You are on page 1of 15

Historiografi Malaysia bermula dari kurun ke-19 digambarkan sebagai ‘Zahirlah Sebuah Dunia

Baru’ oleh Barbara Watson Andara dan Leonard Y. Andaya (1983) telah menyaksikan penggarisan

sempadan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia moden, pengukuhan

peranan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pembekal bahan-bahan mentah dan juga perbezaan

sosioekonomi yang semakin ketara antara kumpulan etnik yang terbesar.1 Secara keseluruhan,

perkembangan ini membantu untuk melihat dan memahami serta meneliti dengan lebih mendalam

masalah-masalah utama yang dihadapi khususnya oleh kerajaan Melayu hingga membawa kepada

kurun ke-20.2 Menurut Abdullah Zakaria (1984):

“Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada


proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan
mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad
ke-19. Sebab itulah strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah
menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas
negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti biji timah. Penjajahan
British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan
dan pembesar Melayu. Namun begitu, hakikatnya mereka sering
menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan
mana-mana pemerintah di Tanah Melayu.”3
Gambaran daripada kata-kata beliau sudah jelas menggambarkan suasana politik di Tanah

Melayu bermula dari kurun ke-19 telah dimasuki oleh sebuah kuasa penjajahan iaitu British yang

bijak dalam memanipulasi keadaaan sosial, politik mahupun ekonomi di negeri-negeri Tanah

Melayu dalam memenuhi agenda dan kepentingan mereka sahaja. Abdul Malek (1977) pula

menegaskan bahawa dalam jangka masa sekitar pertengahan kurun ke-19 dikatakan sebagai

peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka

1
Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan Publishers
(M), 1982), hlm. 131-132.
2
Ibid.
3
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik (Johor, Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia, 2002),
hlm. 73.

1
semenjak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka serta kemunculan unit-unit politik dalam

tempoh berkenaan yang sentiasa menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik baik di

dalam negeri mahupun antara satu negeri dengan satu negeri yang lain.4 Sabah dan Sarawak yang

terdiri daripada pelbagai suku kaum pula tidak begitu banyak ditunjukkan reaksi oleh orang

Melayu dalam penentangan British dalam lingkungan tahun tersebut misalnya di Sarawak,

penentangan British begitu ketara hanya wujud pada tahun 1946 apabila Sarawak diserahkan oleh

keluarga Brooke kepada kerajaan British malahan Parti Kebangsaan Melayu Sarawak atau Malay

National Union of Sarawak (MNUS) telah ditubuhkan menjelang tahun 1936 dalam menentang

penyerahan Sarawak.5 Gerakan penentangan di Sabah pula telah menunjukkan reaksi yang paling

kuat dalam menentang pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang diketuai oleh

Mat Salleh yang berketurunan Bajau dan Sulu yang meletus pada tahun 1895.6 Justeru,

persoalannya disini ialah sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British dari kurun

ke-19 dan awal kurun ke-20 yang boleh dilihat melalui corak penentangan mereka dalam

mempertahankan hak dan maruah bangsanya di Tanah Melayu melalui kepimpinan tradisional

tempatan dan golongan agama serta ulama tempatan di tanah air mereka sendiri.

Pengkaji Barat sememangnya menyatakan kehadiran British ini adalah berlandaskan

kepada faktor kemanusiaan tetapi begitu banyak ugutan, paksaan dan tekanan yang dikenakan oleh

penjajah British untuk menguasai sesuatu negeri menjadikan pernyataan tersebut adalah satu

pembohongan semata-mata malahan sifat penjajah ini telah dikecam dengan hebat seperti

wujudnya kebangkitan antiBritish di beberapa negeri di Tanah Melayu misalnya di Naning,

Pahang, Kelantan dan sebagainya.

4
Ibid., hlm. 74.
5
Ibid., hlm. 89.
6
Ibid.

2
Abdullah Zakaria (1977):

“Kebangkitan gerakan antiBritish ini telah bermula di Naning di antara


tahun 1830-1833 yang diketuai oleh Penghulu Dol Said. Walaupun
perjuangan di Naning lebih merupakan untuk mempertahankan hak-hak
keistimewaan tradisional, tetapi ia merupakan satu perjuangan menentang
penjajah British.”7
Gerakan awal yang bermula di Naning disebabkan oleh masyarakatnya dikehendaki membayar

hasil tahunan sebanyak satu per sepuluh kepada pemerintah British di Melaka yang mendakwa

Naning sebahagian daripada wilayah Melaka telah mengundang kemarahan pemerintah tempatan

sekali gus mereka telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menewaskan pemerintahan

kolonial British pada tahun 1831. Walaupun pada akhirnya, kerajaan British telah berjaya

menawan Naning dan Penghulu Dol Said telah menyerah diri kepada British pada 4 Februari 1833,

tetapi pandangan penulisan Kassim Thukiman yang mengatakan gerakan permulaan antiBritish

seperti di Naning ini cukup menggambarkan sikap dan reaksi penduduk tempatan yang benci

dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyusahkan dan membebankan mereka secara

langsung membuktikan penduduk di Tanah Melayu ketika itu telah disemai dengan sifat keyakinan

yang tinggi untuk memerangi kehadiran penjajah British8 menjadikan pandangan ini bukan satu

pandangan yang boleh dianggap remeh.

Tertarik dengan kata-kata oleh Hassan Ahmad (2006) iaitu “British menjajah Tanah

Melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa Melayu, bukan negeri, kerajaan dan bangsa bukan

Melayu.”9 Secara jelas kata-kata beliau ini telah mencerminkan bahawa gerakan awal oleh orang

Melayu dalam memerangi kuasa penjajahan British ini adalah satu tindakan yang penting dalam

7
Ibid., hlm. 84.
8
Ibid., hlm. 90.
9
Hassan Ahmad, Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah Melahirkan Melayu Glokal (Selangor,
Malaysia: Alaf 21 Sdn. Bhd, 1936), hlm. 29.

3
memperjuangkan hak dan bangsa mereka sendiri. Merujuk kepada keterangan yang dinyatakan

oleh Khoo Kay Kim iaitu:

“There was a basic fear that a more sophisticated form of education, if


made available to the Malays, could unleash unpredictable to the force
which might pose problems difficult for the British to cope with.”10

Rumusan daripada Khoo Kay Kim ini secara langsung menguatkan lagi fakta bahawa pihak

kolonial mempunyai niat untuk tidak mahu memajukan orang Melayu kerana gentar akan risiko

kemungkinan lahir kumpulan penentang dan puak pelampau sekali gus penulis telah dapat

membuat kesimpulan awal bahawa gerakan di Naning tersebut telah berjaya menggerungkan pihak

British dengan kebangkitan Melayu itu sendiri yang dapat dijadikan suatu kesinambungan kepada

perjuangan kemerdekaan tanah air selepasnya.11 Merujuk pula keterangan daripada seorang

pegawai pendidikan British, Arthur N. Kenion iaitu:

“… awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya tingal terus
di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan
kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan
mereka supaya mereka memuliakan kerja buruh… dan saya yakin awak
tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat
pelajaran yang berlebihan.”12

Lantaran daripada keterangan pihak kolonial tersebut telah menjelaskan lagi hakikat yang

sebenarnya adalah pihak British sangat takut akan kemajuan yang bakal dikecapi oleh orang

Melayu sekiranya diwujudkan kepada mereka peluang pendidikan yang cerah sekali gus dapat

menjejaskan kewibawaan pihak British. Justeru, bertitik tolak daripada situasi ini dapat

10
Ishak Saat dan Mohd Akbal Abdullah, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan Perjuangan (Johor, Malaysia:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2010), hlm. 38.
11
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 90.
12
Ishak Saat dan Mohd Akbal Abdullah, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan Perjuangan, hlm. 40.

4
dirumuskan secara ringkas dalam menjawab persoalan mengapa pihak British melantik seorang

pegawai perhubungan Melayu yang bertugas dengan Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu,

cawangan perisik pada tahun 1923 bertujuan menyiasat kegiatan Kaum Muda.13 Kaum Muda ini

merupakan golongan yang memainkan peranan ke arah menyemarakkan semangat perjuangan

kemodenan yang telah mewujudkan gerakan islah pelajar-pelajar Melayu dari Timur Tengah di

sekitar tahun 1904. Melihat kepada kata-kata Abd. Wahid Jais (2006) iaitu:

“Lulusan al-Azhar dikatakan telah memainkan peranan yang paling awal


kearah mewujudkan semangat kemodenan ala islam dan mencetuskan
semangat kebangsaan menentang kuasa penjajahan British di Tanah
Melayu… dan melahirkan sebarisan orang Melayu Islam yang dikenali
sebagai Kaum Muda dengan idea pembaharuan menentang amalan dan
pemikiran islam yang didokong oleh ulama-ulama Tradisional.”14

Oleh itu, keterlibatan lulusan al-Azhar ini dalam memulakan langkah membangkitkan kesedaran

islam tidak boleh dipandang sepi (Jaafar Awang, 2016). Hal ini disebabkan oleh golongan ini

sewajarnya dilabelkan sebagai pendorong dalam memberikan sumbangan pemikiran untuk

membina dan membangunkan minda masyarakat Melayu Islam15 secara tidak langsung membawa

simbol tentang sikap dan reaksi orang Melayu yang benci akan negaranya dipengaruhi dan dijajah

oleh satu kuasa asing ketika itu iaitu British. Sehubungan dengan kemunculan Kaum Muda atau

golongan ulama baharu ini telah mewujudkan tokoh-tokoh yang hebat seperti Syed Syeikh bin

Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Taha, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari

dan Syeikh Salim al-Katali yang menerajui majalah Al-Imam yang diterbitkan pada tahun 1906 di

13
Maymon Arif, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an” diakses pada 8/10/2017 daripada
http://journalarticle.ukm.my/536/1/1.pdf, hlm. 41.
14
H Jalani, Bab Kedua “Tuan Haji Yusof Rawa dan Pergerakan Islah di Malaysia”, 2013 diakses pada 8/10/2017
daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5250/2/2BAB_KEDUA.pdf, hlm. 43.
15
Ibid., hlm. 44.

5
Singapura.16 Kehadiran majalah ini telah membawa suatu perubahan yang amat besar dan

bermakna di dalam arena kehidupan masyarakat Melayu walaupun hanya sempat diterbitkan

sebanyak 31 keluaran sebelum terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi ianya tetap

menggambarkan usaha kegiatan intelektualisme masyarakat Melayu yang meliputi keseluruhan

bidang termasuk ekonomi, politik dan sosial serta agama dalam bangkit menentang penjajahan

British.

Namun begitu, adanya anasir luar yang menafikan kegiatan Kaum Muda ini seperti

kenyataan yang diberikan oleh sarjana Barat yang bernama Willian R. Roff (1980) yang cuba

melihat islam ini melalui perspektif sekular. Misalnya, sarjana itu telah mengatakan “Al-imam’s

first concern was with religion and not directly with social, even less with pratical, change”.17

Walaubagaimanapun, sarjana tempatan telah pun membidas kenyataan tersebut dengan

mengatakan bahawa pemahaman Roff yang begitu dangkal mengenai islam itu sendiri yang

mengatakan islam itu terpisah dengan kehidupan lain yang meliputi aspek politik, ekonomi dan

sosial sememangnya tidak benar sama sekali.18 Sebagai contoh, Abdul Aziz (1973) menyatakan

al-Imam adalah satu saluran yang banyak menyindir penjajah British yang dianggap sebagai

bangsa ajni tetapi hanya secara kiasan kerana zaman itu telah diwariskan dengan lingkaran

penjajahan.

Abdullah (1980) turut mengutarakan bahawa al-Imam ini telah menyeru orang Melayu

mengambil pedoman dari masyarakat negara Jepun yang turut menjalankan Islah dalam bidang

politik, ekonomi dan juga pertahanan tetapi mereka tetap dengan agama yang mereka anuti secara

16
Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)” dalam Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia:
Sejarah Kenegaraan dan Politik (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), hlm. 298.
17
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 95.
18
Ibid.

6
langsung ingin membuktikan bahawa agama ini bukannya penghalang untuk mencapai sebarang

kemajuan19 sepertimana yang dikatakan oleh Roff sebelum ini. Di samping itu, al-Imam juga

dilihat sebagai pencetus kepada kesedaran bahawa akhbar dan majalah amat berperanan dalam

mewujudkan kesedaran baharu di kalangan orang Melayu sejak akhir kurun ke-1920 malahan boleh

dirumuskan bahawa orang Melayu ini sebenarnya merupakan satu bangsa yang mempunyai daya

keintelektualan yang tinggi kerana kewujudan gerakan islah ini adalah datangya daripada idea idea

pelajar Melayu walaupun ada yang dikatakan bukan Melayu tulen yang telah belajar di Timur

Tengah ataupun Asia Barat.

Kejayaan gerakan Islah ini adalah kerana mendapat sambutan yang baik daripada

kalangan masyarakat Melayu itu sendiri sehinggakan tertubuhnya satu sistem pendidikan

madarasah oleh ulama aliran al-Manar atau Kaum Muda ini yang dapat memberikan persaingan

kepada sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh pihak British ketika itu.21

Sesungguhnya, kewujudan tokoh-tokoh dalam gerakan kaum Muda ini mampu memberi

kesedaran kepada orang Melayu tentang pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan

serta pendekatan yang diambil oleh golongan ini dalam mewujudkan sekolah-sekolah agama aliran

moden merupakan satu tindakan yang realistik dalam membentuk kekuatan jati diri dan

membentuk ketahanan daya saing dengan bangsa-bangsa lain dalam kalangan para pelajar

Melayu.22 Oleh itu, kenyataan Cheah Boon Kheng yang melabelkan perjuangan ‘reformis agama’

atau ‘Kaum Muda” ini sebagai perjuangan yang dipimpin oleh golongan ‘bukan Melayu yang

19
Ibid., hlm. 97.
20
Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299.
21
Mustaffa Abdullah, “Pengaruh Tafsir Al-Manar dan Kesannya Kepada Perjuangan Reformis Tempatan
Memartabatkan Pendidikan Orang Orang Melayu” dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19 (Kuala Lumpur, Malaysia:
Univerisiti Malaya, 2008), hlm. 121.
22
Ibid., 122.

7
tulen’ dan cuma berlandaskan hal-hal berkaitan agama dan perkauman sempit semata-mata23 dapat

dipersoalkan.

Sekiranya perjuangan ini diibaratkan sebagai ‘tin kosong’ yang tidak membawa erti kepada

kemerdekaan tanah air maka tidak wujudlah tokoh tokoh yang hebat selepas itu dalam

memperjuangkan hak mereka daripada dijajah misalnya Ibrahim Haji Yaacob yang telah

menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937. Merujuk kepada biodata beliau,

sewaktu Ibrahim menubuhkan KMM, beliau adalah seorang wartawan di akhbar Majlis.24

Sepertimana yang dinyatakan dalam Abdul Rahman Haji Ismail (2007), akhbar Majlis merupakan

kelangsungan daripada warisan akhbar-akhbar al-Imam25 yang dipelopori oleh golongan reformis

yang dikatakan kolot itu. Oleh itu, sekiranya akhbar-akhbar al-Imam ini tidak dihasilkan maka

mustahil untuk akhbar-akhbar yang lain seperti Majlis, Warta Malaya dan Pengasuh untuk

diterbitkan tanpa adanya pengaruh awal yang hebat.

Penulisan ini juga ingin menyorotkan kata-kata Ibrahim di dalam karya beliau yang dilihat

turut memperjuangkan nasib bangsa Melayu seperti “gemarkah kita menyerahkan tanahair kita ini

kepada bangsa Malayan?” (Majlis, 28 Mac 1932) dan “… apa gunanya kesenangan, kekayaan,

kemuliaan- kalau kaum bangsa kita Melayu terhina bahkan samalah kita terhina sekali” (Majlis, 7

April 1932)26 telah menonjolkan keprihatinan beliau tentang nasib orang Melayu manakala di

dalam al-Imam juga membicarakan hal yang berkaitan dengan masa depan orang Melayu iaitu:

23
Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu 1945-1957: Antara British,
United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu” dalam Azmi Arifin dan Abdul Rahman Haji Ismail, ‘Di
Sebalik Tabir: Sejarah Politik Malaysia 1945-1957’ (Pulau Pinang, Malaysia:Universiti Sains Malaysia, 2006), hlm. 61.
24
Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah
Melayu dalam Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin, Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegeraan
dan Kemerdekaan (Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia, 2016), hlm. 118.
25
Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299.
26
Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah
Melayu, hlm. 118.

8
“… mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan
menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru
dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu)”.27

Sehubungan dengan kedua kenyataan tersebut jelaslah bahawa golongan Kaum Muda dengan

terbentuknya persatuan KMM ini adalah saling berkait antara satu sama lain di bawah payung

perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan bangsa dan hak orang Melayu sekali gus

menunjukkan kebencian dan kesedaran orang Melayu untuk membebaskan diri mereka daripada

dibelenggu oleh pihak penjajah.

Selain itu, penulisan ini juga ingin mengetengahkan satu kenyataan yang berbunyi

kepimpinan tradisional dan bangsawan Melayu seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharajela, Dato’

Sagor, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya hanya dianggap sebagai

pemberontakan kaum primitif dan rakyat bawahan yang didakwa telah menyokong perjuangan

mereka bukan disebabkan oleh adanya kesedaran politik tetapi disebabkan oleh kesetiaan yang

membabi buta terhadap pembesar feudal mereka.28 Selaras dengan tajuk penulisan iaitu sikap dan

reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 ini,

penulis ingin mempersoalkan kenyataan tersebut sekiranya kepimpinan tradisional terdahulu

dianggap seperti tiada nilai yang boleh diagungkan tetapi perlulah dilihat daripada sudut perspektif

tindakan pihak penjajah itu sendiri dan kerelevanan sesuatu tindakan itu dilakukan.

Sebagai contoh, merujuk kepada penulisan Leong Yee Fong, beliau mengatakan bahawa

sistem pemerintahan Residen selepas tahun 1874 itu adalah berunsur paksaan seperti para

pemerintah Melayu dikehendaki mematuhi segala nasihat residen British yang menyebabkan

27
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 95.
28
Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu 1945-1957: Antara
British, United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu”, hlm. 61.

9
pemerintah Melayu tidak lagi berkuasa memberikan kata putus dalam segala hal yang berkaitan

dengan pengurusan politik negeri-negeri mereka sehingga mencetuskan pembunuhan Birch iaitu

Residen pertama negeri Perak pada tahun 1875.29 Sesungguhnya, kegiatan pembunuhan itu

sememangnya sesuatu tindakan yang amat kejam tetapi apabila menyingkap kembali kepada

kronologi sebelum peritiswa pembunuhan itu berlaku, ianya perlulah difahami dan diteliti dengan

meletakkan diri kita di dalam situasi berkenaan. Melalui rumusan yang diambil daripada penulisan

Barbara W. dan Leonard Y. Andaya (1983) iaitu:

“… Birch yang sepatutnya menjadi penasihat Sultan Abdullah telah


melanggar peraturan perjanjian dengan cara cuba memusatkan kuasa
pemerintahan sepenuhnya di tangan beliau. Segala keputusan diambil tanpa
berunding dengan Sultan Abdullah, malah beliau telah menggunakan
tekanan dan ugutan ke atas Sultan Abdullah bagi mendapatkan tandatangan
untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru di Perak.”30

Abdullah Zakaria (1997) pula menjelaskan bahawa fasal 10 dalam perjanjian Pangkor turut

memuatkan:

“maka pada pemungut hasil itu dan kuasa pemerintah memungutnya itu
serta/jenis perintah bagi negeri itu semuanya hendaklah diaturkan dengan
mengikut kehendak Residen-Residen yang tersebut/segala itu.”31

Oleh itu, kedua-dua petikan di atas secara jelas telah menunjukkan betapa tamaknya pihak penjajah

dalam mengeksploitasi segala perkara di Tanah Melayu termasuk kuasa pemerintahan tempatan

sehingga berlakunya pembunuhan residen berkenaan oleh rakyat yang mula berasa dikongkong

29
Leong Yee Fong, “Zaman Penjajahan dan Munculnya Susunan Politik Baharu di Tanah Melayu” dalam Abdul
Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik (Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka,
2007), hlm. 249.
30
R Muhammad, “Bab Tiga: Kesan Kolonialisme Ke Atas Politik di Tanah Melayu Melalui Perjanjian British” diakses
pada 8/10/2017 daripada http://studentsrepo.um.edu.my/491/4/BAB3.pdf, hlm. 45.
31
Ibid., hlm. 46.

10
dan ditindas semasa di bawah penjajahan British.32 Secara logik akal, adakah peristiwa

pembunuhan tersebut tidak boleh diklasifikasikan sebagai kesedaran politik orang Melayu untuk

membebaskan diri mereka daripada ikatan kuasa penjajahan walaupun berkemungkinan ianya

dipengaruhi oleh fahaman fanatik dan apapun alasannya tetapi penulisan ini ingin menggariskan

bahawa wujudnya suatu kesedaran dalam diri masyarakat Melayu ketika itu untuk menentang

penjajah yang secara membabi buta membuat peraturan dan undang-undang yang telah

menjatuhkan maruah bangsa dan kedaulatan pemerintahan kerajaan Melayu itu sendiri. Istilah

pembunuhan Birch itu perlulah diperhalusi oleh para pengkaji Sejarah agar ianya tidak

disalahertikan oleh pihak luar yang memandang masyarakat Melayu ketika itu adalah masyarakat

yang kejam tetapi apabila melihat kepada gambaran yang lebih luas maka istilah tersebut dapat

ditafsirkan dengan makna yang lebih baik.

Sebagai penggulungan awal perbincangan, penulisan ini yang memfokuskan sikap dan

reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah

bertujuan mengetengahkan isu-isu penting yang dapat menonjolkan tindakan orang Melayu itu

sendiri baik secara langsung mahupun tidak langsung tetapi ianya menggambarkan kebencian dan

kesedaran orang Melayu untuk bangun menentang pembentukan ‘British’ Malaya dalam

lingkungan tempoh tersebut. Walaupun penulisan ini telah memperlihat betapa pentingnya

pengaruh kaum Muda dalam membentuk sikap dan reaksi masyarakat Melayu dalam menentang

penjahahan British melalui corak perjuangan agama islam moden mereka tetapi ingin ditegaskan

disini bahawa sikap dan kesedaran orang Melayu sebenarnya telah diwujudkan lebih awal lagi oleh

32
Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 86.

11
golongan ulama tempatan sendiri33 dan golongan kaum Muda ini sebenarnya adalah sebagai

pendorong ke arah yang lebih efisen dalam membentuk kesedaran tersebut.

Penulis ingin menjelaskan kaum Muda yang diterangkan sebelum ni sememangnya

berperanan penting dalam mewarnai corak dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British

tetapi peranan kepentingan agama islam ini sebenarnya telah dicetuskan awal oleh golongan ulama

tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan sultan secara tidak langsung telah

menyukarkan British untuk mencampuri hal ehwal politik khususnya di Terengganu seperti Haji

Abdul Rahman Limbong. Beliau telah berjaya dalam menyemarakkan semangat perjuangan dalam

kalangan rakyat di Hulu Terengganu yang membawa kepada Pemberontakan Tani pada tahun

192834 sekali gus menjadi tunjang kepada pembentukan kesedaran untuk membasmi segala

ancaman yang dapat menggugat nilai hidup dan kepercayaan orang Melayu.35

Selain Haji Abdul Rahman Limbong, ulama dan pejuang kemerdekaan yang sangat berjasa

dalam memperjuangkan tanah air terutamanya di Terengganu ialah Tok Ku Paloh dan beberapa

pejuang yang lain.36 Penjelasan mengenai golongan ulama tempatan ini adalah untuk menegaskan

bahawa sekiranya tiada kewujudan pengaruh luar yang membentuk kaum Muda berkenaan,

kesedaran untuk menentang penjajahan British tetap akan wujud di Tanah Melayu itu sendiri

dengan proses yang berbeza berbanding golongan ulama baharu berkenaan. Sebagai contoh,

Timah Hamzah (1981) melalui kajiannya yang berkaitan dengan ketokohan Haji Abdul Rahman

Limbong telah berpandangan bahawa:

33
Leong Yee Fong, “Zaman Penjajahan dan Munculnya Susunan Politik Baharu di Tanah Melayu”, hlm. 261.
34
Ibid., hlm. 262.
35
Ibid.
36
Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain, “Keterlibatan Ulama’ dalam
Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu” (Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011) diakses pada
18/10/2017 daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009616_73855.pdf, hlm. 300.

12
“Haji Abdul Rahman Limbong sangat dikagumi oleh anak muridnya dan
juga penduduk Terengganu terutamanya penduduk Ulu Terengganu kerana
beliau mengekalkan unsur-unsur ‘nativisme’ di dalam masyarakat.
Misalnya masyarakat Ulu Terengganu pada tahun 1920-an yang merasai
tekanan akibat campur tangan pihak Inggeris dalam pemerintahan negeri
Terengganu. Masyarakat di Ulu Terengganu mahukan suasana seperti
dahulu yang mana Terengganu bebas memerintah negeri mereka tanpa
campur tangan pihak asing. Lalu, mereka menjadikan Haji Abdul Rahman
Limbong sebagai role model dalam perjuangan mereka.”37

Sehubungan dengan kenyataan beliau, jelaslah bahawa ketokohan golongan ulama tempatan telah

dapat menyemai semangat kebangkitan dalam membentuk gerakan protes menentang kuasa

penjajahan British walaupun tokoh itu telah dibuang ke negeri Mekah dan meninggal dunia di sana

pada tahun 1929 tetapi impak positif daripada ketokohan beliau amatlah penting dalam

menyumbang kepada gerakan perjuangan kemerdekaan yang mendapat tempat di hati rakyat

ketika itu. Begitu juga pentingnya dengan ketokohan ulama yang dinamakan sebagai Tok Ku Paloh

ataupun Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus yang berperanan hebat dalam urusan hal ehwal kerajaan

Terengganu. Beliau telah dikenali sebagai ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam

perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu malah beliau telah melindungi

pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu

seperti yang berlaku dalam Perang Pahang.38 Ulama Terengganu sendiri menyatakan bahawa:

“Dalam Perang Pahang penentang-penentang British yang dipimpin oleh


Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri
setelah mengalami tekanan dari kerajaan. Pada Mei 1894, mereka

37
Ibid., hlm. 302.
38
Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Bicara Agama “Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu” Utusan
Online, 2006) diakses pada 18/10/2017 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba
_01.htm

13
menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama
tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka,
tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk
menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya
mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu
melancarkan perang Jihad.”39

Kenyataan tersebut telah membuktikan bahawa ulama tempatan seperti Tok Ku Paloh turut

mempunyai darah perjuangan dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu walaupun British

dapat mencampuri urusan di Terengganu setelah beliau wafat pada bulan Zulhijah 1335H tetapi

perjuangan bijak beliau perlulah dicontohi dan dijadikan pedoman sehingga kini. Melalui

perbincangan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan kewibawaan para ulama tempatan

sebagai orang yang terawal bangkit dalam menentang penjajah yang sanggup berjuang sehingga

ke titisan darah terakhir mereka bagi melihat khususnya bangsa Melayu kembali bebas daripada

campur tangan kuasa asing di tanah air sendiri.40 Maka, terbuktilah peranan ulama tempatan ini

layak dijadikan sebagai simbol kepada kebangkitan orang Melayu dan pemangkin kepada

perjuangan-perjuangan yang seterusnya dalam menentang penguasaan penjajahan British.

Oleh itu, golongan agama ini layak untuk diiktiraf sebagai tunjang dalam membentuk

kesedaran politik orang Melayu khususnya melalui golongan ulama tempatan itu sendiri. Di

samping mereka yang berkemampuan dan merantau mendapatkan pengetahuan agama yang lebih

mendalam di luar negeri sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada perkembangan

sekeliling dan mampu menjadi penggerak awal kepada masyarakat Melayu untuk berdikari dalam

39
Ibid.
40
Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain, “Keterlibatan Ulama’ dalam
Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu”, hlm. 303.

14
memperjuangkan kemerdekaan seperti golongan Kaum Muda.41 Sebagai penggulungan akhir

perbincangan, bermulanya kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 telah menyaksikan sikap dan reaksi

orang Melayu terhadap penjajahan British dengan gerakan awal penentangan oleh kepimpinan

tradisional tempatan serta kemunculan masyarakat yang menjadikan agama islam itu sebagai satu

senjata yang amat kuat sehingga digeruni oleh pihak kolonial sepertimana yang dinyatakan oleh

Mohamed Nawab Mohamed Osman (2007) iaitu “Although the British successfully quelled these

instances of unrest, this reflected an active role that the ulama played in leading resistance against

colonial authority.42

Justeru, tanggapan bahawa corak kebangkitan oleh golongan – golongan ini kononnya

dianggap kuno dan tidak penting untuk dibicarakan serta dihuraikan dengan lebih mendalam dan

terperinci melalui isu memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu berbanding tokoh-tokoh

parti politik lain seperti KMM adalah satu tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali. Berikutan

dengan fokus penulisan sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-

19 dan awal kurun ke-20 ini adalah untuk membuka minda mana-mana pihak yang terlalu taksub

akan istilah yang dibuat oleh sarjana Eropah sehingga memandang serong perjuangan oleh tokoh-

tokoh tradisional tempatan dan golongan agama yang dianggap sebagai bukan perjuangan

nasionalisme perlulah diubah sama sekali kerana mereka umpama akar yang teguh dalam

membentuk sikap dan reaksi orang Melayu untuk bangkit menentang kekejaman pihak penjajah

sewaktu era berkenaan dan telah mencetus resolusi perjuangan kemeredekaan kepada era yang

seterusnya.

41
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain (Selangor, Malaysia:
Penerbit Fajar Bakti, 1990), hlm. 98.
42
Mohamed Naweb Mohd Osman, “Towards a History of Malaysian Ulama”, No. 122 (Singapore: S. Rajaratnam
School of International Studies, 2017), diakses pada 22/10/2017 daripada
http://www3.ntu.edu.sg/rsis/publications/WorkingPapers/WP122.pdf, hlm. 8.

15

You might also like