You are on page 1of 3

Tugasan 1

1.0 Pengenalan

Tingkah laku pelajar memainkan peranan yang sangat penting ke arah pembentukan
sahsiah diri yang positif. Menurut Lahey (2009), tingkah laku merupakan kajian saintifik yang
berkaitan dengan proses mental dan perbuatan seseorang. Kebiasaannya tingkah laku pelajar
merupakan tindak balas daripada rangsangan stimulus dari dalaman mahupun luaran yang
berupaya merangsang pelajar daripada melakukan sesuatu perlakuan hingga memberi kesan
kepada persekitaran mereka. Sekiranya tingkah laku pelajar tidak dikawal dengan sempurna,
maka akan timbul masalah tingkah laku. Dalam konteks pendidikan, masalah tingkah laku
adalah istilah yang merujuk kepada pelajar yang mempunyai tingkah laku negatif hingga
menyebabkan terganggunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
(Jamilah, 2005). Tambahan pula, masalah tingkah laku juga merujuk kepada sebarang bentuk
tingkah laku pelajar yang boleh menganggu kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Fadli et al. 2016).

2.0 JENIS MASALAH TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH DAN FAKTORNYA.

Melalui pemerhatian yang saya perolehi semasa saya berPBS di sekolah, beberapa
jenis masalah tingkah laku dalam bilik darjah kelas pemulihan telah dikesan. Pertama sekali,
saya mendapati bahawa murid kurang memberi perhatian dan tumpuan dalam mengikut sesi
pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Murid ini suka
memerhati pergerakan di luar bilik darjah, seperti memerhati bunyi semasa orang lalu, berbual
bersama rakan dan sebagainya. Keadaan ini telah menyebabkan murid tidak mendengar
arahan guru kerana kesemua fokus mereka di luar bilik darjah. James (1890) telah
mengemukan beberapa kesan yang akan dihadapi oleh murid iaitu beliau menyatakan bahawa
kurang tumpuan semasa guru mengajar akan menyebabkan murid gagal mematuhi arahan
yang diberi oleh guru, gagal memperoleh maklumat penting yang ingin disampaikan oleh guru,
kerja atau aktiviti yang diagihkan gagal disiapkan dan sebagainya. Faktor yang mungkin
menjadi peyebab tingkah laku bermasalah ialah faktor persekitran. Kana-kanak sangat sentitif
dan peka dengan persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas dan sebagainya. Mereka akan
kehilangan fokus semasa belajar dan menunjukkan kepada punca yang menarik perhatian
mereka. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang
mengalami kecacatan teruk, autisme dan lain-lain.
Masalah tingkah laku yang seterusnya ialah murid hiperaktif. Kanak-kanak yang
hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Menurut
Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas
pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak
mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan
dan manipulasi. Melalui pemerhatian yang saya dapat, murid ini berasa susah untuk melakukan
aktiviti yang memerlukan seseorang untuk duduk diam, seperti semasa belajar dan membuat
latihan. Hal ini disebabkan murid hiperaktif ini senang berasa gelisah apabila duduk di kerusi,
tak henti-henti bercakap, menyentuh atau bermain apa saja sehingga mengganggu orang lain.
Tekanan psikologi mungkin menyebabkan berlakunya perlakuan sebegini. Mereka akan mudah
berasa tertekan apabila dikenakan tindakan yang tidak disukai mereka lalu mereka akan
melakukan tingkah laku yang tersendiri untuk menghilangkan tekanan mereka itu. Tambahan
pula, murid ini juga menunjukkan emosi secara telus dan cenderung melakukan sesuatu
tindakan tanpa memikirkan akibatnya sama sekali. Contohnya, mereka menjerit-jerit dan berlari-
lari dalam kelas. Masalah hiperaktif ini akan membawa kesan seperti bilik darjah menjadi huru-
hara jika guru gagal mengawal kelas. Kegagalan kawalan kelas turut menjadikan P&P gagal
dijalankan. Jelaslah bahawa, masalah hiperaktif ini bukan sahaja membawa kesan kepada
murid tersebut manakala juga membawa kesan kepada keselurahan murid di bilik darjah.

Di samping itu, murid menunjukkan tingkah laku agresif. Tingkah laku ini termasuklah
tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991; Rigby, 1997; Thompson
dan Sharp, 1998). Tingkah laku ini boleh dirangkumi dalam tingkah laku buli dan ianya
merupakan satu bentuk tingkah laku agresif ( Smith dan Sharp, 1994). Menurut Olweus (1993)
tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu
atau kumpulan. Tingkah laku agresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh
menyebabkan kecederaan atau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain. Antara
kesan bagi tingkah laku agresif terhadap pembelajaran murid ialah murid tidak dapat menumpu
perhatian semasa cikgu mengajar. Hal ini disebabkan murid yang menjadi mangsa akan sukar
untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana berasa
takut. Faktor yang menjadi penyebab mungkin kerana pengaruh media massa yang semakin
berleluasa pada zaman yang moden ini. Murid akan meniru aksi-aksi ganas dan negatif
daripada pelbagai media seperti televisyen, laman web dan lain-lain. Murid akan menunjukkan
kehebatan mereka dalam kelas dan lama-kelamaan menjadi sesuatu tabiat.
Akhir sekali, saya telah mengetahui masalah murid pemulihan melalui temu bual
daripada guru pemulihan. Guru menyatakan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah iaitu
tidak menghirau kawan di sekelilingnya semasa P&P dijalankan atau pada waktu rehat.
Contohnya, murid tersebut tidak suka bercakap dengan kawan di tepi atau belakang semasa
cikgu mengadakan aktiviti kumopulan. Tambahan pula, murid tersebut juga suka mengambil
barang kawan tanpa izin dan membaling kertas ke tempat duduk rakan menyebabkan
kemarahan kawan lain. Terbuktilah bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di
kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh
berkomunikasi dengan baik. Jelaslah bahawa kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
merupakan salah satu faktor berlakunya tingkah laku bermasalah.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, menangani masalah tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak


terutamanya kanak-kanak pemulihan khas bukanlah suatu tindakan yang mudah. Kegagalan
menangani masalah tingkah laku negatif ini bukan sahaja akan membaw a kesan yang buruk
kepada murid tersebut, manakalah masalah ini juga akan menyebabkan kegagalan guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dan kawan sekelas juga akan diganggu dan tidak
dapat menumpu perhatian semasa P&P dijalankan. Oleh itu, ibu bapa dan guru sepatutnya
bekerjasama untuk mengatasi masalah tingkah laku murid. Guru dan ibu bapa perlu memikirkan
strategi pencegahan ataupun strategi mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini
dalam diri kanak-kanak tersebut. Sekiranya teknik atau cara digunakan dengan sesuai, maka
tingkah laku negatif ini dapat dibentukkan dan diubahkan.

You might also like