You are on page 1of 6

Rujukan Tuan :

Rujukan kami :
Tarikh : 15 NOVEMBER 2021

Guru Besar,
Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor,

Tuan,

PROGRAM PERTANDINGAN MADAH INTELEK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SEKOLAH


RENDAH PERINGKAT DAERAH SELANGOR 2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Majlis
Guru Kaunseling Sekolah Rendah Daerah Selangor akan mengadakan pertandingan tersebut bagi memilih
wakil daerah Hulu Selangor ke pertandingan peringkat Negeri Selangor.

3. Sehubungan dengan itu, selaras dengan ketetapan Tatacara Operasi Standard “Standart Operating
Prosedure” (SOP) Kementerian Pendidikan Malaysia, pertandingan ini akan dijalankan secara atas talian
“online” seiring dengan pematuhan arahan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa dan kerajaan.

4. Sehubungan dengan itu, bagi menyertai pertandingan ini pihak tuan dikehendaki menghantar
rakaman video sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan berdasarkan ketetapan berikut:

Taklimat Penataran Pertandingan : 16 November 2021 ( Selasa )


Tajuk : Peranan dan Tanggungjawab PRS di Sekolah
Durasi Video : 5 Minit ( di muat naik dalam channel youtube )

Tarikh Akhir : 20 November 2021 ( Sabtu ), sbelum jam 9.00 malam

5. Bersama-sama surat ini dilampirkan garis panduan pertandingan untuk rujukan pihak sekolah yang
menyertai pertandingan ini

6. Sebarang pertanyaan berkaitan, bolehlah hubungi pegawai meja Penolong PPD HEM PPDHS di
talian 03-60651064. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah

(ROSLI BIN SULAIMAN)


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
b/p Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MADAH INTELEK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR

TAHUN 2021

Makluman Am Pertandingan:

Pertandingan akan dijalankan secara dalam talian “online” di peringkat Daerah dan Negeri. Penyertaan
sekolah di peringkat daerah di buat dalam bentuk rakaman video persembahan berdasarkan tajuk
diberikan.

1. PERINGKAT PERTANDINGAN:

A. Peringkat Daerah

1. Semua PPD dan MGK Daerah akan mengendalikan pertandingan ini di peringkat
daerah masing-masing dan membentuk AJK pertandingan di peringkat Daerah.
2. Setiap sekolah yang menyertai pertandingan hendaklah menghantar rakaman
persembahan murid berdasarkan tajuk diberikan.
3. PPD bertanggungjawab membuat pemilihan pemenang berdasarkan rakaman yang
dihantar dan menganjurkan pertandingan secara dalam talian berdasarkan format
pertandingan ditetapkan.
4. Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih untuk mewakili peringkat Daerah untuk ke
peringkat negeri.

B. Peringkat Negeri

1. Peringkat akhir akan dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.


2. Satu Jawatankuasa Peringkat Negeri akan diwujudkan untuk mengurus, menetapkan
tarikh dan tempat pertandingan

2. FORMAT PERTANDINGAN:

Pertandingan ini dijalankan dalam 2 bahagian. Peserta wajib mengambil 2 bahagian ini.

A. Bahagian A (Tajuk Am) – Penyertaan Peringkat Sekolah

1. Penyediaan rakaman video untuk menyertai pertandingan.


2. Peserta menyampaikan persembahan berdasarkan tajuk yang disediakan oleh Jawatankuasa
Pertandingan. Tajuk diberi 2 minggu sebelum pertandingan.
3. Pihak sekolah perlu menyediakan rakaman persembahan murid mengikut format video
ditetapkan oleh pihak penganjur. Rakaman tersebut hendaklah merupakan rakaman penuh
dan tidak boleh melalui proses suntingan.
4. Rakaman dihantar kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah untuk pemilihan pemenang
bertanding untuk peringkat Daerah.

B. Bahagian B (Tajuk Am dan Soalan Spontan) - Peringkat PPD dan Negeri

1. Pertandingan diadakan secara dalam talian secara langsung.


2. Pihak PPD dengan Kerjasama MGK Daerah (Rendah) mengadakan pertandingan untuk
membuat pemilihan wakil daerah ke peringkat negeri berdasarkan format ditetapkan iaitu
peserta dikehendaki membuat persembahan berdasarkan tajuk Am ditetapkan.
3. Setelah selesai pembentangan tajuk Am, peserta dikehendaki untuk memilih sampul soalan
spontan dan perlu berbicara secara spontan berdasarkan tajuk diberikan.
4. Masa persediaan adalah 1 minit sebaik saja tajuk dibaca oleh juruacara.
5. Loceng pertama sebagai tanda permulaan. Loceng berbunyi 2 kali sebagai tanda tamat.
6. Format pertandingan di peringkat negeri adalah sama seperti di peringkat Daerah kecuali
untuk Tajuk Am dan Soalan Spontan akan disediakan oleh Pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor.
3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

a. Peserta diberi 5 minit untuk (Tajuk Am) dan 3 minit untuk (Soalan Spontan).
b. Loceng amaran dibunyikan sekali, SATU (1) minit sebelum tamat dan DUA (2) kali setelah
tamat masa setiap bahagian pertandingan.
c. Penyampaian bicara selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberi markah.
d. Sebarang kritikan kepada isu sensitif yang berkaitan bangsa, agama dan kebudayaan
terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini menyebabkan markah
dipotong oleh hakim.
e. Pengguna Bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini
menyebabkan markah dipotong oleh hakim.
f. Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa kurang
sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan, tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang semua kategori dan peringkat pertandingan.
g. Peserta hendaklah memakai pakaian / vest Pembimbing Rakan Sebaya.
h. Pengerusi Majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

4. PEMILIHAN TAJUK
a. Jawatankuasa menyediakan tajuk untuk peringkat Daerah atau peringkat Negeri (jika perlu)
untuk Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua berdasarkan isu semasa atau yang releven
dengan PRS.

5. PERATURAN PEMARKAHAN
5.1.Tajuk Am 60 Markah
5.2.Tajuk Spontan 40 Markah

Pembahagian Markah Bahagian 1 (Tajuk Am)


a. Idea / Isi (50 markah)
b. Bahasa (5 markah)
c. Penyampaian dan Persembahan (5 markah)

Panduan Pemarkahan Idea / Isi (50 markah)

Idea / Isi tepat - 7 markah


Huraian - 5 markah
Data / Contoh - 3 markah

Markah penuh setiap isi adalah 15 markah

15 markah x 3 Isi = 45 markah


+5 markah takrifan tajuk = 45 + 5 = 50 markah

Bahasa ( 5 markah )
▪ Peserta diadili dari segi bahasa, yang jelas, baku ( struktur dan sebutan), gaya bahasa
yang berkesan dan tepat maksud yang hendak disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan ( 5 markah )


▪ Peserta di adili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya Intonasi
dan nada yang sesuai
▪ Peserta wajib memberi salam / ucapan selamat dan kata-kata aluan sebelum
berbicara. Markah keseluruhan terjejas jika tidak memberi salam / ucapan selamat.
Lima markah maksimum dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan/ perkataan yang tidak sopan
▪ Kelancaran persembahan tanpa sebarang gangguan
Pembahagian Markah Bahagian 2 (Spontan)

a. Idea / Isi (30 markah)


b. Bahasa (5 markah)
c. Penyampaian dan Persembahan (5 markah)

Panduan Pemarkahan Idea / Isi (30 markah)

Idea / Isi tepat - 7 markah


Huraian - 5 markah
Data / Contoh - 3 markah

Markah penuh setiap isi adalah 15 markah

15 markah x 2 Isi = 30 markah

Bahasa ( 5 markah )
▪ Peserta diadili dari segi bahasa, yang jelas, baku ( struktur dan sebutan), gaya bahasa
yang berkesan dan tepat maksud yang hendak disampaikan.

Penyampaian dan Persembahan ( 5 markah )


▪ Peserta diadili dari segi persembahan yang lancar dan meyakinkan, gaya Intonasi
dan nada yang sesuai
▪ Peserta wajib memberi salam / ucapan selamat dan kata-kata aluan sebelum
berbicara. Markah keseluruhan terjejas jika tidak memberi salam / ucapan selamat.
Lima markah maksimum dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif /
menunjukkan perlakuan/ perkataan yang tidak sopan
▪ Kelancaran persembahan tanpa sebarang gangguan

Panduan Kepada Panel Hakim


a. Peserta Bicara setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea, bahasa dan
persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh oleh faktor lain dalam
memberikan markah kepada peserta.
b. Panel Hakim diingatkan agar tidak memilih peserta yang membaca nota / teks,
menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa kurang sopan dan tidak sempat buat
kesimpulan sebagai pemenang pertama, kedua dan ketiga.
c. Panel Hakim perlu membuat keputusan Menggunakan Sistem
Juri.
d. Keputusan panel hakim adalah Muktamad.
BORANG PENYERTAAN
PROGRAM MADAH INTELEK PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR 2021

BAHAGIA A

BIL. NAMA PESERTA NOMBOR MYKID DARJAH UMUR LINK VIDEO (YOUTUBE)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

Tandatangan Guru Besar

............................................ Cop rasmi sekolah

( )

You might also like