You are on page 1of 2

SMK.

TUN HAJI ABDUL MALEK


CHENG, MELAKA TEL : 06-3357473
KOD SEK : MEA 2094

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI 3/2022

Tarikh : 8 Ogos 2022 (Isnin)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK Tun Haji Abdul Malek

KEHADIRAN: RUJUK LAMPIRAN

1.0 UCAPAN PENGERUSI (PN. ZAHRAH BINTI ABU NOH)

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Kurikulum yang kedua
bagi sesi persekolahan 2022.
1.2 Beliau juga mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang kepada guru-guru yang baru
dilantik dan juga yang bertukar ke sekolah ini.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KURIKULUM 2/2022

2.1 Disahkan oleh : Ustaz Azubir Bin Omar


Disokong oleh : Pn. Hanidar Binti Badaruddin

3.0 TAKLIMAT PENGURUSAN KURIKULUM (PN. ZAHRAH BINTI ABU NOH)

PROFESIONALISME DAN PENCAPAIAN


3.1 Semua guru dikehendaki datang ke sekolah sebelum 7.30 pagi manakala waktu pulang
guru ialah 15 minit selepas waktu pulang pelajar (2.15- 2.20 petang)
3.2 Semua guru perlu menyediakan borang transit PBD sebagai bukti/evidens rekod penilaian
pelajar.
3.3 Akan terdapat perubahan guru kelas berikutan peredaran keluar dan masuk guru-guru.
3.4 Terdapat perubahan Penyelaras Tingkatan 1; Pn. Siti Norhashimah akan menggantikan
tempat Pn. Ong Siew Yin.
3.5 Jadual Waktu Fasa 5 akan dijana dan dilaksanakan. Akan terdapat perubahan guru kelas
dan juga kelas yang diajar.
3.6 Berdasarkan keputusan SPM 2021 yang lepas, GPS semakin merosot walaubagaimanapun
peratus lulus semakin meningkat.
3.7 Tahniah diucapkan kepada semua guru terutama guru-guru subjek Bahasa Melayu dan
Sejarah.
3.8 13 orang pelajar telah gagal dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM 2021
yang lepas.
3.9 Program Kecemerlangan akan diteruskan seperti yang telah dijalankan sebelum ini untuk
membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM 2022.
3.10 Program Perkampungan Ilmu akan dilaksanakan pada 5- 9 September 2022.
3.11 Senarai terkini PP 1 dan 2 bagi PBPPP akan dimaklumkan.
3.12 Para guru dikehendaki menghantar borang transit PBD kepada ketua panitia masing-
masing untuk disemak.
3.13 222 aset “pending” telah dikenalpasti dan boleh diselesaikan.

1
4.0 HAL-HAL LAIN

PENGETUA - EN. RAZALI BIN KUDAP


4.1 Jabatan Pendidikan Negeri Melaka memberikan fokus kepada kemahiran mendengar dan
bertutur.
4.2 Ada pelajar sekolah ini yang tidak boleh membaca.
4.3 Jawatankuasa PROBIM sekolah perlu menjalankan tugasan untuk mengatasi masalah ini.

TAKLIMAT PBS DAN PBD (PN. AZLIN BINTI SALEHUDIN - GKMP SAINS DAN MATEMATIK)
4.4 Pn. Azlin telah diberikan taklimat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Lembaga Peperiksaan Malaysia berkenaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
4.5 Terdapat penambahbaikan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
4.6 Antara penambahbaikan ialah dari segi Pentaksiran. Pentaksiran Sumatif akan
dilaksanakan pada setiap akhir sesi akademik/persekolahan (setahun sekali).
4.7 Ini akan melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
4.8 Soalan akan disediakan oleh pihak KPM.
4.9 Soalan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun akan disediakan oleh pihak sekolah.
4.10 Jangkaan tarikh peperiksaan sumatif ini ialah pada bulan Februari tahun 2023.
4.11 Bagi ko-kurikulum, bilangan mimimum perjumpaan yang perlu diadakan ialah 10 kali bagi
setiap perjumpaan Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan.
4.12 PAJSK sangat penting dan merupakan salah satu merit IPTA bagi pelajar lepasan SPM
2022.
4.13 Sistem Operasi PAJSK akan dibuka dari 1 Jun 2022 hingga 28 Februari 2023 bagi
memberi ruang pada para guru untuk mengunci masuk data-data aktiviti ko-kurikulum para
pelajar.
4.14 Makluman dari Pn. Nurin Hannah- semua guru perlu menghantar borang transit PBD
sebanyak 2 kali untuk dicop oleh ketua panitia.

5.0 Penutup

Pn. Zahrah berharap agar guru-guru “senior” perlu belajar mengikut rentak pelajar berikutan
perubahan zaman yang berbeza. Guru-guru perlulah bersabar bila berhadapan dengan
kerenah pelajar. Sekiranya ada masalah boleh berbincang bersama pihak sekolah atau rakan-
rakan guru yang lain.
Pn. Zahrah juga mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah di atas kerjasama
yang diberikan sepanjang beliau berada di sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan oleh,

NURNADIA FIRASYAH IMRAN


….……………………………
Cik Nurnadia Firasyah Binti Imran
Setiausaha Kurikulum 2022
SMK Tun Haji Abdul Malek

You might also like