You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH

SK.KHIR JOHARI, 36300 SUNGAI SUMUN, PERAK


RUJ. KAMI : SKKJ14/1/11( )

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2021


Tarikh : 18hb. Januari , 2021 ( Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Pengerusi ; Encik. Zainal bin Bahari (Guru Besar)
Tempat : Bilik Gerakan SKKJO
Kehadiran : 36/40

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhd Rusdi


1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru , staff sokongan awam dan swasta
kerana meluangkan masa untuk memenuhi tuntutan mesyuarat yang diadakan
pada hari ini.
1.3 Beliau menambah tugas yang bakal dilaksanakan pada tahun ini mengikut
ketentuan garis panduan daripada KKM dengan norma baru pada istilah Darurat
Kesihatan.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Cadangan untuk disahkan oleh En. Mohd Sabri bin Tajuddin
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Mohd Rizman bin Abd. Dawawi

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Rancangan Pengajaran Harian menggunakan Buku


Ringkasan yang disediakan atau pilihan menggunakan fail putih keras.
3.2 PK.Pentadbiran menjelaskan semua guru menggunakan fail putih berkulit
keras agar dapat diseragamkan dan diguna pakai bagi RPH akan datang.
3.3 Penggunaan CIDS bagi RPH peringkat awal hanya melibatkan Ketua Panitia
matapelajaran sahaja.
4. DASAR SK. KHIR JOHARI 2021

2.1 Keberadaan murid dan guru di tahap yang cemerlang dan berfokus kepada:-
i) Pemimpin berkesan
ii) Guru berkualiti
iii) Sekolah berkualiti
iv) Kemenjadian murid
2.2 Khidmat yang diberi lebih cemerlang dan pelaksanaan SKPMg2
2.3 SKKJO berada di Kohot 4 TS25.

Tindakan : Makluman

5. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SKKJO

5 .1 Pengenalan Sejarah Sekolah


5.1.1 Peranan yang dimainkan oleh Panitia-panitia subjek yang terdapat di
sekolah seperti Panitia Sejarah, Muzik, Makmal Komputer dan Bilik Akses.
5.1.2 Pengenalan sejarah sekolah melalui ICT samada video, face book(fb)
ataupun Youtube.

5.2 Tindakan Pengurusan Sekolah


5.2.1 Bilangan Guru – 27 orang
5.2.2 Kelas – 12 kelas termasuk kelas DLP dan Prasekolah.
5.2.3 Bilangan Murid – 230 orang.
5.2.4 Bilangan Staff Sokongan Awam – 6 orang
5.2.5 Bilangan Staff Sokongan Swasta – 7 orang.

5.3 Perutusan PPD BAGAN DATUK melalui Mesyuarat Pentadbiran Sekolah

5.3.1 Pegawai Keselamatan /Jaga

5.3.1.1 Kebersihan pondok jaga


5.3.1.2 Tiada barang lain dalam pondok jaga.
5.3.1.3 Kunci jam tepat pada masanya.
5.3.1.4 Sentiasa lakukan rodaan bagi mengelakkan kecurian.
5.3.1.5 Mengawasi lalu lintas di pintu pagar sekolah
5.3.1.6 Sentiasa amal dan patuh akan SOP.
5.3.1.7 Pastikan peralatan yang dibekalkan berfungsi dengan baik.
5.3.1.8 Sentiasa melengkapkan buku laporan.

5.3.2 Kontrak Pembersihan

5.3.2.1 Melaksanakan tugasan seperti dalam perjanjian.


5.3.2.2 Semak dan pastikan semua barang keperluan mencukupi dan hubungi
Kontraktor dengan kadar segera.
5.3.2.3 Pusingan merumput di padang dan persekitaran dalam masa 2 minggu.
5.3.2.3 Pastikan kebersihan di tahap optimum – cegah Covid-19
5.3.2.4 Sentiasa patuhi dan amalan SOP.
5.3.2.5 Kehadiran perlu direkodkan sentiasa.

5.3.2.6 Keperluan SKKJO Sesi 2021:


i) Mohon pekerja 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
ii) Perjumpaan dengan Kontrak Pembersihan bagi penambahbaikan
gaji, PERKESO, KWSP dan lain-lain.

5.4 Pengurusan /Penataraan Persekolahan Sesi 2021

5.4.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan sentiasa mengeluarkan


kenyataan media seiring dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5.4.2 PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) akan terus
dilaksanakan melibatkan semua murid sekolah rendah dari Tahun 1
hingga Tahun 6.
5.4.3 Keberadaan guru-guru perlu dikenalpasti di Stesyen Bertugas masing-
masing sebelum 20 Januari 2021.

5.5 Panduan Senarai Semak Pembukaan Sekolah

5.5.1 Kehadiran Murid


i) Pengimbas suhu murid
ii) Pensanitasi tangan
iii) Pastikan memakai penutup muka
iv) Bergerak mengikut SOP
v) Buku lawatan.

5.5.2 Semasa di Sekolah


i) Susunan meja jarak 1 meter
ii) Pakai penutup muka
iii) Sentiasa basuh tangan (air disediakan)
iv) Makan dan minum dalam kelas (waktu rehat)
v) Pastikan meja dan alatan tulis sentiasa bersih.
vi) Membawa tisu atau sapu tangan.

5.5.2 Penyuraian Murid


i) Penyuraian murid mengikut Modul 4 secara berperingkat.
ii) Berkumpul murid ditempat yang telah disediakan.
5.6 Laporan Pejabat SKKJO
5.6.1 Penggunaan kertas fotostat hendaklah direkodkan.
5.6.2 Wang peruntukan PCG untuk 2021 masih belum diterima.
5.6.3 Setiap kali penggunaan wang PCG hendaklah menggunakan nota minta.
5.6.4 Kehadiran , keluar dan masuk sekolah hendaklah direkodkan.

5.7 LADAP
5.7.1 Guru dan semua staf sokongan diminta menyempurnakan 7 hari
Berkursus (LADAP) dalam setahun.
5.7.2 Kursus tidak semestinya secara bersemuka tetapi melalui online.
5.7.3 Hasil pembacaan buku ilmiah juga boleh dikira sebagai LADAP.

6. KURIKULUM (ENCIK ROMIEZALY BIN MOHD ALI)

6.1 PdPC PAK 21 mestilah selari dengan TS25.


6.2 Projek Fun Learning (FL) SKKJO akan diteruskan sehingga tarikh
30/1/2021 pihak pentadbir telah menerima 10 projek daripada guru-
guru.
6.3 Jadual waktu telah diberikan berdasarkan opsyen guru masing-masing.
6.4 PdP hendaklah dilaksanakan berdasarkan Pelaksanaan Kurikulum
Penjajaran 2.0 tahun semasa.
6.5 Amanat PPD Bagan Datuk
i) Back to School dalam keadaan yang sukses
ii) Kekal Misi dan Visi PPD “ 1 Team 1 Target”
iii) Tugas tambahan guru jadikan cabaran .
iv) PDPR yang berlangsung hendaklah mengikut kreativiti guru
iaitu secara online –offline/ google form/google meet.
6.6 Semua lantikan tugasan guru berada di dalam Buku Takwim 2021 dan
boleh didapati di dalam talian Telegram sekolah.

Tindakan :
Setiausaha Kurikulum

7. HEM (ENCIK MUNIR BIN WASINGON)

7.1 Barisan AJK Pelaksana HEM seperti di dalam Buku Takwin SKKJO 21.
7.2 Maklumat pelajar yang menerima RMT, KWAPM dan Susu Malaysia
(532 kotak ) telah diperolehi.
7.3 Seramai 12 orang pelajar SKKJO telah menerima sumbangan pakaian
sekolah daripada ADUN Hutan Melintang.
7.4 Pihak sekolah menerima Pengusaha Kantin Sekolah yang baru.
i) Menghantar makanan ke kelas-kelas.
ii) Penyediaan makanan RMT di dalam bekas yang bertutup.
7.5 ADPM mestilah sentiasa dikemaskini oleh guru kelas masing-masing.
7.6 Baikpulih bagi kerusi meja yang rosak telah dilakukan oleh guru-guru
lelaki sebelum sekolah dibuka.
7.7 SSDM satu sistem perlu diisi oleh guru-guru sebagai galakan murid
melakukan amalan baik.

8. KOKURIKULUM( NUR AZIZAH BINTI AHMAD)


9.1 Barisan AJK Pelaksanaan telah dipilih dan mengharapkan guru
Yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.
9.2 Beliau mengharapkan pada tahun ini 2021 SKKJO dapat melahirkan
banyak lagi murid untuk dipertandingkan ke peringkat daerah, negeri
dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.

9. HAL-HAL LAIN

10.1 Pengerusi merangkap Guru Besar SKKJO mengharapkan barisan


guru-guru dan staff sokongan awam ataupun swasta berganding
bahu untuk melahirkan pelajar sekolah ini berjaya dengan
lebih cemerlang baik dari segi akademik, kokurikulum mahupon
Sahsiah yang terpuji.

11. PENUTUP
- Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan mesyuarat seterusnya akan
diberitahu kelak.
- Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh:

(HASNAH BINTI SHIHAB)


Setiausaha Pengurusan &Pentadbiran Sekolah

You might also like