You are on page 1of 7

Bahagian 1: Masalah

Berikut ialah dua masalah yang telah dikenal pasti selepas penelitian borang penyeliaan yang
dinilai oleh penyelia dan guru pembimbing.

1.1.1 Bahan Bantu Mengajar

Penyeliaan yang kedua telah dijalankan pada 22 Julai 2019 dan diselia oleh guru pembimbing
saya, Encik Padli bin Abdul Rahman. Penyeliaan ini telah dijalankan selepas waktu rehat, dan
tingkatan yang diselia ialah tingkatan 4 Alfa. Dalam penyeliaan pertama yang dilakukan oleh
guru pembimbing saya, saya telah menyediakan bahan bantu mengajar untuk menarik perhatian
murid. Saya telah menjalankan satu aktiviti berkumpulan yang dinamakan “Bingo” dengan
menggunakan kad manila. Saya berharap PdP akan berjalan dengan lancar dan murid akan
tertarik dengan BBM yang disediakan. Semasa perbincangan dengan guru pembimbing, Encik
Padli menyedarkan saya bahawa BBM yang saya sediakan tidak jelas, serta pelajar tidak jelas
dengan cara permainan. Selain itu, BBM saya juga gagal menarik fokus pelajar, pelajar masih
dalam keadaan yang tidak bersedia. Walaupun BBM yang disediakan adalah berwarna-warni
tetapi saiz perkataan tidak cukup besar dan menyebabkan pelajar yang duduk di belakang kelas
tidak dapat membaca perkataan dengan jelas. Para pelajar tidak mengikut cara permaianan yang
sebenar sehingga menyebabkan aktiviti ini tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

1.1.2 Soalan Guru Tidak Jelas

Masalah yang kedua dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya pada
penyeliaan pertama oleh guru pembimbing ialah berkaitan penyoalan. Guru pembimbing
menyatakan bahawa sekiranya saya ingin mengemukakan soalan kepada murid, soalan yang
dikemukakan haruslah jelas agar murid mudah memahami setiap soalan yang ditanyakan.
Masalah ini berkaitan dengan kemahiran penyoalan guru itu sendiri. Teknik penyoalan haruslah
dikuasai sebaik mungkin oleh guru kerana ia sangat penting dan mempunyai peranan dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Penyoalan adalah apa jua pernyataan atau perlakuan yang memerlukan maklum balas
murid. Selain daripada berbentuk lisan, penyoalan juga boleh dilakukan melalui ekspresi muka,
isyarat dan konteks fizikal. Penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran bertujuan tertentu.
Terdapat beberapa tujuan guru menyoal murid antaranya ialah untuk menilai pengetahuan sedia
ada, menimbulkan minat, membina pemahaman yang mendalam di samping membina idealisme,
sikap dan penghargaan, memantapkan pembelajaran, merangsang pemikiran kritis dan
sebagainya.

Perkara ini dapat dilihat bahawa soalan yang guru praktikum kemukakan kurang
difahami oleh murid kerana menurut guru pembimbing, saya tidak menggunakan teknik
penyoalan yang sebetulnya. Di samping itu, saya tidak membuka ruang soalan kepada pelajar
tetapi bersoal jawab secara menyeluruh. Hal ini menyebabkan terdapat gangguan apabila murid
menjawab soalan tersebut secara beramai-ramai dan keadaan kelas menjadi tidak terkawal dan
bising dengan pelbagai jawapan.

Bahagian 2 : Punca

2.1.1 Guru menghasilkan BBM yang tidak sesuai untuk PdP

Bahan bantu mengajar merupakan bahan mestian digunakan dalam PdP, guru menyediakan
BBM biasanya untuk menarik perhatian dan fokus pelajar. Kekurangan pengalaman untuk
menghasilkan BBM juga menyebabkan BBM tidak membawa kesan yang positif. Faktor pertama
BBM gagal digunakan ialah saiz perkataan terlalu kecil, menyebabkan pelajar bahagian belakang
tidak dapat membaca. Saya perlulah meneliti perkara ini dulu sebelum mencetak BBM yang
berkenaan. Faktor kedua ialah warna kertas yang digunakan, bukan semua warna sesuai
digunakan. Contohnya, warna yang gelap seperti biru tua akan menyebabkan perkataan yang
ditulis atau ditampal atasnya agak sukar dibaca. Faktor ketiga ialah saya tidak menjelaskan
dengan baik dan jelas mengenai cara permainan aktiviti tersebut untuk dimainkan.

2.1.2 Guru Tidak Menggunakan Teknik Penyoalan yang Betul

Masalah mengenai soalan guru tidak jelas adalah berpunca daripada saya tidak menggunakan
teknik penyoalan yang berkesan semasa sesi soal jawab dengan murid. Saya mengajukan soalan
secara umum dan tidak memfokuskan kepada topik perbincangan. Hal ini menyebabkan berlaku
kekeliruan kepada murid dan ini disebabkan oleh guru praktikum itu sendiri yang tidak
menguasai teknik penyoalan yang berkesan dan dapat di terima oleh murid. Murid tidak dapat
mengesan apakah sebenarnya yang menjadi tumpuan oleh soalan guru itu.
Perkara ini juga berlaku disebabkan ruang masa yang singkat diberikan kepada murid
untuk menjawab soalan dan menyebabkan mereka kurang keyakinan dan berasa takut untuk
mengemukakan jawapan atau pandangan terhadap pertanyaan yang diajukan oleh guru
praktikum. Saya juga tidak mengajukan soalan secara sukarela kepada murid dan ini
menyebabkan kan soalan-soalan yang di ajukan tidak mendapat sambutan yang baik oleh semua
murid.

Bahagian 3: Langkah Penambahbaikan yang Disarankan

3.1.1 Guru membetulkan BBM dengan lebih berkualiti

Bagi penambahbaikan BBM, saya akan mengkaji dan meneliti saiz perkataan sebelum
menyediakan bahan bantu mengajar. Contohnya, saya akan mencetak satu sampel perkataan
yang lebih besar dan jelas dan seterusnya saya akan cuba lekat di dinding, kemudian saya akan
cuba membaca perkataan tersebut di jarak yang lebih jauh. Sekiranya, saya dapat membaca
perkataan tersebut di jarak yang lebih jauh maka perkataan tersebut akan dapat dilihat dengan
jelas oleh murid. Selain itu, saya juga perlu mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan BBM. Seterusnya, saya akan menggunakan warna kertas yang sesuai
dengan warna perkataan supaya murid dapat melihat dengan lebih jelas dan berkesan. Sebelum
menghasilkan BBM, saya juga perlu menyemak semula perancangan yang perlu dilakukan. Hal
ini dapat memastikan objektif PdP tercapai dan maklumat disampaikan dengan berkesan. Oleh
itu, guru pembimbing mencadangkan kepada saya supaya untuk BBM yang seterusnya
menjalakan aktiviti iaitu Think, Pair and Share.

3.1.2 Menggunakan Teknik Penyoalan yang Berkesan

Menurut guru pembimbing berdasarkan masalah ke dua yang wujud dalam pengajaran guru
praktikal yang berkaitan penyoalan, beliau menyatakan bahawa guru praktikal perlu
menggunakan teknik penyoalan yang berkesan dengan berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Oleh itu, dalam menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan
KBAT, guru praktikum harus melaksanakan beberapa strategi berkesan bagi membimbing murid
untuk berfikir secara KBAT. Antara salah satu teknik paling berkesan dalam memastikan pelajar
juga berfikir secara KBAT adalah Teknik Penyoalan yang berkesan.
Antara ciri-ciri soalan yang berkesan yang disarankan oleh guru pembimbing ialah soalan
yang diajukan kepada murid mestilah bermatlamat iaitu ditanya untuk mencapai tujuan tertentu.
Selain itu, soalan perlulah dinyatakan dengan jelas agar murid memahami apa yang dinyatakan
dan soalan juga bersifat ringkas. Pastikan soalan tersebut dinyatakan dengan seberapa sedikit
perkataan yang mungkin agar murid mudah memahaminya.

Di samping itu, soalan tersebut bercirikan memprovokasi pemikiran di mana ia boleh


merangsang pemikiran dan tindak balas. Soalan guru praktikum mestilah bersifat menyoal siasat
iaitu melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang berikutnya dan mencungkil secara
mendalam. Seterusnya yang paling memainkan peranan dalam menyoalkan murid ialah soalan
tersebut hendaklah disesuaikan dengan tahap murid kerana tahap prestasi murid adalah berbeza-
beza.
Bahagian 1 : Masalah

1.1.1 Latihan Pengukuhan yang Kurang Berkesan

Penyeliaan yang kedua telah dijalankan pada 5 Ogos 2019 dan diselia oleh guru pembimbing
saya, Encik Padli bin Abdul Rahman. Masalah yang seterusnya berdasarkan komen daripada
guru pembimbing pada penyeliaan pertama ialah berkaitan bahan pengajaran. Guru tidak
menyediakan soalan pengukuhan kepada para pelajar. Pengukuhan boleh didefinisikan sebagai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru selepas pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai
bentuk latihan. Cara atau bentuk latihan pengukuhan yang diberikan kepada murid-murid adalah
sama. Setiap murid dikehendaki menjawab atau melakukan dengan menerima latihan atau
tugasan yang diberikan oleh guru dalam bentuk yang sama dan tiada perbezaan. Daripada situlah
kita boleh melihat perbezaan murid mana yang dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran
dengan baik. Biasanya, aktiviti pengayaan juga terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti
pengukuhan selepas guru sudah mengajar kemahiran asas.

Pada pengajaran dan pembelajaran ini, guru hanya melaksanakan aktiviti semasa di
dalam kelas sahaja tanpa memberikan soalan latihan pengukuhan kepada murid untuk dibuat di
rumah sebagai kerja sekolah. Masalah ini dinyatakan oleh guru pembimbing. Beliau menasihati
agar masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana latihan pengukuhan ini sangat penting kepada
murid kerana aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid. Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti
memberi latihan yang lebih mencabar, memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk, melatih
murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti peta minda, carta
organisasi dan rajah, melatih murid membuat nota, menjalankan latih tubi dan melatih murid
mengenal pasti idea utama.
1.1.2 Set Induksi yang Kurang Menarik

Masalah yang kedua dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya pada
penyeliaan kedua oleh guru pembimbing ialah berkaitan set Induksi. Guru pembimbing
menyatakan bahawa set induksi saya kurang menarik dan gambar yang ditunjukkan bersaiz kecil.
Pelajar di belakang kurang nampak gambar yang ditunjukkan. Pada ketika itu saya menggunakan
gambar berkaitan manuskrip Hukum Kanun Melaka sebagai set induksi. Guru pembimbing juga
menyuruh saya agar menggunakan set induksi yang lebih menarik dan berkesan agar pelajaran
dan pengajaran menjadi lebih menarik serta rasa timbul minat murid untuk mengetahun pelajaran
yang akan disampaikan selepas itu. Dengan adanya set induksi yang menarik dan berkesan dapat
mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada. Oleh itu, guru pembimbing
menyuruh saya untuk memperbaiki penggunaan set induksi saya untuk pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.

Bahagian 2 : Punca

2.1.1 Tahap Kesediaan Guru dalam Pengajaran

Masalah guru praktikal tidak menyediakan latihan pengukuhan berdasarkan pengajaran yang
dilakukan ialah berpunca daripada tahap kesediaan guru itu sendiri. Hal ini kerana tahap
kesediaan guru praktikum pada fasa pengukuhan dalam rancangan pengajaran hariannya adalah
lemah. Guru praktikal tidak menitikberatkan fasa tersebut kerana guru beranggapan bahawa
soalan yang disediakan semasa latihan dalam kelas sudah mencukupi. Oleh sebab tanggapan
guru praktikum sebegitu, guru tidak menyediakan bahan bantu mengajar yang sepatutnya dan
bersesuaian dengan topik pengajaran dan pembelajaran untuk diberikan kepada murid sebagai
latihan pengukuhan.

Di samping itu, guru praktikum hanya bergantung pada sesi pengajaran tanpa berusaha
untuk menilai kefahaman murid melalui aktiviti pengukuhan selepas pengajaran. Hal ini di
sebabkan oleh sikap guru yang tidak bersedia terhadap fasa tersebut untuk aktiviti pengukuhan.
Guru juga kurang memberi perhatian terhadap keberkesanan pengajarannya melalui aktiviti
pengukuhan. Hal ini berlaku kerana guru merasa dengan adanya fasa penutup yang meminta
murid membuat rumusan terhadap pembelajaran telah cukup menunjukkan murid itu faham
terhadap pembelajaran pada hari tersebut.

Bahagian 3: Langkah Penambahbaikan yang Disarankan

3.1.1 Menyediakan Soalan Pengukuhan yang Mantap

Berdasarkan masalah pertama iaitu semasa penyeliaan kali kedua oleh guru pembimbing, saya
disarankan agar membuat persediaan pengajaran yang mantap dari segi bahan bantu mengajar di
mana saya dikenal pasti tidak menyediakan soalan pengukuhan kepada murid sebagai latihan
pengukuhan yang perlu dibuat selepas pengajaran dan aktiviti kumpulan. Oleh itu, guru
pembimbing menyarankan agar guru praktikal membuat persediaan awal mengenai masalah ini.

Saya perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang berbentuk soalan pengukuhan
kerana pihak sekolah tersebut sangat menitikberatkan soalan pengukuhan kepada murid yang
bakal menduduki peperiksaan agar dapat memberi gambaran awal kepada murid terhadap soalan.

Selain itu, saya seharusnya merujuk guru tetap untuk mengetahui dengan lebih lanjut
berkaitan soalan pengukuhan agar guru praktikum dapat mengetahui mengenai bentuk dan jenis
soalan yang patut diberikan kepada murid. Di samping itu juga saya boleh merujuk buku soalan
peperiksaan sebenar. Perkara ini dapat membantu guru praktikum dalam penyediaan soalan
latihan pengukuhan untuk diberikan kepada murid. Oleh itu, guru pembimbing mencadangkan
agar saya praktikal membuat soalan objektif dan soalan struktur kepada murid agar kita dapat
menilai sejauhmanakah kefahaman murid mengenai pengajaran guru praktikal.

3.1.2 Menyediakan Set Induksi yang Menarik dan Berkesan

Saya akan membuat reptika makam dan batu nisan bagi menarik minat para pelajar didalam topic
Pengaruh Islam di Asia Tenggara. Dengan cara ini pelajar dapat melihat dengan lebih jelas
bagaimana makam dan batu nisan zaman dahulu. Selain itu juga tiada lagi masalah para pelajar
tidak dapat melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dihadapan. Hal ini kerana saya akan
membuat replica yang besar dan bewarna terang supaya pelajar yang berada di bahagian
belakang dapat melihat dengan jelas dan dapat menarik minat mereka.

You might also like