You are on page 1of 14

FESTIVAL GALA KESENIAN

NEGERI SELANGOR 2022


PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH

1
PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH (BERSEMUKA)

1. MOD PROGRAM
1.1 Pertandingan peringkat negeri ini menawarkan dua kategori penyertaan
seperti di bawah:

1.1.1 Kategori A : Murid Menengah Rendah


1.1.2 Kategori B : Murid Menengah Atas

1.2 Pertandingan secara berperingkat bermula dari pemilihan peringkat negeri ke


peringkat kebangsaan.
1.3 Pertandingan dilaksanakan secara dalam talian
1.4 Penghantaran penyertaan filem di peringkat negeri adalah melalui pautan
Google Form yang disediakan oleh pihak pengelola.Pihak penyelaras di JPN
hendaklah melengkapkan Google Form dan melampirkan salinan pautan
Google Drive wakil negeri.

2. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting.
Peralihan hingga Ting. 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan dan Kolej
Vokasional.
2.2 Jumlah penyertaan maksimum bagi setiap negeri melibatkan 15 orang sahaja
termasuk pelakon dan krew produksi. Minimum penyertaan adalah
SEORANG sahaja.

2.2.1 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau


campuran; dan
2.2.2 Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1 kaum.
2.2.3 Senarai nama peserta hendaklah mendapat pengesahan daripada
sekolah masing-masing.
2
3. FORMAT RAKAMAN

3.1 Filem pendek perlu dirakam dengan menitikberatkan Standard Operation


Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Garis Panduan Pembukaan Sekolah 3.0 yang dibaca sekali bersama
Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum. (Tertakluk kepada SOP
semasa.)
3.2 Setiap rakaman filem pendek boleh disunting dalam bentuk kolaj dan
dimurnikan secara kreatif.
3.3 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720 (HP)
dan maksima 1080 (HP) dan view landscape.
3.4 Di akhir filem pendek hendaklah dipaparkan slogan #SeniUntukSemua bagi
menyemarakkan kesenian di kalangan murid, guru dan masyarakat;
3.5 TIDAK DIBENARKAN untuk meletakkan nama atau logo sekolah dalam
rakaman filem yang dihantar;
3.6 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris mengikut
kesesuaian watak.
3.7 Peserta mestilah menggunakan bahasa dan Istilah yang sopan
3.8 TIDAK DIBENARKAN menggunakan bahasa dan istilah yang kesat dan
menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik
dan pemimpin.
3.9 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa
yang telah ditetapkan.

4. FORMAT PENGHANTARAN

4.1 Peserta boleh memuat turun maklumat dan borang pertandingan


menggunakan QR Code.
4.1.1 Borang Penyertaan
4.1.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
4.1.3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej Individu
3
4.1.4 Borang Sinopsis Filem Pendek

4.2 Peserta perlu memuat naik semua bahan berkaitan penyertaan yang berikut
ke Google Drive dan kongsi pautan dengan pihak pengelola mengikut cara
yang ditetapkan oleh pengelola.
4.3 Bahan yang perlu dimuat naik ke Folder Google Drive ialah:

4.3.1 Borang – borang dan maklumat asas yang lengkap


4.3.2 Rakaman Filem Pendek
4.3.3 Skrip Dalam Bentuk PDF

4.4 Tarikh akhir penghantaran filem pendek dari peserta ke pihak pengelola
adalah pada 9 OGOS 2022.

5. TEMA DAN KONSEP

5.1 Tema dan tajuk konsep bagi Pertandingan Filem Pendek Peringkat Negeri
bagi 2022 adalah seperti berikut :

5.1.1 Kategori A (menengah rendah) : Bank Simpanan Nasional (BSN) di


Hatiku
5.1.2 Kategori B (menengah atas) : Seiring Bersama Bank Simpanan
Nasional (BSN).
5.2 Genre terbuka seperti drama, komedi, dokumentari dan lain-lain.

5.3 Isi kandungan Filem Pendek mestilah:


5.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan;
5.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
5.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan semangat
patriotik yang boleh dicontohi;
5.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa mengandungi

4
unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, keagamaan, unsur
lucah, kekejaman, politik dan pemimpin.

6. TERMA DAN SYARAT

6.1 Setiap penyertaan filem pendek mestilah merupakan kerja asal/asli.


6.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ diciplak

6.3 Sebarang klip video selain daripada hasil rakaman sendiri adalah tidak
dibenarkan sama sekali.

6.4 Setiap hasil karya mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan
penghasilan filem pendek
6.5 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal sebelum
mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati berlaku, penyertaan
akan dibatalkan.
6.6 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas HAK CIPTA . Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta.

6.7 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk tujuan
promosi.

6.8 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu mendapat
persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang Persetujuan
Menggunakan Gambar/Imej Individu (Lampiran 3).
6.9 Sebarang logo atau promosi selain daripada Bank Simpanan Nasional (BSN)
adalah tidak dibenarkan untuk dipaparkan di dalam filem pendek.
6.10 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis tidak lebih daripada 100 patah
5
perkataan dalam borang yang disediakan.Format sinopsis menggunakan
Font Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing (lampiran 4)

6.11 Skrip dalam bentuk PDF hendaklah dihantar bersama-sama dengan filem
pendek .

6.12 Semua penyertaan hendaklah dihantar ke JPN untuk peringkat saringan


negeri.

6.14 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

7. DURASI FILEM PENDEK

7.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3 ke 5 minit sahaja.


Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.

8. PAKAIAN / PROPS

8.1 Pakaian hendaklah bersesuaian dan sopan.


8.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.

9. TUNTUTAN HAK CIPTA

9.1 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan


Malaysia memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang
dihasilkan.

6
10. PEMARKAHAN

PEMARKAHAN
ISI KANDUNGAN
• Ketepatan Tema 10 markah
• Keaslian Karya 10 markah
• Nilai dan Pengajaran 10 markah
KREATIVITI
• Pengarahan 20 markah
• Lakonan 20 markah
KUALITI
• Sinematografi 10 markah
• Suntingan 10 markah
• Audio 10 markah
Jumlah 100 markah

11. PENGHAKIMAN

11.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan pengelola selaku tuan rumah
dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian
11.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD

12. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 24 Jun 2022 – 9 Ogos 2022


7
Tempat : Mengikut kesesuaian.

13. HADIAH / SIJIL BAGI SETIAP KATEGORI

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa Plak dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa Plak dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa Plak dan sijil
5 Tempat ke-5 Hadiah berupa Plak dan sijil

a. ANUGERAH INDIVIDU
• Pelakon Lelaki Terbaik
• Pelakon Wanita Terbaik
• Pelakon Lelaki Harapan
• Pelakon Wanita Harapan

b. TEKNIKAL
• Anugerah Sinematografi Terbaik
• Anugerah PenyuntinganTerbaik
• Anugerah Skrip Terbaik
• Anugerah Pengarah Terbaik
• Anugerah Khas Juri

• Cadangan hadiah tambahan atau anugerah tambahan bergantung kepada budi bicara tuan rumah
yang dilantik.

14. TINDAKAN

8
14.1 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MEMINDA mana -
mana syarat dan peraturan jika perlu.
14.2 Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Amin Syakhimi bin Awang
Soh melalui talian 019-9956779 / Encik Makmor bin Zakaria melalui
talian 014-7185088.

UNTUK RUJUKAN

GARIS MASA PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

TARIKH PERKARA TINDAKAN

24 JUN 2022 HEBAHAN PERTANDINGAN KE JPN PENGANJUR


SETIAP NEGERI
PENGHANTARAN FILEM PENDEK
9 OGOS 2022 SEKOLAH/PESERTA
KEPADA PENGANJUR
10 - 17 OGOS
PENJURIAN PERINGKAT NEGERI PENGELOLA
2022
PENGHANTARAN AKHIR VIDEO JOHAN
26 OGOS 2022 PENGELOLA
SETIAP NEGERI

9
BORANG SEMAKAN PENGHANTARAN FILEM PENDEK SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH KPM PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

BIL PERKARA TANDAKAN (/)

BORANG PENYERTAAN

1 Borang Penyertaan
2 Borang Kebenaran Ibu Bapa
3 Borang Persetujuan Menggunakan Gambar / Imej
Individu
4 Borang Sinopsis Filem Pendek

KARYA MURID

1 Rakaman Filem Pendek o Menengah Rendah

o Menengah Atas
2 Skrip Dalam Bentuk PDF

PENGHANTARAN

1 Borang iringan dari JPN bagi sekolah-sekolah harian

2 Borang iringan dari Pengetua bagi Sekolah Seni


Malaysia & Sekolah Sukan Malaysia

3 Memuat naik semua bahan berkaitan ke Google


Drive dan kongsi pautan dengan JPN mengikut cara
yang ditetapkan oleh JPN.
4 JPN Melengkapkan Google Form yang disediakan
oleh pihak pengelola dan lampirkan pautan (share
link) dan menghantar kepada pengelola.

10
LAMPIRAN 1

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

BORANG PENYERTAAN

TAJUK FILEM PENDEK :

NAMA : NO KAD PENGENALAN:

Alamat Sekolah :

Telefon Sekolah : Telefon bimbit:

Email :
Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

____________________
(Tandatangan Guru) TARIKH :

Pengesahan Pengetua : ____________________________ Cop rasmi sekolah :

11
LAMPIRAN 2

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya ____________________________________(Ibu,Bapa,Penjaga)
No. Kad Pengenalan _____________________________membenarkan anak
jagaan saya __________________________________________________
No. Kad Pengenalan _________________________________ menyertai
Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah Peringkat Negeri Tahun 2022.
Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : _______________________________________

12
LAMPIRAN 3

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GAMBAR / IMEJ INDIVIDU

Saya ____________________________________(Ibu,Bapa,Penjaga) No. Kad

Pengenalan _____________________________ bersetuju bahawa gambar / imej saya

untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Filem Pendek Sekolah Menengah

Peringkat Negeri Tahun 2022.

Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan :__________________________________
(Ibu Bapa/ Penjaga)
Tarikh : _______________________________________
13
LAMPIRAN 4

Diisi oleh setiap peserta (murid) yang mengambil bahagian

PERTANDINGAN FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

SINOPSIS FILEM PENDEK

TAJUK FILEM PENDEK :

DURASI FILEM PENDEK :

FORMAT SINOPSIS /RINGKASAN ADALAH MENGGUNAKAN JENIS FONT ARIAL, SAIZ TULISAN 12 DAN SINGLE
SPACING
PENGARAH : _________________________________________________
SEKOLAH :___________________________________________________

14

You might also like