You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

SAYEMBARA DEKON PIALA PREMIER SARAWAK 2022

1. Syarat-syarat penyertaan
1.1 Tema: Bahasa Jiwa Bangsa
1.2 Sayembara ini dalam bentuk rakaman klip video.
1.3 Penyertaan sayembara ini mestilah menggunakan puisi dalam bahasa Melayu.
1.4 Teks puisi yang hendak digunakan boleh dicipta sendiri tetapi mestilah sesuai
dengan dasar kerajaan dan tidak menyentuh isu-isu sensitif. Teks puisi (yang dicipta)
berkenaan akan menjadi hak milik penganjur.
1.5 Penyertaan boleh bersifat individu dan sekiranya berkumpulan, maka tidak boleh
melebihi 5 orang.
1.6 Masa persembahan/rakaman sekitar 7 hingga 10 minit sahaja.
1.7 Rakaman video hendaklah mempunyai sari kata dalam bahasa kebangsaan.
1.8 Hasil persembahan/video hendaklah dihantar bersama-sama dengan borang
penyertaan.
1.9 Penyertaan mestilah menggunakan borang penyertaan yang disediakan oleh
penganjur. Satu salinan puisi yang hendak digunakan dalam persembahan DEKON
tersebut perlu disertakan bersama-sama borang penyertaan sebagai rujukan pihak
penganjur.
1.10 Segala kos berkaitan penyertaan dalam sayembara ini adalah di bawah
tanggungjawab kumpulan atau individu itu sendiri.
1.11 Kakitangan dan ahli keluarga pihak penganjur TIDAK DIBENARKAN menyertai
sayembara ini.
1.12 Setiap peserta perlu memberikan jaminan bahawa semua jenis muzik atau apa-apa
bahan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-mana hak cipta yang ada
dan tidak melanggar mana-mana undang-undang atau yang mengaibkan. Sekiranya
berlaku kemungkiran jaminan ini, penganjur tidak akan bertanggungjawab dan
segala kerugian ditanggung oleh peserta. Sekiranya video itu memenangi hadiah,
hadiah tersebut hendaklah dipulangkan kembali kepada penganjur.
1.13 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang
melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.
1.14 Pihak penganjur berhak berkongsi video yang terpilih untuk dimuat naik dalam media
sosial rasmi dan penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tanpa sebarang tuntutan
oleh peserta.
1.15 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 SEPTEMBER 2022.

2. Kaedah
2.1 Peserta bebas untuk menggunakan teknik kesan khas dan pencahayaan dalam
video persembahan tanpa mengabaikan kualiti lakonan dan deklamasi puisi.
2.2 Sebarang teknik penyuntingan dibenarkan dalam penyediaan video.
2.3 Format video yang dihantar:
a. Fail tidak melebihi 300mb.
b. Video hendaklah disimpan dalam bentuk .MOV, .mp4.
c. Suara yang jelas.

3. Penyertaan
Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di
negeri Sarawak berumur 16 tahun ke atas.

4. Pemarkahan
4.1 Suara (30 peratus)
a. Suara asli (tidak meniru atau dibuat-buat).
b. Sesuai dengan watak / emosi dalam puisi.
c. Intonasi dan tempo (tinggi rendah suara/cepat lambat tempo).

4.2 Bahasa (30 peratus)


a. Sebutan bahasa Melayu baku dan tidak keindonesiaan.
b. Sebutan yang jelas dan tepat.
c. Menterjemah makna kata dengan tepat (patahan kalimah).

4.3 Gaya, Teknik, Kreativiti dan Inovasi Persembahan (20 peratus)


a. Mimik muka menterjemahkan makna kata.
b. Gerak tubuh yang bermakna dan tidak berlebihan.
c. Penggunaan busana dan prop yang sesuai dan bermakna.

4.4 Kreativiti Video (20 markah)


a. Penggunaan muzik latar yang bermakna.
b. Penyuntingan yang kreatif.
c. Latar yang rasional dan munasabah.
5. Hadiah
PERKARA HADIAH
Johan Wang Tunai RM2 000.00, Buku Terbitan DBP, Sijil
Naib Johan Wang Tunai RM1 000.00, Buku Terbitan DBP, Sijil
Tempat Ketiga Wang Tunai RM500.00, Buku Terbitan DBP, Sijil
Sagu Hati (3 pasukan) Wang Tunai RM300.00, Buku Terbitan DBP, Sijil

6. Penghakiman
Semua penyertaan yang diterima akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Keputusan panel hakim adalah
muktamad.

7. Urus setia
Segala pertanyaan, maklumat lanjut, dan penghantaran penyertaan:
Urus Setia,
Sayembara DEKON Piala Premier Sarawak 2022,
Unit Promosi dan Pengiktirafan,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak,
Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub,
Petra Jaya,
93050 Kuching, Sarawak.

No. Telefon: 082-227000/7023/7030


E-mel: dekonsarawak@gmail.com
u.p.: Puan Stephanie Lenya anak Chong/Puan Askhairunisa binti Alwi
BORANG PENYERTAAN
SAYEMBARA DEKON PIALA PREMIER SARAWAK 2022
1. Nama Kumpulan atau : ………………………………………………………………..........................
Nama Peserta (Sekiranya …………………………………………………………………………………
Menyertai Secara
Individu)

2. No. Kad Pengenalan : ………………………………………………………………………………….

3. Alamat Surat-menyurat : ………………………………………………………………….......................


………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………….

4. No. Tel. : ………………………………………………………………………………….

5. No. Faks : ………………………………………………………………………………….

6. E-mel : …………………………………………………………………………………

7. Judul Puisi : ………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………….

8. Nama dan No. Kad : Bil. Nama No. Kad Pengenalan


Pengenalan Ahli
Kumpulan 1.

2.

3.

4.

5.

9. Perakuan Ketua : Dengan ini diakui bahawa segala maklumat yang diberi adalah
Kumpulan benar dan kami berjanji akan mematuhi syarat yang ditetapkan dan
keputusan muktamad pihak hakim.

Tarikh: Tandatangan:

Catatan:
Sila kembalikan Borang Penyertaan ini berserta dengan video DEKON dan salinan puisi yang
digunakan dalam persembahan DEKON kepada pihak urus setia untuk penilaian sebelum
atau pada 5 September 2022 (Rabu) ke alamat e-mel dekonsarawak@gmail.com.

You might also like