You are on page 1of 26

GEJALA MAT REMPIT

Menurut Safiq, mat rempit merupakan istilah


kepada penunggang motosikal yang terlibat
dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan motosikal kapcai atau skuter.
Gejala sosial remaja di Malaysia sekarang.
Walaupun kebanyakan mat rempit sering
berlumba, ada juga yang cuma menunggang
secara berbahaya di jalan raya.
biasanya berkumpulan dan akan berlumba di
tengah-tengah kota khasnya pada malam hujung
minggu.
dikaitkan dengan kegiatan gangster, rompak
berkumpulan, pergaduhan, laku musnah,
kecurian dan kes buli.

dikenali mat motor dan bohjan,
Konsep mat rempit ialah berlumba secara
haram, memandu motosikal secara laju dan
merbahaya yang boleh menyebabkan
kemalangan jalan raya di samping
menyusahkan pengguna kenderaan yang lain.
Bagi mereka, keseronokkan dan kepuasan
melakukan aktiviti ini menjadi matlamat
utama tanpa memikirkan keselamatan diri
dan nyawa sendiri ataupun orang lain.

Menurut Ruhadiah, hasil kajian mendapati, 97
peratus daripada mereka disifatkan sebagai
kepala angin atau sanggup melakukan apa
saja untuk mencari keseronokan manakala
bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai
mat motor iaitu individu yang benar-benar
sukakan motosikal.
Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kepada
mencari keseronokan ketika masa lapang
atau melepaskan tekanan menjelang
peperiksaan.

Menurut kajian, 76 peratus pernah
ditahankan sekurang-kurangnya sekali atau
kesalahan sama atau jenayah ini.
24 peratus daripada mereka merupakan mat
rempit baru juga dikenali sebagai ikutan.
kajian juga mendapati 11 peratus daripada
mereka adalah pelajar termasuk Institut
Pengajian Tinggi(IPT).
Yamaha RXZ
Honda EX5
Yamaha Nuovo,
Suzuki 100
Modenas Kriss.

gejala mat rempit hanya wujud di Malaysia,
malah tiada sebarang jurnal antarabangsa
yang pernah melaporkan masalah itu kecuali
di negara ini.
Kajian UKM mendapati pelumba motosikal
haram antara penyumbang besar kepada
indeks jenayah negara.
Mat rempit itu mewakili pelbagai kaum, tetapi
majoritinya Melayu, diikuti kaum India.
Satu pertiga daripada belia Melayu yang
bergelar mat rempit adalah anak pendatang
asing yang memiliki kad pengenalan merah.
Begitu juga dengan minah rempit. Minah
rempit merupakan seorang pelumba
perempuan atau teman wanita mat rempit.
Sebahagian mereka ini seperti tiada semangat
patriotik sehinggakan sanggup mencalar
maruah dan keselamatan diri semata-mata
untuk mencari kepuasan sementara.
Kajian akademik pertama mengenai isu mat
rempit itu juga mendedahkan peningkatan
pembabitan remaja Melayu yang mencapai 95
peratus daripada keseluruhan mat rempit
seluruh negara, berbanding kajian kali
pertama pada 2002 yang merekodkan 80
peratus.

Rajah 1:
Remaja yang terlibat dalam aktiviti mat rempit ini suka membuat
perbuatan yang amat bahaya bukan sahaja kepada sendiri tetapi kepada
pengguna jalan raya yang lain seperti berdiri di atas tempat duduk
motorsikal dan menunggang dengan lumba hadapan tidak sentuh
permukaan jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Rajah 2:
Mat rempit kebanyakannya dijalankan dalam kumpulan besar pada larut
malam. Mereka menjalankan perlumbaan haram secara berkumpulan di
tengah-tengah jalan raya.
Rajah 3:
Akibat terlibat dalam mat rempit ialah akhirnya terlibat dalam
kemalangan. Gambar rajah di atas menunjukkan seorang remaja
yang terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana gejala mat
rempit.

Rajah 4:
Minah rempit iaitu teman mat rempit juga terlibat dalam perbuatan
berbahaya. Mat rempit tersebut menunggang basikal dengan tangannya
tanpa memegang motosikal.perbuatan ini amat bahaya dan mungkin
menyebabkan mereka terlibat dalam kemalangan.
Rajah 5:
Gambar atas menunjukkan lebih 100 mat rempit ditahan oleh pihak
polis ketika cuba menyertai perlumbaan haram di sekitar Padang
Kota Lama, Pulau Pinang pada awal pagi. Pihak polis telah
Berjaya menahan mat rempit berusia 16 hingga 25 tahun dalam
operasi tersebut.
penyalahgunaan dadah
parkos, iaitu ubat batuk dicampur dengan
air bergas seperti coke, kacang iaitu pil
ecstacy, eramin 5 dan boh iaitu marijuana.
remaja yang terlibat dalam kegiatan
penyalahgunaan dadah telah menyebabkan
fikiran mereka tidak jelas dan akhirnya
terperanjak dalam mat rempit yang dianggap
sebagai aktiviti bodoh.
pengaruh kawan-kawan, filem atau cerita.
Kebanyakan mat rempit masih lagi bersekolah
dan tidak memiliki lessen memandu.
dipengauhi oleh rakan sebaya dan menonton
filem atau drama lumba haram seperti KL
Menjerit, Initial D dan siri filem The Fast dan The
Furios.
Mat rempit juga melalui novel, cerpen dan komik
seperti siri mangga Initial D dan Wangan
Midnight atau permainan video seperti Need for
Speed: Underground untuk mempelajari aksi-
aksi tersebut.
Remaja pada masa ini yang belum cukup matang,
mereka akan mencontoh perbuatan dalam filem
atau cerita tanpa fikir akan akibatnya.

sebab perasaan remaja yang ingin mencuba
desakan naluri remaja yang suka mencuba
dan tidak takut kepada risiko yang bakal
ditempuh
mereka berani melakukan apa-apa sahaja
kerana ingin mengetahui perasaan yang akan
diperoleh dari perbuatan mat rempit itu.
Mereka ini mudah berasa seronok dan ingin
mencuba apa-apa yang dipaparkan oleh
media.
gaya hidup remaja itu sendiri
berpendidikan rendah yang terlibat dalam
kancah gejala Mat Rempit ini.
amat susah untuk membezakan apa yang
salah dan apa yang betul yang boleh
dijalankan.
Pergaulan mereka hanya terdedah kepada
kelompak yang sama dan memiliki pemikiran
yang sama apatah lagi masing-masing
memberi galakan kea rah negatif antara satu
sama lain seperti cabar mencabar dan
sebagainya.
Keseronokan dan kepuasan merupakan
tujuan utama dalam diri mereka.

dari keluarga bermasalah
kurangnya kasih sayang dan perhatian
mereka berasa bosan, akan mengambil jalan
mudah dengan mencari hiburan di luar rumah
bersama rakan-rakan yang lain.
ibu bapa yang suka berleter tatkala mereka
berada di rumah.
membuatkan diri mereka berasa bosan dengan
sikap ibu bapa tersebut.
Remaja yang kurang kasihan daripada ibu bapa
mereka akan lebih mudah terlibat dalam gejala
mat rempit berbanding dengan remaja yang lain
menggunakan cara terlibat dalam gejala sosial
untuk menarik perhatian ibu bapa mereka tetapi
cara ini adalah salah.

kurang berpegang kuat pada pendidikan
agama
Menurut Masruhan Khotib Al-Hafis,
Pendidikan agama merupakan perkara yang
paling utama untuk membentuk seseorang
anak itu agar ia berjaya di dalam
mengharungi hidup ini.
Remaja yang tidak berpegang kuat pada
pendidikan agama mudah dipengaruhi oleh
rakan sebaya dan tidak dapat membezakan
apanya aktiviti yang betul dan boleh
dilakukan dan apanya aktiviti yang negatif
dan tidak boleh dilakukan.

Perkembangan ekonomi sesebuah Negara
terjejas
golongan mat rempit yang terdiri daripada
golongan remaja yang masih belajar. Namun
begitu ada juga di antara mereka yang bekerja.
Golongan mat rempit biasanya akan tergolong
dengan penyalahgunaan dadah
menyebabkan mereka memerlukan modal yang
banyak untuk menampung kos berlumba dan
juga kos untuk membeli bekalan dadah.
Demi mendapatkan pendapatan yang lebih,
mereka akan melakukan aktiviti yang tidak sihat
seperti mencuri dan lain-lain.

perkembangan sosial
Kebiasaannya, mat rempit akan ditemani
pasangan masing-masing yang dikenali sebagai
minah rempit/ bohsia.
Bohsia merupakan orang yang dijadikan
pertaruhan dalam sesebuah perlumbaan.
Mereka akan mengikuti mat rempit yang
memenangi perlumbaan dan seterusnya
mengadakan hubungan seks.
Bagi bohsia yang tidak menggunakan kondom
dengan betul, akan menyebabkan mereka
mengandung anak luar nikah. Selepas melahirkan
anak itu, mereka akan membuang bayi mereka.
Keadaan inilah yang menyebabkan
perkembangan social negara semakin terjejas.

Keluarga
ibu bapa merupakan orang yang paling
penting dalam usaha membentuk remaja
yang bersikap positif.
Di rumah, ibu bapa memainkan peranan
penting untuk menjadi model terbaik kepada
anak-anak.
anak-anak di rumah adalah lebih panjang
daripada masa mereka di sekolah.

mendapatkan motivasi dalam diri
Bagi sesetengah orang, mereka memerlukan
motivasi yang berbentuk ganjaran iaitu ada
ganjaran maka barulah datanglah motivasi.
mempunyai motivasi dalam diri untuk
memilih unsur positif dalam kehidupan
Remaja juga haruslah pandai mengurus masa
sendiri dengan hanya melibatkan diri dalam
aktiviti berfaedah dan positif.
Dengan menurut salah satu prinsip daripada
tujuh prinsip pengurusan masa, remaja
haruslah senaraikan tugas yang perlu
dilakukan

mengenakan hukuman yang berat dan
penguatkuasaan undang-undang
pihak berkuasa haruslah mengenakan hukuman
berat seperti dalam bentuk denda wang yang
berat ataupun dipenjarakan.
Pihak polis boleh menjalan pemeriksaan di tepi
jalan raya di tempat yang sering dijadikan tempat
perlumbaan haram agar aktiviti mat rempit tidak
akan dijalankan kerana pihak polis menjalankan
pemeriksa di tempat itu
Dari segi lain, pihak berkuasa boleh mewujudkan
tempat aktiviti yang sesuai untuk mereka seperti
litar lumba khas dan secara percuma.

pendekatan agama
remaja lepasan SPM perlu diberi bimbingan Islam
yang berterusan bagi menguatkan jati diri
mereka dan tidak mudah terpengaruh dengan
unsur-unsur maksiat
Oleh itu perlu diadakan program pendidikan
Islam yang berterusan yang boleh melibatkan
masjid dan juga dewan orang ramai.
remaja yang kuat berpegang kepada didikan
agama akan berfikir semasak-masaknya sebelum
mengambil sebarang tindakan.
tidak akan terlibat dalam aktiviti seperti
merempit yang mungkin akan menjatuh maruah
diri dan juga maruah keluarganya.
Oleh itu, remaja haruslah diberikan pendidika
agama untuk menjauhkan diri daripada aktiviti
negatif ini.

pengeluar filem dan drama bersiri yang
berlumba-lumba menghasilkan cerita
mengenai mat rempit hendaklah menekankan
isi cerita yang penuh dengan pengajaran
supaya dapat dijadikan teladan yang baik.
Jika diperhatikan remaja sekarang lebih
berminat dengan siaran televisyen yang
menampilkan aksi-aksi lasak dan ganas yang
mana akan ditiru oleh mereka.
Oleh itu, pengeluar filem haruslah lebih
menekankan pada pengajaran dari filemnya
bukanlah keganasannya agar remaja tidak
akan dipengaruhi oleh filem.

You might also like