You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

UNIT KOKURIKULUM
SMK SERI KUNDANG
BILANGAN 3/2012
Tarikh

: 5 September 2012

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Bilik Gerakan

Kehadiran :
Seperti Lampiran
Urusetia :
1. Pn. Rohana Binti Abdullah
1.0

- Setiausaha Kokurikulum

Perutusan Pengerusi
1.1

Pn. Suhaida Bt Shamsuddin selaku pengerusi mengucapkan terima


kasih

di

atas

kehadiran

ahli

mesyuarat

untuk

Mesyuarat

Kokurikulum kali ke 3 bagi sesi 2012.


1.2

Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terlibat


secara langsung dalam semua aktiviti kokurikulum pada tahun ini
kerana berjaya melaksanakan tugas masing-masing dengan baik.

1.3

Pengerusi juga berharap kejayaan kokurikulum yang diperoleh pada


tahun ini dapat dikekalkan dan diperbaiki untuk tahun hadapan.

2.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Bilangan 2/2012


2.1

Minit Mesyuarat Kokurikulum Bilangan 2 /2012 disahkan secara


sebulat suara tanpa pindaan.

3.0

Perkara-perkara berbangkit
3.1

4.0

Tiada perkara berbangkit

Agenda Profesional
4.1

Penilaian Kokurikulum 2012


4.1.1 Pengerusi menegaskan bahawa borang penilaian kokurikulum
untuk pelajar tingkatan satu sepatutnya telah diambil dan
dihantar semula oleh guru penasihat kepada Setiausaha
Kokurikulum pada 30 Oktober 2012. Namun, masih ada guru

penasihat yang tidak berbuat demikian sehingga tarikh yang


telah ditetapkan.
4.1.2 Carta aliran penilaian kokurikulum untuk semua tingkatan
telah di hantar melalui email. Pengerusi meminta guru
menyemak dan mengambil tindakan segera bagi memastikan
tarikh gerak kerja dalam carta aliran tersebut dipatuhi.
4.1.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa kaedah pemarkahan
ada sedikit pembaharuan, namun guru penasihat boleh
merujuk kepada Setiausaha Kokurikulum dan PK kokurikulum
jika ada sebarang kemusykilan.
4.2

Ujian Penilaian Kokurikulum Guru


4.2.1 Pengerusi

mengucapkan

tahniah

kepada

guru

yang

mendapat markah penuh dalam ujian kokurikulum yang telah


diadakan pada 29 Februari yang lalu. Guru tersebut ialah Pn
Fadzilah dan Pn Faizah Nor. Melalui ujian tersebut didapati
masih ramai guru tidak dapat mencapai markah minima yang
diisasarkan oleh unit kokurikulum. Oleh itu, pengerusi telah
memberi penerangan yang lebih terperinci berkaitan dengan
semua aspek penilaian kokurikulum sekolah.
4.3

Hari Anugerah Kokurikulum 2012


4.3.1 Pengerusi memberitahu ahli mesyuarat bahawa pada 17
Oktober ini satu majlis anugerah kokurikulum akan diadakan.
Ia bertujuan untuk menghargai pelajar-pelajar yang telah
mengharumkan nama sekolah SMK Seri Kundang di peringkat
Daerah Gombak atau Negeri Selangor.
4.3.2 Pengerusi telah menyatakan nama beberapa orang guru
yang

dilantik

sebagai

Ahli

Jawatankuasa

bagi

majlis

anugerah tersebut.
4.3.3 Pengerusi juga menegaskan bahawa guru penasihat atau
guru pengiring perlu memastikan semua pelajar yang telah
berjaya mendapat tempat dalam mana-mana pertandingan di
luar sekolah adalah tersenarai dalam senarai pelajar yang
akan menerima anugerah dalam majlis tersebut.

4.4

Hari Karnival Kokurikulum 2012


4.4.1 Pengerusi telah menyenaraikan nama beberapa orang guru
yang terlibat sebagai urusetia gerai jualan serta tugasan
mereka. Pengerusi juga telah menyatakan bahawa tarikh
Karnival Kokurikulum adalah pada 19 Oktober 2012.
4.4.2 Pengerusi juga menegaskan bahawa Hari kokurikulum ini
adalah satu acara wajib tahunan yang perlu dilaksanakan
oleh unit kokurikulum.
4.4.3 Pengerusi

meminta

guru-guru

bekerjasama

dalam

menjayakan program ini.


5.0

Hal-hal Lain
5.1.1 Kelab Guru dan Staf SMK Seri Kundang telah mencadangkan
untuk berkongsi tenaga dalam jamuan majlis anugerah untuk
meraikan guru-guru praktikum yang akan menamatkan
tempoh latihan praktikum mereka pada 19 Oktober 2012.
5.1.2 Penglibatan pelajar tingkatan 3 secara langsung dalam Hari
Kokurikulum.

Disiplin

pelajar

pada

hari

tersebut

perlu

dipantau.

6.0

Penutup
Pengerusi mengharapkan agar setiap ahli mesyuarat menjalankan tugas
masing-masing dengan baik dan saling bekerjasama

bagi melancarkan

aktiviti-aktiviti Kokurikulum yang akan berlangsung sepanjang bulan


Oktober ini.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.10 petang.

Disediakan Oleh:

Disemak dan Disahkan oleh:

(PN ROHANA BINTI ABDULLAH)

(PN SUHAIDA BINTI SHAMSUDDIN)

Setiausaha Kokurikulum

GPK Kokurikulum

Smk Seri Kundang

Smk Seri Kundang

You might also like