You are on page 1of 7

1.

0 Peranan Ibubapa

Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-
cara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang
menyumbang kepada kebejatan masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial
Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang harus
diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan tahap
akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-
anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita Harian
Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan kedua ibubapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan
sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak
diambil tindakan. Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu
ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan
anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral
yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.

2.0 Peranan Pihak Sekolah

Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang boleh diambil
dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak
sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu
juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di
sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak
berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah
perundangan, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG janganlah jadi umpama Kucing tak bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi

Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan
oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai
fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah
boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,
meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau
petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau
peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh
akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati
peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard
layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan self-
criticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki
prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi
agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul
tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum
atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.

Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan
kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang
merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang
baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi
untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith
diriwayatkan oleh Abu Daud).

Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di
dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji
seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi
pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah
lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan
sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan
sebagainya. Firman Allah :

"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah
Ali Imran : ayat 159)

3.0 Peranan Media Massa


Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu mekanisme
yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian
manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam
dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu
mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media
massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang
melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya.
Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras
dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa
akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai
luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.

Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru,
pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing,
meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang
lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan
mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination dan
imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet,
multimedia dan sebagainya.

4.0 Peranan Rakan Sebaya

Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara agen sosial yang
berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of
belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan
mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran
mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan
dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan
generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972)
menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang
generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.
Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :

kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan
para penjaga mereka
kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan
wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa
dan penjaga mereka.

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok
sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan
di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu
lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan
kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa.

5.0 Peranan Rumah Ibadah


Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting
ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjemaah.
Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di kota-kota besar dunia
kewujudan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang
besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai
tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam meneruskan
penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya, cara hidup dan
syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara pertama yang
dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al Munauwarah ialah
membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.

Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan
akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu
yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah.
Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan
imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan
manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran
Allah itu sendiri .

Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah
umat . Antaranya ialah:

1. Kelas Fardu Ain


2. Kelas Tajuid & Qiraat.
3. Kelas Bimbingan Remaja.
4. Kelas Bahasa Arab.
5. Ceramah Berkala.
6. Seminar Motivasi dan Pembentukan Syakhsiah.
7. Kursus Rumahtangga Bahagia.
8. Kursus Pengurusan Jenazah.
9. Madrasah atau Sistem Pengajian Formal.
10. Kursus Dakwah dan Imamah.
11. Acara Tadarus al-Quran.
12. Khemah Ibadan & Qiamullail.
13. Kursus Pengurusan Masjid.
14. Kegiatan Amar Ma'ruf & Nahi Munkar.
15. Seminar Pengurusan Sumber Masjid.
16. Kempin Memakmurkan Masjid.
17. Membentuk organisasi Belia Masjid (Rakan Masjid)

Seluruh agensi sosial, Jentera Kerajaan, Kementerian dan Badan-badan Berkanun, NGO dan
Badan-badan Korporat, swasta dan awam hendaklah digembling untuk bersama-sama
berperanan meningkatkan kualiti akhlak umat samada dengan mengadakan kempen hidup
beretika dan berakhlak atau melancarkan buku-buku rujukan yang menjelaskan nilai-nilai akhlak
tersebut dan sebagainya.
Cara Mengatasi Masalah Gejala Sosial Remaja

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala
ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan
saksama lagi bijaksana.

PERANAN IBU BAPA

Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam
mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja,
menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap
perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa
mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan
bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu
memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan
anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh
diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual
mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan
tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya
mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka
mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat
meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka
tidak difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford)
merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama
yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak
baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada anak-
anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak
mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti
dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka.
Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai
rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka,
ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik
ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli
keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul
untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat
sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh
just take for granted. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan
jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta
supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan
siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar
dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat
penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan
kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan
sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai
`pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan
mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan
pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar,
tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak,
seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares
dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar
menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru.
Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan
lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan
akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti
sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti
remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif
mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua
pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi
yang lebih serius.

PERANAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika
masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga.
Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling sesuai
dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah
masyarakat berkumpul pada setiap hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka
sibuk bekerja pada siang harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan
mengenai cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan
yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang berkaitan
akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjid-masjid dan surau-surau
menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan oleh kerajaan negeri dalam
mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah
pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya
komuniti setempat untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang
tinggi terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara
komuniti setempat dengan kerajaan negeri.

Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa
usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya
adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala
permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia,
supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar
mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Rum:41)

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang
daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). Dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-
orang Yang berjaya. (Ali-Imran: 104)
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman,
tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran : 110)

You might also like