You are on page 1of 4

1.

0 PENDAHULUAN

Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk
tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas
pengajaran.
Guru

memainkan

peranan

penting

dalam

mengesan

kebolehan,

kemajuan,

dan

pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat
pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru
akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan
tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya
melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran berasaskan
projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk
projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri
serta amalan penerokaan oleh murid.
Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William
Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang
dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Dalam
pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat
mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
Perkataan 'projek' yang digunakan dalam kajian ini merupakan kata kunci utama
dalam istilah pembelajaran berasaskan projek. Menurut Moursund (2003), pelajaran
berasaskan projek merupakan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar yang melibatkan
pelajar menerbitkan atau membangunkan produk dan mempersembahkannya kepada pelajar

lain, guru dan pihak lain. Di dalam bilik darjah, pengembangan kreativiti memerlukan
persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan guru sebagai pemudah cara
(Craft, 2000). Walau bagaimanapun, projek pembangunan produk kreatif melibatkan masa
lama dan jadual waktu anjal (Moursund, 2003).

2.0 HASIL PEMBELAJARAN

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea
konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui
kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah
menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuktajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan
cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak
sebagai pembimbing.
Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat:

Belajar menyelesaikan masalah berdasarkan reality permasalahan yang sebenar.


Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (higher order thinking skills).
Kemahiran menyelesaikan.
Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
Kemahiran pembelajaran secara kendiri (self-Directed Learning Skills)
Kemahiran bekerja secara berkumpulan.
Menguasai kemahiran berkomunikasi secara berkesan.

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur
yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang
bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Kaedah pembelajaran berasaskan projek ini menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji
aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat
pengamatan dan penanggapan secara berkesan.

3.0 LANGKAH PERLAKSANAAN PROJEK


3.1 SET INDUKSI
Guru memberikan tugasa mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Moral.
Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu menguji kefahaman
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Moral. Tugasan yang diberikan oleh guru ini
mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat, dimana objektif dan aktiviti
kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid-murid di
dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah mereka selesai mengajar dan
yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru akan mengimbas kembali sesi
pengajaran Moral yang pernah dibuat di dalam kelas. Guru menerangkan apakah maksud
Moral, menyenaraikan jenis-jenis kelakuan moral, serta menerangkan tajuk tugasan secara
terperinci. Guru turut menetapkan tarikh serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek
bermula.

3.2 LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)


Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan ini terdiri
daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik ketua kumpulan
masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab membahagikan tugasan kepada
ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat dalam projek yang dilaksanakan.
Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan yang sama iaitu mencari 3 masalah
Moral, kesan dan cara mengatasinya. . Tema projek untuk setiap kumpulan adalah sama
iaitu Moral.
Setiap ahli kumpulan perlu bekerjasama dalam menyiapkan projek ini.

Rajah 2: Contoh pelajar menjalankan projek mengikut kumpulan


3.3 LANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)
Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap
pengajaran moral. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman yang
diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu menguasai
ilmu moral agar mereka berjaya melaksanakan projek yang diberikan.
4.0

You might also like