You are on page 1of 14

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN
2022
(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Dendangan Syair adalah salah satu aktiviti anjuran Unit


Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
(JPNS) dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang akan
dilaksanakan secara dalam talian.

Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat


lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Fungsi syair
adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran serta digunakan juga dalam
kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan. Dendangan syair membawa makna
membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak
tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang
puitis yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat daerah akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan


Daerah (PPD). Hanya tiga (3) pemenang peringkat daerah akan bertanding
ke peringkat negeri.

3.2 Pertandingan peringkat negeri akan dikelolakan oleh JPN bersama PPD
Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah
yang terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa rakaman video berdurasi tidak melebihi 15
minit. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.

5.5 Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman video mestilah dilakukan secara rakaman pegun
(single shoot) dan tidak boleh melalui proses suntingan. Video tersebut
hendaklah memperlihatkan sekurang-kurangnya 70% imej peserta dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

5.6 Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Tidak dibenarkan zum
dekat (zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa rakaman video dibuat.

5.7 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan


atau grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.

5.8 Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.

5.9 Tema di peringkat daerah akan ditetapkan oleh PPD. Manakala tema di
peringkat negeri ialah BEBAS. Kandungan syair mestilah mengandungi
unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak
menyentuh isu-isu politik, kaum, agama dan tidak menghina mana-mana
pemimpin.
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

5.10 Peserta akan mendendangkan syair berdasarkan pilihan irama seperti


berikut:
5.10.1 Irama Selendang Delima
5.10.2 Irama Tuk Kenali
5.10.3 Irama Perantau
5.10.4 Irama Narasi
5.10.5 Irama Mayang
5.10.6 Irama Batu Belah
5.10.7 Irama Hiasan
5.10.8 Irama Perindu
5.10.9 Irama Dodoi
5.10.10 Irama Dandan Setia

5.11 Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

5.12 Penggunaan latar belakang (layar hijau) dalam video rakaman adalah
dibenarkan tetapi mestilah imej statik (tidak bergerak) sahaja dan tiada
membawa sebarang markah.

5.13 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mengambil syair sedia ada yang berkualiti dan peserta perlu
menyatakan tajuk dan penulis syair dalam rakaman video.

6.2 Teks syair hendaklah dihantar bersama-sama rakaman yang telah dibuat.

6.3 Teks syair mestilah ditaip menggunakan aksara bersaiz dua belas (12),
font Arial dan langkau dua (2) baris atau double spacing.

6.4 Teks syair hendaklah dihantar kepada pihak pengelola melalui pautan
Google Form pendaftaran dalam format PDF dan dinamakan dengan
caption NamaPPD_TajukSyair sebelum dimuatnaik.
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan dendangan syair adalah seperti


yang berikut:

7.1.1 Vokal 20 markah


7.1.2 Intonasi 15 markah
7.1.3 Nada 10 markah
7.1.4 Artikulasi 15 markah
7.1.5 Kelancaran 10 markah
7.1.6 Kawalan suara 10 markah
7.1.7 Penghayatan/Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10 markah
7.1.8 Penampilan/Ketertiban 10 markah

Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Pertandingan peringkat daerah atau negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim
termasuk ketua hakim.
8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.
8.3 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPNS.
8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep JPNS.
8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Hadiah dan sijil pencapaian


Naib Johan : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Ketiga : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Keempat : Hadiah dan sijil pencapaian
Tempat Kelima : Hadiah dan sijil pencapaian

Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan peringkat negeri.


KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

10.0 PROSEDUR PENYERTAAN

10.1 Semua pendaftaran mesti dibuat secara dalam talian.


10.2 Semua butiran dalam pendaftaran mesti diisi dengan lengkap dan betul.
10.3 Peserta yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu memuat
naik video ke Google Form pendaftaran yang disediakan oleh PPD
Pengelola.
10.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption NamaPPD_TajukSyair
sebelum dimuatnaik ke pautan pendaftaran.
10.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
sekolah.
10.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuatnaik ke
Google Form pendaftaran:
10.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1)
10.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
10.6.3 Karya Video (AVI atau MP4)
10.6.4 Teks syair (format PDF)

11.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

Setiap peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada PPD


masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms pendaftaran.

12.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 AM

14.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau
sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat
pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai
tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022
14.2 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan
konsep pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2022.
14.3 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
14.4 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku
JPN Sarawak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

SHARIFAH ZAHARAH BINTI WAN BUJANG


Penolong Pengarah (Koakademik BM)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473670/013-8292969

NUR HABIBAH BINTI WASLI


Pegawai Teknikal Negeri Dendangan Syair BM
016-8836846
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

Lampiran 1

BORANG PENYERTAAN

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

KATEGORI PERTANDINGAN (tandakan √ pada satu petak sahaja)


 KATEGORI SEKOLAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
 KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS
 KATEGORI TINGKATAN ENAM
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK SYAIR
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN/TINGKATAN
KAUM
JANTINA
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON

Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

__________________________
(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar/Pengetua: ________________________ Cap rasmi sekolah:


KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

Lampiran 2

KARNIVAL BAHASA MELAYU - PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya _____________________________________________(Ibu/Bapa/Penjaga) No.


Kad Pengenalan _____________________________ membenarkan anak jagaan saya
__________________________________________________ No. Kad Pengenalan
_________________________________ menyertai KARNIVAL BAHASA MELAYU-
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN
2022.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan: __________________________________

(Ibu/Bapa/ Penjaga)

Tarikh: _______________________________________
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

CONTOH BORANG PEMARKAHAN


KARNIVAL BAHASA MELAYU:
PERTANDINGAN DENDANGAN
SYAIR
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

BORANG PEMARKAHAN KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN


DENDANGAN SYAIR TAHUN 2022

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Vokal 20
Intonasi 15
Suara (Peralihan Suara)
(70%) Nada 10
Artikulasi 15
Kelancaran 10
Penghayatan/Mimik 20
Gaya dan Muka/Bahasa Tubuh
Teknik Penampilan/ Ketertiban 10
(30%)
Penalti
(Tempoh penyampaian melebihi masa
15 minit) 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022
BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
peserta Agregat/ Keputusan
Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU: PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2022
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

You might also like