You are on page 1of 11

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA MELAYU


KPM- SPRM

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


PERINGKAT NEGERI KEDAH
TAHUN 2023

Anjuran:
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
1.0 PENGENALAN

1.1 Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan


masyarakat lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat
semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran
serta digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.

1.2 Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang
berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak
yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis yang seirama dengan
isi bacaan.

1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh KPM bersama-


sama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu
seperti berikut:
4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6
5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah


bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut:

5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : 3 hingga 8 minit sahaja


5.4.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : 3 hingga 8 minit sahaja
5.4.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : 3 hingga 10 minit sahaja
5.4.4 Murid Tingkatan 6 : 3 hingga 10 minit sahaja

5.5 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk syair dan penyampaian syair
perlu menepati tema yang ditetapkan.

5.6 Peserta akan mendendangkan syair berdasarkan pilihan irama seperti


berikut:

5.6.1 Irama Selendang Delima


5.6.2 Irama Tuk Kenali
5.6.3 Irama Perantau
5.6.4 Irama Narasi / Sarawak
5.6.5 Irama Mayang
5.6.6 Irama Batu Belah
5.6.7 Irama Hiasan
5.6.8 Irama Perindu
5.6.9 Irama Dodoi
5.6.10 Irama Dandan Setia

5.7 Peserta hendaklah mendendangkan antara enam (6) hingga sembilan (9)
rangkap syair dan wajib menghafal kesemua rangkap tersebut.

5.8 Peserta hendaklah menyatakan tajuk, pencipta dan irama syair sebelum
mendendangkan syair.
5.9 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang
penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan.

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mencipta atau mengambil syair sedia ada dan
mendendangkan syair yang bertepatan dengan tema yang ditetapkan oleh
KPM (peringkat kebangsaan).

6.2 Teks syair hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan dendangan syair adalah seperti


yang berikut:
7.1.1 Irama 30 markah
7.1.2 Vokal 20 markah
7.1.3 Artikulasi 10 markah
7.1.4 Kelancaran 10 markah
7.1.5 Penghayatan 10 markah
7.1.6 Kelembutan/kemanisan 5 markah
7.1.7 Mimik Muka/Bahasa Tubuh 5 markah
7.1.8 Ketertiban 5 markah
7.1.9 Keterampilan 5 markah
Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua
hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep KPM.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.


9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat trofi
dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti berikut:

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Tempat Ketiga
9.4 Tempat Keempat
9.5 Tempat Kelima

10.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau
semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh
pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak KPM dan boleh digunakan dalam semua peringkat
untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM.

12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
BORANG PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM
(PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gamba
Nama peserta : r
No. kad pengenalan : peserta

Tarikh lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk :
Pautan teks :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru
:
Besar/Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
BORANG PEMARKAHAN KARNIVAL BAHASA MELAYU KPM-SPRM
(PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Irama 30
Vokal 20
Suara Artikulasi 10
(70%) Kelancaran 10
Penghayatan 10
Gaya Kelembutan/kemanisan 5
dan Mimik Muka/Bahasa 5
Teknik Tubuh
(30%) Ketertiban 5
Keterampilan 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )
Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )
Kedudukan peserta
Giliran
peserta Agregat/ Keputusan
Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel
hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

You might also like