You are on page 1of 39

PEMARKAHAN

1. PENILAIAN
VIDEO
2. RAKAMAN
MAKRO
3. RPH
4. REFLEKSI
MAKRO
5. LAPORAN
KAJIAN
TINDAKAN
6. FORUM
JUMLAH
KOD & NAMA KURSUS

KPD 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK :

KERJA KURSUS DAN FORUM


Pecahan 1

Menilai rakaman video satu sesi pengajaran

Pecahan 2

i) Rakaman Sesi Makropengajaran


ii) Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
KUMPULAN
iii) Refleksi Makropengajaran

Pecahan 3

Laporan Kajian Tindakan

EL - J06

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

MASTURA BINTI JAMADI

D20112055728

0127654113

NAMA TUTOR E-LEARNING

DR. SUPPIAH A/L NACHIAPPAN

TARIKH SERAH

16 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN
Halaman

1.0

Sekapur Sireh

2.0

Penilaian Pengajaran Video Satu Sesi Pengajaran

3.0

Rakaman Sesi Makropengajaran

8 - 11

4.0

Rancangan Pengajaran Harian Makro

12 - 26

5.0

Refleksi Pengajaran Harian Makro

27 - 34

6.0

Laporan Kajian Tindakan

35 - 45

Bibliografi

46

7. 0 Lampiran : CD Rakaman Makropengajaran

52

8. 0 FORUM -

53 - 58

KPD 3026 : myguru 3

ekapur Sirih

eulas Pinang

Assalamualaikum w.b.t
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan doa kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberikan
kesihatan, masa dan tenaga serta fikiran yang baik serta memberi peluang dan ruang kepada saya
untuk menyiapkan tugasan ini.
Jutaan berterima kasih kami ucapkan kepada pensyarah saya Dr. Suppaih a/l Nachiappan
kerana telah memberi tunjuk ajar, memberi panduan dan pendedahan dan

kepada kami bagi

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa nasihat daripada beliau kami pasti tidak dapat
menyempurnakan tugasan ini mengikut keperluan dan tempoh masa yang ditetapkan. Seterusnya
tidak lupa juga kepada semua rakan rakan yang sudi berkongsi ilmu dalam melancarkan proses
membuat tugasan ini.
Ini adalah hasil kerja saya dan ditambah dengan input input daripada bahan bahan
tambahan yang saya rujuk bersama rakan sekelas. Saya berharap agar sekiranya terdapat
kesalahan dalam tugasan ini, harap dimaafkan. Saya telah melakukan yang terbaik dan penuh
berhati-hati. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr.
Suppiah a/l Nachiappan kerana memahami dan membuat penilaian yang optimum terhadap
tugasan saya. Maklum sahajalah, belajar sambil bekerja menuntut komitmen yang kadang kadang
tidak mampu kita lakukan sepenuh hati dan 100%. Semoga semangat ini terus membara demi
mendapatkan segulung ijazah.
Wassalam.

1.0 PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar.
Menurut Koh Boh Boon(1985), pengajaran adalah proses yang kompleks, yang dipenuhi
oleh pelbagai unsur termasuk kualiti mengajar , kecerdasan, bakat, minat, pengaruh,
motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu.
Robert Glasser(1968) menyebut, pengajaran adalah satu proses yang melibatkan empat
elemen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar, dan
penilaian pencapaian.

2.0 MIKRO PENGAJARAN


Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran
untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu antaranya set
induksi, mencungkil idea, dan menyoal.
Secara umumnya mikropengajaran adalah satu proses yang memberi peluang kepada guru
atau guru pelatih mengasah kemahiran mengajar dalam situasi yang kurang mengancam
dan

mudah

dipantau

kerana

masa

pengajaran

disingkatkan

supaya

berupaya

menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada murid.

3.0 REFLEKSI RAKAMAN VIDEO


Berdasarkan rakaman video, saya ingin memberi maklumbalas berdasarkan kemahiran
menyoal. Teknik penyoalan merupakan satu kemahiran yang penting untuk mewujudkan
interaksi antara guru dengan murid secara berkesan. Penyoalan juga merupakan satu
teknik atau rangsangan untuk menggerak pelajar membina konsep , melibatkan diri dan
mengambil bahagian secara aktif. Kemahiran menyoal harus meliputi pelbagai aspek
termasuklah teknik penyoalan , aras soalan, taburan soalan, gerakbalas dan layanan
terhadap murid-murid. Hal ini demikian supaya pelajar berpeluang terlibat dalam pelbagai
jenis proses mental.

3.1 Teknik Mengemukakan soalan:


Teknik yang digunakan oleh responden merupakan teknik yang paling ringkas tanpa
banyak persediaan awal kerana responden hanya terus bertanyakan soalan yang sesuai
dengan maklumat yang ingin diketahui. Contoh soalan: Siapa tahu jenis-jenis air yang
suci?.Pada pendapat saya, cara mengajukan soalan seperti ini kurang menarik perhatian
murid dan mungkin juga menggugat semangat murid untuk turut serta menyumbang
jawapan. Ini adalah kerana murid-murid khuatir jawapan mereka salah dan boleh
memalukan mereka.Soalan seperti ini
menggambarkan guru inginkan jawapan yang tepat sahaja. Justeru cara
mengajukan soalan adalah penting. Contohnya, Apakah yang kamu faham tentang air
yang suci?
Berdasarkan teknik penyoalan ini juga, responden sepatutnya perlu mengelakkan
daripada mengadili jawapan murid dengan mengatakan betul atau salah. Cara ini akan
melemahkan keinginan murid-murid untuk mnyumbang idea mereka, sedangkan salah
satu tujuan menyoal adalah untuk mencungkil idea dan mengenalpasti tahap kefahaman
murid-murid.
Saya juga dapati responden tidak memberikan masa menunggu semasa
mengemukakan

soalan

kepada

murid-murid.

Sepatutnya

responden

haruslah

mengemukakan soalan, dan berhenti sekejap untuk memberi masa murid-murid untuk
berfikir berdasarkan jenis dan tahap soalan yang diaju. Ini adalah kerana kajian
menunjukkan memperuntuk masa berfikir yang sesuai mampu meningkatkan kemahiran
analitik dan menyelesaikan masalah.
Daripada pengamatan saya, hanya guru sahaja yang mengemukakan soalan
kepada murid-murid. Tiada penglibatan pelajar untuk mengemukakan soalan. Penglibatan
seratus peratus guru dalam teknik penyoalan tidak dapat membuka ruang kepada muridmurid dan akan menyebabkan mereka bersikap pasif.
Saya juga mendapati responden hanya menggunakan Alat Bantuan Mengajar
berupa kad gambar sewaktu menjalankan teknik penyoalan. Pada pendapat saya untuk
merangsang minat dan tumpuan murid-murid adalah lebih berkesan jika responden
menggunakan elemen TMK dalam p&p. Contohnya menyediakan tayangan slaid gambar
jenis-jenis air yang sesuai untuk bersuci dan alat-alat yang boleh digunakan untuk bersuci
. Dengan cara ini teknik penyoalan akan lebih menarik.

3.2 Aras Soalan


Menurut Bloom dalam bukunya Taxonomy Of Education Objectives terdapat enam
peringkat atau aras dalam kemahiran soalan iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.
Berdasarkan rakaman video, saya dapati responden hanya mengajukan soalan aras
pengetahuan sahaja. Tambahan pula sewaktu mengajukan soalan responden secara tidak
langsung sering memberi jawapan contohnya:
Soalan guru : Gambar ini ialah gambar air su?
Murid menjawab : ngai
Murid-murid sebenarnya hanya menyambung perkataan yang disebut oleh guru bukan
menjawab soalan guru.

Soalan seperti ini tidak sesuai digunakan. Spatutnya soalan-

soalan yang dikemukakan mestilah dapat menguji atau menilai apa yang disampaikan oleh
guru

dalam

P&P.

Melalui

bentuk

soalan

seperti

ini

juga

menunjukkan

tidak

mengaplikasikan kemahiran berfikir. Hal ini akan menyebabkan pemikiran pelajar kurang
berkembang.

Semasa merancang aktiviti pengajaran, responden sepatutnya menyediakan


berbagai-bagai jenis soalan konvergen dan soalan divergen mengikut aras soalan yang
boleh mencungkil fikiran atau menimbulkan perasaan ingin tahu.

3.3 Gerakbalas atau Penerimaan Jawapan Murid:


Responden tidak memberi reaksi terhadap jawapan yang diberikan oleh muridmurid.

Sepetutnya pujian atau tepukan hendaklah diberikan sekiranya murid-murid

mengemukakan jawapan yang betul. Reaksi ini akan menggalakkan murid-murid untuk
ingin mencuba atau sebagai satu motivasi.
Saya dapati juga murid-murid memberi jawapan secara beramai-ramai. Pada pendapat
saya cara ini kurang sesuai kerana memberi jawapan secara beramai-ramai bukanlah
tujuan menyoal. Responden sepatutnya boleh menyoal murid secara individu dengan
memanggil nama, memilih murid yang sukarela hendak menjawab, atau memilih murid
secara rawak. Dengan cara ini tentunya akan dapat mengekalkan perhatian murid-murid
semasa sesi soal jawab.

4.0 Kekuatan

Berdasarkan pemerhatian saya responden mempunyai suara yang jelas dan lantang
sewaktu mengemukakan soalan. Oleh itu soalan-soalan dapat didengari oleh semua
pelajar. Selain itu perkataan-perkataan dan istilah-istilah yang digunakan oleh responden
juga mudah difahami oleh murid-murid. Keadaan kelas juga terkawal dan murid-murid focus
dengan apa yang disampaikan oleh guru. Responden juga mempunyai penampilan yang
kemas dan menarik sesuai dengan imej seorang guru

5.0 Penutup:
Teknik

penyoalan

memang

perlu

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Bagaimanapun beberapa aspek penting perlu dititikberatkan kerana aktiviti menyoal adalah
salah satu perkara penting dalam komunikasi bilik darjah. Ianya bukan sekadar untuk
mendapatkan maklumat , tetapi dapat membantu membina iklim komunikasi yang positif
disamping menanam sikap berani mencuba serta yakin diri dikalangan pelajar.Selain itu,
menyoal juga mempunyai nilai social kemasyarakatan dengan mengukuhkan hubungan
dan menyatukan kumpulan melalui interaksi ha ti ke hati.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Aktiviti

: Mana Pasanganku

Masa

: 30 minit

Bilangan Murid

: 25 orang

Tunjang Utama

: Bahasa dan Komunikasi

Standard Pembelajaran Utama

: BM 2.3.4 :

Standard Pembelajaran Lain


Yang disepadukan

: KRT 4.2.4 :
KRT 3.3.2 :
PM 3.2.3 :
KM 3.2.1 :
: Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid

Objektif Pembelajaran

dapat memadankan perkataan dengan gambar yang diberi.


Konsep Utama

: Memadankan perkataan dengan objek.

Kosa kata

Alatan dan bahan

: Komputer, kad imbasan kenderaan, kad perkataan,


manila kad, pensel warna, model kenderaan

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah dan sealu menaiki kenderaan.

Nilai Murni

: Kerjasama, tolak ansur, disiplin

Hasil Pembelajaran

: Di akhir sesi pembelajaran ini,


i)

Murid dapat membaca perkataan .

ii)

Memadankan perkataan dengan gambar .

Rancangan Pengajaran Makro

Fasa

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran


Aktiviti Guru

Permulaan /
Set Induksi

Lagu Kereta Baru

(5 minit)

Catatan

Aktiviti Murid

1. Memperdengarkan video lagu

Memberi respon

Kereta Merah

terhadap lagu yang

Teknik:
Konstruktivism

diperdengarkan.

2. Menyanyi sambil
membuat gaya.
Langkah 2
Permulaan/
Mencungkil

1. Kenderaan di
darat.

Idea

Pengalaman

(7 minit )

melihat atau

Menyanyi sambil
membuat gaya.

1. Buat kaitan

Konstruktivism

dengan pengetahuan

Memberi respon

sedia ada pelajar

terhadap pertanyaan

Penyoalan

dengan menyoal dan

guru.

seluruh kelas

menaiki

cungkil idea murid

menggunakan

kenderaan.

tentang gambar.

gambar
rangsangan -

Menyatakan sifat

Hipotesis,

2.Cungkil idea murid

memahami,

kenderaan.
tentang pengalaman
Contoh:

menyenarai,

mereka dan sifat

frasa kerja.

kenderaan yang
Motosikal

( Lampiran 6 )

ditunjukkan.

- 2 roda

Sikap saintifik

- kecil

dan nilai murni:

- dinaiki 2 orang
-Melibatkan diri
dalam aktiviti
Membatangkan
perkataan nama
kenderaan.

Kerja

Meminta murid
membatangkan

Membatangkan

perkataan nama

perkataan nama

kenderaan yang

kenderaan yang

Strategi :

dipaparkan secara

dipaparkan.

Perbincangan

berkumpulan

kumpulan

individu dan kelas.

Motosikal

Motosikal

Kereta

Sumber

Kereta

Bas

pengajaran:

Bas

Beca

Beca

Van

Van

Kereta api

Kereta api

Lembaran
kerja.
5 keping
gambar
kenderaan di
air.

Langkah 3

Membahagikan
kumpulan

1. Guru meminta
murid duduk

1.Murid duduk di dalam

Lisan

bulatan.

dalam bentuk
( 15 minit )

kumpulan

Nilai :
Bekerjasama.

2. Murid diterangkan
tentang aktiviti

2.Murid mendengar

yang akan

arahan guru.

dijalankan.

3. Memadankan

Tolak ansur

gambar dengan
perkataan.

3.Murid memadankan
perkataan dengan .
gambar yang diberi.

4. Mewarna gambar
kenderaan.

4.Mewarnakan gambar
kenderaan.

1.Guru menerangkan

1.Murid

Strategi :

Langkah 3

Refleksi isi

semula isi pelajaran

membentangkan hasil

Penyoalan

( 15 minit)

pelajaran

tentang amalan

kerja didalam

keseluruhan

membantu

membantu.

kumpulan.

kelas

amalan mulia.

Kerja sekolah
2.Guru menyemak

2.Murid mengeja

-Memadankan

hasil aktiviti .

semula hasil kerja

gambar dengan

mereka.

perkataan.
( rujuk lampiran

3.Guru meminta
murid menyanyi
semula lagu

3. Murid menyanyi
semula lagu Kereta
Merah bersama-sama.

Kereta Merah.

4.Mengedarkan

4.Membuat lembaran

lembaran kerja.

kerja sebgai kerja


sekolah dirumah.

Lampiran

Tugasan

Refleksi Pengajaran Makro.

Mata Pelajaran :

Bahasa Melayu

Tahun

Prasekolah

Masa

30 Minit.

Tajuk

Kenderaan di darat

Topik

Memadankan gambar dengan perkataan.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

KEKUATAN

Di dalam pengajaran Makro ini saya telah memilih Tunjang Komunikasi yang bertemakan
Kenderaan di Darat.Murid-murid didapati amat berminat dengan tajuk ini kerana ia sangat berkait
dengan pengetahuan sedia ada murid. Gambar yang dipaparkan juga selalu dilihat oleh murid.
Malah murid juga dapat meniru bunyi kenderaan tersebut

Perwatakan saya yang ceria, mesra dan bersahaja dengan murid-murid menjadikan mereka
selesa dengan saya dan tidak takut untuk cuba menjawab soalan yang saya kemukakan. Saya juga
memasukkan unsur kecindan agar murid berasa yakin untuk menjawab. Pendapat saya, unsur
kecindan harus ada pada semua guru kerana ia memberi banyak manfaat seperti murid akan
berasa mesra dan selesa dengan guru.

Murid dapat menumpukan perhatian. Suara guru yang lantang akan memudahkan murid
mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap gambar yang dipaparkan. Selain itu
juga, murid juga dapat mengikut guru untuk membatangkan perkataan nama kenderaan. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu.

Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih
tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada
guru.

Selain itu, pendekatan guru yang menumpukan semua murid dalam kelas tersebut juga
membolehkan murid memberi perhatian dan seterusnya dapat mengawal keadaan kelas. Guru
didapati tidak hanya menumpukan murid yang berada di hadapan. Malah murid yang berada di
barisan belakang masih diberi perhatian.

Melalui pemerhatian, objektif pembelajaran pada hari itu telah tercapai kerana murid-murid
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing. Murid-murid mengikut arahan dan melaksanakan
tugasan. Masa pengajaran telah dimanfaatkan sepenuhnya.

Selain itu saya memberi perhatian kepada semua murid di kelas tersebut. Saya bergerak ke
setiap kumpulan bukan hanya berdiri statik di satu tempat. Melalui cara ini saya dapat memerhati
dan mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Tidak kelihatan murid yang cuba
mengganggu rakan atau mengganggu proses pengajaran. Dengan cara ini juga dapat mewujudkan
interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dan murid.

Murid juga memberi kerjasama yang sangat baik. Murid yang terlibat dalam pengajaran
makro saya adalah murid yang terdiri daripada 3 tahap kecerdasan iaitu murid pintar, sederhana

dan murid lemah. Murid dapat memahami ansur maju guru dan dapat menjawab kesemua soalan
secara lisan dan bertulis. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid
terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Latihan yang berupa lembaran kerja teknik
ansur maju membolehkan murid-murid memahami jenis-jenis kenderaan dan membatangkan
perkataan.

KELEMAHAN

Dalam tempo pengajaran makro yang dijalankan saya dapati, saya kurang memberi
ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran ( P & P ) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan rakaman
dan rancangan pengajaran harian ( RPH ) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk
menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguangangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu
langkah. Contohnya semasa menjawab soalan didapati ada yang tidak tepat memberikan jawapan.
Selain itu, lumrah murid prasekolah kadang kala ada gangguan untuk meminta izin pergi tandas.
Hal ini telah mencuri sedikit waktu saya. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak
terlalu terjejas.

Selain itu, saya juga ada menggunakan VCD untuk mempedengarkan murid dengan lagu
Kereta Baru. Saya dapati murid berebut-rebut untuk melihat video tersebut. Tapi sayang, saya
hanya memaparkan di skrin komputer riba saya sahaja. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat
melihat dengan jelas dan kondusif. Sepatutnya saya perlu menayangkannya melalui LCD projector
supaya gambar jelas dan terang.

Akhir sekali, kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam tumpuan kepada
murid yang lemah. Ada sebilangan murid yang lemah dan belum menguasai asas membaca.
Sepatutnya guru perlu memberi lebih perhatian kepada mereka ini. Guru perlu kerap memantau
mereka dan sering memberi peluang dan ruang untuk mencuba menjawab soalan. Melalui cara itu,
guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat
membantu murid dengan lebih dekat. Sebagai guru, kita mesti mengubah pendekatan kita pada
murid yang lemah.

LANGKAH MENGATASI

Sebagai guru, kita perlu sentiasa mempertingkatkan mutu pengajaran agar pembelajaran lebih
berkesan. Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.

Berdasarkan

kelemahan

dan

kekurangan

dalam

tugasan

pengajaran

mikro,

penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran
serta pemantauan murid di dalam kelas. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P &
P . Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran
dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Untuk P & P berkesan sebagai guru yang mengajar di dalam kelas yang bilangan muridnya
kecil, guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke tempat murid kelas bagi memantau dan melihat
setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika P n P berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru
dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu
ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Guru juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam membantu murid murid yang
lemah dan lambat faham tentang sesuatu topik mahu pun arahan yang panjang. Sebilangan murid
belum menguasai asas membaca. Dengan itu, agak sukar untuk mereka memahami perkataan
yang ditunjukkan. Jadi guru perlu memberi perhatian lebih kepada kelompok ini untuk membantu
mereka dalam P & P. Murid ini perlu dipantau, selalu dilihat kerjanya dan selalu memilih dan melatih
mereka dalam menjawab soalan secara lisan agar mereka mudah faham dan dapat membina
keyakinan kepada mereka.

NAMA PENGKAJI : MASTURA BINTI JAMADI


NO MATRIK : D20112055728
PENSYARAH : DR. SUPPIAH A/L NACHIAPPAN

Bil

Isi kandungan

Halaman

Muka depan ( Kulit )

35

Tajuk kajian

38

Abstrak dan penghargaan

39

Latar Belakang Kajian

40

Pernyataan Masalah: Refleksi P & P lalu

40

Objektif Kajian

41

Metodologi Kajian

41

Pelaksanaan kajian

45

Dapatan Kajian

45

10

Refleksi kajian

45

11

Cadangan

46

12

Penutup

46

13

Bibliografi

47

14

Lampiran 1 - Lembaran kerja 1

48

15

Borang soal selidik

49

16

Lampiran 3 - 5

50 - 54

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN DALAM P ENDIDIKAN YAN DILAKSANAKAN


BERDASARKAN ISU YANG TIMBUL DARIPADA MAKROPENGAJARAN
MENINGKATKAN PRESTASI MURID PRASEKOLAH
MENGUASAI KEMAHIRAN MEMBACA
BAHASA MELAYU MENGGUNAKAN KAEDAH
BELAJAR MELALUI BERMAIN
Oleh
Mastura Binti Jamadi
SK Taman Rinting 2
81700 Johor Bahru
i)ABSTRAK
Kajian tindakan ini disasarkan kepada 5 orang murid Prasekolah ,SK Taman Rinting 2
Johor Bahru. Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi mereka dalam
bacaan Bahasa Melayu. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk melatih
murid-murid mahir membaca dan tahu mebatangkan setiap perkataan. Dalam kajian ini
maklumat diperolehi berdasarkan , aktiviti yang dijalankan dan latihan harian. Kajian ini
mendapati ada peningkatan penguasaan membaca dikalangan murid prasekolah. Selain
itu saya dapati murid-murid lebih seronok dan berminat apabila saya mengajar
menggunakan kaedah ini, berbanding pengajaran saya sebelumnya.

ii)PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kerjasama
dan sokongan sepanjang saya membuat kajian tindakan ini,khususnya kepada:
Pn. Hjh Norlilawati Bt.Mohammad (Guru Besar SK Taman Rinting2)
Pn. Rohayah Bt.Ismail (Guru Pnolong Kanan Pentadbiran SK Taman Rinting2)
Semua Guru SK Taman Rinting 2
Murid-murid Prasekolah SK Taman Rinting 2
Dan kakitangan sekolah SKTR2

1.0 PENGENALAN
Saya telah mendapat latihan perguruan di sebuah maktab di selatan tanahair iaitu di
Maktab Perguruan Raja Melewar Negeri Sembilan, pada tahun 2002 hingga tahun 2004.
Saya telah ditawarkan mengikuti pengajian dalam opsyen PraSekolah/Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. SK. Telok Ramunia, di Kota Tinggi merupakan penempatan pertama

saya dalam menjalankan tugas sebagai guru berdiploma. Saya hanya berkhidmat di
sekolah tersebut selama setahun sahaja dan ditawarkan berkhidmat di SK Taman Rinting
2, Johor Bahru.
Penukaran tempat berkhidmat disebabkan kedudukan yang jauh dari keluarga.
Walaubagaimanapun saya telah melaporkan diri sebulan lebih awal dari tarikh sepatutnya.
Ini memandangkan sekolah tersebut adalah kelas perluasan bagi prasekolah. Oleh itu
banyak perkara yang perlu saya selesaikan bagi membantu pentadbir sekolah
menguruskan pembukaan kelas tersebut. Perbezaan sekolah dulu dan sekarang adalah
berbeza. Kalau dulu saya mengajar di kawasan perkampungan tetapi sekarang mengajar
dikawasan bandar yang rata-rata murid dating dari latar belakang yang mepunyai
sosioekonomi yang tinggi dan berpendidikan. Oleh itu, saya harus menyiapkan diri dengan
lebih baik dari segi pengetahuan, ketrampilan, sert kemahiran yang lain. Namun pengajaran
pembekajaran saya utamakan. Apatah lagi mengajar kanak-kanak yang baru hendak
mengenal ABC. Pendekatan bermain sambil belajara dalah strategi saya untuk membantu
kanak-kanak berasa gembira sambil belajar. Alhamdulilah sekarang ramai ibu bapa,
berebut-rebut untuk masuk ke prasekolah saya setiap tahun.

2.0 PERNYATAAN MASALAH


Saya mula mengajar Bahasa Melayu untuk murid-murid prasekolahdri tahun 2005 hingga
sekarang. Sudah menjadi satu subjek wajib untuk guru prasekolah mengajar. Bilangan
murid kelas ini ialah seramai 25 orang. Kelas ini merupakan kelas tunggal prasekolah di
sekolah saya.

`Jadual 1: Analisis Skala bacaan murid Prasekolah SKTR 2


Skala

Bil Murid
Peratus (%)

Menguasai

Sedang

Tidak

menguasai

Menguasai.

16

64%

28%

8%

Berdasarkan Jadual1, didapati 2 orang murid belum meguasai bacaan ( membatangkan


perkataan. Sedang menguasai adalah 28 peratus dan menguasai adalah seramai 64
peratus. Oleh itu saya nboleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sebaliknya telah mula
membuat tinjauan awal sebaik saya mendapat skala .bacaan murid prasekolh
beradditahap yang kurang memuaskan. Saya juga telah meneliti latihan-latihan harian yang
saya berikan. Rujuk Lampiran 1

Berdasarkan latihan, saya dapati murid berkenaan masih lemah membatangkan perkataan
yang diberi. Oleh sebab itu, murid-murid tidak dapat membaca dengan lancar seterusnya
melambatkan aktiviti yang dijalankan.

Hasil kajian dan penelitian saya, terdapat dua sebab utama mengapa pencapaian muridmurid prasekolah dalam membtangkan perkataan agak lemah. Pertamanya murid-murid ini
tidak dapat menguasai kemahiran membatangkan perkataan dengan baik. Sebab kedua
ialah kaedah P&P yang saya gunakan kurang menarik dan kurang memberi kesan
terhadap pemahaman mereka. Kemungkinan besar sekiranya masalah ini tidak saya
atasi,peratus penguasaan murid Prasekolah akan lebih benguasaan murid Prasekolah
akan lebih baik.

OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum:
Secara umum kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca
dalam subjek Bahasa Melayu.
3.2 Objektif Khas:
3.2.1 meningkatkan kemahiran membaca terutama dalam membatang perkataan.
3.2.2 menambah baik amalan pengajaran saya sebagai guru yang mengajar Prasekolah
agar memberi kesan yang positif terhadap pemahaman murid melalui penggunaan kaedah
Belajar Melalui Bermain.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian ini melibatkan 25 orang murid Prasekolahyang terdiri daripada 10 orang murid
perempuan dan 15 orang murid lelaki.

5.0 PERSOALAN KAJIAN


Sebelum memulakan Kajian Tindakan ini saya telah memikirkan beberapa persoalan
antaranya:
a) Mengapakah sebilangan besar murid-murid

Prasekolah masih kurang mahir

membaca?
b) Adakah kaedah yang saya gunakan sebelum ini kurang menarik dan seterusnya
kurang memberi kesan kepada pemahaman murid-murid?
c) Apakah kaedah yang patut saya gunakan untuk mengatasi masalah murid-murid ini?

6.0 METHODOLOGI KAJIAN

6.1Pemerhatian:
Saya sentiasa memerhatikan sikap dan tindakbalas murid-murid sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
6.2 Pengumpulan Data/Ujian Penilaian:
Dalam kajian ini saya telah mengumpulkan skala bacaan murid mengikut minggu.
6.3Tindakbalas Dalam Aktiviti P&P:
Tindakbalas murid dinilai semasa mereka membatangkan perkataan yang ditunjukkan.
6.4 Semakan Buku Latihan:
Melalui semakan buku latihan,secara tidak langsung saya dapat menilai tahap
perkembangan dan pencapaian murid dalam menguasai kemahiran menulis di dalam
membatangkan perkataan.

7.0 PELAKSANAAN KAJIAN


Saya telah menjalankan beberapa tindakan dalam kajian ini seperti berikut:
7.1 Tinjauan Masalah:
Langkah pertama yang telah saya jalankan adalah mengenalpasti masalah-masalah yang
menyebabkan kegagalan murid membatangkan perkataan yang diberikan.

7.2 Analisis Tinjauan Masalah:


Berdasarkan instrument yang dijalankan untuk meninjau masalah, maka saya telah
membuat analisis seperti jadual di bawah:
BIL

MASALAH

JUMLAH

1.

Kurang memberi tumpuan

30%

2.

Tidak berminat dengan apa yang diajar

50%

3.

Tidak memahami apa yang diajar

30%

4.

Kurang mahir membatangkan perkataan

50%

5.

Kurang keyakinan diri

5%

Jadual 2 :Borang Tinjauan Masalah Prasekolah 2012

8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


i) Saya telah memberi motivasi dan semangat kepada murid-murid

terbabit bahawa

mereka juga boleh mendapat keputusan yang cemerlang sekiranya mereka berusaha dan
ada kesungguhan untuk berubah.
ii) Mengenalkan teknik atau kaedah belajar melalui bermain dalam proses pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. . Kaedah ini amat digemari oleh murid-murid kerana ia
merupakan lumrah hidup kanak-kanak yang suka bermain. Jadi kaedah ini bukan sahaja
dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan malah
menguatkan minda murid. Murid akan melompat di atas gelung rotan yang di letakkan
sambil membunyikan sukukata perkataan yang diberi. Aktiviti ini boleh disesuaikan di sudut
fizikal dan kreativiti di kelas ataupun di jalankan diluar kelas supaya lebih menyeronokkan.

Contoh perkataan:
KUMPULAN A

KUMPULAN B

KVKV

KVKVKV

Beca

Kereta

Lori

Kelapa

Ciku

Keladi

Tali

Sepatu

Baju

Tomato

Kaedah pengendalian :
1) Guru mengumpulkan pelajar dengan isyarat berkumpul. Murid berkumpul dan
membuat bulatan sambil menyebut sukukata ma mengikut melodi Mana Ibu. Ini
salah satu cara pengurusan guru dlam mengawl pergerakan murid dan secara tidak
langsung memperkenalkan sukukata ma,mi,mu untuk menarik minat murid
berkumpul.
2) Murid dilatih melompat di atas gelung rotan. Teknik ini memberikan kecergasan
fizikal kepada murid. Semasa melompat, murid akan menyebut sukukata dari
perkataan yang diberi.

kelapa

Contoh kad perkataan

ke

Permulaan

la

pa

Penamat

Rajah 2: Cara bermain keteng-teng sukukata.

3) Situasi permainan ini memberikan suasana seronok.


4) Pengulangan semasa melompat keteng-teng akan mengukuhkan ingatan pelajar
menyebut dan membunyikan sukukata.
5) Guru akan menyediakan dua gelung rotan sahaja sekiranya kad perkataan yang di
ambil adalah terdiri daripada dua suku kata sahaja.
6) Kumpulan yag Berjaya menamatkan pengulangan sebutan dengan kadar masa yang
pendek dan sebutan yang betul akan dikira sebgai pemenang. Setiap sebutan
sukukata yang betul akan direkodkan ke dalan papan markah kumpulan masingmasing.
7) Mata ganjaran tersebut adalah salah satu rangsangan pisitif keoada murid agar
mahir dalam menyebut sukukata dengan betul.

iii) Latihtubi menggunakan lembaran kerja. Murid akan diberi latihan sebagai salah satu
cara menilai keberkesanan permainan tersebut.. Saya telah memantau penggunaan
kaedah ini dengan memastikan murid-murid membuat latihan dengan betul. Pengulangan
latihan akan member kesan positif.
iv) Menilai keberkesanan penggunaan kaedah belajar melalui bermain.

9.0 DAPATAN KAJIAN


Setelah hampir dua minggu saya menjalankan kaedah ini, saya dapati pencapaian murid
dalam menguasai kemahiran membaca murid-murid semakin bertambah . Murid murid
boleh membatangkan perkataan yang diberi.

Jadual 3: Analisa Skala Bacaan Murid Pasekolah


BIL

Ogos

Oktober

1.

MUHAMMAD NAQIUDDIN

NAMA MURID

42

76

2.

HARRIQ EZMEER

38

60

3.

ALLYZAL

32

65

4.

AMIRAH

36

5.

NADHIRAH

38

82

Maklum balas yang diperolehi berdasarkan borang penguasaan murid yang telah diisi,
menunjukkan bahawa majoriti murid berpendapat bahawa teknik belajar melalui bermain
yang telah diajarkan banyak membantu mereka menguasai kemahiran membaca dengan
membatangkannya.

10.0 REFLEKSI
Semua aktiviti yang dirancang berjalan lancar. Teknik yang diperkenalkan berkesan untuk
membantu murid menguasai kemahiran membaca berbanding sebelumnya. Selain itu sikap
malas, cuai, kurang berminat dan kurang memberi tumpuan semakin berkurang. Latihan
harian yang diberi juga telah dapat disempurnakan dan tiada lagi alasan tidak siap atau
tidak tahu. Murid-murid sentisa melukis peta minda pada setiap tajuk karangan yang diberi
dalam latihan harian dan saya mencadangkan kepada murid-murid supaya terus
menggunakan teknik ini walaupun mutu karangan mereka telah bertambah baik.
Saya bercadang untuk menggunakan kaedah ini boleh dijalankan di luar.
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini saya dapati sebagai seorang guru saya perlu
mempelbagaikan kaedah pengajaran& pembelajaran. Setiap kaedah yang kita gunakan
ada kelebihan dan kekurangannya kerana setiap orang murid kita berbeza tahap
pemahaman, bacaan masing-masing

11.0 PENUTUP
Sebagai seorang guru saya wajib memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada
saya. Murid-murid adalah amanah dan tanggungjawab saya. Oleh itu walau sesukar dan
seperit mana sekalipun saya akan cuba menggalas tanggungjawab ini. Kekangan masa
dan bebanan tugas yang semakin mencabar memang tidak dapat dielakkan. Namun saya
sentiasa berdoa semoga diberi kesihatan,kekuatan serta laluan yang mudah untuk
meneruskan tanggungjawab sebagai pendidik.Kajian Tindakan yang saya lakukan ini
sedikit sebanyak membantu mempertingkat dan memperkembang kualiti profesionalisme
keguruan saya. Ianya juga dapat dikongsi sesama rakan sejawat. Mudah-mudahan saya
dapat merealisasikan hasrat untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama dan
pendidikan berkualiti berasaskan FPK akan terlaksana insyaallah. Dengan berkt usaha
semua tenaga SKTR 2.

RUJUKAN:
1.

Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). (2010) Huraian Sukatan Pelajaran Standard


Kurikulum Prasekolah.Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia

2.

Gan Teck Hock.(1999). Mencari Titik Perseimbangan Antara Keunggulan Teori dan
Kenyataan praktis.Jurnal Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Jilid
2.

3.

Kamarudin Hj Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
Lumpur.

Kayazano

Enterprise

JPN

Jabatan

Johor.www.kppkjohor.net.my/kppkjohor//panduan

Pelajaran

Asas

Negeri

KajianTindakan.doc

Oktober 2010
4.

Prof. Dr. Othman Lebar, Dr. Abdul Talib Mohamed Hashim, En. Omar Hisham,En
Ismail Raof. Modul PengajaranTeknologi Dan Penaksiran 2 KPD 3026.Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

6..

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya. Fajar Bakti Sdn.Bhd.

7.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor.www.kppkjohor.net.my/kppkjohor//panduan Asas


KajianTindakan.doc Oktober 2010

8.

Ariff Anuar B. Melan. (2008). http://kajiantindakanpontian.blogspot.com/2008/10/contohlaporan-kajian-tidakan.html.

(25atan

Pelajara

Negeri

www.kppkjohor.net.my/kppkjohor/.../panduanAsasKajianTindakan.doc
2010)

Johor
(25

Oktober

BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN TINDAKAN


PRASEKOLAH
2012
BIL

YA (/) /

SOALAN

TIDAK (X)
1.

Pengajaran cikgu menyeronokkan

2.

Cikgu beri tumpuan kepada saya

3.

Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4.

Keluarga beri bimbingan di rumah

5.

Teknik yang cikgu perkenalkan banyak membantu saya

6.

Belajar menyeronokkan

7.

Kerja sekolah yang diberi mudah

8.

Saya suka membina perkataan

9.

Saya faham arahan cikgu

10.

Penerangan cikgu jelas

Tandatangan murid,

Tarikh,

..

FORUM

Author

Message

Topic : perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang menggunakan


pendekatan inkuiri atau masteri
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :3
Views : 13

General Forum : Soalan Forum 3 Posted On : 17 Nov 2012 03:04:22


AM Subject : Re : Re : perbezaan di antara prinsip pengajaran
pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri atau
masteri
Salam 1 Malaysia..
Saya sependapat dengan cikgu, prinsip pengajaran pembelajaran
yang menggunakan pendekatan inkuiri ialah mencari maklumat
,menyoal menjalankan eksperimen,menjawab soalan,dan
berkomunikasi bagi berkongsi penemuan dan penyelesaian. Kaedah
inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran menggalakkkan
hubungan sosial secara positif di kalangan pelajar melalui
aktiviti,pemerhatian,temubual dan soal selidik. Dengan ini ia juga
boleh meningkatkan kemahiran sosial murid sesama rakan dan guru.

Topic : Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang
menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :3
Views : 12

General Forum : Soalan Forum 3 Posted On : 17 Nov 2012 02:58:59


AM Subject : Re : Re : Huraikan secara ringkas perbezaan di
antara prinsip pengajaran pembelajaran yang menggunakan
pendekatan inkuiri atau masteri
salam sejahtera..
Pada pandangan saya kedua-dua pendekatan ini sebenarnya boleh
juga diaplikasi kepada murid lemah tetapi guru perlu lebih
memainkan peranan dalam membimbing murid-murid menjalankan
kaedah ini. Kaeah inkuiri merupakan kaedah yang menarik kerana
murid mencari jawapan dengan melihat sendiri keputusannya. Ini
boleh membantu menguatkan daya ingatan mereka kerana murid
yang lemah mudah mengingat apa yang mereka lihat. Manakala
kaedah masteri pula walaupun murid didedahkan dengan hasil
pembelajaran yang mengikut hierarki namun dengan aktiviti yang
bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan sudah pasti murid
dapat menguaainya walaupun murid yang lemah kerana setiap
bahan yang digunakan relevan dan sesuai dengan kebolehan murid.

Topic : Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip pengajaran pembelajaran yang
menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri? (4m
D055728
MASTURA BINTI JAMADI

General Forum : Soalan Forum 3 Posted On : 17 Nov 2012 02:40:57


AM Subject : Huraikan secara ringkas perbezaan di antara prinsip
pengajaran pembelajaran yang menggunakan pendekatan inkuiri
atau masteri? (4m

Replies :0
Views : 0

Salam sejahtera..
Pendekatan inkuiri merupakan pendekatan yang merangkumi
segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan daripada soalan atau masalah yang dikemukakan. Di
dalam pendekatan inkuiri memerlukan pelajar mengenal pasti soalan
kajian, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan
kajian dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Guru
akan bertindak sebagai pemerhati manakala pelajar akan terlibat
secara aktif dalam proses pembelajaran dan akan memahami kajian
dengan lebih mendalam kerana mereka sendiri yang menjalankan
kajian tersebut.

Pendekatan masteri pula adalah suatu pendekatan pengajaran dan


pembelajaran yangmemastikan semua murid menguasai hasil
pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unitpembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini
memerlukanperuntukan masa yang mencukupi dan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Dalamkaedah ini,
murid normal boleh menguasi apa yang diajar oleh guru.
Topic : Forum 4: Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan yang terdapat di antara
guru yang menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak mengamalkan kajian
tindakan dalam konteks perkembangan profesionalisme? Bincangkan.
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :4
Views : 20

General Forum : Soalan Forum 4 Posted On : 17 Nov 2012 02:35:16


AM Subject : Re : Re : Forum 4: Berdasarkan pengalaman anda,
apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang
menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak
mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan
profesionalisme? Bincangkan.
Salam 1 Malaysia..
Benar pendapat cikgu. sewaktu kita hendak mebuat kajian tindakan
aspek berikut perlu dikenalpasti :
reflek masalah yang dihadapi, memungut dan menganalisis data
untuk memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran.
Sewaktu melaksanakan pengajaran seseorang guru sudah pasti
berhadapan dengan masalah seperti penggunaan kaedah
pengajaran yang kurang sesuai, bahan bantu mengajar yang tidak
mengikut standard, penguasaan murid tidak menepati objektif yang
ditetapkan dan sebagainya. Semua permasalahan yang timbul ini
hanya dapat diatasi sekiranya guru melakukan kajian tindakan.
Melalui kajian yang dilakukan guru dapat mengetahui punca masalah
serta cara untuk mengatasi setiap masalah itu. Melalui pemerhatian,
pengumpulan data yang dilakukan segala kekurangan dapat
diperbaiki agar pengajaran dan pembelajaran pada masa akan
datang akan menjadi lebih baik dan berkesan. Motivasi untuk
memajukan diri dan profesionalisme perlu ada agar guru sentiasa
menjadi pemangkin kepada kejayaan jurid.

Topic : Apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan
dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan
profesionalisme?Bincangkan.

D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :1
Views : 4

General Forum : Soalan Forum 4 Posted On : 17 Nov 2012 02:31:11


AM Subject : Re : Apakah perbezaan yang terdapat di antara guru
yang menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak
mengamalkan kajian tindakan dalam konteks perkembangan
profesionalisme?Bincangkan.
Salam..
Saya sokong pandangan cikgu, guru yang tidak membuat kajian
tindakan adalah guru yang akan mencapai tahap pengajaran yang
statik. Tiada jalan untuk meperbaiki kelemahan murid. Diharap hanya
segelintir sahaja guru seperti ini.
Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu
melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan
sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap
yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian
dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah
melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani
masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan
pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru
meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu
tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.

Topic : .Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan yang terdapat di antara guru yang
menjalankan kajian tindakan dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam
konteks perkembangan profesionalisme? Bincangkan.(4m)
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :0
Views : 0

General Forum : Soalan Forum 4 Posted On : 17 Nov 2012 02:25:46


AM Subject :.Berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan
yang terdapat di antara guru yang menjalankan kajian tindakan
dengan guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan dalam
konteks perkembangan profesionalisme? Bincangkan.(4m)
Salam 1 Malaysia,
Kajian tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk
menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri.Melalui
langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk
dijadikan panduan mengubahsuai amalan yang lepas supaya amalan
mengajar setrusnya dapat dipertingkatkan .Kajian tindakan
menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar.Perubahan
yang disarankan bukanlah perubahan secara mendadak,drastik atau
mengubah kepada amalan yang asing tetapi perubahan secara
berperingkat berdasarkan data-data yang dikumpul.Kajian tindakan
yang bertujuan untuk menangani masalah P&P lebih menepati
matlamat untuk membimbing murid mencapai tahap cemerlang
dalam pendidikan.Dalam usaha memahami proses P&P
pula,langkah-langkah kajian ditumpukan untuk meningkatkan aktiviti
P&P bukan untuk mengenalpasti sama ada sesuatu langkah itu leih

baik atau berkesan daripada yang lain .Pendekatan atau bahan P&P
yang dianggap baik boleh digunakan untuk menangani sebarang
masalah pembelajaran yang dikaji. Didalam panitia prasekolah satu
program Amalan Terbaik telah dijalankan, namun ia lebih berbentuk
inovasi guru dalam teknik pengajaran terutama dalam menghasilkan
bahan bantu mengajar. Walaubagai manapun ianya ada sedikit
menyerupai kajian tindakan. Saya pasti melalui kajian tindakan guru
akan lebih bermotivasi. Saya sendiri adalah salah seorang peserta
program tersebut. Dan hasilnya keberkesanan pencapaian
penguasaan bahasa inggeris anak murid saya semakin baik dan
saya lebih yakin. Malah saya pernah juga membuat bengkel untuk
dipanjangkan kepada guru-guru lain.
Topic : 5.Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau
masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu
kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu
masal
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :2
Views : 17

General Forum : Soalan Forum 5 Posted On : 17 Nov 2012 02:09:51


AM Subject : Re : Re : 5.Setiap kajian tindakan yang hendak
dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian
adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam
sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta
dengan eviden bagaimana ses
salam...
Sebagai guru kita berusaha untuk mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah..
Pada pandangan saya jika kita sudah berusaha tetapi kurang berjaya
kita rujuk dan panjangkan sahaja permasalahan ini kepada pihak
kaunselor sekolah, guru pemulihan atau kelas pendidikan khas untuk
di ambil tindakan sewajarnya. Bukan kita tidak mampu tetapi mungkin
ada yang lebih pakar untuk membimbing dan menyelesaikannya
demi kebaikan murid kita.

Topic : Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara
ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :1
Views : 6

General Forum : Soalan Forum 5 Posted On : 17 Nov 2012 02:05:35


AM Subject : Re : Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu
kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan
eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?
Assalammualaikum..
Kenyataan cikgu memang benar. Memang jika tiada masalah sudah
tentu kita tidak akan membuat kajia tindakan. Kajian tindakan hadir
dnegan adanya masalah yang timbul.
Namun bagi saya melaui kajian tindakan kita bukan sahaja
memperbaiki kelemahan kita, malah kita dapat membantu murid yang
tidak mencapai objektif. Kajian tindakan perlu dijalankan secara
berterusan bagi mengatasi masalah yang timbul dan menilai semula
melalui ujian pos keberkesanan pelaksanaan kajian dengan
menggunakan soalan yang sama sewaktu kita membuat ujian pra.
peningkatan pengusaan di dalam ujian pra dan pos dapat
memberikan kita keputusan sama ada kajian tindakan kita berjaya

atau sebaliknya.
Topic : .Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan oleh penyelidik, permasalahan atau
masalah kajian adalah sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu
kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu
masala
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :1
Views : 8

General Forum : Soalan Forum 5 Posted On : 17 Nov 2012 02:01:18


AM Subject : Re : .Setiap kajian tindakan yang hendak dijalankan
oleh penyelidik, permasalahan atau masalah kajian adalah
sebagai punca utama. Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu
kajian tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan
eviden bagaimana sesuatu m
Salam...
Benar apa yang cikgu terangkan data kualitatif dan data kuantitatif
adalah salah satu cara untuk mengenalpasti punca masalah. Di sini
saya ingin menambah sedikit bahawa pernyataan masalah amat
penting dalam penyelidikan kajian tindakan yang dijalankan.
Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam
penyelidikan. Selalunya penyelidik akan membuat satu refleksi
mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya
telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji.
Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam
mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan
temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui
penelitian dokumen dan soal selidik.

Topic : Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian tindakan dan terangkan secara
ringkas berserta dengan eviden bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?(4m)
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :0
Views : 0

General Forum : Soalan Forum 5 Posted On : 17 Nov 2012 01:56:47


AM Subject : Jelaskan maksud masalah dalam sesuatu kajian
tindakan dan terangkan secara ringkas berserta dengan eviden
bagaimana sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti?(4m)
Salam 1 Malaysia.
Apa itu masalah? Masalah merupakan satu perkara yang hendak
dicari jalan penyelesaiannya. Manakala masalah penyelidikan pula
adalah sesuatu yang didapati tidak memuaskan, terdapat kesukaran,
sesuatu yang perlu diubah dan juga sesuatu yang berjalan tidak
seperti yang diharapkan. Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian
, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan,
kesukaran yang hendak dihapuskan dan persoalan yang hendak
dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi
seorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah,
ringkas, jelas dan lengkap.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Masalah
kajian dalam bilik darjah merupakan masalah yang berbangkit di
dalam proses dan persekitaran sesuatu pengajaaran. Misalnya
seorang guru Bahasa Melayu mendapati masih ada lagi muridnya
yang tidak tahu membaca, maka kewujudan murid seperti ini di
dalam bilik darjah akan menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Munculnya masalah seperti ini mungkin

berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang tidak menarik dan


membosankan, bahan bantu mengajar yang kurang menarik,
ketidaksesuaian kaedah pengajaaran yang diguna atau mungkin
berpunca daripada murid itu sendiri. Seorang guru yang cemerlang
pastinya tahu bagaimana cara terbaik mengenalpasti masalah,
membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit dan mencari jalan
atau kaedah menyelesaikan masalah muridnya. Masalah ini perlu
dijelaskan dengan membuat refleksi ke atas apa yang telah
dilakukandi samping mengumpulkan bukti-bukti yang releven bagi
menjelaskan lagi permasalahan yang hendak dikaji.
Topic : Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran
mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih
berkesan.
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :2
Views : 21

General Forum : Soalan Forum 2 Posted On : 16 Oct 2012 11:59:00


PM Subject : Re : Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu
daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu
dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih
berkesan.
Salam cikgu Roshadah,
Saya sependapat dengan kenyataan cikgu, kemahiran memulakan
pengajaran atau lebih dikenali set induksi amat penting. Jika objektif
set induksi ini tercapai, kesan kemahiran tersebut dapat dikesan
dengan melihat pelajar lebih bersemangat untuk meneruskan
pembelajaran mereka, menumpukan perhatian terhadap pelajaran di
mana membolehkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dengan
lebih lancar, para pelajar boleh membina konsep baru melalui
pengatahuan sedia ada mereka. Kesan dari set induksi ini, pelajar
akan lebih bersemangat menjalankan tugas dan aktiviti yang
diberikan oleh guru, yang mana akan menimbulkan suasana yang
aktif dan seronok. Masalah disiplin pelajar juga dapat dikurangkan.

Topic : Forum 2 : 2.Sebagai seorang guru, nyatakan salah satu daripada sepuluh kemahiran
mikropengajaran yang perlu dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih
berkesan. Huraikan.(4m)
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :1
Views : 14

General Forum : Soalan Forum 2 Posted On : 16 Oct 2012 11:53:25


PM Subject : Forum 2 : 2.Sebagai seorang guru, nyatakan salah
satu daripada sepuluh kemahiran mikropengajaran yang perlu
dimiliki oleh seseorang guru agar pengajarannya lebih
berkesan. Huraikan.(4m)
Salam 1 Malaysia,
Terdapat 10 kemahiran dalam Pengajaran mikro antaranya ialah Set
Induksi. Set induksi ialah kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap
guru ketika ingin memulakan pengajaran. Set Induksi bertujuan untuk
menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pelajaran hari itu.
Sekiranya guru tidak dapat menarik perhatian pelajar, proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya kurang mendapat
perhatian murid dan seterusnya objektif pembelajaran sukar dicapai.
Set induksi dapat dilihat keberkesanannya hasil daripada objektifnya:

i. Penggunaan set induksi perlu dapat menarik perhatian pelajar


terhadap aktiviti pengajaran yang dijalankan.
ii. Membina aliran fikiran pelajar supaya mereka bersedia
mempelajarai sesuatu yang berkaitan.
iii. Memotivasikan pelajar supaya bersedia untuk belajar.
iv. Mengaitkan pengetahuan dan pengalaman lepas dengan isi
pelajaran yang baru hendak disampaikan oleh guru.
v. Mencadangkan cara-cara melaksanakan aktiviti, tugas dalam
aktiviti pembelajaran pelajar.
vi. Membantu pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih mudah dan
bermakna.
Topic : Maksud refleksi pengajaran dan kebaikannya
D055728
MASTURA BINTI JAMADI

General Forum : Soalan Forum 1 Posted On : 08 Oct 2012 10:28:58


PM Subject : Re : Maksud refleksi pengajaran dan kebaikannya

Replies :3
Views : 13

Salam,
Saya ingin menambah sedikit pandangan saya iaitu, jika seseorang
guru rajin membuat refleksi dan dapat dilaksanakan dan dipraktikkan
di dalam kelas maka tidak akan ada pelajar LiNus dan LiNus tegar.
Guru dapat melaksankan tugas dengan lebih mudah. Ini rentetan
adanya perubahan positif guru.

Topic : Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan
yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :4
Views : 29

General Forum : Soalan Forum 1 Posted On : 08 Oct 2012 09:44:15


PM Subject : Re : Apakah yang anda faham dengan maksud
refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati
dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.
Assalammualaikum Cikgu Azmi,
Memang benar pendapat saudari, kadang kala mutu pengajaran
akan dapat diperbaiki dengan timbulnya permasalahan. Namun
berapa ramai gurukah yang dapat membuat refleksi yangberkesan.
Mungkin ada? dan... mungkin juga sebilangannya sahaja. Tidak
dinafikan sebagai seorang guru penulisan refleksi selepas topik
pengajaran mesti ditulis. Tindakan perlu di ambi oleh guru untuk
membuat sesi pengayaan atau pemulihan terhadap murid mereka.
Jika seseorang guru tidak menulis refleksi, mereka bukan sahaja
sukar membuat tindakan yang seterusnya malah ia telah melanggar
etika perguruan.

Topic : 1.Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan
yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran selepas setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Huraikan.

D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :7
Views : 38

General Forum : Soalan Forum 1 Posted On : 08 Oct 2012 09:32:36


PM Subject : Re : Re : 1.Apakah yang anda faham dengan
maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang anda
boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi pengajaran
selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Huraikan.
Hi, good evening,
Saya sangat bersetuju, dengan adanya proses refleksi guru yang komited terhadap
tugas sebagai pendidik akan cuba memperbaiki kelemahan diri seterusnya
menghasilkan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Seterusnya pengajaran akan menjadi lebih seronok dengan adanya peruhan dari
segi teknik, bahan, alatan pengajaran yang berkesan terhadap murid. Bukan itu
sahaja, dengan refleksi guru boleh membuat satu kajian tindakan untuk mengesan
dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya
Thank you.

Topic : Forum 1 : 1.Apakah yang anda faham dengan maksud refleksi pengajaran?
Nyatakan kebaikan yang anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi
pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Huraikan.(4m)
D055728
MASTURA BINTI JAMADI
Replies :6
Views : 36

General Forum : Soalan Forum 1 Posted On : 08 Oct 2012


04:56:01 PM Subject : Forum 1 : 1.Apakah yang anda faham
dengan maksud refleksi pengajaran? Nyatakan kebaikan yang
anda boleh dapati dengan melakukan aktiviti refleksi
pengajaran selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Huraikan.(4m)
Salam 1 Malaysia,
Pada pengetahuan saya refleksi pengajaran ialah sesuatu proses
seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung
kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya,
menganalisis dan juga menilai kesannya. Maksudnya guru
merenung kembali sesi pengajaran yang telah dilaksanakn dalam
satu-satu masa. Melihat kekuatan dan kelemahan bukan sahaja
dari sudut murid itu sendiri tetapi dari sudut guru tersebut. Namun
yang penting, adakah objektif pengajaran yang hendak
disampaikan pada masa itu tercapai atau tidak? Renteten itu
jugalah refleksi memerlukan seseorang itu memikirkan cara
memperbaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk
digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Tidak disangkal lagi, refleksi selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran membawa banyak faedah seperti :

1.

Mengwujudkan suasan apengajaran yang lebih bermakna

2.

Menganalisis setiap kelemahan dan kekuatan pengajaran

dan pembelajaran

3.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

4.

Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran

5.

Menggalakkan guru bersikap prihatin dan proaktif

6.

Membina pengetahuan baru dan kefahaman yang lebih

jelas

7.

Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran

8.

Mencapai objektif pengajaran yang maksimum

You might also like