You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA

21030 KUALA NERUS


TERENGGANU DARUL IMAN

LAPORAN PROJEK INTERNSHIP :


PAPAN MOTIVASI

OLEH :
NURSYAHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN
GURU PELATIH INTERNSHIP
IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP

NAMA PELAJAR : NURSYAHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN


PROGRAM : PAPAN MOTIVASI SKBC
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA, KUALA NERUS.
TEMPOH PELAKSANAAN : 17 JULAI 21 JULAI

Kejayaan atau kegagalan objektif dan hasil-hasil pembelajaran adalah


bergantung sejauh mana murid-murid mempunyai motivasi untuk bertindak.
Sekiranya guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran kondusif, murid akan
berasa diri dihargai secara tidak langsung mereka mempunyai motivasi yang
secukupnya untuk mencapai prestasi yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dan
kurikulum. Guru-guru dan sistem persekolahan memainkan peranan yang besar
dalam mengekalkan motivasi murid-murid sepanjang persekolahan mereka dan
kemudiannya mempunyai daya motivasi untuk menamatkan persekolahan untuk
berjaya dalam hidup.
Oleh itu bagi menyempurnakan tugasan internship, setiap guru pelatih
internship perlu mengendalikan satu projek individu. Setelah membuat beberapa
kali perbincangan bersama mentor iaitu Encik Ismail bin Abd Razak, saya telah
ditugaskan untuk membuat papan motivasi di laluan pusat sumber Sekolah
Kebangsaan Bukit Chempaka. Pelaksanaan papan motivasi Sekolah Kebangsaan
Bukit Chempaka ini berdasarkan objektif-objektif berikut, iaitu :
1.
2.
3.
4.

Menjadikan papan motivasi sebagai tempat memberi inspirasi kepada murid.


Menghasilkan perubahan sikap daripada sikap negatif kepada sikap yang positif.
Menerap nilai penghargaan kendiri dalam diri murid.
Mewujudkan kawasan sekolah lebih ceria dan berilmu.
Pelaksanaan motivation board merupakan salah satu usaha bagi memastikan

murid-murid SK Bukit Chempaka sentiasa termotivasi untuk menjadi lebih baik,


percaya dan menghargai diri dan sekaligus dapat mendorong mereka meningkatkan
kualiti dalam akademik dan sukan.

Kaedah Pelaksanaan
Sebelum :
Pada 11 Julai 2016, saya dan beberapa orang guru pelatih IPG Kampus Dato Razali Ismail
telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, iaitu sekolah yang sama
semasa praktikum fasa 3 untuk program internship.
Bagi program internship ini kami diamanahkan untuk meyelesaikan 3 projek dan satu
daripadanya adalah projek individu. Pada peringkat awal, saya telah diberi cadangan beberapa
aktiviti yang boleh dilakukan untuk projek individu ini. Setelah beberapa kali berbincang dan
menilai keperluan serta kemampuan saya untuk melakukan projek tersebut, akhirnya saya
diberi tanggungjawab menyiapkan papan motivasi.
Sebagai langkah awal untuk meyiapkan projek papan motivasi ini, saya telah membuat
perbincangan bersama guru pusat sumber Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka iaitu Puan
Hajah Rozita binti Taib memandangkan papan kenyataan tersebut terletak di bawah seliaan
guru pusat sumber.
Antara isi perbincangan yang telah dilakukan untuk projek ini adalah dari segi kos
pelaksanaannya. Antara barangan yang perlu dibeli untuk projek papan motivasi ini adalah
kertas pembalut hadiah sebanyak 20 helai untuk dijadikan latar papan motivasi, plastik laminate
untuk bahan-bahan motivasi, pembalut plastik untuk memastikan bahan-bahan motivasi yang
ditampal selamat terutama semasa hujan dan kertas A4.
Secara keseluruhannya, anggaran jumlah wang yang diperlukan untuk projek papan
motivasi ini adalah RM51.00. Setelah bajet untuk projek papan motivasi ini dibuat, kertas kerja
untuk melaksanakan projek pula dilakukan. Kertas kerja ini bertujuan mendapatkan kebenaran
guru besar bagi melaksanakan projek papan motivasi ini.
Semasa :
Projek papan motivasi ini saya laksanakan secara berperingkat. Peringkat pertama ialah proses
membersihkan dan mengosongkan papan kenyataan daripada maklumat-maklumat lama yang
ditampal sebelum ini. Papan kenyataan itu sebelum ini merupakan papan kenyataan untuk
subjek Pendidikan Seni. Proses pembersihan dan mengosongkan papan kenyataan tersebut
mengambil masa yang agak lama memandangkan maklumat-maklumat sebelum ini ditampal
menggunakan gam yang kekal dan susah ditanggalkan. Selain itu, terdapat juga bekas-bekas
stapler yang perlu dicabut sebelum peringkat seterusnya dibuat.
Apabila papan kenyataan sudah dibersihkan, saya memulakan peringkat kedua iaitu
memasang kertas latar untuk papan motivasi. Saya telah memilih warna hijau sebagai latar
memandangkan warna tersebut membawa maksud ketenangan dan mempunyai corak yang
ceria serta sesuai untuk papan motivasi.

Pemilihan bahan motivasi yang ditampal pula saya bahagikan kepada tiga iaitu katakata motivasi yang menggunakan bahasa Inggeris yang mudah, tips-tips belajar secara
berkesan dan kata-kata motivasi yang dipetik dari kata-kata tokoh terkenal. Pemilihan kata-kata
motivasi yang menggunakan bahasa Inggeris mudah diambil kerana bersesuaian dengan
objektif pelaksanaan papan motivasi yang bukan sahaja mahu murid termotivasi tetapi juga
dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Tips-tips belajar pula dipilih supaya
dapat membimbing murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka terutama tahun enam
untuk belajar secara berkesan dan kaedah mengingat yang mudah untuk menghadapi
peperiksaan.
Selepas :
Apabila selesai semua proses pelaksanaan papan motivasi yang membawa tema Love
Yourself ini maka saya mula membuat laporan bagi projek ini. Laporan ini dibuat bagi
mendokumentasikan segala perjalanan sepanjang proses pembikinan papan motivasi iaitu
bermula dari proses pembersihan dan pengosongan papan kenyataan daripada bahan-bahan
lama sehinggalah papan motivasi tersebut terhasil dan lengkap sepenuhnya. Pelaporan ini juga
merupakan bukti penting yang mana projek internship bagi individu telah dilaksanakan.
Refleksi
Kekuatan :
Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak
mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan
seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang
mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan
dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali. Idea pelaksanaan
motivation board merupakan salah satu usaha bagi menerapkan semangat positif dalam diri
murid SK Bukit Chempaka supaya dapat menjadi murid yang berkualiti dan menghargai diri
sendiri.
Selain itu, kedudukan papan motivasi yang dilaksanakan iaitu di kawasan laluan murid
juga merupakan satu kelebihan. Hal ini kerana apabila kawasan tersebut merupakan laluan
utama murid-murid dan guru maka secara automatik mereka yang melalui kawasan tersebut
akan nampak dan baca segala isi yang telah ditampal. Hal ini walaupun nampak seperti kecil
tetapi akan tetap memberi impak yang besar kepada sesiapa yang membaca dan
mengamalkannya.
Kelemahan :

Hasil daripada pemerhatian yang telah dibuat, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah
dikenalpasti antaranya ialah ketahanan kertas latar yang digunakan untuk papan motivasi
tersebut. Selain itu, papan motivasi ini juga berpotensi untuk basah apabila berlakunya hujan
ribut. Walau bagaimanapun, saya telah mengambil insiatif dengan membalut papan motivasi
yang telah siap itu dengan plastik bagi memastikannya terus bertahan dan tidak terjejas apabila
hujan ribut berlaku.
Namun begitu, setiap keputusan yang diambil tetap juga mempunyai impak yang
tersendiri. Impak yang terjadi apabila papan motivasi tersebut dibalut dengan plastik ialah akan
menyusahkan proses penambahan maklumat atau penukaran bahan motivasi dibuat. Hal ini
bermakna, guru-guru yang bertanggungjawab terhadap papan motivasi ini pada masa akan
datang perlu membuka terlebih dahulu plastik tersebut sebelum menampal maklumat baru dan
kemudian memasang kembali plastik.
Cadangan penambahbaikan :
Melihat kepada kelemahan tersebut, dicadangkan pada masa akan datang latar papan
kenyataan yang ingin dibuat hanya menggunakan cat. Hal ini bukan sahaja mempunyai
ketahanan , bahkan kosnya lebih murah jika cat yang dibeli digunakan untuk kesemua papan
kenyataan yang ingin dilaksanakan. Selain itu dicadangkan juga pihak sekolah menggunakan
softboard bagi memudahkan proses penampalan maklumat di sekolah.
Kesimpulan:
Secara keseluruhannya, projek papan motivasi ini telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan
rakan-rakan dan guru-guru lain. Diharapkan juga papan motivasi ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya dan dapat membantu murid untuk memotivasikan diri sendiri serta menjadi murid
yang lebih yakin pada diri sendiri.
Disediakan oleh :

.................................................
(NURSYAHIRAH BINTI KAMARUZZAMAN)
GURU PELATIH INTERNSHIP,
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA,
21030 KUALA NERUS,
TERENGGANU DARUL IMAN.
Ulasan :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

LAMPIRAN
(SEBELUM)

(SEMASA)

(SELEPAS)

You might also like