You are on page 1of 3

PERATURAN

PERTANDINGAN SYARAHAN BAHASA MELAYU SJK(C)


PIALA PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SABAH KE-40 TAHUN 2023

1.0 NAMA PERTANDINGAN


Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Piala
Perpaduan Peringkat Negeri Sabah Ke-40 Tahun 2023.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina bertutur, menguasai serta mempertingkatkan taraf
penggunaan Bahasa Melayu.
2.2 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina di Malaysia.
2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah serta ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’.
2.4 Membiasakan murid-murid SJK Cina menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan harian mereka.
2.5 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan syarahan.
2.6 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

3.0 KELAYAKAN PENYERTAAN


3.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka dan setiap peserta dibenarkan menyertai
satu (1) jenis pertandingan sahaja dalam Pertandingan Syarahan.
3.2 Penyertaan adalah secara individu. Setiap zon hanya dibenarkan menghantar dua (2)
peserta terbaik bagi pertandingan Syarahan.
3.3 Penyertaan terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu
(Rujuk Sijil Kelahiran) di SJK(Cina) Tahap 2 dan bahasa ibundanya bukan Bahasa Melayu
layak mengambil bahagian.
3.4 Setiap zon layak menghantar Dua (2) ORANG peserta sahaja untuk menyertai
pertandingan ini pada peringkat negeri. Salah seorang daripada dua peserta tersebut
mestilah berketurunan kaum Cina.
3.5 Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan Peringkat
Kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan
ini pada semua peringkat.
3.6 Pertukaran peserta tidak dibenarkan selepas Taklimat Pengurus Pasukan yang akan
dikendalikan oleh pihak pegelola pertandingan.
3.7 Setiap peserta dikehendaki menghantar satu (1) salinan sijil lahir kepada pihak
pengelola.

4.0 PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN


4.1 Setiap peserta dikehendaki menghantar Skrip Syarahan kepada penganjur seperti format
berikut:
4.1.1 Skrip syarahan mestilah ditaip dalam format Microsoft Word, Arial 11 dan jarak 1.5.
4.1.2 Skrip syarahan yang dihantar mestilah tertera nama penuh peserta dan tajuk
syarahan.
4.1.3 Skrip syarahan yang telah dihantar semasa pendaftaran merupakan skrip
MUKTAMAD.
4.2 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan berkaitan
plagiarisme terhadap peserta oleh mana-mana pihak.
4.3 Para peserta WAJIB berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai imej
perpaduan dan kebudayaan negara serta aspek markah khas.
4.4 Peserta syarahan dan pengacara majlis TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri
peserta, sekolah dan zon/daerah masing-masing.

5.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


Syarahan yang dipersembahkan mestilah berdasarkan tema perpaduan dan diperluas kepada
isu-isu semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:
5.1 Perpaduan dan muhibah
5.2 Kesopanan dan kesusilaan
5.3 Intergrasi kaum
5.4 Patriotisme
5.5 Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia
6.0 FORMAT PERTANDINGAN
6.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga (3) idea / isi. yang bernas dan
disokong dengan data/bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya.
6.2 Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
6.3 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya
yang menarik, matang, bersederhana, bersahaja, santun dan susunan isi yang tertib.
(Pergerakan tangan yang keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan).
6.4 Intonasi dan nada yang sesuai. Nada suara yang tinggi, menjerit, tempik, menyanyi,
berlakon, dialog, bersyair, atau bercerita tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan.
6.5 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-aluan sebelum
memulakan syarahan.
6.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan tidak layak untuk
diumumkan sebagai pemenang pertama, kedua, dan ketiga pada semua peringkat
pertandingan.
6.7 Lima (5) markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

7.0 HAD MASA


7.1 Persembahan syarahan tidak melebihi lima (5) minit.
7.2 Peserta yang mengambil masa melebihi lima minit, markah akan ditolak. Setiap 30 saat
selepas minit yang diperuntukan, satu (1) markah akan ditolak daripada purata
markah yang diperoleh.
7.3 Loceng akan dibunyikan sekali seminit sebelum masa sebenar tamat iaitu pada minit
keempat dan loceng akan dibunyikan dua (2) kali apabila masa sebenar tamat iaitu pada
minit kelima.

8.0 KRITERIA PENILAIAN


8.1 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu-aluan sebelum
memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya peserta tidak
memberikan ucap selamat terlebih dahulu.
8.2 Lima (5) markah maksimum akan ditolak kepada peserta yang menyentuh,
membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti berkaitan
politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri, negara, nilai murni
sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.
8.3 Peserta yang membaca nota atau teks, jumlah markah maksimum yang boleh diberikan
ialah 20 markah sahaja.
8.4 Setiap peserta akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
i. Idea/Isi - 20%
ii. Bahasa - 30%
iii. Penyampaian - 50%
Markah Penuh - 100%
(Jika berlaku markah yang sama, markah Penyampaian yang lebih tinggi akan menang,
diikuti dengan Bahasa dan Idea/Isi.)

9.0 PROSES PENILAIAN


9.1 Penilaian pada peringkat kebangsaan akan menggunakan sistem markah bersepadu.
9.2 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) hakim yang dilantik oleh pihak penganjur.
9.3 Keputusan hakim adalah muktamad.

10.0 HADIAH PERSEORANGAN


10.1 Johan Perseorangan : RM100.00 + piala + sijil
10.2 Naib Johan Perseorangan : RM 80.00 + piala + sijil
10.3 Tempat Ketiga Perseorangan : RM 60.00 + piala + sijil
10.4 Tempat Keempat Perseorangan : RM 50.00 + piala + sijil
10.5 Tempat Kelima Perseorangan : RM 40.00 + piala + sijil
10.6 3 Tempat Sagu Hati Perseorangan : RM 20.00 + piala + sijil
11.0 JOHAN KESELURUHAN
11.1 Zon yang memperolehi jumlah markah yang tertinggi bagi Pertandingan Syarahan dan
Pertandingan Bercerita akan menjadi Johan Keseluruhan dan akan dihadiahkan “Piala
Perpaduan Pusingan” dan boleh menyimpan piala tersebut selama satu tahun. Sekiranya
markah yang diperoleh adalah sama, zon yang mendapat markah yang lebih tinggi dalam
Pertandingan Syarahan akan menjadi Johan Keseluruhan. Jika jumlah markah masih
sama, kedua-dua zon ini akan menjadi Johan Bersama.

11.2 Cara Pengiraan Markah:


Syarahan : Jumlah markah Syarahan X 100% = Markah A
100 markah X 2
Bercerita : Jumlah markah Bercerita X 100% = Markah B
100 markah X 2
Untuk menentukan Johan Keseluruhan: Markah A + Markah B
11.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat Sijil Penyertaan.

12.0 PESERTA SIMPANAN


12.1 Jika berlaku pertukaran peserta, hanya peserta simpanan yang berdaftar sahaja boleh
ditukar dan perlu dilaporkan kepada pihak pengelola sebelum Taklimat Pengurus
Pasukan berakhir.

13.0 PENYERTAAN
13.1 Semua borang penyertaan hendaklah dihantar kepada Urusetia Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Negeri melalui Google Form. Pautan berkenaan akan
dimaklumkan kepada semua zon.

13.2 Tarikh tutup penghantaran: Sebelum atau pada 18 Jun 2023 (Ahad), jam 11:59 p.m.
borang penyertaan

14.0 PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN


14.1 Pihak pengelola akan bertanggungjawab menyediakan pengangkutan pergi dan balik dari
tempat penginapan (Beaufort) ke tempat pertandingan dan dewan majlis penutupan
sahaja. Kos pengangkutan tambahan ke tempat lain akan ditanggung oleh zon masing-
masing.
14.2 Pihak pengelola akan menyediakan maklumat penginapan. Segala pengurusan dan
perbelanjaan mengenai penginapan akan ditanggung oleh zon masing-masing.

15.0 HAL-HAL LAIN


15.1 Segala pindaan peraturan tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Negeri.

16.0 TARIKH PERTANDINGAN


16.1 Tarikh Pertandingan : 8 Julai 2023 ( Sabtu )

17.0 TEMPAT PERTANDINGAN


17.1 Tempat Pertandingan : SJK(C) Kung Ming, Beaufort

You might also like