You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT STAF BIL.

3/2022
SMK LUTONG, MIRI

TARIKH : 17 FEBRUARI 2023


HARI : JUMAAT
MASA : Sesi Petang : 9.00 - 11.00 am
Sesi Pagi : 2.30 - 4.30 pm
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK LUTONG
PENGERUSI : ENCIK MUHAMMAD SYAHMI TAN BIN ABDULLAH
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN

AGENDA MESYUARAT:

1.0 Kata Alu -Aluan Pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Staf 2/2022
3.0 Membincangkan perkara-perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat Staf 2/2022
4.0 Penutupan sekolah
5.0 Pengoperasian sekolah sesi 2023/2024
6.0 Hal - hal lain
7.0 Penutup

1.0 Kata Alu-aluan Pengerusi

1.1 Tuan Pengetua menyampaikan kata-kata aluan dan telah memberikan pengenalan dalam
perjumpaan dan taklimat sebelum ini. Pengetua turut menyatakan beberapa perkara yang akan
diperkenalkan pada masa akan datang, bermula dengan mengambil gambar staf SMK Lutong.
Bagi tujuan tersebut, staf lelaki dikehendaki memakai baju berwarna putih, neck-tie merah, dan
coat. Manakala staf perempuan beragama Islam akan memakai baju gelap, dan bertudung merah.
Staf perempuan bukan beragama Islam akan memakai baju gelap dan selendang merah.

1.2 Tuan pengetua mengingatkan para guru untuk menyemak data peribadi dalam HRMIS,
eoperasi, dan epangkat.

1.3 Dari aspek kedudukan guru, setakat ini belum ada maklumat tentang guru atau staf yang akn
pindah yang terdiri dari 128 orang guru dan 17 orang ahli kumpulan pelaksana (AKP). Sekolah
masih kekurangan 20 orang guru. Jumlah murid setakat ini ialah 2330 orang murid.

1.4 Tuan pengetua mengucapkan terima kasih kepada guru-guru MYSTEP yang telah
berkhidmat selamat sebulan yang sudah.
1.5 Staf diingatkan untuk menyerah balik kunci - kunci, dan barang- barang dipinjam dari
sekolah.

1.6 Tarikh-tarikh program yang akan datang adalah seperti berikut:


1.6.1 Mesyuarat Staf - 16 Mac 2023, 2.30 petang
1.6.2 Anugerah Sri angkasa/graduasi 18 Mac 2023, Pullman hotel
1.6.3 Pendaftaran Murid sesi akademik 2023/2024 adalah pada 19 Mac 2023
Makluman
2.0 Pengesahan minit mesyuarat staf 2/2022
Dicadangkan oleh Cikgu Doreen Mau Jelani, dan disokong oleh Cikgu Awangku.

3.0 Perkara berbangkit minit mesyuarat staf 2/2022

3.1 Semua panitia telah selesai melaksanakan PLC


3.2 Semua staf selesai Splkpmg - 7 Hari & 42 mata kredit
3.3 Untuk JK asset, Google form akan dibuat semula oleh cikgu Jerni
3.4 Majlis sekolah yang akan datang ialah Majlis Graduasi
3.5 Untuk Koperasi - jumlah ahli hanya 57 orang sahaja, oleh itu Tuan Pengetua menggalakkan
guru- guru menjadi ahli koperasi.
Makluman

4.0 Penutupan sekolah

4.1. Puan Mary Wahab mengingatkan guru-guru untuk menghantar RPH, dan borang biru upload
dalam Google drive manakala hardcopy diikat dan hantar ke pejabat.
4.2 Fail panitia perlu dipastikan kemaskini dengan lengkap.
4.3 Minit mesyuarat panitia - ketua panitia pastikan dilengkapkan dalam Google drive. Cikgu
Jennifer Lau akan semak dan update.
4.4 Bagi Minit SLU yang tidak lengkap, pencatat di minta upload melalui Google Drive di
mylink.
4.5 Tingkatan 1 2022/2023 akan dirombak semula untuk kemasukan Ke tingkatan 2 kecuali kelas
KRK. Kelas KRK akan ditambah untuk mengurangkan bilangan murid dalam kelas Newton dan
Hawking.
4.6 Untuk pengetahuan semua, mesyuarat Kurikulum, HEM dan Ko-kurikulum 1 bagi sesi
akademik 2023/2024 akan diadakan pada 25 Mac 2023.
Makluman

5.0 Pengoperasian sekolah sesi 2023/2024


5.1 Hari Isnin (20 Mac 2023) tiada sebarang urusan pendaftaran pada hari pertama, PdP seperti
biasa.
5.2 21, 22 & 25 Mac merupakan minggu orientasi untuk Peralihan, tingkatan 1 &
tingkatan 3 (24 Mac - permohonan cuti peristiwa)
5.3 27-31 Mac merupakan minggu haluan pelajar utk murid tingkatan 2, 4 & Ting. 6 sem 2
5.4 Mesyuarat JK Disiplin akan diadakan pada 30 Mac 2023, dan jawatankuasa yang terlibat
adalah urusetia disiplin.
Makluman

6.0 Hal - hal lain

6.1 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada Cikgu Margaret Landan dan Cikgu Lee Shu
Fern di atas lantikan Guru Akademik Tingkatan 6.

6.2 Puan Goh Kung Ngik melaporkan laporan dari Kelab Kebajikan, dan makluman yuran
rm110 setahun (dibayar sekali dengan pskpp)
Penyata akaun 2022 : Rujuk attachment

Puan Mary Wahab berterima kasih kepada guru-guru yang banyak memberi kerjasama
menjayakan aktiviti kelab Kebajikan Guru/staf.

6.3 Cikgu Aaron Ismanto memakluman berkenaan Kajian Tindakan yang perlu dilaksanakan
oleh setiap panitia. Panitia yang masih belum menghantar boleh berbuat demikian, manakala
untuk sesi akademik yang akan datang, boleh memulakan Kajian Tindakan bulan Jun nanti. Tuan
Pengetua memaklumkan bahawa Kajian Tindakan boleh digunakan sebagai dokumen semasa
permohonan kenaikan pangkat.

6.4 Cikgu Connie Ting selaku Penolong Kanan Tingkatan 6 memaklumkan Peperiksaan ulangan
semester 2 akan berlangsung pada 22 - 30 mac 2023, manakala untuk Semester 3 : 4 - 11 April
2023.

6.5 Cikgu Connie Ting juga mengingatkan untuk Kajian Tindakan Tingkatan 6, perlu dihantar
melalui Telegram sebelum bulan Jun.

6.6 PK Ko-K (Cikgu Wilson Thong)

6.6.1 Cikgu Wilson mengucapkan terima kasih kepada semua guru penasihat dan guru
pembimbing sesi 2022.
6.6.2 Pencapaian murid yang telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan, program
atau aktiviti ko-kurikulum boleh disebarkan melalui portal smk lutong atau media sosial yang
sesuai.
6.6.3 Cikgu Wilson turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru tingkatan yang telah
mengisi PAJSK pada masa yang ditetapkan. Cikgu Cypriana sudah menghantar semua data
untuk di semak dan dicetak oleh guru tingkatan dan diserahkan kepada murid tingkatan 5 sesi
2022/2023.

6.7 Guru Kanan VoTek (Cikgu Kong Kim Lee)


6.7.1 Guru - guru diingatkan untuk melengkapkan data dalam IdMe, dan guru kelas perlu click
‘Ulasan’ dan kemudian disahkan oleh penyelaras PBD.
6.7.2 Guru-guru yang bertugas mengawas murid SPM/STPM semasa cuti diingatkan untuk hadir
seperti yang ditugaskan.
Makluman

7.0 Hal - hal lain

7.1 Cikgu Doreen mengutarakan pertanyaan kedudukan guru-guru di Bilik Guru bangunan baru.
Maklumat tersebut akan dimaklumkan selewat-lewatnya minggu depan.
7.2 Cikgu Lisa Rantai mengingatkan untuk PIBG, ganti diri RM10 gotong royong dan
Sumbangan, maklumkan kepada ibubapa boleh di bank in, dan resit pm kepada Cikgu Annie.
Semua sumbangan semasa gotong royong lepas seperti kipas, pasir, etc. , maklumkan kepada
cikgu Lisa. Semasa SPM, minum & makanan ringan disediakan.

7.2 Kata-kata terima kasih dari guru-guru MYSTEP.

7.3 Cikgu Wee Wei Chien memaklumkan untuk SPBT, untuk murid-murid tingkatan 5,
Pengembalian buku Teks mengikut Matapelajaran Hari peperiksaan masing2, diuruskan oleh
guru Matapelajaran yang telah ditetapkan.
Fail2 SPBT akan disimpan di meja cikgu Wee, di bilik guru bangunan lama.

Bagi Pendaftaran tingkatan 1 - 19 Mac 2023 pada pukul 8.00 pagi. Agihan buku Teks ikut Masa
pendaftaran.

7.4 Untuk urusan pendaftaran murid pada 19 Mac 2023, guru-guru yang tidak dapat hadir waktu
pagi, boleh bertukar dengan guru bertugas sesi petang.

7.5 Pengetua mengucapkan selamat bercuti.


Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.55 petang.

You might also like