You are on page 1of 4

PENTAKSIRAN

AUTENTIK
PENGARUH RAKAN SEBAYA
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak
atau rubrik, membantu
murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir.
Perkongsian kriteria untuk
pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai
prestasi mereka sendiri
dan juga rakan mereka.
Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek
kerjasama,
bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap
individu melalui
satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses
selain
daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran
kemahiran sosial,
pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada
hasil kerja
kumpulan.
Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting
bagi kedua-dua
pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang
pembelajaran.
Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang
ditaksir. Eviden
yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti
dijelaskan
kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran
untuk
pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran.

You might also like