You are on page 1of 3

Refleksi inovasi

Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapat juga kami menyiapkan projek inovasi bagi subjek PJMS 3063 Kurikulum Pendidikan
Jasmani dan Kaedah Pengajaran dengan jayanya walaupun terpaksa menghadapi beberapa
masalah dalam menyiapkan projek ini. Namun, berkat kesungguhan dan azam yang tinggi,
akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan berkaitan projek inovasi yang diberikan oleh
pensyarah tepat pada masa yang telah ditetapkan.Inovasi kumpulan kami ialah alat untuk
membaiki kemahiran memukul dalam permainan sofbol yang kami panggil sebagai target hit.
Alat ini direka khas untuk murid sekolah rendah. Kami telah membuat percubaan dengan murid
tahun 3 seramai 30 orang. Alat ini mempunyai tiga aras ketinggian untuk meletakkan bola
sofbol secara statik supaya murid dapat fokus dalam membaiki kemahiran memegang bat dan
memukul bola. Semasa percubaan projek ini, kami telah dapat mengenalpasti kekuatan,
kelemahan dan juga penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap projek ini.

Target hit alat bantu meningkatkan kemahiran memukul

Kelebihan alat inovasi ini adalah ianya murah, ringan dan mudah di bawa kemana sahaja.
Ia dibuat dari beberapa potongan batang paip pvc yang boleh dibuka dan dicantum kembali
mengikut manual yang disertai bersama dengan alat. Selain itu ia juga fleksibel dan tidak
membahayakan murid kerana boleh dipusing dan dijatuhkan untuk ubah suai kedudukan yang
lebih baik. Seterusnya, alat inovasi ini mempunyai tiga aras ketinggian jadi murid dapat berlatih
bagaimana ingin memukul bola tinggi mahupun rendah. Malah ketinggian murid juga tidak jadi
penghalang kerana ia sesuai digunakan oleh murid yang tinggi dan rendah. Alat ini juga sangat
mesra pengguna kerana boleh diubahsuai kedudukan dan mudah untuk digunakan. Murid boleh
melakukan latih tubi untuk membaiki cara memukul dengan lebih mantap dan selamat tanpa
memerlukan pitcher atau pembaling bola.

Latihan mengikut ketinggian yang berbeza

Antara kelemahan semasa kami menyiapkan projek ini pula ialah masa yang terhad. Hal
ini kerana semester ini merupakan semester yang memerlukan kami terlibat dalam banyak
aktiviti sukan dan permainan yang menyebabkan masa terluang kami menjadi terhad. Masa
yang ada digunakan bagi menjalani latihan serta mengendalikan program di IPG. Banyak
tugasan dan aktiviti yang bertembung pada satu masa sehingga melemahkan semangat kami
untuk menyiapkan projek inovasi ini namun sebagai seorang pendidik, kami telah melihatnya
sebagai suatu cabaran yang harus ditempuh dan kami perlu berfikiran positif untuk
menanganinya. Justeru, kami telah berusaha sedaya upaya untuk menyiapkannya mengikut
masa yang telah ditetapkan.

Seterusnya, kelemahan semasa mengendalikan projek inovasi ini di sekolah ialah


kawalan murid yang lemah. Terdapat beberapa orang murid yang bermain dan tidak mahu
mendengar arahan semasa kami melaksanakan projek ini. Mereka tidak mahu mengambil
bahagian dalam mencuba projek kami dan membiarkan murid- murid lain sahaja yang mencuba
projek inovasi kami ini. Namun, kami berjaya mengawal kelas dengan baik. Kami telah
mengarahkan mereka untuk duduk dan senyap sementara menunggu rakan lain mencuba
projek inovasi tersebut. Kemudian, apabila sampai giliran murid- murid yang bermain tadi, kami
telah membimbing mereka untuk mencuba projek inovasi kami dan akhirnya, mereka kembali
fokus di dalam kelas. Mereka tidak sabar menunggu giliran mereka yang seterusnya untuk
mencuba projek tersebut.
Kawalan murid yang agak lemah

Kami juga telah mengenalpasti penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap projek
kami. Pertama, aras ketinggian untuk memukul bola boleh dipelbagaikan lagi. Tambahkan
batang paip di bahagian atas dan bawah bagi agar murid- murid dapat memukul bola dari
semua aras ketinggian. Kemahiran memukul bola juga dapat ditingkatkan dalam kalangan
murid apabila mereka mencuba memukul dari pelbagai aras ketinggian di mana perkara
tersebut menjadikan mereka lebih mahir dan cekap. Kos bagi mempelbagaikan aras ketinggian
tidak menjadi masalah kerana kami sememangnya menggunakan bahan yang murah dan
mudah didapati iaitu hanya batang paip yang boleh dijumpai di mana- mana sahaja

You might also like