You are on page 1of 3

( Heng & Fatin )

Umum mengetahui bahawa ragut merupakan jenayah baharu


melibatkan penunggang motosikal dengan menarik beg yang berisi barang
berharga secara paksa. Hal ini menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk
membanteras jenayah ragut ini kerana tidak tahu bila akan berlaku. Sebagai
contoh, kes meragut di Malaysia semakin berleluasa di mana-mana Sahaja,
tidak kira di bandar mahupun di kampung. Hal ini sudah tentu Masyarakat
akan menjadi trauma untuk keluar bersiar-siar. Persoalannya, apakah kesan-
kesan yang menyebabkan berlakunya jenayah ragut?

Memang tidak dapat dinafikan kesan yang menyebabkan berlakunya


jenayah ragut adalah kurang mempunyai kesedaran sivik dalam diri mereka.
Hal ini disebabkan oleh mereka yang tidak mempunyai nilai-nilai
kemanusiaan dalam diri. Misalnya, seorang warga emas yang berusia 60
tahun menjadi mangsa ragut oleh dua orang penunggang motosikal lalu
terbaring di Tengah jalan raya. Impaknya, warga emas itu akhirnya meninggal
dunia di hospital. Oleh sebab itu, individu yang tidak mempunyai kesedaran
sivik menyebabkan orang yang tidak bersalah mati kerana diragut.

Ternyata, didikan yang kurang daripada ibu bapa merupakan kesan yang
menyebabkan berlakunya ragut. Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah orang
yang paling dekat dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan
anak-anak. Buktinya, mereka sentiasa sibuk bekerja sehingga mereka lupa
akan tanggungjawab mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang
sempurna. Kesannya, anak-anak akan mudah terjebak dengan aktiviti yang
tidak bermoral seperti meragut. Sekali lagi ditegaskan bahawa, didikan yang
kurang daripada ibu bapa adalah punca utama yang menyebabkan akhlak
anak-anak semakin runtuh.

Di samping itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan berlakunya


jenayah ragut. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka lebih banayk
menghabiskan masa mereka dengan rakan-rakan di sekolah. Sebagai contoh,
mereka akan mengikut rakan sebaya mereka dengan mengubah sikap, nilai
atau tingkah lalu mereka untuk menyesuaikan diri dalam melakukan jenayah
seperti meragut. Implikasinya, mereka akan di pandang serong oleh
Masyarakat setempat. Jelaslah bahawa, jika mereka bijak memilih rakan yang
dapat memimpin mereka jadi mereka tidak akan mudah terjebak dengan
kegiatan yang tidak bermoral.

Tambahan pula, kes ragut turut menjadi semakin serius dengan keadaan
ekonomi dunia yang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang begitu
teruk. Hal ini demikian kerana kebanyakkan kilang dan syarikat di negara
Malaysia terpaksa membuang pekerjanya kerana tidak mencapai jangkaan
terhadap produk mereka dengan drastik. Sebagai contoh, ketidakupayaan
pekerja yang dibuang kerja terpaksa mencari kerja lain dalam masa yang
singkat. Kesannya, kejadiaan tersebut telah menjurus mereka ke kancah
jenayah sekiranya mereka benar-benar terdesak. Oleh itu, kes ragut
meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan terpaksa
beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka.

Memang tidak dapat disangkal lagi, kegagalan pihak berkuasa dalam


usaha pencegahan kes ragut yang efektif. Hal ini dikatakan demikian kerana,
kekurangan kamera litar tertutup dan rondaan daripada polis bantuan atau
rukun tetangga telah memberi peluang kepada sebahagian individu mengambil
kesempatan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah. Sebagai contoh, kalua
Kerajaan dapat komited dalam melaksanakan rancangan yang mantap, sudah
pastinya penjenayah tidak dapat memperoleh peluang bertindak. Kesannya,
kekurangan kamera litar tertutup dan rondaan di kawasan tersebut telah
menyebabkan kes ragut ini berterusan terutama di kawasan sunyi dan Ketika
waktu malam.

Lantaran itu, kemelut ini turut ditimbulkan akibat pegangan agama yang
rapuh terutama dalam kalangan generasi muda. Hal ini dikatakan demikian
kerana, generasi muda sepatutnya merupakan pemangkin yang bakal
mengiringi negara namun kes ragut banyak berlaku dalam kalangan generasi
muda. Misalnya, amalan agama sudah kian di lupakan kerana kewujudan
masyarakat yang semakin moden. Impaknya, mereka sudah hilang perasaan
takut akan balasan tuhan jika melakukan kesalahan jenayah. Jadi jelaslah
bahawa, kes ragut berlaku kerana masyarakat kita sudah lupa akan ajaran
agama masing-masing.

Kesimpulannya, banyak kesan yang boleh menyebabkan jenayah ragut


berleluasa di Malaysia. Setiap pihak seharusnya mengambil Tindakan di bawah
bidang kuasa masing-masing dan tidak bersikap berpeluk tubuh dalam usaha
memerangin aktiviti jenayah dalam negara. Marilah kita Bersama-sama dalam
membanteras jenayah ragut agar imej negara tidak tercalar. Semoga
perjuangan kita dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara
menjadi contoh kepada negara lain yang memerangin musuh yang sama.

You might also like