You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT NEGERI TAHUN

2023

KERTAS KONSEP
KARNIVAL BAHASA MELAYU
KPM - SPRM

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


PERINGKAT NEGERI KEDAH
TAHUN 2023

Anjuran:

SEKTOR PEMBANGUNAN MURID


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

1.1 Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan
tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima
dan sebagainya.

1.2 Deklamasi sajak membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk
puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan
ialah gerak alat bantu yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera Melayu
khususnya puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang
(johan) peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh KPM bersama- sama
JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu seperti
berikut:

4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

2
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan
kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan tatarias
dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut:

5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : tiga (3) hingga lima (5) minit sahaja
5.4.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja
5.4.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja
5.4.4 Murid Tingkatan 6 : tiga (3) hingga tujuh (7) minit sahaja

5.5 Peserta hendaklah menyatakan tajuk dan pencipta sajak sebelum mendeklamasikan
sajak. Penggunaan muzik latar adalah tidak dibenarkan.

5.6 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk sajak dan penyampaian sajak perlu
menepati tema yang ditetapkan.

5.7 Peserta hendaklah menghafal teks sajak.

5.8 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh
yang ditetapkan

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mencipta atau mengambil sajak sedia ada dan mendeklamasikan
sajak yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan KPM (peringkat kebangsaan).

6.2 Teks sajak hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan.

3
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:

7.1.1 Vokal 20 markah


7.1.2 Intonasi 15 markah
7.1.3 Nada 10 markah
7.1.4 Artikulasi 15 markah
7.1.5 Kelancaran 10 markah
7.1.6 Penghayatan 10 markah
7.1.7 Mimik Muka/ Bahasa Tubuh 10 markah
7.1.8 Ketertiban 5 markah
7.1.9 Keterampilan 5 markah
Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep
KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi dan sijil
pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Tempat Ketiga
9.4 Tempat Keempat
9.5 Tempat Kelima

4
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar
bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara
di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan.

12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan dalam semua peringkat untuk
pertandingan yang dianjurkan oleh KPM.

12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran
terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

5
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM


(PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk sajak :
Pautan teks sajak :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru
:
Besar/Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PEMARKAHAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM


(PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Vokal 20
Intonasi (Peralihan Suara) 15
Suara Nada 10
(70%) Artikulasi 15
Kelancaran 10
Penghayatan 10
Gaya dan Mimik Muka/Bahasa Tubuh 10
Teknik Ketertiban 5
(30%) Keterampilan 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

7
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah peserta Kedudukan Catatan
peserta
1

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

8
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
Agregat/ Keputusan
peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

9
KERTAS KONSEP KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM (PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK) PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

10

You might also like