You are on page 1of 6

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL

MINIT MESYUARAT GURU SK KUALA KETIL BIL 3/(2020)

Tarikh : 15 Disember 2020

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Kediaman Sendiri ( Google Meet & Wassap )

Pengerusi : En. Yushaimi Bin Mohamad Yusuff, Guru Besar SKKK

Kehadiran(Bilangan) : 58 orang / 58 orang

AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah


menyumbangkan khidmat bakti kepada semua murid walaupun PDPC berjalan tidak
seperti yang biasa secara bersemuka, hanya secara PDPR . Pada tahun hadapan,
tidak pasti lagi PDPC berjalan macam mana.
2. Pengerusi juga memaklumkan bahawa kemungkinan peratus murid tahun 1
yang tidak boleh membaca adalah tinggi.
3. Selain itu, pengerusi juga berharap agar wabak covid 19 ini berakhir dengan
segera.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

1. Pengerusi membentangkan minit mesyuarat guru kali kedua dari agenda 1


hingga agenda 8 untuk disahkan.
2. Pn Faezah Binti Bakar mencadangkan minit mesyuarat guru kali kedua
disahkan.
3. Ustaz Rais Bin Abdul Wahab menyokong cadangan tersebut.

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT.


1. Agenda 4 ( 1 ) Berkenaan dengan pintu pagar sekolah. Pintu pagar sekolah
akan dibuka hanya 3 pintu sahaja berbanding dengan sebelum ini yang membuka 4
pntu pagar.

1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2. Agenda 6 ( 5 ) Berkenaan RMT. Jumlah pendapatan terkini waris adalah RM


604 bagi membolehkan murid menerima bantuan RMT. Murid yang layak menerima
RMT pada tahun 2020 seramai 102 orang.
3. Agenda 5 ( 10 ) Berkenaan dengan SPLKPM. SKKK telah lengkap 100%.
Kredit yang paling rendah ialah 42 kredit tetapi telah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Manakala kredit yang paling tinggi di SKKK adalah 80 lebih mata kredit. Perkara ini
penting untuk tujuan kenaikan pangkat. Pembelajaran secara berterusan adalah
digalakkan sehingga akhir tahun.

AGENDA 4 : MAKLUMAT DARI JPN / PPD.


1. Pihak sekolah mendapat arahan supaya tidak mengadakan perhimpunan pada
skala yang besar. Oleh kerana arahan ini, pihak sekolah mengadakan mesyuarat
secara google meet dan wassap.
2. Arahan ini dibuat berdasarkan dapatan dari SMK Bandar Sungai Petani, ada
guru yang hadir ke sekolah untuk sesi fotografi telah positif covid 19. Sekolah masih
ditutup sehingga 18.12.2020.
3. Mesyuarat di luar sekolah adalah dibenarkan kerana sekolah merupakan
kawasan larangan adakan perhimpunan pada skala yang besar.
4. Semua kerja yang berkaitan dengan sekolah perlu lengkap.

AGENDA 5 : SKPMG2.
1. Laporan SKPMG2 bagi sekolah telah lengkap dan telah dihantar pada
11.12.2020.
i. Standard 1 – Kepimpinan 95.54%
ii. Standard 2 – Pengurusan organisasi 94.21%
iii. Standard 3.1 – Pegurusan kurikulum 92.14%
iv. Standard 3.2 – Pengurusan kokurikulum 88.53%
v. Standard 3.3 – Pengurusan hal ehwal murid 98.39%
vi. Standard 4 – pembelajaran dan pemudahcaraan 94.17%
2. Tahniah kepada semua guru SKKK.
3. Semua guru perlu kuasai standard 4.

AGENDA 6 : PBPPP.
1. SKKK telah lengkap 100% kerana setiap laporan yang diminta telah dihantar
sebelum tarikh yang ditetapkan.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

AGENDA 7: SEKOLAH TS 25.


1. 3 kerangka utama dalam Sekolah Transformasi yang semua guru perlu dan
wajib tahu dan kuasai.
i. Kepimpinan Berkesan.
ii. Guru Berkualiti.
iii. Sokongan PIBG dan Komuniti.
2. SLT ( senior leader team ) berkaitan dengan pentadbir, MLT ( medium leader
team ) berkait dengan ketua panitia.
3. Semua guru di SKKK perlu guru yang berkualiti. Setiap hasil kerja akan dinilai
dan diberi bimbingan.
4. Setaip kerja yang dibuat perlu diwar-warkan.
5. Apa sahaja aktiviti yang dilaksanakan di sekolah perlu diwar-warkan kepada
waris.
6. Ada waris yang hanya hadir ke sekolah sekiranya ada kes disiplin sahaja.
7. Guna media wassap untuk sampaikan apa-apa maklumat berkaitan dengan
sekolah kepada waris.
8. Kerja guru adalah berterusan sepanjang masa terutamanya semasa PDPR.

AGENDA 8: PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN.


1. Semua lesson plan mestilah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari Khamis
17 Disember 2020.
2. Semua kunci bilik-bilik khas diserahkan kepada Pn Norhayati pada hari Khamis
17 Disember 2020 atau lebih awal bertujuan pengemaskinian bilik dan sekiranya ada
berlaku kecemasan.
i. Bilik seni dan bilik muzik akan dijadikan kelas.
ii. Bilik seni akan berpindah ke makmal sains tahap1.
iii. Bilik muzik akan berpindah ke PKG.
3. Pastikan barang-barang berharga dibawa pulang. Barang yang tidak
berkenaan boleh dibuang.
4. Semua fail panitia perlu dilengkapkan dan diletakkan di dalam almari bilik PKP.
5. Fail peribadi murid, guru kelas perlu kemaskini. Terus letak ikut kenaikan kelas
tahun 2021 di dalam bilik PK HEM.
6. Mohon kerjasama guru kelas tahun 1 mengisi nombor pendaftaran dalam buku
daftar sekolah. Begitu juga kepada guru-guru kelas yang lain, sekiranya ada murid
baru masuk tahun ini 2020, tolong masukkan nombor pendaftaran ke dalam buku
tersebut.

3
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

7. APDM – Kehadiran murid, minta sahkan dan cetak bagi bulan November,
masukkan ke dalam fail yang disediakan di bilik PK KEM.
8. Buku-buku latihan murid perlu diserahkan kembali kepada murid.
9. Terima kasih kepada semua guru lelaki yang telah menolak meja di bilik guru
ke tengah ruangan untuk tujuan pengenaskinian bilik guru.
10. Streaming kelas akan dilaksanakan bagi murid tahun 3 ke tahun 4 dan murid
tahun 1 ke tahun 2.
11. Ada kelas yang akan dikekalkan kedudukannya iaitu kelas tahun 5 dan tahun 6.
Kedudukan kelas-kelas yang lain akan disusun semula.
12. Pastikan guru-guru aktifkan nombor telefon semasa cuti sekolah untuk tujuan
penyampaian sebarng maklumat.
13. Nombor telefon guru tidak bolah di beri kepada waris tanpa kebenaran guru
berkenaan.

AGENDA 9 : HAL-HAL LAIN.


1. En. Shahid mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
menjalankan amanah pada tahun 2020 walaupun ada kekangan, tetap melaksanakan PDPC
dan PDPR seperti yang telah diarahkan.
2. Beliau juga mengharapkan agar eviden yang ditulis dalam skpmg2
dilengkapkan. Semua fail panitia perlu dilengkapkan dan diletakkan ke dalam bilik PKP.
3. En Shahid memaklumkan, akan ada banyak perubahan pada tahun 2021.
Semua guru perlu hadir dengan semangat yang baru. Semua kerja buat perlu berdasarkan
skpmg2 supaya tidak lari dari landasan sebenar. Semua guru perlu bersedia dengan
sekolah TS 25 dan bersama membangunkan SKKK pada tahun 2021.
4. Guru besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada cikgu Shahid
kerana beliau merupakan seorang PKP yang hebat.
5. Pn. Zaiton selaku PK HEM mengucapkan terima kasih dan penghargaan
kepada semua guru yang telah melaksanakan tugas dalam pengurusan HEM. Banyak
bantuan yang diterima telah dan akan diserahkan kepada murid seperti :-
i. Sumbangan 2 set uniform lengkap, kasut dan stokin serta beg sekolah
oleh Malaysian Islamic Fund telah diserahkan pada 21 November 2020.
ii. Pada 14 Disember 2020 pihak sekolah akan mengambil 60 set
uniform lengkap untuk 60 orang murid-murid asnaf sekolah kita di Pejabat Zakat Baling.
iii. Pada 20 Disember 2020 pihak UNIKL akan menyumbangkan beg
sekolah kepada 50 orang murid.

4
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

iv. Tahun 2021, seramai 200 orang waris akan menerima baucer zakat
sumbangan guru-guru SKKK sebanyak RM 70 seorang. Pelajar tahap 2 akan menerima
sumbangan buku kerja Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi secara percuma juga
sumbangan zakat guru-guru. Ini dapat menampung perbelanjaan waris.
6. Pn. Zaiton juga meminta semua guru kelas mengemaskini nombor telefon
waris dan alamat tempat tinggal murid dalam APDM supaya senang untuk dihubungi. Guru
kelas juga perlu berhati-hati dalam mengisi pendapatan waris dalam APDM kerana ini akan
melibatkan bantuan yang akan murid terima.
7. Pn. Suzinie memaklumkan bahawa PAJSK telah selesai. Semakan data telah
dibuat oleh PPD dan mereka berpuashati dengan SKKK. Terima kasih kepada semua guru
tahap 2. Terdapat 10% murid tahap 2 mendapat A . Guru-guru juga perlu lengkapkan buku
rekod PAJSK murid.
8. Pn. Suzinie juga memaklumkan bahawa SEGAK tidak dapat dilaksanakan,
tetapi guru-guru kelas perlu print sijil terutamanya tahun 5 dan tahun 6.
9. Go Green tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan. Mungkin akan dilaksakan pada tahun 2021. Guru perlu merangsang murid
menjawab kuiz secara online. Harap aktiviti kokurikulum dapat dilaksakan seperti yang
dirancang pada tahun hadapan.
10. Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua PK, KP dan guru-guru
atas kerjasama yang diberi.
11. Pn. Amal Hayati meminta agar semua guru menyelesaikan hutang parking
kereta sebelum cuti sekolah bagi guru-guru yang belum bayar.
12. Ustaz Fakri meminta semua ahli Badan Kebajikan Guru Dan Staf supaya
menyelesaikan yuran untuk tahun 2020. Sumbangan derma untuk arwah menantu Pak Amir
masih dibuka dan boleh berurusan dengan ustazah Amal.
13. Pn. Norsiah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang banyak
membantu dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling. Guru-guru boleh berhubung dengan
beliau sekiranya ada murid yang layak menerima anugerah PRS.
15. Pn. Nur Faezah mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah
selesaikan latihan dalam LDP. Bagi guru-guru yang belum menyerahkan sinopsis buku,
perlu serahkan pada awal tahun 2021.
16. Pn. Rohilah meminta agar semua guru kelas mengemaskini fail mentor-
mentee seperti yang telah dijalankan. Fail berkenaan perlu diserahkan kepada beliau pada
awal tahun 2021 nanti.
17. Pn. Samaaiah mengucapkan terimakasih kepada semua guru atas kerjasama
menjayakan program panitia Pendidikan Islam.

5
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

18. Guru besar memaklumkan bahawa mesyuarat guru kali pertama 2021 akan
diadakan pada 16 Januari 2021 di Gunung Jerai. Sekiranya ada guru-guru yang ingin
bermalam di sana perlu berurusan dengan pihak hotel disana.
19. Guru besar juga memaklumkan bahawa semua guru perlu hadir ke sekolah
pada 17 Januari – 19 Januari 2021 bagi tujuan persiapan awal sebelum sekolah di buka
pada 20 Januari 2021.
21. Pancaragam Sekolah akan dihidupkan semula untuk jadikan kebitaraan
sekolah. Guru opsyen muzik akan ditambah 1 atau 2 orang.
22. Beberapa orang guru telah dilantik sebagai AJK PSO ( Perancangan
Strategik Organisasi )
23. Buku Transisi tahun 1 telah ditempah dan akan dilaksanakan seperti biasa.
24. Kelas PDPR diteruskan sehingga Khamis 17.Disember 2020.

PENUTUP

1. Ucapan penangguhan oleh Guru Besar.


2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh,

........................................
(PN YUSLINA BINTI YUSOFF)
Setiausaha Mesyuarat Guru SKKK

You might also like