You are on page 1of 3

1.

1 Konsep Asas Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran

1.1.1. Pengujian

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur


dan mendapatkan maklumat berkenaan perubahan tingkah laku
seseorang individu dengan menggunakan instrumen tertentu.

Pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang murid


dalam sesuatu pembelajaran dan berguna dalam usaha menempatkan
murid dalam kumpulan belajar yang sesuai. Pengujian dapat
dilaksanakan dengan cara mengadakan pemerhatian, ujian bertulis
atau ujian lisan. Pengujian biasanya dilaksanakan selepas satu atau
beberapa pelajaran diajar.

1.1.2 Pengukuran

Pengukuran adalah suatu proses mendapatkan penjelasaan numerik


setakat mana atau sebanyak mana individu mempunyai ciri-ciri
tertentu. Di samping itu, pengukuran juga menghasilkan nilai kuantitatif
bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan murid dalam
pembelajaran.

Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan


kedudukan antara murid dalam penguasaan pembelajaran. Hasil
pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan
penempatan murid dalam jurusan yang sesuai. Pengukuran dilakukan
setelah ujian bertulis iaitu mulai dengan pengiraan markah. Biasanya
pengukuran diadakan selepas beberapa pelajaran dilaksanakan.

1.1.3 Penilaian

Penilaian merupakan proses mendapat, menentukan dan memberi


maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan. Penilaian
bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian murid, objektif
pembelajaran, kaedah mengajar, dan pelaksanaan kurikulum.

Penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum,


pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian
dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan
perangkaan (statistisk). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa
dan selepas satu atau beberapa pelajaran. Penilaian mengandungi
aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan, dan
penyimpulan.

1.1.4 Pentaksiran

1
Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapat maklumat
tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan,
pentaksiran adalah proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pelajar dalam pembelajaran.

1.2 Tujuan Pentaksiran

1.2.1 Diagnosis

Satu daripada tujuan pentaksiran ialah untuk mendiagnos kesukaran


yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis
pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru
berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk
meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak
berkesan, guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang
ada supaya strategi dan kaedah pengajaran pensyarah boleh
diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran murid pula diperlukan bagi


mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan,
kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada.
Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti
apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya
pembelajaran murid boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

1.2.2 Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh
mengred pencapaian murid kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’,
‘lemah’, ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’.
Melalui pengredan murid, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak
berkaitan tentang prestasi akademik murid khususnya berbanding
dengan prestasi murid lain.

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan
peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses
pendidikan murid. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat,
sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit
dengan pendidikan murid khususnya ibu bapa sangat penting bagi
meransang kemajuan dan pembangunan murid di sekolah.

1.2.3 Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi
pemilihan dan penempatan murid. Sebagai contoh murid yang
cemerlang dalam bidang sains mengikuti kursus tumpuan bidang
tertentu di universiti.
2
1.2.4 Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu murid


supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan
kaunselor boleh membantu murid mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi
dilakukan bagi memperbaiki keadaan murid.

1.2.5 Tujuan-tujuan lain


 Pelaporan pencapaian
 Keputusan penyelidikan

Bandingkan sejauh manakah pengujian mencapai matlamat diagnosis


pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan matlamat
pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan?

You might also like