You are on page 1of 2

Laporan Mikro

Teknik Penyoalan merupakan teknik yang penting dalam pengajaran guru. Hampir semua
proses P&P termasuk set induksi dan penutup juga menggunakan teknik penyoalan. Soalan
guru hendaklah mudah difahami dan sentiasa memberi soalan yang mencabar dan
mencungkil minda pelajar. Selain itu, guru perlu memberi masa pelajar berfikir sebelum
menjawab soalan serta memberi peneguhan yang bersesuaian terhadap jawapan pelajar.
Oleh itu, terdapat beberapa komponen yang penting dalam kemahiran penyoalan seperti
pembentukan soalan, fokus, sebaran, hentian dan melayani jawapan dan memberi petunjuk
jawapan. Pembentukan soalan harus ringkas, tepat dan jelas supaya mudah difahami oleh
murid. Fokus soalan boleh ditumpukan kepada satu idea atau lebih daripada satu idea.
Soalan juga harus disebar kepada seluruh kelas dan guru tidak bersifat bias ketika
mengemukakan soalan. Lebih-lebih lagi, peneguhan diberi kepada murid ketika mereka
berjaya menjawab soalan dan bukannya menegur sahaja. Guru juga harus sentiasa
memberi bimbingan kepada murid ketika murid tidak memahami kehendak soalan. Namun,
kemahiran penyoalan juga penting sebagai teknik untuk mengawal kelas apabila murid tidak
menumpu perhatian dalam pengajaran.

Kumpulan kami telah diberi tajuk kemahiran penyoalan dalam pengajaran mikro. Sebelum
melaksanakan simulasi pengajaran, kami telah berbincang dan berpendapat menggunakan
subjek Pemulihan Bahasa Malaysia berdasarkan konstruk 12 iaitu keupayaan membaca,
memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan sebagai pengajaran kita. Kami
telah mengadakan simulasi mikro pada 16 Januari 2018 dan kami telah mengajar murid
pemulihan tentang karangan separa berpandu. Sasaran murid kita ialah murid Tahun 3 dan
bahan pengajaran yang digunakan ialah gambar bersiri dan papan tulis.

Dalam set induksi, guru akan meminta murid menyusun gambar mengikut plot yang betul.
Selepas itu, guru memberi murid masa 5 minit untuk menyusun gambar tersebut supaya
mereka dapat memerhati dan berfikir sebelum menyusunnya. Guru akan memberi petunjuk
jika murid salah susun gambar. Pada langkah 1, semua murid diminta untuk menyatakan
apa yang mereka nampak melalui gambar yang terdapat tersebut lalu guru akan menulis
perkataan yang disebut berdasarkan gambar oleh murid di papan tulis. Ini merupakan teknik
fokus secara pelbagai, iaitu menggunakan gambar sebagai fokus utama dan memberikan
murid merangsang pelbagai idea. Seterusnya, guru menyoal murid tentang peristiwa yang
terdapat dalam gambar bersiri. Murid yang mengemukakan jawapan diberi peneguhan
positif.

Pada langkah 2, guru akan membuat demonstrasi membina ayat mudah di papan tulis.
Guru akan menggunakan perkataan yang dikemukakan oleh murid untuk membina ayat
mudah. Seterusnya, guru meminta murid menggunakan perkataan yang dikemukakan untuk
membina ayat. Namun, guru akan menyoal murid sebagai bimbingan demi membantu murid
membina ayat mudah secara lisan di papan tulis. Guru akan memastikan semua murid
terlibat dalam slot pengajaran membina ayat mudah. Sebagai penutup, guru akan meminta
setiap murid mencipta satu tema yang sesuai mengikut kreativiti mereka. Setelah itu, guru
akan memberi pujian kepada murid yang berjaya mencipta tajuk lalu akan memberi satu
“rama-rama” kepada murid yang mencipta tajuk yang paling sesuai sebagai dorongan dan
galakkan kepada murid supaya terus berusaha.

Setelah siap melaksanakan simulasi kami, kami dapat menemui beberapa kelemahan kita
semasa simulasi. Semasa pengajaran membina ayat mudah, kami hanya memberi masa
yang singkat kepada murid untuk berfikir dan mereka mengeluarkan jawapan secara
spontan sahaja. Oleh itu, kami perlu memberi masa hentian dalam 3-5 minit bagi murid
untuk berfikir supaya jawapan yang diberi murid lebih jelas dan lengkap. Selain itu, tulisan
kami pada papan tulis perlu dibaiki dan ditambah baik dari segi tulisan. Tulisan kami
kadangkala terlalu kecil atau berselerak menyukarkan murid untuk melihat dan mencatat.
Bukan itu sahaja, kami juga menerima semua perkataan yang disebut oleh murid tanpa
berfikir panjang untuk membina ayat. Dengan ini, kami harus merancang dahulu tentang apa
perkataan yang diperlukan dan seterusnya membimbing murid menyebutnya. Kami juga
akan memberitahu murid mementingkan idea utama dalam gambar rangsangan tersebut.

Oleh itu, soalan yang dirancang dalam pengajaran kami berutama untuk meningkatkan
kemahiran mencipta ayat-ayat baru dengan bahan rangsangan yang diberikan. Kemahiran
mencipta merupakan aras tertinggi dalam taksonomi bloom. Ini juga bertujuan mencungkil
fikiran murid-murid secara maksimum dan mengembangkan kobolehan berfikir murid-murid
juga.

You might also like