You are on page 1of 13

PERTANDINGAN BAHAS

PIALA KETUA MENTERI 2010


MUKADIMAH
Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri yang telah memasuki tahun ke-25
penganjurannya ialah pertandingan tahunan yang dibuka kepada para pelajar
Sekolah Menengah. Bagaimanapun bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai
Tingkatan 4 ke atas tidak layak menyertai pertandingan ini.Ini merupakan salah satu
projek sumbangan murni RTM kepada pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan di
Sarawak yang dijadikan dasar rasmi mulai tahun 1985.
Pertandingan dalam bentuk yang ada sekarang telah dipelopori oleh RTM dalam
tahun l986. Pada tahun itu pertandingan ini hanya diadakan untuk sekolah-sekolah
di Bahagian Kuching/Samarahan. Mulai tahun 1987 pertandingan ini diperluas ke
seluruh negeri.
Memandangkan sambutan yang amat menggalakkan, beberapa perubahan dan
penyesuaian telah dibuat oleh Jawatankuasa Penganjur. Perubahan Format bahas,
pembahagian zon dan kelompok serta sistem pertandingan dilakukan sesuai dengan
kehendak semasa.Apa yang ada pada hari ini adalah yang terbaik dan paling
proaktif untuk mencapai matlamat asal pertandingan ini Di samping prestasinya
yang semakin meningkat setiap tahun projek ini juga mendatangkan kesan positif di
kalangan pelajar khasnya dan masyarakat umum amnya.
Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak yang di pelopori oleh Jabatan Penyiaran
Malaysia Sarawak dan memasuki tahun ke telah mendapat kerjasama sepenuhnya
daripada agensi-agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Dewan
Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak dan Pejabat Residen dan Daerah.
Paduan agensi-agensi ini menjadi ramuan penting dalam memastikan Bahas Piala
Ketua Menteri Sarawak ini berjalan dengan licin serta telah berjaya mencapai
matlamatnya.
TUJUAN:
Projek ini bertujuan:
i.

Mengasah dan mencungkil bakat pelajar-pelajar yang berpotensi dalam


perbahasan

ii.

Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar mengenai tajuk-tajuk


yang berkaitan isu-isu semasa.

iii.

Meningkatkan mutu dan meluaskan penggunaan Bahasa Melayu.

iv.

Mendedahkan para pelajar sekolah kepada suasana berbahas yang seluas


mungkin.

MATLAMAT:
Memantapkan penggunaan Bahasa Melayu.

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar di sekolah Menengah Kerajaan, Bantuan
dan Maktab-maktab Rendah di seluruh Negeri Sarawak. Setiap sekolah hanya
dibenarkan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 4 orang (3 orang peserta
bahas dan seorang peserta simpanan).
Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam, pasukan sekolah
berkenaan tidak boleh mengandungi lebih daripada seorang pelajar dari tingkatan
tersebut.
Perubahan atau pertukaran ahli pasukan boleh dibuat dengan memberitahu pihak
penganjur secara lisan sekurang-kurangnya seminggu
dan secara bertulis
sekurang-kurangnya dua hari sebelum diadakan sesi pertandingan yang berkaitan.
Dua kali perubahan dalam satu musim saja dibenarkan.
STRATEGI PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan SECARA KONVENSIONAL BUKAN ALA
PARLIMEN dan diadakan dalam tiga peringkat iaitu :(i)
(ii)
(iii)

Peringkat Kelompok (Awal)


Peringkat Zon
Peringkat Negeri.

Dua sistem digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan peringkat, iaitu secara
sistem kalah mati (knock out) di peringkat Zon dan peringkat awal antara zon dan
kalah setelah dua perlawanan (double knock out) di pusingan kedua peringkat
Antara Zon.
Pembahagian Zon adalah seperti berikut :
Zon A - Sekolah-sekolah di Bahagian Kuching
Zon E - Sekolah-sekolah di Bahagian Samarahan/Kuching
Zon B - Sekolah-sekolah di Bahagian Sri Aman / Betong
Zon C - Sekolah-sekolah di Bahagian Sarikei.
Zon D - Sekolah-sekolah di Bahagian Sibu
Zon F - Sekolah-sekolah di Bahagian Kapit
Zon G - Sekolah-sekolah di Bahagian Miri
Zon H - Sekolah-sekolah di Bahagian Limbang
Zon I - Sekolah-sekolah di Bahagian Bintulu
Zon J - Sekolah-sekolah di Bahagian Mukah
Setiap zon pula dibahagikan kepada maximum empat kelompok berdasarkan faktor
geografi dan wibawa. Pembahagian kelompok adalah terserah kepada
Jawatankuasa peringkat zon

PERTANDINGAN PERINGKAT KELOMPOK DAN ZON


Pengelola pertandingan peringkat zon ialah Jawatankuasa Pertandingan Bahas di
Zon masing-masing, kecuali Zon A dan E yang akan dikendalikan langsung oleh
Jawatankuasa Induk.
Pertandingan Peringkat Kelompok dan Zon boleh dimulakan pada bulan
Mac 2010 dan mesti selesai pada atau sebelum 22 Mei 2010
PERTANDINGAN PERINGKAT ANTARA ZON/BAHAGIAN
Pasukan yang menjadi juara setiap zon/bahagian layak ke pertandingan Antara Zon
yang akan diadakan selama 4-minggu dalam bulan Jun. Pengundian akan
dilakukan untuk menentukan kedudukan dan rakan perlawanan.
PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI
Dua pasukan yang menang di peringkat antara zon akan memasuki pertandingan
akhir negeri yang dicadang akan diadakan pada bulan Ogos 2010 (tarikh, masa
dan tempat akan ditentukan oleh Pejabat Y.A.B. Ketua Menteri Sarawak)

Jawatankuasa Induk
Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri 2010
Penaung
YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak
Pengerusi Bersama:
Pengarah Penyiaran Kawasan Sarawak
Pengarah Pelajaran Sarawak
Pengerusi Pengelola :
Timbalan Pengarah Rancangan RTM
Tim. Pengerusi Pengelola : Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawanagn Sarawak
Setiausaha Bersama :
Encik Montgomery Montahar (RTM)
Encik Mohadi Bin Mobin (Jabatan Pelajaran Sarawak)
Penolong Setiausaha :
Haji Abdul Khalid Bin Suut
Encik Stephen Naidi Gadug (Jabatan Pelajaran Sarawak)
Bendahari:
Puan Rohaya Yusuf
Ahli-Ahli:

Pengurus RTM Sri Aman


Pengurus RTM Sibu
Pengurus RTM Miri
Pengurus RTM Limbang
Penyelia Studio Rakaman Kapit
Penyelia Studio Rakaman Sarikei
Pengawal TV
Pengawal Berita Ehwal Semasa
Pengawal Radio
Jurutera Penyiaran (Sumber & Fasiliti )
Jurutera Penyiaran (Penerbitan & Siaran )
Jurutera Penyiaran ( TV)
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Wakil dari Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak
Wakil dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak

SYARAT
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010
1.

Pertandingan akan diadakan dalam Bahasa Melayu.

2.

Peruntukan masa berbahas seperti berikut:


Pembahas I
Pembahas II
Pembahas III
Penggulung bahas

- 5 minit
- 5 minit
- 5 minit
- 7 minit

Masa dikira dari perkataan pertama diucapkan oleh peserta.


3.

Loceng/Buzer akan dibunyikan sekali satu minit sebelum


masa tamat dan dua kali apabila masa tamat. Markah tidak
akan diberikan oleh jemaah hakim setelah loceng penamat
(loceng/buzer
kedua)
dibunyikan. Pengerusi
berhak
menyampok
dan
meminta
pembahas
menamatkan
hujahnya jika pembahas masih meneruskan hujahnya
selepas loceng penamat dibunyikan.

4.

Pembahas
pertama
ditetapkan
sebagai
perbahasan bagi kedua-dua pasukan.

5.

Pembahas adalah diadili dari segi ketepatan isi termasuk


penghuraian dan penyusunan idea yang lojik, kelancaran
bahasa , penyampaian yang meyakinkan dan keupayaan
membidas
hujah-hujah
pihak
lawan.

6.

Markah akan dipotong jika pembahas membaca nota atau


skrip lima ayat atau lebih secara bersambung-sambung.

7.

Apa-apa kritikan yang menyentuh peribadi seseorang dan isuisu sensitif atau politik yang berlawanan dengan agama,
bangsa dan kebudayaan dilarang sama sekali. Pengerusi
pertandingan berhak menegur atau memberhentikan peserta
yang melanggar peraturan ini dan markah akan dipotong.

8.

Peserta tidak dibenarkan menghentak meja, menudingkan jari


atau menunjukkan genggaman tangan mereka atau aksi-aksi
lain yang kurang sopan kepada penonton atau pihak lawan
atau menimbulkan gangguan terhadap perjalanan sesi
perbahasan.

9.

Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan tidak


dibenarkan

10.

KEPUTUSAN JEMAAH HAKIM MUKTAMAD.

penggulung

PANDUAN PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010

1.

Kriteria Penghakiman:
Pertandingan Bahas ini akan dihakimi dan dinilai berlandaskan kriteria
pertandingan bahas sedunia. Tiga aspek penting yang akan diberi
perhatian oleh para hakim ialah;
I.
II.
III.

2.

Hujah
Struktur (Pendekatan)
Gaya/Bahasa

50 markah.
20 markah.
30 markah.

Hujah (matter):
Penilaian oleh hakim dibuat berdasarkan mutu hujah yang disampaikan
serta cara hujah-hujah itu disusun dengan baik dan seterusnya
disampaikan dengan berkesan dan menarik.
Setiap hujah perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
2.1
2.2
2.3
2.4

3.

Tema (case-line)
Logik dan tepat.
Menggunakan contoh-contoh yang berkesan untuk membuktikan
kebenaran hujah.
Mendefinisikan frasa-frasa, perkataan-perkataan dan ayat-ayat
penting berlandaskan sudut pandangan dan pendirian
pembahas sendiri yang boleh diterima oleh orang lain.

Struktur (method)
Hakim akan memberi tupuan dari segi mutu pengurusan dan
penyusunan idea dan hujah serta kerja berpasukan setiap pembahas
dalam pasukan.
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

Setiap pembahas dari pencadang atau pembangkang perlu


menunjukkan kaitan kerja berpasukan melalui berbagai elemen
semasa menyampaikan hujah-hujah dan bidasan masing-masing.
Mengemukakan tema yang tepat dan menghuraikannya dengan
konsisten.
Terdapat pertalian yang rapat di antara hujah-hujah yang
dikemukakan oleh setiap pembahas dalam pasukan masingmasing.
Setiap pembahas menunjukkan struktur dan organisasi hujah yang
berkesan dalam memperjelas dan memperkukuh pendirian
pasukan terhadap tajuk yang dibahaskan.
Hakim juga akan melihat kemampuan pembahas setiap pasukan
memberikan reaksi yang sesuai terhadap perkembangan situasi
perbahasan.

4.

Gaya/Bahasa:
Hakim akan menilai aspek-aspek berikut;
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8

5.

Stail vokal.
Penggunaan bahasa yang betul dan menarik.
Penggunaan nota rujukan yang sesuai dan tepat.
Penggunaan gerak-geri badan yang sesuai dan berkesan.
Cara berpakaian.
Penampilan keikhlasan (Impression of sincerity)
Cara membahas dan membidas hujah pasukan lawan.
Terdapat unsur-unsur kecindan (jenaka) yang menarik dan sesuai.

Tugas Setiap Pembahas:


5.1

Pembahas pertama pasukan pencadang:


-

Definisikan tajuk perbahasan.


Jelaskan isu-isu penting yang berkaitan.
Berikan garis kasar struktur pasukan.
Nyatakan aspek-aspek penting yang berkaitan pendirian
pasukan yang akan dibahaskan oleh rakan sepasukan.
- Jelaskan dan buktikan pendirian dengan memberikan hujahhujah yang mantap terhadap tema yang dikemukakan.
5.2

Pembahas pertama pasukan pembangkang:


- Jelaskan perkara-perkara yang tidak disetujui dengan hujah
yang dikemukakan oleh pihak pencadang.
- Perdebatkan setiap perkara yang tidak disetujui dengan
pendirian pencadang termasuk definisi pihak pencadang
(jika perlu).
- Bidas satu atau beberapa hujah penting pencadang.
- Nyatakan garis kasar atau struktur pasukan pembangkang.
- Berikan hujah-hujah yang boleh meyakinkan untuk
memperkukuh pendirian pembangkang.

5.3

Pembahas kedua pihak pencadang:


-

Nyatakan perkara-perkara pokok yang tidak disetujui dengan


hujah-hujah yang diberikan oleh pihak pembangkang yang
pertama.
- Perdebatkan definisi dan perkukuh pendirian pasukan
pencadang.
- Bidas satu atau beberapa hujah penting pasukan
pembangkang.
- Jika perlu perdebatkan segala hujah atas dasar
mempertahankan pendirian pencadang terhadap segala
bidasan yang diberikan oleh pihak lawan.
- Berikan hujah-hujah tambahan bagi memperkukuh pendirian
pasukan pencadang.

5.4

Pembahas kedua pasukan pembangkang:


-

5.5

Pembahas ketiga pihak pencadang:


-

5.6

Bidas dan cuba musnahkan segala hujah pihak pembangkang


secara keseluruhan.
Rujuk semula kepada tema asal pasukan pencadang dan
perkukuh dengan beberapa penjelasan dan isi serta contohcontoh.
Simpulkan segala hujah dan pendirian pencadang.
Boleh mengemukakan beberapa rujukan yang baharu atau
bukti-bukti baru jika perlu untuk memperkukuh pendirian
pasukan pencadang.

Pembahas ketiga pasukan pembangkang:


-

6.

Bidas aspek-aspek penting yang dikemukakan oleh pihak


pencadang.
Jika perlu, perdebatkan isu-isu difinisi jika masih memerlukan
penjelasan untuk meneguhkan pendirian pembangkang.
Berikan hujah-hujah tambahan untuk memperkukuh pendirian
pembangkang mengikut bidang atau bahagian yang diberikan
kepadanya sebagai pembahas kedua.

Perjelas pendirian pihak pembangkang.


Berikan definisi yang baharu jika dicabar oleh pencadang yang
kedua.
Bidas semua hujah pencadang yang belum dibidas.
Pembangkang ketiga tidak perlu mengemukakan hujah-hujah
yang baru.

Penggulungan Perbahasan:
6.1
6.2
6.3
6.4
6.5

Penggulungan dilakukan oleh pembahas pertama setiap pasukan.


Pembahas pertama pasukan pembangkang hendaklah membuat
penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pembahas
pertama pasukan pencadang.
Penggulungan perbahasan ialah rumusan umum terhadap
keseluruhan perbahasan meliputi kesimpulan hujah dan bidasan
yang dikemukakan.
Penggulungan seharusnya mempunyai ciri-ciri analisis terhadap
dua atau tiga isu pokok yang diperdebatkan.
Penggulungan hendaklah mampu menunjukkan bahawa
pendekatan yang dibawa oleh pasukan lawan terhadap tajuk yang
dibahaskan kurang tepat dan pendekatan pasukan penggulung
tersebut yang paling tepat.

PANDUAN ASAS PENGHAKIMAN


Aspek Pemarkahan Mengikut Peserta :

1.
2.
3.
4.
5.

PENCADANG

PEMBANGKANG

Pencadang Pertama

Pembangkang Pertama

Definisi
Tema
Hujah 1 pasukan
Hujah 2 pasukan
Rumusan

1.
2.
3.
4.
5.

Pencadang Kedua
1.
2.
3.
4.
5.

Membetulkan Definisi/tema
Membidas.
Hujah 3 pasukan.
Hujah 4 pasukan.
Rumusan.

Pembangkang Kedua
1.
2.
3.
4.

Pencadang Ketiga
1.
2.
3.
4.
5.

Mempertahankan kes
bidasan kumpulan.
Pengkukuhan secara
keseluruhan.
Mengenal pasti yang tidak
disetujui daripada pihak
lawan.
Bidas
Rumusan

Menggulung dan
TIADA BIDASAN.

Membidas.
Hujah 3 pasukan.
Hujah 4 pasukan.
Rumusan.

Pembangkang Ketiga
1.
2.
3.
4.
5.

Penggulung
(Pembahas Pertama)
1.

Membidas definisi/
tema/hujah.
Definisi/Tema
Hujah 1 pasukan
Hujah 2 pasukan
Rumusan

Mempertahankan kes
bidasan kumpulan.
Pengkukuhan secara
keseluruhan.
Mengenal pasti yang tidak
disetujui daripada pihak
lawan.
Bidas.
Rumusan

Penggulung
(Pembahas Pertama)
1.

Menggulung dan
TIADA BIDASAN.

TUGAS PENGERUSI PERBAHASAN:


1.

Memperkenalkan para pembahas, hakim dan


penjaga masa.

2.

Pengerusi hendaklah memberikan


amaran
kepada para penonton jika terdapat sebarang
gangguan
seperti
membuat
bising
dan
sebagainya.

3.

Pengerusi
boleh
menegur
mana-mana
pembahas yang menunjukkan tingkah laku
yang melanggar peraturan perbahasan.

4.

Pengerusi tidak boleh memberikan komenkomen terhadap tajuk dan hujah-hujah yang
diberikan semasa perbahasan sedang berjalan.

5.

Pengerusi boleh menghentikan perbahasan jika


keadaan memerlukan atas sebab-sebab yang
dijelaskan di dalam peraturan perbahasan.

6.

Pengerusi
hendaklah
memberikan
ruang
senyap beberapa saat (budibicara/kebijaksanaan )
untuk para hakim menentukan markah bagi
pembahas
yang
telah berhujah
sebelum
mempersilakan pembahas berikutnya berhujah.

BORANG KEPUTUSAN
PERTANDINGAN BAHAS PIALA KETUA MENTERI 2010
NAMA SEKOLAH

MARKAH

PENCADANG
PEMBANGKANG

PENGISYTIHARAN HAKIM
SETELAH DIHAKIMI PERTANDINGAN DENGAN JUJUR, ADIL DAN SAKSAMA
OLEH TIGA ORANG HAKIM YANG BERTUGAS,

DENGAN INI DIISYTIHARKAN BAHAWA

PASUKAN YANG MEMENANGI SESI INI IALAH :

NAMA HAKIM

TANDATANGAN

HADIAH-HADIAH
Hadiah-hadiah ditawarkan adalah seperti berikut :
PERINGKAT AKHIR ZON
Johan

Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)


Wang Tunai
Sijil Penyertaan

-RM 500.00

Naib Johan
Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)
Wang Tunai
Sijil Penyertaan

-RM 300.00

Pembahas Terbaik
Piala
Wang Tunai
Sijil Penyertaan

-RM 100.00

PERINGKAT AKHIR NEGERI

Johan

Piala Pusingan YAB Ketua Menteri Sarawak


Piala Iringan ( untuk setiap peserta dan sekolah )
Wang Tunai
Sijil Penyertaan

Naib Johan
Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)
Wang Tunai
Sijil Penyertaan
2 x Hadiah Tempat Ketiga
Piala ( untuk setiap peserta dan sekolah)
Wang Tunai
@ RM 1,000.00 x 2
Sijil Penyertaan
Pembahas Terbaik
Piala
Wang Tunai
Sijil Penyertaan

-RM 3,000.00

-RM 2,000.00

-RM 2,000.00

-RM 500.00

You might also like