You are on page 1of 21

Kebanyakan mereka penganggur yang tidak mempunyai pendapatan tetap,

pekerja kilang (bahagian am), mat despatch (penghantar surat), penjual burger
jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar (sekolah dan IPT). Kajian yang
dijalankan dengan kerjasama cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu
juga mendapati, 85 peratus daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu
atau tamat tempoh sah. Kebanyakan mereka juga sering menggunakan
motosikal milik ibu bapa, abang, kawan, syarikat untuk berlumba. Agak menarik,
mat rempit mempunyai sikap setia kawan yang cukup tinggi dan sering
mengutamakan kumpulan. Contoh paling mudah ialah jika berlaku kemalangan
sama ada ketika operasi atau berlumba, mereka akan melarikan rakan mereka
dan motosikal secepat mungkin sebelum dicekup polis.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia
merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula
boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat
Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma
menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan
dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat
Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan,
pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang
digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai
dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah,
membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut
telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia
sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut
digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Hasil kajian mendapati, 97 peratus daripada mereka disifatkan sebagai kepala


angin atau sanggup melakukan apa saja untuk mencari keseronokan manakala
bakinya kira-kira tiga peratus digelar sebagai mat motor iaitu individu yang
benar-benar sukakan motosikal.Kebanyakan mat motor ini pelajar Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang lebih kepada mencari keseronokan ketika masa
lapang atau melepaskan tekanan menjelang peperiksaan.Ramai antara mat
rempit yang mengaku terbabit dalam penyalahgunaan dadah, ini membuktikan
golongan itu menjadi antara penyumbang besar kepada indeks jenayah
negara.Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam
jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme
dan seks bebas.Mereka terlalu muda dan masih belum terlewat untuk
membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan. Kebanyakan mereka berusia
antara 14 hingga 25 tahun dan majoritinya berusia lingkungan 21 ke atas,
katanya. Usia terlalu muda juga menyebabkan mereka mudah taksub kepada
ketua kumpulan terdiri daripada mat rempit senior. Ada antara mereka digelar
sifu, abang pendek, abang pendek. Tidak menghairankan jika dikaji latar
belakang mat rempit, ia menjurus kepada golongan yang datangnya daripada
keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Logiknya mereka juga
mempunyai tahap pendidikan agak rendah dan ada antaranya tercicir daripada
pengajian sekolah. Apa yang mereka tahu ialah mencari hiburan tetapi dengan
cara tersendiri yang jelas membahayakan nyawa sendiri bahkan boleh menjadi
igauan ngeri kepada pengguna jalan raya lain.

Bagaimana kita nak menangani masalah budaya merempit di kalangan remaja?


Malah keadaan akan menjadi semakin serius sekiranya kita terus membiarkan
mereka bermaharajalela. Lihat sajalah berapa banyak kes yang dikaitkan dengan
mat-mat rempit ini. Seks bebas, ragut, dadah, bunuh dan sebagainya. Semuanya
demi kepuasan diri masing-masing. Tidak dapat dinafikan ada juga di kalangan
mat-mat rempit ini yang tidak terjebak dalam masalah yang VOY nyatakan tadi,
tapi lumba haram yang disertai mereka boleh mengundang kecelakaan jalan
raya kepada diri mereka dan juga orang awam.
Jadi apakah puncanya golongan belia ini merempit dan mengapa masyarakat
kita gagal menanganinya?
Menurut Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, pensyarah di Universiti Sains
Malaysia, budaya merempit ini gagal ditangani kerana disebabkan oleh sikap
masayarakat kita sendiri. Dr. Azeem berpendapat masayarakat sering menuding
jari kepada agensi penguatkuasaan seperti polis, dan JPJ apabila menyentuh
mengenai isu rempit. Kita sebagai masyarakat tak boleh buat endah tak endah
jer dengan perkara ini.
Ada betul jugak kata Dr. Azeem ni, tetapi mat-mat rempit ini mudah melenting
apabila dicabar dan ditegur. Ada antara mereka ni tak makan saman. Takut-takut
kita pulak yang akan menjadi sasaran diorang selepas ini. Tu yang ramai takut
nak berbuat apa-apa.
Dr. Azeem juga berpendapat faktor utama kegiatan merempit adalah disebabkan
golongan itu berasa bosan dan mahu mencari keseronokan ekstrem dalam hidup
mereka. Faktor tersebut dibimbangi kemudiannya akan mengundang kepada
masalah jenayah lain seperti pergaduhan, merompak, ragut dan rogol. Dalam hal
ini, ibu bapa merupakan institusi utama yang perlu dipersalahkan kerana tidak
memantau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya tahu anak-anak
mereka berkawan dengan siapa, dan ke mana mereka pergi. Ibu bapa
seharusnya membimbing dan bukannya mengharapkan para guru di sekolah
semata-mata.
Satu lagi faktor yang VOY rasakan menarik minat remaja dan para belia untuk
menyertai aktiviti perlumbaan haram ini adalah kehadiran filem-filem yang
berunsur rempit dan budaya bebas di pawagam. Nak kata filem orang luar pun
bukan. Filem buatan Malaysia lagi tu. Tajuk-tajuk filem seperti Rempit, dan
Bohsia memang menjadi kegilaan di kalangan anak-anak muda masa kini.
Memang tujuan asal filem-filem ini untuk memberi kesedaran. Persoalannya
adakah mereka yang menonton dapat menerima mesej utama yang cuba
disampaikan atau mereka hanya mahu melihat adegan-adegan panas dan
ekstrem dalam filem itu saja? Korang lihat sendiri peningkatan kes perlumbaan
haram selepas filem Rempit ditayangkan. Alasan utama pengarah dan penulis
skrip adalah mereka cuba menunjukkan situasi sebenar masyarakat.

Mat Rempit merupakan istilah baru yang muncul dalam diari kehidupan anakanak muda.Mat Rempit merujuk kepada gelagat atau perilaku anak muda yang
terlibat dalam kegiatan lumba motosikal haram. Isu Mat Rempit dan kerenah
buruk mereka sering kali dipaparkan dalam media negara. Kes yang melibatkan
Mat Rempit sering menghias dada akhbar telah memeningkan masyarakat
termasuk pihak polis. Mereka tidak pernah serik ditahan polis,dijatuhkan
hukuman oleh mahkamah atau melihat rakan seperjuangan maut di depan
mereka. Mereka terus menjadi raja di jalan raya dan terus angkuh
memperlihatkan aksi akrobatik seperti dirasuk syaitan. Menurut Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan, budaya kumpulan motosikal Hell-Angel itu ditiru
secara tidak langsung oleh Mat Rempit sehingga mereka turut terjerumus dalam
kegiatan jenayah. Statistik polis pula menunjukkan bahawa majoriti golongan
berani mati ini terdiri daripada remaja yang masih bersekolah hinggalah remaja
berusia 20-an yang bakal merajui Negara.
Masyarakat kita haruslah sama-sama berganding bahu mengenal pasti puncapunca gejala Mat Rempit dan mencari langkah-langkah yang sewajarnya untuk
meminimumkan masalah ini.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh
media massa merupakan punca dominan kepada masalah Mat Rempit yang
semakin berleluasa pada masa kini. Pengaruh budaya luar yang diserap ke
dalam media massa telah meracuni fikiran belia. Perbuatan tidak bermoral Mat
Rempit seperti penagihan dadah, seks bebas, pengambilan alkohol. Jenayah
ragut, dan sebagainya sebenarnya meniru budaya Hell-Angel dari Amerika
Syarikat. Budaya tersebut telah disanjungi oleh remaja kerana menganggap ilusi
cool mereka sebagai aktiviti menyeronok. Selain itu, filem-filem yang
mengandungi unsur-unsur perlumbaan juga terus mempengaruhi minda remaja.
Contohnya, filem-filem seperti Tokyo Drift, Fast And The Furious, Initial-D, dan
Kuala Lumpur Menjerit telah mendorong golongan remaja mempelajari aksi-aski
pelakon yang dianggap bergaya dalam filem-filem tersebut. Golongan Mat
Rempit yang dipengaruhi oleh media massa pula ghairah mengubahsuaikan
motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan
ciri-ciri keselamatan.
Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak mahu memakai topi
keledar semasa menunggang motosikal.Sikap ibu bapa yang tidak mengambil
berat tentang kelakuan anak mereka juga mengakibatkan gejala Mat Rempit.
Pada masa kini, sikap ibu bapa yang mementingkan aspek materialistik telah
menyebabkan mereka begitu fanatik untuk mencari wang demi meningkatkan
kehidupan mereka. Akibatnya, mereka telah mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai ibu bapa untuk mendidik anak mereka. Mereka tidak mengambl

berat tentang keselamatan anak mereka dan membiarkan anak mereka


menunggang motosikal tanpa berlesen. Situasi ini amat berbahaya kerana anak
mereka yang tanpa lesen tidak mengetahui keselamatan dan kemungkinan
besar terlibat dalam perlumbaan haram. Selain itu, mereka juga akan merayaurayau di jalan raya. Mat rempit ini juga ibarat kutu rayau yang suka merayau dan
mengganggu ketenteraman pada waktu malam. Di samping itu, sesetengah ibu
bapa terlalu liberal terhadap sosial dan tidak pernah menegur tingkah laku anak
mereka sudah tentu memburukkan keadaan ini. Sekiranya ibu bapa tidak
berupaya memberi tunjuk ajar yang betul, sudah tentu jati diri anak yang
dibentuk jauh rapuh. Sikap ibu bapa inilah ibarat ketam menyuruh anaknya
berjalan lurus.Isu Mat Rempit yang semakin berleluasa juga disebabkan oleh
kelonggaran penguatkuasaan undang-undang.Contohnya, usaha polis trafik yang
mengadakan sekatan jalan raya dan mengawasi pengerakan Mat Rempit seolaholah diperlekehkan oleh golongan Mat Rempit.
Hal ini menyebabkan mereka semakin mendabik dada untuk mencabar
kewibawaan undang-undang. Mereka yang bijak melarikan diri daripada
pengawasan pihak berkuasa dan akan cuba beberapa kali untuk berlumba di
atas jalan raya. Mereka tidak berasa jemu masuk ke lokap apabila ditangkap
kerana mereka berupaya membayar kompaun atau saman yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Mereka akan memberanikan diri untuk
menperjudikan nyawa diri di atas jalan raya semata-mata untuk keseronokan.
Menurut statistik yang dikeluarkan, gejala Mat Rempit bukan sahaja tertumpu di
Kuala Lumpur tetapi telah merebak hampir kesemua negeri di Malaysia. Suasana
hening malam minggu juga bertukar menjadi bingit dan bising dengan deruman
motosikal. Aksi-aksi mereka yang memperlihatkan willy dan wilkang amat
berbahaya sekali bukan sahaja kepada diri, tetapi juga kepada penggunapengguna jalan raya.Bagi membendung masalah Mat Rempit ini daripada terus
berleluasa, langkah-langkah inisiatif haruslah diambil dengan secepat mungkin.
Undang-undang yang lebih ketat dan sistematik dan haruslah dikuatkuasakan.
Pihak polis haruslah meningkatkan langkah pnguatkuasaan dan tidak
berkompromi dengan golongan ini serta mengelakkan daripada amalan
mengambil rasuah semasa mengambil tindakan terhadap mereka.Contohnya,
polis trafik telah mengarahkan 5000 pengawai dan anggota menjalankan operasi
secara besar-besaran untuk menangani masalah Mat Rempit bagi memastikan
mereka tidak menggugat ketenteramam awam menjelang Tahun Melawat
Malaysia 2007. Cadangan untuk merampas motosikal dan menggantung lesen
mereka yang terlibat dalam dalam gejala lumba haram juga terlihat sebagai satu
prakasa yang dapat menangani masalah ini. Secara tidak langsung, langkah ini
juga akan memberi isyarat yang nyata bahawa kerajaan memandang serius
terhadap gejala Mat Rempit ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil
langkah drastik bagi menangani masalah ini.
Sikap ibu bapa yang seharusnya prihatin terhadap kegiatan anak mereka juga
dapat mengurangkan gejala Mat Rempit. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih
banyak masa untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka juga harus dijadikan
sebagai teladan yang baik terhadap anak-anak mereka supaya amalan-amalan
bermoral dapat dicontohi oleh anak-anak mereka. Hal ini menggambarkan
bagaimana acuan, begitulah kuihnya telah menunjukkan betapa pentingnya
pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak. Ibu bapa juga harus mementingkan

kebajikan anak mereka tetapi bukan kelihatan liberal tentang sosial. Sikap begini
secara tidak langsung dapat membantu dalam mengurangkan kes-kes yang
membabitkan Mat Rempit. Sebagaimana gejala sosial yang lain, peranan yang
dimainkan oleh ibu bapa amat penting untuk menjayakan sebarang usaha
menangani masalah tersebut. Mereka harus bersikap positif dan aktif dalam
bekerjasama dengan pihak masyarakat supaya dapat membendung masalah ini.
Sikap ibu bapa yang tidak endah terhadap apa-apa yang berlaku di sekeliling
mereka juga harus dielakkan. Hal ini dapat menjamin supaya gejala Mat Rempit
dapat diatasi dengan mujarab.Kesimpulannya, masalah Mat Rempit haruslah
dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa,
masyarakat dan kerajaan. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Sikap berganding bahu dan menggembleng kudrat
antara pihak-pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Hal
ini disebabkan Mat Rempit terdiri daripada golongan remaja belia yang bakal
menerajui kepimpinan sesebuah negara. Mereka ini merupakan modal insan
yang sangat berharga sekiranya didekati, dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan
akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri berhemah tinggi,
bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa.
Kemungkinan dengan usaha tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin
motosikal dan aksi gila Mat Rempit tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari
nanti. Oleh itu, isu Mat Rempit perlu diambil berat dan diminimumkan dengan
segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging yang akan membobrok
pembangunan sesebuah Negara.

UMURNYA baru mencecah 13 tahun ketika


terlibat dalam kegiatan lumba motosikal haram. Namun, Alif sudah dianggap otai
dalam geng pe;esit rempit.Kepandaiannya mengubah suai motosikal turut
memberi kelebihan kepada anak muda yang berasal dari Ipoh, Perak, itu untuk
merajai jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Ipoh.
Saya tak ada motor sendiri waktu tu. Tetapi disebabkan keberanian saya, ramai

kawan-kawan yang menawarkan motosikal mereka untuk saya berlumba, kata


Alif yang enggan wajahnya dirakam.Kini, umur Alif sudah mencecah 22 tahun.
Dalam tempoh sembilan tahun lalu, sudah beberapa kali dia terlepas daripada
sekatan jalan raya pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Walaupun
sedar dengan seribu satu risiko berlumba secara haram, hatinya cepat panas
apabila ada penunggang motosikal lain yang sengaja membuat bising dengan
memulas-mulas pendikit minyak sekuat hati.Cerita Alif, terlibat dalam
kemalangan memang biasa berlaku namun jika ia melibatkan rakan sendiri,
kesannya sangat mendalam.
Saya pernah menyaksikan kemalangan yang melibatkan tiga orang rakan saya
yang sedang berlumba membabitkan sebuah kereta Perodua Kembara,
katanya.Menurut Alif, perlumbaan tersebut baru saja dimulakan apabila kereta
tersebut tiba-tiba muncul. Kerana tidak dapat mengawal motosikal yang
ditunggang laju, ketiga-tiga motosikal rakan Alif merempuh bahagian hadapan,
tepi dan belakang Kembara berkenaan.Akibatnya, dua daripada mereka parah
manakala seorang lagi koma.
Ketika kami keluarkan mereka dari bawah Kembara berkenaan, keadaan mereka
hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.Nak dijadikan cerita, pemandu dan wanita itu
mendakwa mereka dikasari oleh kami manakala wanita itu pula dicabul. Memang
kecoh masa tu.Keadaan menjadi semakin panas apabila lelaki berkenaan
bertindak mengundurkan Kembara tersebut dan melanggar seorang lagi mat
rempit yang cuba menarik keluar rakan mereka yang terperosok di bawah
kenderaan itu, imbau Alif.
Daripada tiga saja yang tercedera, kini bertambah empat. Disebabkan tindakan
pemandu Kembara tersebut, rakan rempit yang lain menterbalikkan kenderaan
pacuan empat roda itu kerana marah.Malah pemandu tersebut turut dibelasah
oleh mat rempit daripada kumpulan lain.Rebut habuanBercerita lanjut,
pergaduhan serta pertikaman lidah biasa terjadi dalam kalangan mat motor
walaupun ia melibatkan perkara remeh.Apabila ditanya mengenai perempuan
yang menjadi habuan, jelas Alif, ia memang ada dan sebenarnya atas kerelaan
gadis itu sendiri.Selalunya, gadis-gadis ini akan himpit mat motor yang
menang.
Selain daripada dapat habuan, secara tak langsung, dia juga akan
popular.Begitu juga dengan pe;esit rempit, lagi banyak perlumbaan yang dia
menang, lagi banyak habuan dia dapat dan jadi lebih terkenal, kata Alif yang
hanya memilik lesen memandu pada umur 18 tahun.Menyentuh mengenai wang
pertaruhan, jelas Alif yang sekadar menamatkan pendidikan di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) itu, wang pertaruhan bergantung kepada bilangan
pelumba dan jumlah wang yang hendak dipertaruhkan.Ada yang sampai
RM2,000. Ada juga hanya sekitar RM1,000. Lagi gila perlumbaan tersebut, lagi
tinggi ganjarannya, jelasnya.Alif turut memberitahu, mereka akan menghantar
pengintip terlebih dahulu untuk memastikan jalan yang akan digunakan untuk
berlumba bebas daripada pengawasan pihak berkuasa.

Kini, Alif sudah matang usia


dan fikiran. Dia tidak lagi berlumba secara serius. Malah, penubuhan sebuah
kelab konvoi motosikal kuasa enjin kecil memberikan dimensi baru dalam
kehidupannya.
Saya tetap katakan berlumba motosikal ini adalah menyeronokkan. Tapi lebih
seronok sekiranya dilakukan di litar yang sah dengan tahap keselamatan yang
terjamin.
Secara peribadi, memang menyakitkan apabila melihat kawan anda terlantar
dengan keadaan patah-riuk, malah nyawa-nyawa ikan akibat kemalangan
bodoh, katanya.

Gejala lumba haram atau lebih dikenali dengan istilah mat rempit telah menjadi
satu isu yang begitu memeningkan semua pihak. Pihak kerajaan berusaha
mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan pelbagai tindakan tetapi masih
gagal. Begitu juga dengan pihak masyarakat terutamanya ibu bapa yang turut
berusaha menghalang anak-anak mereka terjerumus ke lembah hina ini hanya
melihat kegagalan sahaja. Media massa dengan keupayaan mereka menyiarkan

pelbagai program kesedaran turut menemukan jalan buntu dalam kemelut ini.
Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan masalah ini timbul harus dikaji secara
mendalam untuk memastikan semua langkah yang diambil memang memberi
kesan yang positif.
Sebenarnya masalah ini tercetus kerana kegagalan pihak ibu bapa melaksanakan
tugas mereka dengan berkesan. Maknanya, ibu bapa tidak berupaya mendidik
anak mereka supaya menyedari bahawa lumba haram merupakan aktiviti yang
salah di sisi undang-undang. Kegagalan ibu bapa ini mungkin berkaitan dengan
ketidakupayaan mereka untuk menjadi ibu bapa atau tidak memahami keperluan
emosi anak mereka. Lantaran itu, anak mereka beralih ke arah lumba haram
sebagai satu cara untuk memenuhi keperuan emosi mereka sebagai manusia
yang perlu disayangi dan difahami perasaannya.

Untuk menyalahkan ibu bapa seratus peratus bukanlah satu jalan penyelesaian
yang bijak kerana keadaan dunia yang serba moden terutama era globalisasi ini
turut menjadikan masalah lumba haram ini mudah merebak. Penyiaran program
barat terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam
naluri remaja di negara ini. Kehidupan yang serba moden mendedahkan remaja
kita dengan pelbagai dugaan nafsu yang sukar untuk ditolak terutama
kenikmatan lumba haram. Jelaslah, lumba haram bertambah ekoran bertambah
modennya kkehidupan di negara ini terutama di bandar-bandar kosmopolitan.
Selain itu, kegagalan pihak kerajaan turut ketara terutama dalam menyediakan
suasana kehidupan yang lebih ceria kepada remaja. Ketiadaan tempat untuk
remaja meluangkan masa dengan berkesan turut menjadi faktor penentu
merebaknya masalah ini. Begitu juga dengan kegagalan kerajaan untuk
menyediakan peluang kerja yang cukup membawa ramai remaja beralih ke arah
lumba haram untuk memenuhi masa mereka. Oleh itu, kerajaan turut memikul
kesalahan atas munculnya gejala negatif ini.Sikap masyarakat yang tidak
prihatin menjadikan masalah ini berleluasa.
Kita tidak menganggap masalah ini masalah sendiri selagi tidak ada ahli
keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan jika melihat
aktiviti umba haram di kawasan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pihak
polis sukar untuk menahan mereka yang terbabit dalam aktiviti negatif ini kerana
tiadanya kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan telinga pihak berkuasa.
Jelaslah, sikap masyarakat yang bagai pucuk melepaskan duri masing-masing
menjadikan kemelut sosial ini berlanjutan sehingga sukar untuk dikawal
sekarang.
Konlusinya, masalah lumba haram harus dibanteras segera menerusi kerjasama
semua pihak. Remaja juga harus memiliki jati diri yang kukuh supaya tidak
mudah terpedaya untuk menyertai aktiviti lumba haram ini. Mereka harus
memikirkan pendidikan, kerjaya dan masa depan mereka daripada memikirkan
keseronokan sementara sahaja. Mungkin remaja harus merenung diri mereka
sekarang. Apakah yang mereka mahukan dalam hidup ini?
-------------------------------------------------------------------------------------------------

a) Punca lumba haram

Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor


berikut:-Pengaruh rakan sebaya.Filem atau drama lumba haram seperti KL
Menjerit, Initial D dan The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Walaupun
penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksiaksi lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang
tidak mengendahkan amaran tersebut.Novel, cerpen atau komik seperti
siri manga Initial D.Majalah kenderaan ubahsuai.Permainan
video seperti Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Most
Wanted.Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar
Sepang adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang
pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).Penganjur yang
menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang
membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

b) Impak lumba haram (positif dan negatif)

Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan


pelumba haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca
daripada lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram
menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan
raya.Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan
maksiat di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan
hadiah wang yang sememangnya mempunyai kaitan denganperjudian,
penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk
ditiduri.Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan
industri automotif berikutan penambahan jualan keretadan motosikal serta
pengubahsuaian kenderaan.Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan
pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang
dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa
dan tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.Lumba haram

juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan


kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba
haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan
perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana
dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan
kenderaan mereka kepada pemenang.

c) Usaha mencegah lumba haram

Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram
terutamanya di kalangan remaja seperti berikut:-Memperbanyakkan
aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Cub
Prix danPesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut
penganjur perlumbaan mengenakan bayaran penyertaan yang rendah serta
subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja
menyertainya.Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis.
Untuk membolehkan pihak polis membanteras gejala lumba haram dengan lebih
berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau motosikalyang lebih laju
dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan
kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram.Mengadakan kempen pemanduan berhemah di
sekolah dan kawasan tumpuan awam.Menguatkuasakan undang-undang yang
lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lumba haram.

------------------------------------------------------------------------------------------------Isu Mat Rempit tidak akan selesai kerana kita tidak reti mendekati mereka. Mat
Rempit bukan lembu atau kerbau yang bisa dihalau masuk kandang mengikut
kehendak kita. Mat Rempit adalah insan biasa seperti saya dan anda. Mereka
adalah produk keluaran masyarakat moden berjiwa besar yang kerdil ilmu.

Walaupun negara kita dikategorikan dalam kumpulan negara membangun, tetapi


dalam sesetengah perkara kita setaraf negara maju. Malah dalam hal tertentu,
terutamanya yang berkaitan pembangunan fizikal kita berada di atas sesetengah
negara maju.
Namun dalam pembangunan insaniah, kita agak ketinggalan. Walapun rakyat
Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin tetapi hanya dalam hal
tententu. Sikap prihatin kita tidak menyeluruh. Kita hanya prihatin dalam
lingkungan sendiri sahaja.

Kita hanya peka terhadap kepincangan keluarga. Kepincangan dalam masyarakat


jarang kita ambil pusing. Kita hidup bagai enau dalam belukar, berlumba
melepaskan pucuk masing-masing. Berlumba bermakna bersaing. Dalam semua
persaingan mesti ada yang kalah. Apabila ada menang, ada kalah, maka akan
ada pula rasa tidak puas hati. Masyarakat yang dibesarkan dalam lingkungan
perlumbaan, persaingan, kalah, menang dan tidak berpuas hati, sukar untuk
bekerjasama. Kalau ada pun kerjasama, sekadar kerjasama secara paksaan atau
terpaksa.
Masyarakat yang tidak ada semangat kerjasama secara ikhlas bakal
membenihkan segala nilai negatif. Konsep perkongsian tidak dapat diterapkan.
Nak berkongsi apa kalau masing-masing mahu menang dalam
perlumbaan.Sebab itulah, setiap simbol perlumbaan mesti dielakkan. Malah,
bersukan yang terlalu menitikberatkan kalah-menang mesti dihapuskan.
Saya menamakan masyarakat begini sebagai masyarakat yang sakit kerana
keadaannya lebih tenat daripada tidak sihat.

Apakah yang dapat kita harapkan daripada orang sakit? Kita tidak dapat
mengharapkan apa-apa selain kesembuhannya daripada sakit. Tidak masuk akal
sekiranya kita mengharapkan seorang petani moden yang seliuh buku lali
memanjat kelapa muda kerana kita dahaga air kelapa. Kita juga tidak boleh
minta nelayan yang demam turun ke laut kerana kita kehabisan ikan di pasaran.
Kita juga tidak boleh mendesak pakar ekonomi yang sedang berbaring di wad
memikirkan cara meningkatkan ekonomi negara. Apa yang dapat kita lakukan
ialah tunggu mereka baik dahulu. Mereka tidak akan baik tanpa doktor, rawatan
dan ubat yang betul.
Berbalik kepada isu Mat Rempit. Mat Rempit ialah hasil yang dikeluarkan oleh
masyarakat yang sakit. Kalau kita mahu hasilnya baik, pulihkan dahulu
masyarakat itu.
Malah merempit ialah manifestasi daripada kehidupan masyarakat yang sentiasa
berlumba-lumba. Siapa cepat dia dapat. Siapa kuat, dia di atas. Siapa lemah, dia
di bawah. Mat Rempit ialah produk yang diusahakan oleh masyarakat kita
sendiri. Bukankah kita yang mewujudkan suasana perlumbaan dan persaingan?

Masyarakat Kuala Lumpur dan kota besar yang lain begitu ramai yang sakit.
Betapa tidak sakit, rumah cuma dua bilik, sedankgan anak berdozen, ada lelaki
dan perempuan. Kehidupan dalam rumah yang sempit begini menekan dan
mempengaruhi emosi.
Bosan di rumah kerana pengap dan sendat, keluar jalan-jalan. Hendak ke mana?
Hendak tenangkan fikiran, taman-taman rekreasi jauh. Hendak cari hiburan
semuanya berbayar. Jiwa remaja tidak sesuai berehat di masjid, gereja atau kuil.
Nasib baik ada motosikal. Rempit sahajalah. Dapat menghiburkan hati walaupun
berbahaya. Remaja mana takut bahaya. Semakin bahaya semakin teruja.

Pendekatan yang salah terhadap Mat Rempit bukan sahaja tidak membawa
sebarang hasil, malah keadaan menjadi semakin teruk. Orang muda suka
perkara yang mencabar. Jadi, apabila mereka terasa mereka sedang dicabar,
mereka akan semakin galak, malah mungkin ganas.

Malah kebelakangan ini, Mat Rempit seperti mula mengganas. Mereka melanggar
petugas trafik, merempuh kereta, memasuki laluan bertentangan apabila dikejar
polis, membuli dan memukul mangsa dengan kejam. Oleh itu, kita tidak boleh
lagi sekadar berteori atau bermadah tentang cara -cara mengatasi masalah ini.
Kita mesti segera turun padang dengan berbekalkan kesungguhan.

Namun, pendekatan undang-undang belum tentu berkesan. Apabila mereka


ditangkap, bukan mereka yang susah, tetapi ibu bapa mereka yang berendam air
mata. Oleh itu, pendekatan yang sesuai harus difikirkan.

Dahulu saya salah seorang Mat Rempit. (Masa itu istilah Mat Rempit belum
ada)Sewaktu jalan raya Kota Bharu Pengkalan Chepa baru siap, saya dan
kawan-kawan menjadi raja jalan di sana. Setiap malam Sabtu kami pergi
merempit. Masa itu motosikal Yamaha RXS sangat popular kerana kelajuannya
luar biasa. Malam yang paling seronok bukan malam dapat meniduri gadis jelita
kerana menang lumba, tetapi malam yang dikejar polis. Seronok.
Selepas jalan raya Kota Bharu Pengkalan Chepa jenuh dengan mata-mata, kami
beralih ke Lebuh Raya Pasir Mas Rantau Panjang. Pernah sekali motosikal kena
angkut naik lori polis. Dua minggu murung. Lepas kaotim sama polis, lumba lagi.

Apa yang kami dapat dengan merempit? Sangat berharga. Dua orang rakan baik
maut di atas jalan raya ketika sedang berlumba. Insaf? Ya. Tetapi bukan kerana
kehilangan rakan, tetapi kerana nasihat daripada masyarakat yang prihatin.
Masyarakat tidak pernah menghukum kami, jauh sekali menggelar kami ganas
atau penjenayah remaja. Malah masyarakat memberikan kami kasih sayang
seperti insan lain.

Namun, Mat Rempit dahulu dan Mat Rempit sekarang berbeza kerana
kesakitan masyarakatnya berbeza. Remaja di kampung mempunyai sumber
kewangan yang terhad. Jadi, nakalnya juga terhad.

Jiwa Mat Rempit begitu keras. Oleh itu, pendekatan yang keras pasti gagal.
Benda keras berlanggar dengan benda keras akan pecah. Pendekatan lembut
tetapi sesuai amat mustahak.
Ingat, Mat rempit bukan lembu atau kerbau. Oleh itu, kita mesti mendekati
mereka dengan kesedaran bahawa mereka bukan punca penyakit tetapi
produk yang terhasil daripada masyarakat yang sakit.
INFO: Mat Rempit
- 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan
sama atau jenayah. - 24 peratus daripada mereka akan mat rempit baru (ikutan).
- 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi
(IPT).

Kajian:
- pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
- Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
- Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)
Kawasan kajian:
- Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
- Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
- Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
- Zon Selatan (Johor).
Antara geng mat rempit:
- Apache (Kuala Lumpur)
- Budak Shell (Kuala Lumpur)
- Man Botak (Pantai Timur)
- Man Kerinting (Pantai Timur)
- Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)
Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:
- Yamaha RXZ
- Honda EX5
- Yamaha Nuovo
- Suzuki 100
- Modenas Kriss
Cadangan:
1) Mewujudkan tempat aktiviti sesuai untuk mereka seperti litar lumba secara
percuma.
2) Menghantar mat rempit menyertai aktiviti atau program yang mampu
mengubah tingkah laku mereka dan wujudkan sikap saling menghargai.
Posted by 92 SaVaDi KaiGuRlZat 3:40 AM4 comments:
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

FRIDAY, AUGUST 20, 2010


Langkah mengatasi : Pihak berkuasa (Fikri - 204528)

Bagi membendung masalah lumba haram yang semakin berleluasa, pihak


berkuasa memainkan peranan yang penting supaya masalah ini dapat di kawal
dengan segera. Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa adalah
perlu lebih serius mengadakan kempen untuk mengatasi masalah lumba haram.
pihak berkuasa perlu mengadakan kempen ini secara berterusan untuk memberi
kesedaran kepada golongan muda supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti
lumba haram serta lebih menghargai diri dan nyawa mereka sendiri. Kempen ini
juga boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya dapat memberi pendedahan
awal kepada remaja mengenai keburukan sekiranya terlibat dengan lumba
haram. Selain itu, pihak berkuasa harus mengadakan operasi sekatan jalan raya
untuk mengawal perlumbaan haram yang sering dilakukan pada hujung minggu.
Operasi tersebut perlu dilakukan sekerap mungkin terutamanya di lokasi yang
menjadi tumpuan"mat rempit" untuk melakukan perlumbaan haram agar
kegiatan tersebut tidak terus bermaharajalela.
POSTED BY LUMBA HARAM AT 4:12 PM
0 COMMENTS:
Post a Comment
Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
FOLLOWERS

http://isusosialbmpengurusan.blogspot.com/

SOALAN:
Gambar di atas menunjukkan kegiatan lumba haram yang sedang dilakukan oleh remaja di
negara kita. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam aktiviti
lumba haram. Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Belakangan ini masyarakat telah dihebohkan oleh media massa tentang kegiatan lumba
haram. Gejala ini telah mula menular dalam kalangan remaja di bandar dan luar bandar.
Mereka seolah-olah sudah hilang pertimbangan dan haluan hidup yang sebenarnya. Malah
lebih menyedihkan kerana kita mengharapkan mereka menjadi pewaris pembangunan negara
pada masa akan datang telah hanyut dengan budaya negatif ini. Persoalannya apakah puncapunca yang mendorong para remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram yang semakin
membimbangkan itu.
Pengaruh rakan sebaya merupakan penyebab utama penglibatan para remaja dalam kancah
lumba haram. Walaupun lumba haram tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mereka
tetapi berasa seronok apabila dapat menjadi pengikut kepada rakan-rakan mereka yang
terlibat dengan lumba haram. Pengalaman bersama-sama rakan telah mendorong remaja yang
tidak pernah berlumba untuk menyertai sama perlumbaan yang dianjurkan oleh kumpulan
mereka yang biasa diadakan pada malam minggu. Masalah ini lebih sukar untuk diatasi
kerana mengikut kajian, para remaja kini lebih mudah terikut-ikut dengan perangai rakanrakan mereka. Oleh kerana bimbang akan disisihkan daripada kumpulannya para remaja tidak
mampu menolak desakan rakan-rakan untuk berlumba dan akhirnya mereka terjebak dalam
kegiatan yang negatif itu.
Selain itu, sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru dan sanggup menghadapi
risiko kemalangan telah merumitkan lagi masalah ini. Para remaja juga kreatif apabila
mengubahsuai enjin dan komponen motosikal mereka untuk meningkatkan kelajuan bagi
menjuarai perlumbaan yang akan disertainya. Perbuatan ini sebenarnya telah menyalahi
undang-undang negara kerana boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang
lain. Semua perkara itu tidak menjadi perhitungan para remaja kerana sikap
bertanggungjawab sudah hilang daripada mereka. Sehubungan dengan itu, mereka tidak dapat
menilai lagi sama ada aktiviti lumba haram itu mendatangkan kebaikan atau keburukan
kerana tumpuan mereka sekarang hanya ingin berseronok sahaja.Oleh itu, sikap negatif para

remaja hari ini telah menyebabkan kegiatan lumba haram sangat sukar untuk ditangani oleh
pihak berkuasa seperti polis.
Di samping itu, pihak media massa turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti lumba
haram dalam kalangan anak muda di negara kita sekarang. Media massa memang telah diakui
mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam usaha membentuk sahsiah diri para remaja
melalui penyiaran pelbagai rancangan sama ada berbentuk motivasi, drama dan tayangan
filem. Impaknya golongan ini akan mudah terikut-ikut dengan contoh yang disajikan kepada
mereka semasa menonton televisyen. Sebagai contoh apabila TV3 menyiarkan filem KL
menjerit dan Bohsia banyak aksi remaja menunggang motosikal secara berbahaya di jalan
raya telah ditujukkan dan akan ditiru oleh para remaja secara beramai-ramai. Oleh itu, tidak
hairanlah apabila kita sentiasa melihat pelbagai aksi merbahaya dilakukan mereka semasa
memandu di jalan raya.
Kesimpulannya, gejala lumba haram dalam kalangan remaja bukan isu baru kerana sudah
lama berlaku di negara kita. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini masalah tersebut
menjadi semakin serius berikutan sikap remaja yang tidak mempunyai semangat untuk
memajukan diri, masyarakat dan negara. Mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti
yang tidak berfaedah seperti lumba haram yang akhirnya akan menghancurkan masa depan
mereka. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berusaha menangani gejala lumba
haram dalam kalangan remaja pada hari ini sebelum nasi menjadi bubur.
http://cikguzulkb.blogspot.com/2010/03/isu-lumba-haram-dalam-kalanganremaja.html

Kesan Gejala Perlumbaan Motosikal Secara Haram

Pendahuluan

-maksud perlumbaan motosikal secara haram/gambaran/ konsep/skop


yang dikatakan sebagai perlumbaan haram.
-huraikan isu dengan gambaran semasa/ bersama dengan contoh atau
fakta yang relevan
-menimbulkan kesan negatif
-pelbagai langkah yang berkesan perlu diambil.

Kesan negatif

1. Mereka yang terlibat dengan perlumbaan haram mudah terjerumus


dalam kegiatan jenayah, seperti pergaduhan, perjudian, pengambilan dadah,
seks bebas, dan sebagainya. (Huraikan contoh-contoh yang diberi)

2.Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising dan berlagak


samseng.

3.Mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain seperti bersikap


agresif semasa berlumba, bertindak ganas jika dihalang, menunggang secara
berbahaya, melanggar peraturtan jalan raya dan sebagainya. (Huraikan setiap
contoh itu)

4.Menyusahkan diri sendiri dan membahayakan diri sendiri - kecederaan


parah, kecacatan, dan menjejaskan aktiviti harian serta boleh menyebabkan
kematian.

5.Imej pihak berkuasa seperti polis dan JPJ tercalar kerana kegagalan
mereka mengatasi isu lumba haram. Mereka dituduh tidak prihatin, tidak cekap,
makan gaji buta, rasuah dan sebagainya. (Huraikan dan jelaskan contoh yang
diberi)

Langkah

1, Mengetatkan undang-undang dan meningkatkan penguatkuasaannya.


Gubal undang-undang yang lebih ketat ( hukuman lebih berat, denda tinggi,
rampas motor pelumba dan penonton ) dan tingkatkan operasi membanteras
lumba haram ( sekatan jalan, risikan, rondaan, kempen dan sebagainya).

2. Kempen kesedaran untuk cegah lumba haram ( Kempen Antilumba


Haram - jelaskan matlamat, sasaran dan medium kempen).

3.Pembinaan litar untuk perlumbaan untuk galakkan minat berlumba


secara sah, selamat dan bermanfaat. ( Huraikan contoh itu).

Penutup

Beri pendirian anda tentang isu ini ( marah, suka, benci, seronok dll)
Nyatakan harapan anda.
Nyatakan kemusykilan anda.

Nyatakan cadangan secara umum ( bukan senaraikan semula langkah


yang telah ditulis).
http://khirjohariamajid.blogspot.com/2013/01/kesan-gejala-perlumbaanmotosikal.html

PERANAN KELUARGA DALAM MENGATASI


MASALAH PERLUMBAAN HARAM DALAM
KALANGAN REMAJA/MAT REMPIT
Mat Rempit merupakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram di jalanjalan raya dengan
menunggang motosikal. Kebanyakan mereka berusia antara 15 hingga 30 tahun. Sesetengah daripada
merekamasihberadadialampersekolahan.Merekagemarmenunggangmotosikalsecarasendiriandan
ada juga yangmelakukannya secara berkumpulan. Terdapat sesetengah daripada mereka yang tidak
memilikilesenmemandu.Merekamenjadikanjalanrayasebagaigelanggangtempatberlumbamotosikal.
Sekiranyatidakditangani,masalahinisangatmembahayakanpenggunapenggunajalanraya.Olehitu,
keluargamemainkanperananyangsangatpentingdalammengatasimasalahperlumbaanharamini.

Ibubapahendaklahmendidikanakanakmerekadenganmemberikandidikanagamadanmoral.Halini
demikiankeranasemuaagamasepertiIslam,Buddha,KeristiandanHindumemintapenganutnyasentiasa
melakukankebaikan.MenurutajaranIslam,setiapperbuatanyangbaikituakandibalasdengankebaikan,
iaitudiberikanpahala,manakalaperbuatanyangjahatpulaakandibalasdengankejahatanjuga,iaitudosa.
Denganajaranyangdemikian,anakanakremajatidakakanmudahterpengaruhdenganrakanrakanyang
mengajakmerekamelibatkandiridenganperlumbaanharam.Natijahnya,ajaranagamamerupakansenjata
yangpalingampuhuntukmengatasimasalahperlumbaanharamdalamkalanganremaja.

Selainitu,ibubapamestilahsentiasamengawasipergerakananakanakmereka.Antaralain,ibubapa
hendaklahsentiasamengambiltahutentangrakananakanakdantempatmerekaberada.Anakanaktidak
seharusnyadiberikankeizinanuntukkeluarrumahtanpasebarangtujuan.Halinidemikiankeranamereka
selaluberlumbaharampadamalammingguataucutiumum.Jikaibubapamembiarkananakanakkeluar
rumahsesukahati,merekabolehterlibatdenganperlumbaanharam.Olehitu,ibubapahendaklahsentiasa
mengetahuitempatanakanakmerekapergidankawankawanmereka.Lebihjauhlagi,ibubapajuga
hendaklahmengenalirakananakanakmereka.

Disampingitu,ibubapajugatidaksewajarnyamembenarkananakanakdibawahumurmenunggung
motosikal. Demikian juga halnya dengan anakanak yang tidak memiliki lesen memandu, mereka
hendaklah dilarang sama sekali untuk menunggang motosikal. Perbuatan tersebut adalah salah di sisi

undangundang.SekiranyaditahanatauditangkapolehpihakpolisataupegawaiJabatanPengangkutan
Jalan,merekabolehdidenda.Sekiranyamerekaterlibatdalamkemalanganjalanraya,kejadiantersebut
akanmendatangkankesusahankepadamereka,termasukjugapihakibubapa.Masalahyangdialamioleh
ibubapaakanbertimpatimpa,bagaisudahjatuhditimpatangga.

Setiapahlikeluargahendaklahsayangmenyayangiantarasatusamalain.Perasaandannilaikasihsayang
bolehmengeratkanhubungankekeluargaan.Perasaantersebutbolehmenyebabkansetiapahlikeluarga
merasakandirimasingmasingamatdihargai.Perkarayanglebihpentinglagiialahkasihsayangtersebut
dapat mengelakkan anakanak remaja daripada terlibat dengan perlumbaan haram. Dengan hal yang
demikian,anakanakakanberasadisayangidantidakdibenciolehahlikeluargamasingmasing.Mereka
akanberasabahagiakeranakeluargamemberikankasihsayangyangtidakberbelahbahagi,bertepatan
dengankataperibahasabagaimenatangminyakyangpenuh.

Darisudutyanglainpula,abangdankakakmestilahmembantumengawasitingkahlakuadikadikmereka.
Abangdankakakperlumenjadimatadantelingakepadaibubapa.Jikaadaperkarayangnegatifberlaku
padaadikberadik,abangdankakakhendaklahmengambiltahudanmenasihatimereka.Abangdankakak
jugatidaksewajarnyamerahsiakanperkarayangnegatiftersebutdaripadapengetahuanibubapa.Dalam
halini,merekahendaklahberkongsimasalahdenganibubapa,termasuklahpenglibatanadikadikmereka
denganmasalahperlumbaanharam.Denganhalyangdemikian,masalahperlumbaanmotosikalharam
dalamkalanganremajadapatdiatasi.

Kesimpulannya, peranan keluarga sangat penting dalam mengatasi masalah perlumbaan haram dalam
kalangananakanakmuda.Anakanakhendaklahmendengarnasihatibubapasupayamerekatidakterlibat
denganperlumbaanharam.Orangyangberlumbaharam,banyakyangcederaparahdanmeninggaldunia.
Olehitu,kitahendaklahbertindakmengatasimasalahini,sepertiyangterungkapdalamperibahasacegah
sebelumparah.

You might also like