You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA

SESI 2023/2024
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SERTING

TARIKH : 14 Sept 2023


HARI : Khamis
TEMPAT : Bilik Gerakan Sk (Felda) Serting
MASA : 9.00 pagi

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Datin Fauziah binti Mohd Tawil


YDP PIBG SK ( Felda) Serting
1.1.1 YDP memulakan mesyuarat pada pagi ini dengan surah Al Fatihah.
1.1.2 Beliau mengucapkan selamat datang dan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang
hadir pada hari ini

1.2 En. Alias bin Idris

GPK Pentadbiran SK (Felda) Serting

1.2.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas komitmen semua AJK PIBG dan KSIB
1.2.2 Beliau menyampaikan salam tuan GB yang tidak dapat hadir kerana terlibat dengan
mesyuarat dengan exco Pendidikan
1.2.3 Hasrat KPM (Anak yang Baik lagi Cerdik)
1.2.4 Bilangan guru seramai 49 orang, termasuk seorang guru ganti kepada En. Rosman yang
masih menunggu laporan kesihatan daripada doctor. Seorang guru baru masuk daripada
SK Palong 7 iaitu Cik Wan Nurfarsiha
1.2.5 Untuk sesi persekolahan 2023, murid adalah seramai 740 orang termasuk pra sekolah.
Bilangan kelas 25 kelas
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pembentangan minit mesyuarat yang lepas oleh Cikgu Muhammad Razif bin Abu Hasan

2.2 Pn Razimah bt Saebon mencadangkan minit mesyuarat AJK kali ke- 3 sesi 2022/2023 diterima
dan disahkan. Disokong oleh Pn Noraini bt Mohamad Ajamin

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ISU/LAPORAN


4.1 Pembentangan Laporan Kewangan

Cikgu Sabariah binti Abdul

4.1.1 RM42 692.03 kewangan berakhir dalam penyata bank sehingga 14 Sept 2023

4.2 Unit Kurikulum – En. Alias bin Idris


4.2.1 Sesi pemilihan murid pra sekolah baru selesai , iaitu seramai 50 orang
4.2.2 Belum ada lagi arahan daripada KPM berkenaan pemakaian unifom sekolah bagi murid.
Pihak sekolah telah memutuskan setiap hari isnin, setiap murid wajib memakai unifom
rasmi sekolah. Hari lain boleh pakai pakaian sukan
4.2.3 sesi persekolahan penggal ke-2, bermula 4 Sep hingga 15 Sept (15 minggu)
4.2.4 Aktiviti yang telah dan akan dijalankan :
1) Pentaksiran pertengahan tahun (Julai)
Hasil pentaksiran – masih terdapat murid yang mendapat TP1 dan TP2 dan tiada
murid yang dapat T6. Beberapa program akan dilaksanakan bagi membantu
murid berkenaan
2) Perjumpaan tiga penjuru (22 Sept) bermula 10 pagi. Tuan Guru Besar turut akan
berjumpa dengan murid dan penjaga yang memperoleh TP1 dan TP2 serta
murid yang tidak hadir 15 hari ke atas (tanpa sebab)
3) Sekolah menerima peruntukan RM70 000 bagi membaiki tandas sekolah (32
buah)
4) Tender kantin akan berakhir pada 30 Nov. Penguasaha kantin pada tahun yang
keenam. Pihak sekolah sedang buka tender baru bagi yang berminat sehingga
30 Sept di pejabat sekolah.

4.3 Unit HEM – Pn. Ratna binti Mohd Razali

4.3.1 Selamat datang buat AJK PIBG yang baru dan menjemput setiap AJKuntuk perkenalkan
diri
4.3.2 Kehadiran Mac – Ogos melebihi 90%, tetapi masih belum capai KPI KPM 95%
Hanya ada 1 kelas yang kehadiran bawah 90 % (5 Zaaba) melibatkan 2 orang murid yang
terpaksa bercuti Panjang. Rafiq kemalangan motosikal dan Khairi Irfan patah kaki
semasa waktu Pendidikan jasmani di sekolah
Masih banyak kelas yang belum capai kehadiran 95% dan ke atas

4.3.3 Kehadiran ikut bulan sehingga kini. Sekiranya bawah 85%, Guru Besar dan GPK Hem
akan dipanggil ke PPD
Mac 95 %, April 92 %, Mei 91 %, Jun 93 %, Julai 94.08 %, Ogos 93.2 %, Sept 92 %
(setakat hari ini)

4.3.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah pastikan ada MC daripada klinik. Jika ingin sambung
cuti pastikan buat surat rasmi kepada pihak sekolah
4.3.5 Tuan Guru Besar akan berjumpa dengan murid dan penjaga yang tidak hadir selama 15
hari (tanpa sebab) dalam perjumpaan tiga penjuru.
4.3.6 Pihak sekolah telah menerima peruntukan RM70 000 bagi membaiki tandas (32 buah)
dan dalam proses pembaikan
4.3.7 Seramai 88 orang terima RMT dan terima Program Susu Sekolah
Menu RMT daripada KPM berlainan setiap hari dengan nilai RM3.50

4.3.8 KWAMP
Telah diagihkan sebanyak dua kali. Yang pertama pada bulan Mei yang lalu 69 orang
murid terlibat dengan nilai RM6900. Agihan yang kedua pada dua minggu lepas
melibatkan 61 orang dengan nilai RM6100 . Jumlah yang telah diagihkan sebanyak 130
orang telah terima. Nama tersebut telah dipilih oleh KPM, bukan pihak sekolah melalui
APDM
4.3.9 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)
Setiap kes disiplin , salahlaku dan amalan baik direkod ke sistem ini. Seramai 6 orang
telah didaftarkan ke dalam SSDM melibatkan kes salahlaku. Bagi murid yang terlibat
dengan kes disiplin dalam SSDM, Guru Besar melarang murid berkenaan untuk terlibat
dengan sebarang pertandingan bawah KPM
4.3.10 Kebersihan dan Keceriaan
Guru Besar masih belum berpuas hati dengan tahap kebersihan. Masih banyak plastik
sampah dibuang merata – rata terutama selepas waktu rehat. Walaupun jadual
bertugas setiap kelas untuk mengutip sampah telah dilaksanakan, tapi masih ada muri
yang tidak faham.
Pertandingan Keceriaan Kelas mingguan masih dilaksanakan

4.4 Unit Kokurikulum – Cikgu Mazlan bin Baba

4.4.1 Aktiviti Kokurikulum dilaksanakan pada hari rabu sahaja (pagi dan tengahari) berbanding
tahun lepas, iaitu selama dua hari . Dijangka akan dikembalikan seperti tahun sebelum
(2 hari ) atas beberapa faktor
4.4.2 Permohonan SBP telah dibuka , masih boleh isi bagi yang berminat. Bagi markah PAJSK
dan Psikometrik memang telah ada dalam apdm, hanya dapatkan keputusan PBD sahaja
daripada guru kelas
4.4.3 Peruntukan yang turun untuk aktiviti Kokurikum setakat hari ini adalah sebanyak 42%
sahaja iaitu RM4200 selebihnya dalam penerimaan bagi melaksanakan Hari Sukan dan
Perkhemahan Sekolah
4.4.4 Pertandingan yang disertai murid
Bola Sepak – Seorang murid ke Kebangsaan
Bola Jaring – Seorang murid ke Kebangsaan
Bola Jaring – Naib Johan Daerah. 2 murid terpilih ke negeri
Bola baling – Daerah (peringkat kumpulan)
Hoki – Daerah (peringkat kumpulan). 2 orang terpilih ke negeri
Kriket – Permainan baru. Seramai 40 murid terima sijil pengiktirafan peringkat
kebangsaan untuk klinik Kriket
Gimnastik- tempat kelima (negeri)
Olahraga (seorang ke negeri)
Badminton – ketiga daeerah
Kawad formasi KRS – Naib Johan
Pengakap – Program Pecah Panggung
Karnival Kokurikulum – Gajet, bantu Mula, Iktiar hidup, Ikatan
Karnival Bahasa Melayu – bercerita tahap 1 (Naib Johan) bercerita tahap 2 (Johan)
Bicara berirama – Johan
STEM challenge – Johan peringkat Negeri

4.5 Pembentangan Kertas Kerja Pembaikan Kolam Ikan

En. Muhammad Razif bin Abu Hasan

4.5.1 Membentangkan kertas kerja pembaikan kolam

5. Hal-hal lain

5.1 En Alias memaklumkan bahawa pihak sekolah telah terima surat keputusan daripada jabatan
berkenaan kutipan sumbangan PIBG sebanyak RM90 dan akan dilaksanakan pada sesi akan
datang
5.2 Datin Fauziah memaklumkan tempahan baju Tshirt PIBG telah dibuka bagi guru yang
berminat
5.3 En Fairus mencadangkan agar disegarakan pembinaan gelanggang bola tampar. Permohonan
telah dihantar ke pejabat Yang Berhormat namun masih menunggu

6. Ucapan Penangguhan
6.0 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada AJK, pentadbir sekolah dan guru-guru kerana
menghadiri mesyuarat kali pertama bagi sesi 2023/2024.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. …………
……………………………………………..
(MUHAMMAD RAZIF BIN ABU HASAN) (DATIN FAUZIAH BINTI MOHD TAWIL)

SU PIBG YDP PIBG


SK (FELDA)SERTING SK (FELDA)SERTING

SESI 2023/2024 SESI 2023/2024

You might also like