You are on page 1of 17

Pengenalan

Dasawarsa ini, dunia semakin maju mengikut peredaran waktu. Namun


begitu, kes jenayah juga semakin meningkat statistiknya. Gejala ini ibarat duri dalam
daging. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah?
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu
tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.Idea asas apa
yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan
kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan
mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di
sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium
di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh
didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang
berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.
Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah
tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan
oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau
dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu
seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu
melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu
mendakwanya di mahkamah.
Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti jenayah berat, jenayah
seksual, jenayah dadah, jenayah social, jenayah juvana, jenayah siber dan sebagainya.
Jenayah berat terdiri daripada pembunuhan, rompakan, penculikan, samun
bersenjatapi dan pemerdagangan manusia. Jenayah seksual terdiri daripada rogol, penderaan
seksual kanak-kanak dan seks bebas. Jenayah dadah pula terdiri daripada mengedar dadah
,keldai dadah dan memproses dadah. Vadalisme, menipu dan pecah rumah juga dikira sebagai
jenayah juvana. Jenayah siber pula mengandungi penipuan, judi siber, skim cepat kaya dan
sebagainya.

Internet
Guru
Perbuatan
menyalahi undangundang
Memperdaya
kan/menipu
orang lain

Jenayah

Memberi
kesusahan/
masalah
kepada orang

Buku / Majalah

Dilakukan
oleh individu
atau
kumpulan
dengan niat

Punca-punca Jenayah
Jenayah Berat : Jenayah rompakan
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kes rompakan ini
berlaku.Salah satu daripada puncanya adalah kemelesetan ekonomi
sesebuah negara. Apabila sebuah negara berlaku kemelesetan ekonomi,
ia akan menyebabkan pelabur asing menarik diri dan syarikat-syarikat
terpaksa memecatkan pekerja-pekerja bagi mengurang kos pengeluaran
untuk memastikan syarikat boleh terus beroperasi. Jadi kadar
pengangguran bagi negara itu akan meningkat dan ramai buruh kerja
akan menghadapi masalah kehilangan pekerjaan. Dalam masa yang
sama,mereka juga akan kehilangan sumber pendapatan mereka seperti
gaji, elaun, dan sebagainya. Dengan ini, mereka akan kehilangan sumber
kewangan mereka dan dalam masa tidak lama kemudian mereka akan
menghadapi masalah kewangan. Ini kerana barang-barang keperluan
harian seperti makanan, pakaian, dan lain-lain lagi perlulah dibayar
dengan wang tunai. Jadi mereka yang menghadapi masalah kewangan
akan terpaksa melakukan sesuatu untuk kehidupan,dan salah satu activiti
yang boleh dapat wang dengan cepat and senang adalah merompak.
Selain daripada punca tersebut, pengaruh rakan sebaya juga
adalah satu punca penyebabkan kes rompakan ini berlaku. Seseorang
yang mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya boleh disebabkan oleh ajaran
penjaga mereka yang longgar. Pada era yang amat mementingkan wang
ini, penjaga lebih fokus dalam pekerjaan mereka menyebabkan mereka
kurang ambil berat tentang perkara anak-anak mereka. Anak yang kurang
pemerhatian oleh ibu bapa mudah bergaul dengan rakan yang memberi
kesenangan kepadanya tanpa mengira perangai rakan tersebut adalah
baik atau tidak. Dengan ini, dia akan melakukan apa-apa sahaja yang
dipesan oleh rakannya walaupun perkara itu adalah melanggar undangundang supaya dapat di akukan oleh rakan tersebut.Selain itu,ada juga
orang yang ingin menunjukkan keberanian diri kepada rakan-rakan
mereka supaya tidak dianggap sebagai pengecut akan menlakukan
perkara-perkara melanggar undang-undang tersebut seperti rompakan.

Jenayah Kolar Putih


Punca utama berlakunya jenayah penyelewengan wang ini adalah pemantauan
dan p e l a k s a n a a n s i s t e m k a w a l a n d a l a m a n d a n p r o s e d u r k e w a n g a n y a
y a n g l e m a h s e r t a ketidakcekapan transaksi kewangan. Pegawai atasan yang sangat
mempercayai pegawai- pegawai bawahan dalam pengurusan kewangan menyebabkan pegawai
bawahan
itu
mudah
menipu
pegawai
atasan.
Selain itu, kesukaran dalam mengenalpasti jenayah penyelewengan wang. Ini
kerana, kebanyakan jenayah ini dilakukan oleh profesional-profesional yang berpendidikan dan mahir
dalam bidang kewangan ini. Mereka juga mengenali selok-belok dalam bidang ini dan
pengawai atasan mudah tertipu olehnya.
Juga, pada era kemewaan ini masyarakat yang hendak menikmati kemewaan
dankekayaan yang tinggi menyebabkan mereka melakukan jenayah ini atau dengan kata lain
mencuri wang awam atau syarikat. Sikap kehendak yang tidak terhad ini telah menutup mata
mereka daripada menyedari kesan-kesannya

Jenayah Seksual
Terdapat banyak punca yang menyebabkan kegiatan seks bebas.Antaranya ialah laman web
lucah yang mudah dilayari. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan video lucah
mudah diperolehi.Penyebaran video lucah menjejaskan minda remaja. Mereka yang tidak
berupaya membezakan baik buruk terjerumus dunia lucah. Kesannya menyebabkan kes seks
tercetus. Sebab seterusnya ialah faktor lingkungan keluarga. Ibu bapa selalu sibuk bekerja
bagi mengejar kemewahan menyebabkan anak-anak terabai. Kurang bimbingan dan
pengawasan ibu bapa menjadikan anak-anak menjadi liar.Selain itu, kekurangan kasih saying
dan perhatian ibu bapa mendorong pergaulan bebas di kalangan remaja. Jadilah tidak hairan
kes seksual berlaku.

Jenayah Dadah : Keldai Dadah


Mangsa-mangsa biasanya terperangkap dengan helah, muslihat dan janji manis anggota sindiket
selain ditokok sikap mangsa sendiri yang alpa, tamak, mahu mendapat wang mudah atau cepat kaya,
akhirnya menyebabkan diri sendiri yang merana.

Jenayah Juvana
Terdapat pelbagai punca mengapa jenayah juvana ini berlaku.Pertama ialah kekurangan kasih
sayang dan perhatian daripada keluarga. Ibu bapa yang terlalu sibuk mengejar harta dunia
tidak memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak mereka sehingga anak-anak
merasa mereka ini dipinggirkan. Oleh itu,untuk menunjukkan perasaan mereka,mereka akan
memberontak supaya ibu bapa mereka lebih memberi perhatian kepada mereka. Bukan itu
sahaja, ibu bapa yang terlalu sibuk ini tidak mempunyai masa dan lalai untuk mendidik anak
mereka menjadi insan yang baik.Punca kedua ialah pengaruh dari rakan. Pelajar yang tercicir
dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain.
Ini kerana mereka berasa bergaul dengan rakan sebaya boleh mencorak personaliti individu.
Oleh itu, hubungan mereka menjadi rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar
lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula,
mereka akan melepak di tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka
lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Mereka merasa diri mereka
diterima dan diberi lebih perhatian berbanding daripada ibu bapa mereka.Oleh itu, meraka
berasa bangga apabila mereka diterima oleh rakan sebaya mereka.Oleh itu,mereka sanggup
melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan sebaya mereka untuk menunjukkan kekuatan
dan ikatan kesetiaan. Punca yang ketiga ialah media massa.Kita dapat lihat teknologi pada
zaman sekarang semakin maju sehingga manusia menjadi hamba kepadanya.Remaja adalah
individu yang mudah terpengaruh kerana pada usia remaja kerana mereka sedang mencorak
personaliti mereka sendiri.Di media massa seperti television, laman sosial , internet dan
youtube mempunyai maklumat dan mudah diakses oleh mana-mana individu. Akan tetapi
banyak juga keburukannya seperti,remaja menyalahgunakan internet untuk memalsukan datadata penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka
melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.

Jenayah Siber
Punca-punca berlakunya jenayah siberAntara punca berlakunya jenayah siber ialah
kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan satu wadah
penyebaran maklumatyang berterusan. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacammacam maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea,ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan
maklumat yang dijanjikan olehdunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir
sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikirdan
pendapat penduduk mereka.
Selain itu, punca yang lain pula ialah penjenayah sukar dikenal pastikan, umumnya
penjenayah siber adalah golonganber pengetahuan ataupun profesional. Mungkin kawan kita ,
mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Kalau jenayah lain senang dikenali
contohnya perompak tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang
tebusan tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber.Kalaulah orang yang melakukan
jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan
bermakna.
Sikap manusia juga salah satu punca jenayah siber terebar. Sikap manusia memang
sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan seseorang melainkan orang
itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai
kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba
ilmuyang baru mereka pelajari. Tidak dinafikan bahawa golongan remaja mempunyai sikap
yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang
mereka lakukan. Umumnya remaja ini memang pintar tetapi mereka kurang matang dalam
memahami implikasi daripada aktiviti-aktiviti dalam talian mereka. Akibatnya, ramai remaja
yang pintar dalam komputer terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti jenayah
dan juga masalah sosial berkaitan dunia siber.
Punca yang terakhir ialah sifat ketamakan manusia dan keinginan untuk menjadi kaya
dalam masa yang cepat dengan menggunakan kaedah alternatif yang mudah dan cepat.
Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduli akan cara
mereka mendapat hasil tersebut,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah siber sematamataingin mendapatkan hasil dengan cepat. Kebanyakan penjenayah siber ini lebih mahir dan
berilmu dalam pengendalian komputer berbanding pihak berkuasa. Namun demikian, ilmu
pengetahuan orang ramai tentang pengedalian komputer yang cetek juga merupakan salah
satu punca mereka sering menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini kerana mereka tidak
ketahui cara-cara mengelak daripada ancaman jenayah siber dan boleh dikatakan mereka
mudah terpedaya.

Langkah-langkah Mengatasi Peningkatan Jenayah

Jenayah Berat : Jenayah Rompakan


Langkah-langkah bagi mengatasi masalah rompakan ialah watak ibu bada,ibu bapa
hendaklah memberi kasih sayang dan mengambil berat tentang anak-anak mereka supaya
mereka tidak berkawan dengan rakan yang berperangai buruk. Ibu bapa juga tanggungjawab
memberi ajaran kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka menjauhikan activitiactiviti yang tidak sihat atau berfaedah.
Selain kepentingan peranan ibu bapa, sekolah juga bertanggungjawab untuk
mendidikan pelajar-pelajar supaya tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar undangundang. Contohnya, pihak sekolah boleh menekankan kepentingan moral, mengadakan
kempen-kempen yang berkenaan seperti kempen anti kes jenayah, kempen menjauhi daripada
penjara dan sebagainya. Bagi pelajar tahu tentang kehukuman dan sebagainya.Selain itu,
pihak sekolah juga boleh memberi ceramah berkenaan masalah-masalah sosial, moral, dan
lain-lain
lagi
supaya
pelajar
tidak
melakukan
kesalahan
berkenaan.
Selain tanggungjawab pihak penjaga dan pihak sekolah,kerajaan juga boleh
memainkan peranan yang cukup penting sekali.
Pihak kerajaan boleh cuba menguatkan kuasa undang-undang negara tersebut seperti
memberi hukuman rotan, hukuman penjara seumur hidup, hukuman denda yang banyak dan
memberi hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang membunuh semasa merompak.
Pihak kerajaan juga boleh memberi subsidi kepada penduduk-penduduk apabila berlakunya
kemelesetan ekonomi supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa menghadapi
masalah kewangan.
Pihak polis perlulah sentiasa membuat rondaan bagi tempat-tempat yang sering berlaku
rompakan supaya memastikan kes-kes tersebut tidak berlaku lagi dan nyawa penduduk tidak
akan digugat.
Selain daripada pihak kerajaan, kerjasama rakyat juga memainkan peranan yang amat
penting. Apabila berlakunya kes rompakan ini, rakyat haruslah cuba memberi kerjasama
mereka kepada pihak polis dan bukan hanya menggantung kepada pihak polis sahaja.

Jenayah Kolar Putih


Sememangnya penguatkuasaan undang-undang mampu membanteras kegiatan ini.
Tindakan memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan
kaki tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman sebat atau penjara yang lama
turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkaan tanpa mengira status dan kedudukan
seseorang pesalah itu. Sesungguhnya, tindakan undang-undang yang tegas mampu memberi
keinsafan kepada masyarakat untuk menghindari jenayah kolar putih ini.
Selain itu, penyeliaan yang ketat terhadap jabatan-jabatan yang mudah terjebak dalam
penyelewengan atau sering berusan dengan orang ramai harus dilaksanakan. Semua prosedur
harus diteliti dan dikaji serta mana-mana kelonggaran atau kelemahan prosedur terus diubah
atau ditukar untuk memastikan tiada ruang kepada kaki tangan kerajaan untuk melakukan
jenayah kolar puth ini. Jadi, prosedur yang ketat memastikan tiada pekerja yang akan
mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah ini.
Hubungan yang rapat antara pihak polis dan Badan Pencegah Rasuah amat penting
dalam menangani kemelut yang semakin banyak berlaku ini. kerjasama yang erat ini penting
kerana jenayah ini biasanya memerlukan kemahiran yang tinggi dan perancangan yang lama
serta rangkaian pesalah yang ramai. Keadaan in menyukarkan mana-mana pihak berkuasa
untuk mengesannya lebih awal tanpa kerjasama badan-badan kerajaan yang berkaitan. Oleh
itu, kerjasama yang erat harus dipupuk antara agensi kerajaan terutama yang berkaitan
dengan penguatkuasaan undang-undang ini.
Aspek pegangan agama yang kukuh juga penting dalam isu ini. Jenayah kolar putih
berlaku akibat rapuhnya pegangan agama pesalah tersebut. Mereka hanya mementingkan
keuntungan jangka masa pendek dan keseronokan duniawi tanpa mengambil kira impak yang
bakal beraku kepada diri dan keluarga mereka jika jenayah ini dilakuan. Siri ceramah
berbentuk keagamaan harus dilaksanakan dengan kerap untuk memberi peringatan kepada
semua ihak agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Jadi, aspek agama yang kuat harus diberi
penekanan dalam usaha menangani jenayah kolar putih ini.

Jenayah Seksual
Langkah-langkah bijak perla diambil bagi membendung masalah ini antaranya
ialah memberikan kesedaran dan penerangan kepada remaja.Penerangan mengenai
kepentingan nilai-nilai moral perlulah diutamakan dan kesan buruk seks bebas yang boleh
membawa kemudaratan misalnya reputasi diri tercemar,pembuangan bayi dan jangkitan
penyakit ditekankan.Langkah keduanya ialah memberikan pendidikan seks di peringkat
sekolah menengah. Kandungan pendidikan haruslah merangkumi penekanan kepada
bahagian badan, penjagaan diri daripada gangguan seks serta pengawalannya batas
perhubungan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya sekolah melaksanakan pendidikan seks
nescaya kes seksual berjaya dikurangkan.Selain itu, remaja berupaya membuat keputusan
yang hikmah dalam menghadapi soalan seks.Kanak-kanak perempuan juga diajar tentang
kaedah-kaedah menjaga kehormatan diri malahan remaja lelaki perlu didedahkan hukuman
akan dihadapi kesan melakukan hubungan seks bebas.Langkah seterusnya
ialah mengukuhkan pendidikan agama. Ibu-bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa
untuk mendidikagama kepada anak-anak mereka.Ajaran agama adalah panduan dan petunjuk
kehidupan remaja. Remaja yang beragama kukuh akan dapat memikirkan kesan baik buruk
terhadap dirinya dan cuba menghindari dirinya daripada perbuatan maksiat.

Jenayah Dadah : Keldai Dadah


Anggota keluarga dan ahli masyarakat memainkan peranan yang lebih aktif untuk
membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis
mahupun kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan peranan mereka
dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada terjerumus ke kancah
seperti ini. Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk membebaskan rakyat kita yang
ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota
keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri
mahupun anak mereka supaya tidak mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok
inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi segala tindak
tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

Jenayah Juvana
Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menangani masalah ini daripada menjadi semakin
berleluasa antaranya ialah peranan ibu bapa dalam mencorak tingkah laku anak
mereka.Peranan ibu bapa sangatlah penting kerana ibu bapa perlu mendidik anak mereka dari
kecil lagi umpama melentur buluh biarlah dari rebung nya dan institusi keluarga merupakan
salah satu proses sosialisasi.Bukan itu sahaja, didikan agama haruslah diberi dan diajar ketika
anak masih kecil lagi untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Selain itu,ibu
bapa juga haruslah senantiasa memantau perbuatan anak-anak terutama dari segi pergaulan
mereka dengan rakan sebaya, tempat mereka sering kunjungi dan tingkah laku mereka di
sekolah.Ibu bapa juga seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka untuk
menyertai aktiviti-aktiviti seperti ceramah-ceramah agama dan ceramah berbentuk
kerohanian yang sesuai bagi anak-anak mereka.Ini boleh memberi panduan kepada mereka
dalam mencari kehidupan yang benar.Langkah kedua yang boleh diambil ialah remaja harus
la bijak dalam memilih rakan sebaya.Rakan sebaya yang baik akan membimbing kita kearah
yang positif.Rakan sebaya adalah individu kedua yang rapat dengan kita selepas kedua, oleh
itu, pemilihan rakan sebaya sangat penting.Ketiga ialah Pihak sekolah juga perlu
memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan.
Setiap kesalahan pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul
pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Pihak sekolah juga perlu
selalu berinteraksi dengan ibu bapa pelajar dengan membuat perbincangan bagi mencari
pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.

Jenayah Siber
Langkah-langkah mengatasi jenayah siberMenyedari bahayanya ancaman jenayah
siber kepada masyarakat,penguatkuasaan undang-undang perlu dipertingkatkan. Antara usaha
yangmembantu menyekat gejala ini ialah dengan penubuhan CyberSecurityMalaysia. Ianya
antara lain merupakan sebuah badan koordinasi untukinisiatif keselamatan siber kebangsaan.
Agensi ini juga membantumengurangkan kelemahan sistem Teknologi Maklumat dan
Komunikasi atauInformation and Communications Technology (ICT) dan turut
memainkanperanan
sebagai
sebuah
pusat
kepakaran
dan
rujukan
dalam
keselamatanmaklumat yang diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi danInovasi
(MOSTI). Penguatkuasaan melalui undang-undang juga wajar diperketatkanagar selari
dengan situasi semasa yang lebih mencabar dengan pelbagaijenayah siber yang semakin
canggih. Pada masa ini, pelbagai undang-undang telah diwujudkan dalam usaha memupuk
budaya keselamatan siber,antaranya Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta
Penyiaran1988, Akta Hasutan 1984, Akta Rahsia Rasmi 1912 dan Akta Komunikasidan
Multimedia 1998 yang menyekat maklumat-maklumat yang boleh dicetakdan diedarkan
kepada orang ramai.
Dalam masa sama, sebuah laman web iaitu eSecurity turutdibangunkan dalam usaha
menyediakan perkhidmatan informasi kepada tigagolongan utama iaitu anak-anak, ibu bapa,
pengguna dan organisasi. Bagigolongan anak-anak dan remaja, laman ini menyediakan
pelbagai maklumatmengenai keselamatan penggunaan Internet kepada mereka. eSecurity
jugamenyediakan tip penggunaan komputer yang selamat kepada ibu bapa ataupengguna dan
organisasi. Misalnya ibu bapa boleh mengambil maklumatatau tip-tip dari rencana di dalam
laman ini seperti mendidik anak-anaktentang keselamatan dalam talian, mengelak anak-anak
dari menghabiskanterlalu banyak masa dalam internet dan sebagainya. Organisasi turut boleh
memanfaatkan laman web ini denganmeningkatkan keselamatan dengan mengamalkan tip
yang di sarankan diruangan amalan keselamatan terbaik dan pengurusan
keselamatanmaklumat. Sebagai contoh pengguna boleh mendalami bagaimana
untukmembuat sandaran data. Maklumat dan data adalah penting untuk fungsisesuatu
perniagaan atau organisasi misalnya rekod pelanggan, rekodtransaksi dan data pekerja. Oleh
itu, melindungi dan perlindungan adalahpenting bagi organisasi. Sandaran menyediakan
alternatif untuk syarikatmengambil semula fail dan dokumen yang bernilai selepas
peristiwakehilangan data

Kesan-kesan Jenayah

Jenayah Berat : Jenayah Rompakan


Kesan utama bagi rompakan ialah keamanan masyarakat akan terjejas. Apabila
masyarakat terhadap sebuah negara terjejas,ia bukan sahaja membimbangkan pendudukpenduduk dan pelabur asing malah ia juga akan menjejaskan imej terhapap negara tersebut.
Ini kerana kes rompakan bukan sahaja selalunya mencederakan orang malah ia juga akan
menyebabkan orang kehilangan nyawa. Dengan ini, penduduk-penduduk akan berasa nyawa
mereka tergugat. Oleh sebab ini, penduduk negara tersebut akan sentiasa beradaan dalam
keadaan yang tidak tenteram dan rasa bimbang. Mereka juga tidak akan percaya kepada
orang walaupun orang itu adalah staf kerajaan yang ingin menjalankan program-program
berkenaan. Ini kerana mereka hanya ingin mempertahankan keselamatan diri supaya tidak
diancam dan tidak memberi kerjasama. Bagi pelabur asing, apabila mereka mendapati negara
tersebut tidak dapat menberi keamanan kepada mereka, mereka akan berasa kurang yakin
untuk membuat pelaburan di negara tersebut. Maka, ia akan menpegaruh perkembangan
negara tersebut seperti ekonomi menrosot. Apabila ekonomi sesebuah negara ini merosot,
kadar pengangguran bagi negara tersebut akan meningkat dan ia akan menyebabkan kes-kes
masalah sosial seperti rompakan, pecah rumah, curi dan masalah lain berlaku.

Jenayah Kolar Putih


Sekiranya dibiar, penyelewengan wang membawa kesan negatif terhadap integriti
institusi kewangan dan perniagaan negara dan keupayaan agensi penguat kuasa dalam
mengurus dan menyiasat kes penyelewengan kewangan. Akhirnya ia boleh menghakis
keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di dalam Negara. Kesannya
KDNK Negara akan jatuh dan membawa kepada kemelesetan ekonomi
Perbuatan jenayah ini akan merosakkan ekonomi sesebuah Negara ,menjatuhkan
kepercayaan terhadap kerajaan atau individu dan menghambat pembangunan sesebuah
Negara.Hal ini turut menyebabkan prestasi kewangan organisasi komersial Negara dan sector
ekonomi lain seperti pembuatan,perlancongan dan hartanah terjejas.Penjejasan ekonomi ini
telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM546,114,099 dan dijangka akan meningkat lagi
sekiranya tidak dibendung.

Jenayah kolar putih juga boleh menjejaskan prestasi kewangan sesebuah organisasi, kata
Ketua Polis Negara.

Jenayah Seksual
Kegiatan seks membawa banyak implikasi yang negatif antaranya ialah menjejaskan
imej negara. Negara lain akan pandang rendah kerajaan kita kerana tidak berupaya
menangani masalah sosial. Kegagalan tersebut menjadi buah mulut kepada pelancong negara
jiran. Justeru itu, media massa juga menghebohkan perkara tersebut maka imej negara
terjejas. Kesan kedua ialah menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima
remaja sekiranya insaf ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat pekerjaan timbul.
Lebih buruk lagi mereka disisihkan keluarga kerana sukar menerima perbuatan mereka.
Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya bunuh diri. Implikasi
seterusnya ialah peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah
menyebabkan mereka takut untuk memikulkan tanggungjawabyang berat lalu mencari jalan
singkat dengan penguguran bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu atas perbuatannya
dan bimbang akan masa depan tercemar maka mereka memilih pembuangan bayi. Akhirnya
kesihatan wanita terjejas dan mudah menjangkiti penyakit.

Jenayah Dadah : Keldai Dadah


Mangsa Keldai Dadah akan menjadi pesuruh sindiket penjenayah dan menjual dadah
menjejaskan masa depan mangsa yang menjadi keldai dadah . walaupun keldai ini boleh
mendapat habuan yang banyak namun sekiranya ditangkap mereka akan menerima hukuman
yang berat. Biasaya , hukuman seperti penjara dan hukuman mati akan dikenakan ke atas
mereka.

Jenayah Juvana
Jenayah juvana ini banyak memberi kesan buruk serta implikasi kepada semua pihak
terutamanya individu yang melakukan perbuatan itu sendri, keluarga, masyarakat serta
Negara.Pertama ialah kesan jenayah kepada individu itu sendiri ialah remaja tersebut akan
kehilangan masa depannya sendiri.Mereka akan dipinggirkan dari masyarakat dan sukar
untuk diterima didalam sektor pekerjaan kerana majikan bimbang mereka akan melakukan
semula jenayah tersebut ditempat kerja.Kedua ialah kesan kepada negara ialah negara kita
akan kehilangan modal insan yang berkaliber sekaligus mengugatkan keselamatan negara.Ini
kerana remaja merupakan tonggak sesebuah Negara untuk membangun. Ketiga ialah kesan
jenayah juvana kepada masyarakat antaranya adalah kerugian harta benda,terputusnya
hubungan silaturahim, kehilangan nyawa dan juga kerugian masa. Masyarakat terpaksa
membiayai perbelanjaan remaja yang menjadi pelaku jenayah juvana dalam bentuk seperti

bayaran cukai untuk melancarkan program-program mencegah jenayah. Ini bermakna


masyarakat akan mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

Jenayah Siber
Salah satu kesan terbesar daripada jenayah siber terhadap syarikat adalah kerugian
hasil. Perkara ini boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan syarikat dibocorkan atau
dicuri dan digunakna oleh pihak luar untuk mengeluarkan dana dari akaun syarikat secara
haram. Ia juga boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas akibat
daripada jenayah siber; ini menyebabkan kerugian pendapatan berharga kerana pengguna
tidak boleh mengakses laman web itu.
Apabila jenayah siber berlaku, staf IT terpaksa meluangkan banyak masa mereka
untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Ini telah merugikan masa
kerana kebolehan dan kepakaran mereka boleh digunakan untuk langkah produktif kepada
perniagaan atau organisasi. Sebaliknya, banyak masa mereka kini digunakan untuk
mengendalikan pelanggaran keselamatan dan masalah lain yang berkaitan disebabkan oleh
jenayah siber.
Apabila jenayah siber menyebabkan pencurian atau penggunaan tidak sah bagi rekod
penggunaan, nama baik syarikat boleh mendapat kesan yang teruk. Ini kerana pelanggan akan
mula hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga keselamatannya dan
membuatkan mereka beralih ke syarikat yang lain. Ini boleh menyebabkan syarikat
kehilangan pendapatan berharga dan juga nama baiknya.
Disebabkan jenayah siber kerap berlaku, banyak syarikat mula mengambil langkah
untuk menaik taraf keselamatan syarikat mereka. Ini termasuklah menghendaki pekerja
memasukkan lebih banyak kata laluan dan pin keselamatan, serta melaksanakan perbuatan
lain yang memakan masa yang sepatutnya digunakn untuk meyelesaikan kerja mereka. Ini
mengganggu kerja harian pekerja dan meyebabkan produktiviti merosot.

menjejaskan
imej Negara

menjejaskan
sektor
pelancongan
Kesan
Jenayah
Seksual

kadar
penguguran
bayi
meningkat

Penjara

jangkitan
penyakit

Kesan jenayah
keldai dadah

Hukuman
Mati

kehilangan
nyawa
Masa depan
remaja terjejas

Keselamatan
Negara
terjejas

Kesan
Jenayah
Juvana
masyarakat
kerugian harta
benda

kerugian
masa

pelanggan
mengalami
kerugian

maklumat
pengguna
terdedah

Kesan
Jenayah
Siber

pelanggan
hilang
keyakinan

produktiviti
merosot

masa diperlukan
untuk
menyelesaikan
masalah

keamanan
masyarakat
terjejas

penduduk
sentiasa
berasa
bimbang
Kesan Jenayah
Rompakan

menjejaskan
imej Negara

pelabur asing
kurang yakin

integrity
institusi
kewangan
terjejas

rakyat tidak
mempercayai
kerajaan
Kesan
Jenayah
Kolar Putih

pelabur asing
hilang
keyakinan

menjejaskan
ekonomi
Negara

You might also like