You are on page 1of 4

KERTAS KERJA SAINTS GARDEN PROJECT

1.0 Pengenalan
Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Doktor Muda dengan
kerjasama Kelab Alam Sekitar. Kertas kerja ini menggariskan pengisian program dengan
mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas bantuan semua guru dan murid
SK Saint Edmund. Selain itu, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan
meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
persekitaran sekolah.

2.0 Objektif
2.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan
indah.
2.2 Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara
alam sekitar di kalangan warga sekolah.
2.3 Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan murid.
2.4 Membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar.
2.5 Memupuk nilai kerjasama di kalangan ahli Kelab Doktor Muda dan Kelab
Pencinta Alam.
2.6 Memupuk sikap menghargai alam sekitar di kalangan warga sekolah.

3.0 Sasaran
35 ahli Kelab Doktor Muda
43 orang ahli Kelab Alam Sekitar
6 orang guru penasihat

4.0 Tempat / Tarikh/ Masa


4.1 Tempat : SK Saint Edmund
4.2 Tarikh : 19 Oktober hingga 23 Oktober 2020

5.0 Perancangan aktiviti


5.1 Menyediakan tapak semaian
5.2 Menanam pokok bunga
5.3 Mereka cipta pasu bunga daripada bahan terbuang
5.4 Melabel nama pokok bunga
5.5 Mengecat tapak penanaman bunga
5.6 Gotong Royong
KERTAS KERJA SAINTS GARDEN PROJECT

Tarikh /Hari Aktiviti Penglibatan Tindakan


19 Oktober 2020 Menyediakan tapak 16 orang murid Pn Cathelysia Laura
2.30 p.m – 3.30 p.m semaian Kelab Doktor Muda Piri
Pn Uji Midin
20 Oktober 2020 Merekacipta pasu 16 orang murid Pn Hasnah Untong
bunga daripada kelab Doktor Muda
bahan terbuang
21 Oktober 2020 Mengecat tapak 16 orang murid Pn Radiah Ubing
penanaman bunga Kelab Pencinta Alam
22 Oktober 2020 Menanam pokok 15 orang murid Pn Rosni @ Masni
bunga Kelab Pencinta Alam Bt Sapiee
23 Oktober 2020 Melabel nama pokok 15 orang murid Cik Mc Fonia Ambi
bunga dan membaja Kelab Pencinta Alam
pokok bunga

6.0 Jawatankuasa
Penasihat : Encik William Anak Awang ( Guru Besar)
Pengerusi : Puan Apong Bakri Bin Abib ( PKKK)
Naib Pengerusi : Puan Busak Sia (PKK)
Naib Pengerusi II : Puan Dayang Joraini Binti Bujang (PKHEM)
Setiausaha : Puan Uji Anak Midin
Bendahari : Puan Juraidah Binti Bara
Ahli -ahli : Guru Penyelaras Kelab Doktor Muda dan
Kelab Pencinta Alam
Puan Cathelysia Laura Piri,
Puan Hasnah Binti Untong
Puan Rosni @ Masni Bt Sapiee
Puan Radiah Ubing
Cik Mcfonia Ambi

7.0 Sumber kewangan


- Lembaga Pengurusan Sekolah
KERTAS KERJA SAINTS GARDEN PROJECT

8.0 Anggaran perbelanjaan


Bil Perkara Kuantiti Harga / RM Jumlah
1 Cement “CMS” 3 23.00 69.00
2 Spray Paint Medium Blue -1, 3 5.57 16.71
Black -1, Brown -1
3 Spray Paint Flurescent Yellow 1 7.45 7.45
4 Aquarium Stone Deco 14 4.00 56.00
5 Aquarium Stone 16 2.50 40.00
6 Blimax cement Trowel 1 7.60 7.60
7 Car wash sponge Uni 2170 1 3.00 3.00
8 Sun Shade Netting 3 meter 4.30 12.90
9 D’xin Roller Handle 1 3.90 3.90
10 Paint roller 1 3.00 3.00
11 Stag Black Line Yellow Refill 8 1.20 9.60
12 Cat 300 ml 10 tin 9.00 90.00
13 Tanah Masak 80 bungkus 4.00 320.00
14 Benih bunga - - 128.84
15 Benih bunga - - 83.97
Jumlah keseluruhan 851.97

9.0 Penutup
Saint Garden Project SK Saint Edmund merupakan projek rintis bagi tahun 2020.
Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut.
Diharapkan segala perancangan aktiviti dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian
yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan
mengikut perancangan yang telah dirancang .Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak
diharapkan projek ini mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan
tahun-tahun yang akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(UJI ANAK MIDIN) (WILLIAM ANAK AWANG)


Ketua Penyelaras Saints Garden Project Guru Besar,
KERTAS KERJA SAINTS GARDEN PROJECT

SK Saint Edmund SK Saint Edmund

You might also like