You are on page 1of 19

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK

Semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) anda diminta untuk


membina mana-mana satu alat pentaksiran jenis Autentik dan melaksanakan
pentaksiran ke atas sekumpulan murid-murid di sekolah tersebut. Berdasarkan
pentaksiran yang diperolehi anda diminta untuk menganalisis, menginterpretasi dan
melapor data prestasi murid tersebut dalam bentuk penulisan ilmiah.

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Pentaksiran:

Definisi pentaksiran atau ‘assessment’ adalah berasal daripada perkataan Greek,


“Assidere” iaitu bermaksud “duduk di sisi”. Ia juga dapat didefinisikan sebagai proses
mengukur dan penilaian, proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan,
penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar terhadap
objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang samada guru atau
pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah
dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang (Ghafar, 2011).

Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti


menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dalam pendidikan di
Malaysia ialah proses mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal
insan. Pentaksiran dalam pendidikan merupakan khusus yang penting bagi setiap
mahasiswa perguruan. Khusus ini amat diperlukan untuk menganalisis dan menginterpretasi
data murid-murid. Setiap data yang dikumpul akan direkodkan dan dianalisis untuk
menentukan tahap pemahaman dan perkembangan murid terhadap pembelajaran.
Pentaksiran ialah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya dan
oleh pelajar sendiri tentang kemajuan mereka (Dunn, 1991).

1.2 Pentaksiran Autentik:

Pentaksiran terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah pentaksiran autentik,


pentaksiran “performance based”, pentaksiran dan hasil pembelajaran, pentaksiran
berbantukan komputer dan pentaksiran motivasi. Pentaksiran autentik dapat didefinisikan
sebagai pengevaluasian pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati
dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin.

1
Menurut Pert (1990), pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai
aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

1.3 Tujuan Pentaksiran:

Pentaksiran autentik ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pentaksiran prestasi,
pemerhatian guru, persidangan, pentaksiran kendiri, pentaksiran rakan sebaya dan
pentaksiran kerja kursus atau folio. Dalam tugasan ini, saya telah memilih alat pentaksiran
autentik jenis pentaksiran prestasi. Hal ini kerana pentaksiran prestasi sesuai untuk
dilaksanakan dalam aktiviti yang dilaksanakan semasa saya menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS). Kesimpulannya, pentaksiran autentik jenis prestasi dapat
merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang
ada dalam dunia sebenar.

Melalui alat ini, saya melaksanakan satu aktiviti untuk mentafsir sikap, tingkah laku
dan tindakan pelajar semasa proses pembelajaran yang berlaku. Instrumen yang diperlukan
bagi pentaksiran prestasi ialah senarai semak dan skala kedudukan iaitu berpandukan rubrik
pemarkahan yang ditetapkan. Dalam pentaksiran prestasi, murid ditaksir berasaskan proses
penglibatan mereka dalam menyiapkan tugasan tersebut.

1.4 Maklumat Sekolah:

Semasa mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang diberi


tempoh selama seminggu , sekolah yang dipilih untuk melaksanakan tugasan kursus pada
kali ini ialah di Sekolah Kebangsaan Chuping, Perlis. Sekolah yang dipilih ialah sekolah
kawasan pendalaman gred A yang mempunyai seramai 286 orang murid dan 44 orang guru
dan staf secara kesuluruhan. Sekolah ini terletak di kawasan yang di kelilingi dengan sawah
padi dan bukit batu kapur. Keadaan iklim sekolah ini adalah iklim yang panas dek kerana
negeri Perlis adalah negeri yang paling panas suhunya di Malaysia.

Bagi menilai prestasi murid, saya telah memilih subjek Matematik Tahun 4 dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 dan mendapatkan data serta maklumat peperiksaan
daripada Puan Noraishah binti Mat Yusoh iaitu guru panitia Matematik merangkap
Setiausaha Peperiksaan Sekolah Kebangsaan Chuping. Proses pengumpulan data ini
mengambil masa selama dua hari kerana guru panitia matapelajaran ini agak sibuk untuk

2
menguruskan urusan sekolah yang lain. Berikut merupakan beberapa gambar saya
bersama rakan semasa melakukan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
selama seminggu di kawasan Sekolah Kebangsaan Chuping, Perlis.

3
2.0 MAKLUMAT PENTAKSIRAN

2.1 Statsitik Asas:

Konsep statistik asas dalam pentaksiran dan interpretasi data serta pelaporan data
adalah terdiri daripada min, mod, median, sisihan piawai, skor Z dan skor T dimana
untuk menentukan ukuran kecenderungan memusat yang digunakan untuk membandingkan
pencapaian antara murid yang menduduki ujian. Ia melibatkan proses menganalisis dan
menginterpretasi data-data mentah ini justeru dapat membantu guru untuk merumus data-
data mentah yang banyak kepada bentuk yang mudah difahami. Hasil analisis statistik ke
atas data mentah tersebut dapat membantu mentafsir pencapaian murid dan menyediakan
laporan prestasi murid.

Dalam tugasan kursus ini, seramai 17 orang murid kelas 4 Amanah bagi subjek
Matematik telah dipilih untuk dianalisis skor markah meraka. Murid-murid adalah dipilih
secara rawak.

BIL. NAMA MURID MARKAH (%) GRED

1 SUMAYYAH BINTI ABD WAHAB 43 D

2 HARITH ISKANDAR BIN MASLAN 42 D

3 KHAIRINA SYARDINI BINTI KAMARUL KHAIRY 37 E

4 MUHAMMAD UZAID BIN SAHRANI 35 E

5 MUHAMMAD MUSTAQIM BIN ZAKARIA 30 E

6 NUR AINI BINTI ZAINOL 29 E

7 AIN HANANI BINTI AZMI 27 E

8 AHMAD HIFZI BIN AZWAR 23 E

9 MUHAMMAD AMIR FAHMI BIN MOHD SHAZLEE 22 E

10 MUHAMMAD ARIFF BIN MOHD JASRULNIRWAN 22 E

11 MUHAMMAD NUR AFIQ JAZIMIN BIN ISMAIL 20 E

4
12 MEGAT IMAN NURHAKIM BIN MEGAT ANUAR 19 E

13 MUHAMMAD ADIF IZZATBIN RUSLIZAN 19 E

14 MUHAMMAD IRFAN BIN MOHAMAD NADZIR 18 E

15 NUR ASYIQAH BINTI KHAIRIL NIZZAR 17 E

16 PUTRI IRDINA DANISH BINTI ABDUL YAMAN 16 E

17 MUHAMMAD AIDIEL ROZAIMIE BIN ROSLAN 15 E

Jadual 1.

Jadual 1 menunjukkan senarai nama bagi markah dan gred untuk subjek Matematik
dalam kelas 4 Amanah seramai 17 orang murid. Melalui pemerhatian, kita dapat lihat pelajar
yang mendapat markah yang tertinggi ialah Sumayyah binti Abd Wahab iaitu 43%.
Manakala pelajar yang mendapat markah yang terendah pula ialah Muhammad Aidiel
Rozaimie bin Roslan iaitu 15%. Jumlah pelajar yang mendapat gred D ialah seramai dua
orang dan selebihnya iaitu seramai lima belas orang mendapat gred E.

43 42 37 35 30 29 27 23 22

22 20 19 19 18 17 16 15

Jadual 2.

Markah yang diperoleh melalui ujian di sekolah dikenali sebagai skor mentah atau
data mentah. Skor atau data mentah yang tidak terkumpul seperti di Jadual 2 di atas adalah
skor yang dikumpul sebelum melakukan proses taburan kekerapan.

5
Skor Mentah (𝜒) Gundalan Kekerapan

15 / 1

16 / 1

17 / 1

18 / 1

19 // 2

20 / 1

22 // 2

23 / 1

27 / 1

29 / 1

30 / 1

35 / 1

37 / 1

42 / 1

43 / 1

Jumlah 17 17

Jadual 3.

Jadual 3 di atas ialah Jadual Taburan Kekerapan 17 orang murid yang perlu dibuat
bagi memudahkan proses analisis data berdasarkan skor-skor mentah dari Jadual 2.
Taburan adalah susunan skor mentah yang diperoleh dari ujian ini. Manakala kekerpan pula
adalah jumlah bilangan kali skor tersebut berulang. Oleh itu, adual ini merupakan susunan
skor-skor mentah yang disusun secara menaik dengan dinyatakan kekerapannya dalam
sesuatu jadual. Jadual di atas menunjukkan skor mentah 19 dan 22 mempunyai kekerapan
yang tertinggi sekali iaitu seramai 2 orang murid. Selebihnya pula mempunyai kekerapan
yang sama iaitu hanya seorang murid sahaja.

6
3.0 DATA STATISTIK

3.1 Analisis Taburan Markah:

3.1.1 Min

Min ialah purata markah yang diperoleh oleh murid dalam ujian apabila jumlah data
dibahagikan dengan bilangan data. Min menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan
perbandingan. Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan skor sisihan piawai,
skor Z dan juga skor T. Kaedah pengiraan min ialah semua taburan markah akan ditambah
kemudian hasil tambah semua markah dibahagikan kepada 17 iaitu bilangan murid. Hasil
daripada pengiraan tersebut akan menghasilkan Min.

Rumus min untuk skor-skor tidak terkumpul ialah:

∑𝜒
Min, 𝜒̅ = 𝜂

= 43+42+37+35+30+29+27+23+22+22+20+19+19+18+17+16+15
17

= 434÷17

= 25.5

Berdasarkan nilai min yang diperoleh, saya dapat mentafsirkan bahawa purata
markah yang diperoleh oleh 17 orang murid dari kelas 4 Amanah dalam matapelajaran
Matematik bagi peperiksaan pertengahan tahun tersebut adalah 25.5. Hal ini menunjukkan
bahawa purata pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah sangat tidak memuaskan.

3.1.2 Median

Median ialah nilai yang terletak di kedudukan tengah skor-skor yang telah disusun
secara menaik atau menurun. Jika bilangan data ialah ganjil, maka nilai yang terletak di
tengah-tengah data tertib ialah median. Jika bilangan data ialah genap, maka min bagi dua
nilai yang berada di tengah-tengah data tertib ialah median. Oleh itu, median bagi skor murid
kelas 4 Amanah bagi matapelajaran Matematik untuk peperiksaan pertengahan tahun
adalah:

15, 16, 17, 18, 19, 19, 20, 22, 22, 23, 27, 29, 30, 35, 37, 42, 43

7
Oleh itu, median bagi peperiksaan akhir tahun untuk matapelajaran Matematik bagi
kelas 4 Amanah adalah 22 kerana nilai ini berada di tengah-tengah set data yang telah
disusun di atas.

3.1.3 Mod

Mod (mode) ialah nilai yang mempunyai kekerapan paling tinggi atau terbanyak
dalam suatu set data. Suatu set data mungkin mempunyai lebih daripada satu mod atau
tiada mod diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau
menurun. Jika dilihat pada skor markah Matematik bagi kelas 4 Amanah ini, nilai mod
adalah:

15, 16, 17, 18, 19, 19, 20, 22, 22, 23, 27, 29, 30, 35, 37, 42, 43

Oleh itu, berdasarkan data yang telah disusun, saya telah mendapati bahawa
taburan bagi skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod tersebut adalah 19 dan juga
22. Hasil daripada nilai mod yang saya perolehi tersebut, adalah dapat dinyatakan di sini
bahawa 5 orang murid telah mendapat markah antara 19 hingga 22. Perkara tersebut
secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa aras soalan yang telah dijawab oleh
mereka adalah tinggi. Namun begitu, kemungkinan juga murid kurang menguasai
kemahiran-kemahiran pelajaran yang telah diajar oleh guru mereka.

3.1.4 Sisihan Piawai

Sisihan piawai ini adalah satu jenis purata yang digunakan bagi melihat
kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set skor yang terkumpul.
Langkah kerja bagi mendapatkan sisihan piawai bagi kelas 4 Amanah adalah seperti Jadual
4 di bawah.

Skor (𝜒) (𝜒 − 𝜒̅ ) (𝜒 − 𝜒̅ )2

15 15 – 25.5 = -10.5 (-10.5)² = 110.25

16 16 – 25.5 = -9.5 (-9.5)² = 90.25

17 17 – 25.5 = -8.5 (-8.5)² = 72.25

18 18 – 25.5 = -7.5 (-7.5)² = 56.25

19 19 – 25.5 = -6.5 (-6.5)² = 42.25

8
19 19 – 25.5 = -6.5 (-6.5)² = 42.25

20 20 – 25.5 = -5.5 (-5.5)² = 30.25

22 22 – 25.5 = -3.5 (-3.5)² = 12.25

22 22 – 25.5 = -3.5 (-3.5)² = 12.25

23 23 – 25.5 = -2.5 (-2.5)² = 6.25

27 27 – 25.5 = 1.5 (1.5)² = 2.25

29 29 – 25.5 = 3.5 (3.5)² = 12.25

30 30 – 25.5 = 4.5 (4.5)² = 20.25

35 35 – 25.5 = 9.5 (9.5)² = 90.25

37 37 – 25.5 = 11.5 (11.5)² = 132.25

42 42 – 25.5 = 16.5 (16.5)² = 272.25

43 43 – 25.5 = 17.5 (17.5)² = 306.25

= 1310.25

Jadual 4.

∑( 𝜒−𝜒2)
Aplikasi rumus, σ =√
𝜂

1310.25
=√ 17

= √77.07

= 8.78

Berdasarkan jawapan kiraan di atas, dapat dinyatakan bahawa sekiranya nilai


sisihan piawai ialah 10, maka sebaran skor itu adalah normal. Dalam pengiraan sisihan
piawai, ia pasti akan berlaku dua perkara iaitu nilai kurang daripada 10 atau nilai melebihi
daripada 10. Sekiranya nilai sisihan piawai bernilai kurang daripada 10, maka taburan skor
itu adalah terkelompok sekitar min bagi set skor tersebut. Hal ini dipanggil homogene di
mana prestasi antara murid adalah hampir sama antara satu sama lain. Manakala, bagi nilai
sisihan piawai yang melebihi 10, skor antara murid-murid yang menduduki peperiksaan itu

9
adalah tersebar atau berserakan. Hal ini dipanggil heterogen yang bermaksud pencapaian
antara murid adalah tidak begitu sama.

Berdasarkan kepada pengiraan yang saya lakukan ke atas skor murid bagi kelas 4
Amanah, nilai sisihan piawai yang saya perolehi adalah 8.78. Sementara itu, nilai min bagi
skor murid-murid ini adalah 25.5. Sehubungan dengan itu, adalah dapat saya tafsirkankan
bahawa sebaran skor murid-murid di dalam kelas tersebut adalah normal. Hal ini kerana
terdapat 10 murid mendapat skor di bawah min dan 7 murid mendapat skor di atas min
biarpun skor yang diraih masing-masing kurang memuaskan.

3.2 Jadual Terkumpul Kekerapan:

KELAS INTERVAL KEKERAPAN HAD SELA KELAS

90 - 100 0 89.5 – 100.5

80 - 89 0 79.5 – 89.5

70 - 79 0 69.5 – 79.5

60 - 69 0 59.5 – 69.5

50 - 59 0 49.5 – 59.5

40 - 49 2 39.5 – 49.5

30 - 39 3 29.5 – 39.5

20 - 29 6 19.5 – 29.5

10 - 19 6 9.5 – 19.5

0-9 0 0.5 – 9.5

Jadual 5.

Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan 17 orang murid dalam ujian melalui kriteria
yang ditetapkan. Melalui jadual tersebut, kelas interval pada tahap 90 – 100 sehingga 50-59,
tahap kekerapan adalah 0. Seterusnya, kelas interval 40 – 49 hanya 1. Diikuti dengan kelas
interval 30 – 39 iaitu kekerapan hanya 3. Manakala kelas interval 20 -29 dan 10 – 19
merupakan kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 6. Akhir sekali pada kelas interval 0
– 9 adalah 0. Hal ini menunjukkan tahap markah peperiksaan adalah rendah dan kurang
memuaskan kerana keseluruhan pelajar berada di aras bawah dari skor 50.

10
3.3 Graf Taburan Kekerapan Skor:

Kekerapan Graf Taburan Kekerapan 4 Amanah


7

0
9.5 19.5 29.5 39.5 49.5 59.5 69.5 79.5 89.5 100.5 Skor

Melalui graf di atas, hasil menunjukkan kekerapan yang paling tinggi ialah pada skor
19.5 dan 29.5 iaitu sebanyak 6 kekerapan. Kedua-dua skor ini memiliki nilai dan tahap
kekerapan yang sama. Manakala kekerapan kedua yang tertinggi ialah pada skor 39.5 iaitu
sebanyak 3 kekerapan. Akhir sekali ialah skor 49.5 iaitu sebanyak 2 kekerapan. Nilai skor
yang selebihnya adalah kosong. Hal ini kerana skor ini tidak memiliki tahap kekerapan.
Secara keseluruhannya, graf menunjukkan tahap skor yang rendah adalah kekerapan yang
paling tinggi.

Kesimpulannya, para pelajar dari kelas 4 Amanah masih lagi berada pada tahap
yang lemah dalam penguasaan matapelajaran Matematik ini berdasarkan ujian peperiksaan
pertengahan tahun 2016. Pelajar kelas ini perlu diberi perhatian yang lebih untuk
meningkatkan lagi prestasi mereka dalam menguasai subjek Matematik ini kerana
kedudukan pencapaian mereka tidak begitu baik. Guru-guru perlu membimbing dan
memastikan pelajar ini berjaya memahami dam menguasai subjek ini serta mencapai
objektif pembelajaran dan dapat membaiki prestasi peperiksaan yang lepas.

11
4.0 PELAPORAN

4.1 Definisi dan Tujuan Pelaporan:

Melapor adalah sesuatu proses penyampaian maklumat penilaian dari masa ke


masa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.
Maklumat untuk tujuan pelaporan boleh diperoleh daripada rekod penilaian seperti rekod
profil murid, rekod prestasi, rekod mengajar guru dan sebagainya. Pelaporan seperti ini
perlu dilakukan selalu untuk disampaikan kepada pihak yang ingin, mengetahui tentang
kemajuan, kelemahan dan bakat seseorang murid. Ibu bapa dan pihak lain seperti Jabatan
Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Daerah, agensi swasta dan awam memerlukan
maklumat ini untuk kepentingan masing-masing.

Tujuan pelaporan dibuat adalah untuk pihak atasan membuat keputusan yang wajar
dari segi penempatan pelajar dalam pelbagai aliran pembelajaran seperti Sains, Sastera dan
Perkaunan. Pelaporan dibuat juga dengan tujuan untuk membolehkan guru mengambil
tindakan susulan iaitu menentukan sama ada seseorang pelajar perlu diberi aktiviti
pemulihan ataupun pengayaan. Pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan murid-murid
boleh dilaporkan supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

4.2 Fungsi Pelaporan:

4.2.1 Guru

Pelaporan mengenai prestasi pelajar dibuat antara ibu bapa, pelajar sekolah dan
guru dalam konferens merupakan cara yang berkesan. Bagi pihak guru, pelaporan dapat
membolehkan tanggungjawab pembelajaran pelajar, pentaksiran dan pelaporan dikongsi
bersama antara guru, ibu bapa dan pelajar. Selain itu, pelaporan dapat mengukuhkan
komunikasi dengan ibu bapa melalui perbincangan hasil pembelajaran dalam kurikulum
serta bagaimana pelajar berkembang. Guru juga boleh memperbaiki dan menambahbaik
pengajaran mereka di kelas serta menggunakan dan menyediakan bahan bantu mengajar
yang baik dan sesuai. Disamping itu, guru boleh menambah aktiviti pengajaran dan
pengajaran serta memikirkan strategi yang berkesan untuk pelajar terutamanya pelajar yang
bermasalah.

4.2.2 Ibu dan Bapa

Bagi pihak ibu bapa pula, pelaporan ini dapat meningkatkan pemahaman mereka
tentang pembelajaran dan pentaksiran dalam pendekatan berasaskan hasil penilaian anak
mereka. Seterusnya, dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dalam

12
proses pelaporan di sekolah bersama guru, dan bukan hanya memberi respons sahaja. Ibu
bapa juga akan tahu tahap akademik dan sahsiah anak mereka sendiri sepanjang anak
mereka berada di sekolah. Ibu bapa boleh mengambil tindakan terhadap anak mereka jika
anak mereka di dapati bermasalah di sekolah seperti memberi nasihat yang lebih, memberi
kelas tambahan, menegur dan memarahi bertujuan untuk membaiki sikap dan sahsiah anak
mereka tersebut.

4.2.3 Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan sekolah seharusnya menitikberatkan tentang laporan pelajar-


pelajar mereka kerana dengan pelaporan ini, pihak sekolah dapat meningkatkan lagi tahap
dan prestasi semua pelajar. Pihak sekolah juga dapat membuat semakan, penilaian serta
mentaksir hasil keputusan pelajar setelah penilaian, ujian dan peperiksaan dilakukan. Pihak
sekolah juga boleh membuat perancangan atau strategi untuk meningkatkan lagi prestasi
semua pelajar seperti membuat program atau kursus berkenaan pelajaran dan pendidikan
pelajar, seminar atau ceramah dan lain-lain lagi. Pihak sekolah juga perlu melaporkan hasil
prestasi pelajar kepada Pejabat Pelajaran Daerah, negeri serta Kementerian Pelajaran
Malaysia.

4.2.4 Pelajar

Pelaporan untuk pelajar pula ialah dapat merangsang konsep kendiri melalui peluang
berkongsi pencapaian dan kemajuan pembelajaran bersama guru dalam satu persekitaran
positif. Selain itu, proses ini dapat melibatkan pelajar secara langsung dalam pentaksiran
dan membolehkan mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Pelajar
tersebut boleh membaiki dan tingkatkan tahap pencapaian diri mereka sendiri setelah
diberitahu tentang keputusan pelaporan mereka seperti mengulang kaji subjek yang mereka
lemah, membuat latihan lebih, bertanya kepada guru dan sebagainya.

4.3 Cara Penyampaian Pelaporan:

4.3.1 Ibu dan Bapa

Guru kelas atau guru yang berkenaan boleh menyampaikan pelaporan kepada pihak
ibu bapa tentang anak mereka dengan pelbagai cara pada masa kini. Antaranya ialah
pelaporan ini boleh disampaikan semasa hari terbuka sekolah di mana ibu bapa pelajar
datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan pelajar. Selain itu, guru boleh membuat
perjumpaan murni bersama ibu bapa pelajar tersebut pada bila-bila masa. Malah, pelaporan
ini juga boleh disampaikan melalui ‘online’ di mana guru menggunakan email atau aplikasi
yang moden pada zaman ini.

13
4.3.2 Guru dan Pihak Sekolah

Penyampaian pelaporan kepada pihak guru sendiri pula boleh dilakukan melalui
mesyuarat anatara guru-guru matapelajaran atau guru panitia. Selain itu, guru juga boleh
membuat perjumpaan murni sesame sendiri untuk memberi tahu tentang pelaporan pelajar
mereka itu. Guru dapat merekodkan keputusan pelaporan anak murid mereka sendiri
setelah menerima pelaporan itu. Guru berkenaan juga boleh bersemuka dengan pihak
sekolah itu sendiri untuk menyampaikan dan melapor pelaporan pelajar pada waktu yang
sesuai dan ditetapkan di pejabat sekolah.

4.3.4 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

Bagi penyampaian pelaporan kepada PPD pula, guru perlu membuat laporan yang
rasmi dan hantarkan kepada pihak PPD tersebut. Penghantaran laporan ini boleh dilakukan
melalui ‘online’ iaitu hantar melalui email atau aplikasi yang di sediakan oleh pihak PPD dan
hantar secara manual iaitu pergi ke pejabat PPD tersebut dan hantarkan kepada pegawai
yang bertugas.

4.4 Faktor yang mempengaruhi pelaporan:

4.4.1 Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Pelbagai faktor yang mempengaruhi pelaporan pelajar ini, antaranya ialah bahan
bantu mengajar (BBM) dari guru itu sendiri. Mungkin BBM yang disediakan kurang sesuai
dan tidak berkesan terhadap pelajar berkenaan kerana tidak sampai kepada tahap dan
kemahiran pelajar tersebut. Guru berkenaan mungkin juga tidak menggunakan BBM
semasa proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar-pelajar mereka sekali gus
menyebabkan pelajar berkenaan tidak dapat membayangkan sesuatu perkara yang lebih
mudah untuk difahami jika digunakan BBM.

4.4.2 Silibus Pembelajaran

Selain itu, faktor silibus pelajaran yang lama dan baru. Guru mengajar pelajar
berkenaan dengan silibus pelajaran yang lama dan tidak di kemaskini menyebabkan pelajar
tersebut ketinggalan ilmu baharu yang telah dirancang oleh KPM sekali gus menjejaskan
keputusan peperiksaan pelajar berkenaan. Pihak sekolah perlu menyemak atau memastikan
silibus pembelajaran untuk guru terhadap para pelajar adalah yang terkini agar para pelajar
dapat menerima ilmu pembelajaran yang terkini.

14
4.4.3 Kemudahan Infrastruktur

Seterusnya, faktor kemudahan infrastruktur serta perkakasan pelajaran yang tidak


cukup dan kurang lengkap. Contoh perkakasan berkenaan seperti ‘LCD Projector’ yang
telah rosak atau tiada di dalam kelas, kekurangan computer untuk pelajar menggunakannya,
tiada capaian internet di sekolah, kerosakan dan kekurangan peralatan dan perkakasan alat
uji kaji di dalam makmal sains, peralatan di dalam kelas yang rosak seperti kerusi, meja,
kipas, papan hitam dan sebagainya. Hal ini demikian akan memberi impak kepada pelajar
yang berkenaan kerana mereka tidak dapat menuntut ilmu dengan sepenuh perhatian
mereka dan pembelajaran itu tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar tersebut. Guru juga
gagal mengajar pelajarnya dengan cara yang efektif dan berkesan dimana guru hanya
menggunakan proses ‘chalk and talk’ sahaja tanpa meransang minda pelajar tersebut.
Pelajar tersebut akan kebosanan dan tidak tertarik untuk belajar dan tidak dahagakan ilmu.

4.4.4 Faktor Semulajadi

Disamping itu, faktor yang berkait rapat adalah faktor semulajadi seperti gangguan
haiwan, bencana alam dan iklim persekitaran sekolah. Kawasan sekolah juga memainkan
peranan yang penting juga kerana ia memberi kesan yang besar kepada pelajar seperti
sesebuah sekolah yang berada di kawasan pedalaman, ia terdedah dengan ancaman
binatang buas di dalam hutan, haiwan berbisa, dan serangan binatang buas. Pelajar
tersebut perlu sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling kerana kerap kali berlaku kes
pelajar diserang dengan haiwan liar dan berbisa. Kehadiran pelajar berkenaan akan terjejas
dek kerana masalah ini. Selain itu, terdapat beberapa kawasan sekolah yang mempunyai
iklim yang panas dan sejuk sudah tentu tidak selesa untuk pelajar-pelajar ini pergi hadirkan
diri ke sekolah. Musim dan iklim di Malaysia sudah sekian maklum sentiasa berubah-ubah
dan tidak menentu sekali gus memberi implikasi terhadap kehadiran pelajar ini ke sekolah
kerana kesihatan mereka sudah terjejas. Akhir sekali, faktor bencana alam iaitu kawasan
sekolah yang berada di kawasan merbahaya seperti kawasan banjir, gempa bumi, kemarau
dan sebagainya. Faktor ini tidak dapat dielakkan lagi kerana ia suka untuk di tangani dek
kerana berlakunya kejadian ini tanpa diduga oleh kita. Dengan berlakunya kesemua faktor di
atas, keputusan dan hasil pelaporan pelajar mungkin akan merosot dan terjejas selain dari
masalah pembelajaran pelajar itu sendiri.

15
5.0 REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi dengan izinnya saya dapat menyiapkan tugasan
EDUP 306 Pentaksiran Dalam Pendidikan ini yang dibimbing oleh Encik Mohamad bin Abd.
Kadir dan tugasan ini diberi oleh beliau selama sebulan dan tarikh hantar pada 26 Mac
2017. Alhamdulillah saya dapat menghantar tugasan projek pada tarikh yang ditetapkan.
Semasa menyiapkan tugasan ini saya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran untuk
menyiapkan. Melaluinya, saya telah dapat banyak belajar dan memperolehi pengetahuan
yang baharu.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan
muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan lain yang perlu disiapkan dalam tempoh
yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya
untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil mudah
memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah
diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini
mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini demikian kerana, saya memikirkan bahawa
soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang
dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, isi kandungan
yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih
awal dalam kuliah yang lepas.

Tugasan ini memerlukan saya untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber
rujukan bagi membolehkan saya mempunyai data dan maklumat yang mencukupi. Untuk
mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pentaksiran jenis autentik yang boleh
datanya dikumpul pada Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Banyak perkara yang
diperuntukkkan untuk mencari bahan namun masih terdapat kekangan dari segi masa dan
sumber rujukan menyukarkan saya untuk membuat penyelidikan.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan ini dengan betul
selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut
sebenarnya juga telah saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu.
Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan isi kandungan yang tepat dan
baik, perkongsian idea, pengurusan grafik, pengetahuan dan kemahiran serta pertukaran

16
cadangan dan idea dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya
menyiapkan tugasan dengan baik.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran
pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam kursus ini, saya
mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap pengurusan masa. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan
tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan
tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan
tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan
pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar
berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama
juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya
mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Seterusnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
Encik Mohamad bin Abd. Kadir kerana membimbing dan membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga
kepada rakan-rakan kerana membantu saya menyiapkan tugasan yang agak rumit ini. Saya
harap segala ilmu yang saya pelajari dan peroleh dapat digunakan pada masa akan datang
untuk meningkatkan prestasi diri saya sendiri.

17
RUJUKAN

Buku:

Abdullah Hassan (1987). Isu-Isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azizi Ahmad (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria (2017). Pentaksiran Dalam
Pendidikan. KualaLumpur : Oxford Fajar.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan Cabaran Semasa.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012). Retrieved 20 Mac


2017, from http://www.moe.gov.my.

18
LAMPIRAN

Buku ini adalah antara buku rujukan yang saya gunakan untuk menyiapkan tugasan ini.

Gambar di atas menunjukkan perbincangan saya dan rakan serba sedikit bersama guru
panitia Matematik.

19

You might also like