You are on page 1of 5

Langkah Mengatasi Penggunaan Laman Sosial dalam Kalangan Pelajar.

Internet merupakan satu penemuan yang membawa perubahan besar kepada


kehidupan manusia. Kepelbagaian fungsi internet bukan sahaja membawa kemudahan kepada
kehidupan manusia malah merupakan satu alat yang menghubungkan seluruh dunia tanpa
mengira sempadan. Sejak kebelangkan ini, aplikasi rangkaian sosial amat popular di kalangan
masyarakat. Penggunaan aplikasi rangkaian sosial telah menjadi satu budaya dan santapan
harian di kalangan pengguna internet. Antara aplikasi rangkaian sosial yang terkenal di
seluruh dunia seperti Facebook, Twitter, Friendster, Myspace dan sebagainya. Akan tetapi,
penggunaan internet seperti aplikasi rangkaian sosial tanpa terkawal boleh menyebabkan
ketimbulan masalah-masalah sosial yang membimbangkan.
Perkhidmatan rangkaian sosial biasanya akan menyediakan ruang bagi pengguna
untuk mengisi maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, ataupun hobi.
Perkhidmatan ini adalah bertujuan bagi memudahkan pengguna untuk berkenalan dengan
pengguna rangkaian sosial yang lain. Akan tetapi, perkhidmatan ini telah mendedahkan
maklumat peribadi kepada risiko kecurian maklumat. Oleh itu, perkhidmatan rangkaian sosial
menjadi sasaran utama bagi kumpulan jenayah kerana ia telah menyimpan maklumat peribadi
yang bernilai. Menurut sumber yang dinyatakan oleh media, setiap maklumat peribadi
dikatakan boleh dijual di pasaran gelap dengan harga AS$1 iaitu kira-kira RM3.80. Risiko
kecurian maklumat ini menyebabkan kebebasan peribadi pengguna aplikasi rangkaian sosial
tergugat. Selain itu, maklumat peribadi pengguna juga boleh dicuri dan disalahguna oleh
kumpulan jenayah untuk tujuan lain seperti memeras ugut melalui telefon dan sebagainya.

Selain itu, penipuan identiti sering berlaku di aplikasi rangkain sosial. Terdapat
sesetengah golongan pengguna suka menyamar dengan menggunakan maklumat peribadi
palsu dan foto orang lain untuk melakukan penipuan dari segi kewangan ataupun hubungan
seks. Ini telah menyebabkan masalah sosial menimbul seperti membunuh, merogol, penipuan
dan lain-lain. Masalah sosial tersebut boleh dirujuk kepada satu kes jenayah yang berlaku

pada seorang gadis yang berbangsa British, berumur 17 tahun telah dirogol dan dibunuh oleh
seorang bekas perogol yang menyamar sebagai seorang lelaki tampan di atas Facebook.

Aplikasi rangkaian sosial juga telah menyediakan satu perkhidmatan bagi kemudahan
pengguna untuk berkongsi video dengan pengguna lain. Akan tetapi, kemudahan ini telah
disalahgunakan dan menimbulkan kesan sampingan. Misalnya, video yang mengandungi
unsur-unsur negatif seperti keganasan dan lucah telah dimuat naik dan disebar luas di aplikasi
rangkaian sosial. Oleh kerana kebanyakan aplikasi rangkaian sosial tidak memiliki kaedah
yang megesah umur sebenar setiap penggunanya, jadi video-video tersebut boleh membawa
impak kepada minda golongan pengguna yang belum mencukupi umur ke atas 18 tahun.
Golongan pengguna tersebut tanpa di bawah kawalan ibu bapa boleh membawa kepada
masalah mencontohi video-video yang berunsur negatif. Contohnya, sejak kebelakangan ini,
video-video yang kes buli sering dimuat naik dan disebar luas luas di aplikasi rangkaian
sosial. Video-video tersebut telah mendapat perhatian tinggi daripada kalangan masyarakat.
Keadaan ini amat membimbangkan. Remaja-remaja yang masih berfikiran mentah mungkin
akan mencontohi perbuatan video-video tersebut untuk memenuhi kepuasan sifat ingin tahu
mereka.
Di samping itu, aplikasi rangkaian sosial juga membenarkan pengguna meninggalkan
komen pada catatan dan gambar orang lain. Namun, terdapat segolongan pengguna telah
menyalahgunakan kemudahan ini untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti
menjatuhkan maruah orang lain, mencaci, memfitnah serta mengumpat orang lain. Perbuatan
yang tidak bermoral ini bukan sahaja akan menjadi satu teladan atau budaya negatif kepada
generasi muda malahan akan member impak dalam kalangan masyarakat.

Kegilaan pengguna internet terhadap aplikasi rangkaian sosial telah menjadi sesuatu
yang amat membimbangkan. Aplikasi rangkaian sosial juga telah menyumbangkan masalah
disiplin di kalangan generasi muda yang menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga
ketagihan internet. Situasi ini akan membawa masalah kesihatan fizikal dan mental seperti
kesihatan mata, bersikap panas baran, postur badan disebabkan kedudukan yang tidak
ergonomik dan sebagainya.
Justeru, langkah-langkah untuk mengatasi serta mengurangkan masalah sosial yang
ditimbul daripada penggunaan internet seperti aplikasi rangkaian sosial. Pengguna mestilah
sentiasa peka ketika menggunakan aplikasi rangkaian sosial seperti tidak sesekali
mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, nombor kad
pengenalan, alamat penuh, kata laluan, maklumat kewangan dan sebagainya.

Selain itu, pengguna juga mesti berhati-hati ketika memilih dan menerima kenalan
yang ditemui dalam rangkaian sosial kerana rangkaian sosial terdapat banyak pengguna yang

menggunakan identiti palsu. Ini boleh membantu pengguna daripada terdedah kepada kes
jenayah seperti rogol, penipuan dan sebagainya.
Di samping itu, pengguna juga digalakkan untuk menggunakan fungsi privasi yang
telah disediakan oleh rangkaian sosial. Ini boleh membantu untuk mengawal kumpulan
tertentu daripada melihat maklumat peribadi dan gambar-gambar milik pengguna yang
berpotensi menjadi bahan ugutan. Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati ketika meletakkan
mesej dan gambar yang boleh menunjukkan lokasi sebenar pengguna.
Masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengatasi dan mengawal
masalah-masalah yang ditimbul dari aplikasi rangkaian sosial. Sebagai contoh, ibu bapa mesti
sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak supaya anak-anak tidak ketagihan atau
menyalahguna kemudahan internet. Ibu bapa perlu memberi bimbingan dan panduan yang
bersesuaian kepada anak-anak supaya anak-anak boleh lebih berdisiplin dan berhati-hati
memilih ketika melayari internet seperti aplikasi rangkaian sosial.

Pihak atasan rangkaian sosial juga perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan
dalam mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh aplikasi rangkaian sosial. Misalnya, sistem
penapisan pengguna dan maklumat perlu diperkuatkan bagi mengelakkan kecurian maklumat
dan penipuan. Video-video dan gambar-gambar yang berunsur negatif juga perlu ditapiskan
dan mengehadkan umur pengguna untuk mengelakkan minda remaja terjejas. Selain itu, pihak
atasan aplikasi rangkaian sosial juga boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam mengatasi
masalah tersebut seperti mengawal penyebaran maklumat yang berunsur negatif .
Kesimpulannya, aplikasi rangkaian sosial telah mendatangkan masalah sosial dalam
kalangan masyarakat. Ketimbulan masalah sosial bukan disebabkan oleh masalah pengurusan
pihak atasan aplikasi rangkaian sosial ataupun kerajaan, masyarakat juga perlu
bertanggungjawab ke atas sebab-sebab ketimbulan masalah sosial daripada aplikasi rangkaian
sosial. Kalangan masyarakat perlu sentiasa peka dan berdisiplin ketika menggunakan

perkhidmatan rangkaian sosial. Kerajaan juga perlu bertindak tegas dalam menangani masalah
tersebut. Keengganan bekerjasama masyarakat dan kerajaan dalam menangani masalah sosial
yang ditimbul oleh penyalahgunaan aplikasi rangkaian sosial bukan sahaja akan membawa
kepada kehancuran masa depan generasi muda malah akan membawa kemunduran kepada
sesebuah

Disediakan
Yeu Chai Fen (196951)

negara.

oleh

You might also like