You are on page 1of 7

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN

KOPERASI SEKOLAH (AKKS), COOPMART DAN KIOSK KOPERASI


SMK SERI AMAN PASIR PUTEH BERHAD
Hari Isnin
Tarikh 23 Julai 2018
Tempat Dewan Seri Cemerlang
Masa 9.30 Pagi – 12.00 Tengah Hari

Maklumat Program
1. Ringkasan program:

Majlis Koperasi Peringkat Sekolah Menengah merupakan salah satu kegiatan


dalam aktiviti tahunan yang diadakan pada setiap tahun di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kebangsaan. Justeru itu, hari koperasi sekolah bagi tahun 2018
adalah satu pengisian bagi aktiviti yang dirancang dengan tujuan supaya pelajar
dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan murid murid berpeluang
mengetahui asas selok-belok dalam mengendalikan urusan perniagaan selaras
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada
aspek keseimbangan para pelajar secara holistik merangkumi aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah sentiasa mencuba
mewujudkan satu situasi keseimbangan pelajar dengan aktiviti sebegini untuk
menyelarasankan kecergasan fizikal dan juga mental pelajar-pelajarnya.
2. Visi Koperasi:

 Pengurusan Perniagaan Berkualiti Insan Terdidik Sekolah Sejahtera

Misi Koperasi:

 Memantapkan Sistem Perniagaan yang Berkualiti untuk


Membangunkan Potensi Pelajar Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

3. Aturcara program:

Masa Aktiviti Catatan


 Pelajar berkumpul di Dewan  Tindakan AJK
9.30 -9.50 Seri Cemerlang pengurusan
Pagi tempat, AJK
 Nyanyian lagu Negaraku, logistik dan AJK
lagu Negeri Kelantan dan pengurusan PA
lagu sekolah sistem
 Taklimat ringkas oleh
Penolong Kanan
Pentadbiran (En. Abd Aziz
Bin Zakaria)
 Taklimat ringkas oleh
pengetua sekolah (Tn. Haji.
Mohd Razak Bin Che
Yaakob)

9.50-10.00  Ketibaan dif-dif kehormat  Tindakan oleh


Pagi  Perarakan masuk ke dewan AJK sambutan
dengan iringan pasukan
kompang  Tindakan AJK
perarakan dan
kompang
10.00-12.00  Nyanyian Lagu Negaraku  Tindakan AJK
Tengah Hari dan Lagu Koperasi Pengurusan
tempat

 Bacaan Doa  Tindakan bacaan


doa dilakukan
 Ucapan Alu-Aluan Oleh Tn. oleh Tn. Hj Azhar
Hj. Mohd Razak bin Che bin Yusuf
Yaakob

 Tindakan untuk
 Ucapan Perasmian oleh penyampaian
YBrs. En. Muhammad hadiah dan sijil
Zahari bin Othman, disediakan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri AJK Sijil dan
Kelantan Hadiah AKKS

 Penyampaian hadiah dan  Tindakan untuk


sijil AKKS gimik
persembahan
dilakukan oleh
 Gimik Perasmian para pelajar yang
dipimpin oleh Cik
Siti Noorfatimah
 Persembahan Binti Abdullah

 Perasmian Kedai
(Coopmart)
(Tandatangan plak
perasmian kiosk)

 Perasmian Kiosk
(Tandatangan plak
perasmian kiosk)

 Jamuan makan tengah hari

 Majlis bersurai
4. Jumlah sukarelawan:

Lelaki 100 Perempuan 70

Gambar Aktiviti

Gambar Catatan

-Gimik perasmian oleh dif-dif


kehormat dan Tuan Pengetua
SMK Seri Aman

-Gimik perasmian oleh dif-dif


kehormat dan Tuan Pengetua
SMK Seri Aman
- Kiosk perjualan pelajar
SMK Seri Aman
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI
SEKOLAH (AKKS), COOPMART DAN KIOSK KOPERASI SMK SERI AMAN PASIR
PUTEH BERHAD

TARIKH :23 Julai 2018 (ISNIN)

MASA : 9.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari

TEMPAT : Dewan Seri Cemerlang

Pada 23 Julai 2018 iaitu pada hari Isnin yang lepas, Koperasi Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Aman telah berjaya menyambut Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi
Sekolah (AKKS), Coopmart dan Kiosk Koperasi 2018. Sambutan telah diadakan secara besar-
besaran sehingga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SMK Seri Aman dan
warga sekolah sekitar daerah Pasir Puteh.

Acara dimulakan dengan perarakan masuk ke dewan dif-dif kehormat iaitu YBrs. En.
Muhammad Zahari Bin Othman, Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan dengan iringan pasukan
kompang. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku dan lagu Koperasi dan bagi memberkati majlis
yang dijalankan, bacaan doa telah dipimpin oleh Tn. Hj Azhar bin Yusuf.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Mohd Razak bin Che Yaakob
iaitu merupakan Pengetua SMK Seri Aman. Ucapan perasmian pula dilakukan oleh jemputan
kehormat iaitu YBrs. En Muhammad Zahari bin Othman. Beliau merupakan Pengarah
Pendidikan Negeri Kelantan. Sambutan diteruskan pula dengan simbolik perasmian penanaman
pokok oleh tuan pengetua dan diteruskan dengan penanaman pokok oleh para pentadbir.
Simbolik sambutan pada kali ini agak menarik kerana terdapat seorang pelajar menaiki basikal
yang tertera Hari Koperasi Sekolah sambil di bakul basikalnya diletakkan sebuah pasu bunga
untuk diberikan kepada pengetua sebagai acara perasmian. Simbolik ini menjadi bualan warga
SMK Seri Aman kerana julung-julung dilakukan di sekolah ini.

Kemudian, sambutan diteruskan dengan Pengiktirafan Koperator Terbaik yang


dianugerahkan kepada Chong Kah Mun. Pelajar ini dipilih kerana menunjukkan komitmen yang
tinggi sejak Tingkatan 1 apabila menyertai koperasi. Seterusya, sambutan diteruskan dengan
penyampaian hadiah kepada AJK Koperasi yang terlibat dalam pengurusan koperasi. Selain itu,
hadiah penghargaan turut diberi kepada pelanggan yang paling banyak membeli di koperasi.

Pihak koperasi sudi menaja hadiah kepada Kelas Terbersih sempena Hari Koperasi
Sekolah 2018. Pihak koperasi telah menganjurkan Kempen Kebersihan 6 bulan lebih awal iaitu
sejak bulan Januari lagi. Hadiah diberi kepada 3 Kelas Terbersih yang dinilai selama 6 bulan.
Maka, sempena Hari Koperasi Sekolah 2018 ini, hadiah telah diberi kepada kelas yang paling
banyak menunjukkan tahap kebersihan yang konsisten setiap minggu.

Selain itu, pihak koperasi turut menaja hadiah kepada pelajar yang membuat
persembahan perseorangan. Persembahan dinilai setiap minggu. Setelah selesai penyampaian
hadiah-hadiah, Hari Koperasi Sekolah diteruskan dengan Kuiz Terbuka yang ditanya kepada
para pelajar dan guru. Kuiz ini bermatlamat melahirkan insan yang berkeyakinan di samping
menambahkan ilmu pengetahuan. Mereka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan
memenangi hadiah.

Setelah selesai penyampaian hadiah, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar
iaitu persembahan Joget Kelantan yang diketuai oleh Pn. Kamariah binti Mat Noor. Para pelajar
telah melakukan latihan selama sebulan dari tarikh majlis ini. Mereka telah dilatih oleh seorang
guru yang mahir dalam bidang kesenian yang turut berkhidmat sebagai guru di SMK Seri Aman.
Guru tersebut telah bertungkus lumus mengajar dan melatih para pelajar ini bagi memastikan
majlis berjalan dengan lancar. Saat-saat yang dinantikan oleh seluruh dewan adalah Perasmian
Kedai Koperasi (Coopmart) dengan menandatangani plak perasmian kiosk oleh Pengarah JPN,
Pengarah SKM dan Pengerusi Angkasa Negeri. Seterusnya, Perasmian Kiosk yang ditandatangan
plak perasmian kiosk oleh Pengarah JPN, Pengarah SKM dan Pengerusi Angkasa Negeri.

Sambutan Hari Koperasi Sekolah diteruskan oleh lawatan kiosk-kiosk yang berada di
sekitar dewan yang dijalankan oleh warga pelajar SMK Seri Aman. Pelbagai kiosk jualan yang
ada pada ketika itu seperti kiosk jualan makanan, minuman, barangan elektrik dan sebagai.
Suasana pada ketika sangat meriah yang diiringi dengan cuaca yang baik. Setelah itu dif-dif
kehormat telah dijamu dengan makanan tengah hari yang telah disediakan oleh warga SMK Seri
Aman. Pada keseluruhannya, Hari Koperasi Sekolah 2018 berjaya disambut dengan jayanya.

You might also like