You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI,PK 07 - LAMPIRAN 3

JALAN BURUNG KASAWARI,


TAMAN BUKIT MALURI,
52100 KEPONG
KUALA LUMPUR.

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN UNIT KOKURIKULUM DAN SUKAN BIL 2/2023

TARIKH : 5 Disember 2023 ( Selasa )


MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Bilik Bicara Ilmu
PENGERUSI : Ennie Azira Binti Mamat

KEHADIRAN :

1. Sh. Zamzami binti Syed Kamal Khalid


2. Pairoseha binti Ahmad
3. Ennie Azira Binti Mamat
4. Ahmad Zuhairi Bin Asli
5. Ain Athirah binti Mohd Hafiz
6. Cheong Oi Lai
7. Ismul Azam Bin
8. Izzaty Aliah binti Hamdan
9. Farahliza Akmal Binti
10. Khairul Bariah Bt Abd Hamid
11. Khalai Mhaty a/p Ponnampalam
12. Manjulah a/p Thiruvengadam
13. Mogana a/p Neelautaman
14. Mohd Ashraf B. Mohamed Nazir
15. Mohd Baihaqi B. Ishak
16. Mohammad Najib bin Adul Rahim
17. Muhammad Shafiq bin Nordin
18. Nirmala Devi A/P Balasubramaniam
19. Nithia Tharishini a/p Subramanian
20. Normaliyana Bt. Mohd

1
PK 07 - LAMPIRAN 3

21. Nur'arshikin bt Abdul Rahman


22. Nurul Falah Bt Misnan
23. Nur Najihah binti Kamaruzaman
24. Nur Umairah binti Muda
25. Shafiyah Atiqah Binti
26. Sim Soo Poy
27. Siti Hajar Bt. Istamar
28. Subamalar a/p Shaktidevan
29. Umi Kelsum bt Mohamad

2
PK 07 - LAMPIRAN 3

3
TIDAK HADIR PK 07 - LAMPIRAN 3
1. Safiah Binti Mohamad Wardi (Bersebab)
2. Mohd Ashraf B Nawawi (Bersebab)
3. Puspa A/P Ramiah (Cuti Sakit)
4. Rusilawati binti Mohd (Temujanji Klinik)
5. Syahidah Binti Azman (Cuti Sakit)
6. Siti Maridah Binti Mujad (Cuti Bersalin)
7. Muhammad Hafiz Bin Mohd Ashhar (Bawa Murid)
8. Nuha Fathiha binti Mohd Nizam (Bawa Murid)

AGENDA MESYUARAT

1) Ucapan Alu aluan Pengerusi


2) Pegesahan Minit Mesyuarat
3) Perkara berbangkit
4) Pembentangan dan Laporan
5) Hal-hal lain
6) Penangguhan mesyuarat

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran
guru-guru ke Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum dan Sukan kali kedua bagi
sesi persekolahan tahun 2023/2024.

1.2 Beliau mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru atas usaha
bakti yang telah dijalankan sepanjang sesi 2023/2024 dan berharap semua
guru dapat memberikan komitmen dengan lebih baik bagi membangunkan
Kokurikulum dan Sukan SK Taman Bukit Maluri dengan pencapaian yang lebih
cemerlang.

1.3 Pengerusi meminta semua guru mengambil tahu akan maklumat dan data
yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Membentang minit mesyuarat Bil 1/2023 yang bertarikh 16 Mac 2023 di Bilik
Bicara Ilmu SKTBM.

2.2 Pengerusi membentangkan maklum balas berkaitan Minit Mesyurat Kali


1/2023.

2.3 Pengesahan minit mesyuarat dicadangkan oleh Cikgu Muhammad Shafiq Bin
Nordin dan disokong oleh Cikgu Mogana a/p Neelautaman serta mendapat
persetujuan sebulat suara ahli mesyuarat.

4
3.0 PERKARA BERBANGKIT PK 07 - LAMPIRAN 3

3.1 Kejohanan Sukan & Olahraga Kali ke 29 telah dilaksanakan dengan jayanya
pada pada 28 Oktober 2023 (Sabtu) dan Pasca Nilai juga telah dilaksanakan
pada 1 November 2023. Tarikh asal Kejohanan Sukan terpaksa diubah kerana
penggunaan padang oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sentul bagi
Program Nuri Madani.

3.2 Program Merentas Desa juga telah berjaya dilaksanakan pada 3 November
2023 (Jumaat)

3.3 Kem Jatidiri Pemimpin Muda 2023 di bawah kelolaan Unit Kokurikulum dan
Sukan dengan Kerjasama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kurikulum telah
diadakan pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 25 November 2023 melibatkan
seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 hingga
tahun 6.

3.4 Perkhemahan Unit beruniform pula akan dilaksanakan pada 8 hingga 10


Disember 2023 bertempat di Pangkor Rimba Kem Pulau Pangkor, Perak.
Pihak sekolah telah menerima surat kelulusan dari JPWP dan telah membuka
peluang kepada 40 orang peserta (1 bas) dengan bayaran RM350 seorang
dan diiringi oleh 8 orang guru pengiring.

3.5 Pasca Nilai hendaklah dilakukan setiap kali tamat sesuatu program atau aktiviti
kokurikulum bagi melihat dan membuat kaji selidik semua kebaikan dan
kelemahan sesuatu program dan aktiviti.
Tindakan : Penyelaras Dokumentasi Setiap Program

4.0 PEMBENTANGAN DAN LAPORAN

4.1 Pengerusi mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua


guru kerana telah berjaya melaksanakan 12 kali perjumpaan unit-unit di bawah
kokurikulum termasuk perjumpaan terakhir bg Unit Badan Beruniform dan Unit
Sukan/Permainan. Program Tradisi Fun Race akan dilaksanakan pada hari
Rabu (6.12.2023) sebagai penutup perjumpaan aktiviti kokurikulum pada tahun
ini.

4.2 Ketua dan Setiausaha setiap unit perlu mengemaskini dan melengkapkan
semua laporan dan item di dalam fail Unit Badan Beruniform, Kelab/Persatuan

5
PK 07 - bilik
dan Sukan/Permaian serta menghantar fail tersebut ke dalam LAMPIRAN
GPK 3
Kokurikulum.
Tindakan : Semua Ketua dan Setiausaha setiap unit.

4.3 Pengerusi juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada Jurulatih dan


Pengurus Pasukan yang telah berusaha melatih dan membimbing murid
sehingga mencapai beberapa kejayaan di peringkat
daerah,negeri,kebangsaan mahupun antarabangsa sepanjang sesi 2023/2024.

4.4 Semua program perlu didokumentasikan dan dihantar secara salinan keras
(hardcopy) ke bilik GPK Kokurikulum untuk difailkan serta menghantar secara
salinan lembut (softcopy) ke dalam drive Kokurikulum sebagai simpanan dan
rujukan jangkamasa panjang.
Tindakan : Semua penyelaras dan setiausaha program.

4.5 Guru-guru yang mengikuti kursus/taklimat/mesyuarat/bengkel di bawah Unit


Kokurikulum dan Sukan yang memerlukan penataran kepada semua guru juga
perlu menyediakan minit curai dan menghantar minit tersebut kepada GPK
Kokurikulum dan drive Kokurikulum.
Tindakan : Semua guru yang terlibat

4.6 Semua guru yang membawa murid keluar untuk sebarang aktiviti kokurikulum
dan sukan hendaklah mengisi dan menghantar laporan ringkas beserta
gambar mengikut format yang telah disediakan dan menyerahkan satu salinan
kepada GPK Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum untuk difailkan.
Tindakan : Jurulatih dan Pengurus Pasukan

4.7 Tarikh pelaksanaan Hari Apresiasi Kokurikulum yang dijadualkan di dalam


takwim sekolah pada 23 Januari 2024 (Selasa) perlu dibincangkan semula
kerana tarikh tersebut tidak bersesuaian memandangkan terlalu hampir
dengan Ujian Akhir Sesi Akademik 2023 dan Cuti Perayaan Thaipusam.
Tindakan: Pentadbiran Sekolah

4.8 Walaubagaimanapun pencarian Tokoh Kokurikulum perlu diperkemaskan


dengan mengedar satu borang khas pencapaian murid kepada ibubapa Tahun
6 untuk diisi dan dihantar serta disahkan oleh Jawatankuasa Induk
kokurikulum sebelum dibincangkan bersama panel pemilihan tokoh Hari
Apresiasi 2023/2024.
Tindakan: Setiausaha Kokurikulum

4.9 Pentaksiran PAJSK/ Ujian SEGAK dan Laporan IKEPS

6
4.9.1 Garis masa pengisian PAJSK telah dikeluarkan PK 07 pihak
oleh - LAMPIRAN
PPD 3
Sentul. Pengisian sekolah akan bermula pada 1 Januari 2024
sehingga 31 Januari 2024 bagi murid tahun 6 dan 1 Januari hingga
29 Februari 2024 bagi tahun 4 dan 5.

4.9.2 Data PAJSK pada masa akan datang akan dilaksanakan secara
berpusat di dalam portal MOEIS dan 3 buah sekolah sedang
menjalani ujian rintis bagi pengisian berkenaan.

4.9.3 Guru-guru Unit Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan


diingatkan agar mengisi data dan markah lebih awal bagi
mengelakkan masalah talian jika terlalu hampir dengan tarikh tamat
pengisian.
Tindakan : Semua guru

4.9.4 Jawatankuasa Induk Kokurikulum akan mengemaskini dan


membantu pengisian markah tersebut namun diingatkan agar guru-
guru lebih produktif dan bertanggungjawab dalam pengisian markah
setiap unit.
Tindakan : AJK Induk Kokurikulum

4.9.5 Ujian SEGAK Fasa ke 2 akan dilaksanakan pada minggu ini.

4.9.6 Pelaporan IKEPS (Instrumen Bancian Kemudahan Prasarana dan


Program Sukan Sekolah) yang mengumpul maklumat berkenaan
dengan prasarana,kemudahan dan aktiviti serta pencapaian sukan
di sekolah telah berjaya diisi oleh Setiausaha Sukan dan disahkan
oleh Guru Besar pada 15 November 2023.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru-guru perlu mengisi dan menghantar Instrumen KBAT dan juga
SKPMG2 di bawah unit kokurikulum yang telah diedarkan minggu
lepas dengan kadar segera bagi penilaian seterusnya oleh pihak
pentadbir.

5.2 Kad Kokurikulum yang siap diisi perlu dihantar ke bilik GPK
Kokurikulum dan Penyelaras setiap unit akan mengasingkan kad

7
PK 07
tersebut mengikut kelas dan menyerahkan kad tersebut - LAMPIRAN
kepada guru 3
kelas untuk disimpan di dalam Fail Murid.
Tindakan : Ketua setiap unit dan Penyelaras Unit.

5.3 Pengerusi berharap agar semua guru dapat melaksanakan tugasan


yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan
Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan Sukan 2023 atas kerjasama
yang telah diberikan sepanjang tahun ini.

6.2 Semua guru dan Jawatankuasa yang berkaitan hendaklah


memastikan semua tindakan telah diambil terhadap perkara-perkara
yang telah dibincangkan tadi.

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………………….... …………………....................
(NUHA FATHIHA BINTI MOHD NIZAM) (ENNIE AZIRA BINTI MAMAT)
Pen Setiausaha Kokurikulum 2023 Penanggung Tugas
Sk Taman Bukit Maluri, GPK Kokurikulum SKTBM
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

You might also like