You are on page 1of 3

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia,

Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin "Lingua" yang bermaksud


bahasa. Ilmu linguistik pula ialah ilmu yang mengkaji atau menganalisa sesuatu
bahasa emprikal atau objektif tanpa dipengaruhi oleh ramalan, sentimen atau
falsafah. Menurut kamus dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada
perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Banyak pendapat tokoh
yang menjelaskan difinisi ilmu linguistik antaranya David Crystal (1973),
menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Sejarah
perkembangan ilmu linguistik di Malaysia mula diajarkan di Falkulti Sains
Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984 dan telah berkembang di
hampir kesemua universiti di Malaysia. Menurut Abdullah Hassan, (1984) linguistik
merupakan suatu bidang sains yang mengkaji bahasa kerana linguistik memenuhi
syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains dan kaedah yang digunakan
berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, dirasa, dan didengar.
Oleh yang demikian, linguistik merupakan bidang yang sangat luas dan terdapat
beberapa cabang seperti linguistik am, linguistik terapan, linguistik teoristik,
komaratif dan kontekstual. Bidang linguistik ternyata memberi sumbangan yang
besar dalam pendidikan negara. Kegunaan linguistik merangkumi pelbagai bidang
seperti, matematik, sains maklumat, logik, falsafah,sejarah sosial, kesusasteraan,
filologi, antropologi, sosiologi, psikologi, dan pedagogi. Ia juga digunakan di dalam
bidang pengkomputeran untuk penterjemahan . Jelaslah bahawa pendidikan
linguistik sangat penting sampai bila-bila walaupun dunia sedang melalui era
globalisasi teknologi pengkomputeran yang canggih.


Menurut kamus dewan (1993) perkataan linguistik diambil darpada
perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Banyak pendapat
tokoh yang menjelaskan difinisi ilmu linguistik antaranya David Crystal
(1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.
Sejarah perkembangan ilmu linguistik di Malaysia mula diajarkan di
Falkulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984
dan telah berkembang di hampir kesemua universiti di Malaysia.
Bidang lingusitik banyak menyumbang dalam sistem pendidikan negara
kita.
1. Linguistik terapan yang memanafaatkan teori deskripsi, kaedah dan
hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan buku-buku
teks, dalam pentejemahan, stilistik dan sebagainya. Melalui kajian
linguistik ini guru dan pelajar akan lebih mudah untuk mempelajari
bahasa walaupun bahasa itu bukan bahasa ibunda kita.
2. Linguistik Preskriptif yang memberi penekanan kepada formula bahasa
bagi menjelaskan sesuatu fenomena bahasa. Linguistik ini menerangkan
dan mementukan bagaimana cara bahasa itu ditulis dan dituturkan. Ini
telah memudahkan guru dan pelajar untuk mempelajari sesuatu bahasa.
3. Guru dan pelajar dapat mengetahui perkembangan dan dan perubahan
satu-satu bahasa hasil dari kajian linguistik Historis.
4. Pelajar dan guru juga dapat menggunakan linguistik dalam
membandingkan satu bahasa dengan bahasa yang lain dari sudut bunyi,
perkataan dan ayat. Ini akan memudah pengajaran dan pembelajaran
bahasa dan dapat digunakan dalam perhubungan antara kaum.


Salam sejahtera.
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Bahasa Melayu berperanan ilmu dan
perpaduan. Bahasa Perpaduan ditakrifkan sebagai satu bahasa yang seragam akan
memudahkan kefahamam diantara satu sama lain. Oleh itu, bahasa seragam ini telah
menjadi satu alat atau medium untuk mencapai perpaduan. Dengan itu, ia dianggap
sebagai sebuah bahasa Perpaduan. Bukti lain yang mengukuhkan ianya sebagai
bahasa Perpaduan ialah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang mempunyai
kedudukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Oleh sebab
itu, bahasa Melayu disebut bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Di mana bahasa berperanan ilmu pula dapat dilihat dari pelbagai bukti. Salah satu
ialah bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah dan
digunakan dalam mesyuarat rasmi. Bahasa Melayu digunakan dalam penciptaan
buku-buku berilmiah. Baru-baru ini, bahasa Melayu juga kiat dikembang dalam
penghasilan E-kamus. Penjelasan makna sesuatu perkataan boleh didapati kurang
dari sesaat melalui fungsi 'Text Capture' yang menggunakan tetikus sepenuhnya di
samping kepelbagaian fungsi yang direka khas bagi menjadikan e-kamus sebagai
perisian yang amat penting dalam era teknologi maklumat masa kini. Dengan
adanya e-kamus, para pendidik dan murid lebih senang mengecapi makna-makna
sesuatu perkataan. Di sekolah pula, murid-murid lebih gemar mempelajari ilmu
bahasa Melayu kerana ia mudah didapati dan ringan dibawa ke sekolah.

Salam 1 Malaysia
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa.
Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italia lingua; Spanyol lenguadan
Inggerislanguage.Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama
sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan
lain-lain.
Menur ut Kamus Dewan Edi si Ketiga (1996:814) pula
mentakrifkan Linguistik sebagai kaj ian tentang bahasa. Dalam bahasa Melayu
istilah linguistik merupakan nama bagi bidang ilmu, dank a t a a d j e k t i f n y a a d a l a h
l i n g u i s t i k a t a u l i n g u i s t i k .
Bidang linguistik memainkan peranan penting dalam dalam pedidikan negara seperti yang
kita boleh lihat pada hari ini.Kegunaan linguistik mencakupi pelbagai bidang seperti,
matematik, sains maklumat, logik, falsafah,sejarah sosial, kesusasteraan, filologi,
antropologi, sosiologi, psikologi, dan pedagogi. Baru-baru ini linguistik juga digunakan dalam
terjemahan melalui komputer. Penggunaan linguistik dalam pengajaran pula selalunya
dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi,
sintaksis,semantik, dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain
seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik .
Linguistik amat berguna terutama dalam pengajaran bahasa. Kita semua maklum, kursus
TESL/TEFL/TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab-maktab atau di
mana-mana sahaja dari institusi pengajian tinggi, hinggalah ke peringkat yang rendah, iaitu
di sekolah-sekolah.Semuanya menggunakan subjek linguistik.
Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah
globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini,
bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian
untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.

You might also like