You are on page 1of 4

MESYUARAT KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH

(POETRY RECITATION)

PERINGKAT DAERAH HULU PERAK 2023/2024

TARIKH : 10 APRIL 2023 (ISNIN)

MASA : 3.00 PETANG

TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK (GOOGLE MEET)

Kehadiran :

(Seperti lampiran)

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Aluan Pengerusi


2. Ucapan Guru Besar
3. Ucapan Penolong PPD, En. Mohamad Nasarudin Bin Mohamad Nasir
4. Taklimat Pengurus Teknik Daerah.
5. Pembentangan Kertas Kerja oleh Pengerusi Pengelola
6. Hal-hal lain

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Pengerusi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru
Bahasa Inggeris dan pentadbir pada mesyuarat penyelarasan Karnival Bahasa
Inggeris pada sesi 2023/2024.

2.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI PENGELOLA

2.1 Guru Besar, En. Wan Aziz Bin Ahmad, merakamkan ucapan terima kasih kepada

semua guru yang dapat hadir dalam mesyuarat pada hari ini. Beliau berbesar hati
kerana telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi acara Poetry
Recitation pada tahun ini. Beliau akan berusaha untuk melaksanakan tuugas yang
diberi sebaik mungkin.
3.0 UCAPAN ALUAN PENOLONG PPD BAHAGIAN PEMBANGUNAN BAKAT MURID

3.1 Penolong PPD Bahagian Pembangunan Bakat Murid, En. Mohamad Nasarudin Bin
Mohamad Nasir, mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima
perlantikan sebagai Tuan Rumah bagi acara Poetry Recitation bagi tahun 2023/2024.

3.2 Beliau memaklumkan bahawa kertas konsep yang terkini iaitu 2023 masih belum
diterima di peringkat PPD. Walaubagaimanapun, mesyuarat penyelarasan masih
tetap diteruskan dan perlu membincangkan tentang Tarikh pelaksanaan, yuran
penyertaan dan juga cara pembayaran yuran penyertaan.

3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa yuran yang telah diselaraskan bagi setiap
pertandingan adalah sebanyak RM5. Walaubagaimanapun, jika sekolah ingin
menambah yuran, pihak sekolah perlu membuat perbincangan di antara sekolah-
sekolah supaya ada persetujuan dan tidak membebankan sekolah-sekolah yang
masuk bertanding, terutama sekolah yang menghantar banyak penyertaan
muridnya.

3.4 Beliau memaklumkan sekiranya sekolah perlukan hadiah, PPD masih mempunyai
baki trofi yang masih boleh digunakan. Sekolah hanya perlu mengambil dan menukar
pelekat trofi sahaja.

3.5 Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah di daerah Hulu Perak termasuk
SRITI. Namun begitu, SRITI hanya dibenarkan bertanding di peringkat Daerah sahaja.
SRITI tidak dibenarkan mewakili daerah ke peringkat Negeri.

4.0 TAKLIMAT PENGERUSI TEKNIK DAERAH

4.1 Guru Kanan Ko-Kurikulum SK Tasek, En. Mohd Ridhwan, mewakili Pengerusi Teknik
Daerah, Puan Juniza Jahaya, memaklumkan bahawa kertas konsep pertandingan bagi
tahun 2023/2024 masih belum dikeluarkan lagi. Sehubungan itu, taklimat teknikal
akan diadakan pada hari yang akan ditetapkan kemudian sejurus selepas kertas
konsep terkini diperolehi oleh Pengerusi Teknik Daerah Bahasa Inggeris.

4.2 Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan guru-guru masih boleh merujuk kertas


konsep tahun 2022 sebagai panduan pemarkahan.

4.3 Tema pertandingan masih belum diketahui kerana PT Daerah perlu menunggu Kertas
Konsep Pertandingan terkini.

4.4 Pihak Pengerusi Pengelola akan mewujudkan satu kumpulan Telegram khas untuk
Guru Pengiring dan Pengurus Pasukan Sekolah bagi pertandingan Poetry Recitation
supaya mudah untuk disalurkan maklumat terkini dan bagi memudahkan sebarang
persoalan atau kemusykilan sekiranya ada.

5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA OLEH PENGERUSI PENGELOLA

5.1 Guru Kanan Ko-Kurikulum, En. Mohd Ridhwan Bin Badaruddin, memaklumkan tarikh
pertandingan akan diadakan pada 25 Mei 2023 dan akan dijalankan secara atas
talian.
5.2 Penyertaan adalah secara berpasangan dan penyertaan adalah terbuka kepada
Tahun 1 sehingga Tahun 6.

5.2 Rakaman video pertandingan Poetry Recitation perlu dihantar pada 25 Mei 2023

5.3 Tarikh akhir bagi pengesahan penyertaan sekolaha adalah ditetapkan pada 12 April
2023. Sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

5.4 Tarikh penghantaran skrip pula telah ditetapkan pada 11 Mei 2023.

5.5 Yuran penyertaan bagi setiap sekolah telah diputuskan sebanyak RM5 untuk seorang
murid. Ini bermaksud setiap sekolah perlu membayar RM10 untuk yuran penyertaan
berpasangan.

5.6 Pembayaran telah diputuskan secara tunai kepada akaun sekolah.

NAMA AKAUN : PIBG SK TASEK

NO. AKAUN : 158079590461

5.7 Sumber kewangan untuk membuat pembayaran boleh diambil dari akaun PIBG
sekolah masing-masing.

5.8 Tarikh akhir bayaran adalah pada 11 Mei 2023, iaitu bersamaan dengan tarikh akhir
penghantaran skrip Poetry kepada tuan rumah.

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1.1 Tema bagi pertandingan Poetry Recitation pada kali ini akakn dimaklumkan oleh
Pengerusi Teknik Daerah, Puan Juniza Jahaya sejurus beliau mendapat Kertas Konsep
2023 tersebut. Beliau juga memaklumkan akan mengadakan satu sesi taklimat
teknikal pertandingan khas secara terperinci pada satu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian.
6.1.2 Guru-guru yang hadir boleh mengisi link kehadiran beserta link pengesahan
penyertaan.
6.1.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.37 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

___________________________ _______________________________

(SITI ROHANI BINTI MD SALLEH) (MOHD. RIDHWAN BIN BADARUDDIN)

Ketua Panitia Bahasa Inggeris Guru Kanan Ko-Kurikulum

Disahkan oleh :

_____________________________
(WAN AZIZ BIN AHMAD)

Guru Besar

You might also like