You are on page 1of 15

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022

PINDAAN JULAI 2022

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

PINDAAN JULAI 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

1.0 PENGENALAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan


bahasa puisi atau prosa dalam bentuk kumpulan. Pasukan akan membentuk satu
paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan
kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh
seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk
menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan ditonjolkan
pelbagai intonasi suara seperti suara halus, garau, lembut, kasar, seruan atau
laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan
sebagai suara solo.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengasah bakat murid-murid untuk menyampaikan skrip dalam bentuk


dialog dan penghayatan cerita.

2.2 Mencungkil bakat dan potensi murid-murid dalam bidang pengucapan awam
di peringkat sekolah.

2.3 Memupuk semangat kerjasama dalam pasukan sekaligus melahirkan


kepimpinan dalam kalangan murid-murid.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.

3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik.

4.0 SYARAT-SYARAT

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di


sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. Penyertaan
berbilang kaum amat digalakkan.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

4.2 Jumlah murid yang terlibat dalam satu (1) pasukan mestilah terdiri di antara
15 hingga 20 orang sahaja. Manakala dua (2) orang guru pembimbing atau
jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru. Susunan pasukan di pentas
semasa persembahan adalah bebas dan mematuhi Standard Operating
Procedure (SOP). Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.3 Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingan seperti berikut:


4.3.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
4.3.2 Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5

4.4 Tempoh persembahan dikira berdasarkan ujaran pertama sehingga ujaran


terakhir di atas pentas seperti berikut:
4.4.1 Sekolah Rendah : 11 hingga 12 minit
4.4.2 Sekolah Menengah : 14 hingga 15 minit

4.5 Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam. Penggunaan aksesori


dan solekan (yang bersesuaian) dibenarkan tetapi tiada sebarang peruntukan
markah diberikan. Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan
putih.

4.6 Tema pertandingan ialah bebas.

4.7 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

4.8 Skrip mestilah dilengkapi dengan tajuk. Format penulisan skrip ditaip
menggunakan fonts Times New Roman, bersaiz 14 dan jarak langkau 1.5
sahaja. Skrip yang telah ditaip hendaklah dihantar dalam bentuk portable
document format (pdf) kepada kepada pihak penganjur mengikut kaedah yang
telah ditetapkan.

4.9 Dua (2) peranti dicadangkan untuk merakam video persembahan berdurasi
tidak melebihi 12 minit bagi sekolah rendah dan 15 minit bagi sekolah
menengah sahaja. Peranti satu (1) fokus kepada persembahan pasukan.
Peranti dua (2) fokus kepada konduktor. Video rakaman mesti memaparkan
persembahan pasukan dan konduktor serentak. Rakaman konduktor boleh
disunting dan diletakkan dalam rakaman persembahan kumpulan. (sila rujuk
lampiran 1 dan 2)
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

4.10 Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang
bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk
elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya
dibenarkan tidak melebihi tiga (3) minit sepanjang persembahan. Rakaman
muzik dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi
tiada sebarang markah diberi.

4.11 Kandungan video tidak boleh memaparkan sebarang bentuk perkataan atau
grafik yang menunjukkan identiti sekolah atau negeri.

4.12 Rakaman dua (2) video mestilah dilakukan secara rakaman pegun (single
shoot). Video tersebut hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI
atau MP4 dengan resolusi 720P/1080P dan dihantar dalam bentuk pautan
kepada negeri penganjur.

Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Rakaman dua (2) video mestilah dilakukan secara rakaman
pegun (single shoot), hanya menggunakan latar belakang sedia ada dan tidak
boleh melalui sebarang proses suntingan. Video tersebut hendaklah
memperlihatkan 100% imej peserta (paras kepala hingga kaki) dan hendaklah
dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan resolusi
720P/1080P serta dihantar dalam bentuk pautan.

4.13 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan bersama-sama pautan drama tersebut.

5.0 ASPEK PEMARKAHAN

5.1 Butiran penilaian adalah seperti yang berikut:

5.1.1 Ujaran Persembahan 15 markah


5.1.2 Keseragaman Persembahan 15 markah
5.1.3 Tempo/Rima/Kesan Bunyi 15 markah
5.1.4 Bahasa 15 markah
5.1.5 Penghayatan 10 markah
5.1.6 Kreativiti 10 markah
5.1.7 Skrip (10%) 10 markah
5.1.8 Konduktor (10%) 10 markah
Jumlah 100 markah
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

6.0 PENGHAKIMAN

6.1 Peringkat daerah atau negeri dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk
ketua hakim.

6.2 Peringkat kebangsaan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk ketua
hakim.

6.3 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

6.4 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

6.5 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep KPM.

6.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:


Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan
Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan

8.0 TINDAKAN

Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

9.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

5
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara
di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut
daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan
yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja.
Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian
memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

6
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahun/Tingkatan :
Peranan/Tugas :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan guru
:
besar/pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

7
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

LAMPIRAN 1
(Contoh Paparan Rakaman Video Bicara Berirama)

8
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

LAMPIRAN 2
(Contoh Cadangan Kedudukan Pasukan Bicara Berirama)

9
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG MARKAH
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA
TAHUN 2022

(EDISI DALAM TALIAN)

PINDAAN JULAI 2022

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan

10
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PEMARKAHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

Giliran Pasukan: ……………………………..


KESERAGAMAN
UJARAN TEMPO/RIMA/ KREATIVITI JUMLAH
PERSEMBAHAN BAHASA PENGHAYATAN SKRIP KONDUKTOR
PERSEMBAHAN KESAN BUNYI MARKAH
GILIRAN MASA
15 15 15 15 10 10 10 10 100
MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH MARKAH

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
11
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PEMARKAHAN SKRIP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

Giliran Pasukan: ……………………………..

CERITA BAHASA TEMA/MESEJ WATAK KREATIVITI JUMLAH MARKAH


GILIRAN
20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH 20 MARKAH 100 MARKAH

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )
12
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG RUMUSAN HAKIM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

GILIRAN MASA HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM HAKIM KEDUDUKAN


1 2 3 4 5 TEMPAT
1

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh ketua hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )

13
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

KONDUKTOR TERBAIK PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

Panduan Pemarkahan

Markah Sangat Lemah Sederhana Baik Cemerlang


Penuh Lemah
100 01-39 40-59 60-79 80-89 90-100

BORANG MARKAH

KESELARASAN MIMIK KAWALAN


GILIRAN KEPIMPINAN
GERAK TANGAN MUKA TEMPO JUMLAH

25 markah 25 markah 25 markah 25 markah 100 markah


1

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh ketua hakim

……………………………………… Tarikh: ……………………...


( )

14
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 2022
PINDAAN JULAI 2022

BORANG PENGESAHAN HAKIM PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

HAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

15

You might also like