You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS KOTA BHARU
PENGKALAN CHEPA
16109 KOTA BHARU
KELANTAN

EDUP2082
PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Nama : MOHD HASRUL HADI BIN HASHIM


No. K/P : 930623-03-6255
Angka Giliran : 2021082420079
Program : PDPP
Ambilan : JUN 2021
Unit : PENDIDIKAN ISLAM 2
Nama Pensyarah : PN KARIMAH BT MAMAT @ HARUN
Tarikh Hantar : 22 JULAI 2021

PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : __22 JULAI 2021____

PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop
Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU


BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
Nama: MOHD HASRUL HADI BIN HASHIM Angka Giliran Pelajar : 2021082420079

Pensyarah : PN KARIMAH BT MAMAT @ Subjek/ Kursus : EDUP2082/PSIKOLOGI


HARUN PENDIDIKAN
Tarikh Hantar: Tarikh Diterima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan:
Tarikh : 22 JULAI 2021

( MOHD HASRUL HADI BIN HASHIM )

Perician Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa: Moderator : (jika berkaitan)
Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh
: Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas yang diberi oleh pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberi oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan pelajar: :
Tarikh :

2
ISI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan ……………………………………………………………….4


2.0 Penghargaan ……………………………………………………………….5
3.0 Penulisan : Soalan …………………………………………………………6
: Jawapan ………………………………………………………6-8

4.0 Kesimpulan ……..…………………………………………………………..9


Rujukan …….……………………………………………………………………10

3
1.0 PENDAHULUAN

Objektif tugasan ini ialah untuk mendedahkan kepada semua pendidik dan guru bertapa
pentingnya peranan guru dalam kaedah pengajaran serta untuk memotivasikan pelajar, ia
adalah salah satu tugas penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam
perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh
seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian
aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (2004), antara peranan guru yang
penting ialah:

 Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan


pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran
yang sesuai.
 Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
 Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak
penyusunan meja dan sebagainya.
 Sebagai ibu bapa kepada pelajar demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.
Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai
sebahagian keluarga mereka.
 Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu
mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma
masyarakat.
 Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat
diterapkan dalam jiwa pelajar.

Justeru itu, pendidik dan guru bersetuju bahawa memotivasi pelajar adalah salah satu
tugas penting dalam pengajaran untuk belajar,pelajar mesti terlibat secara kognitif,emosi dan
tingkah laku dalam aktiviti kelas yang produktif. Dengan ini barulah akan terjadinya proses
Pdp yang cemerlang dan berkesan.
2.0

4
PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam,selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W,keluarga dan para sahabat baginda.Saya amat bersyukur
kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat juga saya menyiapkan sepenuhnya
tugasan bagi subjek Psikologi Pendidikan bagi semesta satu ini. Tugasan kerja kursus ini
akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan semasa membuat
rujukan dari buku-buku ilmiah dan juga internet.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan kepada Puan Karimah binti Mamat @ Harun dari IPG Kampus Kota Bharu di
atas tunjuk ajar dan perkongsian sepanjang semester ini serta tidak jemu-jemu memberi
bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar walaupun semester ini dalam keadaan norma baharu
iaitu pengajian di atas talian. Terima kasih juga kerana memberi peluang dan masa yang
mencukupi kepada saya dengan kekangan masa yang saya hadapi dengan belajar sambil
bekerja.Terima Kasih kepada rakan-rakan sekelas dan seperjuangan yang sudi berkongsi
maklumat. Mereka juga turut membantu saya mengingatkan akan tugasan yang perlu
disiapkan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak
dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja
kursus ini memerlukan motivasi, usaha,dan buah fikiran.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam saya menyiapkan kerja kursus ini.Hanya
Allah sahaja dapat membalas budi kalian.

5
3.0 PENULISAN

Soalan :

Buat satu temu bual bersama dengan salah seorang guru berpengalaman atau cemerlang
yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan anda. Temu bual merangkumi satu sesi
pengajaran dalam mata pelajaran tersebut. Soalan temubual itu ialah “Bagaimana anda
menjelaskan "guru yang baik" dalam aspek pengajaran dan pembelajaran?”

Dapatan daripada temu bual tersebut, anda dikehendaki membuat analisis tentang teori-teori
pembelajaran yang diaplikasikan oleh guru berkenaan terhadap motivasi dan pembelajaran
murid.
Jawapan :

Dapatan daripada temu bual yang saya jalankan ke atas guru berpengalaman di sekolah
saya, maka saya dapat menganalisiskan beberapa teori yang telah beliau gunakan semasa
PdP dijalankan. Antaranya ialah :

1. Pengajaran secara kumpulan sebaya, pengajaran secara kumpulan sebaya adalah


salah satu cara beliau menyampaikan pelajaran yang mana boleh dilaksanakan oleh
guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah
lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau
membimbing rakan-rakannya yang lain. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan
Kognitif Oleh Jean Piaget, teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada
konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkungan
sosial dan kematangan sesama mereka. Kelas yang dikendalikan melalui cara ini
biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi,
Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak
hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa.
Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi
sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji,
dan menjalankan aktiviti bersama-sama.

2. Pengajaran secara individu, pengajaran secara individu biasanya mengamalkan


cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu
dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini
diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek,
minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran
individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar
6
kepantasan murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya
murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Cara ini beliau lakukan
bertepatan dengan Teori Perkembangan Kognitif Oleh LEV VYGOTSKY, teori
beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar
bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut
dan memberikan kesempatan kepada pelajar mengerjakan sendiri. Pengajaran
secara individu beliau jalankan mengikut tahap seseorang pelajar itu yang bertujuan
untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar tertentu.
Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan.

3. Beliau juga mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati semasa Pdp.
Dengan cara ini, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau
berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun
jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang
rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak
tepat atau salah. Saya selitkan di sini Teori Motivasi Frederick Herzberg pada
tahun 1950-an yang menekankan konsep kepuasan kerja. Selaras dengan teori ini,
terdapat hubungan yang kuat antara motivasi kerjaya seorang guru dan kepuasan
dalam mendidik pelajar. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif dalam diri
seseorang guru untuk menghadapi pelajar yang tidak berminat untuk belajar. Pelajar
akan menganggap guru mudah dihampiri. Perkara ini penting kerana mereka berasa
selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Di
samping itu, Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1978) dalam Abdul Rahman
(1997) menekankan juga tentang tingkah laku individu yang bermotivasi pencapaian
tinggi. Hal ini kerana individu ini mempunyai keinginan untuk mengatasi rintangan
dan sanggup bersusah-payah untuk mencapai sesuatu yang baik.

4. Teori Kognitif bagi motivasi menumpukan perhatian kepada peranan pemikiran,


jangkaan dan kefahaman manusia tentang kehidupan (Asmawati, 2002). Sebagai
contoh, mengikut salah satu jenis teori kognitif iaitu teori nilai-jangkaan, dua jenis
kognisi yang mendasari tingkah laku manusia. Jangkaan yang pertama adalah
tingkah laku tersebut akan membantu manusia mencapai matlamat manakala yang
kedua adalah nilai atau kefahaman tentang kepentingan matlamat belajar dan
menuntut ilmu kepada manusia. Teori kognitif telah membuat pemisahan yang ketara
antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Hal ini kerana menurut Feldman
(1994) dalam Asmawati (2002), motivasi intrinsik menyebabkan manusia
berpartisipasi dalam sesuatu aktiviti untuk kepuasan yang akan diperoleh daripada

7
aktiviti tersebut. Manakala motivasi ekstrinsik akan menyebabkan manusia
berpartisipasi dalam aktiviti untuk mendapatkan ganjaran.

5. Penyebab kepada tidak minat seseorang pelajar dalam pembelajaran kerana tingkah
laku negatif seperti :
 Keadaan persekitaran rumah seperti tidak dapat perhatian dan kasih sayang
daripada ibu bapa.
 Persekitaran sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada
peperiksaan.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran yang membosankan.
 Seterusnya keadaan fizikal sekolah yang padat, panas dan bising menyebabkan
murid menunjukkan tingkah laku yang negatif. (Saayah Abu,2008).

Apabila saya merujuk pandangan menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam, tingkah
laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal dan tidak
normal adalah berdasarkan masalah psikologi. Inilah punca dan sebab kenapa pelajar perlu
diberi motivasi, satu tugas penting bagi pendidik dalam memberikan motivasi untuk belajar.

8
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan yang dapat dilihat daripada tugasan ini, sebagai seorang guru jika
dalam bilik darjah ada 20 pelajar dan anda perlu ada 20 teknik mengajar, setiap pelajar
memerlukan 10 teknik yang berbeza dan pengawasan setiap saat kerana pelajar ini
memerlukan perhatian khas untuk mereka. Dalam mengajar guru harus mengamalkan sikap
yang tegas tapi bukan sifat yang garang. Sifat yang tegas akan membuatkan murid dapat
membezakan antara yang mana betul dan salah. Manakala sifat yang garang akan
menyebabkan murid-murid takut dan semakin tidak ingin belajar.

Biasanya murid yang lemah adalah terdiri daripada mereka yang juga mempunyai
masalah displin. Sikap tegas amat penting untuk membantu mereka memahami apa yang
mereka pelajari dan membantu mereka mematuhi peraturan semasa belajar.

Walaupun mereka dalam golongan terakhir, percaya akan kebolehan mereka. Mereka
mampu buat, mereka mampu selesaikan. Jangan ‘underestimate’ dan jangan ‘overestimate’.
Kadang-kadang bukan otak tak cerdas, cuma masalah ‘attitude’ jadi ke belakanglah
tempatnya. Latihan dalam kelas juga perlu bersesuaian dengan kemampuan mereka. Biarlah
latihan itu ‘simple’, asalkan dapat menarik minat mereka.

Akhir kata guru juga perlu sentiasa memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid
berkenaan. Para guru jangan berputus asa mendidik dan membantu murid lemah dan yang
tidak minat untuk terus belajar. Anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita dalam berjuang
dalam dunia pendidikan. Ingat usaha tangga kejayaan.

9
RUJUKAN

1) Ramlan Jantan, Mahani Razali (2004). Psikologi Pendidikan. Tanjong Malim, Perak.
Mc Graw-Hill Sdn. Bhd.

2) Mohamad Syukur (2010, Ogos 22). Teori Pembelajaran Kognitif.

3) Asmawati Desa (2002). Psikologi Untuk Golongan Profesional. Universiti


Kebangsaan Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

4) Rohani binti Abdullah, Nani binti Menon dan Mohd Sharani bin Ahmad, Panduan
Kurikulum Prasekolah.Open University Malaysia, (2008) Pengurusan Tingkah Laku
Kanak-kanak Berkeperluan Khas, Fakulti Pendidikan dan Bahasa.

5) Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani & Mohd. Zohir. (2003). Pedagogi : Strategi dan
Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

6) Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

7) Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

8) Santrock, J.W., Deater-Deckard, K., & Lansford, J.E. (2020). Child Development: An
Introduction. (15th ed). McGraw-Hill.

9) Slavin, R.(2018). Educational Psychology: Theory and Practice. (12th ed). Pearson.

10) Woolfolk, A.E. (2019). Educational Psychology (14th ed). Pearson.

11) Azizi Yahaya.(2019). Psikologi Pendidikan. Penerbit UTM.

12) Wong, K. W., Mohamad Isa Azis, & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-
Kanak (Edisi Kedua). Oxford Fajar.

10

You might also like