, pentaksiran tentang pembelajaran
merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan 132 prestasi
murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi
pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti
disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan.

02. Kaedah Projek

Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan
amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun
sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik
di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai.

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan


kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan
pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek
ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada
matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan
kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik

2
serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran
berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di
bawah bimbingan yang minima oleh guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning"


menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori
ilmu keluar daripada tradisi bilik darjahlama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.
Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau
dunia sebenar.

Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui
penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam
bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti yang melibatkan murid
merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini
dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk
mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.

2.1 Hasil Pembelajaran Dalam Kaedah Projek

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid meneroka


sendiri. Seorang pengkaji Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan
Projek yang merangkumi:

a. Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai


b. Berorientasikan dunia sebenar.
c. Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan
pembelajaran.
d. Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi.
e. Menggunakan kaedah pengalaman "hands-on".
f. Memberi pemahaman yang tinggi.
g. Boleh dirujuk oleh semua pelajar.
h. Melibatkan pelbagai mod komunikasi.
i. Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri.

3
j. Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan
sendiri.
k. Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan
menghubungkan yang baru dengan yang lama.
l. Pembelajaran melibakan data semasa.
m. Proses pembelajaran dihargai sama juga dengan projek.
n. Pembelajaran merentasi kurikulum.
o. Guru sebagai fasilitator.
p. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan.

Proses pembelajaran yang berjaya memberi impak yang lebih positif kepada pelajar
bergantung kepada pelbagai faktor termasuklah teknik pengajaran yang dijalankan oleh
seseorang guru. Salah satu pendekatan P&P yang boleh digunakan bagi meningkatkan mutu
dan pengetahuan pelajar ialah melalui teknik Pembelajaran Berasaskan Projek. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja member ruang kepada pelajar menunjukkkan kemampuan dan
kreativiti, malah memberi peluang untuk pelajar mengembangkan lagi pengetahuan yang
sedia ada.

Melalui pendekatan menbelajaran berasaskan projek, pelajar mampu menimba ilmu


dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada pemusatan terhadap guru semata-mata.
Pembelajaran ini menekankan konsep pembelajaran kendiri dan amalan penerokaan yang
lebih luas oleh seseorang pelajar.

Secara tidak langsung, konsep pembelajaran ini memberi peluang kepada para pelajar
untuk menunjukkkan keupayaan diri kerana setiap pelajar mempunyai tahap kecemerlangan
akademik yang berbeza dan tidak sama di antara satu sama lain. Pembelajaran ini juga
dikenal pasti mampu mewujudkan kemahiran sosial yang lebih baik kerana pembelajaran ini
membuka peluang untuk pelajar bergaul lebih rapat dan mampu mengeratkan hubungan
sesama ahli kumpulan. Salah satu konsep pembelajaran berasaskan projek ialah, pelajar harus
membuat tugasan secara berkumpulan, maka disinilah wujudnya peluang untuk pelajar
berkomunikasi di antara satu sama lain dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

4
3. Langkah Perlaksanaan Projek

Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara berkumpulan. Guru
perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar kaedah projek dapat
dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil pelajaran yang memuaskan.
Perkara tersebut ialah:

1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan
kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.
Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul
dan dapat menilai pencapaian mereka.
2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap
kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.
3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan
penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.

i. Situasi atau Masalah


Satu atau dua ayat menerangkan isu atau masalah yang projek tersebut. Contohnya, mengkaji
penebangan hutan, pencemaran sungai,kadar jenayah di kawasan setinggan, budaya lepak di
pasaraya dalamkalangan belia, pelajar di kafe internet dalam waktu sekolah dan sebagainya.

ii. Penjelasan dan Matlamat Projek


Suatu penjelasan yang padat tentang matlamat utama projek dan bagaimanaia menangani
situasi atau masalah. Contohnya; pelajar akan mengkaji,menjalankan kajiselidik, dan
membuat usulan tentang bagaimana pelajardapat membantu mengurangkan pencemaran
sungai. Hasil kajian akandipersembahkan dalam makalah,brochure,, pameran atau laman
web.

Dalam pentaksiran Pendidikan Moral, terdapat pelbagai cara digunakan untuk


menjalankan penilaian tidak formal antaranya mengenlpasti matlamat dan objektif
pembelajaran. Kemahiran atau konsep-konsepkhusus apakah yang pelajara akan belajar?
Herman, Aschbacher, and Winters (1992) telah mengenal pasti lima soalan untuk
dipertimbangkan semasa menentukan matlamat pembelajaran:

5
i. Kemahiran kognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?
(untuk menggunakan algebra untuk menyelesaikan masalah harian, untuk menulis
dengan meyakinkan).2.
ii. Kemahiran sosial dan afektif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?
(mengembangkan kemahiran belajar berkumpulan).3.
iii. Kemahiran metakognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?
(membuat refleksi tentang proses penyelidikan yang digunakan,
menilaikeberkesanannya, dan menentukan kaedah penambahbaikan).4.
iv. Masalah jenis apakah yang saya ingin pelajar harus boleh selesaikan?
(tahu bagaimana menjalankan penyelidikan, mengaplikasi kaedah saintifik).5.
v. Konsep dan prinsip apakah yang saya ingin pelajar boleh aplikasikan?
(mengaplikasi prinsip-prinsip asas dalam biologi dan geografi dalamkehidupan
mereka, memahami hubungan-hubungan sebab-kesan.

04. Prosedur Penilaian

Ciri-ciri penilaian projek


Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)
Berbentuk jangka panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar
Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak mendapat
jawapan yang benar.
Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam
kumpulan secara koperatif.
Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan
Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran

Satu catatan ringkas mengenai satu peristiwa atau tingkah laku murid yang
dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif
menerangkan fenomena yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Catatan ringkas ini
akan membantu guru memahami tentang diri murid berkenaan.Perkara-perkara yang
ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa

6
dan literasi, pola interaksi sosial , kemahiran menyelesaikan masalah dan kejayaan-
kejayaan yang dicapai oleh murid.

Setiap pentaksiran samada secara formal dan tidak formal adalah menggunakan
instrumen yang sesuai dengan kemahiran yang hendak diuji. Instrumen-instrumen ini dapat
memudahkan guru-guru pendidikan moral untuk mengesan perkembangan dan sejauhmana
penguasaan murid terhadap apa yang telah dipelajari. Terdapat beberapa perbezaan dan
persamaan diantara instrumen pentaksiran formal dan tidak formal.

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah:

i. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

ii. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

iii. Perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan.

iv. Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

v. Menulis apa yang dilihat secara objektif

vi. Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa

vii. Menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

viii. Interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Merekod Pemerhatian

Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada yang berkaitan dengan tingkah laku
yang dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu berlaku, dan lain-lain berdasarkan
keperluan pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan setiap pemerhatian yang
dapat dilihat hanya akan dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain.

7
Rekod Berterusan

Catatan dalam bentuk cerita (narrative) yang dibuat ke atas indidvidu atau kumpulan
murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan
oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci
ini biasanya dijalankan dalam tempoh 5-10 minit. Daripada pemerhatian ini guru akan
dapat mengukur tentang keupayaan murid bertoleransi, berinteraksi, dan memahami
konsep-konsep moral yang perlu ada pada setiap individu.

Port Folio

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar
dalam satu jangka masa yang dipersetujui.Dokumentasi berstruktur yang memerlukan
pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran secara portfolio
dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan
pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat
awal hingga akhir.

i. Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan


daripada pelbagai pihak.
ii. Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
iii. Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
iv. Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
v. Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai
melalui bukti-bukti lain.
vi. Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui
bersama.
vii. Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina:
1. Porfolio kerja harian
2. Portfolio hasil terbaik

8
BAHAGIAN B ESEI

TAFSIRAN BAND, NILAI DAN IMPLIKASI TERHADAP PELAJAR.

1. Pendahuluan

Dalam perlaksanaan PBS, guru mempunyai kuasa outonomi dalam menentukan band murid.
namun demikian, kriteria penilaian haruslah diikuti bagi membolehkan murid menerima
penilaian yang lebih telus. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu
dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas
yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab
mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan
yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid


lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard

Permulaan proses P&P, guru merancang perkara yang akan diajar dengan memilih
kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum. Guru akan menentukan
kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan
kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi
mengikut kreativiti guru.

Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar.
Pentaksiran boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen
pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan
pentaksiran secara tidak formal. Contohnya, dalam menggunakan kaedah pemerhatian, guru
menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.

9
Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk DSP untuk melaporkan tahap
penguasaan murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam
bentuk proses, produk atau diri murid itu sendiri

02. Nilai Dedikasi

Nilai yang dipilih ialah Dedikasi. Pelbagai kaedah boleh diguna pakai bagi menentukan
sama ada murid telah mencapai sesuatu band atau tidak. Antara bentuk pentaksiran yang
boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian.

Bagi memudahkan kefahaman tentang kaedah pentaksiran dan penentuan band yang
selayaknya murid tersebut dapat, contoh dan penjelasan akan diberi mengikut tafsiran band
yang telah ditetapkan.

Untuk band 1 iaitu murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Merujuk kepada dokumen standard
pendidikan moral, tahap penguasaan band 1 memerlukan murid menyatakan cara bersikap
adil kepada jiran. Jadi apa yang boleh dilakukan guru ialah menyediakan satu lembaran kerja
dan meminta murid menyenaraikan cara-cara bersikap adil kepada jiran. Murid yang dapat
menepati skor-skor tertentu akan dikira melepasi tahap penguasaan sekali gus melayakkan
murid untuk mendapat band 1 bagi tajuk Dedikasi.

Band 2 di dalam tajuk Dedikasi ini pula memerlukan murid menceritakan kepentingan
bersikap dedikasi terhadap rakan. Di sini, guru boleh mengambil aktiviti dialog, berlakon,
mencipta simulasi berkaitan tajuk. Sekiranya murid dapat menceritakan semula, ataupun
berkomunikasi tentang kepentingan bersikap dedikasi terhadap rakan, guru boleh memberi
band 2 kepada murid tersebut.

Tafsiran band 3 mengehendaki murid boleh menggunakan pengetahuan untuk


melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Untuk menilai aspek ini di bawah tajuk
Dedikasi, guru perlu memastikan murid boleh menunjuk cara bersikap dedikasi terhadap
rakan dalam sesuatu situasi dengan bimbingan. Antara bentuk pentaksiran yang boleh
digunakan ialah kad arahan dan mencipta situasi. Guru mencipta satu situasi atau masalah
yang memerlukan murid menunjukkan cara mengatasi masalah tersebut dengan menunjukkan

10
nilai mengikut tema yang ditetapkan. Jika murid tersebut boleh dan dapat menunjukkan cara,
murid tersebut layak untuk memperoleh band 3 dalam tajuk tersebut.

Di bawah tafsiran band 4 ini, murid dikehendaki untuk mendemonstrasikan cara


bersikap dedikasi terhadap rakan dalam pelbagai situasi. Band 4 pula memerlukan murid
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik. Seakan sama dengan tafsiran band 3, namun begitu pada band 4 ni, murid
dikehendaki melakukan demonstrasi tanpa bimbingan guru. Guru memberi arahan ataupun
situasi tertentu, murid berfikir dan membuat demonstrasi perlakuan yang sesuai dengan
situasi tersebut di hadapan kelas. Murid yang berjaya melakukan demonstrasi ini dan tepat
dengan situasi yang diberi, murid tersebut layak untuk memperoleh band 4.

Bagi menetapkan sama ada murid tersebut telah mencapai band 5 pula, murid perlu
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Dalam topik Dedikasi, band 5 diperoleh murid
mengamalkan cara bersikap dedikasi terhadap rakan dalam kehidupan seharian.
Bagaimanakah kaedah pentaksiran yang sesuai untuk memastikan murid mengamalkan cara
bersikap dedikasi terhadap rakan dalam kehidupan seharian mereka?. Soal selidik tersebut
hendaklah dilengkapkan oleh rakan dan ditandatangani oleh rakan yang telah melengkapkan
soal selidik tersebut. Bagi mengelakkan ketirisan berlaku, murid dikehendaki menyertakan
dokumentasi bergambar bersama rakan mereka semasa mengisi soal selidik tersebut.
Sekiranya skor pada soal selidik itu berjaya mencapai standard yang telah ditetapkan guru,
maka guru boleh memberi band 5 kepada murid tersebut. Pada pendapat saya, guru boleh
menyediakan satu senarai semak ataupun soal selidik dan perlu dibawa pulang ke rumah..
Namun begitu, untuk memberi band 5 kepada murid, murid perlulah mencapai band 4
terlebih dahulu.

Akhir sekali, band 6 ataupun band yang tertinggi dalam pentaksiran, murid berupaya
menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru
secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. Bagi mencapai
band 6, pelbagai cara pentaksiran yang perlu dijalankan guru. Murid mengamalkan cara
bersikap dedikasi terhadap rakan dalam kehidupan seharian dan boleh dicontohi. Sekiranya
band 5 memerlukan murid mengamalkan sikap dedikasi sesama rakan, band 6 pula
mengehendaki amalan murid tersebut boleh dicontohi oleh sesiapa sahaja. Justeru itu, satu

11
penilaian secara keseluruhan perlu dijalankan. Selain instrumen soal selidik, guru boleh
menggunakan instrumen temu bual antara ahli keluarga, masyarakat setempat, guru dan rakan
terdekat murid. Sekiranya, hasil temu bual menepati standard penskoran guru bagi
melayakkan murid mendapat band 6, maka murid tersebut akan mencapai band 6 dalam nilai
Dedikasi.

12
03. Berikan contoh-contoh tingkah laku realistik yang anda dapat perhatikan dan
dedikasi bagi murid yang diberikan band tertentu.

Tingkah laku realisitik yang dapat diperhatikan dan dedikasi bagi murid dalam
standard kandungan 8.1 Mengamalkan Dedikasi kepada rakan dapat dihuraikan melalui
jadual di bawah.

BAND TAHAP PENGUASAAN TINGKAH LAKU

1. Murid menyenaraikan 5 cara bersikap

Murid menyatakan cara dedikasi kepada rakan.

bersikap dedikasi kepada 2. Murid menulis 5 tingkah laku yang


1 menunjukkan sikap dedikasi kepada
rakan
rakan.
3. Murid menjawab 5 soalan kefahaman
berdasarkan tajuk
1. Secara berpasangan, murid boleh
menyatakan secara lisan kepentingan

Murid menceritakan bersikap dedikasi.

kepentingan bersikap 2. Murid membentangkan hasil kerja


2 kumpulan berkaitan kepentingan
dedikasi terhadap rakan
bersikap dedikasi terhadap rakan.
3. Murid menceritakan kepada kelas
tentang kesan bersikap dedikasi kepada
rakan
1. Guru menunjukkan satu video
Murid menunjuk cara
mengenai pembuangan sampah di
bersikap dedikasi terhadap
3 antara rumah kamu dan rumah rakan,
rakan dalam sesuatu situasi
cipta satu lakonan bagi menyelesaikan
dengan bimbingan.
perkara tersebut. Lakonkan
penyelesaian tersebut di hadapan kelas.
4 Murid mendemonstrasikan 1. Guru memberi gambar berkenaan
cara bersikap dedikasi pokok buah mangga yang tumbuh di
terhadap rakan dalam hadapan rumah. Murid
pelbagai situasi. mendemonstrasikan bagaimana
buah tersebut dibahagikan sama ada

13
sekiranya buah yang gugur
dijadikan hak miliknya mahupun
dibahagikan sama rata sesama
rakan.

1. Murid sentiasa bersikap dedikasi


Murid mengamalkan cara
sesama rakan.
bersikap dedikasi terhadap
5 2. Murid tidak mementingkan diri
rakan dalam kehidupan
apabila rakan mengalami kesusahan.
seharian.
3. Sentiasa mengambil berat tentang
rakan.
1. Murid berlaku dedikasi sesama rakan
dan anak-anak setempat mencontohi
perilaku murid tersebut. apabila
Murid mengamalkan cara
rakanya ditimpah kesusahan, maka
6 bersikap dedikasi terhadap
dia harus membantu rakan tersebut
rakan dalam kehidupan
dengan rela hati berkorban masa
seharian dan boleh dicontohi.
tenaga membantu rakannya yang
susah itu.

04. Bagaimana Anda Dapat Mengelak Memberi Band Yang Tidak Adili, Kerana Band
Yang Diberikan Adalah Berat Implikasinya Terhadap Harga Seorang Manusia.

14
Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain.
Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap
pembelajaran. Bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku, guru seharusnya menetapkan satu
skor standard yang telah ditetapkan di dalam mesyuarat panitia ataupun yang telah
dipersetujui bersama oleh para guru setelah meneliti kesesuaian murid di sekolah tersebut.
Skor tersebut haruslah dipatuhi oleh guru setelah pentaksiran berlaku.

Di dalam PBS, autonomi telah diberikan kepada guru untuk melaksanakan


pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan
dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut
keperluan murid.

PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu
mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus
utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran
yang merupakan assessment of learning.

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran


Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat
kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang
murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid


dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan
tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada
pernyataan standard. Peranan guru adalah untuk;

- boleh memantau perkembangan murid secara berterusan

- boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan

15
pembelajaran murid lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan
perkembangan murid.

Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard

Justeru, adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat
dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau
terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang
diajar untuk maju.

16
BAHAGIAN C

NILAI SEJAGAT DAN DELIMA MORAL

a) Dua Nilai Sejagat.

Fokus pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral adalah ke arah mempelbagaikan


kegunaan isu dan situasi dalam pembelajaran Pendidikan Moral agar pelajar-pelajar bersedia
menghadapi konflik moral dan menyelesaikannya berasaskan kepada nilai dan prinsip moral
(Sukatan Pelajaran 1988). Pendidikan Moral di sekolah menengah memberi tumpuan kepada
usaha memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum di negara ini.

Dengan itu, murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka
menjadi insan yang bermoral. Hal ini membolehkan mereka menjadi individu yang
bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral, 2000) Nilai-nilai yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Moral adalah berpunca daripada nilai-nilai pelbagai kaum di Malaysia.
(Sukatan Pelajaran 1988; Abdul Rahman dan Chang; 1999).

i. Nilai : KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

ii. Nilai : AMANAH


Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain

17
b) DELIMA MORAL

Dilema moral adalah suatu keadaan apabila individu atau sekumpulan masyarakat
menghadapi satu situasi berkonflik di mana terdapat beberapa pilihan dalam membuat
sesuatu keputusan moral. Selalunya, satu dilema moral mengandungi satu isu, dan beberapa
watak tertentu di mana seseorang itu terpaksa membuat sesuatu keputusan. Dilema moral
boleh dibahagi kepada dua yang utama iaitu dilemajenis hipotetikal (situasi berkonflik yang
dicipta/direka) dan dilema jenis kehidupan sebenar (situasi moral yang benar-benar berlaku
dalam kehidupan seseorang individu). Dilema Kehidupan Sebenar Dilema-dilema kehidupan
sebenar merupakan konflik hidup yang benar-benar dihadapi oleh responden. Dari kajian-
kajian yang telah dijalankan oleh Gilligan (1982), didapati penggunaan dilema kehidupan
sebenar adalah lebih realistik dalam memahami perspektif moral para responden. lni kerana
setiap individu berbeza dalam cara mengintepretasi masalah-masalah moral. Mengikut
Gilligan masalah moral dalam kehidupan sebenar agak kabur dan kompleks. lanya dilihat
sebagai mewakili satu objek oleh seseorang dan mewakili objek yang lain oleh orang lain
pula. Jadi, apabila manusia menghadapi dilema moral dalam kehidupan seharian, mereka
menginterpretasi masalah-masalah tersebut mengikut orientasi moral yang ada dalam
sanubari masing-masing.

Cara melaksanakan pendekatan perkembangan moral kognitif ialah seperti yang berikut:

(a) Mengemukakan satu dilema moral dan soalan probe untuk seseorang berfikir tentang
beberapa alternative dalam dilemma tersebut.

(b) Membuat pilihan moral dan memberi sebab ke atas pilihan tersebut. (c) Berdasarkan
kepada sebab yang diberikan tentukan peringkat pertimbangan moral

(d) Tambah soalan probe untuk meningkatkan tahap pemikiran moral murid. Dalam
menggunakan pendekatan ini, seorang guru harus menerima pendapat pelajar dengan
fikiran terbuka dan membimbing mereka mempertingkatkan tahap penaakulan moral
mereka. Yang menjadikan fokus dalam pendekatan ini ialah proses (struktur) bukan
keputusan (kandungan) penaakulan/pertimbangan. Oleh kerana pendekatan ini lebih
memokuskan kepada aspek kognitif moral, maka guru perlu menggunakan

18
pendekatan lain supaya aspek emosi moral dan perlakuan moral diberikan penekanan
yang setara.

Di antara ciri-ciri yang disarankan oleh Zieler (1990) ialah:

i. Penggunaan kaedah mengakhiri soalan secara terbuka atau openended. Ini bererti
tidak ada satu jawapan yang 'betul'. Ini ialah kerana matlamat perbincangan bukan
untuk mencapai kata sepakat tetapi membuat pertimbangan moral dan mengambil
keputusan berdasarkan alasan yang sesuai yang akan digunakan juga dalam situasi
kehidupan sebenar nanti.

ii. Pertukaran idea secara bebas. Pelajar dibenarkan menyatakan pendapat masing-
masing dengan nilai yang mereka rasa penting dalam isu yang dikemukakan. Setiap
pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat kepada perbincangan dalam satu
suasana di mana penyelidik hanya menjadi fasilitator dan bukan hakim. iii. Interaksi
berlaku di antara pelajar dengan pelajar. Penyelidik setakat mengutarakan soalan-
soalan probe untuk membimbing perbincangan dan menggalakkan pelajar membuat
pertimbangan moral di peringkat pertimbangan moral yang adjacent untuk mencabar
di antara satu sama lain.

iv. Fokus adalah terhadap pengembangan kemahiran pendengaran dan lisan. Walau
bagaimanapun, ada kalanya, penyelidik membimbing pelajar-pelajar menulis apa
yang mereka rasa pertimbangan moral yang sesuai. Ini kerana bukan semua pelajar
dapat menyampaikan idea dengan bernas melalui lisan.

v. Tumpuan adalah terhadap pertimbangan moral. Alasan-alasan pelajar ditumpukan


kepada tindakan dan pemilihan pelajar dengan mengutamakan nilai yang mereka
berpegang pada semasa membuat sesuatu pertimbangan moral.

vi. Dilema-dilema menghasilkan konflik. Konflik dalam dilema akan menambahkan


penglibatan pelajar dan membuat mereka memikirkan akan tindakan serta akibat
tindakan mereka dalam sesuatu isu. Mencari penyelesaian kepada sesuatu konflik
merupakan satu prasyarat kepada perkembangan pelajar dalam membuat
pertimbangan moral biar dalam bilik darjah mahupun dalam situasi yang berlaku
dalam kehidupan mereka.

19
DELIMA MORAL 1:

Konsep mengenai pencapaian akademik dan persekolahan

Nilai : KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara.

Deskriptor : B2D1

Mengetahui dan memahami nilai-nilai Berkaitan dengan


perkembangan Diri
Evidens : B2D1E2
Boleh menerangkan tanggungjawab diri di rumah /di
sekolah /dalam masyarakat.

Aminah merupakan seorang pelajar yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam
pelajarannya. Namun demikian Amina tidak mendapat sokongan daripada keluarga. Ayahnya
seorang penagih dadah. Ibunya pula telah lama meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan
Aminah jarang hadir ke sekolah kerana masalah di rumah. Aminah juga tidak mampu
membeli bahan kerja yang disuruh oleh gurunya. Ini menyebakan timbul rasa takut untuk
datang ke sekolah kerana takut di marahi oleh cikgu. Amina terpaksa keluar rumah dan
mencari kerja bagi menampung persekolahannya. keadaan ini menyebabkan beliau
seringkali datang lewat ke sekolah dan pelajaranya semakin merosot. Aminah menjadi pelajar
yang agak murung ketika berada dalam kelas. Tumpuanya terhadap pengajaran guru tidak
fokus.

A. Soalan pemahaman

1. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh Aminah?

20
2. Apakah kesan tindakan Aminah terhadap sesi persekolahanya ?

B. Soalan Berpandukan Nilai, Pilihan Tingkahlau Dan Orentasi

1. siapakah yang berhak memberi nafkah Aminah di sekolah? Mengapa?

2. Patutkah ayah Aminah membiarkan anaknya tanpa memberi sokongan terhadap


pembelajarannya? Apakah pendapat anda?

3. Adakah Aminah berhak menajdikan dirinya mengikut kata hati? Mengapa?

4. Apakah sepatutnya dilakukan oleh Aminah? Mengapa?

5. Bagaimana Aminah boleh meningkatkan pencapaian akademinya yang semakin


merosot?

6. Pernahkah anda sendiri berhadapan dengan situasi sedemikian ?

7. Bagaimanakah perasaan ada bila berdepan dengan situasi aminah? apakah tindakan
anda?

21
DELIMA MORAL 2

NILAI : AMANAH
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain

Deskriptor : B2D
Mengetahui dan memahami nilai-nilai berkaitan dengan Perkembangan
Diri

Evidens : B2D1E2
Boleh dipercayai memegang rahsia rakan dengan amanah

Amoi seorang remaja yang berumur 15 tahun dan menuntut dalam Tingkatan Tiga. Amoi
mengalami masalah berat badan yang teruk.Ini menyebabkan beliau seringkali menjadi
usikan rakan-rakan di dalam kelas. Manakala di rumah pula dia sering di marahi oleh ibunya
kerana malas membuat kerja rumah serta suka berkurung dalam bilik sambil melayari
internet. Sikap Amoi yang suka berkurung kerana merasa rendah diri akibat badanya yang
gemuk. Amoi juga merupakan ketua kelas. Namun sikapnya yang selalu tidak hadir ke
sekolah jawatannya telah dilucutkan .

A. Soalan pemahaman

1. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh Amoi?

2. Apakah kesan tindakan Amoi yang terlalu ghairah dengan komputer dan internet?

B. Soalan berpandukan nilai, pilihan tingkahlau dan orentasi

1. Patutkah Amoi memecilkan diri kerana saiz badannya yang besar? Mengapa?

2. Pernahkah anda melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh Amoi? Apakah


kesan kepada anda dan keluarga anda?

22
3. Apakah sepatutnya dilakukan oleh Amoi? Mengapa?

4. Apakah Amoi berhak menghukum dirinya dengan memecilkan diri dalam bilik?
Mengapa?

5. Mengapa kita perlu berkawan? apakah alasan anda?

23
Penggunaan dilema kehidupan sebenar dalam kajian terhadap pengajaran
Pendidikan Moral di Malaysia membangkitkan dua isu penyelidikan, iaitu cara dilema
kehidupan sebenar dikonstruk dan kategori untuk mengelaskan orientasi moral dalam
membincangkan dilema kehidupan sebenar di bilik darjah. Bahagian ini mengkaji kedua-dua
isu tersebut dengan tujuan mengenal pasti dilema kehidupan sebenar yang digunakan serta
kategori pengelasan orientasi moral bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (1988) dan matlamat Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia.

Pendekatan dalam pendidikan moral yang dibentukkan adalah berasaskan kepada


pelbagai teori yang berkaitan dengan perkembangan moral dan pembentukan sahsiah
individu. Dengan menguasai pendekatan-pendekatan ini, guru dapat memilih teknik
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengembang ketiga-tiga aspek dalam
pendidikan moral iaitu pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral. Selain daripada
itu, seorang guru harus mewujudkan satu suasana atau iklim moral dalam pembelajaran dan
pembelajaran pendidian moral. Iklim atau suasana moral akan wujud jika adanya amalan
nilai-nilai murni di kalangan pelajar dan guru sendiri. Pelajar-pelajar mengambil bahagian
yang aktif dalam perbincangan serta aktiviti bertulis yang diadakan. Pelajar-pelajar dapat
menyuarakan pendapat masing-masing dengan lebih yakin dan berani sebab masalah/dilema
yang dibincangkan semuanya melibatkan remaja; melibatkan mereka sendiri sebagai watak
utama atau watak-watak sampingan.

Pelajar-pelajar dapat mengaitkan nilai-nilai dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan


Moral Sekolah Menengah (1988) dengan dilema moral secara lebih mudah, tanpa perlu
sebarang tekaan dan hafalan. Pelajar-pelajar dapat mempraktikkan konsep perspective-taking
dengan lebih selesa sebab dilema-dilema yang dibincangkan adalah dilema mereka. Pelajar-
pelajar prihatin dalam memilih tindakan dan nilai serta memberi respon yang jelas kepada
pemilihan tindakan mereka.

24
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Md. Aroff.1999. Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang,
Penerbit Universiti Putra Malaysia

B. Vishalache. (2002). Penggunaan dilema real-life dalam pengajaran Pendidikan Moral.


Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya.

Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1994). Buku panduan khas penilaian


kendalian sekolah menengah: Pendidikan Moral. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah :


Pendidikan Moral. Pusat Perkembangan Kurikulum.

25
26
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

01. BAHAGIAN A

PENGGUNAAN PROJEK UNTUK PENTAKSIRAN


PENDIDIKAN MORAL 1

02. BAHAGIAN B

TAFSIRAN BAND, NILAI DAN IMPLIKASI


TERHADAP PELAJAR. 9

03. BAHAGIAN C
NILAI SEJAGAT DAN DELIMA MORAL 17

BIBLIOGRAFI

27

You might also like