You are on page 1of 3

Laporan Pelaksanaan Internship Projek Mural

Nama Guru Pelatih : Farid Bin P. Sammuddin


Program : PISMP Jan 2011 (Pendidikan Muzik/Pendidikan Jasmani/Bahasa
Melayu)
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat
Projek : Projek Mural
Tempoh Pelaksanaan: 7-11 Julai 2014

Objektif
Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :
1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian teruamanya pelajar dan juga tetamu yang mengunjungi sekolah.
2. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
3. Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan atau kenang-kenangan
apabila meninggalkan sekolah kelak.
4. Memberikan pengalaman baru persediaan kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah.
Strategi Pelaksanaan
Pada hari pertama mendaftarkan diri, kami telah berbincang untuk menjalankan projek mural di
sekolah ini. Kami telah bertemu dengan guru pembimbing dan berbincang berkaitan dengan
projek mural yang boleh dijalankan di sekolah ini. Beliau telah bersetuju dengan projek kami
dan mencadangkan agar mural di dinding Bilik BOSS dimurnikan semula. Kami telah
dicadangkan untuk menghasilkan memurnikan mural yang bertemakan buku. Kami berbincang
untuk menggunakan warna-warna pastel bagi menceriakan kembali warna mural yang sudah
pudar dan mengembalikan keceriaan bilik tersebut. Kemudian, kami berbincang bersama guru
pembimbing mengenai penggunaan peralatan bagi projek ini. Kami sangat bernasib baik kerana
sekolah mempunyai cat pelaka dan berus cat yang mencukupi bagi kami menyiapkan mural ini.
Oleh itu, kami dapat menjimatkan perbelanjaan bagi projek ini dan dapat menggunkannya bagi
tujuan projek lain.
Selepas projek ini disahkan oleh pihak pentadbir dan guru pembimbing, kami bermula dengan
memeriksa dinding mural yang telah lusuh dan catnya yang telah terkopek. Kami berbincang
dan merencana kaedah yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini. Seterusnya kami
mewarnakan mural tersebut. Kami telah membahagikan tugas kepada setiap ahli bagi
memastikan kelancaran projek berlangsung secara sistematik. Secara tidak tidak langsung
semangat tanggungjawab dan kerjasama secara berkumpulan diterapkan ke dalam diri kami
sebagai bakal warga pendidik.
Mural tersebut disiapkan lebih awal berbanding jangkaan yang telah ditetapkan iaitu selama
seminggu. Ini disebabkan oleh kami telah menggunakan segala masa terluang sepanjang
internship ini untuk menyiapkannya. Selain itu, kami juga ingin menjimatkan masa kerana
banyak lagi projek yang menanti untuk disiapkan disamping kajian yang perlu dijalankan.
Semoga penghasilan mural ini dapat memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak
terutamanya kepada pelajar.
Refleksi

Kekuatan
Projek ini banyak memberikan kekuatan kepada kami sebagai seorang bakal warga pendidik.
Pertama, projek ini banyak mengajar kami dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi
antara rakan sekerja, guru sekolah dan pihak pentadbir. Kemahiran ini penting dalam
menyediakan bakal guru yang kompeten dan berkualiti. Selain itu, projek ini mengajar kami
proses persediaan, merancang, dan melaksanakan projek. Ini juga amat berguna kerana
kitaran ini merupakan proses yang sentiasa berlaku di peringkat sekolah semasa melaksanakan
sesuatu program. Tambahan pula, kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak turut
menyumbang kepada kejayaan projek ini. Sokongan dan bantuan dari pihak pentadbir dalam
penyediaan peralatan mural telah banyak meringankan beban kami.
Kelemahan
Terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan sepanjang melaksanakan projek mural ini.
Pertamanya, warna cat pelaka banyak yang berwarna gelap dan kurang menarik. Selain itu,
terdapat sesetengah cat yang sudah keras dan warnanya tidak dapat lagi digunakan. Ini
menyukarkan kami dalam menghasilkan warna yang bersesuaian dengan mural bertemakan
buku. Selain itu, projek ini dijalankan pada Ramadhan menyebabkan kami mudah berasa letih
dan kurang fokus semasa penghasilan mural. Tambahan pula, waktu persekolahan yang terhad
disamping kajian yang perlu dilaksanakan menyebabkan kami tergesa-gesa menyiapkan projek
ini.
Cadangan Penambahbaikan
Antara cadangan yang dapat diberikan ialah tempoh internship ini dijalankan dipanjangkan lebih
lama dan berlangsung bukan dalam bulan Ramadhan. Selain itu kemaskini peralatan mural
perlu diadakan setiap kali selesai proses mural selesai dengan memastikan hanya peralatan
yang boleh digunakan sahaja disimpan manakala peralatan yang rosak perlulah dihapus kira.
Ini bertujuan memastikan peralatan tersebut berada dalam keadaan baik dan sesuai digunakan
sepanjang masa.

Dokumentasi

You might also like