You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN



KOD KURSUS : HBEF3503
TAJ UK KURSUS : PENDI DI KAN I NKLUSI F
SEMESTER : J ANUARY 2013






NAMA : ROSNANI BT HASSAN
NAMA TUTOR : DR RAFIAH BINTI
NO. MATRIKULASI : 720424085518001
NO. KAD PENGNEALAN : 720424085518
NO. TELEFON : 0197312429
E-MEL : nishaluqhana@oum.edumy
PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT





KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK SERI YONG PENG 2013

1. NAMA PROGRAM

Program Pendidikan Inklusif Bermasalah Pembelajaran,
SK Seri Yong Peng,
83700 Yong Peng,
Johor.

2. PENDAHULUAN

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid- murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru
biasa. Menurut Kamariah Jarji (1994), Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar-
pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana (bantuan yang
sesuai kepada mereka diberikan) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran
dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

Menurut Abraham, Morris and Wald (1993), one in which children with and without
disabilities learn and play together.

Bowe (1995) pula menyatakan bahawa an approach in which children with
disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and
receive services side by side with children with no disabilities.

Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu
Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa
Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.



3. SEJARAH PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA

Setiap pelajar di negara kita mempunyai peluang yang sama untuk mendapat
pendidikan tidak mengira umur, jantina atau pun bangsa. Dasar Pendidikan Negara
yang inginkan pelajarnya maju dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial
perlu menitikberatkan supaya pelajar dapat mengembangkan potensi diri mereka.
Terdapat segolongan pelajar yang dilabelkan pelajar istimewa atau khas. Pelajar ini
sebenarnya juga mempunyai keistimewaan seperti pelajar lain, tetapi mereka sering
dianggap lemah, mundur atau lembam. Pelajar ini sebenarnya perlu diberi perhatian
dan galakkan supaya dapat memberi sumbangan kepada negara sebagaimana pelajar
normal yang lain. Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
perkembangan yang telah berlaku di Malaysia. Peringkat perkembangan ini adalah
berdasarkan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan oleh pihak-pihak yang
tertentu iaitu, peranan kerajaan sebagai tunggak utama, badan-badan sukarela yang
prihatin sama ada dari dalam dan luar negara. Peringkat tersebut adalah seperti
berikut:

1) Peringkat pertama (awal 1947-akhir 1947)

Pada peringkat ini peranan utama dijalankan oleh pertubuhan ibu bapa,pertubuhan
etnik dan pertubuhan sukarela dari dalam dan luar negara. Pada peringkat ini timbul
kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini danpelbagai pihak memberikan
sumbangan untuk membantu mereka. Kesedaran mengenai kanak-kanak istimewa ini
sangat penting dalam sejarah Pendidikan Khas.

2) Peringkat kedua (1948-1980)

Pada tahun 1948, kerajaan telah menubuhkan beberapa sekolah khasseperti Sekolah
Rendah Princess Elizabeth di Johor Bahru dan Sekolah Kanak-kanak Pekak
Persekutuan di Pulau Pinang (1954). Penubuhan sekolah-sekolah ini menunjukkan
keperihatinan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak istimewa ini.
Seterusnya Kementerian Pendidikan telah melipatkgandakan usaha mempertingkatkan
lagi mutu pelajaran Pendidikan Khas. Pada tahun 1960an, Kementerian mula
mewujudkan kursus untuk guru-guru di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
Maktab ini telah menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat
pendengaran (1963).

3) Peringkat ketiga (1981 kini)

Pihak kerajaan adalah tunggak utama dimana kerajaan telah memberikan kemudahan
fizikal seperti sekolah, khidmat sokongan (pekerja), sumber kewangan yang
mencukupi dan khidmat kepakaran yang disalurkan terus kepada Pendidikan Khas.
Kerajaan telah membina sekolah khas seperti Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Persekutuan Pulau Pinang (1969) yang menawarkan mata pelajaran Vokasional
(MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam (1987)
menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. Program Pendidikan Khas Integrasi bagi
pelajar yang menghadapi masalah pendengaran pula terdapat di Sekolah Menengah
Teknik (SMT) di seluruh Malaysia seperti SMT Azizah, Johor Bahru, SMT
Langkawi, Kedah, SMT Batu Pahat, Johor, SMT Bagan Serai, Perak, SMT Tanah
Merah Kelantan dan SMT Keningau Sabah.

4. RASIONAL

Pendidikan inklusif menjadi satu factor terpenting dalam usaha meingkatkan intelek,
taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua
warganegara. Program Inklusif ini akan dapat memastikan:
4.1 Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
4.2 Peluang berinteraksi antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal.
4.3 Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
4.4 Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
4.5 Peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
4.6 Menerapkan nilai-nilai murni antara murid-murid istimewa dengan murid-murid
normal.





5. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya kearah pengsealiran pelajar-pelajar
berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah member peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pelajaran, pembelajaran dan menyertai
semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan
diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah
dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya,
mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang ( Mohd Siraj
Awang, 1996).

Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:

4.1 Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal
di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar
berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu
mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.

4.2 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-
sama pelajar normal.

4.3 Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-
awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam
komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu
berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. (Mohd Siraj Awang,
1996.)

4.4 Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran
tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka
mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar
mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

4.5 Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam
pelajaran serta kerjaya yang dibina.

6. OBJEKTIF PENUBUHAN

Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan
ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial
dan akademik dengan rakan aliran perdana.

1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada
mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-
peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam
konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role
model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan
murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka
menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka.
Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira
perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi
masyarakat.

7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan
khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan




7. SASARAN

Dua orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira, murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus
diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil
yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain
serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
amat penting bahawa murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama
daripada ibu bapa mereka. Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang
diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas
yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

7.1 Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
7.2 Bersosialisasi
7.3 Menduduki peperiksaan awam
7.4 Tidak mempunyai pelbagai kecacatan


8. JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF SK SERI YONG PENG 2013

PENGERUSI
TN HJ MUDARIBENI B KASMUNI
(GURU BESAR SK SERI YONG PENG)

NAIB PENGERUSI
PN FATIMAH BT SARBAN
(PENYELARAS PROGRAM INKLUSIF SKSYP)

SETIAUSAHA
PN. ROSNANI BT HASSAN
(SETIAUSAHA PROGRAM INKLUSIF PPKIBP)


BENDAHARI
PN JULAINA BT ABD HAMID
(GURU MATEMATIK SKSYP)

AJK
PN. MISS LIAH BT SUKAR ( GURU BAHASA MELAYU)
PN. MASTURA MD SALIH( GURU BAHASA INGGERIS )
EN. NORDIN B MADISAN ( GURU SAINS )
PN ROSANITA BT ABDULLAH (GURU MATEMATIK)
PN. ROS PENAELY BT YUSUF (GURU PENDIDIKAN ISLAM



9. POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.

Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang
upaya fizikal, kurang upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme,
Sindrom Down, ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan secara purata 10% daripada
populasi Negara membangun mempunyai individu yang diklasifikasi sebagai kurang
upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara ini telah dikenal pasti sebagai
individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program pendidikan khas. Kadar ini
adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang sepatutnya berkeperluan
khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan diri di mana-
mana agensi.
Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai
akses kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan
berikut:

Sekolah pendidikan khas:
Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti
sekolah untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):
Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas;

Dan

Program pendidikan inklusif:
Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas
dalam kelas arus perdana.

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di
dalam program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5%
mendaftar di sekolah pendidikan khas.

Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan
guru yang berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli
terapi. Kedua, walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah
dibentuk (misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid
bermasalah penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah
pendengaran), tetapi kurang sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah
pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu
pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk kurikulum vokasional bagi
menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding kurikulum akademik arus
perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana seperti kemudahan
mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti alat pendengaran dan
mesin taip Braille.


Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif

Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun
mengamalkan pendekatan inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut
bahawa murid keperluan khas perlu mendapat akses kepada sekolah arus perdana.
Sekolah arus perdana yang berorientasikan pendidikan inklusif ini merupakan cara
yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi, mewujudkan komuniti yang lebih
terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif. Artikel 28 Akta Orang
Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid berkeperluan khas perlu
diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan dalam
pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,
Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam
model pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang
diperuntukkan. Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai
objektif ini.

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada

Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas
yang disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya
untuk berfungsi dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar
dalam program pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian
sederhana digalakkan menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian
rendah pula digalakkan menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan
mereka mempelajari kurikulum yang lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan
kemahiran sosial. Kementerian akan membangunkan satu set instrumen penilaian dan
proses saringan bagi mengenal pasti dengan tepat tahap kompetensi murid dan
menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang sesuai. Kementerian juga akan
meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan melibatkan lebih banyak
kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik dalam kurikulum
pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah arus perdana
dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan pendidikan
khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA,
menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang
berbeza (daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran
khusus mengikut tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian
menyasarkan pertambahan enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun
2011, kepada 88,000 menjelang 2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan
untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif

Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan
mengarah kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus
diperkukuh. Matlamatnya supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan
dalam pendidikan khas bagi membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan
khas dengan berkesan dan menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini,
yang mendaftar dalam aliran perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan
lebih inklusif. Semasa Gelombang ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan
organisasi lain seperti NGO, organisasi antarabangsa, sektor swasta, dan agensi
kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan peluang kepada murid berkeperluan
khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk peruntukan daripada agensi,
membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan mendapatkan
sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.

Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.

Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah
dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan
pada masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses
kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka,
guruguru dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid
berkeperluan khas mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.



10. KEPERLUAN LOGISTIK

Tenaga Pengajar :

Terdapat guru pendamping,guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang
dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. Pelajar pendidikan khas
mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua
pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh
sekolah.Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang
sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama .

Pelajar pendidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan
tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung
sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan
bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru
mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas:

Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP
walaupun berada disekolah menengah.Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru
resos dan Jawatankuasa akademik.Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/
inisiatif pihak sekolah.Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat
bantu dan kaunseling.

11. SOKONGAN

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi,
persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-
Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-
rata tempat di negara kita.

Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai
pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu
berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-
hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-
kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah
bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan
kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan
pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-
16 tahun
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas
kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi
kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara
umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

PERANAN IBUBAPA
Mengikut Cross, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan melaksanakan program inklusif
menjayakan program inklusif ibu bapa perlu:
Sentiasa berfikiran positif
Menjalinkan hubungan yang erat dengan guru
Mengenalpasti program intervensi yang sesuai
Menjalin hubungan ibubapa murid khas yang lain
Berkolabarasi bersama guru khas, guru aliran perdana,pentadbir dan pihak luar.

Ibubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru untuk melaksanakan
intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan pengubahsuaian yang
berkesan. (Cross,Tranb & Shelton et.al 2004).Ibubapa adalah pihak yang paling rapat dengan
anak-anak berkeperluan khas oleh utu mereka adalah sumber maklumat yang paling penting
bagi guru melaksanakan program yang berkesan bagu murid inklusif.

Menurut Vito L & Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawab
dengan pendidkan anak mereka , ibubapa juga perlu diinklusifkan mereka perlu terlibat denga
latihan pembangunan staff. Jika ibu bapa terlibat dengan pendidkan inklusif pelajar secara
tidak langsung akan dapat menyesuaikan diri dengan pendidikan inklusif.

Memberi pendidkan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh meningkatkan kesedaran
dan menambahkan kemahiran mereka semasa berhadapan dengan anak mereka. (Amanda A
A & Elaine Frankel 2010). Mereka boleh mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Contonhnya
ibu bapa yang mempunyai anak disleksia boleh mengetahui cara mengatasi masalah
mengenalpasti permasalahan anak mereka.

PERANAN PIHAK SEKOLAH

Sekolah perlu menjalankan program yang sesuai dengan setiap individu murid berdasarkan
penilaian pihak yang terlatih dengan kerjasama ibubapa.(Eitan,Rachel & Zohor 2009).
Kolabarasi ini penting kerana dengan adanya campur tangan ibubapa,guru dan sekolah
masalah keciciran pelajar,tersalah penilaian dan penempatan dapat di atasi.

KESIMPULAN

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid
adalah penting. Murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil
interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep
kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan
mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluankhas, perubahan adalah
perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya.
Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak
profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak
yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang
sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas.
Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati
dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah
supayahak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama
rataterjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.






























RUJUKAN

Ang Huat Bin.(1999).Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif
Utusan Publications & DISTRIBUTORS SDN BHD

Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia

Chua Tee Tee & Koh Koh Koon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan : bacaan asas.
Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kirk, s.a., gallagher, j.j., & anatasiow, n.j. (1993). Educating exceptional children (7th ed.).
Boston: allyn and bacon.

Mok Soon Sang.(2005).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI .(Sekolah Rendah : Kompenan 1 & 2)
Psikologi Pendidikan & Pedagogi.Selangor:Subang Jaya.

http://www.amaljaya.com/guru/pendidikan%20khas/pendidikan%20inklusif.pdf

You might also like