You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDITA ZA’BA

35400 TAPAH ROAD,


PERAK DARUL RIDZUAN
Kod : ABA0002Email : aba0002@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM


BIL 1/2021
Tarikh : 14 Januari 2021 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Sina SKPZ

Kehadiran : Rujuk Lampiran

Agenda :

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat


Kokurikulum bil 1/2021 ini.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah di atas pencapaian sepanjang
tahun 2020.
1.3 Beliau mengucapkan selamat tahun baru 2021 dan tahniah kerana berjaya
menempuh tahun 2020 yang penuh cabaran.
1.4 Beliau mengharapkan agar guru-guru dapat melaksanakan tugas-tugas rasmi
dengan baik dan sentiasa merujuk Standard of Procedure (SOP) yang terkini.
1.5 Mesyuarat secara bersemuka atas urusan rasmi adalah dibenarkan dengan 50%
kapasiti tempat mesyuarat.
1.6 Beliau memperkenalkan barisan pentadbir, guru-guru dan AKP bagi tahun 2021.
1.7 Beliau menyatakan bahawa sebarang aktiviti kokurikulum dan sukan secara
bersemuka adalah tidak dibenarkan. Semua aktiviti dalam talian berkaitan
kokurikulum adalah amat digalakkan.
1.8 Pelaksanaan kokurikulum dan sukan sekolah masih menggunakan garis panduan
sebelum ini.

Tindakan : Makluman

2.0 Dasar Kokurikulum

2.1 1M1S dan permainan kecil ditangguhkan dahulu untuk sementara waktu
disebabkan oleh SOP ketat yang melibatkan aktiviti kokurikulum dan sukan.
2.2 Penilaian PAJSK perlulah dicatat bermula daripada murid-murid darjah 4 hingga
darjah 6.
2.3 Pelaksanaan SEGAK juga akan dilaksanakan mengikut arahan dan SOP yang
disediakan oleh KPM.

Tindakan: Semua Guru


3.0 Pelantikan Jawatankuasa 2021

3.1 Jawatankuasa Kokurikulum 2021 dimasukkan dalam Buku Pengurusan Sekolah 2021
dan telah diedarkan awal kepada semua guru melalui aplikasi Whatsapp.
3.2 Guru-guru bolehlah merujuk senarai bidang tugas guru dalam jawatankuasa yang
telah diedarkan.
3.3 Tugas penyelaras adalah untuk memastikan kelancaran perjalanan kokurikulum
setiap unit masing-masing dan menyemak buku aktiviti unit masing-masing.
3.4 Penyelaras juga bertanggungjawab untuk membentangkan penglibatan setiap unit
masing-masing dalam mesyuarat yang seterusnya.
3.5 Terdapat jawatankuasa baharu dalam pengurusan kokurikulum iaitu jawatankuasa
sukan untuk semua yang diketuai oleh En. Anas. Jawatankuasa ini menguruskan
segala sukan melibatkan penganjuran sekolah.
3.6 En. Affandi menetapkan dua sukan utama untuk sekolah iaitu; Kriket dan Bola
Tampar di bawah kelolaan En. Syafik.
3.7 En. Affandi juga menetapkan sasaran yang perlu dicapai bagi tahun 2021. Beliau
mensasarkan bahawa 6 orang pemain bola tampar pergi ke peringkat negeri, 4
orang ahli Kelab Doktor Muda pergi ke peringkat negeri, 12 orang ahli Pengakap
Kanak-Kanak pergi ke peringkat kebangsaan dan 1 orang murid dari persatuan
Bahasa Inggeris dapat pergi ke peringkat negeri dalam pertandingan bercerita.
3.8 Guru-guru penasihat perlu lebih peka terhadap pertandingan-pertandingan yang
dijalankan secara atas talian sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP.
3.9 Pentaksiran kokurikulum akan ditentukan sendiri cara penilaian oleh guru-guru
penasihat unit masing-masing.
3.10 Guru penasihat akan mengisi sijil penilaian kokurikulum di setiap akhir tahun
persekolahan dan membantu murid-murid dalam mencapai markah tinggi dalam
PAJSK mereka.
3.11 Segala laporan akan ditulis dalam fail unit masing-masing dan akan
dikumpulkan dalam satu fail induk pada akhir sesi persekolahan.
3.12 Terdapat beberapa perubahan jawatankuasa dalam Buku Pengurusan 2021:
3.12.1 Jawatankuasa Kelab Guru / Hari Guru / Persaraan diubah daripada En.
Ahmad Rizal kepada En. Mohd Syafik.
3.12.2 Pn. Syahida bertukar dari PPIM kepada BSMM.
3.12.3 En. Syafik dan Pn. Azwani akan diserap masuk ke dalam Kelab Olahraga.
3.12.4 Pn. Izzah dikeluarkan daripada Rumah Sukan Merah dan akan digantikan
dengan guru ‘X’.
3.12.5 Jawatan penolong setiausaha digugurkan daripada jawatankuasa
perkhemahan kokurikulum.
3.12.6 Pembetulan kepada ejaan nama Pn. Rozita Aini dalam Buku Pengurusan
2021.

Tindakan: Semua Guru


4.0 Takwim Kokurikulum

4.1 Takwim kokurikulum 2021 juga telah diedarkan bersama-sama dengan


Jawatankuasa Kokurikulum 2021 melalui aplikasi Whatsapp.
4.2 Perjalanan Kokurikulum tahun 2021 bermula pada jam 2 petang hingga jam 5
petang setiap hari Rabu. Ketiga-tiga unit akan berjalan setiap minggu tanpa
berselang antara Kelab Permainan dan Persatuan.
4.3 Perjumpaan Unit Beruniform adalah sebanyak 18 kali perjumpaan, Kelab Permainan
dan Persatuan adalah sebanyak 12 kali.
4.4 Ketua setiap unit perlu menyediakan jadual bertugas untuk guru-guru bertugas pada
hari Rabu tersebut.
4.5 En. Affandi memaklumkan supaya guru-guru penasihat mewujudkan ‘Group’
ataupun ‘Channel’ bagi unit masing-masing secara atas talian. Hal ini kerana semua
aktiviti secara bersemuka melibatkan pelaksanaan SOP yang ketat.
4.6 Takwim Kokurikulum mungkin akan berubah disebabkan oleh PKP, PKPB dan PKPP.
4.7 Takwim akan dipinda mengikut kesesuaian aktiviti dan keadaan semasa.
4.8 Mesyuarat Agung unit masing-masing akan diberi keutamaan pelantikan
jawatankuasa kepada murid-murid Tahun 6 terlebih dahulu.
4.9 Hari Kokurikulum ataupun perkhemahan kokurikulum akan dibincang semula pada
mesyuarat yang akan datang.
Tindakan: Semua Guru

5.0 Senarai Tugas dan Tanggungjawab Guru

5.1 Guru-guru boleh merujuk kepada takwim kokurikulum yang telah diedarkan kepada
guru-guru melalui Buku Pengurusan 2021 dan skop tugas masing-masing.

Tindakan: Semua Guru

6.0 Hal-hal Lain

6.1 Sumbangan sebanyak RM100 diberikan kepada guru-guru kelas untuk membeli
peralatan dan perhiasan untuk kelas masing-masing.
6.2 Transisi Tahun 1 masih diteruskan seperti yang telah diwar-warkan oleh KPM.
6.3 Taklimat secara atas talian akan dijalankan kepada ibu bapa dan penjaga murid-
murid Tahun 1/2021.
6.4 Guru-guru kelas tahun 1 diminta untuk memasukkan jadual waktu rehat untuk
tahun 1 dalam saluran atas talian kelas masing-masing.
6.5 Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas menghantar
anak di pintu pagar utama sekolah.
6.6 Ibu bapa/ penjaga Tahun 1 yang bermasalah seperti menangis, hanya dibenarkan
untuk tunggu di kantin sekolah sahaja.
6.7 Guru-guru yang bertugas di pintu pagar hadapan perlu memastikan bahawa murid
dengan suhu melebihi 37.5 ˚C tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah dan
pulang bersama ibu bapa/penjaga.

Tindakan: Semua Guru


7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Pengerusi mengharapkan agar sekolah dapat melakarkan pelbagai jenis


kemenangan bagi tahun 2021.
7.2 Beliau juga mengharapkan agar guru-guru penasihat peka terhadap pertandingan
yang dijalankan secara atas talian.
7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.05 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh.

……………………….................... ……………………………………
(NUR AZWANI BT MOHD NORZALAN)
Setiausaha Kokurikulum,
SK Pendita Za’ba,
35400 Tapah Road,Perak.

You might also like